Showing posts with label Masak Untuk Suami. Show all posts
Showing posts with label Masak Untuk Suami. Show all posts

Friday, August 21, 2015

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG SEDAP DAN RANGUP

Assalamualaikum...


Salam Jumaat. Semalam buka blog, ingat nak update. Tapi macam malas je. Sekarang ni penyakit M macam dah nak besar je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Harap aku dapat bendung secepat mungkin. kikikiki. Kalau penyakit M ni dah hinggap dalam diri susah la nak buang.

Ni aku nak cerita pasai last weekend. Balik kampung hasben sebab ada nak pergi beraya rumah sedara sebelah arwah abah di Shah Alam. Last weekend masih Syawal lagi kan. Raya kan sebulan. Puasa sebulan, jadi raya pun melantak sampai sebulan. Pipi pun dah bam bam. Minggu depan baru aku start nak diet sebab bulan 10 aku kena minum air gula lepas bersalin ritu. Dah minum bulan Jun ritu, tapi doktor tak puas hati, gula dah hampir border katanya. Adeeeh, ingat lepas bersalin ni takyah la ngadap air gula kat klinik tu lagi. Hasben plak semalam dah start bising suruh jaga makan. Sebulan lagi nak checkup gula katanya. Okeh. Pasrah!

Berbalik pasai balik kampung last weekend tu, aku ngan hasben bawa balik cempedak. Rumah mertua aku ada pokok cempedak. Boleh tahan juga la lebat buahnya. Isi dia sedap. Manis. Tebal plak tu. Bak kata makan mentah pun sedap. Masa petik dari pokok cempedak tak masak lagi, hampir nak masak. Kiranya dah tua la. So, kait dan bawa balik rumah ... terus gantung. Maksud aku peram.


Inilah rupa cempedak yang aku amik dari rumah mertua aku. Besar juga. Cukup la untuk aku dengan hasben. Bila nak masak je, bau harum cempedak sampai 1 rumah boleh bau. Sedap weh. Dah lama tak makan cempedak mentah. Dulu kat kampung mak rajin beli cempedak, sekali beli sampai 2 biji. Aku kan peneman setia bawa mak pi pasar malam kat Kuala Sungai tu. Gheja dok angkut buah durian ngan cempedak la.


Tengok tu ulas dia. Gemukkan kan. Manis berkrim. hahahahha over plak aku. Hasben aku la, "cepat-cepat amek gambar, nanti buat entry kat blog", katanya. Gigih aku amek gambar. Dia tolong pegang dan kopek buahnnya tu. Makan mentah sikit, selebihnya aku buat goreng cempedak ... ker cempedak goreng yek. Kalau kat Kedah kami panggil cucuq cempedak ja. Area Putrajaya, Bangi ... Kajang, cempedak goreng ni seulas 50sen. Bapak mahal. Tepung je tebal. Isi nipis. Peniaga ni kadang letak harga memang cekik darah. Walhal beli sekilo cempedak takdela mahal, bila dah siap goreng macam jual ketul emas pun ada. So, baik goreng sendiri tau. Meh aku share resepi tip top dari mak aku sendiri.


RESEPI : GORENG CEMPEDAK SEDAP DAN RANGUP
SUMBER : MAK KESAYANGAN

Bahan : 
  • Sebiji cempedak
  • 2 senduk kecil tepung beras
  • 1 senduk kecil tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • Air secukupnya
Cara :
  1. Pastikan belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya ;-)
  2. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi. 
  3. Kemudian masukkan air ... bagi jadi batter yang tak cair dan tak pekat sangat. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh melekat.
  4. Pastu masukkan serbuk kunyi sedikit bagi adunan warna kekuningan.
  5. Bolehlah celup ulas-ulas cempedak dan kemudian goreng dalam minyak panas. Bila dah nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.
  6. Siap untuk dihidang.


Inilah rupa cempedak goreng aku tu. Comelkan. Aku suka resepi ni sebab tepung salutan tu jadi rangup. Makan pun sedap. Aicheeeeh terpuji diri sendiri pulak. hahahahahahha. Aku buat ni untuk breakfast masa last weekend tu. Malas nak masak menu lain sebab lunch dan dinner dah ada jamuan raya. Nak simpan lama cempedak ni takut terlebih masak, lembik pulak. Kalau dah lembik nak goreng macam tak sedap sangat .... takut makan minyak nanti.

Minggu ni hasben balik lagi kampung. So, boleh la minta hangkut cempedak lagi. Sedap cempedak ni. Manis habaqqqq hang! Korang kalau beli cempedak tu, boleh la cuba resepi yang aku bagi ni. Gerenti sedap weh .... silalah cuba.



p/s : Lambat lagi gomen nak gaji .... huk huk huk.

Monday, August 3, 2015

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalamualaikum...


Seminggu pendam diri. Sibuk beraya rumah sanak saudara sebelah hasben. Tapi nak up cerita pasai raya macam tak best la pulak sebab raya tahun ni aku tak gigih sangat nak ambek gambar. Harap hasben ja dok snap gambar sana sini. Tu pun belum transfer lagi gambar dari hp dia. Cerita raya takdak, kita cerita pasai makan. Menu baru yang jadi kegemaran aku dan hasben. Bukan menu ciptaan sendiri ye, menu cilok dari orang Pahang. Sambal hitam! Hitam-hitam menawan. Betoi ka sambal hitam ni memang original dari Pahang? Jangan tanya aku ... aku pun tatau ye! Aku tau makan je.

Tertimbulnya keinginan nak makan sambal hitam ni sebab dok tengok kawan aku juai kat fb. Dok teringin la sangat, lebih pada orang mengidam habaq hang. Memang teringin la. Berjanji nak pi beli kat dia, tp tak pi pun sebab masa tu hasben demam. Nak order lagi kang takut tak terambil. So, time tu telah la ailio bergelen sebab teringin bebenor! Dan satu hari tu, pi ofis hasben then nampak la pokok belimbing buluh dengan buah yang lebat. Terus suruh hasben bawa balik buah belimbing buluh sebab nak try buat sambal hitam ni sendiri. Tak pernah buat tau. Sebab teringin punya pasai sanggup berpayahan. Nampak tak ... kuat melantak aku ni kadang, tu sanggup berusah payah kalau bab makan. Time rajin ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Kalau time malas rebuih megi ja la. ahaks!



Rupanya susah juga buat sambal hitam ni. Makan sedap. Nak tunggu siap berjenuh jugak la. Meleleh peluh habis satu badan tau. Baru dapat sejemput. Susah payah juga aku google recipe sambal hitam ni. Walaupun agak susah nak buat, tapi aku puas hati la .... sebab sambal hitam ni memang sedap rupanya. Padanla kawan fb aku tu jual memang laku keras sambal hitam dia! Hilang penat buat sambal hitam ni bila hasben puji ..."sedap la!". Terus kembang kucup hidung aku yang tak mancung nie. ahaks!

Recipe aku gugel je. Nanti aku share update pasal recipe ni ye. Manatau kot hangpa pun teringin nak buat. Nak balik dah, hasben dah call...ngeh ngeh ngeh ....


UPDATE :

Nak share recipe yang aku gugel tu. Untuk tatapan korang.

