Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

HARI MINGGU DAN BLOG

Assalamualaikum ...


Morning u'olls ...

Korang tak update entry ke weekend camnie?
Aku perasan kalau weekend kebanyakan blogger jarang update blog
Aku plak kalau weekend dok umah, mahu berentry-entry aku update
Walaupun entry berlambak, susah la plak nak dapat UV
Coz memasing dah kuar dating di hari minggu, aku je terjelepok depan pc
Takdelah orang nak baca entry yang aku update. Ish .. kesian ...

Ada masa biasanya aku blogwalking pun hari minggu ajelah. Tu pun kengkadang.
Semua blog aku terjah, kadang-kadang sampai berejam mengadap blog je.
Bila time busy, berhari-hari barulah jumpa blog. Tapi bukannya update.
Setakat baca ulang tayang entry lelama je ;-D

Tapi aku gak perasan, mana yang blogger tegar tu mesti update blog kurang-kurangnya 3 entry sehari
Hebat tul dorang nie. Banyaknye la idea.
Kan best kalau aku dapat jadi cam korang ... tapi dah cam full time blogger plak
Dah tak leh nak wat keje lain. Takmolah camtu. Aku nie part time blogger je pun
Sebab tu update ikut suka hati sendiri jerk.

Skang ni pun aku dah jarang wat auto publish entry. 
Bila taip entry je terus rasa tak sabar nak publish. Camne nak wat auto publish kan?
Aku plak yang jadi jenis tak sabar baca entry sendiri...uwwwweeeekkkk *cam la entry sendiri best*

Dah sorang-sorang tak buat apa ... ngadap blog ajelah sampai lebam.
Semalam aku dah kemas ruang tamu, hari nie plan nak kemas bilik belakang
Baru plan, tapi tak tahulah berjaya ke idak plan nie ... he he he
Kalau tak berjaya, nak kuar sat pi car wash. Kete dah bersalut kotor dah. Geli nak naik.

Kadang aku fikir, menulis blog nie lagi best dari dok ramai-ramai pastu mengumpat orang.
Buat dosa je. Tapi tulis blog pun jangan lah ngata orang juga ... ye dak? Kalau tak sama je dosanye.


Takda kene mengena dengan entry nie ;-D




CK : Tengah fikir nak masak apa for breakfast ...

Saturday, August 17, 2013

MEE GORENG UDANG DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum ...



Weekend dok umah. Berehat dan juga kemas rumah. Baru kemas sikit, berehat je lebih.
Tetiba macam merajin sket arinie. Alih meja makan dari sudut sana ke sudut sini.
Day bed dari hujung sana ke hujung sini.
Kertas terpakai semua kumpul dalam plastik tunggu masa nak hantar pi pusat kitar semula.

Aku cuma ada masa lebih dah kurang 2 bulan 14 hari. Nak settle bab rumah dan urusan masa depan ;=)
So, aku pun merajinkan diri dok rumah dan kemas apa yang patut.
Tak cantik sangat pun takpe, asal rumah nie nampak kemas dan teratur. Plus bersih ;p
Sambil mengemas rumah, campak baju dalam washing machine ... biar dia pun buat keje juga.

Dah siap 30% kemas rumah, melepek la juga sekejap. Penat weh angkat meja makan sorang
Bukan angkat sangat la ... tolak dengan hati-hati agar lantai tak calar.
Lepas tu seret plak daybed letak tepi dinding depan tv.
Ish rasa rugi plak tak amek gambar sebelum dan selepas, kalau tak .... leh tempek sini.

Rehat kejap. Perut lapar. Tengok ada mee lagi setengah bungkus.
Mee yang tak habis mak buat mee bandung 3 hari lepas.
Buat mee goreng udang sedap juga nie. Semalam beli udang dekat area rumah si teman.
Kalau si teman ada boleh gak ajak dia makan same. Gi berkelah kat Taman Ampangan P5 ke ..
Tapi malangnye, dia sibuk urus majlis rumah terbuka kat kampung dia.
Esok plak dia kena jadi penyambut tetamu kat open house boss dia .. ermmmmm ;(
*awak ... napelah dalam saat2 genting dan masa yng singkat nie awak sibuklah plak .... huk huk*

Esok-esok kalau masak lagi dah takde rupa dan rasa sedap camnie dah. Ke laut semua ... he he he

Terliur tak tengok mee goreng udang aku nie. Nampak sedapkan?
Bukan nampak je sedap, memang sedap pun. Okeh, masuk lift tekan sendiri ... ;p
Macam mee goreng mamak pun ada, siap pecah telur bagai dalam mee tu
Menambahkan kesedapan nie sebab aku taruk kicap indo ...

Recipe? Ermmm tak yah le, cara aku goreng mee same je cam korang goreng.
Bahan lebih kurang je pun. Main campak, goreng sat dah tu siap. Mai sepinggan ....
Maybe yang korang buat lagi sedap. Akunye nie sedap kat mulut sendiri je.
Actually, mee goreng nie juga jadi makan tengahari aku
Tengahari tadi aku tak makan pun ... petang baru start lapar
Dekat 3.30pm baru aku goreng mee ... kul 4.00pm baru makan.

Tapi kalau korang nak juga recipe, leh check kat sini <----
Cumanya yang nie korang kena pecahkan telur ajelah ngan udang

Sementara nak habiskan sisa-sisa kehidupan bujang nie, eloklah masak sekali je
Breakfast, lunch ... minum petang sekali harung! Dasarkan!! ha ha ha ...
Esok-esok dah bersuami ko tak masak breakfast, lunch and dinner... memang nak kena lah ...
So, ada masa yang berbaki untuk kehidupan bujang nie ... buatlah sesuka hati
Pasnie nak buat apepun dah nak kena minta izin suami ... hu hu hu ...


Aku harap korang terliur dengan hidangan mee goreng udang aku petang nie ... he he he he





CK : Asal aku dok umah je, semua cerita kat TV hareeem tak besh ....

Sunday, June 2, 2013

MASAK LOMAK CILI API PEGAGA DAN UDANG

Assalamualaikum ...


Last week adik aku sibuk nak pergi rumah adik ipar dia dekat Bandar Sunway. Nak bermalam kat sana katanya, tapi tak confirm. Rupanya dorang nak ramai-ramai celebrate birthday anak adik aku yang sulung 31 Mei lepas. Tapi terpaksa diawalkan majlis sambutan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan salah sorang anak buah aku tu.

