Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Bunga Dan Quote




Assalammualaikum..selamat sejahtera..



Gambar yang aku ambil tadi jugak..aku edit dan letakkan quote.percubaan dari seorang jurugambar amatur yang berangan angan nak jadi jurugambar profesional..huhuhu..aku ambil gambar ni guna telefon samsung s galaxy advance..



Bunga bunga rumput yang aku kutip kat tepi rumah je ni..

Memang petang tadi aku duk bertinggung depan umah kakak aku je..semua pun aku ambil gambar..hoho.memang takde keje kan?ambil ambil gambar ni memang agak menenangkan..♥ it so much..



I hope you find
Whatever you've been lookin' for....







Thursday, 19 December 2013

Lavender Di Hatiku




Assalammualaikum..selamat sejahtera..


Ni aku letak gambar sugar cookies dengan lavender sebagai lukisan atasnya..hehe..aku main lukis je pun..janji ungu2 lavender la tu..aku tengah cari idea apa aku nak buat ni..walaupun otak agak tepu dengan semua permasalahan yang melanda.hati sentiasa bersabar dan redha..



Lavender di sugar cookiesku..


Rasa macam nak berlari lari kat padang yang dipenuhi lavender je ni..nyaman je kan..


"My friends keep tellin' me
That if you really love him
You've gotta set him free"








Sunday, 17 November 2013

Salad,Zinnia Dan Nangka



Assalammualaikum..selamat petang..

(Tempahan sekitar ipoh dibuka mulai isnin)


Aku ngantuk lagi..huu.semalam balik lewat sebab pegi mandi kat air panas gadek.pukul 3 pagi baru sampai rumah kut.aku takdela berenang2 kuak lentang,kupu kupu pun.aku letak letak kaki je.malas la nak menyalin bagai.hee.ramai orang semalam.maklumla hari minggu.sebelum tu buat salad lagi


Konon diet.tapi sebelumnya aku dah makan ayam berketui.huhu


Petang sebelumnya pegi belek belek bunga zinnia aku yang semakin banyak berkembang.haritu lebih lebih kurang warna purple kan..ni keluar bunga warna merah pulak..


Teruja tengok bunga banyak.hehe


Nangka yang dibuat macam bunga cantik kan..

Semalam pun ada menjual nangka.banyak jugak yang diaorang jual.ada lagi belen nangka ni..aku nak buat sesuatu dengan nangka tu.harap harap menjadi.hehe






Friday, 15 November 2013

Kuntum Bunga Zinnia



Assalammualaikum..selamat petang..


Salam jumaat.kat sini agak mendung.jadi aku pun duk menguap je la keja nya.huhu..baru lepas tengok cerita beastly...jatuh cinta lagi..hehe..takde buat apa pun harini sebab butter aku abes.baru ingat nak buat roti tadi..huhu.kepada kawan2 yang nak tengok bunga zinnia aku. aku letak  gambar bunga zinnia yg semalam aku pos masih lagi kudup..arini dah berkembang


Berkembang walaupun belum sepenuhnya.senyum2 aku


Banyak lagi yang belum berkembang.kalau dah kembang semua nanti mesti lagi cantik ni..

Aku tak letak baja apa pun tapi daun dia memang sihat2 camtu.mungkin dapat baja dari kucing jiran aku kut..hehehe..






Thursday, 14 November 2013

Kudup Bunga Zinnia



Assalammualaikum..selamat malam..

Line tenet agak slow harini ya..huhu..jadi bersabar je la..aku baru abes memasak kek..masak ke bakar?hentam je la.hehe..tapi ni tak cerita pasal kek..ni cerita pasal pokok bunga zinnia yang aku semai haritu..sengih sengih masa aku pegi belek belek pokok zinnia ni pagi tadi..


Kudup bunga zinnia yang dah nak berkembang.. ^_^


Gambar 2 hari sebelumnya..

Bunga ni memang feveret aku..ada sentimental value bunga ni..yang boleh buat aku sengih sorang sorang tiap kali tengok kuntuman bunga ni..hehe..kengkawan yang lain ada bunga bunga feveret tak?




Tuesday, 1 October 2013

Anak Pokok Zinnia & Cypress Vines



Assalammualaikum..selamat petang..

Aku pegi jalan jaln depan rumah tengok anak pokok bunga yang ku semai haritu..alhamdulillah..semakin besar dah anak2 pokok zinnia.aku semai dalam lima bijik pasu..amik kau.semua rapat rapat pulak tu.dah besar sikit nanti baru aku nak jarangkan dia.



B n w zinnia



Comelkan..hehe..ada banyak anak pokok bunga ni.aku nak bagi kat jiran sikit.sebab dia pun tengah aktif berkebun tu


Sebelah kiri benih zinnia.sebelah kanan benih cypress vines



Ni pulak anak pokok bunga cypress vines.nama malayu aku tak tau.kut bunga bintang kut.pokok dia jenis menjalar dengan bunga warna merah,pink dengan putih.tapi yang aku semai ni warna merah.ni memang masa mula mula keluarkan daun dia kerepot sikit..hehe.jadi jangan cabut pulak bila dia keluar daun cenggini.


Ni bila daun dah elok berkembang.bunga cepat tumbuh dan cepat berbunga.aku suka letak bunga ni kat pagar..nanti pagar nmpak hijau hijau dan merah je..


Google image

Camni la bunganya.dulu dulu mak selalu tanam kat depan rumah.sekarang jarang nak tengok orang tanam bunga ni dah.dulu satu kampung penuh bunga ni depan pagar.hehe..




Friday, 27 September 2013

anak bunga zinnia



Assalammualaikum..selamat pagi..

Salam jumaat..benih zinnia berlapis yang disemai kelmarin dah pun tumbuh..semalam dah nampak hijau sikit.hari ni semua pasu dah hijau.alhamdulillah..elok lagi benihnya..


Nanti dah besar sikit,baru aku nak jarak jarakkan anak pokok ni..aku memang peminat tegar bunga zinnia ni..ngee...




Camni bunga zinnia yang aku semai ni..cantikkan?






Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti berkebun sampai lenguh..



Assalammualaikum..selamat petang..

Aktiviti yang aku buat 2,3 hari ni...memandangkan aku amat bosan kat rumah..nak buat kek,biskut semua tak boleh sebab barang2 semua kat rumah mak lagi...wuuuuu....boleh camni......jadi aku cari aktiviti nak dibuat..aktiviti berkebun..huhu..pergi hardware beli kain hitam orkid tu yang murah2 dan suruh bos pasang..nanti takdela pokok pokok aku nanti kena panas..sebab kat rumah aku ni kalau petang memang panas sesangat..dan aku beli pokok untuk letak kat pagar dengan depan rumah..beli budget2..belum gaji lagi tahu..haha..



Apa nama pokok ni aku tak tau..tapi ku suka..sebab dia hijau hijau je...sepokok rm5..aku tanam letak dalam pasu depan rumah.


Pastu pokok ni.mak ku panggil pokok bunga proton saga..pasai pa aku tk tau..huhu..pokok ni aku beli letak kat tepi pagar sebab pokok ni cepat membiak.tengok mak aku tanam dulu..



Hehe..saja aku test2 nak jadi potograper yang pro.haha..


Benih benih yang aku rendam dulu sebelum disemai.aku selalu buat camni je..semua biji benih pun aku buat camni.huhu..yang ada sawi,bayam,bendi,cabai,selasih,kailan dengan sawi pendek.esok boleh semai dah ni


Ni pulak benih zinnia yang berlapis lapis.aku ambil biji benih ni kat kedai mkan kawan aku.cuba semai kut mau naik..haritu aku dah semai,tapi emy dah rompak bawak balik ipoh..ceh...

Nila aktiviti aku sebab tk boleh nak membaking..wuuu..berkebun angkat pasu,buang buang rumput lenguh habis badan aku.berkebun 3 jam,aku baring 3 hari.hoho..pemalas kan?





Monday, 22 April 2013

Bunga Di Pagi Hari



Oo.letihnya..semalam sampai ke ipoh pukul 1 pagi.bertolak pukul 8 malam.aku tido je pun...haha..tapi beriya bagitau letih.sampai semalam terus mata jadi terang dan sempat membedal megi cawan tomym satu..terus aku tido.ni gambar2 yang aku tangkap tadi..aku tak mandi pagi pun lagi.jimat air tuk kopi.hehe



Tak tau nama orkid ni..da belang2 macam rimau je..jadi namanya orkid rimau.mak aku tanam tepi rumah.banyak bunganya.aku tanam orkid taknak pulak berbunga..huhu



Ni je jambak bunga akar dani yang ada.yang lin semua da bes da..aku suka bunga ni sebab dia jenis yang memanjat dan jugak wangi..nanti aku nak amik batang pokok ni semai.nak letak kat keliling pagar rumah.



Bunga ni pun aku tak tau nama..bunga butang eh...ntahla..selalu aku keringkan je bunga ni..pastu sembur minyak wangi..wat potpori sendiri.




 Bunga esperanza.nama yang sungguh best.nama melayu aku tak tahu.bunga ni selalu je ada aci ambik tiap2 pagi..tetiba mak aku tengok da botak je pokok bunga dia.huhu..




Aku tak tau jugak namanya..aku amik gambar je sebab lawa mak aku tanam dalam pasu.takpe..nanti aku ambik sikit.hehe..tanam kat pasu umah aku.sekarang umah aku aku ada pasu kosong je.huhu..nanti2le aku nak bercucuk tanam.sekarang aku keja takde masa nak bercucuk tanam sangat..nnti cuti2 la.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...