Online users

Follower

Showing posts with label world of teaching. Show all posts
Showing posts with label world of teaching. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Mangkut tingkat

Just now at school, Kak Irma asked me what do we call "mangkuk tingkat" in English because some of the pupils were asking her about it. Happen to be it was in the picture and they wanted to construct sentences about it. Tercabar jugak bila tak dapat nak bagi jawapan pada masa tu jugak. Since I am an oversea graduate, apa-apa kemusykilan terms in English, they normally come to me. Jadi tempat rujukan. Seriau jugak sebab orang expect kita akan tau everything about English language. That's why bila tak dapat jawab soalan Kak Irma, I felt like shit. Balik dari sekolah, menggagau search kat internet and asking my cohortmates. Finally I got the answer. So people, mangkuk tingkat is called tiffin carrier. 

Then, my former colleague (a retiree now) saja nak test vocab aku. She asked me what do we call a person who drives a train. It got me thinking for a while. Obviously, the person literally not driving the train as it was controlled by electric system. So, a train driver is not the correct one. Google punya google, bincang punya bincang, I come to conclude that it is called a train engineer or a locomotive engineer. Sophisticated kan bunyinya? Hehehe. While a train conductor is a person who collects the ticket and make sure everything is alright inside the train cabin.

Sekian kelas Bahasa Inggeris dengan Teacher Japirah. Thank you class. 

Thursday, February 26, 2015

Ups and downs

Assalamualaikum. Tenggelam timbul aku kat sini. Menghilang sekejap dek cuti raya cina balik kampung langsung tak usik laptop. Tab ni pun tak peduli. Bila balik Segamat, terus sibuk dengan kerja sekolah. Nak mesyuarat PIBG Ahad ni. Macam lipas kudung aku hari ini. Ke sana ke mari. Buat surat, jemputan, buku program. Dalam hati keja menyumpah ja. Geram kat siapa tak tau la. Tapi memang mulut ringan bebenor nak menyumpah.

Pernah rasa what the heck tak bila someone ask you to find a speech script from the internet? Sedangkan benda tu hang sendiri boleh buat. Boleh google. Nak jugak kulikan aku. Urut dada aku bila fikir balik perangai orang macam ni. Banyak lagi benda aku nak buat dari mengadap cari text hang.

Sekarang ni mengajar jatuh tangga last sekali. Meanwhile clerical job comes first. Dah tu kalau orang yang sepatutnya buat kerja tu pun macam ngok ngek, cakap ja pandai tapi bila buat, tak tegha mana. Dah tu last last cikgu jugak kena tuju. Kena buat sendiri. Depa tak pernah fikir kot cikgu ni hari2 main dengan emosi dan tenaga. Otak penat nak bagi budak faham, mulut penat membebel, emosi terus tak stabil. Habis kelas, terus mengadap benda yang bukan core bussiness. Nak reflect apa yang ajar tadi pun tak sempat. Masa berlalu sekejap saja bila berada di sekolah.

So how are we supposed to give the best to the pupils if we ourselves are burdened with the filing system, reports, pamphlets, official letters, unending school programmes that sometimes take away our holidays, disrupted online system and so many more? It does affect the teachers' mood to teach in the class. Cause all we think of is bila nak siap keja sekian sekian? Lambat nanti nama naik kat bos. Fokus dah ke lain. Tolonglah kurangkan benda2 merapu dalam pendidikan ni. Please fokus pada perkembangan secara menyeluruh budak2 ni. Kesian depa. Sometimes they do not get what they supposed to get from the teachers cause the teachers are so busy with other things yang secara dasarnya hanya utk manfaat pihak lain bukannya pelajar. Sedangkan tugas hakiki kita ialah mengajar. I love teaching but I hate doing reports, project paper and etc.

Mampu ke aku nak bertahan lagi berpuluh tahun ni...

Wednesday, February 4, 2015

Abad 21

Sekolah anjurkan pertandingan kelas abad ke-21. Kalau menang, dapat RM200. So, tadi aku inform kat budak kelas. Lepas tu terlepas cakap macam nak cat kelas awak ni. Dah tu semua excited nak tolong cikgu cat. Hoh. Baru plan. Tak konfirm lagi jadi ka dak. Depa dah excited dulu dah. Actually aku dah lama planning nak cat kelas depa tu cuma masih belum berkesempatan. Nak upah pekerja, mahai. So, nak buat sendiri. Sibuk sikit dua tiga minggu ni. Tak dan nak perosah kelas tu. Tapi ni dah terlepas cakap dan budak pun dah over excited nak tolong, I guess this is the right time to paint the class. Support ramai. Kalau harap sendiri bikin, memang sampai hujung tahun tak bergerak plan ni. So, esok nak pi cari cat. Jumaat boleh mula cat dah.

Serabut jugak fikir camna lagi nak jadikan kelas tu abad ke-21. Sekarang ni depa wajibkan susun atur kelas ikut abad 21. Nak banyakkan discussion instead of rote learning. Kalau ikut yang betoinya, kena ada computer dalam kelas. Celah mana nak cari computernya. Haha. Pesan kat budak, kalau ada buku cerita or majalah, bolehlah bawa ke kelas untuk diletakkan di sudut bacaan nanti. Ada yang tanya boleh tak nak bawa angsa batu. Haa..tak pa..bawa ja. Nanti kita tengok apa jadi esok. Hehehe.

Thursday, January 22, 2015

Confused


I asked my kids to write a fried rice recipe and look what she had written. You got me confused girl. You want to make a chicken fried rice or fried rice or fried chicken? Or you want to make nasi goreng ayam kampung? Or nasi goreng kampung? Because of the word 'village' there. Direct translation sangat ni. Simply put fried rice je lah lain kali ye anak anak. Poning eden...

Monday, January 19, 2015

Cheating kids

I guess when you teach the same class for few years, you can simply recognize their handwriting without even looking at their names on the cover when you're marking their works. Few times I caught my pupils cheated when doing their homework especially when they were given cursive writing task. Cursive writing is introduced in Year 4 syllabus. Rasanya dulu pun memang dah ada cursive writing ni. Zaman tok naduk dulu. No wonder the senior teachers have such beautiful cursive writing. There was one senior teacher, she told me that they even have the special pen for writing cursive back in old days. Nowadays, the stakeholders realize that cursive writing is a good practice for the kids to write quickly. They believe that this skill is important for their higher level education when writing notes and etc.

So, last year I caught two of my pupils cheated in their cursive writing task. How do I know they cheated? Usually I asked them to do the task in the class and if they do not manage to complete it, I will ask them to complete it as a homework. These kids did personally write few lines in the class. When they go back, they asked their assistants, whom I believe to be their mothers to complete it for them. Two different styles of writing. The first few lines was horrible and suddenly it turned so nice and tidy. No eraser mark on the book ( the beginner will normally write and erase few times when it comes to cursive).

That's when the curiousity comes. To prove that I was right, I asked these kids to come to me with a pencil. Before I proceed to my so called investigation, I asked them did they personally complete the homework or someone else was doing it for them. Mampuih nak mengaku depan cikgu. None admit that they were cheating. Takpa cek..... I asked them to rewrite few words.Tergagap gagap nak tulis. Shaky and messy. Langsung tak sama. Haha. Check mate! Kantoi gitu ja dengan cikgu.

Maybe they feel so hard to write it that they ask for their mothers' favour to do it for them. Ye lah. Baru nak belajar benda baru. Terkial kial lagi. Teacher pulak bagi masa sehari ja untuk siapkan. Hehe.I did not get upset. I just found it so cunning. I told them its okay if you cannot write cursive nicely as it is a learning process. Baby pun merangkak dulu sebelum jalan. Ye dak? Few tries and surely they'll improve.

Ni dah masuk tahun kedua dorang belajar cursive. The kids yang kantoi tu pun dah makin lancar menulis. No more assisted by their mothers. Sendiri bikin. Serik dah kot kantoi buta buta dengan cikgu. Hehe.

Moral of the story, be honest to yourself and others. :)

Thursday, January 15, 2015

Off creative kids

Berakhir sudah minggu pertama persekolahan. This year is going to be hectic for me as one of the year 6 teacher is expecting a baby on April. So, dengar dengarnya dorang nak minta aku jugak yang cover kelas tu. And they will substitute one of my year 5 class to another english teacher. Dah mula rasa macam satu tan beban ada atas kepala. Meaning that i will take over year 6 classes for english. Tak tau la macam mana nanti. Frankly speaking, i prefer to teach the low level pupils. Nampak hala tuju untuk pastikan budak tu lulus. Kalau kelas advanced ni, memang la seronok. Orang kata senang nak ajar sebab dah tahu banyak benda. Tapi sejauh mana bagusnya kita nak ajar budak tu yang akan jadi sedikit masalah. Like it or not , if i were to teach them, i have to give my best la. Let's see how it goes nanti.

Today is language arts class with year 5 pupils. Since semalam terlupa nak pesan dengan kelas belakang suruh bawa bubble wrap, we just recite the poem in small groups. Pronunciation depa awai awai tahun ni berkarat. Maklumlah, lama tinggai sekolah. You pi sebut your. Busy pi sebut buzzy. The pi sebut they. Yennnadee... selalu kalau buat
Poem recitation ni, aku akan umum pemenang di kalangan depa.Kali ni tak dak sorang pun layak jadi pemenang. Sebab semua tak memuaskan hati. Hehe. Macam juri pulak kan. Anyway, boleh polish lagi depa tu.

Kelas depan pulak aku buat bee hive guna bubble wrap. Al kisahnya semalam beria suruh budak bawa bubble wrap. Budak tercengang tak faham bubble wrap tu apa. Terpaksa explain yang selalu ada dalam tin biskut tu. Yang boleh letup letup tu. Haa.. baru depa faham. Balik dari sekolah, melilau mata cari kat kedai hardware. Tapi hampa sebab tak dak. Balik rumah rosek kotak simpan barang. Kot kot masih simpan wrapper drawer bilik. Pun tak dak. Dah pikiaq dah nak tukaq lesson kalau tak jumpa. Pagi ni pi sekolah tanya depa semua pakat bawa. Teacher is so amazed by you 'olls. Tak sangka depa dapat cari in just one day. Termalu sendiri sebab teacher pun tak jumpa bubble wrap tu.

So, lesson plan I menjadi. Tak perlu nak ubah or carry forward. Hehe. Ada sorang budak ni so creative. He's the only one who did hanging bee hive. Yang lain suma ikut buku teks. Excellent betoi. I like. Layak dapat extra point untuk creativity and innovative. You know, this tiny things la yang cikgu cari dalam budak budak ni. Ability to think out of box. Sadly, tak semua acquire this skill. Hopefully as time goes by, semakin ramai yang dapat jadi macam this boy.

