Showing posts with label Adab & Tips. Show all posts
Showing posts with label Adab & Tips. Show all posts

10 Petua Murah Rezeki bersama Keluarga Tercinta



Oleh: Irfan Khairi 
Islam mengajar umatnya untuk membina institusi keluarga yang bahagia dan kukuh. Dalam mencapai ini, suami, isteri dan anak-anak perlu saling menghormati satu sama lain. Rezeki Allah swt amat luas untuk keluarga yang bahagia.

Sama-sama amalkan tabiat murah rezeki bersama keluarga tercinta mudahan di redhai rezeki kita sekeluarga…


1. Didik anak-anak untuk menyimpan dan juga bersedekah

2. Bawa anak-anak membantu orang tua-tua dan anak yatim piatu

3. Suami dan isteri bertanggungjawab dalam menggembirakan anak-anak

4. Makan bersama-sama jangan lupa solat berimam juga bersama sekeluarga

5. Didik anak solat, membaca Al Quran dan berpuasa

6. Ajar anak doa-doa yang mudah untuk diamalkan

7. Didik anak-anak untuk menghormati ibu bapa dan orang tua

8. Jangan biarkan anak-anak bergaduh berpanjangan, begitu juga suami isteri!

9. Gunakan perkataan dan pertuturan yang baik dan lemah lembut sesama keluarga

10. Tambahkan zuriat sekiranya mampu untuk lebih murah rezeki!

Rezeki sememangnya luas, lebih luas lagi apabila diusahakan bersama keluarga!

3 Strategi Penting Komunikasi by Irfan Khairi

Oleh: Irfan Khairi 

Untuk menjadi seorang pemimpin dalam perniagaan, keluarga atau tempat kerja, pastinya komunikasi adalah amat penting. Ianya mustahil menjadi seorang pemimpin tanpa kebolehan berkomunikasi dengan baik.

Masalahnya, ramai antara kita agak lemah dalam bidang komunikasi. Termasuk diri saya sendiri satu ketika dulu. Sebab itulah saya mulakan perniagaan Internet- sebab takut hendak berhadapan dengan orang, malu nak berjumpa pelanggan, tak berani membuat jualan bersemuka, dan banyak lagi alasan-alasan.
 

Berikut adalah 3 strategi komunikasi berkesan:

1. Dengar dan bukan hanya bercakap
Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam komunikasi adalah seorang yang banyak bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama sekali. 

Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang itu perlu banyak mendengar dan memberi respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.
 
Orang lain tidak akan mengambil endah apa yang kita ingin katakan selagi mereka tidak yakin dan tidak fikirkan kita mengambil berat tentang mereka. Komunikasi bukanlah dengan hanya bercakap mengenai diri kita sendiri, tetapi juga untuk kita sebagai komunikator yang efektif untuk memahami dan mengenali audien untuk memberi respon yang terbaik yang diinginkan.

Oleh itu, berhenti bercakap, tetapi dengar apa yang orang lain inginkan.
 
2. Permudahkan bahasa dan penyampaian
Pernah atau tidak anda mengalami satu situasi di mana anda menyampaikan maklumat kepada seseorang untuk disampaikan kepada orang yang lain. Tetapi, maklumat yang diterima oleh orang lain tersebut lain pula daripada apa yang anda ingin sampaikan?

Senario ini sering terjadi oleh kerana apa yang diterima oleh penyampai tersebut adalah berbeza seperti mana yang dirinya faham- tidak seperti apa yang anda faham dan ingin sampaikan. Mungkin bukan salah penyampai tersebut menyampaikan maklumat yang tidak tepat. Tetapi, silap diri sendiri dalam berkomunikasi dengan tidak berkesan dan menyukarkan.

Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih mudah sesuatu mesej itu diterima. Tidak perlu menggunakan ayat atau perkataan yang hebat dan canggih sekadar mahu menunjuk bahawa kita pandai berkomunikasi menggunakan perkataan tersebut.
 

3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi bukan hanya di mulut sahaja, tetapi juga dengan bahasa badan (body language). Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah umpama defensif. Bercakap ketika mata berkeliaran di tempat lain umpama menyorok sesuatu. Bercakap dnegan terlalu banyak "ermm", "aaa" umpama tidak berkeyakinan pula.
 
Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Bermula dengan asas, kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan kepada diri.

Teringat saya ketika tahun 2005 saya menghadiri kelas komunikasi untuk perbaiki kelemahan utama saya dalam komunikasi. Dengan memperbaiki kelemahan tersebut, Alhamdulillah, perniagaan kemudiannya mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
 

Adab Suami Ketika Isteri Mengandung =)

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

• suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"
• suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.


Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

LIKE n SHARE