Salam pagi Khamis untuk semua....hari ni nak buat n3 ala2 kuiz....Cuma teka apa benda dalam gambar tu...Benda lama juga, orang sekarang jarang yang ada benda macam tu...Salah satu "perhiasan" diri, lazimnya diperbuat dari "emas", tapi ada juga yang buat dari "perak" atau "suasa"....Selalunya orang pakai satu atau 2 sahaja sebagai penyeri, kalau pakai banyak, ok juga cuma nampak "menyeramkan" gitu u...seriauuu!!!!...
Ini ada mat sertakan pandangan hadapan (gambar kiri), kemudian bahagian belakang (gambar tengah) dan bahagian belakang tapi dari sisi atas (gambar kanan)....Lepas sapa dapat teka, baru mat letak pengkisahan benda "antik" ini yeaa...Banyak nostalgia tau benda2 tu...Ok semuaaa....kita tungguuuu sapa yang kenaaa!!!.....
Memandangkan ramai leer yang bagi jawapan betul kat ruangan komen, memang sah leer benda itu ialah "sumbi emas"...Pandai leer semua2 nihh...Syabas betehh!!..Inspektor sahab banyak hepi!!...Al- kisah sumbi emas itu milik bonda mat masa gigi dia elok dulu (laa nie dah guna gigi pasang siap, jadi buat hapa bersumbi2 bagai)...Percaya tak sumbi emas tu telah hilang hampit 40 tahun dulu?....Ha, mesti ada yang pelikkan. Satu hari tu abah mat membersihkan kawasan rumah (rumah pusaka)...Masa tengah memnyapu sampah di satu tempat berhampiran kolah air, dia tersapu satu benda kekuningan, mula2 abah mat ingat jagung ayam...Sekali dia kutip dan belek2....Bila perhatikan betul2 baru perasan yang tu sumbi emas "omak den"...yang hilang berpuluh tahun dulu...Mungkin masa tu gigi yang bersumbi tu dah reput, jadi sumbi tu longgar dan tercicir....mesti masa tu mulut tengah melopong agaknya... Mat yang tak pernah tengok secara dekat (walau pun pernah tengok ada orang tua2 pakai), terus leer minta izin simpan benda tu...biasalah kan bahan antik lagi bersejarah, sapa lagi yang "chop" dulu kalau bukan aku!!!....Jadi terselamatlah ia dalam simpanan ku..insya Allahh.....
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Thursday, July 2, 2009
Wednesday, July 1, 2009
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Salam sejahtera untuk semua...Hari ni nak lari jauh sikit dari n3 pinggan mangkuk. Apa kata hari ni kita bercerita mengenai pakaian tradisi kita orang2 melayu. Mat ada simpan baju kurung jahitan bonda mat pada tahun 1961. Menjadi kebiasaan wanita2 melayu zaman dahulu, WAJIB pandai memasak dan menjahit..paling tak pun baju kurung. Kalau di Johor, baru kurung teluk belanga adalah pakaian rasmi. Berdasarkan sejarah, pakaian ini wujud semenjak adanya ketuanan melayu berketurunan Temenggung yang bertapak di Teluk Belanga di Singapura sekitar abad ke-18 lagi.
Ciri2 utama yang perlu ada pada baju kurung teluk belanga, selain ber"pesak", leher baju yang berbentuk "bulan-bulan" dan diserikan dengan sulaman "tikam tulang belut atau "tikam tulang pari" dan "kancing sebutir". Kancing sebutir tu satu ikatan ala2 "tatting" yang dibuat diantara dua belahan leher sebagai tempat untuk memasang butang baju. Kebiasaannya bagi kaum lelaki butang lebih kepada suasa..mana kala bagi wanita selalunya butang lebih cantik samada emas (seperti dalam gambar), atau emas yang bertatahkan intan, berlian dan permata2 lain.
Satu poket akan dijahit pada kiri baju dibahagian atas sebagai tempat mengisi dompet atau sapu tangan (kalau baju kaum lelaki ada 3 poket, satu atas belah kiri dan 2 lagi bahagian bawah, kiri dan kanan). Hujung tangan baju dan dan sekitar bawah lipatan baju harus dijahit "sembat". Selain untuk menampakkan kekemasan, ianya juga berfungsi sebagai penahan jika kain yang diguna itu mudah "berbulu"...(zaman sekarang, orang dah hantar pi jahit tepi saja)...
Selain penggunaan butang sebutir yang mempunyai gegelang dibahagian belakangnya, ada juga yang menggunakan sebiji kerosang sebagai ganti. Sebagai contoh di atas, kerosang duit emas 3 serangaki pusaka arwah nenek mat, asalnya untuk dipakai pada kebaya, tapi boleh juga diguna pakai sebagai kerosang solo untuk menyemat baju kurung. Selain itu, wanita2 Johor juga sering menggayakan rantai labuh yang digandingkan bersama loket "antik" seperti dalam gambar belah kanan tu(rantai dia tak de..hehehe). Tapi pada mat loket antik itu lebih terpengaruh dengan kaum baba peranakan berdasarkan ukiran dikiri dan kanan loket yang seakan2 burung "cenderawasih"....

Subscribe to:
Posts (Atom)