Wednesday, May 26, 2010

nak balik KL..

pagi tadi bangun macam biasa nak pegi keje walaupun dalam hati ni memang dh malas gile. dah siap2 semua nk pi keje aku kejut la nasya suh bangun nak pegi skolah. punya la liat nk bangun sbb malam tadi bkn main lagi seronok tido lambat. papa duk sibuk marking paper aku plak duk sibok kemas2 beg nak balik kampung hehe.. dia apa lagi sama naik jgk la menyibuk. tolong lipat baju la konon lps tu tlg sepah2kan paper papa dia. last-last 12 lebey jgk dia tido.

then bangun pagi tadi aku kejut cakap nk jln dia masih liat-liat lagi. ok.. aku berusaha lagi kejutkan dia sebab x nak dukung. mana larat nak dukung berat maaa.. lps tu aku ckp la "aca, bangun mama nak jalan dh ni. aca x mo ikut ke.. " dan bla..bla.. dia bangun kemudian tonggeng2 tergolek2 masih malas nk bangun sampai duk nangis. "aca nk ikot aca nk pegi kl uhukuhukuhuk..". rupu-rupanya anak aku ni memang btol2 x sabar nk balik semenanjung sebab seminggu dua ni memang KL tu sentiasa di bibir. skit2 tanya "kita nk blk kl?". huhhh.. jenuh aku menjawab nk pegi KL minggu ni. malam tadi aku duk kemas2 baju pun dia sibuk duk tanya kita nak balik KL ke. huhu.. rupa-rupanya anak aku lagi xcited daripada mak dia hehe..

FYI mertua aku ada kt umah skang ni. tghari kelmarin sampai sebab nak pergi berurut di KK ni so diaorg tido umah aku la semalam. nenek dia duk pujuk la suh tinggal kat umah ngan nenek dia tp nasya x mau duk nangis2 jgk nak ikut aku. duk nangis2 ckp nak pegi KL hehe.. senyum je la nenek dia tgk cucu sorang nih dah tak sabar-sabar nak balik KL. anak beranak skang ni memang dlm mood gembira dan tak sabar nak balik kampung. hohoho.. balik kampung.. hohoho.. balik kampung.. hohoho.. balik kampung.. hati girang.. :)



Friday, May 21, 2010

gempita sekampung

last week ada "gempita sekampung" di politeknik kota kinabalu. ala-ala family day la gitu sebab semua penduduk dijemput dataang kemudian ada la aktiviti senam robik, gotong royong ,pot luck dan juga game untuk kanak-kanak. mula-mula ingat x nak join sebab my laling nk balik kampung malam tu tp last minit tak jadi so pagi tu kami join la skali jam 8 pagi hehe walaupun org lain dh datang awal lg. aku buat muffin coklat jer. nasib baik la abis tak payah aku nk angkut bawa balik lagi klu tak abis. sambutan kali ni tak ramai sgt yang join berbanding tahun lepas. perbezaan yang ketara sangat, maybe sebab ada yang bercuti dan yang ada hal sendiri. apa-apa pun jom kita tgk aksi nasya ketika terlibat dgn game.

tengah beratur untuk registration hehe.. selenge je muka anak aku ni mcm xde perasaan haha

game pertama pertandingan mewarna.

nasya masuk kategori kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun.

walaupun tak menang nasya tetap bersemangat untuk mewarna semua ruang-ruang yang berwarna putih hehe.. xpe next year join mesti dh ble kaler cantik-cantik.

aktiviti kutip gula-gula.. ya!!! nasya dapat banyak gula hasil tunjuk ajar mama haha.. dia angkut gula-gula letak dlm cawan lepas tu tuang kt mana suh pegi. lps tu pi kutip lagi hehe..

group nasya untuk pertandingan tarik tali.. hurmmm apa la yang bdk2 ni pikir kan tu yer


jeng..jeng...jeng.. tengah ready untuk beraksi. gambar seterusnya x dpt nk snap sebab bila start je nasya ketakutan sbb ramai duk bersorak dan terus menangis. muka tu cuak je haha..

sesi kedua.. fuh..fuh.. nak jampi jap hehe!!!

ready utk sesi kedua menentukan juara.

yeah.. Pertarungan sengit menarik tali. org tarik ke belakang nasya tarik ke tepi haha..

walaupun ke tepi tetap dpt no 2.. :) eh..eh..anak sape kt bwh ni nk amik hadiah jgk ye.

meh sini sy tolong angkut bw balik kak hehe..


Thursday, May 20, 2010

makan free

lunch tengahari ni saya makan free je. kebetulan ada taklimat di tingkat 2 pejabat ni so aku join skali la hehe.. biasa la tu klu ada apa2 majlis kt tingkat 2 ni lps dah makan kenyang-kenyang klu ada lebey memang diaorg akan panggil makan skali. kebetulan plak tengahari my laling pi anta kete utk servis so memang aku x makan la tengahari ni. thanxs ye kak maria kerana jemput saya makan nasi dengan lauk-lauk yang sedap tu. siap bw balik tapau tu sebab ada lebih hehe..

