Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Prasarana. Show all posts
Showing posts with label Prasarana. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Station Dang Wangi.......?

GMD Prasarana bertambah hebat sekarang ini. Untuk menghabiskan sisa-sisa kontrak yang hanya tinggal setahun jagung lagi di isikan dengan kekayaan dari hasil titik peluh orang lain (business air liur). Bukannya apa, Tok Shahril ni prepare awal takut kontrak dia tak disambung memandangkan rekod beliau ibarat telor di hujung tanduk....... Pergi US baru-baru ni HEBAT NAMPAK.......

Apa yang akan berlaku di Station Dang Wangi.......? Sabar....... Aku cuba dapatkan bukti yang lebih kukuh lagi dalam MOF, RapidKL dan SPAD. Pembangunan dekat Dang Wangi amat dialu-alukan, tapi caranya saja.....?

Maaf Tok Shahril....... nak tanya sikit. SPAD dah bayar tak lagi Program Pelancaran hari tu.......?

P/S. Kasihanilah si ibu yang jujur dalam perjuangan memartabatkan Islam.......

Print Friendly and PDF

Saturday, December 3, 2011

Beranjauwan Prasarana.......?


Alhamdulillah, dapat juga aku mencuri sedikit ruang masa menjengok sahabat, kawan dan kenalan aku di Prasarana. Banyak cerita-cerita yang menarik pasal GMD Shahril Mokhtar. Oh…….! silap……. Dato’ Shahril Mokhtar. Bukannya apa, aku dimaklumkan yang GMD minta orang panggil dia “Dato”, walaupun kenalan rapat dia. Walau apapun, tahniah Dato’ Shahril……. Eeeee geli aku. Entah apa jasa yang besar dah dia sumbang pada Prasarana. Nak kata pasal MRT jauh sekali sebab projek ni adalah sambungan dari tertangguh sejak sekian lama……. Yang aku hairan rata-rata di Prasarana dan member-member dia kata Dato’ Beli. Sungguhka…….?

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan pelancaran projek MRT Sg Buloh- Kajang pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Projek ini dijangka bermula pada November 2011 dan siap pada tahun 2016. Penyiapan projek ini, dilihat akan memberi impak ekonomi dan kemudahan kepada kira-kira 400,000 orang pengguna sehari.

Projek yang mempunyai jarak sejauh 51 kilometer ini adalah bermula dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Daripada 51 kilometer itu, sejauh 9.5 kilometer laluan akan dibina dibawah tanah. Masa perjalanan untuk satu hala dari Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa selama 88 minit. Projek bernilai berbilion ringgit ini akan dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan diawasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berhad (SPAD).

Alhamdulillah……. Semua ini untuk kemudahan Rakyat Malaysia.

Masa DS Najib rasmi kenapa "Countdown To 2020" sedangkan  MRT sepatutnya siap pada 2016.......?
Adakah on paper aja GMD.......?
Cuma apa yang aku nak perkatakan dekat sini adalah pengunaan RM Prasarana habiskan untuk program pelancaran tu. Cerita ini dikhabarkan pada aku masa melepak di foodcourt bersama geng-geng Prasarana dan sahabat-sahabat yang berkerja area situ. Aku tumpang dengar antara percaya dan tidak……. Ini cerita menarik dan bukti mesti aku dapatkan. Hasil sembang-sembang kosong tu, aku tahu tempat untuk aku tuju cari maklumat semestinya dengan department yang uruskan bab event…….

MAK DATOKKKKKKK…….! Besarnya perbelanjaan dia……. Untuk majlis pelancaran saja mencecah hampir RM600,000.00.

Tapi yang uniknya…….Projek MRT milik Prasarana dan diAWASI oleh SPAD……. Program pelancaran Prasarana yang buat, CANTIKnya SPAD yang nak kena bayar……. Bagus juga cara GMD berniaga.


 “Apa benda lain yang dapat aku cari sebagai bahan tulisan aku…….? Dan”, tanya aku pada Mr X.

Mr X mencelah, “Tak susah bang, abang pi cari aja baju F1 putih merah yang dia orang pakai masa hari pelancaran tu dan abang tengok pun abang dapat nilai dan abang beza dengan harga ni…….”.

