Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Antara Dua Darjat Pelaburan PAS Dan DAP.......

Baru2 ini Teresa Kok telah dgn bangganya memperlihatkan jadual di bawah yg menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sepanjang 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Selain dari tu, statistik di bawah juga menunjukkan Pulau Pinang mencatat pelaburan berjumlah RM12.238 billion pada tahun lepas, sehingga Lim Guan Eng menabalkan Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan Malaysia tahun 2010, disambut pula dgn konsert percuma dari artis Ning Baizura. 

Tetapi Pakatan Rakyat terlupa dlm mereka ghairah menaikkan nama Selangor dan Pulau Pinang di bawah teraju PKR dan DAP, dua lagi negeri Pakatan Rakyat, iaitu Kedah dan Kelantan menduduki tangga yg ke 8 dan 12. 

Adakah Teresa Kok mempunyai agenda tersirat atau pun beliau terlupa akan adanya Kedah dan Kelantan yg mendapat pelaburan yg kurang dan kedua2nya kebetulan berada dlm pentadbiran sekutu PR mereka iaitu PAS.

Jumlah Modal Pelaburan Perindustrian Yg Diluluskan Mengikut Negeri Bagi Tempoh 2008 -2010
Negeri
2008 (RM)
2009 (RM)
2010 (RM)
Jumlah (RM)
Selangor
11,870,910,013
6,759,590,951
10,641,835,401
29,272,336,365
Sarawak
15,168,880,681
8,450,751,719
3,945,046,973
27,564,679,373
Pulau Pinang
10,156,301,413
2,165,240,934
12,237,958,878
24,559,501,225
Johor
11,711,672,847
4,063,441,520
7,464,914,643
23,240,029,010
Sabah
964,375,892
5,664,295,498
1,325,610,877
7,954,282,267
Perak
3,130,017,250
893,872,874
3,039,706,315
7,063,596,439
Melaka
3,634,515,677
892,711,918
1,631,129,805
6,158,357,400
Kedah
2,567,345,854
1,496,062,950
1,960,636,097
6,024,044,901
Terengganu
992,259,227
505,834,968
2,327,931,930
3,826,026,125
Negeri Sembilan
1,115,791,287
857,598,018
1,292,607,042
3,265,996,347
Pahang
1,080,749,835
604,841,416
1,038,737,181
2,724,328,432
Kelantan
83,600,000
126,929,520
169,555,000
380,084,520
W. P. Kuala Lumpur
117,786,590
155,664,320
55,046,132
328,497,042
Perlis
170,250,000
0
31,440,000
201,690,000
W. P. Labuan
20,540,508
0
14,866,935
35,407,443
Jumlah
62,784,997,074
32,636,836,606
47,177,023,209
142,598,856,889
Sumber: MIDA 

Jika dikira dari segi tanggungjawab, maka CEO negerilah yg bertanggungjawab utk menarik pelaburan ke negeri masing-masing. Jika analisis secara kasar ini dibuat dlm Pakatan Rakyat, maka prestasi MB Kedah, Ustaz Azizan sebagai CEO Kedah adalah tidak memberangsangkan langsung dan haprak, jika dibandingkan dgn prestasi Lim Guan Eng (Pulau Pinang) dan Khalid Gagap (Selangor). Mungkinkah ini adalah strategi secara halus DAP dlm PR utk memperlekehkan negeri di bawah tadbiran PAS yg jelas tidak berupaya menarik pelaburan, walau pun Kedah misalnya mempunyai sebuah permata destinasi pelaburan iaitu ‘Kulim Hi-Tech Park’ dan Kelantan yg dibimbing oleh Tok Guru Musryidul Am PAS Dlm konteks Kedah, ini juga nyata menunjukkan kegagalan CEO KHTP yg telah gagal membantu MB Kedah bagi menarik pelaburan mega FDI ke Kedah (contoh terbaru ialah Robert Bosch yg membuat keputusan utk melabur di Pulau Pinang). 

Lim Guan Eng yg mendapat latihan dari ayahnya Lim Kit Siang dan juga berkiblatkan PAP (Singapura), sebenarnya memang mahir dlm taktik manipulasi dgn menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat utk ‘political mileage’ beliau. Walau pun beliau tahu yg buat semua kerja menarik pelaburan FDI, insentif, promosi dan membangun infrastruktur ialah kerajaan pusat (terutamanya MIDA), tetapi beliau yg buat pengumuman dan perasmian kilang di Pulau Pinang. Beliau tahu sebenarnya pelabur luar membuat pelaburan berasaskan kemudahan infrastruktur sedia ada di Pulau Pinang dan insentif pelaburan kerajaan pusat. Kerajaan negeri pula mendapat hasil dari pajakan tanah sekitar RM20 sekaki persegi ke atas; di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Malah tiada sebarang insentif yg ditawarkan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri. Kadar air juga adalah sama utk semua tempat di Pulau Pinang. Kadar pajakan tanah ini adalah yg tertinggi di Malaysia. Sedangkan semua infrastruktur seperti jambatan Pulau Pinang, Penang Port, lapangan terbang antarabangsa, jambatan kedua, jalan raya dan prasarana pelaburan disediakan oleh kerajaan pusat. 

Kedah pula mempunyai banyak kelebihan iaitu Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yg mempunyai IPP sendiri (NUR) dan tarif air yg lebih rendah dari tempat lain di Kedah. 

Persoalannya mengapakah Pulau Pinang (DAP) memperolehi lebih pelaburan berbanding Kedah (PAS) pada 3 tahun lepas.....?. Sedangkan faktor menarik pelabur lebih berpihak kpd Kedah, dan harga pajakan tanah juga lebih murah berbanding dgn Pulau Pinang. Harga pajakan tanah adalah sekitar RM12 ke RM18 sekaki persegi di KHTP. 

Hakikatnya DAP sedang berusaha menaikan prestasi mereka dlm PR manakala PAS masih syok sendiri dan masih berkhayal kononnya mereka sedang membasmi rasuah di Kedah, dan sekarang berbangga bahawa semua deal pelaburan di Kedah tiada lagi deal ‘under the table’. 

Kalau pun kita bandingkan prestasi Kedah sewaktu pemerintahan BN/UMNO, ianya jauh lebih baik, malah mencapai sasaran Kedah Maju 2010, iaitu pelaburan sebanyak RM1 billion setahun sewaktu Syed Razak menjadi Menteri Besar Kedah. 

Sila bandingkan prestasi Kedah dan KHTP di bawah dgn jadual terdahulu di atas yg dibantangkan oleh Teresa Kok, Exco Industri Selangor, dan lihat perbezaan ketara di bawah 
BN/UMNO (1997-2007) dan PAS (2008-2010).

TAHUN
NILAI PROJEK DILULUSKAN
% SUMBANGAN
KEPADA KEDAH
% SUMBANGAN KEPADA MALAYSIA
MALAYSIA
(RM JUTA)
KEDAH
(RM JUTA)
KHTP
(RM JUTA)
1997
6,222.7
4,649.7
4,285.4
92.2
68.9
1998
2,412.1
718.1
354.5
49.4
14.7
1999
7,032.1
567.8
259.0
45.6
3.7
2000
12,182.5
1,016.1
549.2
54.0
4.5
2001
10,324.9
698.5
180.1
25.8
1.74
2002
5,650.9
532.1
60.0
11.2
1.2
2003
4,977.6
879.4
172.4
19.6
3.4
2004
8,626.9
5,245.4
4,589.4
87.5
53.2
2005
13,793.8
1,763.4
1,232.7
70.0
8.9
2006
10,023.7
9,880.2
1,548.2
15.6
15.4
2007
15,111.6
13,990.2
2,932.9
20.9
19.4

Kejayaan KHTP/KTPC juga telah menjadi kebanggaan rakyat Kedah satu ketika dahulu, seperti yg dipaparkan dlm jadual dibawah:
TAHUN
ACARA
1990
Penyediaan Deraf Pelan Induk KHTP
1993
Pelan Induk KHTP diluluskan oleh Kabinet
1996
Pelancaran rasmi KHTP oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir iaitu ‘KHTP – Science City Of The Future’
1996
Intel Corporation menjadi pelabur pertama dan utama di KHTP
1998
KHTP mendapat tempat kedua dlm ‘Top Asian High Technology Parks’ oleh Strategic Information Services (SIS)
1999
Silterra menjadi syarikat fabrikasi wafer pertama di KHTP
2000
KHTP mendapat tempat ke empat dlm ‘Asia’s Top Business, Industrial & Technology Parks’ oleh Corporate Compass
2001
KHTP diberi MSC Status (Incubator) dari Multimedia Development Corporation (MDeC)
2003
KTPC mendapat persijilan ISO 9002
2004
KHTP mendapat anugerah status ‘MSC Malaysia Cybercity’
2006
Pelancaran KHTP sebagai MSC Malaysia Cybercity
Fuji Electric/ Intel / Entegris membesarkan operasi
Pembangunan Zon Industri Fasa ke 3 (432 ekar)
2007
Pelaburan First Solar – syarikat terbesar dan pertama utk pembuatan panel solar di Malaysia
2007
Dilantik menjadi juru runding utk membangunkan sebuah kawasan perindustrian di Lusaka, Zambia.  Skop kerja ialah ‘Feasibility Study and Development of a Master Plan for the Lusaka Multi Facility Economic Zone (MFEZ)’

Sebagai penutup, kalau kita kaji acuan komponen PR, tak banyak bezanya dari BN, seperti jadual kat bawah ni:
PRU 13
Melayu
Cina
India
Barisan Nasional
UMNO
MCA & Gerakan
MIC
Pakatan Rakyat
PAS
DAP
PKR

Yg ketara bagi PR, walau pun memperjuangkan setiap parti mereka berbilang kaum, yg nyata di kalangan rakyat sekarang ialah PAS = Melayu, DAP = Cina dan PKR = India. PKR walau pun Presiden dan Timbalan Presiden Melayu, telah didominasi oleh kaum India. Jadi apakah bezanya mereka dgn BN.....? PR hanya tiru acuan BN (COPYCAT), walau pun kini mereka merasakan mendapat sokongan dari golongan penduduk kawasan Bandar. 

AYUH MARI KITA GEMPUR PAS DAN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH PADA PRU 13 DAN KEMBALIKAN TAMPUK PEMERINTAHAN KEPADA BARISAN NASIONAL
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.