Salam semua, apa khabar...Malam tadi mat pi lah ke "Bazar JB", meriah juga tapi orang yang menjual set2 pinggan lama kurang sangat, ada seorang dua je..itu pun yang "biasa2 jeee"...Tapikan mat tertarik dengan sorang akak ni yang business barang perhiasan rumah dan kelengkapan dapur ala2 "english"...Bukan saja tapak dia business tu strategik tapi barang2 dia pun menarik juga....Gambar kat atas tu masa kami pi minggu lepas bersama anak2 buah. Jadi mat suruh lah anak buah mat tangkap gambar akak tu dengan benda2 yang dia jual. Lebih mesra dengan panggilan "kak zah", dia dah banyak bulan juga berniaga kat situ. Dulu tak meriah, sekarang makin meriah....Kalau nak teko atau pinggan2 lama insya allah dia boleh usahakan, tapi makan masa lah kot... dia berniaga dari 8.30 malam hingg 12.30am...ishh lupa pulak hari apa dia cuti...tapi boleh dikatakan hampir setiap malam kot dia ada.... (Kak Zah tu... ah kak yang pakai tudung kaler kuning ada black sikit, yang dok belah kanan tuuu)..... Untuk maklumat lanjut boleh lah hubungi "Kak Zah nya HP : 019-7155002"
Semalam mat pi lagi, sebab dah janji dengan akak tu nak tengok teko2 lama....Tapi sayangnya, kebanyakkan mat dah ada cuma, ada seketul ni je yang mat kenan, teko bentuk segi (tapi tak lama sangat), sebab bentuk dia menarik, ceq rembat juga walaupun ada sedikit retak..tak kesah lah kan, hati dah kenan...kalau sesapa minat decal boleh leer tepek apa2 gambar, tapi mat kurang minat decal2 niee...biarlah ia polos, suci dan murni..hehehe... Sebelah tu pulak muffin pan tembikar yang begitu menarik perhatian, boleh digunakan dalam oven. Sesuai lah kan untuk digunakan dalam blog masak2 mat......Ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain waktu...byeee..muahh!!!..i lap u all!!!....
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Showing posts with label Cerita Bergambar. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bergambar. Show all posts
Sunday, October 25, 2009
Tuesday, October 13, 2009
EDISI CUCI MATA...PART 2.....
Salam semua..sambung dari adegan cuci mata semalam. Mat tak sempat (segan pun yeaa), nak tangkap banyak2 sangat gambar set2 antik puan rumah tu.. Yelah kan kata orang2 tua, berpada2 lah dalam apa2 perkara sekali pun... 2 set kat atas tu set cawan Royal Albert antik, menawan sungguh, puan rumah ni dia suka kolek "trio" set iaitu cawan+piring+piring kuih...Yang full set ada, tak sempat nak tangkap gambar....
Yang atas ni antara feberet mat, koleksi RA siri "American Beauty"....Kalau tengok kat gambar nampak lawa..Kalau tengok real2 punya, mak aiii..lagi lawaa dan sungguh mengiurkan. Cawan yang kaler putih gading tu dikeluarkan khas sempena pertabalan "Queen Elizabeth II", buatan England, ini pun kira "rare...
2 biji cawan comey diatas tu khas untuk minum kopi "espresso". Benda2 macam tu semua dah jadi collector item sekarang ni. Tapikan kaler hitam tu memikat lah, walau pun macam disambar petir, rose dia nampak timbul dan hidup....
Cawan montok ala2 "mat gebu" tu buat masa ni puan rumah tak de teko dia, tu lah ingat nak mintak tolong tasha carikan. Perasan kat blog yatt dulu, ada tureen saling tak tumbah sebiji bunga macam kat set cawan tu...yatt..kalau jumpa tolong lah bagi tau yeaa. Set kekwa biru tu, dengar cerita beli diperak, mat cuma ada 1 teko, 2 biji cawan mulut notty dan sebiji cawan janda. Ngidam tau tengok sugar pot dia tu, kalau ada 2 lah, tu jam juga aku bater....
Yang ni pulak antara koleksi teko yang mat sempat tangkap gambar, coffe and tea pot tu adik beradik set cawan pertabalan "QE II" tu tadi. Ada lagi banyak tau sampai dia simpan dalam stor, ada tu kotak2 yang belum dibuka....ishh mau 1 hari suntuk kalau nak membelek setiap satu barang yang ada..
Last sekali yang mat sempat tangkap gambar, teko kotak omputeh yang begitu anggun, menawan dan soo lady look!!, dengan kuntuman2 rose mekar, rim emas yang begitu mewah..ishh kena tgk sendiri lah baru tau keindahannya...Sebab kedudukannya tinggi, mat cuma boleh ambik dari bawah, kalau aku panjat, ada pulak makcik2 yg sakit jantung kang, yelah bapak beruang madu manjat!!!... Sebelum tutup n3 ni, mat selitkan satu cerek "enamel" besar warna maroon, cantik juga kan, dari cerita yang mat dengar, cerek tu pernah digunakan dalam pengambaran cerita "seram"....kuss semangat!!!, sure dalam tu ada jinn tanduk 3...choyyyy!!!!....
Ok untuk hari ini, jumpa di lain masa, as'laikum, byeee..i lap u all...
Monday, October 12, 2009
EDISI CUCI MATA...PART 1.....
Salam semua, sebelum apa2, mat minta ampon dan maaf sebab masa begitu ketat, dan nak masukkan n3 baru pun macam tak cukup masa, walau pun hari raya hampir sampai ke penghujung, tetamu masih lagi datang ke rumah mat, alhamdulillah atas kehadiran mereka semua membawa rezeki...kata orang tua2, kalau orang suka datang itu tanda mereka suka pada kita...Harap2 begitu lah..Ok 3 hari lepas mat menghadiri undangan rumah terbuka dirumah sedara kami dan lepas tu pi pulak ke rumah sedara yang lagi satu (depa ni adik beradik)..Tujuan utama selain nak beraya, mat nak skodeng set2 lama yang dia ada, kakak tu pun kira dalam kategori kolektor tegar...Untuk bahagian pertama ni kita cuci mata dengan sebahagian almari yang tersimpan koleksi antik beliau....yang lain tu tak sempat nak ambik (tiba2 masa tu jadi segan lah pulakk!!!).
Almari ala2 peranakan baba dan nyonya tu dipenuhi dengan pelbagai jenis koleksi2 porselin lama dan pinggan2 mangkuk peninggalan penjajah british ketika di tanah melayu...Seramm koo kalau dengar harga setiap satu2 benda tu.. Kalau rumah mat, tatau lah mana aku nak subat almari tuu.....
Yang ni almari era 60-an, lawa dan bergaya kan... Sesuai dengan koleksi tembikar2 lama dan juga tea set yang se-era dengan almari itu sendiri...jeless tau, kalau tengok lama2, macam nak nangis waa cakap sama luu beb!!!...
Terakhir sekali, almari antik yang diisi dengan koleksi kaca puan rumah..Macam2 ada dalam tu, piring dodol lama, set gelas era pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Of Johore, gelas kemerdekaan, bekas2 kuih lama, decanter2 zaman dahulu kala...ishh pendek kata, macam2 ada lahhh!!...Ok dulu utk malam ni, insya allah esok kita sambung dgn edisi ke dua pulak yeaa..byeee, muahhh!!!
Almari ala2 peranakan baba dan nyonya tu dipenuhi dengan pelbagai jenis koleksi2 porselin lama dan pinggan2 mangkuk peninggalan penjajah british ketika di tanah melayu...Seramm koo kalau dengar harga setiap satu2 benda tu.. Kalau rumah mat, tatau lah mana aku nak subat almari tuu.....
Yang ni almari era 60-an, lawa dan bergaya kan... Sesuai dengan koleksi tembikar2 lama dan juga tea set yang se-era dengan almari itu sendiri...jeless tau, kalau tengok lama2, macam nak nangis waa cakap sama luu beb!!!...
Terakhir sekali, almari antik yang diisi dengan koleksi kaca puan rumah..Macam2 ada dalam tu, piring dodol lama, set gelas era pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Of Johore, gelas kemerdekaan, bekas2 kuih lama, decanter2 zaman dahulu kala...ishh pendek kata, macam2 ada lahhh!!...Ok dulu utk malam ni, insya allah esok kita sambung dgn edisi ke dua pulak yeaa..byeee, muahhh!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)