Bertambah menarik……. Usaha aku berjaya…….

MAK AIIIIIII…….! Kenapa jadi macam ni…… Mbaju yang aku perolehi tu amat teruk kualitinya. Jahitan Logo MRT pun tak kemas. Warna pun boleh turun. Aku dimaklumkan bahawa baju F1 hampir mencecah RM60,000.00 ditempah sebanyak 200 helai. Kalau tak percaya boleh tanya “Blitz”. Dicongak balik lebih kurang RM300.00 sehelai. PUNGGAHHHHHHH……..

Baju F1 yang dikatakan hampir mencecah RM300.00 sehelai.
Nilai sendiri jahitannya.
Embroidery menjerot kain yang dijahit.
Aku bawa contoh baju tu tanya beberapa kedai dan termasuk kilang sekitar Kuala Lumpur dekat Pudu aku tak pergi pasal selalu sesak. Rata-rata average harga yang aku dapat dengan kuantiti dan kualiti kain yang sama (viscose/cotton) boleh buat 3 spot embroidery (Prasarana hanya buat 1 spot embroidery logo MRT) tidak lebih dari RM120.00 satu helai. Kualiti baju MRT yang aku tunjuk, mereka anggarkan dalam RM70.00 ke  RM80.00 sahaja.
Goodies ni berapa RM pula.......?

Persembahan dengan hanya utuk sebuah lagu berapa ya.......?

Ini adalah sebahagian daripada bahan-bahan yang aku dapat selongkar. Sekarang susah sikit nak menyelinap masuk……. Tambahan pula sekarang dah hire Commercial Advisor buat perancangan untuk Prasarana....... Adakah mungkin otak-otak top management Prasarana dah tak boleh pakai untuk membuat perancangan..... atau.......

Tunggu........

Kepada Tan Sri Hamid Albar…….SPAD dah bayar ka tuntutan Prasarana tu…….?  Banyak tu Tan Sri jumlahnya. Prasarana claim tu kena kaji dan selidik betul-betul.......

Print Friendly and PDF

Tuesday, March 22, 2011

Surau RAPID Jadi Medan Tazkirah Politik...?


Baru-baru ni 16 Mac 2011, semasa aku diajak oleh member-member dari Rapid dan Prasarana yang Pro UMNO melihat apa dah berlaku pada Rapid sekarang ini. Teringat dalam artikal aku yang lepas menceritakan pasal "Fill In The Blank" spesisi manusia yang bertopengkan.......

Ternyata apa yang aku katakan itu berlaku di hadapan mata aku. Pada mulanya aku rasakan apa salahnya berbuta demikian, selagi dia bergelar Ustat tambahan pula bekas Mufti Masjid Negara mengadakan tazkirah di mana-mana tempat demi menegakkan syiar Islam berkongsi-kongsi ilmu Agama itu.

Tapi sangkaan aku melalut merata apabila makin lama tazkirah dibaca, bertambah panas isu-isu politik diperkatakan. Waktu rehat 1 jam itu diisikan penuh dari tazkirah kepada ceramah. Terasa macam nak suruh ustat tu berhenti, tapi apakan daya aku hanya pendatang. Tak elok kalau mengganggu majlis orang. Lebih-lebih lagi GMD tu orang Najib (depa kata).

Bila aku tanya geng-geng surau Rapid KL Subang tu, GMD tau ka pasal menjemput YB Ustat Taib Azamuddin membuat tazkirah di surau ni.......? Depa kata GMD tak kacau bab-bab ni. Tak sangka ramai juga geng Rapid ni orang PAS dan PKR.

Dikabarkan juga berlaku di Proton dan Naza Gurun cuma penceramah dia orang lain laaa.......

Print Friendly and PDF

Wednesday, March 16, 2011

Orang Prasarana Kena Tahan.......?

