Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

SEGMEN BLOGWALKING CUTI SEMESTER BY PARINH

Assalamualaikum ...


Dah lama aku tak join segmen dan GA kat blog. Masa awal-awal blogging dulu, memang beriya join macam-macam segmen. Siap bersengkang mata lagi. Dulu bujang, skang dah ada anak ... bersengkang mata pun untuk anak dan hasben ajelah. kehkehkeh!

Setelah sekian lama tak join segmen, ni tetiba teringin plak nak join segmen blogwalking cuti semester by Parinh nie. Syarat-syaratnye ...

Syarat-syarat :


1 . Follow Blog : Blog Parihh

2 . Follow Google+ : Mad Parihh

3 . Like Page : Blog Parihh Dot Com

4 . Follow Instagram : Parihh

Copy paste banner kat bawah tu dan letakkan tajuk ' Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ' . 

Kalau korang teringin nak join, juz click je banner kat atas nie,

Hadiahnye tak menarik sangat bagi korang kot, tapi kalau bagi blogger memang menarik! Boleh up kan traffic blog korang. Memang aku suke ... hehehehe... ;

Review Blog : 5 pemenang

Bloglist : 10 pemenang

okeylah kan .... kecik tapak tangan, PICC tu aku tadahkan kalau blogger nie review blog aku! hahahaha. Angan tak sudah aku nie ...



p/s : Hari ni dok rumah, kelek Iskandar sambil kemas dapur persiapan nak sambut Ramadan!

Thursday, January 1, 2015

HEADER 2015

Assalamualaikum ....



Bersempena tahun 2015, sesaja buat header baru. Dah cukup cun bagi blogger macam aku yang langsung takde seni dan kurang ilmu dalam buat header. he he he. Bolehlah dari takdekan?



Nampak tak seekor anak ayam keloncatan di situ. Bukan main girang sambut tahun baru kot. Walaupun umur dah meningkat, tapi aku masih mengekalkan ciri-ciri keanakan. Kegirangan anak ayam tu lebih kurang macam aku je. Tapi aku bukan 'anak ayam' yang itu ye. Jangan dok salah tafsir plak. Ini anak ayam memang seekor binatang yang betul-betul anak ayam. ha ha ha susahnye nak describe!




Header 2014, terima kasih atas jasa. Tak reti juga nak buat. Main belasah je asal blog aku ada header. Ini namanya blogger sukahati. Kreatifnye takde pun, cuma keinginan nak mencuba.

Pagi 2015 bangun awal. Wah umur dah bertambah. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia.Kepala otak dah plan untuk buat breakfast untuk hasben. Kuewteow kerang sudah. Lunch tak pasti nak masak apa. Mungkin masak lemak cili api ketam kot. Aku makin ketagih untuk makan ketam akhor-akhir ini. Ntah kenapa entah. Nasib baik rege ketam tengah murah. Rezki kamu wahai anak!

Okeylah, moga korang semua segar di pagi tahun baru, 2015!




p/s : Header sahaja baru, blog yang sama dan penulis masih jua orang yang sama. Suka merapu tak tentu pasal. ha ha ha

Saturday, November 23, 2013

MURAH REZEKI SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum ....


Morning sweety...sweety ....


Lepas kahwin nie, murah plak rezeki aku berblog. Bulan November saja aku dapat 2 CPUV. Alhamdulillah. Harap-harap nanti murah juga rezeki dapat jadi mommy ;-). Hasben aku memang tahu aku ada blog, walaupun dia jarang-jarang kot nak baca. Untuk dia tak halang minat aku menulis dengan merapu nie, awal-awal lagi aku dah bagitahu pasal blog nie kat dia. Sebelum kahwin lagi dah cakap. Minta izin lagi baik supaya dapat blogging dengan tenang dan gumbira ;-)

Sekarang nie earnings aku ada lak juga ratus-ratus dalam akaun Nuffnang. Nak simpan lagi tu. Malas nak cashout sekarang. Nak dapat ratus-ratus tu pun kena tunggu setahun. Yelah, aku nie kan blogger suam-suam kuku. Blogger hebak lain dapat ratus-ratus tak sampai pun sebulan. Tambah la sekarang nie, update blog pun tenggelam timbul. So, hasilnye pun tenggelam timbul juga la. Salah siapa? Diri sendirilah kan. Nak hasil banyak kenalah usaha lebih. Ye doook?

But aku dont kisah sangat la, aku pun part time blogger. Berblog untuk seronok. Lebih kepada sharing is caring .... sharing is loving ... sharing is sexy (aaauuuwwww) je blog aku nie. Kadang banyak merapu. Tapi takpelah, merapu hal diri sendiri bukannya ngata orang ... so selamatlah sket tang tu. xoxoxoxo


CPUV aku yang terkini dari International Autoparts dan INTI Rebranding. Aku perasan, start bulan Julai 2013 ... hampir every month Nuffnang longgokkan aku CPUV. Thanks .... and Alhamdulillah. Sekali longgok tu adalah 2-3 juga. Pastu lama gaklah baru dia nak credited. Lagi lama ... lagilah banyak earning. Kalau banyak UV masuk masa iklan tengah running, lagi banyak earning yg dapat dan kalau para UV nie click iklan tu .... dapatlah CTR bonus. Senangkan? Tapi nak hasil lebih kena usaha lebih. Usaha dengan smart. Itu je jawapannye.

Aku skang nie bapak pemalas nak update. Cerita berlambak. Gambar berlonggok .... tapi mood berblog asyik ke laut je. Camne tuh??

Pagi-pagi dah cerita pasal CPUV .... rezeki bangun awal. Tapi sekarang takleh berlonggok lelama depan pc neh, dah ada hasben. Kena siapkan breakfast jap ... kalau masa anak dara dulu, melepek depan pc sampai kul doblas ... tak makan pagi tak lunch pun takda sape marah. Skang tak boleh dah! Hasben bagi izin berblog pun dah cukup Alhamdulillah dah. Cuma FB je hasben suruh deactive dulu skang nie. Yang tinggal pun FB khas untuk blog je. FB personal kena say good bye sementara waktu.


Okeh, aku cau cin cau dulu .... nak siapkan breakfast kat hasben sat!





CK : Hari nie nak ke Melaka ... pergi wedding kawan plak. Dah kahwin nie rajin plak pergi wedding ... hu hu

Wednesday, August 28, 2013

MAJUK KE KAK?

Assalamualaikum ...



Akak merajuk ke? Kenapa nak merajuk pulak? he he he ini persoalan Cik Puan Rara dalam komennye. Rara cakap akak blogger yg sorang nie tak singgah masuk blog dia. Aloolooo jangan cakap camtu. Tengok Rara dah komen akak merajuk la pulak ... ish, takde apa yang nak dirajukkan la ;=)

Untuk pengetahuan Rara, akak hari-hari masuk blog safura.online.diary tu. Setiap kali Rara update akak akan singgah. Tapi time office, jarang sangat nak sign in blog. So, setakat baca camtu ajelah. Macam silent readers yang lain-lain. Sebab itu akak banyak tahu perkembangan Rara.
 
Actually Rara nie antara blogger yang rajin bertegur sapa masa aku mula-mula jadi blogger. Masa tu blog Rara dah ramai followers. Dari Rara bujang ... sampai dah kahwin (dia siap antar kad kahwin dia kad aku dan malangnye aku tak dapat hadir sebab ada kursus) dan sampailah dah ada princess sorang, aku still baca blog dia. Weekend husband and wife yang masih muda belia. Jauh lebih muda dari aku.

Kad Kahwin Rara yang aku masih simpan ... thanks ye Rara jemput akak ;p

Aku nie banyak jadi silent reader. Singgah masuk blog jarang sangat meninggalkan komen. Bukan taknak komen, tapi kekangan masa. Nak-nak office aku nie jenis tak friendly sangat bab blog. Nak komen amek masa. So, kebanyakan komen aku tinggalkan pun masa blogging kat rumah ajelah.  Kebanyakan blog yang ada dekat list aku, memang aku akan singgah. Then aku akan cari sapa followers aku untuk aku terjah. Walaupun bukan hari-hari dapat buat semua tu, tapi aku akan usahakan juga untuk terjah blog korang semua. In Shaa Allah ....

Setakat ini, belog yang rajin komen kat belog aku dan aku akan hadap balik blog dia ... cam senarai kat bawah tu. Try la tekan ... manatahu kot-kot tu belog korang kan kan ... he he he. Mari tengok sapa yang bertuah.


BELOG
BELOG
BELOG
BELOG .......
.....
.....
.....
Ini belog yang rajin komen kat entry aku. Ada lagi, tapi untuk hari ini aku up yang ini dulu .... belum masuk lagi belog yang tak komen langsung tapi aku tetap terjah sebab entry dia best ... dan bila aku baca boleh buat aku hilang stress. Setakat ini blog paling sempoi (sebab dia banyak sentuh isu semasa bukan gossip retis, pastu dia selalu up story yang selama ini aku tak tahu pun pasal benda yang dia up kan tu) dan bila aku baca blog dia buat aku berfikir sama apa yang dia tulis. Aku belum jumpa lagi pesaing dia .... hu hu .... nak tahu sapa, inilah blogger tu <------ Blogger biasa-biasa, tapi entry dia buat aku rasa, "a'ahhh betul juga yek ...!".

Kalau aku tak masukkan link korang, jangan la majuk plak....jangan la unfollow plak belog aku...heheheh sbbnye aku perasan followers aku dah kurang sorang. Dua hari lepas 1348, tadi tengok dah 1347. Aish, baru nak berangan dapat followers sampai 2K sampai ujung tahun nie. Tak kesampaianlah nampaknye! hu hu

Skang nie aku blogwalking weekend je tau .... tak dapat dah nak bw macam selalu. Korang tengoklah, aku update blog pun dah tak menentu. Time ikut suke sendiri. Dulu sehari 4 entry, skang nie 4 hari 1 entry ...ish, ada ke patut camtu?


Kalau aku tak comment blog korang, maknanye aku jadi silent reader terhormatlah tu ... hu hu hu ;p




CK : Sampai satu tahap dah tak tahu citer apa nak share lagi. Kagum dengan bloggers yang up entry superb!


Sunday, August 18, 2013

HARI MINGGU DAN BLOG

Assalamualaikum ...


Morning u'olls ...

Korang tak update entry ke weekend camnie?
Aku perasan kalau weekend kebanyakan blogger jarang update blog
Aku plak kalau weekend dok umah, mahu berentry-entry aku update
Walaupun entry berlambak, susah la plak nak dapat UV
Coz memasing dah kuar dating di hari minggu, aku je terjelepok depan pc
Takdelah orang nak baca entry yang aku update. Ish .. kesian ...

Ada masa biasanya aku blogwalking pun hari minggu ajelah. Tu pun kengkadang.
Semua blog aku terjah, kadang-kadang sampai berejam mengadap blog je.
Bila time busy, berhari-hari barulah jumpa blog. Tapi bukannya update.
Setakat baca ulang tayang entry lelama je ;-D

Tapi aku gak perasan, mana yang blogger tegar tu mesti update blog kurang-kurangnya 3 entry sehari
Hebat tul dorang nie. Banyaknye la idea.
Kan best kalau aku dapat jadi cam korang ... tapi dah cam full time blogger plak
Dah tak leh nak wat keje lain. Takmolah camtu. Aku nie part time blogger je pun
Sebab tu update ikut suka hati sendiri jerk.