Aku tak join pun majlis birthday tu, sebab buat dekat rumah adik ipar dia kan. Lagipun aku kan pergi weeding member office. Bila dah tahu dorang nak pergi tu ... aku awal pagi lagi dah bangun. 6.45am memang waktu biasa bangun time weekend. Cuma kadang je terlajak sampai 7.30am baru sedar. Itu kira kusyuk habislah tido. 

Awal-awal bangun ... sudah semestinya aku masak. Untuk lunch. Masak awal .... ingatkan dorang pergi lepas tengahari ke hape. Rupanya kul 10am dorang dah siap nak gerak ke Sunway. Aku gigih bangun untuk masak menu yang dah lama sangat tak masak. Masak lemak cili api pegaga dan udang segar. Udang tu takdelah segar sangat sebab dah 3 hari dalam fridge. Ada satu lagi menu aku masak. Batang keladi masak asam pedas dengan ikan kembung. Kedah style. Batang/sulur keladi nie mak si teman yang bagi. Beli masa pergi Johor untuk majlis akad nikah dan sanding sepupu si teman. Batang keladi tu pun berhari-hari simpan baru ada masa nak masak. 

Tapi hari nie share resepi yang satu nie je dulu. Resepi asam pedas batang keladi tu nantilah ye. Kot malam nie ada masa tak pun esok ke aku update resepi tu. Hari nie kita belajar buat masak lomak cili api pegaga dan udang. Mari belajar masak dengan achek meh ... he he he


Tengok gambar dulu. Terliur dak?? Aku pasti korang terliur ... sedap nie, nak nak makan dengan nasi panas. Tuang kicap sket. Aduhai syurga syurga ... Ko diet? Makan udang dengan pegaga je. Jangan nak sibuk tambah nasi plak. Resepi mestilah dari mak aku sendiri. Dulu masa sekolah-sekolah mak aku rajin juga buat masak lemak pegaga nie. Pegaga tanam sendiri .. jimat. Udang je tak bela sendiri. Kalau tak double jimat. heeeeeeeeeeeee ..... Resepi nie sangat simple. Main campak je. Tak susah mana, asal rajin sikit je (tak yah rajin banyak sangat) mesti dah dapat menu serupa ini. Percayalah cakap Kak Ton!


Resepi : Masak Lemak Cili Api Pegaga dan Udang
Sumber : Bonda Cik Kamoo
Pencuba : Cik Kamoo

Bahan-bahan;

  • 2 ikat pegaga (beli kat Pasar Tani seikat RM1.00 je) - bersihkan, akar tu tak yah buang pun takpe. Mak aku cakap jadi ubat tuh. So, aku tak buang akar tu semua. Amek yang cun je. Kemudian korang simpullah pegaga tu.
  • Berekor-ekor udang segar saiz sederhana - aku guna 15 ekor udang segar
  • 1 kotak santan jenama MS/Ayam Brand - brand lain tak sedap (Kalau ada santan segar lagi bagus.
  • *10 biji cili api
  • *Kunyit - sebesar ibu jari (Kalau ibu jari korang besar, amek setengah je lah)
  • *Bawang merah - 3,4 ulas je (Kopek dulu ... jangan blend dengan kulit bawang plak)
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara-caranya;
  • Blendkan bahan-bahan bertanda (*) sehingga sebati. 
  • Santan kotak dicampur dengan air suam. 1 kotak santan = 1 kotak air suam.
  • Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan air ke dalam blender. Blend sekali je
  • Masukkan udang dan pegaga dalam periuk. 
  • Masukkan santan dan bahan-bahan tadi ke dalam periuk berisi udang dan pegaga
  • Renehkan di atas dapur .... sambil-sambil tu kacau sedikit, takut pecah minyak. Tak sedap nanti.
  • Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan garam serta serbuk perasa.
  • Bila batang pegaga dah lembut sikit dan udang dah masak ... bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas-panas.


Senangkan? Mudah sangat resepi nie ... main campak je! Kan aku dah cakap ... asal ko rajin mesti boleh makan menu camni. Yang leceh cuma nak bersihkan pegaga tu je. Yang lelain senang je kot. Pada yang  baru nak belajar masak macam aku, bolehlah cuba resepi nie. Pasti orang tersayang korang suke. Mak korang pasti bangga dengan korang. Cam mak aku ... bangga dengan anak dia yang sibuk nak belajar masa itu ini. Dia tak tahu aku tengah nak korek ilmu nie. he he he ... ilmu buat ketupat palas je belum lepas-lepas lagi nie.


Memandang adik aku hari tu cepat sangat pergi ke Sunway, terus aku tapaukan masak lemak nie dekat dia. Buat rasa. Sian dia tak sempat makan masak asam pedas batang/sulur keladi yang aku masak tu. Itulah ko nak cepat sangat pi rumah adik ipar ...! Sudahnye aku bungkus-bungkus semua makanan nie pi makan dengan si teman. Piknik la konon. Piknik la sangat.

Aku nie penggemar ulam pegaga ... orang kata makan pegaga  nie awet muda. Tu yang dok melantak pegaga je. Walhal umur makin pelan makin tua dah. Wah! Kalau aku malas nak masak daun pegaga nie, aku blend je minum air dia. Sedap jugalah. Payau-payau rasanye. Tapi, kalau aku tak diet, buat ulam makan dengan nasi dan sambal belacan pun dah cukup sodap nie!!


Nak share resepi aje. Tapi panjang pula entry aku. Balas dendam ke ??? he he he he





CK : Kalau rasa tak sempat habis baca dalam satu nafas, stop kejap pastu sambung balik yek. Makcik tengah ada idea nie. he he he

Tuesday, January 8, 2013

HARI MINGGU YANG BAHAGIA BUATKU!

Assalamualaikum ...




Amaran kecik : entry nie panjang berjela ... kalau malas baca, tengoklah gambar yang tak seberapa.



Ini cerita pasai weekend baru nie. Best sangatlah weekend yang baru ku lalui. Muke ade senyum. Rasanya dah lama kot aku asyik bertukun dekat rumah bila si teman busy sesangat. Takde masa nak bawa aku jenjalan. Jadi, aku manjang kena buat haluan sendiri. Nasib baiklah aku  nie spesis yang boleh berdikari ala manja-manja gitew ... hiks hiks. Si teman ado ke ... non-hado ke ... kalau aku rasa nak keluar, aku keluar jew! Cumanya kena punch cardlah dulu! Kang dia membising keluar pi mana-mana tak roger dia. Jadi pape susah katanya ... lain ler kalau aku dok kampung halaman sendiri. Pergilah mana yang kamu suke ....


Hari Sabtu, kami pergi Seremban. Sebelum pergi Seremban, kami pergi delivery tempahan kuih kat Bangi dulu. Settle je, terus pecut pi Seremban tempah baju batik si teman dekat KM Plaza tak salah aku .... opsss dah lupe! Walhal dah selalu sangat pergi. Then gerak balik kampung si teman kejap. Tapi takdelah aku singgah rumah dia pun. Selagi takde tanda di jadi manis nie aku malas nak pergi rumah dia ... kecuali masa adik dia nak buat majlis kahwin nanti. Itu takpe sebab orang ramai. Bolehlah aku berlagak cool. Takdelah aku nak kena mengontrol ayu je manjangkan. he he he.


Settlekan semua keje dekat kampung dia (keje kemasyarakatan), perut dah sangat melapar. Cari makan dulu. Beriya si teman cari makan dekat tempat sepupu dia keje di warung berdekatan Taman Ampangan, Seremban. Nama warung aku tatau. Bila tanya si teman, dia kata warung tu tak bernama. hu hu. Aku makan bihun goreng dan si teman makan kuewteow kantonis. Sedap jugalah.


Bihun goreng haku ... lupa nak cakap tanak taugeh! Jenuh aku asingkan ....

Kuewteow kantonis! Banyak nak mam .... mentang-mentanglah tukang masak nie sepupu si teman, bukan berlambak lagi die letak bahan-bahan!


Kenyang sampai tengah malam! Opsss aku tak diet lagi ... ha ha ha. Susahnye nk kontrol makan tahu. Kecuali nasi je aku boleh rasa selesa tak makan. he he he. Bihun goreng tu pun aku makan tak sampai separuh. Dah malam. So, aku mmg catu-catulah makanan yg nak masuk perut aku nie. Azam 2013 aku tak letak lagi hasrat nak kurus! Belum letak lagi la. Skang berat aku statik 58kg .. hu hu tu yang seminggu sekali makan bihun bagai tuh. Pang sedasssss tak serius langsung atkins neh!! Jangan bajet dengan berat 58kg tu ko kurus ye, sedarlah ko tu katek ...



Okeh, itu cerita hari Sabtu ... lepas makan terus balik Putrajaya. Sampai rumah, mandi .. solat Isyak dan tidur. zzZZZzzzZZZZ



Sambung cerita semalam pula. Ahad! Citer semalamlah paling best kot aku rasa. Bangun pagi masak dan makan. Duduk-duduk layan internet dan tv. Lepas tu, siap-siap nak pergi kerjalah kononnya. Konon je lebih. Tapi hati cam berat je nak pergi keje. Si teman meroger aku. Buat apa? Nak pi mana? Beriya je aku cakap nak pi opis. Cakap je, jadi belum tentu. Dia datang, naik kete then kami gerak ... masa dalam kete terus aku cakap dia, "apa kata kite pergi KL ... dah lama saya tak pi KL". Ayat dah lama tu korang jangan pakai sangat. Akal semua tu! Kadang 2 minggu tak pergi KL pun aku cakap dah lama, macam setahun tak pergi.


Dari nak pergi keje ..... sudahnye, melalui Sungai Besi ... kita ke KL le apa lagi! Hari minggu meronggeng mak jemah lew. 


Bagusnye si teman nie setuju je dengan ajakan aku. Dia kata bolehlah pergi KL, pergi Sogo survey harga barang-barang nak buat hantaran. So, next month ke dah boleh beli sket-sket. Katanya. Aku pun tambah, "a'aah ... boleh tengok sampin utk hantaran tunang. Sampin yg macam saya suke tu ...!". Macamlah aku yg nak pakai sampin tu. Bab penambah perisa aku no. satu jugalah dengan si teman nie. Asal dapat jenjalan. hua hua hua! Matik kalau dia baca statement haku nie.



Sampai je dekat depan Parlimen, kepelikan berlaku ... aku diam je lah. Aku tengok si teman pun diam. But bila lalu depan Bank Negara, dia mula bersuara ... "awak perasan tak apa yang pelik hari ni?". Aku senyum-senyum. "Kenapa?". Walhal aku dah tahu dah apa yang pelik cuma aku tak pasti adakah kepelikan aku tu same macam kepelikan dia. "Jalan KL lengang je arini ... selalu kita datang KL tak kira hari keje ke ... weekend ke ... mesti sesak! Hari nie, cam best lah plak!!"



Nasib baik apa yang aku pelik tu same cam dia pelik juga. Memang KL semalam lengang. Aku pun tatau kenapa. Langsung tak bunyi hon banyak-banyak dan kuat-kuat. Lancar giler! Nak parking kat Sogo pun senang. Sedangkan time kami sampai 4pm tu ... memang dikatakan waktu biasalah kami terjah KL. Pelik aku bila KL lengang. Orang kata KL lengang pun musim raya ajelah. Time lain semedang busy lalulintasnye. Naik bingit telinga dengaq bunyi hon!! Bukti lengangnya KL pada hari Ahad baru nie ... jenguk gambaq di bawah ini yew ....



Sangat lengang hokey. Tak pernahlah dapat selengang ini kalau kaki jejak KL. Semedang hon sana sini. Menyampah!! Tapi jejak juga kaki walau menyampah. hu hu hu. Sesampai je kat KL, terus masuk parking Sogo. Mudah je dapat parking. Dekat dengan escalator.


Sale kaw kaw dah takde! Tapi dekat ruang legar Sogo tu adalah sale kecik-kecik macam comforter ... kasut wanita ... handbag ... kemeja ... slack. Cuma tak menarik sangatlah. Aku pusing-pusing ajelah. Pastu si teman ajak naik department lelaki. Aku follow jew sebab masa tu tak plan pun nak beli apa. Tak fikir nak shopping ke hape. Dalam kepala fikir nak tengok harga perfume, survey sampin ... jam tangan ... handbag .... haaa yang tu je! But bila turun je dari bhgn lelaki terus aku ajak si teman ke area bag tangan.


