As'laikum semuaa...selamat pagi Isnin (aikk!!...ada tu muka macam boring jeee..pleasee lah beb, jangan lah buat muka ala2 "belalang mekah" yeaa....tak cun sehhh!!!!)...Ok hari ni mat letak satu n3 pasal barang lama, nak kata barang antik pun boleh lahh, rasanya macam dah tak dikeluarkan lagi pada zaman sekarang. Dulukan mat perhatikan kat blog kak sue, ada cucur air basuh tangan lama yang dia decal dengan gambar2 bunga rose...memang mandatangkan aura ke"English"an dalam seri kediaman mereka yang menitik beratkan seni hias ala2 english atau country... Al kisah satu hari tu masa merayau di tempat menjual barang2 terpakai, mat ternampak satu benda dari jauh, bila dihampiri, rupanya cucur air basuh tangan lama, warna biru...yang menariknya rupa dia sungguh menawan, dengan badan ala2 labu sayung,bertangkai aluiminium yang sedikit berkerawang dan begitu kukuh. Cuma kat body dia ada sedikitttt saja bahagian yang kemek, maklumlah benda lama kan....dia macam manusia juga, bila dah lama, mulalah meragam.....Jadi mat serta merta teringat "teratakantik", terus MMS kat kak sue...Dia siap call u, kata kak sue, kalau ada 2 rembatkan untuk dia..dan kalau mat tak nak, jual kat kak sue jeee...Kesian tau kak sue, bersungguh2, tapi apa nak di kato, benda tu ada satu set jee. Tu pun piring mengalas teko dia dah tak de....Mat pun beli lah..bawak balik....Tapikan kak sue, insya Allah, kalau ada rezeki kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapa yang tauuuu!!!!
Cantikkan teko dia, tahun dibuat tatau bila, mungkin sekitar tahun 60-an agaknya...Ada sesiapa tau ke, boleh lah kongsi maklumat. Kat bahagian bawah teko dan tempat tadahan air nya tertera "cop" seperti dalam gambar tu...ada picture "Crown"....Bukan pinggan mangkuk lama je ada cop crown
tapi cucur air basuh tangan pun ada cop tuuu.....Ok dulu untuk waktu dan tika ini, kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi (pastikan sumur tu ada bilik air tertutup yeaa)..kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi!!....bye..bye..untuk semua..muahh..i lap u all!!!!!