Online users

Follower

Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Merungut

Yup.Blame me for not being so active lately. Rasa meluat pun ada bila tak dapat nak bahagikan masa dengan betul.Masalah paling besar, Facebook! Rasa macam nak deactivate kejap je account tu.Memang melalaikan. Kalau dah buka tu, mengadap sampai ke malam pun tak sedar. Habis semua plan nak buat assignment, readings etc. Huhuhuhu.Sekarang ni memang memerlukan satu hari untuk sit back and relax. Satu hari tanpa gangguan.Satu hari tanpa sebarang email masuk.Satu hari tanpa sebarang contact dengan orang luar.Argh.Pressure is mounting. Hari ini saja aku dah ponteng kelas ASIA.Reason? Sebab kelas tu bosan dan aku rasa macam aku tak dapat banyak input sangat. Lecturer tu cakap slow satu, lepas tu dia bukan bagi lecture tapi baca slide sajork.Duh.Sangatlah demotivate aku untuk belajar ASIA.

Kesian ampa kan? Terpaksa dengar aku merungut tak berhenti. Entah la weh.Kadang kadang rasa macam nak balik Malaysia cepat.Dah tak sanggup nak duduk sini lama-lama.Setiap hari, ada ja benda nak kena setel.Wuuuuu.Takut gila assignment tak start buat lagi.Serius takut. ='(

Thursday, February 17, 2011

Kedekut untuk masa depan.

Sekarang ni aku suka fikir ke depan.Bila tengok orang yang baru dapat kerja, aku try letak diri aku dalam situasi yang sama.Mula la fikir macam mana rupanya nanti bila dah kerja.Orang kata sementara masih belajar ni, enjoylah puas puas.Nanti dah masuk alam pekerjaan, memang tak dapat nak huu haa huu haa sangat dah.Yes.I have to admit it.Bila dah kerja, macam macam benda nak kena fikir.Duit gaji, banyak mana sangatlah yang tinggal lepas tolak duit kereta, sewa rumah dan lain lain. Senang cakap, working life lagi mencabar.Kalau tak pandai manage kewangan, lingkup la hang.Sebab tu aku respect kepada insan insan yang bekerja keras ni sebab aku tahu hidup zaman sekarang bukannya senang.Kalau nak harap pada satu kerja, memang tak cukup.Tambahan pula bagi yang memang tak bergantung pada "kesatuan papa dan mama" seperti saya.Memang segan nak minta duit dari tok.Selama ni bergantung kepada duit elaun semata.Sekarang ok lagi sebab still belajar.Nanti bila dah kerja, pandai pandai la survive.Tak ada yang nak suap mulut tu senang senang.Biarpun tahu duit pencen arwah mama dan abah still ada, I rather tell myself not to rely on that money.Banyak mana sangatlah duit yang tinggal selepas dibahagi kami 4 beradik.Not that much.Kalau hang nak sesuatu, pandai pandai la usaha untuk dapatkannya.Advantage juga sebab dari kecik dah terbiasa berusaha sendiri untuk sesuatu.Bila dah besar, tak ada la kaget sangat.

Bagi yang lelaki tu, paling kurang dalam akaun kena ada 10 ribu buat beda nak belanja kahwin.Hahaha.Senang cakap, bila dunia makin canggih dan moden, living cost bertambah.Kalau tak kerja kuat, jangan harap la nak hidup senang.So, marilah menabung.Buatlah bajet untuk diri sendiri.Aku tengah berusaha untuk menjadi lebih 'kedekut' untuk masa depan.Cuba untuk tidak membazirkan duit ke arah yang tidak sepatutnya.Target nak beli kereta tahun depan.Harapnya terlaksana la hajat tu.Huhuhu.

Wednesday, January 26, 2011

Lelaki mulut jahat.

Selalunya yang mulut jahat ni perempuan tapi jangan ingat lelaki pun tak boleh mulut jahat.Malah, lebih teruk dari perempuan.Apa nak jadilah dengan kau si polan.Dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah. Orang dah kasi second chance but still nak mulut longkang.Apa faedah yang kau dapat bila buat cerita bukan bukan pasal anak dara orang? Teruk betul la kau ni.Boleh pula nak komplot dengan orang lain untuk lancarkan operasi jahat kau tu.Alahai si polan.Insaflah.

Sometimes, people are just annoying. They love spreading bad things about you. All you need to do is to stay cool. Don't ever let your emotion controls you. Parah jadinya umpama api berlawan api.Biarlah apa orang nak kata kat kita, yang penting kita tahu diri kita macam mana.Orang macam ni tak boleh dilayan sangat.Makin kita marah, makin dorang suka.So, stay calm, banyakkan istighfar.Biar Tuhan jelah balas perbuatan si polan tu.

Susah kan nak deal dengan orang.Banyak sangat ragamnya.Hurm.

Thursday, December 30, 2010

Kecewa dengan sikap pemandu bas.

Dah lama aku perasan benda ni.Tapi aku tak tahulah whether aku yang bad luck or apa.Setiap kali aku tahan bas Mara Liner, mesti dia tak berhenti.Haram J betul.Tak kira la dari Alor Setar atau Jitra, sama ja! Hangat hati betul la.Last last ambil teksi juga.Tak tahulah apa salah aku.Aku tunggu kat bus stop kot.Lainlah kalau aku tunggu kat tepi jalan.Memang maki hamun juga la aku kalau dia tak berhenti.Nak kata orang ramai dalam bas tu sampai tak cukup seat, tak juga.Kosong ja aku tengok.Apa guna weh bawa bas kalau tak nak ambil passenger? Kira nak pederaih sampai kat stesyen ja.Makan gaji buta namanya tu.Memang aku dah sabar lama dah.

Tak faham betul la dengan sikap driver bas sekarang ni.Kalau dah nama pun bas awam, patutnya berhenti la bila orang dah gawang tangan kat bus stop tu.Public percaya pada bas awam untuk bawa dorang dari satu destinasi ke destinasi lain.Bila driver bas buat taik macam ni, memang orang akan panas hati la.Mujur ada teksi.

Lepas ni haram aku nak tahan Mara Liner kat bus stop.Sombong sangat dengan aku.Merajuk!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger