Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, August 17, 2011

Demam....dan dah mula sibuk persiapan Raya!

Assalamualaikum semua.....maaf lah sebab dok asyik tengok asam pedas yang dah basi berhari-hari tu...Sebenarnya Akak demam...tu yang senyap jer ni...dah dah okay dah tapi dah mula sibuk mengemas sawang sana sini.....si Along pun berjangkit demam dengan Akak....

Maaflah kalau Akak ni dah jadi macam chipsmore...sekejap ada sekejap tak ada.....memang tak sempatlah nak hadap PC lama-lama....tambahan dah melepasi 15 Ramadhan ni paham-pahamlah ya....nak blog walk ke apa ke tu pun....susah!.....jadi kalau komen kalian tak berjawab tu pun Akak mohon ampun dan maaf dari hati Akak yang paling dalam.....

Hari ni di Penang cuti.....tapi Akak tak cuti jugak ni....nak mula aktiviti mengukis...tapi sebelum tu nak cari bahan-bahannya dulu....jadi Akak nak keluar beli barang ya!

Ada apa ya yang Akak boleh hidangkan buat santapan puasa-puasa ni....layankan ajelah kek lapis kukus chocolate chips sempoi ni.......tak ada deco yang gah ya!.....




Okaylah..Akak nak kena gi dah ni!....hingga jumpa lagi.....Selamat Berpuasa dan...selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri.....wah awal dah ucap ni...takut2 kalau tak dapat nak post entry lagi!....Maaf  kan salah silap Akak ya.....panjang umur kita jumpa lagi.....Insyaallah!





Friday, August 12, 2011

Menu Semalam hari 11 Ramadhan ~ Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum  dah lewat petang ni baru dapat hadap PC sekejap....ni pun tak boleh lama-lama sebab ada banyak lagi kerja menanti tu....Nak jawab komen pun tak sempat lagi....hanya mampu Akak ucapkan ribuan terima kasih atas doa kalian untuk puteri tunggal Akak~ Reena sempena ulang tahun kelahirannya semalam yang ke 13. Ada juga yang bertanya tentang butter jenis apa yang akak guna....yang SCS tu jenis buku ada di jual di bahagian peti hawa dingin kat grocery stores..tapi lupa pulak nak mention yang Akak tak pakai SCS tapi Akak guna butter jenama Buttercup yang dalam tin aje. Maybe kalau pakai SCS lebih baik...Entahlah Akak tak tahu! Selama ni Akak guna Buttercup yang dalam tin tu aje...kalau nak guna banyak Akak beli dalam baldi kat baking stores.

By the way layan kan ajelah dulu lauk pauk tak semegah ...juadah kami sekeluarga semalam. Ini pun lauk favourite si Reena....ikan pari....! Kalau Abahnya ikan talang masin tu yang paling dia suka!

Layannnnn..........









Inilah juadah untuk Iftar semalam ya...Syukur Alhamdulillah ke atas  rezeki yang di berikan buat kami sekeluarga....Amin!

Hari ni.......Akak tak masak...tapi banyak urusan lain menjelang hujung minggu....balik jenguk Mummy & Mak tam pulak rasanya.......!

Selamat Berpuasa dan selamat berhujung minggu ya!!!

Thursday, August 11, 2011

Kek Lapis Kukus Alwani Versi 2 & Happy 13th Birthday Reena!

Assalamualaikum....Hari ini Akak sangat busy....sebab sehingga lewat pagi Akak masih blurrrr nak buat apa untuk juadah berbuka puasa dan kek apa yang sesuai untuk sambutan hari jadi Reena yang ke 13 !Bukannya buat sambutan apa pun, just..nak bagi dia happy sikit....sebab dia ingat Mama dan Abahnya dah lupa pada hari jadi dia tahun ni. Tak lupa sayang.....cuma puasa-puasa ni susah sikit nak plan celebration especially with food...sebab Mama tak nak nanti membazir dengan makanan yang melimpah ruah.

Pagi tadi juga internet buat hal tak boleh nak scheduled entry atau draft entry....even blog hopping & walking pun ada yang tak dapat nak tinggalkan jejak...so Akak just browse seadanya....as silent reader....and I came across hasil ciptaan Adik DJ@ Dayang Jack yang famous dengan resepi-resepi kek lapis yang fofular!Dan hari ni DJ posted resepi Kek Lapis Alwani II. Memandangkan size kek yang kecil about 6 or 7 inches of diameter gitu....so Akak pun pilih untuk mencoba kek ini....for my Birthday Girl.






Tak sia-sia Akak luangkan masa petang tadi melapis kek ni.....sangatlah teruja membuatnya....apatah lagi dengan warnanya yang sangat menarik......lebih lagi dengan rasanya yang sedap sangat!!!!! Terima kasih sekali lagi buat Dayang dan mohon halalkan perkongsian ilmu ini kerana pasti ia dah melekat di hati Akak.....dan akan sering menjadi hidangan di hari perayaan...Insyaallah!


Walaupun kejadian lapisanya agak tebal nipis...maklumlah baru belajar.....namun Akak dah cukup happy dengan hasilnya!


Jom layankan resepinya ya!
Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)
Resepi asal: Dayang Jack@DJ~@Dapurku Sayang

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan serbuk horlicks 
  • 5 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus 
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS) 
  • 1/3 cawan susu pekat manis 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau) 
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak) 
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan. 
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih. 
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi. 
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi. 
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok) 
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair. 
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis. 
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna. 
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong. 
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air.



Di kesempatan ini juga......Akak paparkan gambar Reena yang sudah pun berusia 13 tahun hari ini 11hb Ogos, 2011 ~


"Mama & Abah sentiasa mendoakan agar Reena menjadi anak yang solehah,beriman,berakhlak mulia, selamat sejahtera selalu, sihat, ceria, riang......berjaya dunia dan akhirat.....semua yang terbaik buat mu! AMIN!"


Bihun Sup Daging ~ Menu Simple Iftar Hari ke 10

Assalamualaikum.....tiap-tiap hari kepala pusing dok fikir nak buat apa ya untuk juadah berbuka hari ni!...Kadang-kadang tu rasa tak berselera pulak dengan juadah yang pop up in mind!....End up tanya En. Hubby kalau-kalau ada terasa nak makan apa ke ...supaya mudahkan kerja nak sediakan apa yang dapat penuhi selera orang laian kat rumah ni! Kalau En. Hubby request senang kerja.....kalau dia jawab..masak ajelah apa-apa pun dia tak kesah...Ni yang penat "Otak" nak fikir!...Semalam bila di tanya....dia ada idea....kalau buat bihun sup ada masalah tak?...Bahan ada tak?.....Lepas pikir sekejap.....Akak kata should be no problem....tapi yang simple jer lah....ikut apa yang ada dalam peti keramat kat dapur tu!

Makanya.....terhasillah bihun sup daging...ala-ala "Omarq Bom"!..Napa ada "Omarq Bom" kat hujung tu?...Ni cerita lama...Akak pun dengar cerita aje tak pernah pulak merasa bihun sup Omarq Bom ni!...En. Hubby kata...ni famous kat Alor Setarq masa dia sekolah rendah dulu....ada warung dekat area Pekan Rabu....sekarang dah rak ada dah! Makan pun main tenggek aje kat tepi longkang...yer lah kot!Yang special nya bihun sup tu ada taburan kacang tanah...yang lain tu lebih kurang bihun sup biasa aje.


Agaknya cam ni lah kot rupa bihun sup "Omarq Bom" tu......!


Akak buat sup cam biasa aje.....guna rempah sup ADABI yang serbuk tu.....Akak tambahkan kulit kayu manis dan lada hitam sikit.....daging tu Akak rebuskan dulu dalam preasure cooker selama 20 minit....tu yang sekejap jer nak prepare bihun sup ni.


Bahan tabur tu pun guna stok yang ada dalam peti ais jer..sebab tu tak lah meriah sangat....cuma yang penting kena ada lobak asin, kacang tanah goreng ranggup, daun bawang, bawang goreng dan sambal cili yang Akak buat untuk menambah kepedasan mengikut kemampuan tekak masing-masing. Kalau Reena dia letak sikit aje....sebab tak makan pedas...kalau Along ha...sesudu penuh pun dia tak kisah...!



Yang penting.....juadah ni dapat kenyangkan perut dan tak mendatangkan kesan .....seperti senak perut ke apa lepas berbuka puasa!Kadang-kadang apa yang kita masak atau makan boleh menyumbangkan kepada side affect.....lepas berbuka...contohnya...setengah orang tak tahan kalau berbuka dengan laksa....sebab rasanya yang masam dan pedas boleh memberi kesan kepada perut yang berasid sebab seharian dah kosong...jadi Akak sebolehnya cuba menyediakan juadah yang tak memberi kesan-kesan after Berbukalah!Tapi tak di nafikan juga...ada perut-perut yang tahan....makan ajelah ape pun...tak ada effect pun!


Bila Azan berkumandang aje.....semua isi mangkuk di gaul dan di hirup.....dan dijamah dengan bersemangat.....Mission accomplished!

Yang lebih menarik lagi...Akak cuma perlu tanak nasi sikit aje untuk sahur...sebab sup tu juga sesuai untuk juadah bersahur..kan jimat masa dan kerja Akak!

Okaylah...nak masak apa pulak hari ni ya!!! Memang ilham belum menjelma lagi ni!





Wednesday, August 10, 2011

Kuih Talam Ubi Kayu

Assalamualaikum.....dah petang memang sibuk sangat kan...menjelang persiapan berbuka puasa tapi nak juga kongsikan salah satu juadah kegemaran Akak ni.....

Akak guna spring form yang di alas dengan plastik senang nak transfer ke atas pinggan.....



Nampak tak bertapa mudahnya nak mengalihkan dari loyang ke cake plate atau pinggan intuk hidangan.....



Ini close-up sikit kasi "terguda" para peminat kuih talam ubi yang menyaksikan .....minta ampunnnnnn ya!!! Akak yang sangat tergoda & teruja dengan kejadian yang sungguh sempurna ini!



Yang ini test potong baru ya....belum di makan lagi......tapi Akak dah nampak kesedapannya....!Walaupun  bahagian kepalanya tu agak nipis sikit...yang pentingnya bahagian bawahnya tu......banyak dan masak elok jer!



Kalau nak saksikan kejadian sebelum ini sila klik di sini  di mana kejadian terdahulu sedikit mengecewakan dari segi rupa parasnya...walaupun keenakkannya trtap maintain!

Resepi :Talam Ubi Kayu
sumber: myresepi~ Sofinar


Bahan-bahannya:
Untuk lapis bawah :
1) 1 kilo ubi kayu (sagat dan tapis, buang air tapisan)
...ambil sagunya campur dgn hasil sagat tadi lepas tapis
2) 3 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) 1 cawan gula pasir
5) 2 helai daun pandan
Campurkan, masak hingga
mendidih dan tapis)

Untuk lapis atas :
1) 3/4 cawan tepung  gandum
2) 3/4 cawan tepung beras
3) 4 ½ cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam

Cara-caranya:
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½
jam.

Untuk lapis atas :
1) Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2) Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana
besar.Kacau selalu supatya tidak berketul-ketul
dan tutup api.
3) Cakar cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama 25 minit.
4) Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.

Okaylah....Akak nak cepat ni.....sebab nak siapkan main course untuk juadah berbuka hari ni.....

Selamat berbuka Puasa !


Nasi Lemak Pandan ~ Menu Permintaan En. Hubby

Assalamualaikum...Selamat Berpuasa.....Apa khabar semua? Moga sihat sejahtera dan ceria selalu dalam menghadapi  segala cabaran dalam menempuhi kehidupan seharian hendaknya. Setiap hari ada saja yang nak kita laksanakan......nama pun urusan hidup...kalau tak ada urusan....tak ada kehidupan lah pulak! Kalau hidup tak terurus pun susah jugak.....kan kacau bilau jadinya!

Menguruskan hidup ni nampak jer mudah....tapi perlu perancangan, perlu ada permuafakatan dan pengagihan kerja yang teratur barulah meringankan segala beban yang dipikul. Oleh itu perlulah ada kerjasama sesama ahli keluarga.....wah bertazkirah pulak Akak dipagi ini!

Dah.......jangan dilayankan sangat bebelan Akak tu sebab banyak lagi urusan yang belum selesai......ni cuma nak update sikit menu permintaan En. Hubby yang tiba-tiba terasa nak makan nasi lemak .....dalam pukul 3 petang gitu.....Hubby Akak call tanya nak masak apa....Akak cuma plan nak buat ayam goreng aje...yang lain tu masih dok terkial-kial tengah memikirkannya! Tup...Tup dia kata teringin nak makan nasi lemak....dah macam terbau-bau aje daun pandan kat office dia masa tu.....mengarut betoikan ...Manalah ada bau daun pandan kat office jam tu! Anyway....idea tu bagus jugak...benda senang nak dilayan....!

Maka bolehlah Akak bersantai sekejap depan TV sambil lipat kain baju.....sebab menu senang cam gitu jam 6 petang pun masih sempat Akak mula masuk dapur. Tambahan Akak cuma perlu perapkan ayam aje dulu....prepare bahan-bahan untuk memasak.....then lepak sekejap! Hasil kerja santai Akak petang semalam...maka juadah untuk berbuka kami ........Nasi Lemak Pandan dengan Ayam Goreng Berempah............taaaa....daaaa!


digandingkan dengan minuman yang menyegarkan



Layan kan aje lah.....ayam berempah yang Akak perap cuma dengan halia, serai & biji ketumbar yang ditumbuk halus bersama garam kunyit.....


Janji jelas puas terpancar di wajah ahli keluarga Akak selesai menghadap hidangan yang Akak sediakan petang semalam...Syukur Alhamdulillah....di atas rezeki ini!



Jus Oren ni juga minuman kegemaran En. Hubby.......



Anak-anak pun suka.......Mama gembira!...lalalalalalala!


Tuesday, August 9, 2011

Agar-agar Santan Gula Merah & Cucur Udang Kuah Kacang

Assalamualaikum...Selamat Berpuasa....dan syukur Alhamdulillah kita dah masuk ke minggu kedua puasa...sekejap aje masa berlalu.Tak lama lagi dah nak raya...hehe baru puasa seminggu dah terasa suasana hari raya yang bakal menjelang tiba...persiapan baju raya.....??Almost there....kuih raya?...masih jauh lagi....hehe sebab mood nak mengentel dan membakar kuih tu belum terasa!

Nak masak untuk berbuka pun kurang mood jugak ni....sebab dah tak berselera pulak tekak ni nak makan apa pun tak tahu! Badan pun rasa cam nak demam jer....sebab makan buah dokong dan rambutan agaknya....(Dah nak buat sebab musabab lah tu!)....Sebenarnya badan tu dah makin BERUSIA...jadi adalah karat sana...karat sini sikit......! Apa-apa pun tak ada apa yang istimewa sangat pun kat dapur Akak sehari dua ni....

Semalam berbuka pun sempoi aje...Hubby call dari office minta buatkan cucur udang...LAGI! Malam sebelum tu Akak dah buatkan masa berbuka kat rumah mak di Alor Setar...tak puas-puas dan tak jemu-jemu family Akak makan cucur udang.....So tengaharinya Akak ajak Along temankan Akak ke Mydin Bukit Jambul nak beli udang dan apa-apa yang perlu.....untuk buat kuah kacang.

Layankan ajelah juadah kami yang tak seberapa sangat...ni...ala cucur udang sempoi jer!



Tugas potong  cucur kali ni kita suruh Along pulak sebab semalam kat rumah Tok...Tok Wan yang jadi tukang potong cucur ni.....!



Nasib baik puasa...kalau tak  sambil potong sambil...ngap!!




Kalau biasa-biasa Akak buat untuk minum petang tu Akak just suruh dia orang cicah cili sos aje...tapi semalam En Hubby pulak teringin nak cicak kuah kacang.......maka jadilah sambal kacang yang sempoi jugak ni! hehe....resepi  main agak-agak dan campak-campak gitu! Lupa nak snap kuah dalam bekas besar....ni dari piring Akak jer....jadilah dari tak snap langsung...sebab masa ni dah time berbuka...mana sibuk nak shooting ke nak makan ke!!



Dan pemanis mulutnya pulak.....agar-agar santan gula merah yang dah selalu ditayang ....sebab dah selalu Akak buat....kalau nak resepi klik di sini.



Pembasah tekak buat ahli keluarga Akak pula...air cincau...cincau dibeli dari Alor Setar...Hubby beli kat Bazar Ramadhan...jauh cincau ni merantau......!


Itulah saja juadah kami semalam yang serba ringkas dan sederhana......Syukur...kenyang dan menyegarkan!!Apa pulak juadah untuk hari ni....masih ....BLurrrrrrrrrrr!!! Lagi ni!

Hingga ketemu lagi......daaaaaaaaaaaa

Monday, August 8, 2011

Al Kisah.....hujung minggu & Puding Tembikai penghabisan musim!

Assalamualaikum .....kembali bersiaran kembali hari ni lepas dua hari tutup "konti"...ala-ala DJ Radio gitu....! Bukannya apa Akak sibuk luangkan masa dengan Encik Hubby...tu pasal kalau hujung minggu tu memang payah sikit nak hadap PC ni....banyak hati, jiwa dan perasaan nak di jaga dan dilayan....semuanya lapang dihujung minggu aje jadi....kala itu tumpuan Akak harus di fokuskan pada mereka. 

Bukannya tiap-tiap hari tak layan mereka....cuma time spent together tu MORE during the weekends....nak gi shopping sama-sama...nak gi jogging pun sama-sama...nak nengok TV atau menonton filem pun masa tulah juga nak sama-sama...week days..normally malam jer kita dapat kumpul sekejap...lepas tu dah nak tidur...tambahan di bulan puasanya banyak aktiviti terhad....!

Hari Sabtu baru ni Akak dan family balik Alor Setar lagi sebab ada majlis berbuka puasa di rumah Pak Su Hubby Akak....Pak Su Omar & Maksu Rosnah. Ini juga merupakan majlis untuk semua kaum keluarga aje...dapatlah berkumpul dengan sepupu sepapat, mak & bapa sedara yang ada...serta anak-anak buah yang ramai.....BEST...!Malangnya...happy sangat during majlis tu.......tambah kecoh dengan suasana berbuka puasa beramai-ramai...sembahyang berjemaah beramai-ramai.....sampai tak teringat nak snap sekeping gambar pun buat kenangan!

Semalam ....Ahad kita orang berbuka puasa kat rumah mak & Ayah kat Alor Setar....lepas berbuka baru balik Penang...tapi aktiviti semalam memang padat. Balik kali ni....Along bungkuskan buah mata kucing kat pokok belakang rumah Mak....Tok Wan dia bukan main suka sebab Along(anak bujang Akak) dah selamatkan buah-buah tersebut dari dimakan oleh keluang dan tupai.....maklumlah buah2 tu manis sangat....Insyaaalah balik raya nanti buah2 tu dah boleh dimakan.Akak pulak tolong balutkan buah mempelam/mangga Chukanan yang pokoknya sangat rendah...cuma setinggi 4-5 kaki aje....tapi berbuah lebat....kerja mudah tak payah nak panjat-panjat...sambit berdiri jer pun Akak balut buah2 tu dengan surat khabar! Encik Suami pulak kena baiki lampu kat bilik air dan suis lampu kat bilik ayah. Sebelah petangnya pula pasang water filter baru untuk mak dan ayah!

Memang banyak kerja bila balik kampung .....sebelah petang nya....Akak keluar sekejap dengan Hubby untuk gi beli udang ...nak buat cucur udang. Kami ke TESCO Stargate.....habis membeli apa yang perlu....tiba kat parking lot...nampak cam kereta senget sebelah....mau nya...we had a flat tyre!...Berpeluh En Hubby ku sekejap...menukar tayar...yang tertusuk skru.....mak aiiiiiii.Dugaaan betoilah....!Kesian ...dia berpeluh-peluh....

Balik rumah masih sempat buat cucur udang....Akak dah suruh adik ipar belikan mee kari special dari Darulaman Golf Club...tu yang agak relax sikit persediaan untuk berbuka petang semalam...lagi pulak Mak dah buat ikan goreng sumbat sambal....En Hubby pulak belikan "somtam", belikan cincau/lengkong dan air tebu. Mak juga buatkan dadih special atas permintaan cucu-cucu. Syukur Alhamdulillah.....melimpah ruah rezeki...dan barakah pulak tu...semuanya habis licin.....dimakan semasa berbuka..tak adalah nak membazir atau terbuang gitu saja!

Akak sekeluarga selamat sampai Penang around 11 pm ....

Ni Akak nak abadikan resepi puding tembikai yang sangat popular lately ni....dah ramai yang membuatnya...Akak pun tak nak ketinggalan jadi Akak pun buat juga tak ingat hari apa dah....walaupun buat ...orang kata dah nak habis musim...hehehe Akak ceduk resepi ni dari dapur Yatie@Sinar Kehidupanku . Akak mohon izin ya Yatie....moga pada pemilik asal resepi juga menghalalkan perkongsian ilmu ni dijaringan siber ini.


Resepi Puding Tembikai 
Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
  • 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g) 
  • 2 keping roti gardenia * 
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula) 
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) * 
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) * 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • cincau dipotong kecil 
  • sedikit pewarna hijau /merah 
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur. 
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus 
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. 
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit. 
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit 
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk. 






Puding ni sangat sedap.....kalau dimakan untuk juadah berbuka...memang sangat menyegarkan...nak buatpun senang aje...cobalah!...Yang menarik...warna dan texture puding ni....memang akan ada siaran ulanganlah untuk puding ni....kalau untuk hidangan hari raya pun sesuai jugak ni!!

Okaylah ya...hari ini Akak pasti akan sangat sibuk sebab rumah Akak dah dua hari Akak tinggalkan.....jadi akan berblogwalking jika sempat.....dan menjawab comments pun jika berkesempatan....Hanya Ucapan Terima kasih Akak dahulukan atas ingatan kalian meninggalkan jejak dan jeritan...hehehe..Insyaallah Akak nyusul kemudian setelah selesai semua urusan ya!!!

Friday, August 5, 2011

Juadah Iftar Hari ke 4~ Burger IKan Bilis Goreng & Puding Keju Cappucino

Assalamualaikum para pembaca budiman....sahabat dan rakan taulan..serta adik kakak yang sudi bertandang....wah....dah masuk hari ke ~5 hari ni kita berpuasa...Moga perjalanan ibadah puasa kita hari ini berjalan dengan lancar hendaknya Insyaalah~ Amin!

Sebelum kita merancang untuk hidangan juadah berbuka petang karang....jom layankan paparan hidangan juadah yang sempat Akak sediakan petang semalam.





Semuanya serba ringkas dan sederhana tapi sebab diberkati olehnya.....bertambah lagi hidangan juadah dengan bihun goreng berempah dari jiran Akak.....Akak berkongsi puding keju Cappucino tu dengan mereka.....tak sia-sia buat puding yang sangat sedap dengan aroma yang memikat kalbu dan rasa yang lemak gitu....

Dik tergoda dengan pau goreng gebuuuuu  Dik Izah@Izah Muffin Lover Akak pun buat gunakan resepi yang sama tapi Akak letak inti sambal ikan bilis goreng.....ini pun....bikin gemparq jugak ni!....Berselera sungguh kami sekeluarga berbuka semalam......



Akak mohon izin untuk berkongsi resepi pau goreng gebu ni ya ....pada Adik Rima sebagai penyumbang asal dari resepi donut beliau...yang telah kemudiannya atas daya kreatif Dik Izah pula mentransformasikan resepi tersebut menjadi pau goreng gebuuuuuu. dan Akak pulak menjadikan Resepi tersebut ....lebih kena rasanya dengan panggilan BURGER MALAYSIA....Moga dihalalkan ilmu yang dikongsikan bersama ini ya...dan terima kasih atas sumbangan kalian...Hanya Allah sajalah yang membalasnya....Insyaallah!

RESEPI BURGER MALAYSIA
DONUT (kak Rima)
sumber: kak Rima
copy from: Dik Izah@Izah Muffin Lover
*Resepi telah disunting ke separuh adunan
  • 250g tepung roti *ijah guna tepung gandum je
  • 6g instant yeast
  • 50g gula
  • 2 biji kuning telur 
  • 100 ml air
  • 50g magerine / butter 
  • 1 sudu kecil garam

cara:
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  6. *Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
  7.  Rehat doh semula 20 minit.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  9. * goreng gunakan api paling kecil.

Okaylah.....banyak lagi urusan kat rumah ni yang nak Akak bereskan......jumpa lagi bila berkesempatan nanti ya~Insyaallah!