Online users

Follower

Showing posts with label PD. Show all posts
Showing posts with label PD. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Pantai Saujana, PD


Sambung cerita PD. Sebelah malam, kitorang pusing pusing town. Jalan PD ni aku perasan straight ja. Tak banyak belok kiri kanan pun melainkan hang nak singgah masjid or kedai makan. Susah nak sesat la kat PD ni pasal jalan straight ja. Kitorang saja ambil angin malam. Berhenti kat Pantai Saujana. Situ nampak macam happening time malam. Dengan ada pasar malam nya. Lepas tu ada jugak yang mandi kat pantai. Air surut pun redah ja. Ada yang main volleyball, frisbee. Havoc la malam kat pantai tu. Ada jual durian jugak! Pak su duk teringin lama dah. Siap pergi nak beli dah. Sekali bebai nak beli pasal ada sorang mak cik ni lama gila pilih durian. Kejap amik, bau, rasa, lepas tu letak balik. Kata tak sedap. Kecik la apa la. Banyak songeh sangat. Kalau aku yang jadi tukang jual tu, dah lama aku tenyeh durian kat muka dia. Banyak pe'el sangat.

Best ja angin kat sini. Sejuk. Ada la geng india mana entah. Dorang mabuk. Duk berguling atas pasir tanpa baju. Lepas tu menjerit sakan. Takut mak noks.

Tok aji bersama mak ndak dan pak ndak

Nice one tok. Nice one =.=

Friday, January 6, 2012

We're the archers!

Penat melangut dalam bilik hotel, petang second day kat situ kitorang decide untuk main archery. Terpaksa cancel plan nak pergi Teluk Kemang pasal tengah hujan. Takut air pasang. Petang sikit, ujan dah renyai. Ini first time aku main archery ni. Sebelum ni just tengok kat tv. Macam senang tapi sebenarnya tak. Bagi aku, tangan sapa kuat, bonus la untuk dia. Pasal boleh tarik anak panah tu sejauh yang mungkin. Lagi panjang tarik, lagi laju dan kuat dia pergi. Bayar RM 12 untuk 10 anak panah. If I'm not mistaken la. Around that figure.

Sebelum main, kena isi borang dulu. Lepas tu pakai benda alah ni for safety. Takut melecet.

We're ready to hit the board. 5 orang ja yang main. Yang lain just jadi tukang ambil gambar. Nervous mak noks.

Agak struggle jugak lah untuk first shot. Noob habis. Nisah yang kat sebelah dah dua tiga das, aku duk terkial kial kat first shot lagi.Hahaha.

Tengok tu. Still duk mencari punca. Muka habis kerut dah. Last last panggil instructor untuk tunjuk cara pegang etc. Tu la. Awal awal depa tanya dah biasa main ke tak. Belagak angguk kepala. Dah biasa main dah. Puih. Punya ego tak mau orang tolong sangat kaaaaaaannnnn...

Finally! Muahahaha.First shot, ke laut. Anak panah menyembah bumi!

Motip berat ke kiri? Aku pun tak faham.Hahaha.

10 panah tak cukup. Rasa syok pulak bila dah dapat rentak. Nanti ada peluang lagi, nak try lagi. Apa orang kata...bullseye eh? Bagi dapat bullseye pulak. Hehehe.

Ziarah sedara


Assalamualaikum semua. Good morning. Pagi jumaat ni korang buat apa ja? Sambung cerita PD lagi la noh. Hehehe. Next day, singgah rumah mak chaq kat Spring Hill. Alang alang dah sampai PD, singgah je lah rumah sedara mara kan. Kebetulan, kat bilik hotel tak dapat nak masak, tok jadikan alasan la nak pergi rumah mak chaq. Katanya nak makan nasi kat rumah che wa. Che Wa tu mak chaq aku la. "Sedap makan ramai ramai ni" Dari Grand Lexis ke Spring Hill, tak jauh mana pun. About 15 minutes dah sampai.

Mak chaq jamu makan macam macam. Mula mula cheese banana. Wah kau. Nak cheese banana je! Hahaha. Pisang keju tu anak dia beli kat bandung. Sedap jugak la. Lepas tu makan nasi. Seperti biasa, lauk masak lemak cili api mesti ado. Pergh. Sedap tarak hingat. Ada ikan sumbat, ulam ulaman dan macam macam lagi la.

Kenyang makan, ini la jadinya. Terbongkang sana sini.

Kenyang makan nasi, mak chaq jamu kek pulak. Lengkap satu set. Appetizer, main course, dessert. Lain kali boleh mai rumah mak chaq lagi. Terima kasih daun keladi! =)

Wednesday, January 4, 2012

Sekitar Grand Lexis

Meh anje bawa korang tengok tengok Grand Lexis ni.

Inilah bilik yang lantai boleh nampak air laut tu.

Tempat main beach ball. Actually, hotel ni memang dekat laut tapi dah ditambak. So, memang tak dapek nak merasa mandi laut. Ada pasir tengah tengah hotel pun jadi la. =P

Ada segway. Benda yang roda dua satu handle tu. Jenuh aku google nama benda alah ni. Segway rupanya.Hahaha.


Public pool. Nak mandi sini, kena pakai bikini, tight or swimsuit. Baju t-shirt biasa, tak lepas. Memang patut mandi dalam bilik je lah. Hohoho.

