Mat Gebu Antique Corner

Showing posts with label Mangkuk Kuah. Show all posts
Showing posts with label Mangkuk Kuah. Show all posts

Monday, October 5, 2009

RED - PINK ROSES...

Mula2 macam malas nak beli mangkuk ni, dah 3 - 4 kali belek, pastu letak balik, tengok lagi dan malas dah nak fikir, terus jee ambik, bayar dan beredar dari kedai tu, terfikir juga, dah lah jenuh dok menonggeng celah2 longgokkan barang2 lama, bila dah jumpa yang tercantik dari yang cantik, tak mo ambik, rasa rugi pulak. Bila balik rumah, kasi cuci dari segala kekotoran dan habuk, maka terserlahkan ke"ayu"annya....Mangkuk 2 saiz ni buatan Jepun dan ada tulis gred "A" (agaknya jenis 1st quality kot..), tepinya sedikit berbiku2 dengan rim keemasan..Nasib baik beli, kalau tak nyesal pakcik, maaf, masa tulis ni, tak de mood nak pi ukur saiz dia, tapi mat rasa yang besar tu saiz dia 8 inci dan adik dia 6 inci...

Tapikan yang lawanya, wujud 2 kuntum bunga rose red - pink di tengah2 bahagian dalam mangkuk, nampak comey dan jelita. Di serikan dengn lingkaran warna merah jambu di dalam mangkuk tu...Ini lah kalau kita hunting, ada rezeki dapat, ada tu haramm satu pun tak de...kalau masa rezeki 'air pasang"...mau setimbun koo dapat, siapkan duit jeee....pssstt, nak senang lagi, soping online jee, sambil berkemban pun u all leh soping!!..hahahaha...

Friday, June 26, 2009

ROSE KEMBAR...

As'laikum semuaa....selamat pagi, buat apa tuuu....Ok hari ni mat nak kongsi sikit je benda yang baru dapat..Orang lain mungkin dah lama ada, tapi ceQ laa nie baru nak ada, tu pasal letak kat blog....Betul tak?...Satu hari tu tah macam mana ternampak sebiji mangkuk kuah saiz sederhana yang bunga dia sama dengan set2 yang mat ada..apa lagii rembatt laa (pstt..merompak dah tak boleh sebut laa niee...DOSA....sehhhh!!!). Tapi mangkuk tu ada sebiji saja, yang lain bunga rose juga cuma hybrid lain...Lepas tuu...Jeng..jengg....jengg!!!!.....bukan jumpa Jebon okeyy!!!, tapi kita jumpaaaa........

Sudu pulakkk..tapi sudu ni jumpa di alam maya, sapa penjualnya...hmm "biarlah rahsia"....Mula2 tak delah nak sangat, sekali bila tenung betul2 baru perasan bunga sudu tu sama macam mangkuk dan set2 yang mat ada..Apa lagi terus jee rembat, tapikan harga tak delah mahal sangat, kira mampu beli lahh. Nampaktak sudu tu ada rim emas dia macam dah blur2 sikit kan...Nak tau tak, kalau di Eropah, perabot antik yang telah dibaik pulih, harga dia jatuh u...depa suka yang ada kesan original...tak moo lah yang jenis nampak macam baru keluar dari kilang!!!...Ok semua..kita jumpa lagi nanti...hai..hai..bye..byee!!!!!.....

Tuesday, June 16, 2009

SEMUANYA BUJUR....

As'laiukum semua, selamat petang. Sukanya hati ku sampai berbunga2, bila dapat pinggan bujur kangkung....Syukur alhamdulillah...Mat dapat 2 saiz, satu yang besar dan satu yang sederhana, walaupun yang besar tu ada sedikit retak dibahagian hujung bunga, mat tak kesahh, akuu ambikk jugak!!!!....

Lepas tu kan, bertambah lah berbunga2 hati ku..lama2 jadi semak samun pulak dah banyak sangat bunga..hehehe. Tengok tu apa ceQ dapat semalam...piring bujur yang bunga dia sedondon dengan set Maharani....


Bunga dia menjadi idaman ramai, tak caya tanya "Ajmah's"..dia pun suka tau corak bunga ni. Tapi mat nyesal sikit lah, semalam pinggan makan dia ada jual tapi tak beli sebab ada sedikit kesumbingan di beberapa bahagian....nyesall weyyyy!!!!..

Yang ni pinggan bujur juga, buatan dari Jepun jenama "Anchor"..mula2 ingat butter je ada jenama "Anchor"..hehehe. Tapi yang menariknya gambar bunga raya yang melingkari pinggan hidang tu...Betul2 nampak "Malaysian" kan....



Asyik bunga rose saja, sekali bunga raya digunakan untuk menghias set2 pinggan lawa juga kan, tu sebelah dia cop mohor pinggan...