Setiap kali aku lepak kat Food Court mesti aku terdengar cerita-cerita sensasi pasal Prasarana ni. Entah pasal apa aku minat sangat tulis perihal Prasarana ni pun aku tak tahu. Aku peduli apa....... aku hilite aja suka-suka nak panaskan story. Mana la tahu, kalau-kalau ada yang teringin nak menyelam masuk. GLC milik penuh Federal dah tu bawah MoF, siapa berani nak korek.

Cerita terbaru aku dengar pasal seorang orang kuat Prasarana ni kena tahan dek imigration airport US. Tak payah la aku sebut nama dia, mungkin dah menjadi buat mulut di Prasarana. Cuma macam aku kata tadi, saja nak panaskan story.

Berpeluh juga mamat ni masa kena tahan....... rasa macam terkucil nak keluar....... Aku hairan, awat mamat ni bodoh sanagat. Takkan tak tahu undang-undang memasuki negara orang.......? Dengar kata bab keluar negara mamat ni dah masak sangat. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dah tahu nak masuk sesebuah negara tu boleh bawa certain amount, mamat ni kena tahan dek imigration pasal bawa duit melebihi dari had yang dibenarkan. Banyak mana aku tahu la pasal ahli mesyuarat tingkap tak sebut masa tu.......

Takkan nak bagi alasan macam Mat Taib bagi dulu masa dia kena tahan...... Aku rasa mamat Prasarana ni kena pi belajar dulu isi declaration form or memang tak faham BI kot...... Buat malu saja Kerajaan Malaysia. Tapi yang memalukan lagi bila orang atas terpaksa dilibat bagi melepaskan mamat ni dari di tangkap. Apa punya jadah nak kena tolong orang macam ni.

Bawa duit banyak masuk US apa cerita ni......? Siapa yang tunggu di sana.......?
Print Friendly and PDF

Tuesday, February 22, 2011

Prasarana Oh Prasarana – Katak 2.

Aku petik beberapa komen atas tajuk Prasarana Oh Prasarana – Katak 1 (klik sini) bagi pembaca berfikir sejauh mana penulisan aku itu ada kebenarannya atau tidak…….? Bagi yang malas nak kesana, aku list kan seperti di bawah:

Anonymous said...
Kalau orang bawah minta kerja balik ,kata tak boleh ikut buku(CA Hr), kalau orang atas minta kerja balik,kata Ok ikut rasa(macam lah company ni bapak ia punya).
February 17, 2011 11:24 PM

  Anonymous said...
Ape yg dicitekan oleh blogger ini semuanya betul.kalau u all nak tahu, sejak GMD ini masuk, semua kroni-kroni dia dibawa sama.Ini semua pasal projek.Semua nak bolot sorang2.
February 18, 2011 7:41 PM

Anonymous said...
Betul..betul..betul..orang Rapid ker,orang prasarana ker, kitakan 1 group Prasarana.. tetapi kenapa banyak sangat jawatan GM dlm Prasarana & Jawatan Pegawai dlm Rapid KL. Badan Rasuah tolong masuk dalam 1 Prasarana ni macam ada tak kena ajer.
February 19, 2011 9:33 AM

Anonymous said...
Mcm ni je la, tukar je name company ini to shahril mokhtar berhad.lantik semua kroni2 dan kwn2 baik keja dgn dia. Sape yg tidak layak pun boleh seperti ebi coo kabel car langkawi (kwn baik,partner nite club shahril & kaki ampu shahril) kelayakan akademik hanya spm je tp leh di lantik jd coo.Tahniah panorama langkawi dpt new bos mcm lembu.hebat betul prasarana ni.pastu kill semua orang2 lama yg berkelayakan.semakin hari semakin ramai staf2 spad join prasarana at top management.Kepada staf prasarana semua, better u all cepat2 buat resume baru sebab company u all ni akan bankrap di bawah new management atau shahril akan penuhkan kroni2/sedara dia di prasarana.......
February 21, 2011 12:40 AM

 Anonymous said...
rasanye statement penulis blog sangat adil..dan tepat..yelah berdasarkan info dari rakan di rapid dan prasarana gak...saye berharap sangat prasarana sebagai syarikat yg 90% bumiputera di dalamnye berjaya..tapi kalo mcm nih rasanye lambat lagi kot...kepada org dalam yg lihat komen di sini..utamakanlah yg berkelayakan dan boleh bekereje...ye..Allah akan membalas kebaikan yg kamu lakukan...begitu jugak sebaliknye...jgn bila terantuk baru tergadah...dah terlambat masa tuh kot...lol
February 21, 2011 8:20 PM

Anonymous said...
Sungguhka,

Besok aku call GMD Prasarana suruh bagi jawatan Pegawai Tulis Blog bertaraf GENERAL MANAGER kat kau...

