Mat Gebu Antique Corner

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG MAT. MOGA DI TAHUN BARU INI MEMBAWA KEBERKATAAN DAN KEBAIKKAN UNTUK KITA SEMUA. TAK LUPA SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009 YANG SUNGGUH BERMAKNA DAN PENUH KISAH SUKA DUKA MANUSIA SEJAGAT....MOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA SEMUA......

Monday, December 28, 2009

RED AND SINGLE YELLOW ROSES SET.....

Salam Isnin semua.....Sejak2 ni malas nak hunting..tengok lah bila ringgit m'sia dah ditopup nanti jadi rajin kot..Sekarang ni kan hobi kolek set lama ni dah seakan2 menjadi hobi "mahal"..Bayangkan teko kotak tak de harga bawah RM 100, kecuali kalau kita beli dengan makcik2 kat kampung, teko bulat bentuk biasa pun sama, teko jenis aladin lagi laahhh!...Tak pe lah kita pun kena faham keadaan semasa, permintaan makin tinggi, barang makin kurang.... Ok hari ni mat nak share koleksi tak banyak, set red n single yellow roses. Hari tu tengok "yatt" buat n3 pasal ni, memandangkan kami beli teko yang sama dari"kak saidah", ipoh mali tak da sombong maaa!!!!...ahaks!. Teko tangkai segi dan berbunga besar lagi menyerlah tu sungguh cantik dan lawa...terima kasih yea kak saidah!!. Dalam koleksi mat sebelum ni dah ada seketui teko "gajah". Cawan tangkai degil (kuat menyiku) tu pulak mat ada 3 biji tapi janda's...Piring tu semua lain cop cuma bunga je sama...janji boleh ngam sudah lahhhh!...

Yang ni pernah masuk n3 yang duluuu... Teko gajah yang mat dapat, ini kira teko taraf datin2 gitu...tapi datin dah terober berat badan, ahaks, bagaimana pun tatap cun dengan cutting dan bunga yang menyerlahh sangat2. Cawan bentuk biasa bergarisan timbul tu hasil hunting mat sendiri, seperti biasa....cawan janda!!... Hari tu ada sekali tasha mms set cawan cun sesuai dengan teko gajah...tapi kan harga dia..adoii mak datuk, boleh pingsan guaaa......


Ni lah 2 biji teko berlainan bentuk badan tapi bunga yang sama. Yang mat suka sebab corak bunga dia besar2.. Terpegun dengan koleksi yatt...dia ada 8 biji kooo teko bunga ni....Syabass beteh..inspektor sahab banyak kagum!!!...

Ini lah rupa 2 set cawan berlainan cutting, dari atas tu set cawan jenis tangkai kuat menyiku, pastu cawan bulat bentuk biasa tapi licinn...awww!!!...dan yg bawahh sekali tu cawan bulat juga cuma ada garisan2 timbul di bahagian luar cawan. Belakang dia mangkuk nasi tambah, yg ni abang mat yang sulung tolong rembat kan. Piring kiri kanan tu "duda", tapi yang belah kiri tu mat ada 6 -7 keping dan yang kanan tu ada sekeping saja, dan bunga dia pun kecik sikit serta bertona lembut.... Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu dan ketika..asliakumm byeeee!!

Sunday, December 27, 2009

SET BUNGA API KEMBALI!!!!!

As'laikum semua.... diam tak diam dah hari Ahad, tak lama lagi dah habis bulan Disember...dah masuk tahun 2010...cepatnya waktu berlalu....Hmmm..hari ni mat nak share set bunga api yang ada sedikit penambahan, exceli dah lama dapat piring dia, baru hari ni berkesempatan letak kat sini.....set ni datang dari pelbagai sumber. Teko tu mat dapat sendiri masa hunting di kedai apek, walaupun kaler dia macam dah blurr2 sikit, mat tetap ambik. Cawan tu pulak dari "kak shas"...dia bater dengan mat, ada 5 biji....terima kasih pada kak shas. Lepas tu kan, tah macam mana satu hari tu terjumpa piring dia dalam longgokkan piring lama di satu kedai nyonya (sebab "apeks" dah innalillah...), puas dok pilih2, cuma ada 4 keping saja...buat masa sekarang ni tinggal lah 1 janda tak berlaki...kesian koo janda..tak pe esok2 jumpa lah yea laki ...kah...kah...kahh...ayat, macam mulut nak kena cili kan....jahat!!!!

Tapi kan bukan nak kata apa, set cawan nie memang lawa, nampak santai dan sekali imbas macam cawan ala2 party hari jadi kanak2...dalam gambar nampak comey kan, kalau u all tengok in real lahh, lagi lawaa i tell u!!, gebu, montok dan ber"muscle" lagi.....ahaks!....Kot2 lah satu hari nanti jumpa piring kuih ke, sugar pot ke, creamer jug ke, lagi lah meriah sakan...sapa tau kan, cuma benda macam ni kita akan jumpa secara tak dirancang, cari benda lain jumpa benda lain....ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain n3..byeee.....muahhhh!!!!!

Saturday, December 26, 2009

SET ANGGUR

Salam semua, buat apa tu...hari2 cuti ni selain hunting, melepak kat rumah pun bess juga kan. Hari ni mat nak share koleksi anggur yang tentu ramai orang dah ada. Mat dah lama ada tapi cuma set cawan dia saja..Teko tak de..Ada 1 set lengkap tu tapi set anggur jenis "children tea set".... Baru2 ni mat dapat beli teko dia dengan tasha antik, walaupun kalau diperhatikan teko tu bukan lah sehaluan dengan cawan, tapi boleh lah masuk sebab corak dia sama....

Set cawan tu mat dapat kat kedai apek "kita". Mula2 dulu macam malas nak beli, tapi fikir2 balik, dah nampak, elok lah rembat je..kang balik nyesal pulak. Benda2 macam ni nak kena cepat bertindak, lewat sikit, barang dah tak de, alamatnya putih mata lah luu beb!!.. Masa mat beli teko tu, si tasha ada gak offer piring kuih dan sugar pot, tapi apa nak buat, masa tu tengah datang bulan (duit keringgg!!!)....hehehe.


Tu dia rupa teko yang seakan2 bentuk cawan "A" shape. Tutup teko tu pun lawa, walaupun rasa mat bukan tutup asal dia (tapi tak pe, i likee!!)... Cawan pulak bulat gebu dan sedikit berkaki. Tangkai sedikit bulat, kalau tangkai teko sedikit menyiku tapi jenis siku tak tajam... Insya allah jika ada rezeki nanti, dapat lah creamer sugar pot dan piring kuih dia....sapa tau kann, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tau (hanya Allah yang tau!!)....Bye semua...selamat berhujung minggu dan menyambut 10 Muharram.....i lep u all!!!!

Tuesday, December 22, 2009

BUNGA KANGKUNG RETURNS!!......

TUMBUH MELATA DI TAMAN SARI,
DAUN DAN BUNGA BANYAK KEGUNAAN,
BUNGA KANGKUNG NAMA DIBERI,
KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN....

As'laikum untuk semua, apa khabar.....dah minum petang ke...ada tu dah makan malam, guna pinggan bunga kangkung ke?... Biasalah set2 lama ni kalau kita hidangkan masakan kampung, memang sesuai dan ngam!!... Hari ni mat nak share koleksi tureen kangkung mat yang tak seberapa. Ada tu masih tak de "rumah" dia, mat cuma dapat "atap" nya sahaja... Tapi tak kesah yang tu bila2 ada jodoh nanti jumpa laaa.. Gambar diatas tu bahagian penutup dia dan mat ada 3 saiz berbeza dan yang kecik ketet tu sebenarnya tutup mug, tapi mat ngam kan dengan mangkuk kangkung kecil....comeyy kan!!!...

Pandangan sisi pula kita dapat lihat 1 biji tureen besar, 2 biji tureen sedang agak berlainan kerana yang ni jenis 4 seasons (kak welly, ada tureen ni saiz besar), 2 biji yang depan tu saiz kecil, tapi yang tu rumah dia tak de lagi cuma ada atap sahaja, tu yang mat pinjam mangkuk peonies sebagai rumah angkat dia....yang kecik comey lote tu sebenarnya tutup mug, jadi dari dok terkontang kanteng tak berteman, aku ngam kan dengan mangkuk kecik yang sesaiz dengannya....biasa lah kita buat dia!!!...


Tureen paling besar mat ada, sebenarnyakan mat dapat tutup dia di kedai apek's "kita", pastu dapat pulak mangkuk yang saiz dia boleh masuk... sebelah tu pulak mat dapat baru2 ni, rezeki terpijak, nak cari benda lain, sekali aku jumpa benda lain kooo, tu jam macam nak pingsan pun ada....tapi ada tulisan cina, separuh orang tak suka...tapi mat suka!!!....ada aku kesah?..


Yang ni pulak tureen tutup kangkung berumah peonies.....payah sangat nak cari mangkuk kangkung saiz 6.2 inci....jadi belasah je lah mangkuk tu buat sementara. Yang tu ada 3 tutup dia saiz yang sama. 1 mat dapat sendiri dan 2 lagi hasil dari apek's kami (terima kasih pada "yatt" atas jasa2 anda... hehehe). Yang last itu lah tutup mug kangkung di jodohkan dengan mangkuk kangkung comey....cute kan!!...ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain n3...insya allahh...bye semua..... i lep u all!!!!.....

Sunday, December 20, 2009

ROSE KOBIS "WARISAN" KITA.....

DARI JOHOR KE INDRAGIRI,
SINGGAH MELAKA BELI BERANGAN,
ROSE KOBIS NAMA DIBERI,
MENJADI WARISAN ZAMAN BERZAMAN..

Salam hujung minggu untuk semua, buat apa tu...ada yang hunting dan ada tu tengah ber"geder" nampak..hehehe... Hari ni nak share koleksi rose kobis yang ciput tetapi begitu istimewa pada mat. Corak rose kobis atau cabbage rose antara corak bunga yang amat popular zaman dulu kala, selain bunga kangkung. Arwah nenek mat antara penggemar set bercorak ini, tapi malangnya dia tak de pulak membeli set cawan, teko atau mangkuk. Yang ada cuma pinggan makan mungkun jenis besar dan kecik. Sekarang ni adalah penambahan sikit dalam koleksi, itu pun hasil hunting dan beli dari teman2 blogger. Sekarang ni mat nak sangat cari set cawan dia, yang ada cuma 2 keping piring duda...Harap2 lepas ni dapat lah barang se set dua pun jadi lahh!!!...


Pertama kali mat begitu gembira sangat bila teko bulat bunga ros kobis yang dibeli dari "Tasha Antik" sampai ke tangan, tulah 1st time tengok teko tu, dengan bunganya yang begitu menyerlah, besar dan megah... Sebelum tu kan, mat mengidam teko rose kobis alladin (gambar belah kanan) milik "kak sue" teratakantik...puas ku pujuk rayu kak sue, makan bulan juga lah dan akhirnya kak sue rela melepaskannya, terima kasih "kak sue"... Satu lagi kegembiraan tak terhingga dapat mat rasakan, kembang koo idung aku time tu...Tak lupa jutaan terima kasih juga pada "Yatt".... atas sikap bertolak ansur dia dalam "kes" ini.....jasa mu ku kenang....hehehe...

Dan akhir sekali ini lah rupa pinggan mungkum (besar, sedang dan kecil), piring kuih (besar dan kecil) beserta 2 keping piring duda. Tapikan piring duda tu berlainan antara satu sama lain, yang satu tu ada lingkatan emas menghubungkan antara 2 corak bunga, manakala piring duda satu lagi cuma ada 2 corak rose kobis dok bertentangan....Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu....salam manis untuk semua...muahhh!!!...i lep u all!!!....

Monday, December 14, 2009

TEA FOR TWO...