Sesuai untuk kanak kanak pasal pool ni sejengkal je airnya.Hahaha.

Holloh.Bang cik gedik nak guna pelampung.Hohoho.Dayung jangan tak dayung!


Banyak betul singaporean yang mai Grand Lexis ni. Berderet plat Singapore. Dorang datang Malaysia tak ada hal sangat lah. Duit dorang besar. Kereta pulak tak ada yang cikai cikai. Semua Honda, Toyota ja.

Tuesday, January 3, 2012

Check in hotel Grand Lexis

Sambungan cerita PD. Once dah check in, kami menuju ke bilik masing masing. Book dua rumah. Family Pak Ndak satu, family Pak Su , kami dan tok satu rumah. Teruja nak tengok pool ja. Pasal dalam website nampak sangat ekslusif. Buka ja pintu bilik, terus melopong mulut. Wah wah wah. Pakat tak keluar bilik la jawabnya. Ada private pool. Hohoho. Senang sikit. Nak free hair pun tak ada orang lain tengok. Saiz pool tak ada la luas sangat. Tapi cukup lah untuk berenang back and forth.

Siap bagi pelampung. Tingginya 4 kaki sajork! Hahaha. Pool betul betul sebelah sliding door bilik. Bangun pagi, buka sliding door, mengeliat dua tiga das, terjun pool. Best! Untuk yang nak baru kahwin, nak honeymoon, boleh la mai try tidur semalam kat Grand Lexis ni. Tobat tak mau keluar bilik weh. Lagipun bayaq mahai. Kena la 'latam' bilik sepuas puasnya.Hahaha.

Satu bilik, 2 king bedsize. Muat untuk 6 orang tidur. Tok tidur antara katil. Punya sayang kat anak cucu, tidur bawah pun tak pa. Siap dah bawa toto sendiri. Mana tak penuh kereta kan. Huhuhu.

Tok mula dah buka bekal makanan. Ada lauk sambal ayam, pajeri nenas, ikan merah goreng dll. Berkelah tepi kolam you'olls.

Bath robe. Gedik gila weh.Lepas mandi pakai bath robe. Siap dry rambut depan cermin.Pergh.Gaya hidup mewah.

Yang paling penting, wifi free. Laju pulak tu. Zul siap boleh download few movies sepanjang kami stay sini. Best best.

To be continued...

Restoran Tanjong Gemok, PD

Sebelum check in, kami singgah nearest Giant. Tengok luar, macam besar, tapi bila masuk tengok, alahai...kecik ja. Huhuhu.Baru ingat nak makan kat food court situ tapi non ado. So, pergi cari kat pekan je lah. Kebetulan ada satu restoran dekat dengan Grand Lexis. Restoran Tanjong Gemok. Dalam kepala otak, memang dah target nak amik masak lemak cili api. Signature dish orang nogori kot. Kenalah merasa kan. Alang alang dah sampai sini.

Semua amik lauk sama ja pasal pilihan tak banyak. Apa pun, sodap!

Err.Tak tahu nama ikan ni apa. Tapi sumpah sedap weh. Pure nogori ni haa. Pedas, ok la. Makan pulak dengan kacang botol. Terangkat der!

MASAKKAN ye? Hahaha.

Monday, January 2, 2012

Family trip : Port Dickson

Ohoiii...sudah lama ku tangguh cerita PD. Tak boleh tangguh ni. Meh nak cerita. Bertolak pukul 9 pagi dari Puchong. Sebelum tu, dengar briefing dari Pak Ndak selaku ketua rombongan.Bagitau la sikit pasal perjalanan macam mana. Berapa lama. Nanti check in kat mana semua. Konvoi tiga kereta. Perjalanan dari Puchong ke PD mengambil masa 2 jam saja. Kalau dah pergi konvoi family macam ni, bonet memang tak sah kalau tak penuh. Tok pulak style suka bawa bekal. Habis segala periuk, pinggan mangkuk tingkat semua dia nak bawa. =.= Tak boleh nak kata apa la. Adjust jugak barang supaya boleh muat bonet.

Sebelum bertolak. Cousin aku tinggal kat Puchong. Puchong Permai kot if tak silap.

With my second lil bro, Bang cik

With my lil sis, Ika. Jangan percaya dengan ketinggian dia. Dia pakai kasut tapak tinggi! =.=

Sepanjang perjalanan ke PD, aku adalah tidur pasal telan ubat mabuk. Hahaha. Tak berdaya nak celik mata. Mujur bukan co-driver. Hohoho.If tak, kesian kat driver sebelah. Tak berteman. Elok sampai tol PD, terus celik. Sampai around 11 pagi. Nak check in tak boleh lagi. So, berlegar legar dulu la kat luar hotel. Nampak hotel ni dari luaran, sangat biasa. Tapi mahal nak mampus, semalam harga bilik boleh mencapai RM 800! Mana nak cekau duit woih kalau nak mai sendiri. Kitorang pergi on weekdays. So, hotel tak ramai sangat orang. Tapi banyak muka cino kat sini.

Depan Grand Lexis.Actually ada dua jenis hotel kat sini. Satu Lexis, satu lagi Grand Lexis. Aku tak sure apa bezanya. Tapi hotel dorang sebelah sebelah je lah. Lobi asing.

Sambung lagi nanti noh.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger