Showing posts with label pegawai basah kuyup. Show all posts
Showing posts with label pegawai basah kuyup. Show all posts

M Faqih~~ HarakahDaily

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi. Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

TPM: Pagi tadi ada togok mendung macam nak hujan lebat. Tetapi hingga kini panas kelip-kelip. Nasib baik tiada tempayan nak dicurahkan airnya..... nampak gayanya kemarau ceng-ceng akan berterusan jua

Nak ke balassah pagi ni tengok jalanraya macam kena hujan...ertinya malam tadi hujan dah turun...Tok Guru MB cadangkan solat istisqa' pagi ni di Padang Perdana. Bagus benar. sekurang2nya rakyat klate tahu dalam syariat kita ada solat mohon hujan "solat sunat istisqa"...solat gerhana=solat khusuf /kusuf...

Iklim Kota Bharu lembab setelah hujan sekejap-sekejap sejak pagi. Program biasa Tok Guru MB Kelantan memberi kuliah di Dataran Ilmu dibatalkan kerana beliau akan menyertai rakyat menunaikan solat sunat Istisqa' / solat mohon hujan akan diadakan bermula jam 8.30 pagi di Padang Perdana.

Allah Yang Maha Pemurah mencurahkan hujan-Nya yang lebat ketika rakaat pertama solat sunat itu sedang berlangsung. Bumi KB jadi basah kuyup bersama para jemaah yang sedang solat. subhanallah. Panas berbulan dilembabkan hujan sehari. Alhamdulillah.

(catatan di atas adalah petikan dari Facebook sendiri, relevan dengan hal yang terjadi)

.