Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan untuk mencoret di sini. Agak lama tak menulis ye. Taknak bagi alasan sibuk. Walhal mmg agak sibuk sejak uruskan dua anak di rumah during day. Haha. Dua org aje pun. Tapi sbb nak baking dan uruskan rumah mmg agak terkejar2. Ok, ada satu perkara nak share. Bermula minggu ni, saya dah start menulis Jurnal Kesyukuran. Hanya 10 perkara yang saya tulis setiap hari, setiap pagi. Semoga saya boleh konsisten, InsyaAllah. Jom baca sikit apa itu Jurnal Kesyukuran =)
Menurut Ir. Ezwan Moktar - " Bagi mengubah kehidupan kita dgn cepat, gunakan kesyukuran bagi menukar energi kita. Apabila kita meletakkan semua energi kita dalam kesyukuran, kita melihat keajaiban mengambil tempat dalam kehidupan kita. Bagi mengubah sesuatu dgn cepat, tulislah 100 benda yg kita perlu syukuri SETIAP HARI, sehingga kita melihat perubahan. Kuasa kita adalah perasaan yg kita letakkan dalam kata-kata kesyukuran."
Sekiranya tidak mampu menulis 100 perkara yg perlu disyukuri setiap hari, sekurang-kurangnya tulis 7 perkara. Yang penting, lakukan SETIAP HARI kerana amalan terbaik adalah amalan yg berterusan, walaupun sedikit. - Saya copy paste dari status FB Master Azlin.
Alhamdulillah.. tahun ni ada rezeki terima award lagi. Kalau NC tahun lepas, saya dan suami hanya layak satu award dan satu dinner. Tapi, tahun ni syukur kami layak enam award. Tahun ni saya akan hadir dua dinner. Kali ni NC diadakan bersekali dengan National Trip. So, akan berlangsung selama 3 hari, 2 malam. Bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre.
Tahun ni Mr Roger Barnet akan turun Malaysia. Master-master akan dinner dgn CEO Shaklee ni =)
Surat emel dari Shaklee dah selamat diterima. Nc akan berlangsung dari Sabtu - Isnin. Hari isnin tu ada 'Hunt" Session utk yang layak National Trip. Sedih sikit la tahun ni buat dekat2 ni je. Tahun lepas di Kota Kinabalu. Walau apapun, saya tetap bersyukur sbb mmg tak pernah join mana2 MLM sampai tahap dapat award dan trip ni. Malah car bonus pun merasa =)
First Night Dinner untuk geng-geng National Trip.
Second Night Dinner utk penerima award. Masalah saya sekarang ni, saya tak ada pakaian yang sesuai untuk event ni. Saya perlukan atleast empat dress yang sesuai. Its ok pakai je baju lama. Isunya saya memang takde baju untuk acara begini. Hehe.. Takkan nak pakai jean/palazo/ kemeja kot? Baju kurung pun ada cuma untuk datang ofis je. Dan... stok2 lama dan lusuh. Hehe.... Kena la mencari jugak dalam tempoh seminggu ni =)
Beg dan tag nama pun dah dapat dari Shaklee. Tshirt je belum.
Latest pic masa ambil beg di HQ Shaklee. Seriously I'm In Love with Shaklee. Dan saya bertuah berada dalam Group Jutawan Shaklee =)