Sungguhka nak mencelah - Takad ni aja otak Kroni GDM Prasarana. Asal tak puas hati aja wujud Jawatan Baru. Patut la macam ulat taik jawatan GM banyak di sana. Satu lagi nak tanya yang nak bagi kat aku GM tu, GM betul ka GM olok-olok…….?

Ko ni tulis mcm dengki kat mamat tu jee.Lantak dialah.Dah Allah tentukan rezeki dia pegang jawatan tu, lagi ko mau bising...

Nilah penyakit dengki yang ada kat orang kita..sampai bila la nak maju..

Patutnya ko bagi la kritikan dan cadangan yang positif macam mana nak majukan Prasarana ke? Paling bagus kalau ko tulis cadangan macam mana nak bagi perkhidmatan pengangkutan yang terbaik kat rakyat ke...

Sungguhka nak mencelah – Orang dalam Prasarana ramai yang berbuih mulut bagi cadangan, teguran mahupun pendapat you all tak layan, apatah lagi orang luar macam aku ni.

Tulisan ko ni hampeh sungguh. Taraf karangan sekolah rendah..What the fuck are you talking mate? Rubbish !!!!!!!!!!!!
February 21, 2011 10:18 PM

Anonymous said...
Sabar semua buat ape nak melenting sana sini, sure pembela2 gmd dlm blog ni yg sudah peroleh jawatan hebat2.tahniah la korg.hebat korg ampu gmd smpkn budak spm boleh di lantik menjadi coo. Dimana kredibiliti shahril sbg seorg gmd? Sikit hari lagi kita akan bongkarkan kepentingan kawan-kawan gmd dlm projek2 di prasarana.
February 21, 2011 11:36 PM

 Anonymous said...
Soalan khas to GMD, hope u beri penjelasan yg memuaskan. kenapa kitorg bekas staf tidak dibenarkan utk join semula prasarana?reason yg diberi mengatakan polisi tidak membenarkan ex staf join semula, tetapi kenapa fazlan bekas staf boleh join pula??? Adakah GMD ini double standard? Di mana hak kami? Kalau u tidak boleh beri jawapan yg baik, kami akan mendakwa gmd di mahkamah perindustrian dan aduan kpd mof.
February 22, 2011 12:07 AM


Aku amat berpuas hati dengan komen-komen yang diberi. Terimakasih banyak-banyak. Kepada mereka yang menyokong aku, jangan segan silu memberi komen.

Kepada yang tidak bersetuju apa boleh buat. Itu hujah ko orang. Tetapi bila aku baca komen yang terakhir di atas membuat aku bertambah semangat nak terjah lagi…….

Apa ya…….

Tetiba seekor katak lagi dah melompat terpaut di dahan bersebelahan dengan Fazlan…… Siapa ya……


Laaaaaa……. Mamat ni ka……. Bukan ka dia dulu dia orang RapidKL berenti masuk SPAD, tup…..tup masuk Prasarana balik. Heran...... heran……

No.
Company
Duration
Position
1
Rapid KL
2006
Legal Services
2
SPAD
June 2010
Legal Department
3
Presarana Negara 
3 January 2011
General Counsel and Secretarial

Mohd Rafi Osman, General Counsel and Secretarial menggantikan  Firdaus Effendy Mokhtar bertukar ke  Head Department Property and Land.


Apa yang hebat Rafi ni aku tak tahu (yang tahu sila bagi komen).

