Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

Republish : KEGAGALAN MEMBERIKAN AKU SESUATU

Assalamualaikum ...

#entry republish : 2011

Penulisan aku kali ini agak serius. Tiba-tiba rasa ingin berkongsikan sesuatu yang amat bermakna.  Sedikit pengalaman yang aku ingin kongsikan bersama. Diri aku, berbanding dengan orang lain terutama abang dan adik-adik aku, aku ini tidaklah seberjaya mana pun. Kadang-kadang aku rasa diri aku tiada apa-apa. Satu perasaan negatif yang sentiasa lahir bila aku gagal dan kecewa suatu tika dulu.

Tapi kegagalan mengajar aku menjadi manusia yang kuat dan tabah. Dalam kuat dan tabah, aku masih lagi merupakan manusia yang cepat menangis, cepat putus asa dan juga cepat sedar dari sikap berputus asa. Aku ingat lagi, selepas aku tamat belajar dengan jayanya. Jaya tetapi tidak secemerlang mana bagi seorang anak yang agak kurang dan sederhana berbanding adik-beradik yang lain, aku gagal mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kelulusan aku. Cuma aku punya satu sikap, tidak memilih kerja dan suka mempelajari sesuatu yang baru. 

Selepas tamat latihan praktikal, aku ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir sambilan di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan (sebelum kementerian ini dipecah kepada 2 kementerian). Sambilan dengan bergaji hari sebanyak RM26.00++ sehari.  Gaji pertama yang aku terima selepas grad hanya RM260.00. Syukur! Gaji hari, dah aku ditawarkan kerja tengah bulan. Jadi hanya itu yang aku terima. 3 tahun aku di Kementerian sana. Jenuh juga aku mencari pekerjaan tetap, letih mengisi borang kerja jangan cakaplah. Berdoa pada Maha Pencipta sampai berjurai airmata jangan cakaplah! Masa inilah wujud perasaan rendah diri aku yang keterlaluan.

Ketika itu, aku kategorikan diri aku sebagai manusia yang gagal. Hidup menumpang dengan abang.  Abang aku pula masa itu, baru sahaja mendirikan rumah tangga. Bertambah bersyukur sebab kakak ipar aku sangat baik. Sangat sporting, merendah diri dan tidak pernah berkira dengan aku. Serius, abang aku juga sangat baik orangnya. Aku tak perlu bayar sesen pun bila tinggal bersama dengannya. Tapi aku tetap  bagi abang duit untuk beli barang dapur antara RM50-100.00 sebulan. Bergantung kepada gaji yang aku dapat. Pada mak dan ayah, aku hanya bagi RM50.00 sahaja. Kadang bagi, kadang faham-faham sendirilah!

Sepanjang 3 tahun itu juga,  aku tidak pernah sediakan baju dan kelengkapan menyambut Hari Raya untuk diri sendiri. Tidak pernah! 3 tahun aku beraya tanpa baju baru. Itu hakikat! Semasa bergelar student, semuanya masih ditanggung oleh ibu ayah. Tetapi bila dah bekerja, rasanya aku perlu hadapi keperitan hidup aku sendiri. Dengan cara ini, ia dapat mengajar diri aku tentang kepayahan ayah mencari rezeki untuk aku, mak dan adik-beradik yang lain termasuk makcik aku yang disara ayah sebelum dia berkahwin. Aku tidak kisah tidak bertukar baju baru, janji aku ada pekerjaan yang memberikan aku rezeki halal. Sedikit tapi berkat mak aku cakap! Sekarang aku dah mampu siapkan kelengkapan berhari raya untuk diri sendiri dan mak ayah. Alhamdulillah ... suatu kebanggaan bagi diri aku!

Kepayahan yang aku lalui dulu, keperitan berjalan kaki, menunggu bas dan berebut-rebut menaiki LRT STAR di Salak Selatan mengajar aku macam-macam perkara. Dan juga bermacam-macam jenis manusia yang aku jumpa selama hampir 3 tahun aku berulang alik dari Desa Petaling ke PWTC. Penat! Letih! Jangan cakaplah. Demi sesuap nasi untuk diri sendiri, aku gagahkan juga. Kecewa rasa hati masa itu, hanya Allah yang tahu. Kecewa sebab usaha aku mencari pekerjaan tetap masih belum berada dalam genggaman.

Malu rasanya nak balik kampung. Mesti orang kampung sibuk bertanya, jadi pegawai besar ke? Mesti gaji banyak! Dan macam-macam lagi. Gaji aku cuma cukup makan masa itu. Kadang-kadang terkurang. Puasa adalah jawapannya. Tak pernah pun aku cakap dengan abang yang aku tak berduit. Sebab aku sedar, aku cuma menumpang berteduh dengannya, jadi untuk menyusahkan dia dari segi kewangan amat tidak patut sekali. Seingat aku, cuma sekali aku terpaksa pinjam duit dari abang sebanyak RM100.00. Itupun sebab gaji aku terlalu lambat. Aku terpaksa pinjam kerana perlu menghadiri temuduga di Kuantan, Pahang. Jauhlah sangat aku buat permohonan kerja! Masa itu tugas aku merebut peluang yang dikira selamat. Walaupun tiada rezeki di sana, tetap ia memberikan aku satu pengalaman. Dapat juga aku bersemuka dan merasa ditemuduga oleh Y.Bhg. Datuk Maznah Mazlan. Satu pengalaman.

Aku memang terlalu hormat abang aku, walaupun dia tegas dan jarang berborak dengan aku, tapi dia seorang yang memahami kadang-kadang! Dia yang nasihatkan aku agar mendapat pekerjaan tetap terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan! Katanya yang aku pegang sampai hari ini,

  • "Carilah seseorang yang sayangkan diri kita, dan bukan diri kita yang terlebih sayangkan dia! Kerana orang yang sayangkan kita akan jaga kita sampai hujung nyawa selagi Allah izinkan!".
  • "Cari kerja tetap, bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk keluarga. Jangan terlalu berharap  dan bergantung kehidupan dengan lelaki bila dah berkahwin. Kerana suami itu hanya pinjaman Allah buat kita. Jika suami kita tidak diambil oleh tangan orang lain, pastinya suami kita diambil oleh Allah! Dengan pekerjaan kita, sekurang-kurangnya kita mampu jaga dan beri makan pada anak-anak. Sebarang kemungkinan boleh berlaku!"

Ayat abang aku tidaklah sekema itu, aku cuma taip dalam ayat yang boleh beri pemahaman kepada mereka yang membaca. Sebab itulah aku tidak mampu nak berfikir soal kahwin bila aku hanya bekerja sambilan. Walaupun orang cakap jodoh itu satu ketentuan Allah. Aku memilih mengikut nasihat abang aku, mendapat pekerjaan tetap dan membalas jasa mak ayah aku yang termampu sebelum aku berumahtangga.

Aku syukur bila Allah semakin permudahkan urusan hidup aku. Aku bangga bila aku boleh bawa mak  ayah aku naik kereta yang aku beli dengan duit yang aku kumpul selama 5 tahun. Mak aku cakap, "Mak tak sangka dapat naik kereta baru anak mak balik kampung!". Menitis airmata aku masa itu. Aku tahu, mak memang tahu susah payah hidup aku berbanding adik beradik yang lain. Mak aku cakap, jalan hidup aku tidak semudah jalan yang ditempuh oleh abang dan adik-adik aku! Tapi aku selalu dapat apa yang aku inginkan, cuma perjalanan untuk sampai itu memang lambat. Aku redha! Aku dalam usaha memenuhi apa yang mak ayah aku inginkan selagi aku mampu. Cuma bab ijabkabul sahaja aku serahkan pada Maha Pencipta. Kerana ia berada diluar kemampuan aku untuk menentukan. Hak aku cuma merancang!

Allah tidak akan menduga dan memberikan ujian kepada hambaNya untuk selamanya. Dugaan dan ujian yang datang adalah di atas kemampuan hambaNya untuk menanggung. Alhamdulillah setelah cukup 3 tahun, aku mendapat pekerjaan tetap di syarikat swasta di Putrajaya. Walaupun gaji aku tak cecah pun RM1,000.00 sebulan, tetapi penat aku semakin kurang. Rumah dan tempat kerja amat dekat jaraknya. Aku tidak perlu bangun terlalu awal, tidak perlu berjalan kaki, tidak perlu menunggu bas apatah lagi untuk bertolakan di pintu masuk LRT STAR!

