Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Murshidah. Show all posts
Showing posts with label Murshidah. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

Pegawai Tugas Khas MB Kahwin Dengan Isteri Orang.

Seorang Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Y.A.B Menteri Besar Kedah yang bernama MOHD ISMADI ABD KADIR telah bernikah dengan seorang perempuan bernama MURSHIDAH MUSTAFA (MM) yang masih merupakan isteri orang.


Hal ini sangat mengaibkan kerana ISMADI merupakan orang kepercayaan MB Kedah, dan pernikahan mereka adalah di dalam pengetahuan MB sendiri.

Berikut ialah rentetan kronologinya bagaimana Murshidah Mustafa ada 2 suami;

1.Dengan alasan suaminya FAKHRUR RAZI (anak Ustaz Azahari Al-Arkam) tidak memberi nafkah selama 8 bulan padanya dan anak-anak, maka Murshidah mereka cerita untuk menuntut taklik bagi membolehkan dia berkahwin lagi dengan ISMADI. Padahal dalam tempoh 8 bulan itu suaminya bukannya mensia-siakannya tetapi menunggu kepulangannya ke pangkuan suami. Murshidah lari dari rumah kerana di hukum tidak boleh keluar rumah, akibat kesalahan memecahbelahkan keluarganya dan jemaah suaminya.

2.Murshidah balik ke rumah keluarganya dan memberitahu bahawa perjuangan suaminya sesat.Di larikan sekali anak-anak 3 orang yang masih kecil secara rampasan dari sekolah suaminya.Si suami datangi keluarga memberitahu bahawa dia tidak akan ceraikan Murshidah.Dia minta kembalikan anak-anaknya dan akan menunggu sampai Murshidah kembali kepadanya.

3.Murshidah dan keluarga sangat marah dan memutuskan hubungan selama hampir 2 tahun.Ada juga berhubung tapi untuk meminta suaminya menurut kehendaknya.Suaminya berkata: “Saya tidak akan beri nafkah selagi kamu tidak kembali. Kamu dihukum nusyuz/derhaka.”

4. Murshidah pun menjaga anaknya dengan titik peluhnya dengan bantuan pakciknya MB Kedah itu..Hinggalah dia berkahwin dengan suami barunya ISMADI walhal suaminya tidak menceraikannya kerana tetap mendoakan kepulangannya.

5.FAKHRUR kemudian bertindak mengambil salah seorang anaknya yang berumur 13 tahun dari Sekolah Asrama.Murshidah cukup marah.Dia berkata dari kecil anak itu dia yang bagi makan kenapa dah besar datang ambil.

6.Murshidah rupanya berfikiran Islam yang tradisi dan sekular.Dia tidak tahu pun bahawa dalam Islam pendidikan anak-anak ialah meminta Allah menjadikan anak-anak itu soleh dan solehah.Sebab itu Murshidah sangat terkejut bila anaknya memilih ayah dan menolak orang yang hanya beri makan minum padanya.

7. Murshidah bukan wanita solehah yang dapat pamerkan sifat sabar dan redha ketika di uji, sebaliknya kelihatan begitu mengikutkan perasaannya dan nafsunya.Dia menganggap 8 bulan terlalu lama hingga mengambil keputusan untuk berkahwin satu lagi.Padahal suaminya menganggap 2 tahun barulah cukup untuk dia tahu siapa sebenarnya isterinya yang mencurigakannya selama ini.

8.Murshidah kelihatannya sangat sombong sekarang ini maklumlah pakciknya MB Kedah dan “suami keduanya” Pegawai Tugas Khas kepada MB.Dia sangka perbuatannya selamat dan tidak dapat digugat oleh sesiapa..

9.Murshidah terjerat dengan tindakannya sendiri yang bukan sahaja menjejaskan dirinya tetapi juga “suaminya” dan pakciknya MB Kedah.Bagaimanakah seorang yang sepatutnya dianggap beragama (orang PAS) boleh membenarkan perbuatan yang salah di segi hukum syarak.Murshidah mendapatkan surat taklik di Thailand pada Oktober 2007 dari HJ SUFIAN HJ ISMAIL seorang Imam kampong yang TIDAK BERTAULIAH DAN TIDAK DIIKTIRAF oleh MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA. Justeru perceraiannya adalah jelas TIDAK SAH di segi syariat.Kalau perceraiannya tidak sah, bagaimanakah Murshidah boleh bernikah dengan ISMADI yang khabarnya juga dinikahkan oleh HJ SUFIAN itu.Mengikut isteri pertama ISMADI suaminya bernikah dengan Murshidah pada Mac 2008.

10. HAKIKATNYA JELAS Murshidah Mustafa TELAH DAN SEDANG BERSEKEDUDUKAN DENGAN ISMADI LELAKI YANG BUKAN MUHRIMNYA SELAMA 1 TAHUN. (PERKAHWINANNYA DENGAN ISMADI TELAH DI SAHKAN OLEH MB KEDAH, SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH, ISTERI ISMADI, IBU DAN ADIK Murshidah DAN ANAK-ANAK Murshidah SENDIRI.)
11. Suaminya telah membuat aduan kepada pihak yang berwajib di Malaysia dan di Thailand dan bertindak mengambil anaknya kerana ditakuti anaknya akan dipengaruhi oleh perangai Murshidah yang buruk dan tidak bermoral itu.

Dipetik dari : murshidahmustafa.blogspot.com
Print Friendly and PDF

Siapa Yang Terlampau...?

Kita sambung lagi cerita, para pembaca semua selalu-selalulah jenguk blog ini, sebab selepas ini akan ada berita yang lebih menggemparkan dan bisa mengegarkan jantung dan hati, rasa-rasanya nanti bergoyang juga pejabat MB Kedah...kerana seorang wanita bernama Murshidah...

Itulah tuan dan puan, kita pun hairan bagaimana Murshidah "anak sedara" kepada MB Kedah yang merupakan pemimpin yang menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam " Negeri Islam" Kedah boleh duduk serumah dengan perempuan simpanan Arumugam?

Aku ingat mereka ini berpakat, Murshidah bersuami dua, Arumugam pula beristeri dua. Murshidah beragama islam, Arumugam pula beragama hindu. Bersuami dua istilahnya POLIANDRI.

Beristeri dua (atau lebih) istilahnya POLIGAMI.Dua-dua amalan ini memang wujud dan diamalkan dalam masyarakat. Syariat poligami wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama islam.

Syariat poliandri pula wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama Hindu. Alkisah dalam keyakinan orang Hindu, ada seorang Dewi bernama Dewi Drupadi punya sumai 5 orang dalam satu masa.

Lima orang suami Dewi Drupadi ini adik beradik Pandawa iaitu Pandu, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Jadi dalam syariat Hindu, isteri bersuami lebih daripada satu itu memang wujud dan dibenarkan.

Alahai nampaknya Murshidah dan Arumugam sudah betukar dan berkongsi syariat.

Syariat poligami untuk orang Islam sudah dipakai oleh Arumugam.

Syariat poliandri untuk orang Hindu telah dipakai oleh Murshidah.

Direstui pula oleh Ustaz Azizan MB Kedah.

Toleransi sungguhlah kerajaan PAS ini nampaknya.

Syariat Islam dan Hindupun boleh ditukar-tukar.

Inilah nasib bila belajar syariat, undang-undang dan toleransi agama, tapi tidak takut Tuhan. Digunakan pula agama itu untuk dapat kuasa memerintah dan hidup nafsu nafsi dan sesuka hati.

Bila Tuhan tidak ditakuti, macam-macam boleh terjadi.

p/s : Ada lagi pembohongan dahsyat Mursyidah, nantikan cerita ini tidak lama lagi.


Dipetik dari : murshigahmustafa.blogspot.com
Print Friendly and PDF

Kaitan Murshidah Dengan Bekas ADUN Bukit Selambau YB Arumugam.

Semua orang tahu kes perletakan jawatan bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam bukan?

Tetapi tidak ramai yang tahu mengapa beliau meletakkan jawatannya.

Pemimpin-pemimpin pembangkang menyebarkan dakwaan beliau diugut dan akan diculik oleh kerajaan. Ada juga dakwaan beliau ditawarkan RM 5 juta untuk melompat parti. Jadi pelbagai andaian disebarkan.Sebenarnya yang mengetahui rahsia sebenar ialah penduduk Bukit Selambau.

Mereka sendiri yang menghantar memorandum kepada Sultan Kedah untuk mendakwa Arumugam terlibat di dalam satu skandal iaitu bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga mendapat anak.

Berikutan dengan aduan oleh pihak-pihak tertentu atas kredibiliti beliau yang tidak wajar dijadikan contoh sebagai pemimpin masyarakat kerana mempunyai "isteri tidak sah" atau perempuan simpanan, maka beliau telah meletakkan jawatannya dan mengosongkan kerusi ADUN Bukit Selambau.

Khabarnya kini, beliau sedang berada di India untuk berehat dan melapangkan fikiran.Apapun, walaupun terurai sudah misteri atas perletakan jawatan Arumugam ini namun apa pula kaitannya dengan Murshidah?

Tentu pembaca tertanya-tanya bukan.Penulis mendapat berita bahawa Murshidah ini sebenarnya tinggal serumah dengan "isteri tidak sah"Arumugam itu. Mengejutkan bukan?

Tetapi tidak mengapalah, kerana kita ini masyarakat majmuk, tidak ada salahnya kita mahu berkongsi rumah dengan sesiapapun asalkan sebagai seorang Islam kita menjaga syariat.
Itu pendapat umum sahajalah, tetapi jika diperhalusi amatlah pelik juga. Mungkin penulis seorang yang tidak liberal?

Oh, kalau cakap pasal LIBERAL, itu ideologi yahudi, jadi kita sepatutnya tidak boleh berfikiran liberal. Apapun, kita tinggalkan persoalan liberal ini, lebih menarik kita cerita tentang Murshidah, betulkan?

Penulis cuba risik-risik dan dapatlah juga penulis tahu, alamat rumah tersebut. Janganlah pula ada yang pergi serbu rumah tersebut lepas ini, janji tau.

Alamatnya : No. 3002, Lorong Kenari Merah 1, Taman PKNK, Jalan Tun Razak, 05200 Alor Setar.

Murshidah dan "isteri tidak sah" Arumugam tinggal bersama di rumah ini. Ini bermakna Ismadi Pegawai Khas MB Kedah dan Arumugam menyewa rumah yang sama untuk isteri mereka.

Jika begitu, penulis pun hairan sekali.

Jika Ismadi mengetahui hal ini, masakan MB Kedah sendiri tidak tahu perihal Arumugam dan "isteri tidak sah"nya. Tapi, tak mengapalah, penulis faham.

Orang bukan Islam tidak ada mahkamah syariah jadi tidak ada kesalahan dari segi undang-undang untuk MB Kedah mendakwa Arumugam.

Penulis sekarang cuba belajar memahami bagaimana corak pemikiran liberal yang di dukungi oleh pemimpin de facto PR, Bro Anwar. Mungkin begitu jugalah yang sedang cuba difahami oleh MB Kedah, Ismadi dan Murshidah.

Tapi ingat, seperti penulis kata di atas tadi, liberal itu ideologi yahudi. Jangan sesekali kita mendukung fahaman ini, ingat tu...

Apapun, itulah yang dapat penulis sampaikan, dan kaitan Murshidah tidaklah secara langsung dengan bekas ADUN Arumugam tersebut, tetapi Murshidah adalah rakan serumah kepada "isteri tidak sah" Arumugam.

Begitulah kesimpulannya.

Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Dipetik dari : murshidahmustafa.blogspot.com
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.