Aku suka dengan semangat budak budak ni. Mak bapak pun very supportive. Bila kita minta bawa something from home, depa bawa. Tak ada bagi alasan tak jumpa ka apa. Mungkin aku jenis tak bagi muka dengan depa. Cari sampai jumpa. Padahal teacher sendiri pun tak jumpa. Hehe. Masih lagi kagum dengan isu bubble wrap tadi tu. Hehe. Thank you anak anak teacher memudahkan dan melancarkan PdP teacher :)

Monday, January 12, 2015

Off bad handwriting

A good beginning for me. All my plans seemed to be working out. Did a diagnostic test with year 6 pupils. I never taught them before. So, in order to know more about their level, I carried out a simple test. Found out that most of them have bad handwritings. Not good man. Your handwriting does affect marker's mood to mark your paper. Don't spoil them! If baru darjah 1, accepted la tulisan cakar ayam. Baru nak belajar tulis kan. But if darjah 5 pun tulisan masih lagi mcm cacing kerawit, lagu mana? Sakit mata ni haa. I never thought they would have such a horror one. Sampai tahap horror la. Punya nak habaq tak semenggah depa punya tulisan. Lepas ni nak buat peraturan dalam kelas. Tulisan buruk, ketuk tangan dengan pembaris. Mak bapak jangan risau la. It won't hurt your children. Ketuk ketuk manja ja.Just as a reminder for them not to repeat the same thing. I need to mention this sebab isu denda ni isu yang besar di sekolah. Zaman dah berubah. Cikgu tak boleh suka hati denda budak dah sekarang. Nanti mak bapak mai sekolah mengadu. Bosan betul. As if cikgu teruk sangat. Huhu. Really disappointed with parents yang terlalu manjakan anak. Not all macam ni. Just a few yang terang terangan menangkan anak without even selidik what's the cause of it.

Nak mengajar senang, nak mendidik tu yang payah. Logically, teachers are doing something for your children's benefit. Not to harm them. So if dapat complain cikgu denda ke apa, selidik dulu. Not simply jump into conclusion ye. Cikgu pun tak cara nak denda suka suka. There are so much things to do than punishing your kids for fun. Have faith in us. We are paid to teach your kids values and to be a better person in future. We are paid to do whatever we could to ensure your kids are literate. Dear parents, some teachers are even planning to do extra class just to ensure your beloved kids pass the linus test. We sacrifice our time and money just for your children sake. Kami tak makan gaji buta.

P/s : mata duk celik lagi pasai tadi tertidoq sampai pukul 9 malam. The body is adjusting to the new routine. Slowly getting there...

Monday, January 5, 2015

Hias kelas

Assalamualaikum semua.

Antara kerja yang perlu dibuat sebelum mulanya persekolahan adalah menghias kelas. This is my second year pegang kelas. Carry kelas tahun lepas. Since terpaksa berubah kelas dan ada reshuffle budak, terpaksa la aku buat semula jadual tugasan dan sebagainya. Aku ni idok le kreatif mana pun. Banyak idea dan bahan yang aku print ni amik dari Koleksi Cikgu Anis. Yang cikgu cikgi ni mesti familiar dengan group FB ni. Bagus betul group ni. Semua benda yang cikgu nak ada. RPT, BBM, idea untuk deco kelas, semua ada. Tinggal rajn tak rajin ja la nak search dan buat. Aku ni buat setakat mampu ja la. Ada jugak cita-cita nak buatkan alas meja budak kelas. Tapi kena hold dulu sebab banyak pakai duit. Mind you sekolah aku ni rata rata dari family yang low income. So, tak sedap pulak nak kutip duit. Yuran sekolah pun ada yang bayar sikit dulu. Aku faham. So, tak nak susahkan dorang. Sebab tu terpaksa hold dulu. Tapi memang teringin la nak buat sarung tu. Aku dapat idea ni dari sekolah masa aku jadi guru sementara dulu. Budak ada rasa tanggungjawab untuk jaga meja dan sarung tu. Kalau kotor, sendiri basuh.

Tengah fikir macam mana nak decorate reading corner. Hurm. Any idea?

Okay..tak boleh tulis panjang panjang. Banyak lagi kerja nak buat. Hehe. Jumpa lagi!

Tuesday, April 29, 2014

Not easy.

Assalamualaikum semua. Hope you guys are in a good condition.

I was updating the SBOA file just now and suddenly this thought came to my mind. "Penatnya jadi KP!" Being the head of English Panel at young age is obviously not easy. You need to push yourself to be fast learner. You need to digest all the information quickly and act fast. You have to know how well do the students perform in the subject.You need to know the figure, well at least how much percent did your students pass in previous UPSR. Does it have improvement? Or does it not? Why? In short, you need to be fully aware of everything that relates to English subject.

Also, you need to familiarise yourself with many acronyms. ETR, TOV, GPMP, GPS, GPI and so many more. You need to always remember to update your file which I really don't favour at all. Mai time pemantauan, baru sibuk nak update file. Just like what I was doing just now. Baru terkial kial nak update fail SBOA. Lepas tu nak hadap pulak boss yang banyak karenah. Nak macam itu, nak macam ini. Sampai berpinau mata mengadap laptop. Huh. Bosan.

Sometimes, I do feel that I am the only one who is doing the job. Supposedly, KP ni kerja dia mengarah dan supervise je kan. But not for me. It's like I'm the only one in panitia. Minit mesyuarat pun sendiri bikin. Laporan program pun sendiri bikin. Nak buat program pun, sendiri bikin. Some of the senior teachers are not helping me at all. The only reason, "Akak banyak kelas la hari ini", "Akak busy la dengan program tutt teeet". At last, it was me alone doing the thing. Malas nak panjang cerita. Buat jugak walaupun dalam hati menyumpah seranah dah. Muka toksah duk kata la. Dah tarik 2 inci.

