Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Bismillah
Assalamualaikum WBT
Sedikit renungan untuk petang hari ini,
"Selesaikan Hak Allah, dan Allah akan melapangkan urusanmu, jikalau tertangguh urusanNya, maka ditimpakanNya kesibukan yang tiada berpenghujung"
"Maka, atas nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" Ar-Rahmaan.
Insha Allah, inilah yang sedang perlu kita usahakan jikalau mahu menjuarai akhirat. Usah dipeduli orang lain jika tidak bersetuju dengan kebaikan yang kita impikan kerana hidayah itu milikNya dan hanya Dia yang meletakkanNya ke dalam hati orang yang mendambakannya. Syukur, setiap hari semakin dipermudah urusan semoga hari-hari dipenuhi dengan keceriaan.
Pagi hari ini, ayah datang membawa Pulut Durian dan Pulut Ikan Masin kegemaran saya dan suami. Emak dan ayah baru pulang dari meronda sekejap di Kuala Lumpur menemankan adik menghadiri temuduga sambil-sambil menziarahi Pak Njang sekeluarga. Memang saya teringin benar hendak makan pulut durian, Terima Kasih Allah kerana Mendengar dan Menunaikannya. Maha Suci Allah!
Baiklah, saya tidak ingin membuang banyak waktu kerana anak-anak bakal bangun sebentar lagi. Di sini saya ingin menulis sedikit mengenai Akademi Bekerja di Rumah (ABR) yang saya sertai. Sudah lama saya ingin wujudkan ulasan ini, namun 'Page'nya saya 'sorok' dahulu. Lihatlah betapa bertangguh itu pencuri masa dan kini ABR semakin melebarkan sayapnya dengan membuka peluang untuk kalian menjadi RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE AKADEMI.
APA KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABR?
Insha Allah, dengan mengiklankan produk-produk dari ABR, kalian akan beroleh komisyen. Jujur saya katakan, ramai yang perlu wang tambahan, usah malu, saya juga seperti ini dan bersama akademi yang tidak ada kena mengena dengan sistem MLM, kita mampu menjana sedikit wang jika berusaha.
Tidak perlu buka kedai, kerana ini adalah kedai pasif, pelanggan masuk tidak mengira waktu, tiada pintu, tiada waktu operasi dan tidak memerlukan pelayan. Pelanggan melayan diri dan libur-libur sambil mendapat informasi di laman blog kita.
Tidak tahu bina blog? Usah gusar ada guru berpengalaman boleh ajarkan.
AKADEMI BEKERJA di RUMAH
Akademi yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad kini menghimpunkan lebih 350 buah blog melalui 21 buah kelas yang diajar oleh 13 orang guru yang berdedikasi. Setakat ja 10 pagi 23 Disember 2013 ini, ABR telah menerima 37 pendaftaran baru mengikut berita terkini yang disampaikan oleh Puan Pengasas yang kami gelar SIFU ini.
Rata-rata yang menyertai ABR ialah surirumah atau pemilik pelbagai jenis perniagaan yang mencari rezeki dari rumah yang bergelar WAHM (Work At Home Mother); setidak-tidaknya ibu yang bekerjaya yang berimpian dan sedang ke arah menguruskan pekerjaan dari rumah. Bayangkan, hati ibu mana yang tidak rawan meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain dan bertekad ke tempat kerja demi membantu keluarga.
Di ABR, pengurus atau CEO (anda tentukan) SOHO dan SAHM berkongsi pengalaman, idea, panduan juga petua untuk memastikan momentum berusaha daripada rumah dapat dipacu dengan baik. Ini semua sangat berguna kepada ibu-ibu yang masih di pejabat yang masih mencari kekuatan dan ilmu untuk berdikari dan kembali ke pangkuan anak-anak yang dahagakan kasih ibu.
BAGAIMANA BERMULA DI ABR?
Seperti saya juga, saya mula merisik khabar dengan menjeling status sahabat sekolah lama saya (beliau kini guru di ABR dalam masa yang sama mengurus pelbagai bisnes online, menulis di majalah dan sibuk melayan ditemuramah wartawan). Daripada menjeling, kemudian membaca, memahamkan, kemudian bertanya dan kemudian mendaftar dengan beliau. Bagi yang lebih rajin, sila layari
http://www.janawangdirumah.com/ untuk tahu serba sedikit mengenai bekerja dari rumah.
Mudah bukan? Tanyalah untuk mendaftar. Boleh terus melalui saya
Snh Nurulhusna. PM untuk tahu lebih lanjut, tidak mendaftar tidak mengapa.
Kelas 100% fleksibel dan dijalankan secara online. Saya juga sangat bersyukur kerana selain diberi beberapa buah e-book percuma sesuai dengan tempoh prommosi yang saya sertai, saya juga berpeluang beriklan percuma di
SOHO Directory. Sebuah laman yang menerima kunjungan daripada ahli dan juga trafik daripada gabungan rakan-rakan ahli.
Sekian,
Wassalam WBT