Showing posts with label Flores. Show all posts
Showing posts with label Flores. Show all posts

Wednesday, April 24, 2019

JELAJAH2NUSA : 09 | Kembali Ke LABUAN BAJO

3 hari belayar di samudera raya, kali ni kami kembali berlabuh di dermaga di Labuan Bajo.



Tamat lah perjalanan merentas lautan, kembali ke darat dan habiskan masa sementara di Labuan Bajo ni nanti sebelum kami pulang semula ke Bali.

Labuan Bajo adalah ibu kota kabupaten Manggarai Barat dan terletak di ujung paling barat Pulau Flores, di mana penghuninya kebanyakan mencari nafkah di atas air. Hal ini tercermin dari teluk yang sibuk yang penuh dengan berbagai ukuran kano, kapal layar, dan perahu bermotor.

Bagi sebagian besar pelancong dan orang barat yang memiliki banyak bisnis di Labuan Bajo mengatakan bahwa kota Labuan Bajo sedang berkembang, menguntungkan dan bahkan romantis. Pemandangan di pondok kayu dengan atap jerami yang disamarkan oleh semak belukar dan pepohonan yang menjulang tinggi di kota yang landai, menghadap ke pelabuhan yang indah, membuat percakapan malam dengan rekan-rekan perjalanan menjadi pengalaman yang tak terlupakan. Bagi beberapa petualang, Labuan Bajo bisa menjadi liburan yang ideal.

Memang aku reserved sedikit masa di sini untuk sekurang kurangnya kami boleh explore dan usha apa yang ada.

Kapal memasuki perairan Labuan Bajo dan sedia untuk kembali ke dermaga asalnya.



Aku pinta setiap waktu
Ada setia di hati mu
Sabar dan rela dalam menerima
Jalan hidup ku begini seadanya

Aku ingin kau membimbing ku
Ke jalan indah dan bahagia
Selama mungkin akan ku turuti
Demi setia cinta ku terhadap mu

Aku pinta selalu ada cinta dalam hati mu
Dan mekar selamanya buat ku
Aku pinta selalu jangan nodai cinta ku
Kasih mu kasih ku terus bersatu
Ini pinta ku

Jangan kasih di mungkiri janji
Jangan lah kau hancurkan harapan ku nan suci

Sesungguhnya mahligai indah
Yang ku dambakan bersama mu
Biar bertakhta buat selamanya
Ketulusan asmara kita bina
Ini pinta ku.........

Labuan Bajo adalah titik peluncuran untuk perjalanan yang mengesankan ke Pulau Komodo dan Pulau Rinca, tempat asal komodo yang terkenal. Selain Komodo (Varanus komodensis), daya tarik utama di daerah ini adalah kehidupan laut yang luar biasa. Pulau Komodo memang surga bagi para penyelam dan snorkeller. Beberapa operator menawarkan pulau dengan kapal dari Labuan Bajo dan memberi kesempatan menyelam dan snorkeling yang luar biasa: Pulau Bidadari, Pulau Seraya, Pulau Sabolo di Utara Labuan Bajo, dan Kanawa dan Sebayur menuju ke Barat. Di selatan, rute ke Rinca terdapat pulau yang menjadi kalong dari koloni "flying foxes", kelelawar besar yang bisa terlihat terbang jauh saat senja. 

Dalam beberapa tahun terakhir, Labuan Bajo berangsur-angsur berubah menjadi tempat yang sibuk karena kehadiran para penyelam dan meningkatnya jumlah pengunjung ke Pulau Komodo. Saat ini, kota ini menawarkan berbagai macam fasilitas wisata.

Guek udah bisa ngomong Indo !









Sewaktu kapal kami betul betul nak docking di kawasan jetty. Kelihatan ramai orang berkumpul di situ. Memula ingatkan aktiviti biasa orang di situ, pastu kedengaran ada yang menangis nangis.

Suasana agak tegang. Kelihatan ambulan dan kenderaan keselamatan turut sama berada di situ. 

Sebagai ketua persatuan Bawang Membawang Se-Malaya, BW mengetuai acara meriki-apa-jadi. Aku dengan IH pun ikut sama ( roh membawang merasuk secara semulajadi ) nak ambik tau apa yang berlaku.






Rupa rupanya mangsa mangsa tragedi bot karam di Pulau Padar baru saja di bawa oleh pihak keselamatan pulang ke Labuan Bajo. Dengar khabarnya ada 10 orang yang turut serta, sorang di sahkan meninggal dan sorang lagi belum di temui. Mangsa sedang di bawa secara berperingkat bagi yang cedera untuk mendapatkan rawatan.

Yang menangis tu guide dia orang bila bertemu sanak saudara dia. Mungkin terkesan dengan tragedi yang menyayat hati ni.

Melihat suasana riuh rendah di situ kami akhirnya beredar. Biarlah pihak keselamatan yang menguruskan mereka. 

Disebabkan suasana kacau bilau macam tu jugak, tak sempat nak jumpa geng geng sekapal yang lain. Dengan Salmah Hayek pun tak dan nak ciom ciom pipi. Masing masing bersurai dan ikut haluan masing masing. Tapi masih di uruskan oleh crew trip untuk menghantar mereka ke destinasi yang mereka rancang selepas ini.




Di luar kawasan jetty masih ada beberapa kenderaan keselamatan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.



Kami bertiga di arah menunggu di kawasan luar pelabuhan untuk van ambik dan hantar kami ke hotel penginapan yang dah kami tempah di Labuan Bajo ni.

Tak lama menunggu, akhirnya ada van datang dan angkut kami hantar ke hotel. Tak jauh pun tapi sebab memang pakej transport selepas trip termausk sekali dalam pakej, kira memudahkan juga.

Bandar Labuan Bajo.. or rather pekan

Eco Tree Hotel. Labuan Bajo. Penginapan kami untuk semalam yang berbaki di sini.

Hotel ni memang aku dah book awal lagi dan rate dia pun agak murah. Satu bilik tak sampai RM 100.


Along the main village road overlooking the Flores Sea, this relaxed hotel is 2 km from Komodo Airport, a 1-minute walk from trips to Komodo National Park and 5 km from views at Bukit Amelia Sea.

Casual, simply decorated rooms with stained hardwood floors feature free Wi-Fi, flat-screen TVs, and tea and coffeemaking equipment, along with safes, desks and air-conditioning. Suites add floor-to-ceiling windows and balconies with sea views.

There’s a restaurant/bar with terrace seating and a lobby lounge with a billiards table.



Ketibaan kami masih awal lagi dan belum boleh nak check in. Jadi kami ke rooftop bar dan lepak lepak minum minum dulu di situ.

Masa ni lah baru aku pecah lobang cerita kat dia orang.

"Aku ada cerita hantu !!"

Excited je dua dua nak tau....

Dan bermula la aku cerita perihal apa yang berlaku di Pulau Padar sampai lah kisah cherry berry atas bot tadi. Aku bercerita penuh dukalara, tapi dia orang bukan nak tumpang bersedih. Macam macam pulak dia orang berimaginasi.

BW siap bagitau lagi.

"Patut la, pelik tengok dia ni asyik sidai seluar sidai tuala. Nak kata gi snorkelling tak jugak. Rajin sungguh membasuh"

Eh. Membasuh ada makna tauuuuu ! Ingat aku saja saja nak jadi Nirmala Bonat atas  kapal tu?





View dia pun not bad. Dapat lihat kawasan pelabuhan Labuan Bajo dan sekitar pusat kota.







Menunggu masa untuk check in dan dapat bilik kami terus je masuk dan merehat rehatkan otot yang lenguh dan tegang.



Room dia agak basic tapi ada lah aircond dan beberapa facilities untuk keselesaan walaupun aircond dia lambat nak sejuk. Memang kena lah dengan harganya yang agak murah. Tapi paling menarik sebab lokasinya betul betul di pusat kota Labuan Bajo.

Bilik memang tak de view, bukak bukak tigkap je rupanya ada lembaga putih tengah melepak.

Sapa skodeng sapa ni?


Kami ambik masa berehat rehat dan baring baring dalam bilik sementara menanti masa nak keluar untuk aktiviti seterusnya.

Rancangan kami nak ke satu port yang ada di Labuan Bajo ni untuk layan sunset.

Tengok pada cuaca hari ni yang mendung macam sunset tak berapa nak ada je, tapi memang dari awal lagi aku plan nak ke tempat ni. Kena pastikan jadi !

Menjelang petang kami keluar dan riki riki kawasan Labuan Bajo. Misinya nak sewa motor bagi mejadikannya kenderaan rasmi sepanjang kami di sini.




Ada je kedai yang sediakan sewa motosikal di sini. Rate dia dalam IDR 70 ribu sehari. Kami ambik 2 motosikal. Kena tinggalkan passport sebagai cagaran.


Aku sebijik motosikal dan BW naik dengan IH.

Masalah bila lama tak bawak moto ni. Helmet dah pakai, pastu macam kera mendapat bunga je lagaknya.

"Cemana nak start ni? Nak tekan apa dulu?"

Errrrk...

Aku pandang IH, IH pun sama turut gelak. Last sekali panggil budak pekerja kedai tu tanya dia. Dia sekali bantai gelak. Mesti dalam hati dia cerca, nak bawak moto tapi engine pun tak reti nak start !

Ya lah. Sekarang bukan main start start dengan kaki. Zaman aku ada moto dulu, berpeluh ketiak nak start kalau time problem.

So dah dapat moto ni, mana arah tuju?

Ruh merempit yang dah lama tidur dalam jiwa tetiba membara semula................. 

Eceh macam dalam filem filem Melayu dulu dulu.

"Zack. Azura. Ayuh !"

Konon tu IH dengan BW lah tu. 

Abis aku ni nak jadi sapa eh? Ali Setan ? Sheila Majid? Oh no !



Destinasi kami adalah ke sebuah resort paling mewah di Labuan Bajo ni.


Plan nak lepak lepak minum sambil layan sunset. Masalanya boleh ke kami yang merempit ni tampak mewah dan layak bersantai di resort mewah sebegini?

Dah lah datang naik motosikal, pastu tak tau nak park kat mana.

"Park hujung sana lah.... pastu jalan kaki masuk"
"Kalau guard tanya?"
"Ermmm.. Cakap lah kita keje pest control datang nak buat lawatan pemeriksaan keselamatan ! Hahahaa"

Okey ! Masa untuk memancarkan wajah kemewahan !

"Ada tak seri muka ala ala Beyonce di wajah aku sekarang?"
"Yes ! On point. Tapi bukan Beyonce. Macam level level Salmah Hayek ! Eh tapi helmet tu?"

Arrrr. Lupa pulak ada helmet Apollo.

bersambung..................

Tuesday, April 23, 2019

JELAJAH2NUSA : 08 | Pulau KANAWA

Hari ke 3 perjalanan belayar di Laut Flores. 

Kami berada di kawasan Pulau Sebayur Besar sebelum menuju ke Pulau Kanawa.

Good morning Flores !


View pagi hari di sekitar Pulau Sebayur Besar.






Pulau Sebayur Besar ni di mana terletaknya Komodo Resort, salah sebuah resort mewah di kepulauan Flores ini. Pulau Sebayur sendiri terbahagi kepada 2 iaitu Sebayur Besar dan Sebayur Kecil.

Pulau Sebayur Besar turut terkenal sebagai port melayan sunset dan juga alam semulajadi yang masih kekal pada ecosystem aslinya.





Dari situ kami belayar terus ke Pulau Kanawa. Destinasi terakhir untuk trip ini sebelum nanti kembali ke dermaga Labuan Bajo.

Menghampiri Pulau Kanawa yang turut dikenali sebagai syurga kecil Flores kerana dipenuhi terumbu karang dan kawasan snorkelling yang indah. Pantainya memutih dan air lautnya tenang dan bening.








Sewaktu kami sampai, air lautnya masih surut. Jelas kelihatan terumbu karang sekitar kawasan pantai.  Pulau seluas 32 hektar ini menyajikan pemandangan alam yang sangat menawan sehingga terlihat seperti pulau persendirian.















Terdapat kemudahan banglo penginapan yang agak basic di sini selain beberapa facilities lain terutamanya bagi yang gemarkan aktiviti snorkeling dan diving. Terdapat sebuah cafe menyediakan minuman dan kudapan ringan bagi tetamu yang singgah di sini selain tandas awam dan gazebos untuk istirehat.

Kerusi rehat juga di sediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kami sempat lepak kat cafe, duduk minum dan bersembang.




Macam biasa, aktiviti dia orang ni semua berdrone - dronenan dan aku pun as usual malas nak participate.

Panas dowh. Kang kena buat bulatan lagi lah. Pegang pegang tangan. Aku masih trauma dengan benda benda tu.

Hahaha...




Kami lepak sejam dua jugak kat sini sebab ada yang bersnorkelling di jetty. 







Bye bye Pulau Kanawa. OK jugak lah pulau ni, nampak lawa.

Masa kat sini guide kami bagitau ada kapal karam di Pulau Padar pagi tadi. 2 orang dikhuatiri hilang  kerana kapal mereka dibadai arus kuat. 

Seram sejuk jugak kami di buatnya. Kiranya semalam kami pun merasa ombak mengganas yang luar biasa. Semoga mereka yang hilang di jumpai dan yang lain semua dapat diselamatkan.

Al Fatihah kepada mangsa.

Begitu lah risiko yang terpaksa di hadapi. Tapi memang masa kami pegi ni bukan musim yang baik untuk kapal berlayar terutamanya di kawasan Pulau Padar tu.

APA???? Pulau Padar??? Sudah ! Jangan ingatkan aku dengan kisah lalu, nanti aku berduka pilu.

* peluk fabuloso ketat ketat

Masa naik atas kapal tu crew kapal ada bagitau air tawar dah abis. Aku pulak rasa bersalah sebab aku rasa setengah tangki air tu aku yang guna. Banyaknya sama banyak macam cuci kapal !!

Tapi nak buat cemana, kecemasan kan !! Takpe dah nak balik dah....
  




Sebelum sampai di Labuan Bajo, kami di hidangkan dengan makan tengahari sekali lagi. Makan terakhir trip ni.

Nak di jadikan kes.

Ku sangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari.
Ku sangka perut aku dah tough macam badang. Rupanya memulas nak cirit lagi !

Belum sempat abiskan makanan tetiba perut memulas. Slow slow aku undur diri dari meja makan dan terus ke belakang.

Kebetulan pulak tandas ada orang guna. Nak tak nak aku guna tandas crew yang satu lagi. 

Memang tak boleh nak elak. Sekali lagi memburan tak tentu pasal. Bila sibuk nak cebok tetiba bukak paip air tak de !

Alamak ! Ala-ayah... !

Kaget aku dowh. Cemana nak buat ni? Baru teingat air memang dah abis macam yang di beritahu. Aku intip ke luar nampat crew dapur ada kat situ.

"Mas !! Bantuan.... ! Air !!! Air !"

Mamat tu tak de fikir panjang. Ambik timba terus ambik air laut... 

"Lagi Mas ! Lagi !!!"

Hahaha. Mesti dia nak tergelak tengok aku hilang punca dalam jamban tu. 

Sudahnya aku menjirus jirus guna air laut je. Tapi memang ketakutan sungguh. Takut tersadai tak dapat nak basuh.

Apa lah bahana perut aku ni. Tak sudah sudah di timpa bencana !

Nasib semua settle... keluar dan kembali ke meja makan dengan rona rona muka lega dan gembira. Masing masing pandang macam nak bertanya tapi tak jadi sebab cepat cepat aku tukar tajuk.

Pelayaran kami berakhir di sini. Masa untuk belayar pulang ke dermaga Labuan Bajo yang di tinggalkan.



Cukup berharga pengalaman menjadi laksamana yang cherry berry di laut untuk 3 hari ini.

Terima kasih Flores di atas keindahan mu.

Bukan saja pengalaman di badai ombak tapi pengalaman menghadapi perut yang bergelora akan tetap ku kenang sepanjang masa.

Eh ah eh ah..

* zapin skit tanda perut dah okey



Zapin
Hamba dendangkan
Lagu Melayu
Pelipur hati
Pelipur lara

Cahaya manis kilau gemilau
Di Kampung Tapir indah menawan
Hamba menyanyi berzapin riang
Moga hadirin aduhai sayang
Riang gembira

Kembanglah goyang atas kepala
Lipatlah pandang sanggul dipadu
Kita berdendang bersuka ria
lagulah zapin aduhai sayang
Rentak Melayu

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa
Ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Membawa tepak hantaran belanja
Bertakhta Perak indah berseri
Kami bertandang menghidup budaya
Tidak Melayu aduhai sayang
Hilang di bumi

Petinglah gambus sayang lantang berbunyi
Disambut dengan tingkah meruas
Saya menanyi sampai disini
Mudah-mudahan hadirin semua merasa puas

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa
Ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

bersambung...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...