Can you see how hard for me to be the KP? The biggest challenge is to give instruction to my so called anak buah. The wide age gap between me and them makes it even harder. I've tried not to sound so "bossy" when asking them to do something.Guna bahasa elok."Akak, minta tolong hantar borang pencerapan dekat saya by this week ye" instead of "Akak, saya nak akak hantar borang pencerapan dekat saya by this week ye". If you see very carefully, the only different is the word "minta tolong" and "nak" je. You know which want is more favourable kan. Even when I use the more favourable sentence pun ada yang tak makan saman! She nods hard like she fully understands the urgency of the matter."Okay. Esok akak bagi." Tapi sampai ke sudah tak berhantar borangnya! Gitu la ibaratnya susah sikit bekerja dengan orang yang lebih senior dari kita ni. Sekali dua boleh tahan la. Lama-lama, malas nak kisah dah.If anything, terus rujuk dalam office. Senang. I'm not saying that all my anak buah macam tu.Ada yang sangat bagus dan hormat kita as ketua even umur dia dari tua dari kita. Kalau nak dicerita, banyak lagi benda yang meruntun jiwaku ini sepanjang menjadi KP. But let me just keep it to myself. Kena hentam depan cikgu cikgu lain pun dah pernah merasa. Sabar je lah. 

There are times I feel bullied.Not only as KP but as a new teacher.Semua nak hempuk kat kita. Adat kot naa. Tak sabar nak jadi senior. But, these experiences teach me to be a better person. I learn many new things in such a short time. You learn best through experience. Don't you? So, let's stay positive. Lama lagi nak jadi cikgu ni oii...

Tuesday, October 22, 2013

Camping time!

Baru perasan tak blog lagi pasal perkhemahan TKRS. I was appointed as the assistant commandant of the programme. Dah agak dah nama akan naik pasal I je yang single mingle lagi kat sekolah tu. Terima je lah. Lagipun time ni la nak kutip pengalaman pun. So, perkhemahan buat kat FELCRA Tebing Tinggi. Not far away from the school. About 30 minutes journey. Tempat dia ke dalam hutan sikit dan keras. Banyak kes histeria kat situ. Tapi kitorang tak bagi tau kat budak. Mampuih kalau bagitau. Rasanya ramai yang tarik diri kot if bagitau awal. Aku ni pun sabit ada cikgu lain yang stay kat campsite tu. If sorang sorang, lemah iman jugak. Silap silap tidoq sekhemah dengan budak.

Bagi taklimat kat budak.Nampak giant sangat kat depan tu. Sobs.

Buat gajet. Budak budak ni kena buat rak kasut dan ampaian guna buluh. Aku boleh tolong tengok ja la pasal aku tak tengok demo yang cikgu Hafiz tunjuk kat dorang. Pandai pandai korang la.

Macam macam aktiviti kitorang buat. Aku rasa enjoy sangat sebab dapat lepas geram naik kuda dan kayak. Last buat aktiviti lasak ni time BIG. Itu last before posting. Sekali sekala masuk hutan, night walk best jugak. Walaupun cuak kena tinggal dalam gelap. Cerita pasal night walk, aku tabik habis la kat budak budak ni pasal dorang sangat hebat. Berani berjalan dalam gelap sorang diri sejauh lebih 100 meter hanya bergantung pada tali. Walaupun ada jugak seorang dua yang fail. Tak dan gerak lagi dah lemah semangat, lembik badan dan sebagainya. Yang lelaki lagi teruk dari perempuan. Menangis teresak esak. Hahaha.

Waktu night walk. Tobat gelap gila. Ni tangkap pakai flash. Jadi la cerah. Kami ikut belakang budak. Ingatkan night walk cikgu terlepas la dari kena jalan sorang sorang. Tak pun ada shortcut ke apa. Ini tidak. Renjer tu suruh jugak lalu jalan yang budak lalu sorang sorang pegang tali tu. Aku boleh ja nak pergi sorang tapi cikgu lain semua kecut perut. Last last aku lead depan, yang lain follow rapat kat belakang. 4 perempuan, 4 lelaki. Bayangkanlaaa...Yang lelaki pun duduk belakang sekali. T____T Langsung tak bunyi suara. Takut punya pasal. Hahaha.

Jungle trekking. Terjumpa bangkai babi nala punya besaq dalam hutan ni. Baunyaaaa.....ya ampun. Busuk sangat sangat. Agaknya dah dua tiga hari mati kot sebab perut dah kembung tunggu masa nak pecah. Dapat jugakla tengok babi hutan gena rupanya. Menggelikan.

Ini paling best! Naik kuda! Nama kuda ni boy. Behave sangat. Dia mau dengar cakap abang baju itam tu ja. Orang lain bagi arahan dia langsung tak gerak. Senyap ja kat situ. Last naik time aku kecik dulu. 

Ni pun best. Gila. Kayak sorang. Jadi apa apa kat aku time ni, sorang sorang jugak la nak menempuhnya. Had so much difficulties to reverse my canoe.Sampai jadi bahan lawak cikgu lain. Tsk. Nak paddle tu pun jenuh kilas sorang sorang.Dia ada teknik sebenarnya. Tak susah pun kalau kita dah betul betul master teknik tu. 

Kayak aku masuk air. Habis lenjun satu seluaq. Mujuq pakai seluaq kalis ayaq. Time ni dah dekat senja dah. Balik balik!

Bergambar kenangan bersama peserta perkhemahan. FYI, aku langsung tak ada basic KRS.Tapi disebabkan sekolah aku kecik dan KRS is the only badan beruniform, nak tak nak kena beli jugak la baju uniform tu. It costs me RM1++ for the uniform. Nangis nak bayaq.

The end!

Sunday, October 20, 2013

Done!

Alhamdulillah. Done with KSSR course. Gila lah. 4 hari tadah telinga dari pagi sampai ke petang. Balik rumah terus flat. Macam ni rasanya pergi kursus. Al maklumlah, first time. Pengisian bagus cuma cara dijalankan tu agak bosan bagi aku. Dah la tempat nya tak beraircond. Kepam sorang sorang dalam dewan tu. Maybe next time dorang boleh pertimbangkan ubah pelaksanaan program. Buat la dalam bentuk yang fun sikit. Asyik asyik present.Huwargh.Bosan oi. Yang nak best sikit pun demo lesson/microteaching. Kelakor tengok cikgu senior berlakon. Still berbisa. 

Post gambaq ni kat FB. Candy Crush yang cenonet tu depa nampak. Muka kami sebesaq alam tak dak sapa pun nak komen. Hahaha.

Sekali sekala pergi kursus best sebab dapat release stress dari beban sekolah. Pergi kursus pun pukul 8 pagi. Tak ada la terkejar kejar sangat macam pergi sekolah. Yang penting, tak perlu nak stress mengajar budak. Only lasted for 4 days je la. Lepas ni masuk sekolah balik, rutin yang sama balik. Sabor jelah menanti cuti akhir tahun ni. Serius aku tak sabar nak tutup sekolah. Tapi, nak menempuh ke saat itu sangatlah hazab bagi aku. Ada je benda yang nak kena submit. Report la itu la ini la.Haish. This is what I choose to be. So, please stop complaining. Mana ada kerja yang tak stress. Ye dak?

 Group work. We have to come up with our own label using cursive writing. Yang follow insta aku tahu la pasal cursive writing aku. Macam tulisan sanskrit! 

 Sound circle for literature component. 

 Poem shape. Nampak tak bentuk slide tu? Hehe.

 Amboi Japirah. Besaq nya gelak. Pasai pa tak tau.

 Dapat kawan baru. Kak Sha. Umur dah 40 something tapi awet muda. Kebetulan terpakai baju sama colour on our last day. Haruslah mengabadikan kenangan. 

Group photo. Group 2. 

Selit sikit pasai earnings nuffnang. Dah lama tak update. Sekali tengok, 4 buffered. Woah. Selalu macam ni la. Time kita tak tunggu buffered tu la dapat. =)

Thank you Nuffnang =)

Sunday, September 22, 2013

Kalam Jamaie

Lama tak update blog. Pasal kuota internet dah habis. Aku amik plan Maxis yang 4 gig peak hours 4 gig off peak. Yang peak hours tu la yang dah habis. So, sekarang ni nak online kena tunggu time off peak (2-8 pagi). Memang idok sempat la nak update time weekdays. So, banyak benda jadi this week. Ujian SEGAK, Latihan Kebakaran dan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan. Semalam pulak, aku bawa budak pergi pertandingan Kalam Jamaie kat Felda Redong. It was my first time drive jauh dalam area Segamat ni. Hahaha. Sekolah ni punya la ke dalam nya. Felda kan. Tapi kawasan felda ni bagi aku menarik dan cantik.

Before bertolak. Sesi grooming budak budak. Hahaha.

Actually aku bawa budak pergi sebab dorang tak cukup kereta. Cikgu lain semua dah ada family. Payah sikit nak keluar time weekend.So, dia tarik yang single. Kalam Jamaie ni choral speaking in Arab. To be frank, aku sepatah haram pun tak faham apa yang depa duk choral kan. Mujuq la ada tukang translate sebelah aku merangkap housemate baru aku tu. Dia budak j-qaf. So, setiap kali peserta choral speaking, aku suruh dia cerita pa ke bendanya depa duk cakap tu. Yang aku faham "sohih sohih sohih" ja. Favourite phrase contestants. Tabik la aku kat orang tahu bahasa arab ni. Advantage gila kalau pergi tanah Arab. Malu pun ada sebenarnya sebab sebagai orang Islam, sepatutnya kita pun kena fasih bahasa arab ni.

Cute minions. Hehehe.


Baju dorang dari head to toe ustazah yang buatkan. Custom made tau. Gigih betul menjahit dress tu. Even brooch and inner pun ustazah tu jahit sendiri. Pakai tangan pulak tu. Dia suka benda benda macam ni. So, ngadap sehari suntuk pun tak apa. Paling aku kagum brooch tu la. Kreatif. Rupanya senang ja nak jahit brooch kedut kedut lagu tu. Cuma kena tahu teknik dan cara saja.

 Antara sekolah yang bertanding. Macam macam costume ada.


 With le new housemate merangkap translator of the event. Hehehe. 

Kitorang perform nombor satu. Tangan siapa la yang bertuah sangat time cabut tu. Mujur la budak budak ni cool ja. Langsung tak gugup. Senyum ja all the time. Unfortunately, we did not win. Semuanya hebat hebat belaka. Don't worry kids. Next time cuba lagi. Event habis pukul 1.30. Terus aku pecut balik sekolah. Budak yang naik dengan aku dah macam mak cik mak cik dah. Bila aku brek mengejut, "eh eh" tak henti. Aku pecut sebab ngantuk. Nak cepat sampai rumah.

Sampai rumah, terbongkang tidoq sampai pukul 7 malam. Gila tak? Burn one day weekend aku. 

Tuesday, September 17, 2013

As usual

So,hari ni sekolah macam biasa. Nothing interesting. Masuk mengajar macam biasa. Cumanya aku sedikit geram dengan budak tahun 3S. Memanjang ja tak siap homework. Bila tak bagi homework, mak bapak hingaq kata cikgu tak bagi homework. Bila bagi, tak buat pulak. Lemak berkrim betul. Cuti sampai 3 hari langsung tak sentuh homework. Macam mana dia stop buat kerja tu on Friday, macam tu jugak la kerja tu arini. Huh. Menyirap darah weh. Sudahnya, aku kasi cubit lengan siapa yang tak siap. Ini bukan first time aku cubit, dah banyak kali aku cubit. Tapi dorang tak heran pun weh. Macam tu jugak. Haish. Letih mak noks.