Cuma yang buat aku muskil, kenapa setiap BOD meeting, si Firdaus ni yang jadi mangsa mencatat minit mesyuarat……? Kenapa tidak Rafi…….? Adakah memandangkan status tinggi bukan kerja dia lagi…….? Sedangkan kalau tak silap aku, sebelum ni, semasa Firdaus diposisi General Counsel and Secretatial dulu, dia yang mencatat minit. Hanya desas desus yang aku dengar, si Rafi ni tak ada lesen secretarial. Sungguhka…….?
Print Friendly and PDF

Wednesday, February 16, 2011

Prasarana Oh Prasarana - Katak 1.

Sekali lagi aku lepak dekat Dataran Maybank Bangsar....... ala food court tu....... . Seronok dengar cerita-cerita sensasi pasal GMD baru. Sedih aku dengar sebab dalam satu organisasi yang besar semuanya berkumpulan. Ingat ka politik saja berpuak-puak, dalam business pun ada juga.

Aku tertawa sendirian bila mereka cerita pasal katak. Aku hairan, bab katak pun boleh cerita time makan. Tentunya mesti ada cerita hangat yang mereka sedang mengumpat....... Sambil menghirup secawan kopi, undur kerusi sikit dan pasang telinga.......

Oooo....... baru aku faham, bukannya Ibrahim Ali saja, dalam Prasarana pun ada juga. Ramai pulak tu. Tapi aku rasa biar aku cerita kisah mamat ni dulu. Kalau salah mohon maaf la, telinga hanya mendengar kalau tiada gangguan dari bunyi bising.......

Beliau merupakan SM di Human Capital Division lulusan Ekonomi dari Kanazawa Universiti, Japan.  Gomen ne...... nihongo zen zen wakarahen....... Shigoto wa taihen desu ne....... Hebat juga mamat ni bekerja.  Berpindah randah merata. Mungkin teruk tempat kerja tu....... Sejarah beliau bekerja:

No.
Company
Duration
Position
1
Matsushita Company
July 1994 — June 2001
Sr Executive - Human Resource
2
Citibank Berhad
2001  -  2001
Assistant Manager
3
Time Dotcom Berhad 
2001 — 2003
Manager IR
4
Celcom Berhad
June 2005 — June 2008
Senior Manger, Human Capital Services
5
Rapid KL
June 2008 — March 2010
Senior Manager HR Shared Services
6
ProKhas Sdn Bhd  (SPAD )
April 2010 — February 2011
General Manager (HR)
7
Prasarana Negara
5 January 2011
Head of Human Capital (Business)

Patut la depa panggil katak....... dari Rapid lompat masuk Prasarana. Aku dengar depa dok sembang, mamat ni juga merupakan sahabat baik kepada GMD Prasarana sekarang ni.

Nampak gaya macam GMD ni sememangnya nak tarik kroni-kroni di masuk Prasarana. Aku dengar omongan depa, kebanyakkannya datang dari RapidKL dan SPAD. Tak tahu la aku akan kebenarannya....... Nanti aku terjah lagi.

Apakah keistimewaan mamat ni pun depa tak tahu. Aku hairan, sepatutnya perkara ini tak berlaku tapi kalau  dua tiga orang tu tak hairan laaa....... Aku cuba menggali, rupa-rupanya hebat juga mamat ni beri kejayaan pada Prasarana, seperti mana yang aku jumpa dalam artikal dia di bawah:


Macam ni pun dia dah rasa bangga. Adakah ini kejayaan atau keuntungan besar pada Prasarana.......? Pening-pening kalau nak difikirkan. Adakah ini kehebatannya yang GMD war-warkan.......?

Kalau depa sebut bab katak memang kena pada tempatnya sebab bila aku buka halaman tu, ni yang aku dapat.......


Entah untuk apa kereta tu entah laaa....... SPAD nak race dengan Evo10 Polis kot....... Muncul Naib johan kawad hari Wilayah Persekutuan RM3,000.00....... nak bagi upah tukang-tukang kawat pun tak berbaloi. Pasai tu tak hantar wakil perarakan Maulidul Rasul baru-baru ni kot.......?

Aku tertanya-tanya, di manakah orang-orang Prasarana menghilang sehinggakan tidak mendapat tempat di hati GMD untuk kenaikan pangkat......? Adakah mereka-mereka ini tidak tahu buat kerja....... malas....... cakap pandai buat kerja tak tahu....... tiada kelulusan....... ataupun tak pandai mengampu.......?

