Psst..Aku dah terkena penangan Running Man. Semuanya bermula pada minggu lepas. Wan ajak tengok.Dia kata best. So, aku pun tengok la. Sekali hang, melekat teruih. Siap mintak copy dari kawan lagi. Dah ketagih. Setiap hari, mesti at least satu episod aku tengok. Ya ya.Aku tahu ramai yang dah tengok cerita ni lebih awal. Dulu aku cukup anti cerita Korea. Sebab bagi aku dorang ni muka ja jambu lebih, berlakon tak tera' mana pun. Tapi Running Man ni lain macam sikit aura dia. Maybe sebab dia game show, that's why aku boleh melekat tengok. Tapi percaya la, walaupun dah banyak episod aku tengok, aku tak sampai tahap boleh cakap Korea lagi. Setakat "Oppa" "Pali" tu tahu la maksudnya. Itu pun sebab dorang duk ulang berjuta kali dalam cerita tu.
Lepas ni kalau orang suruh namakan artis Korea, boleh la kembang kuncup hidung namakan satu persatu. Ji Hyo, Kang Gary, Haha, Jae Suk, Gwang Soo, Jong Kook, Big nose Hyung. Kini hidup tidak lagi bosan, setiap masa terisi dengan Running Man.Ewah.
p/s: Suka la tengok Jong Kook. Hikhikhik.
Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts
Tuesday, June 26, 2012
Saturday, March 17, 2012
A Tinie (Tempah) bit of magic -- Dynamo TV episode 1
I was recommended by my cousin to watch Dynamo on youtube. He is famous for his live magic. Mamat ni memang gila! Watch it for yourself!
Labels:
entertainment,
youtube
Thursday, March 8, 2012
MiG Online - Adnan Sempit 2 Promo Stunt Woman Illya Illyani
Morning korang. Just nak share video pasal stunt woman dalam Adnan Sempit 2. Sapa kata perempuan tak boleh lipat motor? Hehehe. Enjoy!
Labels:
entertainment,
video,
youtube
Friday, January 20, 2012
Kahwin
Morning semua.Hari ni korang breakfast apa? Aku breakfast nasi lemak dengan gulai kacang panjang. This is home. Easy access to food. Cukup time, makan. Lepas tu tengok tv. Pagi tadi aku terbuka tv3. Kena pulak time tu dorang tengah buat live broadcast dari Masjid Terapung, Kuala Terengganu. Ally Iskandar nak kahwin woi. Sempat lagi dia jadi hos untuk majlis kahwin sendiri. Hehehe. Teringin nak tengok Farah Lee in real life macam mana. Sebelum ni asyik tengok gambar je. Hopefully, nanti ada la video kahwin dorang. Bertuah betul Ally. Dapat orang secantik dan sesopan Farah Lee. Sejuk mata memandang. Sweet je dorang. Dengar cerita Farah Lee dapat rumah as hadiah hantaran. Wohooo. Syoknya! Time macam ni, berulang kali aku refresh page Beautifulnara. Nak tengok update gambar kahwin dorang. Ye. Aku memang suka tengok orang kahwin ni. Suka tengok baju pengantin perempuan. Lepas tu berangan sorang sorang. Hahaha.
Cakap pasal kahwin ni, ada jugak dua tiga kawan aku yang dah plan nak langsung hujung tahun ni. Tak sabar betul nak attend. Sambil makan nasi minyak, sambil berjalan tempat orang. 2 in 1 gitu. Dah sampai seru dorang nak kahwin. Kahwin je lah kan. Aku? Lambat lagi.
Friday, January 13, 2012
"Moves Like Jagger" - Pentatonix (Maroon 5 Cover)
Terbaiklah! =)
Labels:
entertainment,
video,
youtube
Thursday, December 8, 2011
Shila Amzah Patah Seribu (Muzik-Muzik 26)
Currently I'm addicted to this song. Nice one Shila! =)
p/s : Baru je dengar dah terus suka. Shila ni ada suara yang unik dan merdu.
Labels:
entertainment,
youtube
Tuesday, December 6, 2011
Master Chef Malaysia
Not bad jugak program Master Chef Malaysia ni ye.Sebelum ni aku just tengok orang review ja. Awal awal dulu ramai yang cakap judge terlalu strict la apa la. Sekarang ni, bila aku tengok sendiri, tak ada la strict sangat pun. Dah ok dah kot. Mungkin dorang dah berubah after dapat review dari penonton. Not bad la pendekatan dalam Master Chef Malaysia ni. Masakan pun nampak sedap, cukup untuk trigger taste bud hang sambil menonton. So far, aku tak ada favourite lagi sebab baru ja tengok few episodes. Sekarang ni lebih suka tengok reality show berdasarkan makanan ni. Sambil tengok, sambil boleh belajar benda baru. Ye tak? Nyanyi, apa boleh belajar? Dah la suara aku sumbang. Hahaha. So, what's your favourite?
p/s: Reality show/game tumbuh bagai cendawan sekarang ni.
Labels:
entertainment,
masterchef malaysia,
reality show
Monday, December 5, 2011
Kelly Clarkson - Mr. Know It All
Best la pulak lagu ni. Duk dengar selalu tapi tak tahu siapa yang nyanyi. I thought it's Katy Perry's song. Sebab suara lebih kurang.Rupanya Kelly Clarkson. Enjoy! =)
Labels:
entertainment,
youtube
What to do...
Thursday, December 1, 2011
STOMP live in KL

Credits to google
Niat dihati nak tengok show STOMP kat KL. Tapi bila mengenangkan tiket paling murah pun berharga RM168, terus cancel. Mahal sangat. Untuk yang tak tahu, STOMP ni pertunjukan muzik dan tarian guna bahan terpakai. Dorang ni dah well established.So, dorang datang KL buat show kat sini pulak. Ada 6 show ja if tak silap. Starting from 1Dec-4 Dec. Aku tertarik tengok iklan dorang ni. I love music and extraordinary performance.Bagi aku, dorang ni hebat pasal boleh menari dan menghasilkan muzik yang sedap guna bahan recycle. Selalu show orang pakai piano, guitar etc je kan. So, untuk yang berduit dan berminat nak tengok STOMP, boleh la beli tiket online kat [sini]. Harga tiket serendah RM168 hingga RM 308. How I wish I can see them performing live. Mahal sangat tiketnya. Huhuhu.
Labels:
entertainment,
stomp
Dah tengok Ombak Rindu tapi.............
Malam yang sangat 'awesome'. Kak Yon ajak tengok Ombak Rindu. Aku pun ok je lah. Duduk rumah bukan buat apa pun. Lagipun keluar dengan gegirl, tok tak hingaq sangat. So tiket wayang pukul 10.10 malam. Excited ni sebab itu first tayangan untuk Ombak Rindu. Sambutan sangat memberangsangkan. Penuh satu panggung. Lelaki sama banyak dengan perempuan.
First hour memang layan tengok cerita tu. Sekali hang, filem terbakar. Part Bront Palarae tengah dayung sampan. Ah! Memang potong stim. Orang pakat bising la. Mengeluh semua la. Ye lah. Tengah syok syok boleh pulak terpadam. Bayar RM10 tapi servis macam gini memang orang bising la. After 10 mins, wayang elok semula. Ok. Layan balik lah. Tak sampai 5 min, filem buat hal lagi. Terpadam lagi. Time ni dah ada few yang blah dari panggung pasal dekat 30 mins jugak blackout. Kami ni tegar. Tunggu jugak la. Time ni aku boleh bersabar lagi. Boleh gelak gelak dengan kak yon & nad. After 30 mins, elok balik. Tengok kejap, blackout balik. Argh! Makin ramai yang keluar wayang. Tak tahan menunggu agaknya. Agak membuang masa jugak sebenarnya. Tapi kami sabar, tunggu jugak. Lepas tu elok balik. Aku ingat ni last time la filem tu nak buat hal. Rupanya lepas 10 minit, dia padam lagi. Time ni semua dah bengang la kan.