Dan sekarang aku dah 6 tahun bekerja di sektor Kerajaan. Juga di Putrajaya. Syukur yang teramat. Semuanya berkat doa ibu dan ayah aku. Putrajaya adalah destinasi yang buat aku rasa gembira dan agak tenang! Dan MOCAT adalah tempat kerja yang terbaik bagi diri aku. Aku akan kenang MOCAT dan kawan-kawan di sana selagi diizinkan Allah!

Kegagalan dan kesusahan aku dulu berbalas. Aku masih kenang susah payah yang aku lalui. Aku bersyukur dengan kegagalan dan kesusahan dulu, telah memberikan aku pengalaman hidup yang amat bermakna.

Setiap kali aku "jatuh", aku akan cari motivasi diri yang boleh buat diri aku "hidup semula"! Membaca artikel dan buku motivasi diri adalah minat aku dari dulu ... Jadi buat mereka yang rasa rendah diri, gagal, putus asa .... carilah MOTIVASI DIRI, selain memohon daripadaNYA dan berkat doa kedua ibubapa kita!

Aku masih lagi memburu kejayaan, kekayaan dan ketenangan, cuma akhir-akhir ini matlamat aku masih kurang jelas. Semangat aku seakan hilang, jadi aku sedang dalam proses menguatkan semangat diri mencari apa yang aku inginkan dalam hidup ini!




p/s : Ini entry aku 5 tahun lepas. Saja godek-godek dan rasa ia bermakna untuk diri aku. Sengaja berkongsi semula bersama korang utk pembacaan. Kalau okey dan rasa good-good bolehlah dijadikan pengalaman. Alhamdulillah, perjalanan hidup aku kini pun semakin baik. Rezeki dari Allah dan berkat doa mak ayah yang jauh kat kampung tu. Sekarang dan berkeluarga .... dah ada anak sorang! Takpa kalau kita lalui bad day, tapi jangan lalui bad life! 

Friday, April 11, 2014

THE MANSLATER: (Woman Language Translator)

Assalamuaikum ...



Entah sapalah share dekat FB pasai the manslater ni.  Aku pun tengok la puas-puas. Dan aku pula share dengan korang. Lawak pun ada manslater ni sebab dia boleh translate apa yang si perempuan cakap. Maksud aku bukan translate ke bahasa lain, tapi maksud yang tersurat dan tersirat dengan apa yang si perempuan cakap. Orang selalu kata perempuan ni selalu cakap terbalik maksud.

Contohnya;

Suami : Abang nak keluar minum dengan kawan malam ni, boleh ke?

Isteri : Apa .... keluar lagi? Ermmm ok keluarlah bang!

Tapi yang tersiratnya si isteri tak bagi pun hasben dia keluar minum dengan kengkawan. Nak suruh stay at home je teman dia, tapi mungkin ayat tu tak terkeluar. Hye, kalau aku ... kalau nak suruh hasben temankan aku, memang aku cakap direct je. Cuma antara dia nak temankan aku atau tak, terpulang kepada dia. Takdenye aku nak simpan-simpan. Sama juga kalau kat rumah aku penat ke hape .. tak larat nak masak ke ... aku terus cakap dekat hasben, "sayang penat .... kita makan luar yek!". Tapi benda ni jarang-jarang berlaku dalam tempoh 5 bulan ini sebabnya, selalu hasben yang ajak makan kat luar. Makan dekat kedai kawan dia. he he he he





Trasnslater nie sesuai la bagi dekat suami yang isteri dia suka sangat nak pendam-pendam. Nak simpan simpan. Nak harap hasben memahami semua maksud tersirat kita memang susah. Aku tak katalah aku luahkan semua benda dekat hasben. Ada juga aku simpan untuk diri sendiri. Kalau rasa tak patut luahkan, aku telan je sendiri. Tapi perkara-perkara simple biasanya aku akan cakap. Buat apa nak simpankan?