Skang ni pun aku dah jarang wat auto publish entry. 
Bila taip entry je terus rasa tak sabar nak publish. Camne nak wat auto publish kan?
Aku plak yang jadi jenis tak sabar baca entry sendiri...uwwwweeeekkkk *cam la entry sendiri best*

Dah sorang-sorang tak buat apa ... ngadap blog ajelah sampai lebam.
Semalam aku dah kemas ruang tamu, hari nie plan nak kemas bilik belakang
Baru plan, tapi tak tahulah berjaya ke idak plan nie ... he he he
Kalau tak berjaya, nak kuar sat pi car wash. Kete dah bersalut kotor dah. Geli nak naik.

Kadang aku fikir, menulis blog nie lagi best dari dok ramai-ramai pastu mengumpat orang.
Buat dosa je. Tapi tulis blog pun jangan lah ngata orang juga ... ye dak? Kalau tak sama je dosanye.


Takda kene mengena dengan entry nie ;-D




CK : Tengah fikir nak masak apa for breakfast ...

Thursday, March 14, 2013

3 TAHUN

Assalamualaikum ...



Morning korang!


Harap korang sumer sihat. Boleh buat kerja dengan baik dan sempurna. Jangan lupa breakfast! Wah, baiknye aku hari nie. he he he. Siap bagi nasihat bagai. Tak pernah-pernah. Buang tebiat gamaknye. Okeh, abaikan semua ini. Ini semua poyoooo ....


Pejam celik, pejam celik. Semalam dah genap 3 tahun aku menjadi blogger yang ala-ala tegar. Dah 3 tahun usia blog ini. Hari ini dah 3 tahun 1 harilah! Walaupun aku blogger ala-ala tegar yang kejap kejap nak update je. Pergi mana-mana ingat belog. Ambil gambar sebab blog. Pergi makan ambil gambar sebab blog. Bak kata banyak benda yang aku buat dan lalui semua nak cerita kat blog.  Apapun, cerita aku masih berpadalah. Kalau terlalu personal tak adalah aku share dekat sini. Simpan dalam hati sudah ;)


Sepatutnya 13.3.13, aku meraikan usia 3 tahun belog aku. Tapi kesibukan melanda, tak sempat nak bercerita apa. Akhir-akhir nie pun aku banyak buat entry autopublish, terutama time pagi. Tak sempat nak update belog kat office. Kang kena hamun. Kalau petang aku update pun bila orang takde kat office. Buka belog pun kejap-kejap. Nak berblog penuh perasaan kena tunggu balik rumah dulu. Baru rasa bebas!


Sepanjang 3 tahun menulis belog, banyak yang suka dari duka. Memang meluaskan pemikiran dan kepala otak aku. Kalau duka dan terasa hati dengan komen-komen rakan blogger, adalah sikit. Tapi takdelah sampai terkesan di hati. Aku abaikan je selagi tidak memudaratkan.


Actually, nak share sketlah ngan korang. Aku buat dan tulis blog nie bersebab. Masa tu aku hanya nak luahkan rasa kecewa aku tentang perkara sekeliling. Nak jadikan belog nie sebagai pengubat duka aku. Aku sign up blog supaya aku dapat lupakan segala kesedihan dan kegagalan yang aku lalui. That time aku dah tak tahu nak buat apa untuk menormal dan membahagiakan diri sendiri. Takkan nak terjun bangunan plak kan? Bodoh namanye tu ....



So, aku decide menulis blog. Mula-mula tu tatau pun pasal blog sangat walaupun aku pernah ada 2 blog sebelum nie yang telah terkubur. Satu tu aku dah lupa password, yang satu tu aku dah privatekan. Sebab tak best ... ha ha ha sendiri tulis sendiri yang rasa tak best plakkan? Belog nie pun belum tentu best....he he he


Nama blog. Mulanya aku letak secretwordfromheart.blogspot.com. Panjang giler nama! Masa tu tak tahu pun tentang kepentingan nama url blog. Tak pernah study pun tentang blog jauh sekali nak amek tahu pasal Nuffnang yang boleh buat side income. Ish, kalau dari dulu tahu .... dah kaya kot! Tetiap bulan cek NUffnang sampai rumah. ha ha ha .... berangan!!! Nama yang aku letak memang ada kaitan dengan kehidupan aku. Banyak sangat secretnye! Banyak sangat dok pendam dalam hati! Mula ingat nak guna nama sendiri, tapi cam malas plak ... kang glemer susah plak. Nak kena bergambar dan sign autograf je manjang. Eh, perasan lagi! Perasan tak kena bayar, so ko perasan 4-5 juta kali pun aku rasa okeh lagi kot. keh keh keh ...


Sekarang nie belog aku dah bertukar nama : rempitkehidupan.my


Simple dan padat bagi aku. Senang nak ingat. Setahun bayarlah RM20 kalau nak guna nama nie sampai bila-bila.


Untuk nama aku sebagai penulis, aku letak nama CIK KAMOO, nama yang kawan, teman, kekasih aku selalu panggil dulu. Dia nie kalau sms aku manjang ayat dia, "kamoo buat apa? kamoo dah makan ...?". Asyik kamoo kamoo, last-last lekat nama tu kat aku. Cuma skang dia dah kurang panggil nama tu. Panggil nama sebenar macam ayah aku selalu panggil ....



