Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label PLKN. Show all posts
Showing posts with label PLKN. Show all posts

Friday, December 17, 2010

PLKN Kulim Milik Siapa…….?


Riuh rendah aku dengar tentang PLKN Bukit Besar Kulim ni. Amat hangat perbualannya dikalangan ahli-ahli Bekas Perajurit Kedah. Desas-desus mengatakan PLKN ni sebenarnya ada kaitan dengan Persatuan Bekas-bekas Perajurit Kedah. Malangnya Persatuan ni satu sen pun tak menerima seperti apa yang dijanjikan.

Aku cuba terjah permasalahan ini, malangnya tidak mudah untuk mendapatkan maklumatnya, memandangkan tak ramai yang tahu cerita sebenarnya. Terdapat 3 nama utama yang menjalankan kerja-kerja yang licik ini. Mereka adalah Ali, Hasbullah dan Mejor (B) Rosli.

Terdapat beberapa persoalannya yang timbul.

1.       Cara pembinaan PLKN Kulim…….?
2.       Tujuan pembinaan tapak pendaratan helikopter…….?
3.       Siapa engineer dan arkiteknya…..?
4.       Struktur pembinaannya…….?
5.       Peratus keuntungan kepada Persatuan Bekas Perajurit Kedah…….?
6.       Bagaimana pandangan peta topo dan kelulusan dibuat…..?

Akan aku dedah satu per satu persoalan di atas apabila aku dapat kumpul bukti-bukti yang kukuh. Aku pasti apabila cukup bukti, sudah pasti akan aku ketengahkan kepada pihak SPRM. Hampir 80-90% maklumat telah terkumpul.

Ingin aku ketengahkan pendedahan ni sedikit demi sedikit, malangnya apa yang aku dengar bahawa salah seorang dari 3 nama itu mempunyai rakan yang akrab di dalam SPRM Kedah mahupun Putrajaya.

Dengar kata salah seorang daripada mereka miliki 3 PLKN di Kulim, Pulau Pinang dan Melaka.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.