Assalammualaikum..selamat petang..
Salam jumaat buat semua..terima kasih buat kengkawan yang sudi join ga aku lagi eh..tak sangka ramai yang sudi join ga aku..best2.mintak maaf la kalau ada salah silap kat ga ni..maklumla baru first time aku buat ga ni..huhu ^_^ .sebab dah berapa hari takde cerita pasal makanan, aku pun dah start teringat2 nak cerita balik.hehe..jadi hari ni aku nak kongsikan resipi sugar cookies yang aku buat hari tu.boleh buat doorgift dan hiasan meja candy buffet.
Sugar cookies comel2..
Bahan bahan
Butter - 1 cawan (225 gram)
Gula castor - 1 cawan (225 gram)
Tepung - 3 cawan (450 gram)
Telur - 1 biji
Tepung penaik - 1 sudu kecil
Esen vanilla - sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Susu tepung - 2 sudu besar
Cara cara
Memula campurkan butter dengan gula dan dimixerkan sampai kembang,kemudian masukkan telur dengan esen vanilla,mixerkan lagi sampai sebati,kembang.baru masukkan tepung,tepung penaik dan jugak garam.gaul gaul je dengan tangan atau spatula getah tu..sampai jadi macam gambar kat bawah
Doh biskut yang dah siap
Letakkan atas plastic warp dan tutup kemas2.simpan dalam peti ais dan biarkan selama 4 jam atau lebih bagus semalaman
Lepastu boleh keluarkan dan bentukkan pakai bentuk bentuk acuan yang digemari.aku ada acuan love ni je.huhu.
Biskut yang dah siap dibakar
Dah siap dibentukkan masukkan dalam oven menggunakan suhu 170 darjah celcius menggunakn api atas bawah selama 20 minit
Bahan bahan untuk royal icing
Putih telur - 1 biji
Gula icing - ikut kekentalan icing
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Cara cara
Mixerkan telur sampai kembang dan bertanduk..macam nak buat pavlova tu..masukkan esen vanilla dan gula..gaul gaul dan masukkan gula icing sampai bancuhan kental dan tak cair.lepastu boleh la masukkan kaler apa yang disukai eh..
Tunggu biskut sejuk,baru boleh letakkan gula icing tu kat atas biskut ya..dan biarkan icing tu kering selama beberapa jam.baru boleh simpan.
Aku kurang pandai nak tulis tulis resipi ni.jadi aku tulis simple2 je ni.arap2 boleh faham la ya..huhu..lagipun,sebab resipi aku ni aku tak copy paste mana2 jd mungkin ayat agak berterabur disitu..ngeh..ngeh..
Selamat mencuba eh kengkawan..