Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Telur Dadar Mayonis

Menu yg selalu aku masak...mudah & sedap..yg paling penting anak2 suka makan.



Bahan-bahannya:
3-4 biji telur
2 sudu besar mayonis
1/4 batang carrot - potong dadu kecil
daun sup & bawang secukupnya - hiris nipis
1 biji cili merah / hijau - hiris nipis
Secubit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu besar butter / marjerin - utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan. Pukul sehingga semua sebati & mayonis tidak kelihatan berketul2.

2. Cairkan butter dalam kuali. Setelah kuali sudah panas, tuangkan semua campuran tadi & goreng sehingga masak.

3. Sedap dimakan bersama nasi putih / diratah jer....

Sunday, April 11, 2010

Telur Dadar Tauhu & Sosej Ayam


Resipi simple & kesukaan anak2...budak2 ni suka ratah jer...

Bahan-Bahannya:
3 biji telur
1 ketul sosej - cincang halus / dadu kecil
1 ketul Tauhu putih - cincang halus / dadu kecil
1 labu bawang besar - cincang halus / dadu kecil
1 pokok daun sup - hiris halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
Garam & lada sulah secukupnya
Sos lea & perrins
Sedikit serbuk aregano
1 sudu besar marjerin

Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur dlm mangkuk. Masukkan mentega, sos lea & perrins, garam, serbuk aregano & lada sulah. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan potong tadi. gaul rata.
3. Panaskan kuali ( non -stick lg bagus, x yah taruk minyak) dgn menggunakan api yg kecil, tuangkan semua adunan tadi dlm kuali. Tutup supaya masa rata. Bila permukaan atas dh x berair & bawahnya garing, terbalikkan. Biarkan garing sikit.
4. Bila dh masak, angkat & hidangkan.

Note:
1. Sgt sesuai utk ank2 yg x suka mkn sayur...bila kita cincang halus2 & campurkan dlm telur ni...ank2 dh x perasan...mereka terus ngap jer...jd boleh masukkan pelbagai lg jenis sayur...trpulang pd ibu....
2. Bila guna serbuk aregano bau telur dadar ni dh mcm pizza...wangi jer...campur plak bau sosej....menarik selera & ank2 pun suka...
3. Sosej ni bleh diganti dgn isi ayam yg di potong dadu/dicincang...tp kena ler rebus/goreng dulu sblm campur ke dalam telur....

Thursday, April 1, 2010

Telur Bungkus


Masakan inti nyer pakai campak2 jer...lepaih tu buat telur dadar & bungkuskan....jadi la telur bungkus...kalu nk mudah kena la ada kuali non-stick....

Bahan-Bahannya:
2 biji telur - pukul ngan skit garam supaya kuning & putih campur rata.
2 ketul isi ayam - potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - mayang nipis / cincang halus
3 sudu besar sayur campur
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang - potong kasar
garam, gula & lada sulah secukupnya
Minyak / marjerin / butter secukupnya - utk menumis & goreng telur

Cara Membuatnya:
1. Panaskan marjerin, tumis bawang besar & bawang putih hingga naik baunya.

2. Masukkan sos jenis sos, ayam & air. Kacau hingga ayam masak sekata. kemudian masukkan sayur campur. Kacau rata.

3. Masukkan garam, gula & lada sulah. Suaikan rasa.

4. Bila kuah dah kering masukkan daun bawang & daun sup. Kacau rata, angkat & ketepikan.

5. Panaskan marjerin skit dlm kuali non-stick dgn gunakan api yg paling kecil. Bila kuali dah panas, masukkan telur tadi. Cepat2 angkat kuali & lenggangkan supaya telur menjadi bulatan besar & nipis (jgn trlalu nipis nnt koyak ketika nk bungkus).

6. Tutup kuali & biarkan masak agak 3-4 minit (brgantung kpd kepanasan api). Bila dh masak, tutup api & tuangkan bahan inti di bahagian tgh telur dadar tadi. Lipat jd bentuk 4 segi dgn brhati2 supaya tak trkoyak.

7. Ambilkan pinggan, telangkupkan pinggan dulu ke dalam kuali, kemudian telangkupkan pula kuali. Sekarang telur bungkus dah siap berada dlm pinggan.

8. Potong bahagian tgh telur bungkus spt dlm gambar ( x nak potong pun x per). Hias kalu nk & sedia utk dihidangkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails