TPM ulangi Anwar pengkhianat~Utusan Malaysia 21.4.10
HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.
Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan dan silu.
Orang semakin sedar siapa Anwar~ Utusan Malaysia 21.4.10
KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.
Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.
TPM: Sekali pilihanraya sekali terbuka rahsia. Sekali musim memangkah sekali pemimpin bertelingkah.
Kita perhatikan pihak pembangkanglah yang menjadi sasaran semua media perdana. Para pemimpin UBN akan menjaja keburukan pemimpin dan parti pembangkang sehabis upaya. DS Anwar Ibrahim, TG Nik Abd Aziz, TG Hj Abd Hadi, Tan Seri Khalid Ibrahim dan lain-lain akan menjadi sasaran utama.
Ketua Pembangkan merangkap Ketua Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim orang paling hebat menghadapi pelbagai tuduhan dan fitnah. Sejak 12 tahun beliau menghadapi banyak risiko dalam politik negara. Dipenjara, ditumbuk, diterajang, difitnah liwat dan zina tetapi tidak ada pula tuduhan rasuah, politik wang, salahguna wang negara, minum arak, berjudi atau membunuh orang.
Keputusan PRU12 parti PKR pimpinan isteri beliau dan keputusan PRK Permatang Pauh memberi peluang kepada beliau menjadi Ahli Parliman seterusnya dilantik Ketua Pembangkang. Maka sejak itu kian bertambah sokongan dan kian bertambah juga tekanan dari pihak Umno-Barisan Nasional.
Sempena PRK Hulu Selangor, sekali lagi TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin mengulangi tuduhan bahawa DS Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Negara. Kali ini mungkin ada jawapan tegas dari DS Anwar atau kita tunggu akibat yang terpaksa diterima oleh pihak UBN dan TS Muhyiddin sendiri.
" Lawan Tetap Lawan"
" Kalau takut kepada risiko usah bicara tentang perjuangan!"
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda