Showing posts with label Sustained Release Vita-C. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C. Show all posts

Apakah Simptom Kekurangan Vitamin C?

Assalamualaikum...

 
Seorang dewasa disyorkan mengambil 40mg Vita C setiap hari, namun boleh juga diambil lebih dari dos yang disyorkan. Pengambilan maksima sehari ialah sehingga 2000mg. Vitamin C banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti Oren, Kiwi, Strawberi, Brokoli, Kubis dan lain-lain.
 
Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan vitamin C, malah vitamin c ini juga larut dalam air dan hilang berterusan dari tubuh badan kita, maka kita perlu memastikan makanan harian kita mengandungi vitamin c.
 
Oh ya, bagi sesetengah individu yang merokok, satu batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c. Keresahan atau susah hati juga mempercepatkan penyusutan vitamin c (sebab tu wajah cepat Nampak tua!).
 
Anda tahu apa simptom kekurangan Vitamin C?
  • Mudah letih dan tidak bertenaga
  • Mudah berasa marah (emosi tidak stabil)
  • Turun berat badan secara mendadak
  • Gusi dan gigi berdarah
  • Kulit kering dan keguguran rambut
  • Kulit kaki menjadi kering dan kasar
  • Luka lambat sembuh
  • Pendarahan dalam sendi
  • Mudah dijangkiti penyakit
  • Mudah mendapat ulser
  • Wajah nampak lebih tua akibat kekurangan kolagen
Salah satu cara meningkatkan kandungan vitamin C di dalam tubuh selain dari pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C SETIAP HARI adalah dengan pengambilan suplemen Vita C secara tetap.
 
Saya memilih Sustained Released Vita C dari Shaklee kerana satu tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). Menariknya lagi, pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita adalah pada setiap jam, selama 5 jam! Pengambilan 2 biji Vita C Shaklee dalam jurang 5 jam mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam! Jadinya, tubuh kita dapat bekalan vitamin c setiap hari tanpa gagal. Best,kan! Jadi, kurangkan lah dapat simptom mcm senarai kat atas tu.

Tengok poster kat bawah ni, ada rasa macam nak telan Vita C sebotol satu hari tak? Haaa... Vita C ni kawan baik body kita tau. Satu fakta lagi, satu tablet Vita C Shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vita C Complex ~ ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh - melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.  Jadi, jom dapatkan sebotol Vitamin C istimewa ini dari saya hari ini =)



Promosi June 2015 ~ Must Grab!


Nak super cantik sempena Aidilfitri tahun ni? So, mesti grab promosi berganda dari Shaklee bulan ini. Promosi cantik =)

Beli 7 botol Sustained Released Vita C pada harga 6 botol
[ All Natural Vitamin C Delivered Hour After Hour ]

Beli 7 botol Vita-E Complex pada harga 6 botol
[ Natural E for Heart, Brain, Colon, Prostate and Immune Health ]

Beli 4 botol pada harga 3 botol
[ Formulated to Help Support the Nutritional Needs of Growing Children ] 

Nak beli sebotol pada harga promosi juga sangat dialu-alukan. Jangan segan hubungi saya ya =)

Tanda dan Simptom HB Rendah Serta Risiko

Assalamualaikum....

Keletihan adalah satu simptom popular yang memberi isyarat bahawa HB anda rendah. Keletihan berlaku apabila tubuh badan tidak mempunyai sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke bahagian-bahagian dan tisu tubuh.

Apa itu Hemoglobin?
Ia merupakan sejenis protein yang kaya dengan zat besi yang membantu sel-sel darah merah membawa oksigen dari jantung ke seluruh tubuh.

Selain keletihan, terdapat beberapa lagi simptom dan tanda-tanda HB anda rendah :
  • Terasa hendak pitam 
  • Sesak nafas
  • Pucat pada kulit dan kuku
  • Pening
  • Sejuk pada kaki dan tangan
  • Sakit kepala
  • Sakit dada
Jantung perlu bekerja lebih keras untuk membawa oksigen ke seluruh badan akibat kekurangan hemoglobin. Apabila jantung perlu mengepam lebih kuat, ia akan mengakibatkan degupan jantung yang tidak teratur (berdebar-debar) seterusnya mengakibatkan sakit dada.