menu lunch tadi adalah nasi putih + ayam masak merah + daging masak kismis+ sayur lemak nangka + tembikai + sirap limau. erkkk.. syukur alhamdulillah kenyang perut aku tenghari ni. pagi tadi makan kuih ketayap ngan donat. ni pun ada lagi tak terusik sebab nak bawa balik utk my sweethearts.. x sampai hati plak aku makan kenyang sorang2 je klu x bawa balik utk mereka berdua. malam ni menu sama jgk sebab ada lebih bawa balik. kuih utk minum petang pun baru je tolong pi susun tadi kang ada lebih tapau lagi hehehe..

ni la kat pejabat ni kalau ada majlis je mesti kenyang perut. sebenarnya tak niat pun nak makan tapi dah adat mcm tu klu ada lebih mesti diaorg panggil makan. kira rezeki la tu kan tak baik plak nak tolak hehehhe.. (ayat nak sedap hati). apa-apa pun syukur atas rezeki yang diberikan tak gituuu??? so korang lunch apa tengahri tadi? sedap ke menu korang tu hikhikhik.. (soalan bikin panas je huhu :p)

Tuesday, May 18, 2010

my CALDINA


Hahaha.. jgn jeles arrr ini la my CALDINA yang diimpikan dan skang ni masih berangan lagi hehe.. Nak harap gaji hurrmmm x mampu la aku nak pakai kareta ni tapi mana tau kan satu hari nanti tuhan turunkan hujan rezeki tup tup boleh angkat CALDINA ni.

Mula-mula nampak di jalan dulu heran jgk sbb x pernah nampak kereta ni. Huyooo memang cantik la ala-ala sporty dan elegance gitu. Utk yang ada anak sorang mcm aku ok la tp klu dh masuk dua tiga orang tu sempit skit la kot tak sesuai ekekek.. jgn marah arrr.. :p

So korang takde ke kereta impian? Kereta yang korang suka tengok dan teringin nak pakai. Jom la kita sama-sama berangan yer hehehe.. Ishhkkk xmo la klu setakat berangan konpem x dapat punya so baik berusaha semoga impian menjadi kenyataan. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Hopefully la kan one day dapat naik CALDINA ni ekekeke..


Kepada yang tak senang korang boleh je x baca n3 aku nih yer. Ini adalah kebebasan masing-masing untuk berangan so klu korang rasa aku ni berangan lebey takpe sbb aku masih sedar diri lagi cuma aku gembira klu dpat berkongsi apa yg aku ingin dapatkan.

Wednesday, May 12, 2010

berhutang dengan DIGI


sebelum nk mengadu domba kesedihanku di sini nk sedapkan hati dulu dgn kelahiran baru baby acer warna putih ini. thanxs ya my laling yg telah menghadiahkan baby baru ni as a mother day and bzday advance gift. lps ni bg baby betul2 plak yer hehe..

hadoiii la.. tajuk di atas tu bikin panas telinga je. ini la al-kisahnya yang terjadi last weekends. takde hujan takde ribut tetiba plak ble kuar statement aku berhutang ngan digi. apa kes plak ni aku x guna line digi pun mcmana ble ada hutang plak. konon ahad tu adalah hari yang indah la sebab impian untuk mendapatkan lappy baru dh tercapai tp time nak balik tu aku singgah la gerai maxis konon nak ambil pakej broadband plak. tapi sebelum nak register tu amoi ni cek la aku nya identiti menggunakan mykad. tetiba kat skrin amoi tu kuar statement warna merah menandakan aku ni x ble nak register. hurmmm kenapa plak???

amoi ni kol la seseorang then org tu ckp aku ada hutang dengan diri rm390. mak aiiii.. smp beratus hutang aku sedangkan aku x guna pun line digi. ishhkkkk.. x puas hati ni mcmana ble ada hutang plak. so hajat nk dapatkan broadband terpaksa la ditangguhkan dulu sehingga hal ni selesai. nasib baik la di 1B tu ada digi centre so aku terus pegi sana cek apa kes yg sebenarnya.
lepas dah cek semua budak lelaki cakap "yer kak, akak ada hutang dgn digi rm390". aku apa lagi terus tanya la.. mcmana aku ble ada hutang sedangkan aku x guna line digi pun giler ke apa. so aku tanya la nk buat mcmana. then bdk tu bgtau la maybe ada manusia yg kejam menggunakan salinan KP aku time reg line ni sebab dulu diaorg reg guna ic pun dh boleh. so dia suh aku buat repot di balai polis kemudian buat akuan sumpah. hurmmm satu keje plak nk ke balai nak ke mahkamah.

isnin pagi tu lepas punch je aku minta keluar dgn bos nk pegi buat repot. ok la nasib baik bos pun paham. pagi settle buat repot then petang aku buat akuan sumpah plak. now settle segalanya malam lepas magrib aku ke digi centre di 1B hantar semua mak nenek yg diperlukan. gurls di kaunter tu cakap maybe sebulan lebih jgk nk siasat. hurmmm maknanya aku x dpt nak reg broadband la selama tempoh tu??? nop.. aku nk try jgk reg tmpt lain klu ble hehehe..

so kesimpulan daripada entry kali ni berhati-hati lah dengan segala-galanya. kekadang tu benda yang kita tak jangka pun ble berlaku. tp dalam kes aku ni aku redha jerla nak buat mcmana benda dah berlaku kan. aku rasa mesti org yg dikenali jgk buat kerja ni. takpe wahai insan malang walaupun ko terlepas kat dunia ni tp ingat ko takkan terlepas di sana nanti. aku x halalkan walau 1 sen pun tau. baik ko dtg sujud minta maaf skang hahaha..