Mat Gebu Antique Corner

Showing posts with label Oriental Ceramic. Show all posts
Showing posts with label Oriental Ceramic. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

"OC" MAPLE/GRAPE VINE TEA SET.....

As'laikum semua, selamat petang (laaa dah nak maghrib rupanya..petang ke hapa!!)...Ok, hari ni mat kongsi tea set "Oreintal Ceramics" siri "the grape vine @ maple"..Pertama kali tgk set ni kat blog yatt. Kalau tak haram pun mat tatak corak ni. Mula2 dulu cuma dapat teko dia saja, lepas tu beberapa keping piring kuih..laa ni dapat pulak creamer, sugar pot dan beberapa barang lain...(lain waktu mat letak yeaa)...



Sugar pot tu mat ada stok lagi, cuma creamer tu mat ada tak banyak (ada 5, dah jual 4 dan tinggal 1 saja untuk koleksi sendiri)..Tak pe kalau ada rezeki nanti jumpa lagi. Tapikan creamer jug dia sedikit kecil kalau nak dibandingkan dengan creamer OC yang lain. Nampak comel jee.. Ok dulu untuk hari ni, kita jumpa esok dengan n3 lain pula...byee untuk semua...muahhhh!!!!

Tuesday, July 21, 2009

THE BLUE GARLAND "OC"...

Salam semua, hari ni mat nak kongsi set "the blue garland" dari "Oriental Ceramics" (nama the blue garland tu mat sendiri bagi...tapi sesuai kann?). Mula2 hari tu mat cuma dapat teko dia saja, tapi hari tu ternampak lah pulak set2 yang lain, jadi untuk melengkapkan set, dengan rela hati mat rembat lah juga, tapi bukan banyak, cuma tea set saja (untuk 6 orang) dan sekeping pinggan hidang bujur....


Bunga dia lembut dan nampak "antik" sungguh.. Reka bentuk cawan dia sama macam cawan orental ceramics siri white and red roses tu... Sebab mat bagi nama the blue garland, kerana kuntuman bunga biru disusun selari memanjang....apa komen anda pulak?..

Dan seperti biasa cop "OC" bawah setiap set, jika cop macam ni, ianya berasal dari Jepun, kalau buatan Malaysia, dia ada tulis "Orental Ceramics Made In Malaysia"..itu yg mat tau lahh... (terima kasih pada yatt atas info "OC" tu yeaa)...Ok dulu untuk hari ni, kita jumpa esok..bye bye..muahhhh!!, i lap u all!!....

Tuesday, July 14, 2009

TEKO 3 SEKAWAN....

As'laikum semua, selamat petang....Maaf lah sejak2 kebelakangan nie, macam sibuk sikit lah (atau pun buat2 sibuk...) Hari tu mat dapat rembat beberapa biji teko lama yang berpotongan badan ala2 teko Meakin tapi jenis Oreintal Ceramics....Masih nampak cantik dan memikat setelah dicuci. Masa jumpa tu tak yah kata lah rupa dia...hitan berkarat dan berlumut....Nasib baik boleh tanggal setelah direndam dalam air + peluntur...Lepas cuci baru teserlah ke"jelita"an mu....hehehehe

Yang ni mat beri nama teko OC bercorak "the blue garland"...sebab cara susunan corak bunga di bahagian tepi teko tu seakan2 berangkai....rasa mat pernah nampak tau set cawan dia, nanti lah pi tengok kalau ada lagi...kalau ada rezeki boleh lah rembat...

Teko ni pulak corak dia seakan2 di atas tu, tapi bunga kaler kuning dan ada dedaunan melingkari bahagian tepinya...rasa nak bagi nama apa yea pada pattern ni, hmmm..ikut suka hati u all lah apa nak letak nama corak tu, tapi teko ni memang nampak lawa.....sekarang nya teko pesal rupa semua kurang menarik?....

Terakhir ni teko warna polos OC, mungkin lom sempat nak letak gambar....Tapi kan pada mat, teko polos warna krim ni, sesuai sangat dengan peminat2 seni decal.....nampak elok je kalau ada corak, tapi kosong macam tu pun dah lawa....Pstt tutup tu bukan dia punya, tapi nampak sesuai sangat kan...comeyy jeee...Sekian untuk n3 hari ni, jika panjang usia kita jumpa di n3 akan datang....bye semua....muahhhh!!!...I lap u all!!!!