Cegah HB Rendah dengan Suplemen Shaklee 


Testimoni dari seorang pengguna Suplemen Shaklee yang berjaya mengatasi masalah HB rendah

Testimoni dari saya sendiri, hasil pemeriksaan antenatal berkala di Klinik, HB saya dalam bacaan 11 ke atas iaitu bacaan normal =)  

Risiko dan Kesan HB rendah kepada ibu hamil :
  •  Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Risiko dan Kesan HB rendah kepada bayi dalam kandungan :
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Sangat penting bagi ibu-ibu hamil mengambil suplemen 'tambah darah' bagi mengekalkan paras normal HB. Ianya memberi manfaat buat ibu dan anak di dalam kandungan. Malah, selepas kelahiran suplemen ini patut diteruskan untuk kesihatan optimum dan melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu =)

Saya doakan ibu-ibu hamil akan terus diberikan kesihatan yang baik. Jangan lupa dapatkan Vitalea + Vita c + B Complex dari saya =)

Set Berpantang Terbaik Masa Kini

Assalamualaikum....

Terlalu banyak Set Berpantang di pasaran. Tapi, tak tau nak pilih yang mana? Semua pun bagus. Tapi yang mana sesuai untuk ibu & anak, zaman moden dan serba nak cepat masa kini?

Kenapa pilih Set Berpantang SHAKLEE?

 ~ Selamat, semulajadi & berkesan
~ Halal
~ Mampu milik & menjimatkan (malah boleh diambil sejak tempoh hamil hingga menyusu)
~ Mudah diambil (pil)
~ Dibuktikan berkesan melalui ujian saintifik
~ Membekalkan vitamin dan zat yang diperlukan oleh ibu untuk kekal bertenaga ketika pantang dan luka segera pulih
~ Tidak menggangu pengeluaran susu ibu malah menggalakkan lagi
~ Tidak panas kepada bayi. Sesuai diambil sebaik lepas melahirkan

Kenapa mesti dapatkan dari Aainaa-Nadirah.com?

~ Stok yang tersedia
~ Penghantaran segera
~ Menikmati pelbagai keistimewaan sebagai customer & rakan baru
~ Konsultasi percuma
~ After sales servis

Saya sangat mengambil berat terhadap ibu-ibu hamil dan berpantang di luar sana. Kerana, saya juga mahu anda dapatkan set berpantang yang terbaik dan paling sesuai. Kerana, saya juga seorang ibu hamil yang bakal berpantang. Love u all ~



Menyusukan Anak Dan Berpuasa, Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni hari ke tiga berpuasa. Di facebook, saya lihat ramai kawan-kawan yang menyusukan anak mula update status bagaimana nak kekalkan production susu. Risau susu tak cukup masa bulan puasa ni. Alhamdulillah, anda ibu yang sangat prihatin dengan keperluan anak. Dan sesungguhnya, anda ibu yang penyayang. Thumbs up!

Mengimbas kenangan dua tahun lepas. Ketika saya masih gigih menyusukan anak ke tiga saya. Nur Amirah Hannani. Ketika itu, saya masih lagi bekerja dan anak saya masih belum bercampur susu formula, dan tak mahu susu formula. Hehe. Alhamdulillah sekarang umurnya dah 2 tahun. Dalam proses wean off. Tapi masih bf sekali sekala =)

Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee masa kali pertama mencuba Breastfeeding Set. Saya beli dari seorg kawan. Beliau mencadangkan Set Advanced. Kerana ada Performance Max di situ utk mengelakkan badan dehidrate dan kekal 'lembab'. Masa itu, saya bukanlah ada masalah susu kurang atau susu cair atau apa-apa masalah biasa ibu hadapi. Tapi, saya mencuba untuk diri sendiri. Saya kenal diri saya yang agak memilih makanan dan jenis tak banyak makan. Makanan yang diambil seharian pun tak seimbang. Hehe. Atas sebab itu saya memilih vitamin Shaklee kerana percaya pada originality dan pure vitamin yang dibekalkan. Ya, saya perlukan Protein, B Complex, Multivitamin, Vitamin C, Kalsium untuk top up keperluan nutrien dalam badan. Kerana saya masih ingat kata-kata seseorang.. Sekiranya badan kita kekurangan bahan mentah untuk menghasil susu, bagaimana untuk badan kita menghasilkan susu dengan baik? Contoh konsep sebuah kilang. Ambil contoh kilang roti. Bahan mentah nak buat roti tak cukup. Dapat ke nak hasilkan roti yang sedap dan menepati piawaian. tak, kan?

Iya, komposisi susu kita tetap akan sesuai dengan anak kita. Tetap akan bekalkan susu berkualiti untuk anak. Tapi bagaimana dengan tubuh ibu? Akibat ibu kekurangan bahan mentah dari sumber makanan tadi, badan kita akan mula menyerap kalsium dari tulang, gigi, protein akan diserap dari tisu kulit dan sebagaimananya. Masa tu, mulalah para ibu komplen penat, lesu, kering dan sebagainya. Terutamanya di bulan Ramadhan. Akibatnya juga, ibu mudah nampak lebih 'berusia' kerana kehilangan kolagen penting. Bukankah penampilan ibu juga masih penting buat ayah?

Berapa ramai kaum ibu yang mengambil diet seimbang ketika bersahur dan berbuka? Adakah menepati saranan KKM? Adakah kita ambil buah dan sayur yang banyak ketika bersahur dan berbuka? Kebiasaan kita kurang berselera ketika bersahur,kan? Makanan diambil cuma sedikit dan kadang-kadang sekadar syarat. Maka, di sinilah saya buat keputusan untuk amalkan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, sudah 2 tahun saya masih amalkan vitamin yang sama =)

Selain dari vitamin Shaklee, saya tetap tidak mengabaikan pengambilan kurma dan air masak. Kebiasaanya, saya suka blend kurma bersama ESP + Meal Shakes + susu segar. Ada kalanya saya tambahkan badam. Rasanya sedap dan hasilnya mengagumkan =D

Vitamin yang masih saya amalkan sehingga kini.

Alhamdulillah, produksi susu saya ketika berpuasa tidak terjejas. Mengepam di waktu ofis, 3x kali sehari tidak mengganggu pengeluaran susu. Masih dapat amaun yang sama ketika tidak berpuasa. Malah kadang-kadang dapat lebih =) Badan kekal bertenaga sepanjang waktu kerja. Balik rumah masih cergas memasak untuk berbuka. Seronok, kan? Biasanya ramai ibu kecundang dalam usaha menyusukan anak sehingga 2 tahun pada bulan puasa. Namun, jgn jadikan alasan berpuasa sbg halangan untuk menyusukan. Nikmat dunia ni Allag bagi banyak. Tinggal kita nak grab dan gunakan mana yang sesuai dgn kita.

Selain dari pengambil diet seimbang dan suplemen, konsep demand and suppy jangan sesekali diabaikan. Mesti follow jadual penyusuan dan mengepam untuk pastikan otak dan badan mendapat isyarat yang sama dan konsisten. Sekiranya di bulan puasa kita mula skip jadual mengepam dan malas mengepam dengan alasan "tak banyak susu yang keluar", anda dah silap besar. Biarlah susu keluar sikit ketika mengepam. Tak apa. Sebab kita kena 'bercakap' dgn tubuh sendiri dan yakin ada rezeki untuk anak yang Allah dah beri.

Pengambilan air putih secukupnya sangat penting. Selepas berbuka, minumlah air putih setiap jam. Ia akan bantu badan kita menerima air yang cukup walaupun berpuasa.