Majoriti yang diambil oleh GMD adalah mereka yang datangnya dari Rapid. Bagus sangat ka orang-orang Rapid ni.......? Mungkinkah GMD sendiri datangnya dari Rapid atau SPAD.......?

Print Friendly and PDF

Thursday, February 10, 2011

Prasarana Oh Prasarana – Siri 1.

Aku tidak tahu apa dah jadi dengan Prasarana la ni…… Dengar kata Prasarana dengan Rapid ni tunggang langgang jadinya. Ibarat ular makan naga.

Kesian dekat Naga tu, pi ambil ular tup…tup ular makan dia balik. Ni yang buat aku bertambah semangat nak korek cerita.

Pernah suatu ketika dulu aku buka sikit cerita bab Prasarana ni iaitu Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1) (klik sini) .

Sebelum aku melebarkan cerita aku ni selebar mungkin, ingin aku menceritakan suatu kisah sedih yang aku dengar benar-benar menangkap kalbu dan perbuatan sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya yang memberi arahan tu bernama MANUSIA…….

Prasarana miliki satu anak Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) pada ketika itu dipimpin oleh bukan Sarjan Askar ataupun Sarjan Polis tetapi Sarjankan Md Shariff sebagai Managing Director.

Perniagaan utama adalah melalui “Cable Car” dan merupakan salah satu lubuk duit bagi Prasarana. “Cable Car” ni menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya. Sarjankan dan staff beliau bertungkus-lumus memartabatkan PLSB melalui promosi serata dunia menarik pelancong tempatan ataupun luar negara berkunjung ke Langkawi. Apatah lagi apabila memenangi Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik 2010.

Pada suatu hari, ketika Sarjankan sedang menunaikan ibadah Haji, beliau telah menerima satu panggilan yang amat pedih hati mendengarnya. Bagai nak luruh jantung. Apa masalah yang beliau buat pada PLSB sehingga tindakan sebegini dibuat tanpa memanggil beliau membela diri. Mungkinkah ini dugaan Tuhan yang beliau perlu hadapi dengan tabah. Ibadah haji beliau berserabut.

Alhamdulillah dengan fadzilat dan kesabaran yang Allah berikan, beliau dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna.

Panggilan telephone apakah itu yang penting sehingga tak dapat tunggu tuan tubuh balik dari menunaikan ibadah haji……?

Rupa-rupanya Sarjankan telah menerima panggilan dari Shahril Moktar (Group Managing Director) Prasarana menyatakan bahawa perkhidmatan beliau bersama PLSB ditamatkan. Siapa yang tak luruh jantung bila dapat berita macam ni……. Tak bolehkah Shahril menanti sehingga beliau pulang dari Mekah untuk memberitahu berita buruk ini. Jenis penyamun dan tak berhati perut.

Tempat beliau akan dan kini telah digantikan oleh Ebi Azly Abdullah (Chief Operation Officer). Dahulunya PLSB dipegang oleh MD yang banyak membawa pembaharuan dan kini diterajui oleh COO. Seorang COO mengambil tugas MD……. Dikatakan pula Ebi tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, kalau rujuk pada Prasarana Leadership Team (klik sini) semuanya berkelulusan tinggi kecuali Ebi dan merupakan kawan sekolah  Shahril. Hairan-hairan……. Apakah rahsia disebalik pertukaran ini……. Siapa si Ebi ni…….? Pelan-pelan kita terjah…….

Kini Hj Sarjankan diserapkan ke Prasarana sebagai GM Customer Experience Management. Kalau dalam politik, dia masuk dalam peti sejuk la……. Dari seorang GM PLSB, kini menguruskan survey pelanggan-pelanggan. Tergelak juga aku bila wujud satu division baru Customer Experience Management ni. Entah-entah pertama dalam dunia pa…….

Cerita aku ini hanya desas-desus angin meniup, tetapi hanya tuan tubuh yang mampu menjawab ataupun rakan-rakan seperjuangan, staff Prasarana, Panorama Langkawi dan sanak-saudara beliau dapat mencerita akan kebenarannya.