Niat asal mula nak tengok jew. Perempuan memang lagu tu atau mungkin hanya aku jer kot macam tu. Mula-mula tengok, pastu terbekenan! Pusing-pusing dengan si teman ... belek sana belek sini, si teman tanya, "nak beli handbag ke?". Aku senyum jelah ... memang tak plan katanya tadi.


Sekali puas pusing, si teman dok cari handbag yang menarik kat aku. Dia nie lagi terror pilih handbag dari aku. Kalau nak beli apapun barang, mesti dua dua  kata cantik. Kalau sorang cakap cam tak hokey, memang tak dibelilah walau sorang lagi berkenan. Macam mana pun mesti puaskan  kedua-dua hati. Sebab tu kitaorang susah sangat beli barang, nak cari titik persamaan sangatlah sukar!!


Belek punya belek, aku terbekenan satu handbag neh. Terus try ... siap pusing-pusing diri kat cermin lagi. "Eh, nak beli yang nie boleh??". Senyum simpul baik punya. Pastu si teman cam pelik tengok aku, "nak buat hantaran ke?"


"Taklah ... nak pakai pergi kejelah!!". ha ha ha ha. Dengan bangganye cakap nak beli sebab nak ganti beg yang baru je beli beberapa bulan yang lepas. Beg dulu tu hokey lagi. Cuma dalam je koyak sket. Sebab banyak sangat letak barang.


"Masa datang tadi dalam kete, kita ada cakap ke nak beli handbag ...??". Si teman kalau bab mengimbau kisah silam cukup terror ... tapi aku lagi terror kot. keh keh keh


"Memanglah tak cakap ... tapi kalau cakap skang pun kira validkan. eh, cantik tak beg nie??". Sambil tayang-tayang beg tu depan dia. Uih, nasib baik dia hangguk kepala. Itupun aku rasa cam berat je kepala dia nak hangguk. ha ha ha! Al-kisahnye ... dapatlah aku sebuah handbag baru di awal thn baru. Thanks cayangkus!!




Kau hado??? Dapat bag sekali dengan tazkirah. "Lepas kahwin, banyak benda nak kena fikir ... no shopping yang merapu-merapu nie. Sekarang belum ada tanggungjawab besar, In Shaa Allah apa yang awak minta saya boleh bagi. Nanti dah ada tanggungjawab besar, kita kena dahulukan yang utama ... awak minta akan saya usahakan ... cumanya antara cepat dan lambat. Tak bolehlah buat macam sekarang ye!".


Okeh, aku hangguk-hangguk tapi dalam hati bunga-bunga weh ... Ini je ... lepas nie takde lagi dah! Boleh percaya ke?? Settle je buat payment handbag ... terus pi tengok sampin. Sebelum tu masuk Harison tengok kain akad nikah. Tengok je ... belum beli. Lama jugalah kat Harison tu, sebelum pi cari sampin yang aku suke. Bila sekali tengok harga sampin tu .. mahalnyelah! RM1,000 dan ke atas! Paling murah bleh dapat dalam RM800 cmtu. Uiks .... balik rumah fikir dululah!!


Dah jalan sana sini, aku cakap ngan si teman nak habiskan gift voucher parkson. Dia cakap ... hokeylah. Ingat dekat Mid Valley adalah Parkson. Upernye non-hado. Sampai Mid Valley dalam kul 7.00pm. Dah nak gelap. Mid Valley pun takde orang sangat. Busannya ... akhirnya beli mc chicken dan memecut ke Subang Parade. Disebabkan KL tak sesak, perjalanan dari Mid Valley ke Subang Parade cuma 20minit je! Haman koooooo ....


Sesampai kat Subang Parade ... eh, cam bestlah Subang Parade nie. Dan inilah pestime aku jejak kaki ke situ. Cumanya Parkson dia agak membosankan. Tak macam Alamandalah ... banyak barang. Kat Subang Parade takde banyak pilihan. Tapi aku tetap sopingkan voucher aku tu. Beli brgn wanita plak ler. Sebab pakai voucherkan, so angkat yang mahal sketlah. hiks hiks!!


Settle shopping bagai ... jenjalan dalam Subang Parade pastu buat keje giler balik ke KL cari kedai makan. Bleh camtu?? Nampak sangat jakun KL tak sesak ... ulang alik suka hati je. Memang bestlah. Jimat masa. Lagipun, this week jelah si teman nak bawa aku jenjalan macam nie. Minggu depan dia dah start busy. Tak dapatlah nak manja berlebihan. Kang kena takzkirah ... sia sia je!

Jumpa accident depan Empire Shop Gallery masa on da way nak pergi cari makan di KL dari Subang Parade. Nasib baik sesak kejap jer.

Kalau gi KL, balik-balik makan dekat Tomyam 3000 Kampung Baru ajelah. Senang. Kepala pun tak pening nak makan apekan. Selesai je makan ... terus balik Putrajaya. Sampai rumah dekat 12.30am! Masuk je rumah, duduk kejap ... mandi ... solat pastu kul 2am baru tidur!!



Penat tapi bestlah dapat jenjalan ... plus shopping sekali! Itu yang buat hati munge-munge jew! hiks hiks ..... Susahlah nak jumpa kaum hawa yang tak suka shopping ye dok?? Tapi ada gak kaum adam yang suke soping cam hawa ... kan kan kan???



Dan sambil tu .... survey yang nie juga ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




#Kebetulan nampak ... aku snap ajelah. Entah bilalah nak pergi ....






CK : Ngantuk dah .... manjang tidur lewat skang nie!

Saturday, December 29, 2012

APA AKU BUAT HARI INI??

Assalamualaikum ...




Pagi tadi plan nak ke Alamanda lagi ... tapi .....


Kurang rajin nak keluar rumah arini ... rasa nak lepak rumah, walaupun anak buah kat office aku call berkali2 tanya perihal kerja. Rajinyekan weekend pun call aku. Tanya itu ini. Ikut hati malasnya nk jawab call sebab nak cerita ceriti soal kerja. Weekend nie bai, nak rehatlah! Kang tak jawab macam tak bagus plakkan! Nanti bila aku minta tolong siap itu ini, dorang tak nak plak ... so, baik jawab jew! hiks ...



Arini weekend yang bermakna juga untuk aku, walaupun aku bangun lambat sangat pagi tadi. Terbabas dari waktu biasa. Apa aku buat hari nie yek???? Jenguk sket ... he he he



8.00am - Bangun tidur! Bagusnye kau kan!!!! Skip jogging sebab dah lewat sangat ....

8.15am - Gosok wajah (amalan menggosok wajah bila bangun tidur, utk awet mude ... dah mengurangkan kedutan. Normally bila kita bangun tidur, wajah akan berminyak ... so u'olls gunakan jari jemari gebus tu mengurut wajah - urutan ke atas!) lepas tu gosok gigi dan minum 500ml air suam! Lagi bagus, minum air suam sebelum gosok gigi. Nak tahu kenapa google sendiri!! Jangan nak geli-geli plak yek ...

8.30am - Check FB ... say hi! bagai kat FB then ... perah otak nak hapdate blog

9.00am - Basuh pinggan ... kemas dapur!

10.00am - Breakfast ... secawan old town white coffee + 2 biji telur rebus + mayonis! nyummmmm

10.30am - Layan tv! Of course la AFC channel jadi pilihan ;=)

11.30am - Angkat pakaian di ampaian dan mula membasuh baju yang 2-3 hari lepas. Tak susah ... on je washing machine, masukkan sabun ... kemudian baju. Okey start! Boleh buat keje lain plak ...

12.00pm - Mula menyapu sampah dari bilik ke bilik hingga ruang tamu .... cuci kipas .... okeh, start mop rumah! Anggaplah sebagai exercise sebab pagi nie tak jogging dan tak sempat workout pun macam selalu!! 

2.30pm - Baru siap kemas mengemas ... kemudian take a bath! Emmmbekkkk bau kambing kampung sudah. hahhahahahah

3.15pm - Solat Zohor .... qada la kau punya Subuh yang terbabas tu ye nak!!!


3.30pm - Sambung tengok TV lagi ... okeh, kalau aku dok rumah memang jadi hantu TV memanjang ;=). Sesambil menjawab call dari si teman yang jauh di mata ... hu hu hu

4.00pm - BLOGGING la, apalagi kan .... habis rehat aku nak sambung kemas bilik belakang plak! Nak susun sume buku .... sebelum tu, oldtown white cofee secawan!!!


Jemput minum! Arini aku skip lunch sebab perut tetiba rasa kenyanglah sangat .... hu hu. Jangan tiru amalan ini tak bagus ... jgn skip makan.









CK : Tak jadi pi Alamanda .... Putrajaya ujan!


Saturday, November 26, 2011

Bila Nak Masak Macam Nie Lagi?

Assalamualaikum ...






Mee Suah, Sambal Kicap, Sambal Telur Pecah dan Ikan Selar Kuning Goreng! Sedap weeeeeh




Dah tengahari ... perut pun lapar!

Bila belek-belek folder ... ermmm bila lagilah rasa nak masak dan makan hidang macam nie lagi??

Kalau ada family, hari minggu ... sure aku masak cam nie. Baru rasa macam dok kat kampung dulu!







CK : Aku rindu kehidupan kampung yang makan hidang beramai2, seronok! Hidup bujang, masak makan sorang2!!

Saturday, November 5, 2011

Tahulah Esok Dah Nak Sambut Aildil Adha! Bukan Main Lagi Ye ...

Assalamualaikum ...



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca setia blog CK! Masih adakah yang setia .. eceh eceh! Meow meow plak dok tanya soal kesetiaan ye. Okeh, esok kita dah nak sambut raya qurban. So, petang nie semua sibuk buat persiapan. Biasanya kalau raya qurban nie, persiapan gitu-gitu je, ala kadar! Macam mak aku cakap, ini raya tumpang je!



Tapi ... tapi, pasti ada juga yang buat persiapan beriya. Nak buat rendang le, lontong ke, ketupat, lemang dan bagai-bagai lagi. Bagi yang dah terror macam mak-mak kita tak perlulah sibuk google sana sini cari recipe. Semua recipe tersimpan kemas dalam kepala, tunggu masa nak diaplikasikannya dan menunggu hasilnya sahaja!


Bagi yang tak pandai masak, mcm aku contohnye ... setiap kali nak  masak, aku google sana sini! Nasib baik aku bukan buta IT dan beruntung bukan lahir zaman mak aku yang takde pun kecanggihan teknologi nie. Kalau aku lahir zaman mak aku ... sure aku adalah mak-mak ye anak-anak, ngeh ngeh ngeh!



Bagi mereka ini, dulu aku pun macam korang. Menggoogle segala recipe. Tak cukup dengan google siap call mak aku kat kampung. Nak masak beriya. Nak test air tangan sendiri kononnya. Tapi untuk masakan yang satu nie, sejak 2 tahun aku belajar ... celik matalah memang aku tahu buat punya! Nak kata terbaik memang tidak, adalah kurang sana sini but Allamdulillah, aku dah boleh masak tanpa tengok resepi lagi. Terbaik broooo tak tengok recipe!!





Sila tengok mak panah dan anak panah! Petang nie semua sibuk google recipe rendang ayam negeri sembilan. My peberet tu, sebab tu aku rela je belajar. Siap paksa MB minta recipe dari mak dia lagi. Senang, kalau teragak nak makan aku boleh buat sendiri. Nak harap orang masakkan entah bila tahun akan dapat! Minta recipe kat orang pun ada yang kedekut, serius aku pernah minta recipe dengan seorang kawan nie, nak masak sambal yang sedaplah macam dia buat. Tapi macam-macam alasan dia bagi. Sudahnya aku rasa rela usaha sendiri. Try and error lagi baik dari meminta-minta macam tu dekat orang! Aku tak kisah pun nak share ilmu, tapi tak semua orang mempunyai sifat macam tu. Tersentuh hati aku!



Mak aku dah siapkan ketupat palas, part aku buat kari daginglah! Kat Kedah kami tak makan rendang but aku pernah buat kat mak aku .... cuma katanya "lama sungguh nak masak rendang nie ye, nanti adik kahwin bolehlah akak masak utk menu pengantin!" .....



Tak agak-agak nak suruh aku masak untuk hidangan pengantin. Mahu pitam lepas tu ....




CK : Aloq Staq mendung je ....

Saturday, October 29, 2011

Langgar Pantang!

Assalamualaikum ...



Malam nie aku telah melanggar pantang! Pantang apa? Of course pantang bab makan. Sudah sebulan lebih aku jarang makan nasi malam. Dan aku selalu makan malam sebelum 8.00malam. Tapi malam ini aku gagal! Gagal melawan hawa nafsu makan bila siang tadi aku hanya makan karipap. So, mana nak dapat energy. Lagipun siang tadi memang takda selera nak makan pun. 


Bila start layan Masterchef Malaysia @ Astro 104, nafsu makan aku mendatang. Huh! perut berkeriuk tiba-tiba. Takkan nak layan mee segera. Sorrylah, selagi aku tak rasa mengidam, aku memang tak akan layan mee segera. Kalau masak pun, sure tak habis punya makan. Sudahnya tong sampah yang makan mee tu. 


Last sekali, aku decided untuk masak nasi. Takkan makan nasi kosongkan? Mesti ada lauknya. Lauk favourite aku, ayam goreng kunyit. Nasi putih dan ayam goreng kunyit. Cukuplahkan. 


Menu dinner aku : nasi putih separuh + ayam goreng kunyit + daun sup (ulam) + sos cili kicap

Aku up kan dinner aku dengan sos cili. Masa kecik-kecik dulu, aku memanjang makan nasi dengan sos cili. Sedap! Dah jadi habit ... sos cili ... kicap ... sos cili ... kicap, macam dah tak boleh berpisah. Tapi bila dah remaja purba nie, habit tu macam dah berkurangan. Makan apa yang ada pun dah Alhamdulillah. Rezeki dari Tuhankan.


Alhamdulillah kenyang perut aku malam nie. Bila kenyang perut, baru semangat nak layan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu! Agaknya siapalah yang akan bawa balik Piala Malaysia nie??



Janganlah langgar pantang selalu sangat .... bahaya untuk aku! ngeh ngeh ...





CK : Imelda, peserta masterchef nie ... happy go lucky sungguh!!

Saturday, October 22, 2011

Sesi Mengabis $$$$ dan Mari Belajar!

Assalamualaikum ....



Petang tadi aku tunggu adik aku balik dari kelas. Katanya 6:30pm habis kelas, tup-tup 6:30pm tu dia terpacul depan pintu. Lecturer saja bagi balik awal. Tak jadi nak pergi tengok movie, sebabnya aku tak boleh nak beli ticket online. Aku kan jenis manusia malas beratur kadang-kadang. Terus kepala otak menukar agenda.


Lepas adik aku bersantap, aku ajak dia keluar. Hala tujunya adalah ke Bangi. Aku nak jenguk Bakery Ingredients kat Bangi tu. Apa lagi kalau bukan YUMMIES. Hajat hati nak beli kitchen scale. Lepas maghrib terus memecut ke Bangi.


Memang sesi mengabis duit kalau aku masuk Yummies nie, rasa nak beli semua benda yang ada. Nasib baik adik aku nie sempat kawal nafsu membeli akak dia yang sorang nie. Kalau tak, satu kedai tu aku nak borong itupun kalau aku jutawanlah!.


Hajat nak beli kitchen scale, tapi benda nie yang aku hampir lupa. Teruk sungguh! Gara-gara leka  dan teruja terlampau tengok bahan masakan dan peralatan masakan. Bestnya kalau boleh beli semua yang ada. Dalam mengawal nafsu serakah, habis juga RM51.65 beli semua barang. Aku beli kitchen scale, alumunium foil, almond flake, tart tray, ovellet, shortening (dah lama aku mencari bendaalah nie!), rose pink colour, bekas isi tepung dan jelly mould (adik aku punya, katanya nak buat coklat cun!). 



ovellet (super sponge), macam-macam ada, shortening


Sesi mengabis duit ini adalah untuk memudahkan sesi pembelajaran aku. Aku skang tengah teruja belajar masak kuih muih dan juga buat kek! ngeh ngeh ... Hendak seribu daya! Selagi tak cukup lengkap segala peralatan, selagi itulah aku akan usaha sampai dapat. Mana yang ada, aku buat dulu. Keinginan yang mendalam entah dari mana datang yang aku gigih nak belajar sampai macam nie sekali!


Lepas nie nak try resepi apa plak ye?? Tengah fikir .... rasa macam nak buat apam aiskrim je! Belajar yang mudah-mudah dulu pastu baru cari resepi yang mencabar jiwa!


Kalau korang rasa nak datang ke Yummies nie, amat digalakkan! Bahan-bahan buat cake dan lain-lain yang seangkatan adalah MURAH. Peralatan dan perkakasan untuk memasak pun murah jugak! Silalah berkunjung. Jika nak dibandingkan korang nak beli bahan-bahan dan perkakasan seumpamanya di Jusco, Giant, Tesco, Carrefoour ... kat Yummies jauh lebih murah!




YUMMIES (Bfee Bakery Ingredients Sdn. Bhd.)
26-G-01 & 25-G-01, Jalan Medan PB2B
Medan PB2, Pusat Bandar Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-8925 8098





CK : Rajinlah try and error lepas nie!

Sivaji pun Sivajilah...Apa Nak Kesahkan!!

Assalamualaikum ...



Pagi tadi aku bangun awal, pergi beli barang dapur and sarapan pagi kat luar. Malas nak masak. Lagipun bukan selalu aku sarapan pagi kat luar hujung minggu. Then balik rumah, hantar barang rumah semua pi office pulak. Sekejap je pun pi office. Perut aku tak sihat. Meragam tak tentu pasal. Sudahnya berdating. Dating tak sakit perut plak. ha ha ha. Dating sambil perut sengal-sengal ... bleh??



Aku tolong MB siapkan surat-surat untuk projek kampung dia tadi. Dia ni kan taksub benar dengan kampung sendiri. Tapi ada baiknya juga ada anak kampung yang mahu usaha baik pulih dan adakan apa yang tak ada kat kampung sendiri. Selalunya anak muda kalau dah keluar dari kampung, kadang balik jenguk pun idak. Maklumlah dok bandar, berlagak lebih dari orang bandar. Yang tinggal kat kampung semua orang tua-tua. Apalah dorang mampu buat, kalau orang muda tak bantukan??


Lepas siapkan semua surat, aku balik rumah. MB plak terus balik kampung. Malam ini ada tahlil untuk arwah abah dia. Sampai rumah terus aku on lappy. Update entry nielah! Then on tv, dari satu channel ke satu channel aku tekan. Sudahnya Sivaji The Boss yang aku layan. Macam dah takda cerita lain aku nak layan. Cerita Sivaji nie aku dah tengok, tapi sebab dah takda yang best ... Sivaji pun Sivajilah! 


Kejap lagi nak check GSC, ada movie best ke idak. Aku dah sms adik aku ajak layan movie malam nie. Tunggu dia habis kelas 6.30pm, sampai rumah sah-sah dekat 7 lebih. Malam nie ada separuh akhir kedua Piala Malaysia plak tu. Negeri Sembilan vs T-Team. Terengganu vs Selangor. Malas pulak nak layan bola malam nie, walaupun setiap kali ada team N9 aku dah tercongok depan TV, tak pun dah sampai stadium. Kalau N9 masuk final, MB ajak pi stadium. Erm ... aku kalau final malas benar nak ke stadium sebab aku tak suka bersesak. Layan kat TV lagi best.


Okeylah aku nak sambung Sivaji The Boss ... kang aku nak sambung update lagi. 



CK : Esok plan nak wat karipap together gehter ngan June ... harap2 jadilah karipap pusing tu. Masing-masing baru nk try buat.

Monday, October 17, 2011

Resepi : Kuih Bakar Bijan

Assalamualaikum ...




Sekejap saja, hari ini dah pun Isnin. Cuti 2 hari rasa tak puas. Malas pulak nak merepek dan merapu pagi nie. Aku cuma nak up entry masak-masak pulak. Mai kita belajar masak. Aku memang nak suggest kat korang buat kuih yang amat senang, sedap dan lembut dimakan! 


Terima kasih dekat K.An dari Periuk Tanah yang sudi share resepi yang sangatlah senang nak dibuat. Kebetulan hari Sabtu aku pergi rumah abang aku, so aku minta daun pandan yang dia tanam tu. Kiranya freshlah sikit dari yang dibeli. 


Petang semalam aku merajinkan diri buat kuih bakar bijan. Mak ayah aku adalah perasminya. 1st trial. Alhamdulillah menjadi!



Dah siap dibakar! Tunggu masa nak dipotong dan dingap jugak!


Resepi : Kuih Bakar Bijan
Sumber : K.An Periuk Tanah

Bahan-bahan:(menghasilkan 1 loyang bersaiz 8X8 inci)

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (1 cawan pati santan + 1 cawan air)
3 cawan jus pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan 3 cawan air- tapis)
1 cawan gula pasir- K.An buangkan 2 sudu besar untuk kurangkan manis
3 biji telur A
2 sudu besar margerin- kalau nak senang sebati, cairkan dulu- **boleh kurangkan sikit
1 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar bijan

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan margerin. Tabur bijan dan bakar selama 1 jam atau kuih masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

**K.An letakkan loyang di rak bawah oven agar kuih masak elok atas dan bawah. K.An juga gunakan 2 sudu besar penuh margerin. Bila kuih masak minyak naik ke permukaan kuih, terpaksalah K.An lap dengan kertas tisu. Jadi, bila buat nanti, kurangkan margerin tu ye sebab santan dah berminyak. Tapi kuih ni memang menjadi elok dan sedap.
Kuih bakar bijan yang lembut sangat!
Aku memang tiru sebijik resepi dari K.An. Jadi aku malas nak taip dah. Aku cuma copy paste dan backlink. Memang sedap! Tak percaya, sila cuba buat sendiri. Kalau korang betul-betul ikut sukatan K.An nie, Insya-Allah menjadi dengan jayanya.


Mak aku pelik tiba-tiba anak dia pandai buat kuih macam nie. Selalu buat karipap dengan cucur udang je! he he he. Aku sekarang nak cuba masak semua jenis kuih yang aku suka makan. Selera untuk perut sendiri nie!




CK : Budak baru belajar!

Sunday, October 16, 2011

Terima Kasihlah ... ha ha ha

Assalamualaikum ...


Morning friends! Happy weekend ...


Pagi-pagi Ahad nie aku nak ucap Terima Kasihlah pada yang unfollow aku. ha ha ha. Baru aje aku up kan entry pasal followers aku 2-3 hari lepas. Tau-tau malam tadi aku perasan dah kurang sorang. Jadi 884. Kelakar nau aku rasa. Yelah, aku takda masa nak unfollow blog orangkan, then bila orang unfollow blog aku ... "haish ... cam kanak-kanaklah kamu ni, kejap ikut kejap tak!". Terima kasihlah unfollow belog saya!



Pagi nie aku mengantuk sangat. Nak cakap kurang tidur rasanya dah terlebih tidur sangat dah. Petang semalam pun aku tidur kat rumah abang. Ini boleh lagi rasa mengantuk. Tadi pagi aku dah bangun awal. Lagipun malam tadi aku mimpi! Aku nie dahlah jenis susah dapat mimpi. Sangat susah. Dan aku pula jenis tak suka mimpi-mimpi nie. Sebab bagi aku mimpi hanya akan ganggu perjalanan tidur aku yang nyenyak.



Yang bestnya, malam tadi aku mimpi si dia masuk meminang aku. ha ha ha. Serius kelakar. Hati orang pernah terluka lebih selesa berdiam. Tapi ada sedikit kekecohan berlaku semasa proses peminangan dalam mimpi tu. After that semuanya smooth balik. Good. Good! Erk ...apsal bukan betul-betul ye! ha ha ha. Sebab mimpi tu aku terjaga dari tidur then, aku sambung balik tidur. Ingat nak mimpi benda yang sama episod seterusnya pulak.  Bila ingat mimpi malam tadi, aku ingat 6 tahun lepas aku pernah mimpi pasal dia. Ini kali kedua aku mimpi pasal dia. Terima kasihlah bagi mimpi indah nie. Aku sedang mendoakan sesuatu yang lebih baik buat kehidupan dia. Tidak mahu percaya pada mimpi lagi ...



Lepas sambung tidor, aku mimpi kawan baik aku yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Ini lagilah aku terkejut. Aku pernah up kan entry pasal dia yang seolah dah lupakan aku. Semalam pun mak ayah aku ada tanya pasal dia. Aku cakap tak tahu. Parent aku surenye terasa hati sebab kawan baik aku tu pernah tinggal dengan family aku selama lebih sebulan. Makan minum semua family aku tanggung. Ayah aku cakap, "semua orang yang kita baik, bagi bantuan ... semua dah lupa kita! Kita bukan harap balasan, bertanya khabar cukuplah". So, aku diam ajelah. Nak cakap apa lagi dah itu kenyataannya. Cuma aku selesa berdiam dengan kawan baik aku nie, setelah aku berusaha mencari dia. Tapi dia?? Terima kasihlah ye!



Mimpi kedua aku tergantung bila dia call. Katanya dah lambat pergi konvensyen sebab malam tadi tidur lewat kerana berborak dengan mak. Aku pun satu hal, selalunya aku akan call dia pagi-pagi kalau dia ada meeting atau mana-mana kerja luar. Hah! mula dah step menderhaka nie .... aiyak! Padanlah tadi dia call dengan suara yang agak tegas, "tidur lagi!!!!". Terus aku bangun!



Oklah aku nak siap-siap pergi kerja. Lepas tu petang nak pergi jemput mak ayah aku kat Kajang sana. Entah jam berapalah aku dapat siapkan kerja, kalau time nie masih di rumah lagi. Kerja-kerja! 




CK : Celik mata perut lapar aje!

Saturday, October 15, 2011

Kalau Hari-Hari Macam Ni Kan Best!!

Assalamualaikum ....



Happy weekend semua pembaca belog CK! Hari ini aku rasa happy banyak, sebabnya dapat bersantapan makan pagi dengan my mak and ayah aku. Dorang baru sampai Putrajaya jam 7.00am tadi. Aku pergi jemput kat Putrajaya Sentral. Merasa aku hirup udara pagi kat luar sana. Nyaman.





Lepas ambik mak ayah aku, sampai je rumah terus aku siap-siap masak. Masak yang mudah-mudah je. Sebabnya kami nak pergi melawat anak buah aku yang sakit tu kat KPJ Kajang. Pagi nie aku cuma buat nasi goreng kampung dan goreng telur dadar plus buatkan teh strawberry kat mak ayah aku. Mak ayah aku pula bawa ketupat palas, serunding ikan dan daging masak merah from kampung. Fresh maa!


Siap hidang makanan segala, tunggu ayah aku mandi nak makan bersama. Tup tup adik aku  yang bongsu dan anak buah aku yang cekonet nie balik. Adik yang bongsu nie semalam pi tidur rumah adik sulung aku. So, kami makanlah berlima pagi nie. 
 
 


Budak bajet artis, aku nak snap pic, dia siap-siap tutup muka. Tahulah hensem...
 
 
Sedap je makan beramai. Selera. Tapi aku makan nasi goreng tak adalah bertambah. Sebabnya semalam siang aku dah makan nasi, so aku kurangkan kuantiti nasi tu. Then aku up dengan sebiji ketupat palas. Sedap! Tapi takdalah aku beriya sangat makan .... sekadar alas perut. Karang aku nak makan lagi. Biar makan sedikit tapi kerap. Senang metabolisma bekerja keras untuk aku! ngeh ngeh ngeh.


Oklah aku nak siap-siap nak pergi hospital dengan mak ayah aku. Hari ini tak dapat aku masuk office. Aku nak spend time dengan family aku. Bukan selalu. Jarang sekali dapat. So aku gunakan masa emas dan berlian aku bersama mereka. Blog?? Petang atau malam kang aku jumpa belog nie balik ye!



Happy sangatlah hari ini! Kalau hari-hari macam ini kan best. Teringat zaman dulu-dulu. Makan pakai minum dijaga oleh mak ayah! Hu hu hu




CK : Nak masak apa untuk mak ayah aku nanti??

Saturday, June 4, 2011

Yeeee Dah Weekend! I like ....

Assalamualaikum ...

Selamat pagi! Dah Sabtu. Cepatkan masa berlalu. Kita dah setengah tahun melalui 2011. 6 bulan yang kita lalui dengan suka duka, senyum ketawa, susah senang ... terlalu pantas masa sekarang ini. Siapa yang lambat memang tertinggal di belakang. Jenuh lah nak mengejar.

Kali ini CK suka betul dah weekend. Kalau tak, weekend sama je dengan weekdays. KERJA. Masa untuk berehat weekend nie ... *macam nak lompat bintang pagi2*. Siap bangun buat apa yang wajib. Then bersantai-santai depan lappy sambil tengok tv. Memang layan. Layan blog. Layan Mr. Nuffnang. Layan sweety churpchurp. Layan tweet. Layan FB. Bak kata semua benda alah kat internet nie nak layan. ha ha ha. Macam orang lepas rindu je.

Jap lagi nak masak ... plan nak buat bihun goreng nak bawa pergi rumah abang. Sambil tu spin segala baju yang telah direndam. Jap gi siap bolehlah sidai. Boleh lipat baju semua. Baju kerja esok baru ion. Siap semua kerja rumah bolehlah jalan-jalan. Hari ini memang dah set kepala sebagai hari bersama keluarga! Sesekali keluarga perlu kasih sayang CK jugak .... ahaks!

Tengah plan ... manalah nak bawa anak buah CK jalan-jalan?? Dah dua minggu tak jumpa. Alah rindulah sangat kat depa nie.

Erghh ... korang dah bangun tido ke belum nie?? Jangan asal weekend je bangun lambat. Huh! jauh rezeki ... meh bangun cepat ...

*Weekend nie kalau dapat relax kat SPA, urut-urut dan picit sana sini ... perghhh best nie! Terjumpa promosi SPA murah kat sini. Cer korang jenguk sikit!*




CK : Asal Sabtu je nak layan Maharaja Lawak. Kesian orang yang tak langgan Astro Warna macam CK ... he he he