Nak-nak bila time makan dan makanan tu ada sikit je, aku mesti cakap dengan hasben aku .. "haa simpan sayang sikit, jangan makan semua tau. sayang belum rasa lagik!". Hah, jujur sangatkan. Hasben aku dah remind aku sebelum-sebelum ni, kalau ada benda yang aku belum makan, warning dia awal-awal takut nanti dia terhabiskan. Yelah, aku kadang lepas masak terus masukkan makanan dalam pinggan pastu pergi dapur sambung buat keje. Pinggan tu kasi hasben. Yang hasben pula ingat untuk dia sorang. Apa lagik ... teruslah ngap! Kejadian ini pernah berlaku sekali kot rasanya. Itupun sebab hasben salah dengar. Sabooor ajelah! And after that aku akan remind dia selalu, melainkan kalau aku dah makan dulu ... aku diam ajelah. 

Tapi apapun aku rasa ... alat ni macam mengarut je pun! Takdenya alat yang boleh faham hati sebenar manusia. Nampak sangatlah macam menipu kot ....




p/s : Sifat perempuan sebenarnya memang suke pun pendam perasaan. Pastu makan hati sorang-sorang!

Monday, February 17, 2014

PETUA ISTERI CANTIK

Assalamualaikum ...


Morning sayang2 sumer! Erk hari ini Monday. Jangan nak Monday blues sangat yek. Semangat sket dengan kerja-kerja di pagi Isnin. Moga kita dapat lalui minggu ini lebih baik dari minggu-minggu sebelumnya. In Shaa Allah ...

Pagi-pagi ni nak share petua untuk isteri sentiasa cantik di mata suami. Isteri nak cantik untuk siapa lagi kan, kalau bukan untuk suami. Ye dok?


Isteri je cantik tapi tahap kemalasan masak untuk suami adalah tinggi pun tiada gunanya. Cantik dan rajin biar seimbang. Masak tak pandai sangat tak apa, asalkan rajin masak. Lelama pandailah. Macam haku nie, learning process nye memanjang, pandainye idok ler lagi. Asal masak main campak, nak tunggu suami puji lambatlah. Kena masak penuh perasaan dan kesungguhan, baru boleh dapat hasil yang terbaik. Tak gitu?

Bila nak pandai neh?
 

Cukuplah dulu entry di pagi Isnin, ada masa aku sambung lagi. Skang ni update ikut sempat je, tak macam dulu. Ada time-time tertentu nak update blog. Bolehlah macam nie kan ... janji ade ... he he he he.






p/s : Bangun 4.30 pagi, ion baju keje berpasang-pasang ... pastu asyik ulang alik toilet, sakit perut. Entah apalah yang aku makan semalam?

Wednesday, December 4, 2013

ADA PASANGAN SENDIRI, ABAIKAN PASANGAN ORANG LAIN....

Assalamualaikum ...



Terima kasih kepada blogger yang satu ini kerana up entry yang best je aku baca. Iktibar sangat untuk pedoman masa hadapan. Yelah, aku kan baru berumahtanggabatu
Jadi setiap perkara yang baik wajib dikongsi bersama.Sila baca. Blog blogger nie pun best juga. 
Sila terjah!


Semoga syurga dunia ini akan menjadi syurga di akhirat kelak. Ameeen....





CK : Saya sayang hasben saya!

Monday, October 7, 2013

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH

Assalamualaikum ...




CK : Malaysia bagaimana???

Sunday, October 6, 2013

COMPLETE & FINISHED

Assalamualaikum ....










CK : Mood nak blogging ke laut je ... sama cam diet juga. Turun naik!

Thursday, September 12, 2013

15 WAYS TO KEEP RELATIONSHIP WORKING

Assalamualaikum ....








CK : Takde cerita sendiri, sibuk dengan lelaki masa depan merancang masa depan ;)

Tuesday, September 10, 2013

DULU-DULU AKU PERNAH BUAT MACAM NI ...

Assalamualaikum ...





Kelakar bila ingat balik. Dulu-dulu masa tak cukup matang, aku buat benda-benda nie.
Sekang bila fikir balik macam lawak pun ada ... he he he

Korang plak macam mana?? Pernah buat tak ?? Ke kita serupa je ....



CK : Banyak kenangan masa kecik




Monday, September 9, 2013

4 ORANG ISTERI?

Assalamualaikum ....





#tepuk dada tanya iman ...