Mohon pada mereka yang tahu ceritanya dapat memberi komen, pendapat ataupun luahan sebenar demi kebenaran……. mengiakan apa yang aku cerita…….

Akan aku gali dan gali lagi apa yang berlaku pada Prasarana.......
Print Friendly and PDF

Friday, January 14, 2011

Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1).

Hari ini ketika aku sedang lepak di Maybank Bansar, terdengar suara-suara halus di belakang cerita ketidakpuasan hati mereka tentang pentadbiran PRASARANA sekarang. Apatah lagi teringat aku akan pendedahan yang dibuat oleh GAP suatu ketika dahulu atas tajuk KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD. Ini membuat aku rasa seronok nak korek balik.

Aku amati perbualan mereka, kesimpulannya apa yang aku faham adalah Prasaran sekarang tak sama dengan Prasarana dahulu. Agak aku mungkin  MD baru nak buat perubahan sikit kot....... Tetapi yang menghairankan aku, Rapid lebih berkuasa dari Prasarana.

Aku cuba search web Prasarana dan Rapid, terkejut juga bila address berlainan tetapi linknya sama.

1.       Prasarana  -   http://www.prasarana.com.my/
2.       Rapid        -   http://www.rapidkl.com.my/


Web Prasarana ada cuma kena tambah http://www.prasarana.com.my/contact/index.html baru dapat.
Tetapi bila ke HOME ia kembali semula pada webpage Rapid. Ini tak penting....... saja aku nak cerita.

Sementara aku mengumpul maklumat, biar aku cerita sikit latarbelakang Prasarana dan Rapid.
  
Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB).

Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September, 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu kota.

SPNB memiliki aset ketiga-tiga laluan transit aliran ringan (LRT): Aliran Ampang, Aliran Sri Petaling (kedua-duanya bekas Star LRT) dan Aliran Kelana Jaya (bekas Putra-LRT) yang dibeli daripada pemilik asal masing-masing pada 1 September 2002.

SPNB juga memiliki rangkaian bas yang dibeli daripada Cityliner dan Intrakota Konsortium pada 27 Oktober dan 29 Oktober 2003.

SPNB juga memiliki kereta kabel di Langkawi dan mengendalikan perkhidmatannya bagi pihak Langkawi Development Authority (LADA) melalui anak syarikat milik penuhnya, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB). Kereta kabel ini menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya pada Januari 2003.

Pengendalian kesemua perkhidmatan LRT dan bas milikan SPNB diserahkan kepada Rapid KL pada Disember 2004.

Pada Disember 2007, Prasarana telah mengambil alih aset dan operasi Sistem KL Monorel, yang kini diuruskan oleh KL StarRail Sdn Bhd (KLSR), syarikat milik penuh Prasarana.


Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL).

Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT), tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka.

Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan persendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - Intrakota Komposit dan Cityliner - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh SPNB pada 2003.

Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang menjunam sampai 16% daripada keseluruhan perjalanan, menjadikannya antara kadar penggunaan yang terendah di rantau Asia.

Pada tahun 2001, CDRC berjaya menstrukturkan semula hutang bernilai RM5.7bil kedua-dua syarikat LRT melalui penghasilan bon jaminan kerajaan oleh SPNB. SPNB secara rasminya mengambil alih pengendalian LRT daripada Star-LRT dan Putra-LRT pada 1 September 2002.

Pada bulan Oktober 2003, SPNB membayar RM177j mengambil alih Intrakota Komposit dan anak syarikatnya dari DRB-Hicom, dan juga membayar RM14j untuk 364 buah bas milik Cityliner. Syarikat-syarikat asal tersebut dinamakan sebagai pengendali sementara.

Pda bulan November 2004, SPNB memberi hak pengendalian perkhidmatan LRT dan bas kepada RapidKL.

Pada bulan Januari 2006, RapidKL memulakan rombakan semula rangkaian bas Lembah Kelang secara besar-besaran.

Tunggu pendedahan demi pendedahan akan aku korek buat renungan semua.......
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.