Sepanjang 3 tahun dan 1 hari .... aku dah menulis 1737 posts. Menulis dan merapu dalam masa yang sama. Berkongsi maklumat terutama pasal makan, makanan dan memasak. Sebab aku suka makan! Berkongsi tentang lokasi menarik, travel .... dan macam-macamlah. Tapi semuanya lebih kepada kehidupan peribadilah.


Aku berterima kasih kepada korang yang menjadi followers blog aku. Selama 3 tahun .... followers aku genap 1299 orang! Korang follow bermakna korang beri aku semangat. Dan komen yang aku belum lagi publish adalah 45 comments .....awaiting moderation! Tak sempat weh nak publish dan reply komen korang. Sabar yek. Sekarang nie aku tak cukup tidur, kat office tak boleh nak blogging je. Kang kena penampar jepun. Naya!


Pageviews blog aku 385619!! Okeylah kan .... hebat juga ape? he he he


Sejujurnya aku happy jadi blogger. Banyak benda yang aku google untuk belajar dan banyak benda yang aku dapat dari blogger yang hebat-hebat. Jika nak dibandingkan dengan aku, apalah sangat. Memang blogger picisan je.



Disebabkan aku rasa happy ada belog, seronok giler jadi blogger .... kalau tak update sehari ... aku boleh jadi resah! Teruk sungguh .... 



#nak cerita banyak lagi.....tapi dah tak berdaya nak menaip dah nie.





CK : Happy birthday belog CK!!!

Wednesday, February 20, 2013

AKHIRNYA 800!

Assalamualaikum ...




Berjaya juga! Alhamdulillah .... akhirnya belog aku nie dapat juga merasa 800UV sehari. Sehari!! Ia adalah satu perkara yang menyeronokkan dan membanggakan diri aku. Macam aku dok war war kan pada korang dalam entry ini <----- Tercapai juga hasrat di hati. Semalam aku dok cerita UV aku tinggal lagi 2 je nak cukup 800 UV. Itu cerita semalam ..


Cerita hari ini ...


Sejak aku makin 'menyukai' yang teramat menjenguk akaun Nuffnang, hari-hari aku jenguk. Kadang sampai 4-5 kali dalam sehari. Sibuk check UV! Orang syok check earning tapi aku pulak dok syok check UV.


Angka pun cantik .... he he he


Ini UV malam tadi, 19/2/2013 sehingga jam 11.55pm. Akhirnya aku berjaya juga dapat 800UV plus plus sehari. Terima kasih kepada anda dan anda yang sudi menjengah ke belog yang kadang biasa kadang luarbiasa. Aku pasti, impian aku nak dapatkan 1000 UV sehari, In Shaa Allah menjadi kenyataan. Tapi aku kenalah bekerja dan berusaha dengan lebih baik. 



Aku tak sangka, menjadi blogger nie mempunyai kepuasan tersendiri. Kepuasan terutamanya kepada mereka yang suka menulis. Suka bercerita. Suka berkongsi. Bila kita tulis, cerita dan berkongsi .... dan ada pula yang sudi membaca, ia seolah bukan satu perkara yang sia-sia. Benda baik, apasalahnya dikongsikan. Ilmu makin dikongsi makin bercambah. Cuma, jangan terlalu banyak gossip sudahlah kat belog nie. Kalau boleh aku nak elak. Dan kalau boleh aku nak cerita tentang aku, pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling aku sahaja. Soal hidup orang lain, pandai-pandailah mereka bercerita sendiri. Ye tak??



Aku harap, lepas nie aku boleh menulis lebih baik daripada sekarang. Lebih santai. Lebih mudah faham. Lebih berilmu. Lebih matang ;=) In Shaa Allah!






CK : Harap-harap tahun 2013 dan tahun mendatang rezeki makin murah!

Tuesday, February 19, 2013

DUA JER LAGI!

Assalamualaikum ...





Aku sekarang seronok tengok akaun Nuffnang walaupun takda CPUV terkini. Seronok tengok UV yang meningkat dan kadang turun. Bila tengok UV naik turun dengan angka yang tidak mengecewakan, aku merasakan satu kepuasan berblog. Walau earning biasa-biasa je ;=)



Untuk tarikh semalam, tinggal 2 UV lagi untuk aku capai 800 UV! Kalau capai 800 UV  maknanya, aku kena usaha untuk capai target 200 UV untuk merasai nikmat kepuasan blogging dengan 1000 UV sehari.


Blogger-blogger yang dah otai mungkin tak kisah semua nie, tapi aku amek kisah. Ia satu keseronokan. Ia satu kepuasan. Berganda!




Graf untuk tarikh semalam, 18/2/2013 ... menghampiri angkat 800! Weehaaaaa .... Tapi, hari ini aku tak tahulah berapa pula UV yang aku akan dapat.


Ini yang rasa takmau bercuti dari blog lepas nie. ha ha ha!!


Apapun, usaha tangga kejayaan!! *senyum puas*






CK : Manjadda Wajadda

Tuesday, February 12, 2013

AF-FATIHAH BUAT BLOGGER JEJAI

Assalamualaikum ...






Buat semua pembaca belog aku, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada blogger terkenal ini iaitu Arwah Jejai yang telah pun kembali ke rahmatullah petang tadi. Al-Fatihah! Aku baru je 5 minit tadi baca dekat FB Denaihati. Ini belog arwah ... sini <------





Dari FB Redmummy, arwah meninggal jam 3 petang tadi dan akan dikebumikan esok.


Arwah pergi meninggalkan kita semua setelah bertarung dengan kanser tahap 4. Selama ini aku kenal blogger Jejai melalui blog Abang Ensem, Ezriqazz dan Denaihati. Memang selalu baca kisah mereka.