CK : Poligami halal dalam Islam, jangan sesekali menentang. Tapi cara pelaksanaan hamba Allah swt bernama lelaki yang menjadi poligami digeruni si isteri.

PUJIAN

Assalamualaikum ...



Hati-hati dengan pujian.
Perjalanan hidup aku pernah lingkup dek pujian
Nasib baik aku cepat jugalah sedar ...

Dan akibatnya, aku benci pujian daripada manusia.
Kerana pujian aku gagal dapat apa yang aku inginkan
Manusia kalau memuji, sukar utk ketahui keikhlasannya
Tapi, kalau mengeji ... semuanya ikhlas
Susah nak jumpa manusia yang pura-pura mengeji
Kalau pura-pura memberi pujian tu memang ramai dan berlambak!


Pujian boleh buat kita lupa diri ... hati-hati!





CK : Kisah lama yang masih tersemat ...

Sunday, September 8, 2013

BELIEVE

Assalamualaikum ...




#aku patut percaya dan yakin dengan diri sendiri#
#cari peluang dan rembat#




CK : Mari motivasikan diri ... sendiri

Friday, September 6, 2013

SENDIRI FIKIR

Assalamualaikum ...




#sharing is caring

Monday, September 2, 2013

DIY | GIANT SPIRAL FLOWER

Assalamualaikum ...



Tetibe plak nak men'diy'! Eh, pandai ke? Semestinyelah aku nie tak pandai nak diy diy bagai nie. Den nie kerastangan. So, bab nak diy memang tak seberapa. Tapi sekang nie tengah merajinkan diri nak cari tutorial diy .. saja syok syok isi masa bila dok rumah time cuti. Ai is dah tak rajin OT laie dah ;p. Boleh lepak kat rumah sambil layan tv ... blogging sampai lebam ... shopping sampai lembik. Tunggu boss kuar arahan baru nanti ai ber'OT' semula. Tu pun kalau ai is rajin ;p

Mari kite tengok cara untuk diy giant spiral flower. Bila aku tengok cam cantik la plak kan. Kalau ada anak sedara ngan aku leh la buat besday party dia ... pastu buat benda alah nie....


Materials: Cardstock, Foam Core Board, Glue Dots, Scissors

Step 1: Cut your cardstock into a square.
Step 2: Round off the corners of the square.
Step 3: Begin cutting the cardstock into a spiral, working your way to the center.
Step 4: Leave the center circle about the size of a quarter.
Step 5: Add a couple of Glue Dots to the center circle.
Step 6: Begin rolling the end tail of the spiral.
Step 7: Hold the paper tightly as you roll so as to not unravel the flower you’re creating.
Step 8: When the spiral has been completely rolled to center circle, simply press the the flower spiral and the circle center together. The glue dots will keep the flower from unraveling.
Step 9: Cut out a number or letter from foam core board.
Step 10: Attach the flowers to the board using glue dots.



Instruction dia yang aku malas nka translate ... sila guna google translate kalau tak paham. he he he ... aku translate kang ke laut plak maksud asalnye. Bukannye pandai english sangat pun ;p. Dah siap semua, hasil dia cam kat bawah nie. Comel kan??


Kalau rajin korang leh buat benda nie banyak-banyak. Pastu susun cantik-cantik buat macam frame gamabr. Mesti nampak cumel dan ceria deko korang kat umah. Nak tengok banyak lagi diy boleh rujuk kat sini <---

Selamat mencuba!




CK : Mood tak rajin sangatlah skang nie ... tatau nape

Monday, August 26, 2013

CARA AKU KEKALKAN KESEGARAN DAN KEHIJAUAN DAUN SUP DAN DAUN BAWANG

Assalamualaikum ....



Aku suka makan daun sup. Kalau buat ulam sedapnyelah hye. Daun bawang pun aku suka juga, kalau goreng mee segera, aku memang potong daun bawang masukkan sekali. Sedap. Wangi. Kalau beli dekat Pasar Awam Presint 8, daun bawang dengan daun sup nie ... mahal sangat aku rasa.

Semalamkan aku pi mydin, so nampak daun bawang dan daun sup yang hijau dan segar. Murah plak tu. Tak sampai singgit pun rege dia. Rasa yummie sangat dengan kehijauan dan kesegaran daun tu. Tapi kan ... kadang tak boleh simpan lama. Cepat rosak. Nak-nak, bila terus masuk fridge ... 2-3 hari daun dia dah layu. Nak makan pun macam dah tak sedap kan?

So, kat sini aku nak share cara aku simpan daun bawang dan daun sup tapi still maintain hijau dan segar juga. Boleh la tahan dalam seminggu. Okeylah tu daripada 2-3 hari dah buruk kan ...

Pertama sekali, korang kena make sure bila beli daun bawang dan sup ini ... jangan bagi pekedai tu lipat masuk plastik. Nanti batang dia patah. Dah tak boleh nak simpan lama. Biar tegak je masuk plastik. Selalu orang beli daun bawang dan sup nie kan tak banyak kan ...

Bila dah sampai rumah apa yang korang perlu buat adalah, cuci sket kesan tanah pada akar dia. Please jangan potong akar dia hokeh! Bersih kan sket-sket dah le. Hati-hati juga jangan bagi batang daun-daun ini patah ye ;p


Bila akar dia dah bersih sikit, rendamkan keseluruhan tubuh badan daun sup dan bawang ini ke dalam besen yang berisi air. Rujuk gambar kat atas. Rendamlah dalam 30 minit camtu, bagi dia segar balik. Bila korang dah rendam dalam air ... daun ini akan kembali segar dan menghijau. Beli daun sup dan daun bawang jangan ambil yang busuk or buruk, memang takleh simpan lama lah. Pilih yang cun-cun aje tau.


Kemudian, ambil bekas minuman yang tinggi (rujuk gambar) masukkan sedikit air. Air nie sekadar tenggelamkan akar daun sup dan daun bawang sahaja. Jangan letak air banyak. Nanti rosak akarnye. Agak-agak dalam seinci air ... cukup lah kot. Pastu korang masukkanlah daun sup dan daun bawang dalam bekas minuman yang tinggi tu. Letaklah kat mana-mana sudut di dapur. Cari bekas yang tinggi adalah untuk menyokong batang daun-daun ini yang sedia maklum ianya mudah patah kerana kelembikan.

Aku selalu buat camnie. Selalunya bertahan jugalah 7 hari sampai habis masaklah aku guna. Nak beli selalu kan malas nak ke pasar. Sekali beli buat stok 4-5 hari. Sama juga dengan serai, aku rendam sket bahagian bawah dia tu tak kasi kecut. Tapi sampai berakarlah serai tu. Kalau ada tanah memang aku dah tanam dah tu. 


Sekian, tips di dapur aku hari ini. Selamat beramal ... he he he happy reading yaaaawwww!!




CK : Tak menahan bagi tips kat korang ... cam baguihlah sangat. he he he


Monday, August 19, 2013

KENAPA PEREMPUAN, SELEPAS KAHWIN AKAN BERISI?

Assalamualaikum ...




Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.

[sumber dari sini <----]


Bagi aku, berisi atau tidak itu bukan persoalan dalam mencipta bahagia dalam rumahtangga asalkan setiap orang menerima seadanya pasangan masing-masing dengan penuh rasa syukur, In Shaa Allah rumahtangga akan rukun damai. Kalau kau kurus, langsing ... muka cun, putih melepak tapi pemalas nak mam***, nak masak tak tahu, basuh baju malas, rumah bersepah ... harap jaga muke ngan badan je memanjang ... suami pun give up! Tapi kalau kau cantik plus rajin melampau ... kira bonuslah tu.

Kalau tak cantik mana pun, tak yahlah risau sangat. Bagi aku bukan semua lelaki memandang fizikal dan luaran. Ada juga saki baki lelaki yang tahu hargai keluhuran dan keikhlasan hati wanita yang sanggup susah payah dalam jalani kehidupan bersama. Kadang lelaki nie, dapat wife punyalah baik ... jaga dia cukup sempurna tapi maybe gemuk sket ajelah, terus nak cari lain. Sekali bila dapat yang lawo ... apa pun tak bleh, tak perfecto cam isteri sebelumnya! Kan dah nyesal tinggalkan isteri yang baik. Aku juga perasan lelaki nie kadang masa dia mude hensem bergaya je sibuk ngayat perempuan lain, tapi bila dia dah tua ... tak larat dah itu ini, dia akan balik kepada isteri yang boleh menjaga dia.  Apsal dia tak patah balik kat binis dia yang lawo tu? Sorry lelaki, aku tulis berdasarkan kenyataan depan mate. 