Saya doakan lebih ramai kaum ibu dapat terus berpuasa dan menyusukan anak dengan baik pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah, ibu sekarang sudah bijak memilih dan menentukan apa yang terbaik utk anak dan ibu =)

Mahu dapatkan set ini? Jangan segan hubungi saya dan saya akan kongsikan kebaikan dan cara pengambilan set ini. Anda juga boleh dapatkan dari pengedar-pengedar kumpulan saya =)


Lagi Testimoni. Klik Di sini

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Ibu Hamil & Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum,

Hari ini saya rasa seronok nak menulis tentang masalah tekanan darah rendah yang kerap dialami ibu hamil. Rutin setiap bulan ibu hamil akan menjalani pemeriksaaan HB di klinik. Biasa tak, rasa berdebar² nak tahu berapa hb ibu pada hari pemeriksaan itu. Sekiranya nurse memaklumkan yang hb rendah, ibu dah susah hati, nurse akan mintak kita datang 2 minggu kemudian untuk follow up hb ibu kan.

Masalah tekanan darah rendah ibu hamil tidak seharusnya dipandang remeh. Kerana, jika dibiarkan akan mengundang komplikasi sepanjang kehamilan. Masalah² kesihatan yang lain pun boleh berlanjutan selepas melahirkan anak.

Tekanan darah rendah boleh berlaku akibat tubuh ibu kekurangan zat penting iaitu zat besi. Kekurangan zat ini boleh disebabkan oleh amalan diet tidak seimbang, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, kehilangan darah teruk serta genetik.

Walau apapun puncanya, kehadiran zat besi ini sangat penting dan perlu mencukupi. Ini kerana, zat besi bertindak sebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah yang akan menghantar oksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan.

Antara kesan kekurangan zat besi di dalam tubuh ibu hamil ialah :
  • Kerap letih
  • Lesu
  • Pucat
  • Pitam
  • Anemia
  • Risiko keguguran
  • Kelahiran bayi pra-matang
  • Saiz bayi yang kecil
  • Bayi koma atau meninggal dunia
Para ibu hamil digalak meningkatkan pengambilan zat besi sebanyak 50% daripada biasa untuk menyokong dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

Para ibu boleh mengambil makanan yang mengandungi tinggi zat besi sebagai diet harian bagi membantu masalah tekanan darah rendah :
  • Ayam
  • Sayuran berdaun hijau
  • Bijirin
  • Kekacang
  • Tembikai
  • Bijan
  • Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin, prun
  • Tauhu
  • Delima
Para ibu juga sangat digalakkan mengambil suplemen seperti folat, kuprum, zink tambahan dan vitamin C untuk meningkatkan serta mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan. Walau bagaimanapun, nasihat doktor sangat penting dalam pengambilan suplemen ini.

Bagaimanapun, suplemen kesukaan saya untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah tentulah Shaklee Vita-Lea with Iron Formula. Ini kerana Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Bukan itu sahaja, Vita-Lea ini disalut dengan serbuk nutrisi spirulina menggunakan kaedah terkini dan teknologi ekspolif yg kompleks iaitu Explo-tab. Hebatnya lagi, ia merupakan multi-vitamin terpantas di dunia terlarut di dalam air dan tubuh manusia.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea :
Viyammin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin C, Asid Folik, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B6, Vitamin B12, Biotin, Vitamin B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Cooper, Zink.

Inilah dia Multivitamin kegemaran saya dan ramai lagi ibu² di luar sana.

Untuk kesan yang lebih optimum, penyerapan yang berkesan dan kecantikan kulit, boleh ambil bersama Sustained Release Vita-C Shaklee.

Semoga, dengan pengambilan dua produk dari Shaklee ini dapat membantu para ibu hamil untuk mendapat kesihatan yang lebih baik dan optimum serta anak yang sihat dan cergas =)

Saya sedia membantu =)

SUSTAINED RELEASE VITA-C 500MG

BEKALAN VITAMIN C SECARA SEMULAJADI JAM DEMI JAM
Shaklee Sustained Release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, sistem imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

NUTRITION FACTS
Each serving provides :
Total Carbohydrate <1g data-blogger-escaped-p="">Vitamin C (as ascorbic acid) 500mg
Sodium 5mg




Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com