Semoga roh arwah blogger Jejai ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Damailah kau di sana!




Al-Fatihah ....





CK : Masa kita tidak tahu bila .....

Saturday, February 2, 2013

AKIBAT CUTI LAMA SANGAT!

Assalamualaikum ...





Last week aku cuti lama sangat. Sambung cuti tak hengat. Semasa peninggalan aku, semua entry aku buat autopublish. Itupun cuma mampu buat satu entry je sehari. 


Biasanya kalau aku tak buat autopublish entry sekalipun, UV belog aku takdalah seteruk mana. But cuti kali ini memberikan kesan yang sangat ketara kat UV belog. Sedih jugalah, bila tengok UV yang tak sampai 100 pun sehari. Bayangkan dari UV yang biasa 300 - 500 terus merudum. Sentap sekejap hokey!


Cer tengok yang 27/1 tu ... tak sampai pun 50. Sentap sentap! Mula tengok statistik belog nie ... terus aku rasa down sekejap. he he he ... sekejap ajelah!




Ha aaaa tengok dah jadi macam lengkuk kuali dah ... sangat-sangat merudum. Aku rasa time nie ramai sangat kot cuti. he he he. Tapi Alhamdulillah .... UV belog dah kembali okeh dah start 30/1 walaupun masih dengan entry autopublish. Oklah bila UV dah naik ... rasa legelah sket. he he he



Harap semangat nak blogging tak merudum walaupun UV aku merudum. Harap-haraplah!






CK : Semoga aku cepat sembuh dari demam nie ...


Wednesday, January 23, 2013

UV 500 LAGI DAN TIPS MENAIKKAN UV BELOG ANDA

Assalamualaikum ....





Alhamdulillah, 2 hari nie aku dapat UV 500 lagi. Seronok sangat! Walaupun UV semalam agak menurun sket, tapi masih mengekalkan angka 500++. Sorry la 3-4 hari nie aku asyik share tentang UV belog aku. Sebenarnya semua ini adalah untuk memberikan aku semangat .... dan semangat untuk korang juga untuk terus blogging.


Semalam dapat 559 UV ... sebelumnya dapat 565 UV. Sikit jelah beza!


Bukan setakat UV je nampak macam dah bertambah baik, tapi followers aku juga bertambah. Terima kasih kepada yang sudi follow serta terjah belog aku. Cuma aku nak bagitahu  korang, jangan keliru antara UV dan followers ye. Walaupun korang tengok followers aku riban, tapi aku masih belum pernah menerima UV 1000++ untuk sehari. Belum pernah! Tapi aku akan usahakan sebaik mungkin. In Shaa Allah.



Untuk permulaan di awal 2013, aku rasa ini adalah sesuatu yang baik dalam dunia blogging aku. Kesungguhan diperlukan untuk aku upkan UV aku ke satu rentak yang lebih baik. Nak dapatkan pembaca setia agak susah, sebab ia bergantung kepada bagaimana kita menulis, cara penyampaian .... serta layout belog juga memainkan peranan. Salah satu sebab kenapa aku tukar layout belog ini kepada keadaan sekarang. Nampak lebih matang ... walaupun header cartoon tu tak pernah terlepas dari indentiti aku. Umur hanya angka, hati muda remaja! ha ha ha


Kalau korang nak tips macam mana nak meningkat UV belog sendiri kenalah rajin google. Belajar daripada yang pakar. Okeh, yang pakar tu bukan aku ye. Blogger lain. Aku baru kaji tips daripada IntanBerlian. Dia ajar cara-cara meningkatkan traffic belog atau UV. Memang seronok baca belog beliau. Template simple ... isi belog mudah faham. Selama nie aku jadi silent reader je dekat belog IntanBerlian nie. Bila aku godek-godek belog dia, baru tips rupanya mummy yang cun nieh!!


Antara entry dia yang menawan hati aku adalah CARA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK UP UV! Secara jujurnya aku nak bagitahu, aku memang nak tiru style IntanBerlian nie. Boleh ye Puan IntanBerlian?? he he he ... minta izin! Nak berjaya kenalah tiru orang yang berjaya. Copy sebijik cara dia nak berjaya bak kata Dr. Azizan Osman. Aku dah 2 kali join seminar Dr. Azizan Osman nie. Best. Yang nie nanti aku ceritalah ye. Kalau ada masa.,


Untuk korang yang baru, macam aku ... ha ha ha ... bolehlah cuba cara yang disyorkan oleh IntanBerlian tu. Mana tahu kot menjadi. Tapi pelan-pelan kayuh dengan usaha yang berterusan. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunye .... ye tak?? Nak berjaya kenalah berusaha .... dan istiqamah dalam melakukannya.



Aku harap korang tak segan silu nak belajar ye .... jadi blogger pun kena tahu caranya. Gali ilmu, mana yang baik ... amalkan! Boleh???





CK : Seronok dengan blogger otai yang tak kedekut ilmu! Sangat mengujakan!!

Monday, January 21, 2013

MENURUN PULAK!

Assalamualaikum ...



Hye u'olls .... dah lunch ker??


Menurun pada tajuk entry bukan nak cerita pasal menurun nombor ekor ke hape ye. Itu syirik okeh. Nak share pasal UV belog aku sebenarnya. Menurun sket this week. Sedih hokey. Tapi takpe ... akan diusahakan supaya grafnye tidak seperti turun tangga. Nak usaha bagi menaik dan terus naik. Okeh, chaiyoook.


Mari lihat penurunannye ....

