PEROLEHAN
Pengurus sekolah dan pegawai yang diberi kuasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perolehan dan perbelanjaan yang dilakukan daripada Kumpulan Wang Sekolah. Mereka juga hendaklah memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada bagi:-
(a) Menentukan satu system perolehan yang teratur dan sempurna.
(b) Memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat dengan cekap dan
Berkesan.
(c) Memastikan pengurusan perolehan mematuhi kehendak undang-
undang dan peraturan-peraturan sedia ada.
(d) Mengelakkan daripada dikenakan tindakan surcaj akibat kecuaian dan kelemahan dalam urusan perolehan
ASPEK PENTING DALAM PROSES PEROLEHAN
1.2.1 Perancangan
Perancangan perolehan yang baik dengan mengambilkira peruntukan yang di perolehi oleh pihak sekolah akan dapat mengelakkan pembaziran. Sebelum membuat pembelian Pengurus Sekolah dinasihatkan:-
(a) Memastikan baki peruntukan di Buku Tunai adalah mencukupi dengan
mengambil kira tanggungan yang belum dibayar sebelum membuat pesanan.
(b) Menentukan kuantiti yang hendak dibeli dengan mengambilkira keperluan
murid, guru dan kakitangan sekolah berdasarkan perkara berikut:-
(i) Stok yang masih ada.
(ii) Kegunaan purata sebulan (iii) Kekerapan penggunaan
(iv) Tarikh barangan akan dibekalkan (c) Pembelian akan memberi faedah kepada sekolah.
(d) Memastikan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun memainkan
peranan yang aktif dalam membuat perancangan perolehan sekolah.
(e) Ketua bidang/panitia mata pelajaran perlu membuat permohonan pembelian
kepada Pengurus Sekolah menggunakan borang Nota Minta uantuk tujuan
kawalan pembelian yang lebih berkesan seperti Lampiran 6-1.
(f) Mematuhi pekeliling pembelian harta modal yang sedang berkuatkuasa:-
(i) Menggunakan peruntukan LPBT/LPK sekolah
- Tidak melebihi RM10,000 adalah dibenarkan di peringkat sekolah.
Amaun melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ.
(ii) Menggunakan peruntukan PCG
- Sekolah Menengah- nilai keseluruhan harta modal yang dibeli tidak melebihi RM10,000 setahun atau 30% daripada jumlah peruntukan keseluruhan PCG matapelajaran dan bukan mata pelajaran(tidak termasuk LPBT/LPK) yang mana lebih rendah.
1.3 PERATURAN PEROLEHAN DAN PEMBELIAN
Bekalan/perkhidmatan yang terdapat dalam kontrak pusat hendaklah dibeli terus
daripada pembekal yang disenaraikan dalam kontrak pusat. Walaubagaimanapun,
sekolah dibenarkan membeli di luar daripada kontrak Pusat sekiranya jumlah pesanan
itu adalah tidak mencapai had pesanan minima yang ditetapkan dalam Pekeliling
Kontrak Perbendaharaan bagi barangan berkenaan.
Bekalan/perkhidmatan yang tidak disenaraikan dalam kontrak pusat, pembelian
hendaklah dibuat daripada pembekal yang mengenakan harga yang berpatutan dan
berkualiti tertakluk kepada nilai bekalan/perkhidmatan tersebut.
Pengurus sekolah hendaklah mematuhi peraturan yang dinyatakan di bawah ini:-
(rujuk Tatacara Pengurusan Kewangan Dan perakaunan Kumpulan Wang
Sekolah- m/s89-91 )
Kata kunci: tatacara pembelian pentadbiran sekolah, tatacara pembelian sekolah, cara sekolah membeli, tatacara membeli oleh sekolah