Showing posts with label Kempen PRK Hulu Selangor BN Dahului. Show all posts
Showing posts with label Kempen PRK Hulu Selangor BN Dahului. Show all posts

HA....HA...HA.....
DI Manek Urai dulu, TS Muhyiddin ada janji bina jambatan, ada janji angkat Manek Urai jadi Agro City, nak dirikan sekolah-sekolah elit dan laksanakan pra-sarana buat rakyat. Hebat janji-janji besar itu tanpa segan silu bagi mengaut undi dari rakyat kawasan terbabit.
Ha...ha...ha...BN telah memulakan kempen dengan janji besar lagi. Tidak mustahil juga nanti hadiah-hadiah hamper dan saguhati RM-RM @ fulus akan tiba ke tangan para pengundi. Ha..ha...ha...Tepuk dada tanya hati, parti mana akan diundi nanti.

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor jika BN menang di Hulu Selangor. (baca selanjutnya....)

Menteri Besar Tan Seri Abd Khalid Ibrahim pula menyatakan "Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini." (baca di sini...)

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru. Berucap di hadapan 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di SMS Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina. (di sini...)