Tuesday, March 9, 2010

my adorable daughter with photoscape

since takde keje aku rajin la plak meng'edit'2 gambar my nasya ni. ilmu ni takde la sehebat pakku dan cdiq tp i luv to see their job very nice. dari dulu lg macam-macam software aku cuba tapi rasanya yg aku guna skang ni quiet gud dan senang. maklum la bila semua dah setting so just nk klik-klik je. setakat nak edit yg basic-basic tu boleh la tp klu nak sampai tahap advance tu belum tercapai dek akal ku lagi hehe.. photoshop mmg aku x berkenalan lg sebab mcm susah je so now aku layan photoscape je.


teringin jugak nak belajar yang hebat-hebat ni tapi takpe la as a hobby sampingan menghabiskan masa yang terluang ni dapat belajar yg basic-basic pun ok dah. org ckp ok la daripada takde kan. nak cari buku aku ni bukannya A++ english so adalah menjadi sedikit kemalasan nak translate satu-satu hehe.. so try and error je sambil cari note free di internet. rujukan aku adalah tutorial di internet semata-mata. thanxs la kepada sesiapa sahaja yang berkongsi ilmu di internet tu yer semua tuhan saja dapat membalas jasa baik korang semua.

Monday, March 8, 2010

rumahku hampir terbakar

jangan korang terkejut plak sebab rumah aku masih selamat lagi tapi tu la klu takde tindakan pantas my hubby mau hangus rumah huhu.. minta-minta dijauhkan la dari malapetaka yg ngeri ni. memandangkan last week pun ada kebakaran di kawasan ni tu yang buat aku risau sangat ni.

FYI ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku di rumah aku ni. sebelum ni pernah juga tetiba je rumah aku bau hangit macam terbakar. time tu kami tengah dinner so apa lagi bila dah terbau tu terus la cari satu rumah dari mana la bau hangit ni. pusing punya pusing tak jumpa jugak skali my hubby nampak la atas kepala kami salah satu lampu di meha makan dah berasap putih. huhu.. tarik nafas panjang jgk la time tu. nasib baik tak keluar api lagi. tapi kejadian malam tadi btol-btol buat aku panik giler. nak kata aku pasang banyak plug takde plak sebab time tu aku hanya pasang plug oven je utk panaskan oven. itu pun menggunakan x-tension bukan direct dengan tempat yang terbakar tu. tengah aku duk kacau-kacay adunan tetiba bunyi mcm krikkk..krikkk..krikk.. (lebey kurang gitu la bunyinya). aku pun pegi la dapur skali tengah api dh menyala pada kepala plug tu. aku jerit la panggil my hubby sambil jerit terbakar..terbakar.. time tu aku cuba nak off suiz tp tak berani sebab api tengah menyala btol-btol paada tempat tu. so my hubby datang terus je dia tiup api tu byk kali nasib baik la terpadam huhu.. panik giler time tu dan my hubby terus matikan suiz utama. gelap gelita la sekejap umah aku tu..

sebahagian kepala plug tu dh cair sebab kena api dan tempat aku pasang tu pun ada kesan hitam juga. 2 kaki plug tu masih melekat kt dalam tmpt suiz tu. my hubby cuba tarik utk keluarkan tapi tak dapat. aku skang ni nak bakar kek pun risau je takut ada apa-apa terbakar lagi. malam tadi nak kata pasang banyak plug memang takde pun sebab semua suiz-suiz di bilik off kat dapur pasang satu je, kt ruang makan pun satu sebab pasang fridge then kt ruang tamu jer la takkan mcm tu dh over limit kot. umah aku ni plak slalu je black out sebab dia pandai tendang sendiri. tu yang aku bgtau my hubby minta orang datang check takut ader wayar-wayar yg shot kt dalam tuh. satu lagi aku perasan bila aku guna xtension ni mesti wayar dia panas. ermmm.. korang yg guna xtension kt umah ada panas wayar tak? btol-btol buat aku runsing skang ni dan tertanya-tanya jup apa masalah sebenarnya di rumah ini.

Thursday, March 4, 2010

cerita 2 hari

sebelum balik nak mengomel jup di sini. takde apa yang nak diceritakan just sesi untuk mereleasekan apa-apa yang terbuku di hati dan fikiran. this week jadual aku agak padat di waktu malam sebab ada beberapa tempahan yang nak disiapkan. tapi alhamdulillah semua berjalan agak lancar walaupun ada beberapa cabaran. biasa la tu bukan semua benda dapat dibuat dengan mudah. tapi syukur la rezeki pun dah ada skang ni. penat lelah lenguh tu adat la kan.. dah ko nak berbisnes sangat so kena la sanggup nak tahan itu semua.