Macam jatuh terduduk pun ada ... he he he








Hampir berjaya mengekalkan angka 400++ UV sehari, tapi bila masuk je weekend ... makin menurun pulak. Haish ... tak tahu kenapa this week traffic aku tak berapa nak cantik. Padahal, hari-hari up entry. Eh, belog aku dah tak cukup best ke ar?? Oooopsss sedar diri neh ... ha ha ha


Dapat kekalkan 2000uv seminggu pun okeh, walaupun orang lain sehari je dapat 2000 uv. Hebatlah korang!!



Banyak citer jalan-jalan aku tak up dekat belog aku nie. Padahal gambar berlambak. Kurang rajin edit. Makanya dapatlah habuan dengan UV menurun. Padan muke mu ... ha ha ha.



Eh, korangnye UV sure gempak dari aku punyakan???





#Tips : kalau korang dapat CPUV @ BE, sila rajin update belog untuk up kan earning anda. sekian.






CK : Adatlah kadang naik, kadang turun .... jangan menurun no. ekor sudahlah!!




BLOG DIA SIMPLE, TAPI JUJUR GILER ... SIAPA BLOGGER LELAKI INI??

Assalamualaikum ...




Hye u'olls ... selamat pagi!



Dah lama aku berhajat nak buat entry tentang sebuah belog milik seorang blogger lelaki nie. Aku suke terjah blog dia hampir saban hari kalau dia up entry baru. Template belog dia simple simple je. Simple giler. Giler pun tak simple macam tu.


Tapi ada perkara yang aku suka perihal belog milik blogger lelaki ini. Bukan sebab dia lelaki dan aku perempuan, maka aku suka belog dia. Tidak-tidak! Aku juga suka belog Fatin Liyana walaupun dia blogger perempuan. ha ha ha apa aku merepek nieh.


Aku suka belog milik blogger lelaki nie, sebab kejujuran entry dia. Dia menaip, meluahkan idea ... menzahirkan perasaan dia berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling dengan jujur sekali. Ringkas, padat dan mudah faham. Bagi akulah! Bagi korang aku tak pasti. Aku berani cakap macam nie sebab dah hampir 2 tahun aku adalah pembaca belog milik lelaki ini dengan tegar sekali. Setiap kali dia up entry, pasti aku terjah. Walaupun kadang-kadang aku tak komen pun. Silent reader.


Dia sering meluahkan entry perihal diri sendiri, family, kerja dan hal-hal seharian yang menimpa diri sendiri. Pendapat dia best. Bernas. Aku mudah faham. Maksudnya, tulisan dia tak berbelit macam entry belog aku nie. Akunye style kengkadang, melalut dulu baru sampai ke point sebenar ... tapi blogger lelaki ini memang straight to the point. Mungkin sebab dia lelaki kot. Lelakikan kebanyakannye suke hal-hal yang simple dan direct neh. Betul tak??


Walaupun followers dia tak seramai aku, tapi dia relaks je blogging. Memang relaks. Hari-hari up entry. Best-best plak bagi aku. Aku pun tak mampu nak menaip sesimple dan sesempoi dia dengan idea yg jujur.



Hanya tuan belog ini sahaja yang tahu .... berikut memang followers dia!


Sapelah yang bakal dapat PS3 tu??



Kalau korang nak terjah belog milik blogger lelaki ini .... sila terjah di sini <------ Cuma, nak diingatkan ... apa yang aku suke tak semestinya korang suke. So, aku tak paksalah korang suka belog milik lelaki ini juga. he he he. Tapi kalau korang suka baca belog dia, mesti dia juga bertambah-tambah suke. Okeh, aku dah start mengarut dah. Bye ....



#jom start buat keje! pantas ... jgn buang masa!





CK : Rasa nak buat segmen review belog ... tapi tahap kerajinan tak meninggi.

Friday, January 18, 2013

MAJU SELANGKAH DENGAN [DOT] MY!

Assalamualaikum ....




Alhamdulillah .... semalam dengan rasminya url : secretwordfromheart.blogspot.com telah bertukar kepada url : www.rempitkehidupan.my! Lebih senang nak sebut aku rasa. Dan paling penting mudah sket nak ingat. Kan kan kan!!



Inilah impian aku bila berblog. Nak maju dan maju sehabis baik. Man jadda wa jadda. Mula-mula blogging, memang aku dah tekad suatu masa nak juga ada [dot] com ataupun [dot] my kat url sendiri. Bukan bermaksud blogspot tak bagus ke hape ... tidak tidak! Blogpsot pun tetap bagus bagi aku ... free lagi. Aku bermula dengan blogspot. Dan aku masih lagi guna platform blogspot. Cuma urlnya sahaja sudah bertukar. [dot] my aku nie berbayar dengan fee sebanyak RM20.00 setahun. Berpatutan jugakan?? Nak maju ke depan, kenalah melabur sket. Melabur pada perkara yang kita suka, In Shaa Allah berbaloi. Moga-moga. Ameen.


 Petang semalam dekat office, dah habis waktu bertugas. Tetiba aku ada baca pasal boleh dapat [dot] my secara percuma terhad kepada 2,000 blogger Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Aku sesaje apply. Tak dapat takpe ... kalau dapat kena bayar pun oke je. RM20.00 je setahun. Harga yang munasabahkan?


Sebelum apply [dot] my nie, aku google sana sini cari info. Baik buruk. Cara nak tukar. Kesannya. Dan macam-macamlah. Bila semua aku puashati baru aku apply beli [dot]dom nie. Itupun bila permohonan dah berjaya aku tak terus tukar url. Masih fikir-fikir lagi. Habis fikir dan nekad baru aku tukar url. Tapi kalau korang linkkan ke url lama sekalipun, ia tetap akan terus ke url baru nie. Jangan risau.


