Sekarang ni saya dan Nasya dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada pampers pakai buang. Now Nasya dah tak pakai pampers lagi. Yeahhh.. Satu lagi pencapaian yang membanggakan walaupun ianya hanyalah perkara biasa bagi orang lain.
Apa yang membanggakan training ini berjaya dilakukan dalam masa kurang daripada seminggu iaitu hanya 3 hari sahaja. Tak percaya??? Itu la kebenarannya dan saya rasa untuk mengatur dan melatih Nasya dalam apa-apa perkara tidak banyak masalah. Terima kasih yang Maha Esa kerana memudahkan segala-galanya.
Tahun lepas saya dah berjaya melatih Nasya untuk tidak memakai pampers di waktu siang dan awal tahun 2011 ni saya dah berjaya sepenuhnya memisahkan pampers daripada Nasya. Kira senang la juga sebab Nasya sendiri yang offer tidak mahu dipakaikan pampers.
Al-kisahnya 2 3 hari yang lalu time sakit Nasya cakap gatal..gatal.. Dia minta saya buka pampers saya buka la dan bawa ke bilik air untuk cuci apa2 yang patut supaya dia tak gatal lagi. Bila di pakaikan pampers dia duk cakap gatal maybe sebab terkena bahagia tepi pampers tu kot. Dan dia minta buka lagi dan malam tu bermula la dia tido tanpa pampers.
Ingatkan boleh la sampai ke pagi tapi jam 3.30 pagi Nasya menangis dan bangun kejutkan saya. "Mama..mama.. Basah ni Aca kencing". Adoiii.. Nape la dah kencing baru bagitahu. Terus saya bawa pergi toilet buka baju dan cuci semua. Nasya minta mandikan lagi sebab dia ingat dah pagi hehe.. Saya cakap belum pagi dan suruh dia tido balik. Tempat kencing tu saya buka la cadar dan kain lapik semua. Nasya beralih tido di tempat lain dan saya pesan supaya jgn kencing lagi. Keesokkan paginya time bangun nak mandi saya pegang tilam nasib baik tak basah. Dan-dan tu juga saya puji Nasya sebab tak kenacing malam. Apa lagi bila dah dipuji seronok laa.. Itu kisah hari pertama.
Dan hari kedua sama juga tidur tanpa pempers. Sejam sebelum tidur saya dah bagi Nasya minum susu siap-siap dan sebelum tidur juga saya dah bawa dia kencing siap-siap. Ok la semua dah dibuat tapi nampak gayanya malam kedua pun tak berhasil juga sebab tengah malam Nasya bangun lagi bagitau dia kencing. Haihhh.. Malam ni pun tak berjaya juga ke. Nasib baik la malam kedua ni saya dah alas tempat tidur dengan alas getah so takde la air kencing tu meresap ke tilam. Air kencing tu meresap ke kain batik yang saya lapik awal-awal. Dan tengah malam tu saya hanya menggantikan baju dan kain batik sahaja. Alasan malam tu maybe sebab pasang aircorn kot tu yang sampai terkencing. Hehe.. Statement nak sedapkan hati.
Malam ketiga misi saya berjaya. Sebelum tidur saya buat apa-apa yang patut supaya Nasya tak terkencing malam lagi. Kata-kata semangat dan pujian memang tak lekang dari bibir ni dan harap sangat dia tak kencing lagi. Alhamdulillah malam ketiga berjaya dan sampai la ke hari ini dah 3 malam Nasya tak kencing malam. Walau apapun tak boleh nak gembira dulu sebab masih dalam pengawasan lagi ni. Kalau seminggu dia tak kencing malam baru la misi ini dianggap berjaya sepenuhnya.
Kepada ibu-ibu diluar sana yang masih berusaha untuk menjayakan misi ini teruskan berusaha dan insyallah satu hari nanti pasti berjaya. Semuanya bergantung kepada cepat dan lambat je sebab anak kita kan lain-lain. Semua ni memang menguji kesabaran kita sebagai ibu.. Kesabaran akan lebih tercabar bila nak cuci cadar + tilam yang terkena air kencing hehe.. Saya doakan kalian akan berjaya juga satu hari nanti.
Di sini saya kongsikan tips2 untuk atasi anak kencing malam:
1. Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan. Petua ni saya buat.
2. Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur. Yang ini pun saya buat.
3. Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing ditilam. Semestinya dilakukan supaya anak akan merasa diri mereka hebat.
4. Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan. Teknik ni kira macam brutal jugak laa…
Angkat bangun tengah malam takde la tapi saya angkat sebelum kami nak tidur.
5. Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus – contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga. Jangan marah-marah plak yer kalau anak kencing malam. Sabar je hehe..
6. Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter. Haaa yang ni saya tak dapat nk buat sebab tilam kat umah tu semua tebal berinc-inci dah la berat pulak tu. Tidur dalam aircorn semestinya saya memerlukan comferter, nasib baik la time kencing tu Nasya tak berselimut selamat comferter hehe.. Kaedahnya tuang air panas atau gunakan febreez..
Ini pula kaedah yang saya lakukan iaitu:
1. Alas tempat tidur anak dengan pelapik getah. Benda ni ada jual kat bahagian pakaian dan peralatan bayi. Benda ni dari zaman Nasya baby lagi saya guna.
2. Sediakan baju spare dan kain batik spare supaya senang nak ganti tengah malam.
3. Kalau guna aircorn perlahankan sikit suhu supaya tidak terlampau sejuk.
4. Untuk permulaan pakaikan anak dengan baju dan seluar panjang supaya rasa sejuk dapat dikurangkan.