Tak lama lepas tu, staff datang bagitau suruh datang esok untuk refund or tukar time wayang.Dorang pun dah mati akai kot nak betulkan filem tu. Memang potong stim! Tak pasai pasai kena mai hari lain untuk tengok lagi sekali. Mujur ada abang Aaron Aziz. Tengok sejuta kali pun I sanggup.Hahaha.
Kesimpulannya, tayangan pertama filem Ombak Rindu kat Jitra adalah sangat epik. 4 kali filem stuck. Hang ada? Sempat feel sejam ja. Pulang dengan hati yang kecewa T_T
Labels:
entertainment,
experience,
jitra,
Ombak Rindu
Thursday, September 22, 2011
Gaun dan muzium negara.
I just don't get it. Kenapa mesti gaun pengantin dorang masuk Muzium Negara? Ini bukan kes jealous ke apa. Tapi tolong bagi 10 sebab munasabah kenapa gaun pengantin Memey bakal diletakkan di Muzium Negara. Come on la. Muzium Negara bukan tempat cikai. Bukan calang calang benda boleh letak kat situ. There must be a valid reason why this is happening. Nak kata Memey menyumbang kepada negara, rasanya tak kot? Setakat berlakon puluhan drama tak cukup bagus untuk dijadikan alasan. Idola negara? Lagi lah jauh menyimpang. Kontroversi banyak la. Oh. Mungkin sebab gaun tu Vera Wang yang buat? Nama besar tu dalam industri fesyen. Dengar kata gaun tu penuh dengan mutiara Rafflesia. Oh. Terlupa pulak. Gaun tu gaun sponsor.Bukan hak milik Memey pun.Tapi kenapa mesti Memey????
p/s : Nampak sangat anti Memey. Cukup tak suka tengok depa posing peluk peluk. Tak sah lagi woih.
Labels:
entertainment
Thursday, July 14, 2011
Review pendek 4 filem
Apa yang aku buat bila tak dapat nak online? Sedut movie dari orang then buat marathon movie sampai ke malam. 4 movies in a row semalam. Bermula dengan Kongsi. Aku letak high expectation untuk movie tu since trailer sangatlah gempak. Tup tup bila tengok, alahai.Shaheizy Sam yang hensem tu pun tak dapat nak puaskan hati aku.Bagi aku, movie tu kureng umph sebab plot dia aku tak faham.Sikit sikit nak lawan.Sikit sikit tembak orang.Motif? So, out of 5, aku bagi 2 bintang saja untuk movie tu.
Beralih ke second movie which is KL Gangster. No wonder pecah panggung sebab memang best. Sesuai degan tajuk movie, memang movie ni sangat gangster. Kalau nak dibandingkan dengan Kongsi, jauh panggang dari api. Action yang sangat menarik, tambahan pula yang jadi hero Aaron Aziz, badan berketul ketul, muka suci bersih, lagi buat aku tak bernafas tengok movie tu. I heart you la Abang Malek! Zizan pun best. Untuk yang tak tengok lagi, kena tengok. Cuma Syamsul Yusof, lu berlakon jadi otai cina tak berapa nak jadi la.Bunyi kelakar. Macam cakap Utagha pun ada.Hahaha. Overall, 4 of 5.
Movie seterusnya, Nur Kasih. Walaweh. Dramatik betul movie ni. Macam macam benda jadi. Transition plot sangatlah laju. Cabaran untuk director bila angkat drama series untuk jadi movie beginilah. Segalanya nak sumbat dalam masa tak lebih 2 jam tayangan. Sangatlah susah. Apa apa pun, syabas Kabir Bhatia. Sinematography anda sangatlah menarik hati. Cuma part train terbakar tu, nampak sangat fake nya.Huhuhu. Duk tunggu juga kot kot Sara (Adik Nur Amina) nak keluar dalam movie, tapi tak ada pun.
Movie last, Karak. Erm.Seram la jugak but I was expecting more since movie ini bawah KRU Production yang memang terkenal dengan movie yang sangat berkualiti dan effect yang bombastik. Jalan cerita menarik. Berani dorang amik pelakon newbie. Watak perempuan berkebaya nyonya bawa payung kubur sangatlah terkesan di hati. Still terngiang ngiang lagi suara dia kat telinga aku.Huhuhu. Ending yang sangat tidak disangka.
p/s : Aku rasa makin lama, makin susah nak puaskan hati audiens dengan cerita hantu yang betul betul scary. I want more! Hehehe.
Beralih ke second movie which is KL Gangster. No wonder pecah panggung sebab memang best. Sesuai degan tajuk movie, memang movie ni sangat gangster. Kalau nak dibandingkan dengan Kongsi, jauh panggang dari api. Action yang sangat menarik, tambahan pula yang jadi hero Aaron Aziz, badan berketul ketul, muka suci bersih, lagi buat aku tak bernafas tengok movie tu. I heart you la Abang Malek! Zizan pun best. Untuk yang tak tengok lagi, kena tengok. Cuma Syamsul Yusof, lu berlakon jadi otai cina tak berapa nak jadi la.Bunyi kelakar. Macam cakap Utagha pun ada.Hahaha. Overall, 4 of 5.
Movie seterusnya, Nur Kasih. Walaweh. Dramatik betul movie ni. Macam macam benda jadi. Transition plot sangatlah laju. Cabaran untuk director bila angkat drama series untuk jadi movie beginilah. Segalanya nak sumbat dalam masa tak lebih 2 jam tayangan. Sangatlah susah. Apa apa pun, syabas Kabir Bhatia. Sinematography anda sangatlah menarik hati. Cuma part train terbakar tu, nampak sangat fake nya.Huhuhu. Duk tunggu juga kot kot Sara (Adik Nur Amina) nak keluar dalam movie, tapi tak ada pun.
Movie last, Karak. Erm.Seram la jugak but I was expecting more since movie ini bawah KRU Production yang memang terkenal dengan movie yang sangat berkualiti dan effect yang bombastik. Jalan cerita menarik. Berani dorang amik pelakon newbie. Watak perempuan berkebaya nyonya bawa payung kubur sangatlah terkesan di hati. Still terngiang ngiang lagi suara dia kat telinga aku.Huhuhu. Ending yang sangat tidak disangka.
p/s : Aku rasa makin lama, makin susah nak puaskan hati audiens dengan cerita hantu yang betul betul scary. I want more! Hehehe.
Friday, June 17, 2011
Justin Bieber - That Should Be Me ft. Rascal Flatts
Jarang nak layan Bieber ni.Tapi yang ni best. Imej Bieber dalam ni pun not bad.Tak ada la nampak macam budak budak sangat.Maybe sebab dia duet dengan Rascal Flatts sama kot.Sebab tu boleh suka.Hehehe.
Labels:
entertainment,
video
Wednesday, June 15, 2011
Alahai Jimmy.
Ya Allah. Sentap baca kisah Jimmy Shanley. Kesian. Tabahlah Jimmy. Mungkin Tuhan ada perancangan lebih baik untuk Jimmy.
Labels:
entertainment
Thursday, March 10, 2011
True Love
Sumpah syahdu! Huhuhu. This is what we call TRUE LOVE =')
Mentor
Sedih ok tak dapat tengok Mentor.Hari tu aku ada try juga buka website Tonton kat library.Boleh sign in tapi content video tak boleh buka sebab tak available kat kawasan sini.Hampa dan kecewa chek.TV3, please do something.Jangan kecewakan kami yang jauh dari Malaysia ni.Aku memang suka tengok Mentor.Bagi aku program tu unik dan lain dari yang lain.Tak macam reality show yang lain.Hahaha.Terpaksa la tengok persembahan protege kat youtube.Sobss..
p/s : Suara Salma power gila duh.