Link kat nuffnang pun aku dah ubah dah. Harap lebih nie, nuffnang bagi CPUV dengan banyaknye. heeee


Pastu bila settle tukar url. Hati pulak meronta nak tukar template blog nie kepada yang lebih suci murni. Cheewah. Tahun baru. Wajah blog pun biar barulah sket. Baru semangat nak blogging. he he he. Ini pun tadi, aku bleh rindu semacam dekat blog nie. Rasa tak puas tatap wajah baru. But, sekarang baru ada masa nak tulis blog. Ada-ada je aku neh!!


Lepas nie tak tahulah apa lagi kemajuan blog nie. 13032013 nie akan genap usia blog nie 3 tahun! Paling lama bertahan berbanding blog yang dulu-dulu. Moga terus bertahan. Ameeen ;=)



Korang .... macam mana? Jom la bertukar kepada [dot]my ..... tapi fikir habis-habis dulu yek!





CK : Moga usaha ini ada kejayaannye. Ameen.



Thursday, January 17, 2013

HAMPIR SIAP!

Assalamualaikum ...





Alhamdulillah ... template blog ini dah hampir siap aku buat secara ringkas dan setakat aku tahu je. Aku nie mana reti sangat nak buat belog cun cam orang lain. Janji aku boleh tulis apa yang aku suka!


Template baru nie sangat simple ... nampak suci sket dari sebelumnya. he he he. Sekarang nie aku cuma nak masukkan bloglist kawan-kawan sebelum nie je. Nanti aku masukkan. 


Nak pi dating sat. Nanti kite sambung ye. Chill!!



#harap korang sukelah template yang simple nie. takdelah nampak serabut cam sebelum nie. hiks hiks.







CK : Lapaqnya!!

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG DIJALANKAN

Assalamualaikum ...




Buat tak tahu je bila tengok blog aku huru hara.

Template yang tak tersusun dan suci murni ini ...

Aku tengah buat kerja-kerja penyelenggaraan terhadap blog ini.

Nak nampak lebih matang walau bakal ada header cartoon!!



Harap maaf, kesulitan amat dikesali!!



Sekian. Dan terima kasih sudi melawat ke sini ;=)





# Apa yang korang perasan dekat blog ini selain daripada template???





CK : Orang office sumer dah balik, aku terhegeh2 edit blog.

TUTORIAL "CENTER" HEADER BLOG

Assalamualaikum ...




Aku skang dok saja gatal tangan nak ubah template. Plus nak buat header sendiri. Sendiri la sangat! Kalau perasan header aku sekarang setakat ada doodle ajelah. Itupun free amek dari orang lain. Dah letak doodle as a header...dia tak ketengah plak. Asyik dok tepi jek. Masalah gak kat aku neh. Sbg manusia yang tak reti dok diam dan asyik je nak cuba ... google cara-caranye adalah sikap seorang blogger. heh!


But ... but ... aku bukan pakar dalam bab tutorial blog yek. Sejak penglibatan awal dalam dunia blogging, aku banyak berguru dari blogger yang bijak pandai. Nak tahu sape .... sila google sendiri! Hiks. Actually aku dalam proses tukar template bagi tahun 2013. Kesukaan asal iaitu cartoon sebagai header tetap menjadi pilihan lagi. Sampai bila tak pasti. Eh, apa aku merepek nie. Tadi cakap nk cerita pasal tutorialkan. Ini dah meraban plak.


Okeh, berbalik kepada niat asal.  Pagi tadi aku tukar header. Cartoon couple yang tak nak ke tengah tu. Tak comey. So, aku gigih google tutorial daripada yang pakar.



Tutorial untuk tengahkan header blog aku dapat daripada Adilah. Tuan punya blog Kerana Manisnya Epal. So, tak yah panjang cerita. Meh kite tengok tuto daripada Dil. Sharing is caring. Cik Dil, akak copy and paste ajelah yek. he he he .... sonang citer!


Step 1:

pergi kat Dashboard > Design > Template Designer > Advance > Add CSS

Step 2:

Masukkan code ini

#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;}


Step 3:

Tekan apply..
Ok da siap pun..tengok da ketengah kan header tu..



Dan hasilnya .... header aku dah kat tengah dah macam kat bawah nie. Ini pun sementara je ni. Suka-suka. Malam nie kalau rajin nak belek je blog nie dan tukar template. Diulang ... kalau rajinlah!






Okeh settle satu keje. Ada lagi kerja lain bakal muncul dan dilakukan pada blog ini. In shaa Allah. Dan harap moga dipermudahkan. 



#aku nak belajar pasal mesra SEO. Ape tu yek??






CK : Cari ilmu yang baik je skang pasal blog. Dah ini yang aku suke sangat. Dan buat aku happy. Hiks...

Wednesday, January 16, 2013

NAK MAINTAIN UV BLOG 500 SEHARI!

Assalamualaikum ....





Aku ada azam tersendiri tentang blog kesayangan aku. Azam pasal diri sendiri pun belum buat lagi, tapi bab blog laju je buat azam yek? huk! Dulu, masa aku mula-mula nak serius blogging ... UV aku sehari dalam 20 UV je. Sila gelak. Tapi aku rasa korang dulu-dulu pun camnie jugakkan?? Dulu aku blogging sebab takde tempat nak luah perasaan. Nak share apa yang aku buat dan apa yang aku suka. Dan time tu hidup aku agak terumbang ambing dari segi perasaan. So, aku decide membahagiakan hati dan pemikiran aku dengan ada satu blog yang korang boleh baca. That's mean cam aku sharinglah. Sebab aku ada blog yang memang private untuk aku je. Blog yang nie memang untuk tatapan umum.



Makin lama menulis blog. Rasa makin best dah best. Eh, syok la plak ...
Time 3 tahun lepas, satu hape komen aku tak dapat. But, aku still enjoy berblogging.
Rasa bila blogging lapang dada aku dengan kesaratan benda bukan-bukan ataupun stress dekat opis.
Sekarang nie pun, ada gak entry aku yang tak dapat komen. 
Sebab blog aku nie ramai sangat silent reader!


Dulu, sehari aku UV   tak seberapapun. Makin lama makin meningkat.
Dari 20 naik 50 ... kemudian 100 .... 200. Dan kini, sehari aku dapat hampir 500 UV. 
Dan setakat hari ini aku cuma boleh maintain 400++UV sehari.
Alhamdulillah. Tak segempak UV blog korang. Aku tahu belog korang lagi-lagi gempak da boom korangnye UV kan?? Walau tak seberapa UV aku, tapi cukup best, ada juga yang sudi baca blog picisan dan kedaung aku neh! Thanks korang ;=)


 Cuma hari Sabtu atau Ahad ... UV aku turun jadi 300++
Itu yang aku nak usahakan maintain je. Untuk tempoh 2 bulan nie, aku target untuk maintain UV 500 sehari. 500 atau lebihlah kalau dapat. Sekarang nie kalau dapat 500 pun, sekali dalam seminggu. Ikut nasiblah. Dan ikut berapa kerap aku dapat update! Lepastu usaha lagi baik dapat sampai 1,000 UV sehari. Agak-agak bleh ke?? Man jadda wa jadda lah yek??

UV yang tak seberapa dan perlukan usaha lagi gigih !!



Dan kerana itu, aku skang nie amat tergila-gilakan smartphone!
Agar aku boleh blogging merata-rata tempat dan di mana-mana aja!!
Terutama blogging dalam kereta masa si teman drive .... time nie berlambak idea. 
Bila sampai rumah idea pun entah ke mana. Hampehkan???




#harap-harap usaha berbuahkan hasil. man jadda wa jadda!! time dapat CPUV, rajin-rajin update belog. Ini adalah tips untuk CPUV bertahan lama.








CK : Sonok jadi blogger neh!!

ADA ID TAPI TAKDE BLOG!

Assalamualaikum ...





Dah lama sangat aku perasan, sejak awal-awal melibatkan diri dalam dunia blogging nie.
Bukan semua yang ada akaun gmail itu adalah blogger ye anak-anak. Kadang dorang nie create akaun utk ada email je. Kadang saja create untuk komen dekat blog-blog yang dah setting hanya pemilik gmail je bleh komen. Contoh, blog aku sendirilah!



Dan terkadang aku perasan sangat ... bukan semua ye, hanya segeli-gelintir sahajo ...
Yang hanya ada ID tapi takde blog nie, komen-komen dorang sumernya nak kondem je.
Jenis komen nak salahkan entry blog kite.
Takpun nak kutuk. Bila kite klik kat nama dorang ... ingat ada bloglah!
Non-hado .... setakat ID je! Ini manusia jenis baling batu sembunyi tangan.
Tak pun jenis berak tengah jalan tapi ngak mahu ngaku. Bukan semua ye. Jangan nak terasa pulak kalau ini adalah korang yek. Bukan semua.Segelintir sahajo!!



Jangan nak meroyan tak tentu pasal plak aku cakap camnie. 
Aku cakap apa yang aku dah rasa. Dah lalui. Just nak sharing ajelah. Adakah korang jua menerima komen-komen dari bukan blogger ini .... di mana komen mereka adalah tidak boleh blaaaaaaaaaah!! 
Bila kita baca komen tu terus rasa hati nie sentap sesangat!! 
Sangat-sangat. Kadang rasa terus nak berenti blogging. 
Aku pernah rasa cam tu dulu pada satu komen. Rasa nak tutup je blog nie. 
But, bila fikir balik .... setakat komen je pun. 
Komen tu maybe betul pada dia, walau sentap tu pada kita. Relaks-relaks sudah. 
Ye nooooooooookkkk??



So, adakah korang juga lalui benda yang same sejak jadi blogger nie? 
Terima komen dari mereka yang ada ID tapi NON-HADO Blog??? Ada ke??






CK : Harap cepatlah aku sihat ...

Monday, January 14, 2013

READ MORE??

Assalamualaikum ....





Cuma nak bagitahu, aku tak berapa suke blog yang ada READ MORE <<<<
Sorry!!
Macam leceh je aku nak klik read more tu
Aku kalau boleh nak blogwalking cepat-cepat
Nak baca cepat-cepat
Bila aku klik readmore tu ... aku akan rasa rugi beberapa saat!!


Masa itu emaskan? Rasa macam semua benda nak buat dengan pantas giler!!
Giler pun tak pantas macam tu ... hahahahahaha


Sorry yek .... aku memang tak selesa blog yang ada read more
Tapi aku rasa kebanyakan blog yang aku poie takde read more
Kalau dalam 20 belog sehari aku jenguk ... baru jumpa satu belog je ada read more
Fuuuh, nasib baik ... kalau tak, bayangkan berapa saat yang aku rugi sebab  klik read more je ... hehehehehe


Sehingga hari nie aku selesa tanpa readmore dekat belog aku ...
Tapi aku tak tahulah sket masa lagi macam mane ... entah aku berubah hati plak pi letak read more  kat blog sendiri.
Siapa tahukan??






CK : Keselesaan itu penting ... walau tak mewah!!