Berisi atau tak ... hargailah pasangan kita. Kalau dia berusaha menjaga kita dengan baik, sempurna ... kenapa kita tidak menjaga dia dengan baik dan sempurna juga? Ingatlah pasangan yang baik itu adalah anugerah Allah swt yang tidak terhingga nilainye. Sekali kita abai, perginye mungkin tak kembali lagi. Tak ke menyesal nanti.

Eh, fikir sendirilah kan ....



CK : Emo plak ....

Sunday, July 21, 2013

RESEPI DAN RAMADAN

Assalamualaikum ....



Aku perasan, kalau Ramadan datang je ... keywords yang paling banyak dicari adalah berkaitan resepi. Bak kata resepi dan Ramadan tak dapat dipisahkan. Bulan Ramadanlah memasing nak tunjuk skill memasak. Ada yang jadikan bulan Ramadan nie bukan setakat berpuasa dan melakukan amal-amal baik yang lain, tetapi juga dijadikan bulan untuk menimba ilmu dan menambahkan sklill memasak. Bagus!



Buktinye .... ini keywords minggu lepas. Kesemuanya keywords adalah berkaitan dengan resepi. Paling ketara memasing sibuk cari resepi mee goreng dan rendang ayam. Harap resepi yang aku kongsi tu menjadi manfaatlah untuk korang. Korang leh adjust agar resepi tu jadi lebih sedap dr apa yang aku bagi. No prob! 

Ramadan tahun nie aku baru 2 kali masak. Hari tu buat masak lomak cili api ketam ... petang tadi buat sambal ikan bilis. Serius tiada kesempatan. Aku kerja sampai kul 11.30pm hampir hari-hari. Nak masak sahur pun tak daya ;p .... time sahur aku cuma makan 3 biji kurma dan segelas air suam. Cukuplah tu. Alhamdulillah. 

Tapinye, si teman aku .. dah membising bila aku nak masakkan dia mee kari. Asyik dok merungut je. Aiyak ... bilalah ye? Resepi dah ada, nak pergi cari bahan mentah tu entah bila. Kot nanti sedar tak sedar dah habis Ramadan. Hye ... nasib badanlah ye ... he he he

Okeylah nak sambung buat keje lain plak. Dah lama tak update ... nak stop entry pun tak reti dah. hehehehe






CK : Mendapat selsema plak puasa-puasa nie ....

Friday, June 14, 2013

LESS & MORE

Assalamualaikum ...



Kalau rasa nak badan cantik. Cun melecun.
Cer terai petua less & more kat bawah nie
Kalau konsisten sure badan korang ramping cam model dalam gambaq tu.


Try la less and more nie ... tak rugi rasanya kot. kan kan kan



Camne la nak dapat perut sekeping camtu
Ini tak ... spare tayar keliling. Aiyak .... diet oh diet.
Serius sket boleh tak diri sendiri?





CK : Usaha tangga kejayaan

Tuesday, May 21, 2013

LIFT DAN PARKING

Assalamualaikum ...




Aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yang guna lift ... kadang macam pentingkan diri sendiri je aku tengok. Macam pagi tadi, aku keluar pergi kerja agal awal sketlah. So memang hari-harilah aku guna lift sebab dok apartmentkan. Takkan nak guna tali macam tarzan plak. heh!

 
Tekan button lift, pastu dah terbuka pintu lift aku masuk ... ada sorang je mamat dalam lift nie. Dia sorang dengan plastik sampai hitam. Yang aku tak suka tuh, ko dah masuk lift awal, cubalah masuk ke dalam sikit. Jangan dok depan pintu. Awak tu kalau kurus tak kisah. Ini tak, dia berdiri sebelah kiri plastik sampah sebelah kanan ... celah mana aku nak masuk? Ada space sket je ... pepagi lak tu mamat nie buat muka toya mat amin. Haish .. kotlah nak beranjak ke belakang. Idak pun! Bagilah lalu kepada orang yang baru masuk. Konsep masuk lift, sapa awal dok belakang, sapa lambat dok depan. Reti!

 
Lift dekat apartment memang selalu camnie. Memanjang jumpa orang yang penting diri sendiri. Agaknye teruja sangat dengan lift atau tak pernah naik lift? Dok depan tu tak salah, tapi bila nampak orang lain nak masuk ... silalah beranjak ke belakang supaya memudahkan orang lain juga. Ini dikira sebagai tanggungjawab sosial kita. Lift tu bukan hak persendirian untuk kita sorang je yang guna.
 
 
Kadang aku naik menyampah dengan sikap orang macam nie. Ini belum masuk lagi sikap orang-orang yang dok apartment Kerajaan dekat Putrajaya nie yang sesuka hati parking depan tempat yang dilarang kat kuarters! Dah letak papan tanda dilarang parking atau papan tanda untuk OKU, Bomba, Ambulans nak juga park dekat situ. Kang kata penghuni kuarters Kerajaan buta huruf, marah plak! Belum campur lagi ada juga orang mangkuk hayun kat apartment aku pi parking kereta dia kat lobi apartment ... apa ko ingat ko dok rumah teres ke nak syok sendiri dengan lobi tu???? Lobi tu untuk kegunaan bersamalah ... untuk turun naik penumpang dan barang-barang je. Bukan buat lobi tu untuk park kereta sendiri! Menyusahkan!


Kalau dah kurang kesedaran sivik, camnielah gayanye ...
 
 
 
 
 
CK : Bandar nie, kurang semangat kejiranan ... tu kadang yang rasa tak best sangat.

Friday, May 10, 2013

SENARAI SPEEDTRAPDI LEBUHRAYA MALAYSIA

Assalamualaikum ....



Sharing is caring! Senarai Speedtrap bawah jambatan sepanjang lebuhraya di Malaysia. Dah share senarai speedtrap nie, kalau ko masih nak memandu melebihi had laju lantak koranglah kan. Kadang kita ni asyik nak complaint je manjang. Apa kerajaan buat semua salah. Kita tak pernah salah. 



Cer pikiaq positif, ada speedtrap nie supaya korang tak pandu laju giler pastu membahayakan nyawa orang lain terutamanya dan kemudian nyawa sendiri. Aku kalau tengok kenderaan pandu lebih 110km/jam kat highway, aku selalu cakap ... "kalau ko rasa nak mati, pi mati sorang-sorang jangan dok ajak orang lain same....!". Geram oooo tengok kenderaan yang pandu lebih had laju. Kadang dia punya laju boleh sebabkan accident je. Paling tak bleh blah yang dok beam lampu dan cucuk kete depan. Aku kalau balik Kedah, selalulah kena ngan kete mewah dok beam lampu cucuk myvi aku. Tapi .... ada aku kesah! Lagi aku rasa tak selamat masuk lane tengah, ko beam sampai nak meletup lampu kete pun aku takkan masuk lane tengah. Nasib ko lah! Mesti ko maki-maki aku dalam kete kan kan kan ....



Untuk korang yang selalu travel jauh ... macam aku, tengoklah speedtrap bawah jambatan nie sama selain daripada AES. Bab AES tu toksahlah dok marah Kerajaan sangat pun. Aku tak rasalah Kerajaan kejam bab AES nie, sebelum sampai AES tu ... berderet papan tanda bagitahu pasai KAMERA nie, so korang pandai-pandailah slow dah patuhi had laju. In Shaa Allah takde kena saman AES punya. Yang dok gatai laju juga tu sapa suruh. Dah kena saman, kecoh satu Malaya ... walhal sendirik yg cari sakit!
 


Nak elak saman senang je, patuhi undang-undang dan had laju jalanraya. In Shaa Allah selamat nyawa dan duit korang. Kan kan kan .....

 

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.



Sumber : Facebook



Berderet-deretkan speedtrap nie. Tapi aku  tak pernah risau ... sebab akunye had laju over pun kekadang je. Myvi aku tu pernah kena saman pun sebab si teman. Dia laju, dia kena saman .... tapi kete aku, dialah kena bayar. ha ha ha ... sapa suruh nak memecut je manjang. So kuar duit poket chek abang le tuk bayar saman. 






CK : Pandulah dengan hati-hati, jiwa selamat!