As'laikum semua, salam Isnin... Macam boring jee kan hari isnin ni, rasa macam malas2 sikit, ngantuks2 sikit dan ala2 macam nak melepak saja. Tapi cuba pi hunting...tuu dia, bersemangat...
Ok hari ni mat nak share set teko buluh emas yang mat dapat masa hunting di "Benut" hari tu, dulu2 bonda mat ada set ni, tapi dah arwahh, cuma dpt selamatkan 1 piring kuih dan 1 piring duda... Jadi bila ternampak set ni, tanpa berlengah mat sapu terusss....jangan tunggu lama2...nanti lama2..ia dikebas orang!!....hehehehe... Kalau tak silap mat kak zura dari blog Tulip Kasih ada set lengkap corak ini.... lawaaaaa!!


Teko dia seperti biasa mat dapat tanpa tutup tapi ada lah tutup yang saiz, cuma tak nampak begitu serasi, tak kesah lahh, tutup cerita lain, janji dapat tekonya....Set cawan pulak mat dapat 2 set, piring kuih belakang tu lah bonda mat punya yang dapat ku selamatkan...cun jugakan set buluh emas ni...lawaaa...


Sugarpot ni pun masa jumpa tak de tutup, mat pinjam tutup sugar pot lain kejap...cuma creamer jug dia tak jumpa..Sebelah tu seperti biasa bagi set2 cawan antik dari jepun, dengan adanya tertera gambar geisha manis bersanggul ala2 oshin tertera di bahagian dalam, dasar cawan.. Jaga2 kalau minum guna cawan ni, lepas habis air teh, nanti geisha tu kenyit mata kat u all!!!!....hahahaa...ok dulu bye semua, jumpa di lain waktu....byeeeeee.....

Sunday, December 13, 2009

FLOWER BOUQUET FROM JAPAN.....

Salam sejahtera untuk semua, masa mat tulis n3 ni, mat tengah menunggu kehadiran sudara yang akan bermalam dirumah..jadi ada sedikit masa, kita pun letak lah n3 baru, bukan apa, nanti takut tak sempat, sebab dah berborak sakan.....Ok hari ni nak kongsi set yang corak bunganya agak femes juga dan sering diabadikan pada set2 pinggan mangkuk dulu kala, dalam simpanan mat pun ada tak banyak, cuma baru2 ni bertambah lah sedikit lagi koleksi ku. Kalau tengok kat blog yatt dan kak fitty, depa ada juga......Sesuai tak rasanya corak ini digelar "Flower Bouquet"?...rasanya ok lah kan....

Dalam simpanan mat ada beberapa pinggan makan mungkum, pinggan/piring leper 9 inci (pemberian bonda sis- linn), teko bulat (dari Tasha Antik), piring kuih 7 inci, 3 biji cawan janda, sugar pot dan 3 biji cawan lompang. Kesemuanya dapat ditempat2 berbeza. Kat blog yatt, dia ada tureen dan kak fitty pulak ada cawan cun dan piring bujur (jelesss guaa beb!!!)...hehehehe..


Walaupun cawan tu mat jumpa 3 biji dan janda's pulak, tetap ku ambik, yelah bukan senang koo nak jumpa cawan bunga ni, cuma yang ni jenis mulut jahat, kalau kak fitty punya jenis mulut jahat vouge (sebab berbiku2 dan bertangkai anggun). Sebelah dia tu pulak kira hunting terbaik setakat ni, dapat sugar pot sempurna dengan tutupnya, cari2 jugak ari tu, kot2 lah jumpa creamer jug dia ke..tapi harapan ku hampa.....hehehe...


Cawan lompang 3 ketul tu, mat dah dapat lama, 2 besar dan 1 biji kecik sikit dan yang kecik tu bunga dia terang. Teko bulat tu pulak beli dari "Tasha Antik"...tapi kan bunga dia tu macam lain sikit tau dari teko yang mat tengok, sebab dia duk ke bawah, orang lain punya, bunga dia dok ke atas...ishh memacam kan, tak kesah leer, kira i punya "rare"..sebab dok kebawah...ahaks!, sabau je aku!!!...
Last sekali gambar pinggang mungkun, pinggan/piring leper 9 inci dan piring kuih 7 inci. Ada tu bunga dia terdapat pada 4 bahagian, ada tu pulak di tiga bahagian saja. Macam piring/pinggan leper 9 inci tu, ada yg 3 dan ada yang 4...Tapi kan setakat ni mat puas hati lahh, cuma nak cari piring pada cawan2 tu...sesapa kalau ada "duda's" si cawan tu, jangan lupa jeling2 kat mat...okeyy!!.....Byee untuk semua, jumpa lagi di lain n3...i lep u all~!!~!!~!!!

Tuesday, December 8, 2009

TWO TONE ROSES...AKHIRNYAA!!!....

As'laikum semua dan salam petang Selasa.....Hari ni antara hari yang sangat gembira, yang sebetulnya dari semalam mat dah suka banget, idung kembang semacam jeee...ini semua gara2 dengan kehadiran 2 biji teko yang begitu payah nak dapat (pada pendapat mat lah)...iaitu teko "2 tone roses"...Berterima kasih juga pada "Tasha Antik" atas daya usahanya mendapatkan teko ni. Pada asalnya mat beli satu je, tapi lepas tu tasha offer lagi satu jenis alladin, jadi dengan relanya ku rembat tanpa banyak bicara. Dalam koleksi mat setakat ni ada 4 jenis cawan berlainan cutting body. Ada tu mat beli dari teman blogger, ada tu rembat kat kedai apek's. Cuma kali ni nak cari teko 2 tone roses jenis bulat pulak.....


Yang ni mat share 2 set cawan yang berbeza bentuknya. Belah kiri tu jenis "A" shape dan paling kerap serta mudah juga nak jumpa bentuk macam tu. Yang kanan tu jenis bahagian bawahnya sedikit kecik dan berkaki. Piringnya pun berbeza. Yang ni mat ada 1 set jee, itu pun jumpa di Pontian, kedai tepi sungai...Puas cari lagi, tapi dah tak de...


Lagi 1 set tunggal yang mat ada, cawan bentuk seksi (gambar belah kiri tu)...cutting dia macam anak dara, elok dan kemas jee serta dihiasi dengan garisan emas dibawah gegelang kaki cawan tu...nampak daringgg u!..Belah kanan tu pulak cawan kegemaran mat, cawan 2 tone roses jenis mulut "J" (Jahat) yang begitu anggun, megah dan riak....terima kasih pada kak sue, teratakantik atas kesudiannya menjual pada mat set cawan tu.....


Dannn yang terakhir ni lah dianggap ratu serta "IBU" pada anak2 di atas tu. Teko belah kiri tu lah yang mat mula2 beli dengan tasha, lepas tu beli pulak yang belah kanan...teko alladin. Mat rasalah kan, teko alladin kiri tu dalam kategori "pompuan" lah, sebab teserlah kelembutan dan potongannya, manakala yg belah kanan tu jenis teko "jantan' sebab nampak gagah, tegap dan masculine....apa pun sekali nama diberi, ianya cukup bermakan pada mat......pstt ada rahsia ni, mat tengah menunggu kehadiran "sesuatu" yang begi tu "rare" dan penuh bermakna.....kita sama2 tunggu kemunculannya..insya allahh jika dipanjangkan usia "benda" itu dan juga usia "aku"...ok semua, byeeee....i lep u all!!!!!

Kejap2....nak sambung sikit n3 ni....Terperanjat dengan n3 "kak azah"...bahawa bunga 2 tone roses yang agak "rare" ini terabadi di tile rumah mak kak azah....aiseyy menn, sepatah kata kak azah, hari2 depa dok pijak2 jee u.. ahak, tak pe, nanti saya tanggalkan kan tile tu yeaa kak, mesti bertambah seri gerobok ku dengan kehadirannya...apa2 pun terima kasih pada kak azah sebab mat cilok pic tu dari blog dia.....waaa caya sama lu lah kak azah....hidup minah kolopilah!!!!!.....

Friday, December 4, 2009

BIG RED ROSES

Salam pagi Jumaat yang mulia buat semua, apa khabar, hari baru lah lega sikit, baru dapat bernafas..hehehehe.. N3 hari ni mat tujukan khas untuk "Kak Shas" dari blog "Koleksi Warisan Bonda".... Baru2 ni ni kan kak shas, dia dapat merompak set cawan big red roses..tapi cawan yatim piatu katanya, tak de teko...kebetulan pulak mat ada teko dan beberapa benda lain tapi teramatlah ciputnyaa....... Dah lah tu, ada yang bunga terang benderang, pudar sikit dan ada tu jelas dan tone kaler roses tu pun just nice....tapi kan ada aku kesah?......Janji rupa koo sama, aku rembat jee lah, tak kira, koo janda ke, duda ke, anak dara tua ke, bujang tua ke (opsss...terasa i!!).....ahaks!!

Kak Shas...oooooo....kak shas (ala2 kekasih ku seruuuu....awww!!!!), ni lah dia teko tu, bunga dia lembut mcm set cawan akak tu kan. Tapi seperti biasa, teko tu asalnya tak de topi, yg tu mat pinjam topi jiran dia. Bayangkan kalau set cawan tu dok keliling dia, cun banget....kak shas kalau ada lebih2, campak lah kat saya sikit....dah lah set twin roses mulut "J" tu buat kan saya makan hati......arghhh tak sanggupp dakuu!...

Pastu kan demi tidah menghampakan si teko itu, mat ada juga lah satu ketui oval platter 14.5 inci, piring kuih 8 inci ada 2 keping dan 1 set cawan. Yang cawan tu pun ibarat "ikan di laut, asam di darat, di pondok mat gebu depa bertemu"....Mana taknya, asal2 mat jumpa seketui tu saja cawan janda di Pontian (kedai tepi sungai).....beberapa minggu lepas tu, jumpa pulak piring dia, di daerah lain....kebetulan cop kat punggung memasing sama, jadi ngam2 jeelah, ibarat cembul dengan penutup. Rasa2 mat bunga ni pun macam payah nak jumpa...tapi nasib, sapa lah tau....Ok dulu untuk hari ni, byeeeee....salam penuh keindahan dari mat....i lepp u all!!!!!

Tuesday, December 1, 2009

CAWAN JANDA + PIRING DUDA.....

Salam Selasa buat semua, apa khabar, hari ni mat menerima kunjungan tetamu lagi dan esok hari Rabu, insya allah kami juga menerima kunjungan 'waris2" dari "suku" sebelah arwah datuk kami (suku "biduanda waris") yang telah lama menetap di Lukut, Kota Tinggi, Johor. Hari ni mat nak share set cawan janda 6 biji bunga Victoria Roses buatan Jepun. Tapi sayang dah nama janda itu bermakna tak de piring. Tapikan masa mat cuba mix and match dengan piring2 yang ada, sekali ter"match" pulak dengan piring duda yang mat beli dulu...walaupun bunga dia lain sikit, tapi masih tetap bertemakan rose, juga buatan jepun. Oleh yang demikian maka bersuamilah janda2 tersebut. Cawan tu mat beli dari "Wan Penang", tapi masa sampai 1 biji retak menanti belah lah pulak....biasa lah pos Malaysia, bungkusan dah tentu dipack dengan begitu sempurna......hmmm, sabar jee lah aku!!!...

Yang ni cawan janda dengan piring duda berbunga rose sekutum, kira ok laaa, boleh masuk, piring ni mat ada 3 keping.....

Dan yang ni pulak cawan janda bersama piring duda berbunga rose juga, cuma kali ni piring tu bunga dia ada banyak...ada 3 keping juga..hmmmm kebetulan juga, jadi kira boleh lahh kan....Ok semua, jumpa di lain waktu...as'laikum dan jumpa lagi.....byeeee!!!!