"bangun pagi gosok gigi cuci mukak dan mandi pakai baju minum susu makan roti pegi skowah wawawa.." ni laa lagu my doter nyanyi klu nak mandi hehehe. rutin harian aku skang ni bangun pagi siap2 semua then pergi kerja seawal 7.30pagi smp la jam 5 aku bertapa di pejabat. uhhh.. kekadang tu sampai naik tensi sebab terlampau boring. klu di rumah boleh la jugak aku buat kek ke hehe.. tp hakikatnya aku hanyalah seorang penjawat awam yg makan gaji so memang aku kena kerja. dah balik jam 5 tu rest-rest jup then mandi, makan or apa-apa yang sewaktu dengannya. this week my hubby rajin skit 2 3 ari dia tolong masak untuk dinner. so lps dinner aku stat bekerja blk. as usual my part time job baking baking dan baking lg.. alhamdulillah rezeki dah semakin bertambah dari hari ke hari. tapi tu la kekadang rasa juga penat letih dan sebagainya.

okeh.. cerita di atas tu aku taip kelmarin petang sblm balik tapi tak sempat nak update hehe.. now sambung dengar cerita di hari baru pulak sebab tu tajuk entry kali ni cerita 2 hari. hari ni dah hari jumaat yuhuuuu syoknya ble cuti. nama je cuti tapi aku tetap ada tugas yg nak disiapkan. 2 3 hari ni order memang penuh dan malam ni my last job utk siapkan tempahan sempena pertunangan one of my customer. bsok nak pegi hantar di tg aru (cupcakes, coklat dan puding). phewww.. ble tahan juga nak siapkan 3 benda ni. semalam dah siap buat coklat so hari ini dan malam ini sesi menyiapkan puding dan cupcakes. hopefully semuanya berjalan lancar dan dapat hasil yg cantik dan ok hehe. nanti la klu rajin aku update hasil-hasil tugasanku selama beberapa bulan di tahun 2010 ni. thanxs to god krn limpahkan aku rezeki ini.

now dah 10.50 pagi lagi setengah jam dh lunch hour(jumaat balik awal k) so tghari ni plan nak siapkan agar-agar pelangi indah.. malam ble concentrate cupcakes plak. plan last week konon nak organize my home tapi nampaknya target tu x tercapai sepenuhnya lagi. hadoi laaa.. bila nk ble organize sepenuhnya ni. takpe.. yg penting niat ada lambat atau cepat tak kisah kan. so uolz semua dh siap ke organized umah korang? k la selamat berhujung minggu utk korang semua. bsok lepas hantar tempahan dah plan ngan papa nasya nak bawa nasya jalan-jalan spent our time yg teramat2 terhad together-gether. klu papa baik hati ble belanja tgk wayang hihihi.. klu tak bawa la pegi mana-mana pun janji happy.

Wednesday, March 3, 2010

sg. kiulu bak air milo kurang susu

ini cerita last weekends sewaktu berpiknik di sg kiulu, tamparuli.. aku bajet syok la tapi mcm hampeh je sebab kawasan kitaorg lepak tu tak best ala-ala belakang rumah org je walaupun tempat kami lepak tu jauh la skit dari rumah orang but still ada org lalu lalang kt situ. plan awal aku nak buat spagetti utk bekal pagi tu skali tgk alahai spagetti ciput je nak bagi makan orang pun buat lekat celah gigi je. so aku dengan muka tak malu bawa bekal air mineral ngan air kotak je ekeke.. nasib baik fren my hubby tu masak byk dia ckp tak payah bawa makanan dah. kebetulan plk yerk hihihi.. (thanxs to wife pokteh yg masak byk makanan).

piknik ala-ala santai bersarapan pagi di tepi sg ni disertai 4 sekawan la yg bawa bini masing. sorang bawa anak(aku la tu), 2 bawa bdk dlm perut dan sorang free. kesian la nasya yang boring giler sebab takde kawan nak main last-last menempek ngan aku jerk. lepas dh isi perut nasya ajak mandi tapi aku tak bawa baju sebab dah mandi awal di rumah so papa la yg kena bawa nasya yer kebetulan dua-dua memang tak mandi dari rumah. so jadi badak berendam la di dalam sungai tu.. nampak macam deras je air tu tapi tu la tak menarik sebab keruh warna pun ala-ala air milo terlebih susu but sejukkkk sangat. di musim yang panas ni mmg syok la berendam dlm sg tu. act sg tu adalah air daripada air terjun nun di atas sana. tp sebab kami lepak di bawah je so jadi laa lepak tepi sg.

nasya bukan main lagi nak mandi tapi bila papa dia bawa masuk sg waaaaa.. menangis-nangis haaa takut. konon je nak mandi tapi penakut. last duk tepi atas batu je ngan aku duk main air. main-main air lepas acah-acah skit haaa mula la dia seronok then skit-skit dah boleh di bawa ke dlm air. bukan apa pun dia takut tgk air ala-ala ribut tu kot. tapi bila dah seronok main air duduk atas my hubby kt tgh sg tu ok je pun. saje nak wat drama erkkk...