Tahun 6 dah habis UPSR,sekarang ni dorang rileks banyak la. Aku masuk kelas tadi pun dorang buat dek ja.Tambah tambah yang rasa diri tu pandai daripada kawan yang lain. Aku cakap kat depan, dia buat dengar tak dengar ja. Geram betul. Aku malas nak naik tangan sebab dah besar. Pandai pandai la fikir sendiri. Mulut tu cakap tak berhenti, bila suruh buat kerja, dia paling lambat siap. Aku tengah fikir language game yang fun untuk buat kat dalam kelas. Yang tak berat. Sebenarnya zaman mengaji dulu banyak language game yang aku main tapi memory lost tiba tiba. Dah lupa daaaa..Spelling bee,simon says, win,lose or draw, apa lagi haaa? Tell me, tell me. (Actually boleh ja google tapi saja mengada nak tanya readers jugak. Nak manja manja.Kahkahkah)

Ok la you'olls. If ada game yang korang rasa sesuai untuk dimainkan oleh budak yang English proficiency nya low to average, kasi tau la ea.Thank you!

Friday, September 13, 2013

It's over.


Alhamdulillah UPSR has just ended. I would say that the questions were not very hard but very tricky. Sekali pandang, macam ini jawapannya.Tapi bila baca sekali lagi, macam bukan jawapannya.Haa.Gitu la gambarannya. This is my first time experiencing this kind of situation. Nervous mengalahkan budak. Jantung macam nak luruh, perut tiba tiba memulas. Simptom normal bila nervous. Anyway, I am glad that it is finally over. Lepas ni dah tak ada kelas tambahan petang. Big yeaaayy for the students and teachers as well. Fuh. Lega. Lepas ni boleh fokus kepada tahun 3 pulak. PBS banyak lagi tak setel.

Sabar menunggu budak habis jawab exam. 

Lepas budak habis jawab, aku belek kertas dorang. Aku check paper budak paling top dalam kelas aku je. As a benchmark. Dia salah 6. Hurm. Terus down nak check yang lain. At least kalau nak dapat A, kena 35/40. Hopefully they will get high marks for paper 2. Kelas aku, aku target 3 orang ja untuk A. Yang lain, setakat lulus pun dah cukup. Tak nak high hopes sangat. Sebab aku tahu tahap dorang dimana. Ada yang eja 'girl' pun salah. Repetitively. Kita betulkan pun, tak masuk dalam kepala otak. How am I supposed to deal with this type of students? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Not that I am the only one, other teachers are feeling the same way too. Tahun ni aura pelajar tu tak berapa nak sampai. So, tawakkal je lah. Hoping the percentage of passes will increase than last year. Naik sikit pun jadi la. If tak, nak kena mengadap big boss. Menjawab la nanti. Huhuhu.

Gambar semalam. Sewaktu last minute kasi tips. Budak pun tepu kepala otak. Lepas satu, satu. 

Tuesday, September 10, 2013

Motivation for UPSR

Aku ada janji dengan budak kelas aku kalau dorang ada peningkatan markah dalam peperiksaan dalaman aku akan bagi hadiah. So, ada a few yang meningkat untuk first test. Second test, bertambah ramai yang meningkat. So, aku decide untuk bagi kat semua. Fair and square. Lagipun, aku tak nak dorang rasa down bila aku tak reward dorang. Biarlah dorang rasa dorang ni special di mata aku. Boost up their motivation to do well in UPSR.

Ecewah. So, weekend aritu pergi DIY mencari something untuk dorang. Time tu tak boleh decide lagi nak beli apa. Since aku ni pun cukup cukup makan ja sekarang ni, aku nak cari something yang simple, murah dan comel. Melilau mata ni mencari benda apa la aku nak bagi kat dorang. Memula terfikir nak beli kad. Tapi bila fikir kuantiti yang banyak, macam lari bajet ja. So, ready made card out. Tiba tiba ilham datang, nak bagi mini card handmade. Tapi nak cari something jugak. Add on to mini card. Tetiba ternampak kepit kertas cute. Tengok harga, hah..within budget. Terus grab. Comel teruk kot penyepit ni. Colorful. Tu yang penting. Budak budak suka sikit benda yang colourful ni. Ye dak?

Siapa kata benda ni tak cute, dia gila. Hahaha.

Kebetulan mood aku tengah rajin. Makanya aku print out la wishes untuk dorang. Lepas tu pelekat atas coloured papers lepas tu gunting guna gunting ketak ketak pelbagai corak. Memang puas hati buat. Sebab effort sendiri kan. Belemoih habih tangan men dengan gam. Tapi tak pa. Cikgu sanggup. Demi anak murid cikgu. Gituuuu.

So, inilah hasilnya. Wishes sama ja untuk semua orang. Kang tulis lain lain, dikatanya pilih kasih pulak. "Kenapa ucapan kau panjang, aku punya pendek?" So, better sama ja semua. 

So, tadi aku kasi kat dorang. Ternyata dorang sangat super excited dan siap tayang kat kawan kelas sebelah. Glad they like it. Harapnya, dorang sedikit termotivasi untuk buat bersungguh sungguh untuk UPSR. Bangga ja aku bila dorang kepit wish tu kat tie dorang. So sweet. 

Since kelas yang aku ajar ni budaknya ramai yang low level, maksud "dear" pun dorang tak tahu. One of the boys knew the meaning and he said, "Dear tu maksudnya sayang la.Wah. Cikgu Zafirah sayang kita semua la." Aku pulak yang blushing dalam kelas tu. Mesti la sayang. Hikhikhik.

All the best to all Year 6 pupils!

Saturday, September 7, 2013

Impress

Hari ni ada program kat sekolah and I was in charge of senamrobik. Haaa..Biasalah kan, orang muda, single lagi, memang apa apa aktiviti yang lain macam sikit, sua kat newbie la. Takkan nak kata tak boleh kan? Bolehkan ajer. So, semalam google lagu dan step. Macam orang tak betul duk praktis sensorang depan cermin. Pecah peluh weh! Bagus jugak la bila kena in charge senamrobik. At least, keluar peluh sihat jugak badan aku ni. Dah berapa lama tak exercise.

Sepatutnya program buat outdoor tapi disebabkan hujan, buat kat sekolah ja. Kesian kat budak budak. Berharap nak pergi jauh dari sekolah, naik kereta cikgu, tup tup kat sekolah jugak buatnya. So, pagi pagi mula dengan senamrobik. Nervous gila sebab jadi lead atas stage. Dalam pala otak, duk ingat step. Kalau boleh tak mau la nampak macam orang bodoh kat atas stage terkebil kebil lupa step. At least, I want to impress the GB. Gitu. Siap pakai portable mic lagi weh. Feeling instructor sangat. Kahkahkah.

Dah habis senamrobik, PK HEM datang jumpa.

"Hebat la Zafirah. Lepas ni jadi instructor senamrobik tetap dan berpencen kat sekolah ni ye."

There you go.....Nak sangat impress kan cikgu sekolah kan. Hamik kau! Selamanya cikgu senamrobik T____T

p/s: Badan dah mula rasa sengal. Effect lama tak exercise.

Wednesday, September 4, 2013

Mini zoo

Aku ni masuk sekolah terus replace sorang cikgu pencen ni. Makanya, semua tugas dia aku ambil. One of them is to take care of the mini zoo. Percayalah. Even dah 2 bulan lebih mengajar, aku still tak pusing habis kawasan sekolah tu. Yang aku tahu tuju is kelas yang aku mengajar je. So, bila PK 1 bagi kunci untuk upgrade mini zoo sekolah tu, aku dah blur. Tang mana mini zoo nya. Cari punya cari, rupanya memang mini betul. Aku expect mini zoo ni atas kawasan lapang dan ada haiwan hidup. Rupanya idok. Hanya replika sahaja. Dan dibuat dalam reban ayam yang telah ditransformasikan.

Mini zoo.

Sebelum aku 'upgrade' mini zoo tu, semua binatang terbalik. Kucar kacir keadaannya. Mungkin faktor cuaca yang sering hujan dan angin yang bertiup kuat kot. Sekarang ni Segamat kerap hujan. Minggu ni saja, setiap petang hujan. So, lepas dah susun semula, nampak la mini zoo ni macam hidup semula. Hohoho. Jangan terkejut. Harimau, buaya, angsa, rusa semua hidup satu kawasan. Harmoni sangat. Kahkahkah.

Setiap binatang dilabelkan. Ada satu binatang tu aku konpius. Rubah ke musang ke bear? Last last aku letak rubah. Gasak la. Kalau ada yang tegur nanti, aku betulkan balik. Hehehe.

 Aman damai suasana dalam zoo ni. Tiada langsung pertumpahan darah >_<

Tuesday, July 30, 2013

You can do it!

Tadi baru lepas audit akademik.Oh my. Subjek lain semua naik peratus, tapi BI jatuh menjunam.Dari 86% ke 70%. Banyak tu. Kat mana silapnya? Bertambah tekanan aku memikirkan kat mana silapnya. Kebanyakkan budak yang fail kelas aku dapat markah 36-39.Kalau siapa yang dalam bidang pendidikan ni, mungkin korang dah familiar dengan perkataan 'near miss lulus'. So, kebanyakkan budak kelas aku ni banyak yang near miss. Big boss dah mula minta aku push kan lagi budak near miss ni untuk dapat lulus.Sebab last year dia mengajar budak budak ni, dorang lulus. So, bagi dia, dorang ni ada potensi untuk lulus.Cuma mungkin kali ni paper 1 yang buatkan dorang drop. Frankly speaking, kertas 1 kalau tak boleh buat, memang cikgu tak boleh tolong nak bagi markah. Dan memang betul, bila dibuat analisis item untuk kertas 1, semua budak yang near miss lulus dapat around 10-14/40. Kertas 1 nak lulus at least kena dapat 15/40.If kertas 2 cikgu boleh jugak cari markah kesian. Kertas 1 non hado la.

Aku respek dengan attitude big boss yang sangat positif. Dia masih percaya budak budak ni boleh lulus.Tapi berat kat cikgu yang mengajar la sebab dah ada satu expectation. Kena pulak BI je yang merudum. So, she was hoping that the percentage will increase for the upcoming UPSR.Duh.Stress habaq hang. Baru masuk, dah jadi KP satu hal. Lepas tu nak kena push budak budak ni satu hal. Bukanlah merungut. Cuma aku rasa macam semua datang satu masa.Time tak kena pulak tu. Habis hilang mood nak beraya memikirkan hal dorang ni.Apa pun, aku masih menaruh harapan yang budak kelas aku boleh lulus. Sekarang ni tak adanya nak fikir boleh dapat A. Dapat lulus pun dah cukup bersyukur.

Big boss pesan, lepas ni layan Tahun 6 elok elok.Kurangkan marah, betulkan niat sewaktu mengajar.Suntik semangat "Awak boleh buat!" setiap kali masuk kelas. Bab ni aku setuju sangat lah. Bila reflek balik cara aku mengajar, mungkin sedikit sebanyak effect dorang secara psychology. Asyik ugut kalau salah, kena rotan. Instead, boleh tukar pendekatan kalau boleh jawab dengan betul, dapat reward. Benda remeh macam ni kalau dilihat secara teliti, besar kesannya kat budak. So, esok berazam untuk layan dorang baik baik. Tapi, kalau dorang naik lemak, aci kan cubit sikit sikit? Hehehe.

Wednesday, July 24, 2013

Off trial UPSR BI

So, basically, UPSR trial has ended today with English 2 as the final paper. Sesungguhnya, aku rasa tak adil letak English as last paper. Sebab budak macam dah tak sabar sabar nak habiskan penderitaan trial. So, tendency nak jawab secara cincai sangatlah tinggi. Kena pulak English ni subjek paling 'hardcore' bagi dorang. Lagilah nak mengarut banyak.Tapi, apa boleh buat. Setiap yang bermula ada penghujungnya and it turns to be English. Redho je lah. Gituuu.

Bercerita pasal trial ni, aku round la setiap kelas.Tengok macam mana budak budak ni jawab paper BI. Kata KP. Haruslah buat rajin ronda tengok budak. Sambil tengok, sambil ketuk ketuk jari kat kertas. Tandanya, jawapan salah. Mula mula aku tak berani nak buat. Ye lah. Dah la baru jadi KP. Dah memandai nak tipu sunat time trial. Tapi cikgu senior lain kata tak apa. Antara kita kita ja. Lagipun bukannya kita bagi jawapan direct, just bagitau jawapan dorang salah ja. Minta recheck. Aku tak ada la cakap direct "Jawapan awak ni salah. Betulkan." Aku tunjuk kat soalan ja. Budak pun dah faham faham sendiri jawapan dorang salah. Geram la hai tengok jawapan dorang yang salah. Terang tang tang dia cakap 'he', pi jugak letak jawapan 'her'. Siap la esok. Nak luku pala sorang sorang.

Tak dan setengah jam jawab paper 2, dah ada yang tidur.Sabar je lah.

Berpinau mata nak menanda kertas 2. Lagi satu, masih terkial kial nak guna marking symbol yang ditetapkan. Ada guidelines yang ditetapkan. Contoh, kalau salah spelling, kena letak 'sp' kat atas words tu. Salah grammar, wavy line. Ayat tak make sense, "_________?". Inappropriate vocab, 'v' dan macam macam lagi la. Aku ni senang nak bagi markah kesian. Tapi, nak bagi markah kesian tu pun jenuh cari 'chunking of words' yang betul. Kelas last ni, kebanyakkannya copy balik ja words dalam kotak tu. Dapat la satu markah. Hish.Kesian.Semua nak harap kat cikgu.Langsung tak ada usaha nak buat revision kat rumah.

Patah hati marking paper budak budak ni. Ada yang improve.Itu kita rasa seronok la. Ada juga yang merosot dan maintain. I am expecting they will improve at least 5-10 marks compared to previous exam. Mula la rasa macam diri ni tak reti mengajar budak budak. Arghhh..Stress...Orang kata, sebelum nak salahkan budak budak, salahkan diri sendiri dulu. Refleks. Kat mana yang tak betul. Tak tau la. Ini baru first batch punya marking dah teruk.Esok nak ngadap GB pulak. Dia nak audit marking aku lagi sekali since aku first time marking paper tahun 6. Dia nak make sure aku tak terlalu strict or lenient.Kalau dia tak puas hati, dia kurangkan lagi markah budak budak ni. Adooiiii. Aku ada jugak mengharap 2 3 orang budak untuk dapat A sebab dorang ada potensi. Tapi, paper kali ni, dorang boleh pi paling tinggi pun 68. Tak pa tak pa. Positif.Masih ada masa lagi untuk improve. Usaha lagi please.

Amboi.Sejak jadi guru ni, memanjang cerita pasal budak budak ye. Bosannya Japirah ni =P

Tuesday, July 23, 2013

Menghitung hari

Frankly speaking, sekarang ni aku asyik menghitung hari nak balik Kedah. Kalendar dari duduk kat atas dinding, sekarang ni dah berpindah tempat sebelah katil. Senang nak tengok tiap tiap hari. Kerja membelek kalendar je lah. Nak tidur, bangun tidur tengok kalendar.Senang cakap, setiap masa la. Lepas tu senyum sorang sorang. Sawan dah aku ni. Bila PK tanya, "Zafirah mesti tak sabar nak balik kampung kan?" Terus senyum melebar. Jadi excited macam mana entah. Of course la I excited. So, this is how my friends felt when they wanted to go home for raya. Al maklumlah, sebelum ni tak pernah jauh dari rumah.

Esok trial UPSR paper BI. Serius aku cuak. Budak rileks je.Cikgu yang lebih cuaknya. Mana tak cuak, kalau result jatuh, nak kena menjawab dengan GB. Cikgu lain dah pasrah dah. Math, BM, dengar dengar macam merosot. BI apatah lagiiiiiiiiiii. Wuwuwuwu. Risaunya. Tadi dah last kopek dah dengan dorang. Kesian. Dorang pun tengok letih semacam. Mana taknya, dari pagi kena latu dengan cikgu. Sampai ke petang pulak tu. Kalau aku pun, aku surrender. Harap harap budak dapat jawab paper BI dengan lancarnya. Yang penting, semua lulus. Alahaiiiii...risaunya. Baru la faham perasaan cikgu cikgi zaman mengajar aku dulu. Luar je nampak cool. Padahal dalam hati dup dap dup dap.

Kot kot dah lupa muka tuan blog. Latest me.

Semoga dipermudahkan semuanya esok. Amin!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger