Showing posts with label Kathmandu Valley. Show all posts
Showing posts with label Kathmandu Valley. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Nepal & Bhutan : Video and Summary

Hah ! Ini final entry trip Nepal dan Bhutan.

Sebulan korang hadap entries ni ya... Aku masih ada few travelogues yang tertunggak. Menanti kerajinan memuncak !

Aku tak plan nak siapkan video ni sebab footage pun aku ambik sikit jer.

CD yang aku dapat dari Leela. Sampai sudah aku tak check isi kat dalam

Tapi tetiba kerajinan datang, dan ini la hasil yang tak seberapa. 

Enjoice !



Dan ini sebagai summary.

Highlight Nepal : Nepal - The Land of The Himalayas
Highlight Bhutan : Bhutan - The Land of Thunder Dragon

Nepal : Kathmandu Valley | Pokhara | Sarangkot
Bhutan : Paro | Thimphu
Himalayas : The Himalayas

Day 01 - 01 Landing in Nepal | 02 Kathmandu Durbar Sq

Day 02 - 03 Pashupatinath Temple | 04 Boudhanath | 05 Patan Durbar Sq | 06 Swayambhunath | 07 Garden of Dreams

Day 03 - 08 KTM to PKR | 09 Phewa Lake | 10 Pokhara Lakeside

Day 04 - 11 Good Morning Sarangkot | 12 Sarangkot & Pokhara | 13 PKR to KTM

Day 05 - 14 KTM to PBH | 15 Landing in Paro | 16 Paro to Thimphu | 17 Thimphu Valley

Day 06 - 18 Tiger's Nest Part 1 | 19 Tiger's Nest Part 2 | 20 Tiger's Nest Part 3 | 21 Paro Part 1 | 22 Paro Part 2

Day 07 - 23 PBH to KTM | 24 Thamel

Dan layan koleksi gambar gambar terakhir di Nepal dan Bhutan untuk trip yang berlangsung pada Jan/Feb 2014 .........

Kathmandu Durbar Sq

Pashupatihnath Temple 

Boudhanath Temple

Patan Durbar Sq

Thamel

Swayambhunath

Morning in Sarangkot

Sarangkot

Annapurna Range

Mt Fishtail

Phewa Lake

Himalaya

Mt Everest

Paro Valley

Bhutan

Thimphu

Bhutan

Tiger's Nest ( ni clear sikit muka harimau )

Bhutan

Tiger's Nest

Bhutan

Paro

Paro

Paro

Everest and Himalayas

Sekian,

TAMAT

* tutup panggung wayang dan kutip botol botol kosong nak jual kat timbang kilo.......... lepas ni berharapan nak gi South America or Eastern Europe.

Thursday, June 26, 2014

24 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal : Thamel, Kathmandu

Dah abis dah entry untuk trip Nepal dan Bhutan ni.

* sapu minyak Yu Yee kat jari sebab jari jemari mengalami kekembongan dan tampak kasar akibat menaip bertubi tubi

Flight sampai ke Kathmandu

Lepas keluar dari airport setelah terperangkap dalam queue yang panjang untuk lepas imigration, dan dah beli rokok dan hisap puas puas, aku berjalan keluar dari kawasan airport tu untuk cari teksi.

Memang aku dah tengok tadi, tak de orang tunggu aku kat airport sana. Binawe punya Sujan. Saja la tu memberi janji palsu pada aku. Couple Chinese tu pun dah menghilang ntah ke mana.

Nasib la mood aku OK so aku malas nak ambik kisah sangat. Aku cuma nak habiskan seharian siang ni je dulu sebelum berangkat balik ke tanahair malam nanti.

Sebenarnya flight asal pukul 3 petang, tapi AAX dah retime ke pukul 9 malam !

Welcome back to Nepal ! Ini kat airport Kathmandu. 

Teksi yang bersimpang siur di jalanan yang jem di Kathmandu

Serious, sebaik saja sampai Kathmandu, suasana dah tak aman macam kat Bhutan ! Kembali kepada hiruk pikuk manusia yang ramai

Akak Nepalese ( sebelum dan selepas ). Selepas tu gambar di background

Akhirnya aku sampai di hotel di Thamel semula.

Waktu aku sampai, Sujan ada kat opis dia tu. Beriya la konon dia sambut aku dan tanya cemana trip aku ke Bhutan.

Aku hempas beg dan terus tempeleng dia 40 kali.

Piak ! Piak ! Piak !

"Hambik kau !!! Bahana memberi janji pelesu kepada ku..."

* begitu aku amarah.

Tapi tu semua tipu. Dialog busuk je. Yang aku cakap adalah OK jer lah. Saja tak mau bagi dia perasan terlebih.

Dan dia dengan rasa terkejut nya bagitau aku dia memang suruh orang tunggu aku kat airport tu. 

Ntah ya ntah tidak. Masih menchoba untuk membeli jiwa ku.  

Tapi bagi mengubat kelukaan, dia cakap.

"I'll pay you back"

Haaaaa. Nasib baik aku belum sempat dirasuk amokan puaka Suarez gigit gigit orang tu !

So aku dapat balik NPR 400. Nasib aku tak kencing dia cakap aku bayar NPR 800.

Mesti ada permintaan nak tengok rupa paras Sujan ya? Malangnya gambar dia aku memang tak snap. Pertama sebab Sujan pun tak kacak mana. Tapi kalau nak mengibaratkan Sujan dengan Ramasamy, Sujan ni agak Pari Pari Kota ( Paria Kota cerah sikit lah ) dan Ramasamy jatuh dalam golongan tak berapa elite; Pari Pari Desa.. Kota tu kira lawa sikit la walhal kalau dah desa tu.. perlu ke aku nak describe lagi rupa parasnya?

* tengok tebuan berterbangan riang di atas rambut dia orang

OK. Tak baik kutuk orang. Mak aku marah. Tapi tak de gambar tak pe kan?

Sebab masih siang, dan aku tak terasa nak mandi ke apa lagi, aku simpan beg kat situ dan aku ke area Thamel semula untuk shopping. Kali ni dah nekad, nak beli apa apa yang di pesan. Kena beli sebab hari ni hari last dah.

Ayuh pegi menghabiskan wang di tempat orang !

Jalanan di Thamel

Apa benda ni?

"Saya mahu kondom perisa durian.. ada?"

Actually, aku jalan ikut kaki dan aku rasa aku terkeluar dah dari area Thamel tu.

Dah tak tau kat mana sebab dah tak nampak mat salleh ke apa. Semua nampak local je yang ramai. Kedai kedai pun dah bukan macam kedai outdoor gear tu semua, tapi kedai kedai yang dikunjungi oleh local.

Buat muka local, aku merayap.

Ikut kaki. Ikut hati. Padahal otak blank kejap.

Warung kopi jual momo

 Makcik melirik manja.. ke tak berapa manja sangat?

Pakcik melepak tengok gigi pelesu sambil mengimbau giginya yang dah lama roboh

Beli baju bajan

Orang jual anggur di jalanan

Antara bangunan yang aku jumpa

Asam? 

Penduduk tempatan yang pandang aku macam nak makan !!

Sampai kat satu part tu memang aku dah cuak sebab aku rasa aku dah sesat. 

Dah tak de kedai kedai outdoor tu. Banyak kedai groceries, kedai pharmacy, buat gigi pelesu dan kedai kedai yang khas untuk local.

Tapi relaks dulu, jalan je ikut orang ramai then perhatikan bangunan sekeliling... 

Lega akhirnya sel sel otak berhubung dan aku berjaya balik semula ke area Thamel.

Masa kat Thamel aku jumpa ada 3 orang gadis gadis Malaya. 

Sebab telinga aku capang, aku dengar dia jawab bila orang kedai tu tanya. Mereka bagitau mereka dari Malaysia. Haaaa jumpa orang kampung. Tapi aku malas nak tegur sebab dia orang kat depan.

Thamel

Kedai kedai kain di Thamel

Area Thamel

Gebu gebu kain ni

Pashmina

Balik ke hotel, masih petang. Aku lepak jap kat roof top

Sambil minum kopi dan masak maggie cup. Abis semua makanan yang tinggal aku bagi kat budak cafe tu sebab dia baik hati bagi aku satu teko air panas.... Siap dengan sos sos sekali aku kasi. Seronok je dia. 

Senja terakhir di Kathmandu

Senja berlabuh

Dah gelap

Surat khabar Nepal

Ini la hotel tempat aku menginap kali ke 2 di Kathmandu. Hotel yang murah sikit, tapi selesa dan cukup segalanya... Pekerja dia pun baik baik belaka. Cuma manager dia je Si Sujan tu yang banyak songeh.

Menjelang malam, dia orang bagi aku bilik untuk mandi dan bersiap siap sebelum ke airport. Lega jugak la dapat segarkan badan.

Dan Sujan dah uruskan orang hantar aku ke airport jugak. Jadi aku tak payah bayar teksi lagi dah.

Dia suruh aku rekomen dia untuk sesapa yang nak ke Nepal. Hmmm aku pun tak tau nak rekomen ke tak. Tapi sebab malas nak bertanggung jawab kalau apa apa jadi, korang cari je la sendiri contact kalau ke Nepal. 

Sampai airport, check in macam biasa. Baru nampak ramai muka Melayu. Ramai jugak orang gi Nepal ni sebenarnya tapi mungkin sebab masing masing ada agenda tersendiri, kat airport ni je la baru bertemu sua.

Tapi sebab aku sombong, aku tak de la tegur mana.

Banana Tea ada di jual di airport

Kedai cenderamata di airport Kathmandu

Tunggu nak boarding

Akhirnya pesawat yang akan membawa aku pulang dah bersiap sedia

Sebab aku ambik zone senyap, memang tak de orang. Boleh tidur je lah sepanjang masa

Tak lupa melantak nasi lemak. Dah lama tak jumpa nasi lemak ni. Rindu.....

Dan pesawat selamat mendarat dan OR dah siap sedia menunggu jam 4 pagi.

Hoorey !

Dah sampai Malaysia.

Keseluruhannya aku gembira dengan trip Nepal dan Bhutan ni. Walaupun asalnya aku tak tau nak expect cemana, tapi setelah mengharunginya, aku rasa OK lah. Not bad untuk bertukar angin....

Sila baca ni bagi menambah ilmu di dada yang bidang.

14 Ways In Which Travelling Changes You



I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Now, dah kena fikir balik semula pasal kerja. Argh... kenapa la aku tak kaya dan banyak duit dan banyak cuti? Tak payah nak gi keje, gi melancong je sesuka hati.

Kan ? Kan ? Kan ?

eh bersambung lagi ................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...