Showing posts with label Ayer Hitam. Show all posts
Showing posts with label Ayer Hitam. Show all posts

Thursday, February 21, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 02 - Restoran KARI KAMBING 40 HARI

Dah shopping barang barang. Now masa untuk mengisi perut yang boyak !

Masih lagi di kawasan Ayer Hitam. Tak jauh dari kawasan jual jual barangan seramik tu ada satu restaurant ni yang boleh di lihat kalau memandu merentasi lebuhraya Utara Selatan berdekatan kawasan Ayer Hitam tersebut. Nama restonya adalah Restoran Kari Kambing 40 Hari !

Kenapa 40 hari?

Okey. Aku pasti tu soalan yang bermain di minda masyarakat. Masyarakat masyarakat semua jangan risau. Nama tu mungkin sekadar tarikan je. Takde sebab yang khusus rasanya kenapa ada 40 hari tu. Bukan kambing tu di perap selama 40 hari. Bukan jugak tukang masak tak mandi selama 40 hari.

It is all about marketing you all. 

Pernah perasan nama resto ni dan pernah dengar orang borak borak pasal makanan dia ni.

Mungkin sebelum masuk umur 40 tahun ni lah kena jejak kan kaki ke sini. Haks

Saja singgah sekadar nak cuba cuba walaupun aku sebenarnya tak makan kambing ! 

#byekambing

Tapi peminat peminat kambing ni ada je kan? Kebetulan dah ada di area ni, so kami pun singgah lah nak makan. Barang di ingat, tempat ni tutup jam 3 petang so make sure timing kena betul. Kalau tak menangis la tepi jalan mengembek macam kambing sedih tak dapat makan !

Dah datang jauh jauh ni.

Kalau jalan kaki 40 hari baru sampai sini

Kalau bikers boleh lah datang ride ride makan kambing.

Resto dia memang nampak dari laluan highway tapi nak sampai sini kena exit Ayer Hitam dulu dan ikut laluan lama ke Yong Peng. Nanti jumpa lah.

Parking tepi tepi jalan tu jer.. 

Tapi jangan sampai menghalang laluan.

Senang cerita tempat ni memang menjadi tumpuan dan orang selalu ramai. Dah macam majlis kenduri kendara.

Jadi bagi membuktikan orang ramai tu, usha lah gegambar ni.

Beratur nak order makanan. Konsep dia layan diri sendiri.

Boleh makan duduk bersila. 

Sila Sila.

Atau duduk di meja.

Pepandai la cari meja yang kosong

Jangan merusuh kalau tak de meja. Kena tunggu. Dan jangan merusuh kalau ada bau kambing sebab ramai ramai tu mesti ada yang bau lain macam sket nanti. Hehehe

So kita nak order apa ni di sini? Adakah kambing je semata? Jawapannya sudah tentu lah tidak !

Restoran Kari Kambing menyediakan Nasi Arab versi 40 hari. 40 hari lagi?

Baik lah. Menu dia ada kambing dan ayam. Boleh campur. Style makan dia dalam dulang. Ada harga harga ikut jumlah orang yang nak makan. Satu dulang RM48. Kenapa tak RM 40 eh?

Air percuma satu jug.

Selain tu boleh jugak order by pinggan kalau tak ramai. 

Betul tak Bang?

Kalau tak ramai orang buat apa nak order dulang. Nanti tertepuk air di dulang, terpercik muka sendiri ! * matilah 


Hah ni yang size single.

Dayung sampan menuju kuala. Kayuh laju sangat. Terlajak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kereta bayarlah tol..... Eh. seronok pulak abang ni berperibahasa.

Okey ni nasi dulang combo kambing dan ayam mengawan. Nampak tak ayam tu macam di anak tirikan oleh ibu kambing?

Masa untuk membaham. Style makan dia ada kuah kuah ala ala sambal. Tapi rasa macam manis skit.

Lihat lagi sebelum semuanya terlambat sebab kehabisan di baham masuk perut.

Air minuman jangan di lupa.

Overall, aku dah singgah sekali dan tak de rasa nak singgah lagi. Tak jumpa mana hype nya tempat ni sebab pada aku makanan dia biasa biasa je. Maybe orang lain especially peminat kambing rasa lain skit kot. Sedap la agaknya.

So kalau nak cuba, dipersilakan. Tak de halangan.

Mungkin cuma ada halangan untuk sampai ke hati awak jer. Chia ! Chia ! Chia !

Okey. Pick up line gagal. Jom blah !

Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghafar, bt 5 ½,
Jalan Yong Peng, 83730 Ayer Hitam,
Johor.

Tel 019-6272243, 014-6372243, dan 07-7583129.

Dibuka setiap hari dari 7.30 pagi hingga 3 petang. Cawangan dia cuma ada di sini satu je. Tak de cawangan cawangan lain dah.


bersambung............

Wednesday, February 20, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 01 - AYER HITAM

Bermula Trip JDT Luaskan Kuasa.

Highlight dah keluar mabuk mabuk laut dulu di sini : CUTI CUTI JDT 2018.

Entry malas, cuma nak share gambar je.

Ayer Hitam. Bandar Seramik.

Ayer Hitam adalah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat , Johor. 

Terletak di persimpangan Jalan Persekutuan 1 dan Laluan Persekutuan 50, ia terkenal dengan kedai kedai menjual tembikar dan kraf lain. 

Ia juga merupakan salah satu persimpangan keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Batu Pahat dan Kluang. Terletak di daerah Batu Pahat. Sebelum kemunculan Lebuhraya Utara-Selatan , Ayer Hitam adalah persimpangan jalan utama yang menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur ke arah utara, Johor Bahru ke selatan, Kluang dan Mersing ke arah timur, dan Batu Pahat ke arah barat. Ia merupakan perhentian rehat yang popular untuk banyak bas pelancongan dan pelancong antara Singapura dan Kuala Lumpur. Pelawat dapat mencari kedai cenderamata, restoran dan penduduk tempatan untuk menjual sayur-sayuran mereka.










Ayer Hitam bermaksud Air yang Hitam. 

????? * krik

Ianya sebuah bandar yang meriah dan sentiasa sibuk dengan kenderaan yang melewati dan orang-orang yang bergerak ke utara dan selatan. Tempat ini terkenal dengan barangan seramiknya seperti pasu bunga dalam pelbagai warna, bingkai foto, balang, asbak, dan barang hiasan rumah yang lain. 

Selain dari cenderahati yang berkualiti, Ayer Hitam juga dihiasi dengan banyak gerai menjual kuntilan tempatan yang dikenali sebagai 'kerepek' di kalangan penduduk setempat. Antara yang terkenal adalah keropok udang, jagung kukus, kerepek ubi kayu, dan "otak-otak". Barangan makanan ini siap dibungkus dan dijual pada harga yang berpatutan.

Usha barang barangan.







































Memang banyak barang barang berasaskan seramik di jual di sini. Be it cenderamata, perhiasan rumah mahupun kelengkapan majlis perkahwinan. 

Ada banyak kedai kedai so pepandai la menawar bagi mendapatkan harga yang murah. Jangan lupa beli tabung tabung bubuh syiling tu semua. Tapi harga tabung lagi mahal dari jumlah syiling yang boleh di kumpul dalam tabung tu. Cemana?

Okeh. Siap satu entry. Sapa kata susah nak buat entry? Lalalalala....

bersambung....................... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...