Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Monday, September 28, 2020

BDAY TRIP 2020 : 09 - CH @ Random

Trip ke CH ni memang tak banyak aktiviti dek disebabkan cuaca yang tak berapa nak bekerjasama. Tak banyak tempat yang nak dituju dapat terlaksana, maka layan je la gegambar yang di ketik secara random di kawasan tanah tinggi ni !


Berkunjung ke Stawberry Big Farms sebab anak aku nak petik strawberry tapi kebun di tutup. Sudahnya dia beli pokok kektus. Konon nak bercucuk tanam. 

Haram kaktus pun mati. Memang takde tokoh jadi peladang jaya !





















Sebab jalan ke Kea Farm jem macam laha. Jadi kami singgah beli sayur dan buah buahan di Brinchang je.

Jadi lah, janji lepas hajat nak beli hasil segar dari ladang !




Singgah makan tengahari. Pilih kedai random jer. Nasib lah lauk pauknya OK juga.





Sudahnya kami decided untuk bergerak pulang. Memang lawatan kali ni salah timing dan cuaca. Semuanya macam ada je yang tak kena.




Ladang teh yang biasa pun tak singgah lama kononnya nak pegi ke ladang di Habu. Tapi baru perasan operasinya tamat awal.

Pasrah lagi...



















Maybe lain kali kena plan baik baik agar tak rasa kecewa drive jauh jauh. 

Kalau tak memang kelip kelip je la tak tau nak buat apa.


TAMAT

Saturday, September 26, 2020

BDAY TRIP 2020 : 08 - AVILLION Cameron Highlands

 Sewaktu di Cameron Highlands, kami menginap di Avillion CH.

Terletak di tengah tengah pusat perniagaan di Tanah Rata, penginapan apartment style ni menjadi pilihan sebab bilik banyak yang penuh since last minit decided nak detour ke sini !

Well-placed in the sightseeing, transportation hub, nature area of Cameron Highlands city, Avillion Cameron Highland provides a most conducive spot for you to take a break from your busy days. From here, guests can make the most of all that the lively city has to offer. With its convenient location, the property offers easy access to the city's must-see destinations.

Take advantage of a wealth of unrivaled services and amenities at this Cameron Highlands property. To name a few of the property's facilities, there are free Wi-Fi in all rooms, 24-hour front desk, luggage storage, car park, family room.

Step into one of 100 inviting rooms and escape the stresses of the day, A selection of amenities can be found in most rooms, inlcuding flat screen television, mirror, internet access – wireless, fan, desk. The property's host of recreational offerings ensures you have plenty to do during your stay. With an ideal location and facilities to match, Avillion Cameron Highland hits the spot in many ways.

Welcome to Avillion Cameron Highlands !

Parking di area bawah bangunan ada FOC untuk tetamu hotel. Dari parking level boleh terus ke level reception.

Urusan check in agak pantas. Terus dapat kunci dan kami terus ke bilik.

Ada beberapa jenis bilik di sini termasuk lah studio dan suite. Aku ambik 2 bedroom suite.

2 Bedroom Suite

The 2 Bedroom Suite measures 72 m2 featuring a Master bedroom with a King-size bed while the second bedroom is fitted with a Queen-size bed or Twin Bed. The suite has a living room, a dining area and a kitchenette.

FEATURES

69.10 - 72.5 m²
Master bedroom with a king-size bed
The second room with a queen size bed
Sofa seating area
Dining table
Kitchenette

Usha penginapan...

Ruang dia memang luas. Paling aku suka sebab ada balcony !

Walaupun view nampak children's playground tapi okey lah boleh lah curik curik menaga.

Now usha pulak bilik bilik nya.

Bilik air pun ada 2.

In term of keselesaan memang selesa. Cuma bagi aku lokasi dia ada pro and cons.

Pro sebab di tengah tengah business center, banyak kedai kedai berdekatan. Boleh la nak cari makan atau beli beli barang. Cons nya suasana agak bising dan kurang rasa kedamaian Cameron Highlands bila menginap di sini.

Menariknya, breakfast adalah complementary so kami breakfast di hotel jer.

Simple je breakfast dia tapi cukup lah dan mengenyangkan.

Overall, penginapan yang santai dan selesa tapi aku tak prefer sebab lokasi dia macam kurang damai di sini. Kalau stay semalam OK lah kot.

AVILLION Cameron Highlands
C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 
39000 Cameron Highlands, 
Pahang
03-2262 0288

avillioncameronhighlands
fb : /AvillionCameronHighlands

bersambung...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...