Friday, July 10, 2009

MILL FARM ORIENTAL CERAMICS

Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Apa khabar...Hari ni mat suka banget, hidung macam kembang je dari pagi tadi....esok kita cerita yeaa sebab apa hidung ku ke"kembangan" hari ni...Ok, untuk n3 hari ni mat kongsi set yang ala2 macam nak cukup tapi tak lengkap keluaran Oriental Ceramics (OC), yang bertema Mill Farm...koleksi ala2 country...atau rumah ladang. Dulu mat tak minat sangat, sekali terpandanglah koleksi "yatt"...terus i terminat lah pulak...Jadi masa meround2 hari tu, jumpa lah beberapa set cawan, piring kuih, sugar pot dan pinggan hidang bujur...Jadi mat pun beli untuk menambah koleksi...Ada 2 biji cawan "ibu tunggal" (yang ni mat beli kat kedai lain) yang corak seakan2 sama, nampak serasi pulak bila digandingkan dengan set tu....Teko dia mat tak de lagi..nanti lah pi cari kat mana2, itu pun kalau ada orang tercicir...ahaks...


Yang diatas tu lah salah satu biji cawan "ibu tunggal" yang mat beli, corak seakan2 sama cuma bentuk cawan dan tangkai dia je lain..dan cawan tu buatan "England".... Tu ada tertulis kat bahagian bawah cawan...Tapi ngam lah dengan piring tu...tak perasan kalau tak diperhatikan dengan teliti...


Dan cawan di atas ni baru cawan dia (sama macam yatt punya)..Tapi bentuk cawan dia ala2 "rare" sikit sebab jarang tangok cawan bentuk macam tu.. Sebelah dia piring kuih, agak nipis dan ringan u...Suka tengok corak halus ala2 kain cotton kat birai piring kuih...menawan kan...


Sugar pot dia ni mat dapat percuma...Cerita dia bermula bila mat nampak sugar pot tu dan nak beli, jadi tuan punya kedai tu pi ambik kan, masa ambik, tah macam mana dia terpatahkan sebelah tangkai sugar pot tu...terus dia bagi je kat mat (nasib baik bukan aku yang patah kan..hehehe), aku apa lagi ambik jee lah, balik rumah terus gam....kalau tak belek betul2, orang tak perasan pun. Sebelah dia pulak pinggan hidang bujur, walaupun set ni warna coklat tapi sungguh klasik dan nostalgia....Ok dulu untuk n3 hari ni, kita jumpa esok dengan n3 lain pulak....byeee untuk semua, jaga diri dan jangan nakal2 yeaaa.....Muahhh!!!.... I lap u all!!!!!

Thursday, June 11, 2009

KOLEKSI CAWAN 4 (SET LENGKAP)

Salam untuk semua..Hari ni mat letak n3 pasal set2 cawan lengkap ( cawan + piring = 6 pasang). Yang kat atas tu mat dapat 2 hari lepas kot..Cawan dia ringan dengan lingkaran kuntuman bunga2 halus dan rim bewarna silver...comey kann...

Set cawan Orental Ceramic ni mat dapat dari pelbagai tempat, kumpul2 dapatlah 6 pasang, cuma piring dia tu bukan semua OC, ada tu jenama "Ocera"..tak kesah lah, janji ngam dengan bunga dia...Laa ni tengah nak buru teko dia pulak....Ishh hobi macam nikan memang men"cair"kan sumber kewangan laaa!!!..

Asalnya milik "kak sue" (teratakantik), tapi sudah berpindah milik pada hamba...Terbekanan sangatlah dengan gaya cawan mulut "celupar" tu (jenis mulut lebar)...Selain seksi, ianya begitu memikat dan mempersonakan. Tambah2 pulak ada 2 kuntum bunga rose tu...Zaman sekarang ni kan pesal set2 pinggan mangkuk nampak hambar (kecuali jenama2 tersohor)....

Dan yang ini mat suka lah...Pada hakikatnya mat bukan lah penggemar rose tegar (sorry!! kak inna)..tapi tetap menghargai ciptaan Allah swt...Liuk lintuk rose pada piring dan cawan tu sungguh menarik, ibarat seorang puteri inggeris sedang berehat di taman penuh dengan keindahan....betul takkk?...hehehe...Pstt!!..ini hadiah istimewa dari kak sue....sebab aku kan solo, tu pasal dia bagi 1 set jee..hehehe, thanks a lot kak sue!!!......



Ok..kalau tak caya, tengok close-up bunga tu, cunkan...ishh macam anak dara sapa lahh agaknya kan..hehehehe...Laaa sekali tengok cop mohor dia, rupanya rose tu, "amoi" laaaa..sebab apa tau, dia datang dari tanah besar negeri cina..hehehe...Ok dulu untuk hari nie...see u tomorrow..bye...byee!!!!!

Wednesday, June 10, 2009

MANGKUK BUJUR...MANGKUK BUBUR....

Ok....Last n3 for today mat letak lah 2 jenis mangkuk. Seperti gambar kat atas tu, mangkuk bujur keluaran Oriental Ceramic. Jenis bunga mat tak pasti pulak..ada sesapa tau ke.. Boleh kongsi dengan mat....



Rasa2nya bunga apa ek?... Ada tu macam bunga daisy...lepas tu bunga magnolia kot...Ishh tatau nak kata lah kan....Pic sebelah tu cop mohor OC....comey kan, siap ada gambaran sekuntum bunga dok dalam lingkaran tuu...

Walau pun mangkuk bubur ni corak dia ala2 cat tumpah saja, tapi mat tetap suka..nampak klasik dan unik. Ibarat lukisan abstrak yang mempunyai banyak cerita dan maksud tersendiri...



Lingakaran warna merah tu cukup licin dan bila dilihat pada sudur berbeza ia akan menghasilkan warna seakan2 pelangi...Dengan lingkaran emas - merah - emas di sekeliling bahagian bawah mangkuk juga menambah keunikkannya....Rasa2nya lah kan, mangkuk ni buatan mana yea..Jepun ke Chin ek?...cop gambar burung dan T . S . tu apa maksud dia yea?..Any idea guys?....

Tuesday, May 19, 2009

SEXY WHITE AND RED ROSES 2..

Seronoknya semalam dapat rembat pinggan hidang "Oriental Ceramics (OC)"...Dapat leer 1 biji, lepas tu pinggan makan 10 inci dapat 5 biji, pinggan makan 9 inci, 1 biji dan juga pinggan/piring 8 inci dapat 1 biji....

Cuma pinggan/piring 8 inci tu bunga dia lain sikit...Macam gambar kat atas tu, tak kurang cantiknya, menyerlah gitu...

Friday, May 15, 2009

SEXY RED AND WHITE ROSES

Alahi segan leer nak letak, maklumlah kita ada ciput jee koleksi "oriental ceramic rose" yang femes ni. Blog orang lain siap ada tea set complete, kita cuma ada pinggan, piring kuih, mangkuk kecil dan tempat susu (yang ni mat ada banyak...)

Kata bonda mat, set ni dulu bukan je terkenal, tapi harga pun boleh tahan, kami tak de set ni, yang ni pun mat dapat dari sedara dan ada yang pi selongkar kat kedai2 lama...tak pe, sikit2 lama jadi "gunung!!!"....hahaha, dasar tak sedar diri!!!

Wednesday, May 13, 2009

CLASSIC GREEN

Hari tu masa singgah satu tempat ni, belek punya belek punya belek, ternampak beberapa keping piring kuih berukuran 8 inci...yang menarik perhatian mat, sebab corak dia yang begitu klasik dan mewah dengan rim emas. Walapun glazenya ada sedikit retak2 seribu, tapi ia masih cantik dan menawan..

Bunga tengah bewarna putih krim kehijauan dan daun hijau pekat dicalit dengan rona keemasan yang begitu menawan...

Bahagian tepinya pulak penuh dihiasi corak mewah serta rim keemasan. Rasa mat piring ni hampir 30 tahun berada di kedai tu...Set2 lain tak de dah, cuma tinggal yang ni saja...

Dan..kat bahagian belakangnya ada tertera cop "Orental Ceramics"....jenama tu agak popular jugak kan zaman dulu.....

TEKO KOPI GRAPE VINE & PIRING

Pada suatu hari tu kan masa pi beli barang, singgah leer kat satu kedai apek cina (apek muda sikit)...Dok perati kat gerobok (almari) lama yang tinggi mencecah siling kedai dia..Sekali terpandang satu benda yang macam mat pernah nampak (nampak kat blog Yatt....). Terus mat suruh apek tu ambik...Sayangnya cuma ada teko jee, set2 lain dah habis...Tak pe lah beli jugak

Corak pokok anggur melingkari bahagian atas badan teko kopi tu lah yang membuatkan ianya berseri ...Lepas tu semalam, mat pegi satu kedai ni, terjumpa pulak piring kuih...apa lagi rembat juga....Lepas ni nak merompak kedai apek lain pulak...harap2 jumpa lah yang berkenan...