Ini pulak rasa mat ramai yang dah ada. Pertama kali tengok mangkuk bujur kat blog Yatt...lepas tu berusaha juga mencari, itu lah ketentuan Ilahi, kalau dah ditakdirkan untuk bertemu, pasti kita akan temuinya, cuma tika dan waktu tu tak boleh dijangka..ada mutut kaaa apa waaa cakapp?..



Lebih dikenali sebagi Peonies,set ni bunga dia memang memikat. Semalam masa mat singgah di kedai antik Taliban, ada nampak tea set bunga peonies ni, cukup lah lawa, 6 pasang cawan mulut lebar dan 1 biji teko biasa...Tapi harga hmmm, no comment laah...boleh pitamm!!!..

Mangkuk bujur ni bentul sama macam kat atas tapi bunga lain dan cop mohor dia juga berlainan, mungkin dikemas-kini di kilang lain..Mangkuk macam ni cantik dihidangkan dimeja makan bersama2 set yang sesuai....



Bunga dia pun, kalau nampk macam bunga kekwa@dahlia@peonies..ishh tatau lah kan, konpius kejap. Cop mohor dia ada gambaran bangau tengah pose maut!!!....hehehe...

Thursday, June 4, 2009

SET BIRU MEMIKAT

Salam semua..maaf lah lambat pos n3..sepatutnya siang tadi..Tapi seperti biasa, pakcik ada aktiviti merompak!!!...Hasil tak banyak, tapi ok lahh...yang tu cerita utk n3 akan datang nanti yeaa..Ok, untuk siri terakhir "spode" yang mat ada...Paling mat suka koleksi blue "Italian"....nampak elegant dan klasik sungguh...Dalam simpanan mat, ada macam2 saiz set pinggang, mangkuk, piring dan juga pinggan hidang bulat. Tapi yang sedihnya set cawan dan teko ceQ tak dakk laaa!!!!..

Yang ini pinggan merangkap mangkuk dasarnya rata tapi berbibir tinggi. Sesuai juga untuk makan mee goreng atau makanan yang berkuah...Yang belakang tu pinggan hidang yang sama bentuk dan kedalaman seperti mangkuk didepannnya..

Lagi satu jenis pinggan hidang besar, bentuk ala2 pinggang makan mungkum, tapi besar. Depannya pinggan makan mungkum dam depan sekali..ada mangkuk yang begitu sesuai untuk diisi mee sup/mee rebus dan lauk pauk....



Corak dia memang cantik dan halus...Set pinggan ni ringan dan halus, selain bersinar....Walaupun ianya buatan tempatan, tapi kualiti sentanding yang diimport...dan dah tentu ianya dibuat untuk dieksport ke luar negara.....Ada sesapa yang berkenan ke....kalau rasa susah nk cari kata mana, boleh lah singgah blog kak azi...untuk malumat lanjut, klik disini.......

Wednesday, June 3, 2009

SPODE WOODLAND 2

Ok..ini last n3 untuk siri spode woodland....Gambar kat atas tu ada sebiji mangkuk nasi jenis mungkum, satu biji pinggan hidang bulat besar (dok kat belakang sekali) dan mangkuk kuah (ketiga2 mempunya gambar itik di bahagian dalam nya)...

Mangkuk nasi ni mat suka, selain besar dan dalam, birainya juga beralun dan mangkuk ni bentuk 4 segi...cukup cun leer, tepinya ada gambar keluarga itik, berlainan spesis....selain tu ianya ringan dan halus buatannya...

Selain mangkuk itik tu, ada 2 biji lagi mangkuk yang ada gambar rusa dan beruang madu (beruang tu sebiji macam aku...cuma beruang tu gelap jeee!!!)....Tapikan saiz mangkuk ni memang susai dengan gaya kita orang2 melayu yang suka menghidangkan soto, lontong atau apa makanan yang berkuah....sesuai beno untuk hari raya...Tapi perlu di ingatkan juga yea...gossip2 yang akan anda terima setelah selesai majlis makan2..sure ada yang buat "hot stories about your collections"....Biasa lah orang kita!!!



Comel kan rusa tu, teringat arwah datuk kami yang pakar menembak rusa dan harimau masa zaman dulu (yeaa, Sedenak ni dulu ada rusa dan harimau tau!!!)..Tapi sekarang semua tu dah tak de..kalau "babi hutan" tu banyak leerrr!!!...Choiiiiii!!!...ketuk dinding 3 x...buang suwey, sebab sebut "babi hutan"!!...ahaks...



Dan last sekali kat mangkuk tu ada gambar kembar pakcik..si beruang...hahaha, tapi silap kaler u, itu beruang manyak hitam maaa....ala2 kena sambar petir gitu....pakcik tak de lah gelap gulita macam tu..aku ni ala2 pola bear..hahaha, pola bear uzur yang bulu semua tak dak!!!... Dah habis kesah spode woodland..insya allah kot2 ada siri berikutnya..akan ku letak juga di blog ini...