HATI TENANG HIDUP BAHAGIA
1 - Mulakan pagi dengan sesuatu yang dicintai oleh Allah iaitu sekurangnya solat sunat tahajud walaupun cuma dua rakaat.
Doa banyak banyak, kerana ia diantara waktu yang mustajab untuk berdoa.
2 - Tunaikan solat sunat sebelum subuh kerana ia lebih baik daripada dunia dan seisi dengannya.
3 - Jangan tidur selepas subuh kerana ia akan merosakkan mood kita.
Buatlah sesuatu yang mengelakkan kita daripada tidur selepas subuh.
4 - Amalkan solat taubat serta perbanyakkan istighfar.
Kalian akan lihat bagaimana ia mengubah kehidupan.
5 - Amalkan solat sunat istikharah setiap hari.
Dalam hidup ini ..
Setiap perkara kita perlu membuat pilihan.
Bermula daripada bangun tidur lagi.
Jika terjaga jam 4 pagi, kita diberi pilihan.
Bangun dan tunaikan solat sunat tahajud atau tidur semula?
Maka, mintalah Allah memimpin pada setiap pilihan kita.
6 - Paling kurang bacalah satu muka surat al Quran supaya ada berkat pada masa kita.
Berkat ini apa?
Kita dapat buat banyak perkara pada masa yang dipinjam oleh Allah.
Berapa banyak perlu membaca al Quran?
Kata Ulama :
“Sebanyak kamu inginkan kebahagiaan"
7 - Jangan cari masalah dengan orang. Hati kita akan tenang.
8 - Buat baik dengan kedua ibubapa.
9 - Jika sudah berpunya, maka berilah tumpuan hanya dengan itu. Saling menguatkan untuk sama sama mengecapi setiap impian yang diidamkan. Fokus!
10 - Apa jua impian yang kita mahu capai, selit sekali ibubapa kita. Pasti dibuka banyak jalan daripada jalan yang tidak disangka.
Alhamdulillah...
Sumber : fb