Labels:
entertainment,
Mentor 5
Sunday, February 6, 2011
Lakonan Ellie Suriati mantop!
Aku memang respect betul dengan lakonan Ellie Suriati.Semalam kat tv3, ada tayang cerekarama bertajuk 'Biarkan Aku Menangis'. Ellie Suriati berlakon jadi orang gila.Terbaik weh lakonan dia.Memang aku tengok dalam keadaan melopong mulut.Tak sangka dia betul betul boleh menjiwai watak orang gila.Hebat betul.Time jadi anak derhaka tu pun, dia betul betul in character.Respect habis la.Kalaulah ramai macam Ellie Suriati ni kan bagus.Hurm.
Thursday, January 20, 2011
AIDS
Boleh tahan juga gambar Korea kat tv3.Tajuknya Thank You. Yang aku tengok setakat ni, yang aku faham la, budak kecik tu ada AIDS. Lepas tu semua orang macam menyisihkan dia.Kesian oh.Bila tengok cerita ni, baru aku sedar yang sebenarnya ramai lagi yang tersalah konsep pasal AIDS.Dorang ingat melalui sentuhan pun boleh berjangkit AIDS ni padahal salah.Jangkitan AIDS hanya akan merebak melalui suntikan jarum yang dicemari virus HIV, hubungan seksual, pemindahan cecair (air mani, air mazi, darah) dan melalui ibu yang telah dijangkiti HIV sahaja.Tak ada maknanya kalau sentuh budak positif AIDS, hang terus kena AIDS.
Aku tak ada pengalaman berhadapan dengan sedara yang ada AIDS ni, so tak tahu sangatlah macam mana keadaan sebenar pengidap AIDS.Just duk tengok dalam drama tv ja.Ha, lagi satu.Sekarang nak kahwin pun kena buat check up AIDS ni.Memang la keturunan kita tak ada AIDS.Tapi, apa salahnya kita buat check up kan? Orang cakap, better check dari menyesal di kemudian hari.Bukanlah kita nak bersangka buruk pada pasangan kita.Cuma prevention is better than cure kan? =)
Info diambil dari Kelab Pro Star Jempol.
Labels:
entertainment,
kesihatan
Monday, January 10, 2011
Tahniah Ana Raffali, pemenang AJL 25.

Ramai yang tak puas hati.Kat HOT FM ada seorang pendengar call luahkan perasaan.Dia tak puas hati juri pilih Ana Raffali.Ramai yang macam nak pangkah penyanyi muda tu.Adoyai.Kesian pula.Walaupun kurang bersetuju, akur sajalah pada keputusan juri kerana mereka lebih tahu kriteria yang perlu ada dalam sebuah lagu untuk diangkat sebagai juara.Mungkin di telinga kita sedap, di telinga juri tidak.Lagipun, semua juri memang dah expert dalam bidang muzik ni.Siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan dorang.Terima sajalah.Jangan nak naik angin pula favourite artist korang tak menang!
Juara lagu: Tolong ingatkan aku (Ana Raffali)
Naib juara : Drama King (Meet Uncle Hussein dan Black)
Tempat ketiga : Noktah Cinta (Hafiz)
Persembahan terbaik : Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik : Noktah Cinta (Hafiz)
p/s : Lepas ni download lagu "Tolong ingatkan aku" dan replay banyak kali.Cuba cari apa yang special tentang lagu ni.Hehehe.
p/s/s :Agak tak suka penyampaian Ana Raffali semalam.Macam ter over sikit.Opss.
Labels:
AJL 25,
entertainment
Subscribe to:
Posts (Atom)