Sambal Hitam Pahang

Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : Blog Madihaa


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus 
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.



PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
 #terima kasih akak madihaa!!


p/s : Susah betul nak update blog kat rumah. Tenet macam hape je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Saturday, January 17, 2015

HARI MINGGU BAKAL MOMMY

Assalamualaikum ....

Selamat Hari Minggu!

Bosan jugak stay kat rumah sensorang. Hasben pulak hari ini kena OT. Jadi, awal pagi aku dah bangun siapkan breakfast dan lunch untuk bekalkan hasben pergi keje. Pagi tadi aku masak maggi goreng putih dan menu untuk lunch aku masak cuma nasi putih, sambal telur campur belimbing buluh dan ikan selar goreng. Hasben aku bab bawa bekal pegi kerja tak cerewet sangat. Dia makan je apapun asalkan perut tak masuk angin. Memandangkan office dia tu leceh bebenor nak keluar pergi makan, jadi adalah mudah kalau bawa bekal dari rumah. Mudah dan jimat. Untuk hari minggu aku larat la nak bangun masak bagai. Siap masak, hantar hasben depan pintu ... boleh sambung tido balik. Kalau hari kerja, hasben la yang masakkan breakfast 2 minggu ni. Sebab isteri dia yang menghitung hari nak bersalin ni dah tak larat sangat dah.

Menu hari minggu. Maggi goreng. Sambal telur dengan belimbing buluh. Ikan bilis goreng. Yummmeh!!
Terliur tak? Kikiki ... menu super simple macam nie sibuk dok tanya korang terliur ke tak kan? Apaa daaa. Korang tengok pun ellleeeeh ellleeeeh je. Bila lunch pun masak pepagi, so aku masak sekali ajelah. Takdelah sibuk nak masuk dapur untuk masak lagi time lunch. Masuk dapur pun nak senduk nasi dan makan je. Aku nie kalau dok rumah memang cepat sangat lapar. Kejap-kejap masuk dapur. Kejap-kejap bukak fridge tengok apa yang ada dan boleh dimakan. Kalau buah-buah hasben aku beli sampai sebakul, kejap je aku sorang habiskan. Nak-nak limau sunkist ... lagilah! Asyik makan je, keje kurang buat sangat. Sebelum pergi keje hasben dah pesan ... rehat je, takyah buat keje rumah sangat. Okeh, menurut perintah!!

Sekarang nie dok rumah pun aku tak buat kerja sangat. Setakat masukkan kain baju dalam washing machine, sidai kain baju dan masak sikit-sikit bolehlah. Kalau terlebih had buat kerja mulalah sakit satu badan. So, rumah pun macam tongkang pecah aku rasa. Tapi, syukur Alhamdulillah ... hasben aku banyak tolong. Tolong lipat kain dan kemas rumah. Okeylah, merasa juga kekemasan. Sekarang nie hasben tolong masak breakfast plak. Cuma untuk dinner je kitaorang  beli kalau hari bekerja. Hari minggu aku still boleh masak ... sebabnya, lepas masak dan makan boleh rehat. Jadi penat badan bolehlah hilang. Tak pun suruh hasben urut-urut. Legalah sikit.

Bila dah penghujung mengandung nie, memang terasalah sakit sana sakit sini. Masalah sekarang nie aku tak boleh nak tido. Serba salah dibuatnya. Mengiring ke kanan salah. Mengiring ke kiri salah. Tidur melentang lagilah rasa salah ... sebab rasa senak satu badan. Nak dapat posisi yang selesa amatlah sukar. Kadang sampai 2-3 pagi baru aku dapat lelapkan mata. Masa tu mulalah menangis. Bayangkan dengan perut yang besar nak pusing ke kiri dan ke kanan amat payah. Yang dah jadi ibu-ibu mesti tahu kan. Sekali aku nak pusing badan, sure menangis kadang tu. Sakit ... ini belum sakit nak bersalin lagi. Memang dugaan sangat. Time ni mulalah aku ingat kat mak di kampung. Macam inilah rasanya mak kandungkan aku dulu. Tapi seumur hidup aku tak pernah pun dia mengeluh dengan apa yang dia lalui. Bercerita tentang sakit mengandungkan anak-anak dia yang 4 orang tu pun tak pernah. 

Bila baca blog Nameeroslan pasal contraction nak bersalin, lagilah aku rasa macam ... "mampu ke aku lalui semua ni?". Mulalah hati tak habis-habis berkata, "Ya-Allah kuatkanlah diri aku, mudahkanlah urusan aku...!". Siap cakap kat baby soleh solehah aku,  "nanti bagi kerjasama kat mommy tau, mommy sentiasa doa baby keluar normal, sihat dan sempurna sifat...!".  Itulah ayat aku selalu sejak 2-3 bulan nie. 

Okeylah aku nak tunggu hasben balik keje. Kejap lagi kul 8pm, nak keluar ... nak jenjalan kaki. Orang kata ibu ngandung kena banyak berjalan supaya 'longgar' dan mudah nak bersalin nanti. Ameeen. Moga-moga urusan aku nak bersalin nanti dipermudahkan. Korang-korang semua, doakan aku ye. Moga doa korang itu diperkenankan Maha Esa!




p/s : Bila hasben takde kat rumah, nak gerak sana sini susah sikit. Sebab takde tempat nak bergantung untuk bangun bila dah duduk......

Tuesday, January 13, 2015

RESEPI BUTTER PRAWN YANG SEDAP

Assalamualaikum ...

Sejak akhir-akhir nie hasben aku dah pandai request menu lebih kurang/sama macam dekat kedai. Ermmmm ... hasben aku yang feel mengidam lebih pada mak yong neh. Sebelum ni, aku belajar dengan dia buat nasi goreng kampung macam kat kedai. So, bila cam pandai sikit dia request kat aku buat nasi goreng kampung yang dia ajar. Lulus juga la nasi goreng kampung yang dia nak tu. Macam kat kedai katanya. Terus siap-siap plan dalam kepala nak buka kedai makan bila dah pencen nanti ... itu kata hasben aku lah. Jika hasben aku berhajat nak buka kedai makan, aku memang suka sangat ... sebab aku kan suka juga bab masak-masak dan makan-makan nie. Yang aku tak suka cuma, bila makan-makan badan pun besar-besar! Itu je yang aku kurang gemar!

Masa cuti tahun baru, hasben request nak makan butter prawn. Dia kata nak macam dekat Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang tuh. Ooooomaigod....tak menahan permintaan sang suami. Garu-garu kepala aku yang tak gatal masa tuh. Terus tetiba keluar ayat penyedap hati dan hempedu segala, "okeh sayang cuba ...sebijik mungkin taklah, hampir-hampir bolehlah kan....?". Ekekekekekeke...Aku pernah buat sekali butter prawn nie, tapi tak menjadi. Silapnye, orang guna telur kuning sesaje, aku bantai pukul telur kuning dengan putih sekali. Terus jadi telur hancur! wakakakaka ....


Inilah hasil dari permintaan hasben. Butter prawn! Tapi takdelah rupa macam kat kedai yang hasben nak tu. Cuma bab rasa .... sama je! Hehehe, rasa udang .... hahahahahah! Hasben cakap rasa okeh, cuma dia tanya nape telur dia tak bertali mcam kat kedai. Dah jenuh aku tarik telur tu tinggi-tinggi, but still tak jadi. Ketot-ketot jadinye. Meh la kita share resepi. Resepi aku gugel je tau bukan diri sendiri punya. 


RESEPI : BUTTER PRAWN
SUMBER : SPICES JOURNEY

Bahan-bahan;

Sarang Telur/Floss

  • 2 biji kuning telur
  • Sesenduk butter
  • Secawan minyak masak
Caranya : Pukul ringan telur kuning. Panaskan butter dan miyak masak. Bila minyak dah panas, pusing-pusingkan senduk bulat dalam kuali. Pusing laju-laju tanpa henti kemudian tuang telur kuning tinggi-tinggi. Terus pusing senduk laju-laju tanpa henti sampai warna telur bertukar keemasan. Setelah masak, tapiskan telur berkenaan guna tapis santan.

Bahan-Bahan:

Udang
  • 10 ekor udang sederhana besar (bersihkan dan belah sedikit belakang)
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3-5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6-8 tangkai cili api (potong kecik-kecik)
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 susu cair - aku tak guna pun susu
  • Sedikit marjerin/butter untuk menumis
  • Serbuk lada hitam/putih
  • Sedikit garam
Caranya : Goreng udang yang telah digaul dengan garam dan lada sulah. Goreng sebentar sahaja. Angkat dan toskan udang tu. Kemudian panaskan butter, kemudian masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Kemudian masukkan udang yang dah digorengkan tadi, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Bila semua dah mesra, angkat dan amek sarang telur/floss dan gaulkan sekali. Siap sedia untuk dimakan. hehehehe


Nak penceritaan recipe yang lebih detail, korang boleh pergi dekat blog Spices Journey. Bukan setakat butter prawn je yang korang boleh dapat dalam blog tu. Macam-macam recipe ada. Janji rajin nak mencuba.


Selamat mencuba yek!!




p/s : Sekian lama tak share recipe...kekekekeke

Wednesday, January 7, 2015

KETAM

Assalamualaikum ...


Sebelum korang meneruskan pembacaan, aku minta maaf atas segala gangguan hawa nafsu di entry ini. Maaf sangat-sangat kalau ailio korang meleleh tanpa sedar. he he he. Maafkan aku jika tetiba buat korang rasa teringin. Sesekali ku rasa teringin .... ! Eh, macam akak Shima la plak. Bila buat entry masak-masak makan-makan nie, memang buat aku jadi lapar je manjang. Terus rasa nak makan sekali lagi apa yang dientrykan ini. Terus rasa, bila siap menaip nie ... carilah menu ni sekali lagi. Hah, sampai begitu sekali perasaan ibu ngandung nie. Ngada lah sangat!

Sekarang nie, aku suke sangat makan ketam. Ntah kenapa jatuh suka pula pada binatang laut yang jalan ngereng nie. Bila kandungan nak masuk 8 bulan, terus pandang ketam tu nampak sedap je manjang. Asal pergi pasar borong Selangor, mesti nak beli 2-3 ekor ketam. Nasib baiklah rege ketam tengah murah jugalah. Kalau mahai, ketam frozen pun aku belasah, janji korang kena pandai pilih. Di pasar borong Selangor, harga sekilo ketam baru dalam 15-20 ringgit sekilo. Kat pasar tani Putrajaya, memang tak dapatlah harga tu. Kaki ketam mungkin kot dapat ....


Menu pertama masakan ketam aku. Mengidam punya pasal, aku beli 2 ekor ketam. Buat masak lemak cili api dengan kentang. Pedas kasi up sikit. Geleng kepala hasben tengok aku makan ketam. Dia memang dah tahu, aku ni peminat ketam dan udang. Dan hasben pula peminat sotong macam mak aku tuh. Dah ada lauk yang heavy, ketam masak lemak tu ... aku up dengan ikan bilis goreng je pastu buat kangkung goreng belacan. Hye, laju je makan. Ngan hasben pun makan tak panggung kepala. Ketam dah sepit kepala dia .... ha ha ha


Lepas seminggu makan ketam masak lemak cili api, aku ajak hasben pi lagi pasar borong Selangor tu. Beli ketam lagi. Sampai hasben pun tegur, ape kena la plak asyik nak makan ketam je kan. Anak yang nak ke mommy yang melebeh-lebeh nie ;p. Aku yang nak makan, bukan anak aku ... kang keluar, hari-hari minta makan ketam ... pengsan mommy ngan babah nak oi! Ketam mahal jugak. he he he. Selalu beli 2 ekor takdelah sampai sekilo. Kira masih mampu beli la. 

Kali kedua beli ketam, amek 3 ekor ... hasben request nak makan ketam bercili aka chilli crab. Amboi, hasben request menu dia plak. Ingat mommy je nak makan, rupanya babah pun ngidam ketam gak yek. Diam-diam yek! Setiap kali masak ketam, menu sampingan dia semua yang simple dan cepat dimakan. Aku buat sup bayam dengan goreng ikan pekasam. Ikan pekasam tu dah berkurun dalam fridge, bila dah goreng tak sedap la plak. Nasib baik ada lauk ketam. Pulun ketam ajelah laki binik. ha ha ha


Ketam kali ketiga nie, baru lepas makan minggu lepas. Beli 2 ekor je. Aku sendiri yang nak makan masak lemak cili api. Terbaik kali nie sebab ketam dia banyak sangat isi. Manis. Terlebih segar. Masa beli sekilo baru 20 hengget. Beli 2 ekor tak sampai sekilo pun, dapatlah 12 ringgit. Okeylah tu. Minggu lepas aku cuma masak ketam je. Sayur dengan telur dadar tu hasben aku yang masakkan. Aku dah tak larat sangat. Memang tekak nak makan je. Letih bebenor sebab siang tu aku keje. Menu ketam tu pepagi lagi aku dah masak. So, bila time dinner cuma panaskan je. Yang lenlain hasben aku masak malam tuh. Lepas dinner dengan ketam yang sangat sedap tu, melantak plak kek secret recipe! Memang buruk lantak sikit hujung-hujung ngandung neh. he he he. Hasben aku layan je.

Tunggu masa kena sepit dengan ketam neh! ha ha ha ha. Rasa nak ikat kaki pi pasar borong Selangor, kang terbeli plak ketam lagi. ha ha ha. Geleng kepala hasben aku nanti. 



p/s : Nanti dah berpantang, tak merasa la nak makan ketam camnie sebenarnya. pandang ajelah kot.

Thursday, September 18, 2014

PENANGAN PIZZA BUATAN ISTERI

Assalamualaikum ...



Last nite, hasben aku request untuk makan pizza lagi macam sebelum ni. Hu hu hu, Tapi malangnye, sos pizza aku dah habis sebab masa cuti Hari Malaysia aku dah guna sos pizza tu untuk buat makaroni bolognese. Masa cuti Hari Malaysia, punyalah malas hasben n wife nak keluar rumah. Melepak baring je depan tv. Pagi buat cucur ikan bilis for brekafast and lunch aku buat makaroni goreng style olio (sebenarnye style orang malas) tu. Then petang, perut cepat je melapar sebab dok rumah je kan. Harus la perut asyik minta makan. terus pergi dapur masak pula makaroni bolognese. Plan asal nak buat spaghetti, sekali kuah bagai siap … spaghettinye enggak ada dalam stok. Takpe, tiada rotan akar pun berguna. Belasah je pakai makaroni. Asal boleh makan dan mengenyangkan perut hasben n wife udah le.



Makaroni untuk lunch di Hari Malaysia ... 16 September 2014. 


Makaroni untuk minum petang .... 16 September 2014.

#sila terliur. ha ha ha



Sian hasben aku semalam tak dapat makan pizza. Sekarang dia dah pandai request western food tau. Yang pasti homemade. Kalau tak, takdenye dia nak layan sangat western food nie. Asal aku sebut nak buat spaghetti ke .. makaroni ke … pizza ke … taknaknye dia! Pasti dia akan cakap, “makan nasi lagi kenyang sayang!”. Isteri menurut perintah je masa tu. Asal hasben happykan. Now, dah terbalik … hasben dah pandai request western food tu kiranya dah bagusla. Lagipun sekarang nie dia sendiri nak kurangkan makan nasi. Cuma, sejak aku preggy …. sang isteri plak tak boleh berenggang dgn nasi. Nasi je yang diterima tekak. SO, nasiblah hasben kheeeennnn….

Hujung bulan nie nak shopping barang dapur bolehlah aku borong segala mak nenek barang-barang/bahan untuk menu western food. Tak terkata suka hati aku. Akhirnya berjaya juga meracuni hasben untuk fall in love dengan menu pelik-pelik nie. Alah, bukan selalu pun kan. Weekend kte masak la malay food. Asam pedas ke, kari kepala ikan ke … masak lemak cili api omak den ke …. Kan kan kan …

Dan malam tadi, walaupun hasben kecewa sebab tak dapat makan pizza. Tapi aku tetap masak menu peberet dia. Bakal mommy kan tekak nak nasi je kan ... so, lepas Isyak aku masak nasi ... buat sambal telur pecah then goreng ikan sardin yg segar beli kat pasar tani.Sepinggan RM3 je, adalah dalam 10 ekor. Siap masak dekat 10.30pm. Hoih, malam-malam makan nasi hoih .... gemuklah bakal mommy neh. hikhikhikhik. Hasben aku makan bertambah ... siap tanya, "ada lagi ke nasik??". Yelah, masa hari cuti tak makan nasi sangat kan ... sekali dapat nasi, bertambah dia. Aku senyum penuh bangga. Aku memang jenis suka tengok hasben makan. Bila hasben makan penuh selera, hati rasa gembira dan penat memasak hilang macam tu je. Heaven!!


Kesimpulannya, penangan pizza yang aku buatlah menyebabkan hasben aku dah terjatuh cinta dengan makanan barat. Jatuh cinta dengan makanan takpe bang … jangan sesekali dengan yang berperasaan tau!! Kecik hati isteri nanti.




p/s : dulu masak sorang-sorang makan. sekarang masak dah ada teman. kenmain selera!!

Friday, July 11, 2014

ASAM PEDAS OMAK MERTUA DEN

Assalamualaikum ...


Dah masuk hari ke-13 puasa, baru aku up satu gambar menu. Bulan puasa ni tekak aku amat serasi dengan asam pedas. Nak-nak asam pedas resepi omak mertua aku tu. Perghhhh ... terangkat habaq hang. Balik kampung utara nanti, aku nak masak asam pedas ni kat mak aku. Nak tengok, apa kata dia ... he he he!

Sepertimana aku dok habaq pasal asam pedas dalam entry semalam, hari ini aku jajakan gambar asam pedas pulak. Bukti kata aku masak. ngeh ngeh ngeh. Masa awal puasa aritu aku buat asam pedas ikan tenggiri, hasben aku komen tak cukup masam. Walhal pada aku dah masam dah. Takpe, kali boleh cuba lagi untuk improvekan.

Disebabkan tekak aku serasi sangat dengan asam pedas, 2 hari lepas aku ajak la hasben cari ikan parang kat Pasar Borong Selangor. Malangnye pueh berpusing, ikan parang takdepun. Sekali, hasben cadangkan amek ikan jenak ajelah. Aku on je ... tak mabuklah ikan jenak buat asam pedaskan. Balik keje petang tu pulun la hasben n wife dekat dapur. Hasben tolong basuh ikan, aku pulak potong sayur dan prepare bahan tumis buat asam pedasnye. 

Masa start masak tu, aku dah niat ... kali ni nak masak yang terbaik untuk suami. Dengan kasih sayang berganda-ganda. Aicheeeeh! Memandangkan start masuk dapur 6.30pm, maka tak sempatlah buka puasa dengan nasi. Masa azan Magrhrib tu, kami minum air dengan makan buah-buahan dulu. Lepas tu siap mandi bagai barulah makan nasi! Orang yang paling tak sabar nak makan asam pedas .... adalah aku! Dan yang paling teruja nak makan hasben aku ler ....

Bila dia tengok dan rasa asam pedas ikan jenak tu, terus dia cakap, "ini kalau omak tengok asam pedas nie, sure menangis sebab menantu dia dah tau masak macam dia!". Cheh, kembang setaman dipuji sedemikian. kah kah kah! Sila saksikan, terliur tak korang? he he he


Petang tu hasben aku tolong masakkan nasi, biasa aku masak sepot je. Tapi dia masak sepot lebih. Tanda teruja nak makan asam pedas. Petang tu aku cuma masak asam pedas ikan jenak dengan terung goreng berlado. Simple je. Laju je hasben aku makan. Siap tengah malam nak repeat. Last-last dia tidur. Dia tak habis-habis puji asam pedas aku malam tu. Dia kata sebelum ni tak jadi pun macam nie, kali ni memang betul menepati citarasa tekak dia. Alhamdulillah.

Aku habaq kat dia, aku masak dengan niat untuk suami dan penuh kasih sayang. Pastu dia balas, "sebelum ni tak cukup kasih sayanglah masak??". Ekekekeke ... kali ni kasih sayang bergandalah aku jawab. ha ha ha.


Dan ini pula adalah terung goreng berlado itu. Sedap juga. Aku jarang masak terung pesen nie. Selalu buat kari terung dengan ikan kering je. Ini permintaan hasben. Dia yang nak macam nie, so aku layan je. Recipe pun main campak je ... dia kata rasa semua okey ... okeylah tu kan. Nanti-nanti boleh improvekan skill memasak lagikan. Banyak lagi recipe yang aku belum cuba untuk santapan suami. Keadaan belum mengizinkan dan kadang .... kemalasan sikit-sikit datang melanda. Kena tepis malas tu laju-laju.

Sekian, entry hari ini ... malas dah nak taip. Resepi pun malas pulak nak share. Lain kalilah kalau rajin yek. Bubye korang! Love ketat2!!



p/s : 2-3 hari ni asyik batuk-batuk je.

Friday, June 6, 2014

BIHUN SUP PALING SEDAP

Assalamualaikum ...


Asal kembali berblog ... sumer gambar makanan je yang timbul. Sila pasrah dengan blog kedaung cik puan ye. Dan sila juga menceceh ailio tengok bihun sup ayam cik puan ;). Aku baru je belajar buat kuah sup ni dari biras aku yang lelaki tu beberapa bulan lepas. Kalau dah belajar wajib kita praktikkan. Rasanya aku dah pernah share resepi sup ni dekat blog aritu. Untuk recipe bihun sup ni, nanti aku update yek. Sekarang tak sempat. Dah nak pegi keje. Maklumlah sejak busy neh, sebelum pergi keje ... if bangun awal aku akan update blog. Satu entry je pun. Dekat office tak sempat dah tengok blog neh ... ;(


Sejak-sejak dah reti sikit buat bihun sup dan pelbagaikan jenis masakan ... aku dah 2 kali buat sup ni untuk hasben. Sup-sup ni memang peberet hasben. Nak-nak kalau letak lada hitam bebanyak. Sukelah dia. Gambar kat bawah nie bihun sup kali kedua .... hasben makan bertambah sampai 2 kali. Paling sedaplah tu kan. Sebab tu tajuk entry pun poyo semacam .... bihun sup paling sedap kononnye! Tapi korang janganlah sentap ngan tajuk aku tuh, paling sedap tu untuk kami berdua ajelah. Sesekali nak havoc sket kan ... he he he


Malam dinner dengan bihun sup dan bawa bekal pi office pun bihun sup juga. Satu untuk hasben dan satu untuk aku. Maggi goreng tu plak untuk lunch hasben kek opisnye. So, paginye tu aku cuma goreng maggi je lah. Bihun sup cuma panaskan kuah. Cepat sket kerja.


Hari-hari macam inilah. Ada 2 bekal untuk hasben ... untuk aku kadang-kadang je. Aku ni bawa bekal ikut mood. Kadang kalau rasa nak bawa baru aku cari bekas untuk diri sendiri. Kalau rasa nak makan kat kafe, takdenyelah sibuk nak berbekal.

Alhamdulillah, sejak buat bekal makanan ke opis nie, hasben dapat la jimat duit belanja harian dia. Kadang-kadang seminggu cuma belanja makan 10 hengget je. Yang lenlain sume aku dah bekalkan dah. Hari aku bangun lambat biasanya untuk breakfast aku buat roti planta dan sandwich sardin je. Senang. Lunch pula buat menu goreng-goreng. Ikutlah mana sempat. Cuma bila dah bekalkan makanan nie, biasanya aku bangun 5.30am atau 6.00am. Masih sempat nak masak ... sebab kami masuk keje pun 8.30am.

Okeylah ... nak cau cin cau. nak gi keje dah! Nanti jumpa lagi keh .... 



p/s : Sila terlio....kah kah kah

Wednesday, May 21, 2014

MEE HAILAM YANG SEDAP DAN GORJES!

Assalamualaikum ....


Aku kan gigih semacam dan susah nak putus asa untuk sesetengah perkara. Cuma aku nie jenis tak riuh nak bagitau sana sini. Apa yang aku plan, sume aku pendam. Hah, nak-nak dalam memasak ni ... selagi tak jadi selagi itulah aku akan cuba sampai jadi. Bila dah jadi, anytime boleh stop! Anggaplah dah pandai ... muahahaha. 

Kan aku cakap sebelum ni yang aku tak mereti pun nak masak mee/kuewteow/bihun hailam, sup, ladna dan yang seangkatan dengannye. Goreng-goreng bolehlah. Masakan berkuah ni agak kurang. Memandangkan hasben jenis bawa bekal pegi keje for breakfast and lunch, maka gigihlah isteri belajar menu baru. Asyik-asyik goreng je, aku yang tak makan pun bosan nak masak. Nak gak try menu lain kaaaaannnn! Sejak sebulan lebih hasben bawa bekal pegi keje, betapa jimatnye duit belanja dia tau. Untung! Duit dia semata-mata buat isi minyak motor je. Hasben nak bawa bekal gi keje, kita layan je. Tak kisah. Janji happy! Tapi penat sketlah bab nak bangun awal tu ... kena setting masa dan keje bebaik. 

2-3 hari ni aku dok try buat mee hailam, nak-nak aku puasa ... so nafsu makan kadang tak keruan sangat. Balik keje asyik teringat mee hailam je, ntah kenapa ntah. Pembawakan budak ke? Rasanye belum ada pape lagi. Takpelah mungkin nafsu serakah biasa kot. Dekat office petang semalam, gigih aku google recipe mee hailam paling sedap. ngeh ngeh ngeh. Nak belajar masak hanya berguru dengan blog2 masakan je. Okeh juga tuh, ilmu penting dicari. Akhirnya menjadilah mee hailam aku. Tengok pic bawah ni yek. Sebelum ni aku masak mee hailam, bantat! Dah macam mee basah dah. Kali ini superb jugak rasanya. Standard kalau masuk lif tekan sendiri. muahahaha


Sila terliur dengan mee hailam aku. Tak terkata hasben aku makan tau. Sedaplah tu! Tak sia-sia aku google recipe dekat office. Walaupun belum sampai skill masak dengan pejam mata dan masih kena belek recipe, sekurang2nya ada usaha nak mencuba. Sila bangga dengan diri sendiri. ngeh ngeh ngeh. Resepi adalah seperti di bawah. Kalau nak try bolehlah, pasti tak mengecewakan anda. 

Resepi : Mee Hailam Paling Sedap
Sumber : Open Minda
Pencuba : Cik Puan Rann

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ciliboh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’ - aku tak masukkan sebab takde
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan ciliboh dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
*nak lagi best, pecahkan telur ... biar separuh masak. slurrrppppppppp sedap tau. gambar yang ada telur malas aku nak edit. layan ajelah gambar seketoi ni pun ookey. bukti aku masak. he he he he

Dan pagi ini plak, aku bekalkan suami mee sup ayam dan bihun sup. Cerita mee sup nanti-nantilah yek. Dah nak pegi keje dah ni. Sekarang ni sebelum pegi keje aku update blog dulu kalau sempat. Dekat office jangan haraplah nak dapat update blog. Blogwalking pun curi-curi je. Keje banyak satu hal, nanti ada yang report plak aku dok update blogkan. So, time keje kita buat keje bebaik! Nanti boss sayang ....aicheeeeh!!

Okeylah achik cau cin cau dulu. Selamat mencuba recipe mee hailam paling sedap dan gorjes ni yek. 




p/s : Hari kedua puasa untuk minggu nie. Alhamdulillah. Minggu depan nak target penuh seminggu kalau dapat. Kalau dapatlah .....

Sunday, May 18, 2014

MENU WAJIB SETIAP BULAN

Assalamualaikum ...


Happy Sunday. Esok dah keje. Semalam pun aku keje dan hari ini pun kejap lagi aku masuk keje. Pasrah! Semalam sempat juga aku pergi tengok Redbull Air Race dekat Presint 4 dan 5 Putrajaya dengan hasben dan adik ipar aku. Walaupun tak paham sangat race ni, tapi happening jugalah. Teruja jugaklah dengan aksi kapal terobang berkenaan. Aku ada ambil gambar, nanti yek aku share ceritanye. Malam ni kalau sempat aku buat entry pasal Redbull Air Race ni oke. Hari ini last air race nie, tak sure nak pergi ke tidak.

Rini takde idea nak cerita apa sangat. Sambil nak siap pi keje, kasi update satu entry la untuk tatapan korang yang disayangi. Aicheeeeeh! Sekarang ni aku dalam proses nak pelbagaikan menu simple di rumah dan bekalan untuk suami ke kantor. Masih lagi dalam proses nak belajar masak yang best-best. Setakat goreng-goreng tu kira luluslah kot ... tak dapat A, B pun ok ye dok. he he he. Aku tak pandai sangat nak masak mee/bihun/kuewteow hailam, ladna, kungfu, kantonis dan serba mak nenek menu. Pernah try, kadang jadi ... selebihnya tidaklah. Selalunya rupa je sama, tapi rasa dia lain.

Dah kerana masih dalam proses belajar dan risau nak bekalkan hasben dengan menu misteri takut dia tak makan ... aku bekalkan dan buat menu yang hampir sama je kat rumah. Meh kita layan menu-menu aku yang slamber. Ini antara menu wajib setiap bulan tau. 


Bihun goreng simple ... 


Bihun sup. Menu malam di kala hujan. Selain maggi kari, hasben juga akan request menu ni


Maggi goreng chickenballs kesukaan aku. Kalau hasben suka maggi kari/sup ... aku pulak suka maggi goreng! Nak-nak maggi goreng ayam restoran mamak. Sedap tau!


Mee kasar ni aku try buat style hailam. Hasben aku cakap ... macam tak jadi je, bantat! muahahahah


Mee goreng. Telur mata.


Menu minum potang untuk hasben sebelum dinner. Sosej roll dan popia sardin aku baut sendiri. Frozen. Kentang tu je aku beli. 


Dan ini adalah menu pagi Ahad. Kan dah cakap aku suka makan maggi goreng. Dan ini adalah maggi goreng tomyam. Buat bekal pegi keje sekali ni. 



sekian.cerita menu aku yang sangat-sangat simple. recipe? alaa goreng-goreng je pun, budak 12 tahun pun pandai. he he he. aku baru belajar buat menu budak 12 tahun. impian nak belajar masak macam-macam, tapi masih lagi jadi impian. entah bilalah nak cuba masak yang best-best.



p/s : sebab asyik makan, maka gemuklah saya.

Wednesday, May 14, 2014

MAGGI LAGI

Assalamualaikum ...


Kadang aku rasa pelik dengan hasben. Dia suke je nak makan maggi kari. Tapi bukan maggi yang cepat dimasak sedap dimakan tu. Itu masak 2 minit je. Yang ni lambat masak tapi double super duper sedap dimakan. he he he. Malam tadi lepas balik keje, hasben ajak pi Pasar Borong Selangor (PBS). Dah lama tak ke sana. Aku memang suke biler pi PBS tu. Suke tengok sayur-sayur hijau yang segar-segar. Sampai rasa buntang mata tengok. Lagi satu, rege sayur kat sini murah berbanding dengan Pasar Tani Putrajaya. Lagi berbaloi shopping kat PBS. Duit lebih boleh simpan untuk travel. kikikiki.

Mula tu pi Balaji dulu, borong segala bawang, kentang, suhun, fuchuk, cili boh bagai ... then baru pi kat pasar basah pulak untuk beli sayur dan ikan. As usual, beli barang basah/mentah mesti untuk stok seminggu. Malaslah aku nak ke pasar berkali-kali seminggu. So leceh hokeh! Nak-nak pasar awam Presint 8 yang mahal serbagala tu, lagilah aku tak suke pegi. Mahal dowh ikan, ayam ... sayur ... bak kata bagi aku semua mahal. Boleh bilang dengan jarilah setahun berapa kali aku pi pasar awam Presint 8 tu. Kecuali terpaksa, suka tak suka kenalah pegi juga. Pasar Tani Putrajaya pun mahal jugek barang2nye. Lagipun, PBS dengan Putrajaya bukan jauh sangat pun. Nak kira minyak dengan parking pun masih berbaloi shopping barang mentah/basah kat PBS. Lagi jimat duit! Lagi macam-macam boleh beli.

Balik dari PBS terus pergi Cyberjaya, jumpa adik ipar aku sekejap bagi barang. Pastu borak kejap then terus balik. Sampai rumah dah 10pm. Ikut hati aku nak mandi dan tidur je. he he he. Tapi dah ada suami, ko kenalah isi perut suami dulu. Jangan buat tak nampak plak suami dok depan tv tu. Aku terus masuk dapur nak kemas barang .. terus tanya hasben nak makan ape. Ingat tu malas dah nak masak sebab menu siang tadi pun ada lagi. Tak masak kang, hasben aku tak suke sangat makan makanan dipanaskan semula ni. Kalau boleh dia nak yang fresh je ... yang baru masak camtu. Dah tahu sangat dah pe'el dia.

So, dia request maggi kari. Eh, dia request ke aku yang bagi cadangan yek... dah lupe. he he he. Kalau aku tak bagi cadangan pun hasben aku memang suke je makan maggi kari hujan-hujan nie. Hujan + maggi sup/kari memang dah sinonim dengan hasben aku. Aku bersyukur sangat, memalam biasanya hasben tak pernah lagilah request menu yang susah-susah untuk aku buat. Aku rasa dia pun faham kadang aku penat keje. Apapun, aku juga kena prihatin gak dengan tekak dia. Takkan nak melantak menu simple je memanjang. Sesekali nak gak try buat mee rebus ke ... mee bandung ke ... nasi arab ke (ewaaah cam poyo je nak buat nasi arab nie, walhal tak reti pun!).

[gambar tak memuaskan, guna camera hengpong jerk]

Hasil dinner untuk hasben malam tadi. Maggi kari sotong yang super duper yummie. Siapa lagi nak pujikan kalau bukan diri sendiri. ngeh ngeh ngeh. Curlasss ko, masak maggi kari letak sotong ... telur bagaikan. Manalah tak taksub hasben makan. Siap minta tambah. Makin bam-bamlah hasben achik ... hu hu hu. Aku tak dinner malam tadi. Sebab masa balik keje aku dah bantai makan dulu sebelum pi PBS. Lapaq sangat. So, aku cuma temankan hasben makan ajelah sambil borak kosong. Isteri kena teman suami makan, barulah tak rasa sunyi dia makan sorang-sorang. Echeeeeh ... poyos!!

Sekian cerita perihal maggi .... punyalah panjang lebar. Harap korang takdelah jemu nak baca apa yanga ku sedang merepek nieh. Sama-samalah kita merepek yek. 





p/s : Bila fridge dah penuh dengan bahan-bahan mentah, baru mood nak masak meningkat dengan jayanya! echeeeeh.

Tuesday, April 22, 2014

BEKAL KE OFFICE

Assalamualaikum ...


Sejak sebulan ni, setiap pagi kecuali weekend aku bangun awal. Sebelum ni pun awal juga, tapi tak seawal sebulan ini lah. Macam pagi tadi, 5.00am aku dah bangun. Itupun sebab semalam kami suami isteri tertidur jam 9.30pm. Penat gamaknya! Yelah, aku sekarang keje dekat office dah bertingkek-tingkek. Hasben pula, dah kena tukar office ... mungkin keje dia pun sama banyak dengan aku.

Memandangkan hasben dah kena tukar office, sekarang ni setiap pagi aku masakkan bekal untuk hasben. Untuk breakfast dan juga lunch. Sekaligus! Hasben sendiri yang buat permintaan macam tu, masak simple-simple sudahlah katanya. Isteri akur yang mampu. Bangun pagi, mata pun antara pejam dengan celik ... susah jugalah nak siapkan masak lomak cili api, asam pedas ke ... ayam masak merah ke ... kan? Jadinya hasben minta menu simple tapi mengenyangkan. Office baru dia takde cafe. Sangat melecehkan. Nak keluar pula jauh sikit katanya, kena bawa kereta or motor. Itu yang dia rasa macam malas. Apa kata sayang je masak? he he he ... aku ok je kalau bangun awal. Kalau terbabas tidur, bye bye la bekal ke office tu! Pernah sekali aku terbabas tidur, sedar-sedar dah 6.45am. Mana sempat nak masakkan? Nak senang punya keje, aku beli je dekat kafeteria rumah aku. Balik malam aku tanya la hasben, sedap ke bekal breakfast kedai bawah tu? Jawapannya tidak sodap! Nampaknye kenalah masak hari-hari. hu hu hu



Ini bekalan untuk hasben aku pada hari Ahad dan semalam, Isnin. Hari Ahad hasben kena keje jugak. Aku cuma masakkan bihun goreng untuk breakfast dan juga lunch. Cumanya untuk breakfast aku letak segulung tortilla. Malas nak letak dalam banyak bekas, aku letak je tortilla tu sekali dengan bihun goreng untuk breakfast. Sonang kojo den. Untuk lunch pulak aku cuma tambah sambal sardin. Hasben aku suka makan bihun goreng dengan sambal sardin, isteri masaklah apa yang suami suke makan kan. Walau takdelah pandai sangat masak pun. Main campak je. Kadang hari ini sedap, esok pula kurang rasa .... uiks langsung tak konsisten!

Untuk hari Isnin pula aku cuma buatkan nasi goreng. Breakfast and lunch menu yang sama juga. Nasi goreng biasa + ikan bilis goreng dan telur dadar. Korang nampak 2 bekas nasi goreng tu ... bukannya satu untuk aku dan satu untuk dia. Tapi dua-duanye untuk dia. he he he. Aku masakkan untuk suami je, tapi aku sendiri breakfast dekat kafe office.  Aku kan makan nasi weekend je, itu pun kadang-kadang. Bihun goreng pun aku tak makan sangat sekarang nie. Kat office biasanya aku makan sup-sup tak pun kuih muih. Diet sangat kononnye! Tapi still bam bam .... hukhukhuk


Bekal hari ini pula, mee siput goreng for breakfast dan nasi putih berlauk sambal burger untuk tengahari! Simplekan? Biasanya tengahari buat satu lauk je, takdelah sampai 3-4 jenis lauk macam makan dekat rumah ataupun kedai. Yang mana mampu kita buatkan? Resepi mee goreng siput tu aku share kemudian yek. 

Harap hasben aku suke dengan menu hari ini. Isteri masih tengah nak belajar masak lagi. So, mesti ada kurang sana sini. Biasalah tu. Ada yang kurang kita lebihkan. Mana yang lebih kita kurangkan! Setiap kali masak, pastinya aku tanya hasben ... ok ke tak? Sedap ke tak?

Walaupun penat kadang, tapi aku rasa macam seronok pulak masak pagi2. Sekurang-kurangnya dapat ajarkan aku untuk lebih hargai masa .... kadang ada masanya dulu, aku tidur tak hengat doooonia! ekekekeke



p/s : Semua isteri mengejar title isteri mithali, tapi aku cuma mampu mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik. Itu sahaja!

Saturday, April 19, 2014

STEP BY STEP SOSEJ ROLL

Assalamualaikum ...


Happy weekend readers ku sayang! 

Segar bangun pagi ni, semalam plan nak pergi keje. Nak settle apa yang patut. Tapi dah terseronok pulak dok kat rumah. he he he. Alasan baik punya. Apa yang dirancang tak menjadi, but it's ok ... kita buat plan lain pulak. Kejap lagi nak keluar makan dengan hasben. Mood tak rajin nak masak pulak, sesekali cuti masak tak salahkan? 

Untuk tengahari ni je aku tak masak ... tapi petang semalam lepas balik keje aku pulun buat sosej roll untuk stok minum petang lepas balik keje. As usual, hasben aku kalau balik keje mesti nak minum petang. Itupun kalau balik awallah. Nak terus masak yang heavy mestilah tak larat sebab sama-sama keje. So, aku kena la pikir apa yang perlu buat untuk mengatasi masalah ini. Kesian hasben aku, takkan nak minum nesccafe o je manjang. Kang terbaling pulak mug tu sampai ke dapur. Tak ke naya! 

Hasben aku takdelah demand sangat bab menu minum petang. Cuma aku je rasa tak syok sebab nak menunggu time dinner ... memasak tu ambil masa skit. Mesti perut hasben berkeroncong menunggu nak makan. So, kesian hokey! Dan kerana itu, semalam aku pun pulun buat sosej roll. Sementara nak siapkan sosej roll tu aku cuma buat air panas dan gorengkan french fries untuk hasben. Ada jugalah alas perut dia. Hasben sendiri, mestilah tahu pe'el perut dia camnekan. Kata nak jadi isteri mithali! hohohohohohoho ...

Dengan itu, aku berbesar hati share dekat korang step by step untuk buatkan sosej roll yang sangat mudah. Simple bangat! Idea ni aku dapat dari blog Kak Zalin Zalina. Blogger nie pengusaha kuih frozen. So, aku banyak jugalah refer dekat blog dia. Dia adalah sangat tidak lokek ilmu. I like!! Mari kita belajar buat sosej roll okeh. Aku bagi bahan-bahan je. Step by step dia korang belek je gambar yang ada hokeh.

Resepi : Sosej Roll
Sumber : Blog Zalin Zalina


Bahan-bahan;

  • 1 pek roti gardenia/top bakers
  • Sosej
  • Telur
  • Bread Crumb (beli yang warna oren/kuning tu ... cantik sket)
  • Tepung gandum + air (bancuh untuk buat pelekat)

Cara-cara ;

  • Sila rujuk step by step seperti gambar di bawah.
  • Untuk gamabr 4, dah habis roll ... jangan lupa gamkan dengan bancuhan tepung gandum ye.
  • Dah siap, boleh pack dan masukkan dalam peti sejuk beku.

*Tips : nak cantik sosej roll tu, potong tepi roti ... baru jadi cun! Aku nak makan sendiri, so sayang nak buang tepi roti. Kang kena buat bingka roti pulak. Mood tak rajin.

Gambar kat bawah adalah hasil yang aku dapat. Hasil lebih kurang 28 ketul sosej roll yang comel-comel. Boleh la untuk 3-4 kali petang untuk hasben aku. Aku ni memang amek keje mudah je. Kalau buat popia sardin, karipap ... sekali buat banyak-banyak pastu frozenkan. Nak makan keluarkan dari fridge kemudian goreng. Nampak, senangkan? Balik keje tak perlu kelam kabut pulun masak sangat. Dah makan, solat maghrib baru kita start masak untuk dinner ... itu pun masak simple juga, setakat bihun goreng, bihun sup, mee goreng. Okehlah kan ... menu malam tak boleh berat sangat. Nanti cepat ngantuk!

[kuning habis sosej roll aku]


"Selamat mencuba ye!"



p/s : Sekarang nie mood tak rajin sangat, so buat keje senang je manjang. kui kui kui

Wednesday, April 16, 2014

NASI GORENG DAGING BURGER

Assalamualaikum ...


Malam tadi takde idea langsung nak masak apa. Ada nasi putih lebihan bekal hasben untuk lunch dia semalam. Sah-sah kena buat nasi gorengkan? Takkan nak buang ... membazir. Walaupun malam mood untuk menyediakan menu berasaskan nasi macam not good sikitkan. Bila hasben makan nasi dia cepat je nak lolap ... aku kat rumah sendiri memang tak makan nasi la. 

Disebabkan taknak membazir, maka malam tadi aku buat nasi goreng daging burger atas permintaan hasben. Mula nak buat nasi goreng ikan masin je, hasben taknak. Nasi pun ada sepinggan je pun, cukup untuk hasben sorang ... so takdelah rasa leceh sangat nak menggoreng. Nasi goreng daging burger pun ok gak le. Daging burger tu aku guna dua keping dan  hancurkan dulu, kemudian goreng sekali dengan cili boh. Macam nak buat kuah spaghetti tu. Bila cili boh dah masak, masukkkan mix vege then serbuk perasa ... mix vege tu dah masak lembut elok baru masukkan nasi putih, kemudian gorenglah macam biasa.


Ini adalah hasilnya, aku letak la popia sardin 2 ketui kat pinggan tu ... buat cam lauk sket. he he he. Dalam gambaq pinggan ada dua ... tapi sebenarnya sepinggan je pun. Satu ada sudu garfu dan satu lagi takde. Aku plak malam tadi makan popia 2 ketul dengan nescafe o takde gula. Cukuplah tu, nak tidur perut tak boleh kenyang sangat. Hasben aku macam mana pun malam memang kena makan juga. Perut dia jenis tak tahan lapar sangat. Aku risau kalau hasben tak makan kang, tak boleh tidur pulak.

Lepas je dinner dengan nasi goreng daging burger ni, hasben cakap mata dia dah berat. Agak dah, dia dah tak boleh makan nasi malam ... mata cepat sangat ngantuk. So, malam ni aku kena pikir nak masak apa dekat hasben selain nasi. Jenuh juga memikir.

Semalam ada juga bincang dengan hasben, aku bagi idea nak buat cucur atau kuih je memalam. Senang sikit, lagipun perut takkan terasa penuh sangat. Tunggulah aku rajin nak buat kuih frozen ... balik keje je terus goreng. Sonang kojo den! ekekekekek



p/s : sorang makan senang je, kalau dah berfamily nak masak apa pun pikir berjam-jam.

Monday, April 14, 2014

ASAL HUJAN, SUP MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum ...



Hasben aku ni jenis pemakan orangnye. Sejak zaman baru kawan-kawan pun memang dah tahu, hasben kuat makan. Bukan setakat hasben, tapi family hasben memang jenis suka sangat makan. Aku pun boleh ter'join' jadi kuat makan. But, selepas dah berkahwin ni ... akulah hamba Allah yang asyik kontrol makan hasben. Kalau dulu, siang malam hasben makan nasi berlauk. Sekarang tidak lagi. Hasben cuma makan nasi seminggu 3-4 kali. Beberapa minggu kebelakangan ni je aku nampak kerap pulak hasben ambil nasi. Haippp ... nak degillah tu! Walaupun agak kerap, kuantiti nasi dah berkurangan. Tak macam dulu lagi, sepinggan baaaak nasi sekali hadap. Siap bertambah lagi! Sekarang ni, potion nasi dah kurang serta tak tambah dah kecuali bila selera hasben tengah meloncak tak tentu pasal .... tambah juga lah, cuma tak selalu!

Macam petang tadi hujan, hujan lebat sangat. Bila hujan je hasben aku pasti request nak makan maggi sup tak pun maggi kari macam selalu. Malangnya stok maggi dah habis kat rumah. Memandangkan stok maggi tak ade, maka kenalah buat menu lain. Tapi mesti berkuah. Katanya hujan-hujan sedap makan sup. Apa sahajalah hasben, janji senang nak masak. Jangan suruh masak nasi malam-malam sudahlah, isteri kalau bab masak nasi kena tunggu weekend je tau. 

Bagus punya isteri, hasben nak makan nasi pun tak kasi. he he he. Ala, hasben aku dah kebal tak makan nasi malam sekarang. Perut dia dah biasa dah setakat 5 bulan ni dan aku harap biarlah macam nie selalu. Aku senang, hasben pun senang juga ... sebab nanti hasben takdelah nak mengeluh perut dia makin tinggi sebab asyik makan nasi je.

Dengan jayanya, dinner kami malam ini adalah bihun sup chicken ball. Pekena pula dengan nescafe jalang tak bergula. Sejuk-sejuk, makan sup minum nescafe jalang panas-panas plak .... uiiih sangat wallah habaq hang! Terangkat kot. Bihun sup tu letak blackpepper and whitepepper bebanyak ... kasi panas, hangat sket!


Nampak sangat macam menu orang bujangkan. Alah, malam tak perlu makan banyak-banyak. Bukan nak buat kerja teruk-teruk pun. Bukan nak angkat batu bata tengah panas terik pun. Nak tidur je pun. Asal larat tarik kain selimut sudahlah. kan kan kan kan. Itu cakap mak aku la dulu -dulu. 

Sekarang ni aku tengah pulun update blog, hasben plak dah siap berdengkur kat katil. Awal plak dia tidur malam ni. Selalunya hasbenlah yang tidur lambat dan aku yang berdengkur awal. Malam ni dah terbalik pulak. Aku rasa dia terkejut kot dengan kesedapan bihun sup aku malam ni, sebab tu tidur awal. Jangan tak tau, sudah makan je terus hasben cakap, "Terima kasih sayang .... sedap bihun sup malam nie!". Seperti sudah sedia maklum, hasben aku sangat susah nak puji masakan aku. Amat susah!! Cuma bila kesedapan tu dah terkena dengan selera hasben, barulah aku dapat pujian itu. Aku pun dah faham, sebab itulah setiap kali lepas makan ... takdelah aku tertunggu pun pujian hasben. Aku suka tengok hasben makan ...

Sekurang-kurangnya kesedapan bihun sup untuk dinner tadi dapatlah ganti balik situasi pagi tadi di mana aku tak mampu masakkan breakfast untuk hasben. Semuanya punca aku terkena ciritbirit yang agak teruk. So, hasben tak breakfast .... tengahari barulah dia lunch sesama ngan aku sebelum pergi klinik.

Okaylah sambung esok. Simpan cerita untuk esok plak. Hari ini dah banyak kali update. he he he. Terlebih rajin plak!




p/s : Bersyukur apa adanya!

Friday, February 21, 2014

MENU SEBELUM MENINGGALKAN NASI SECARA PERLAHAN-LAHAN

Assalamualaikum ...


Perghhh tajuk entry maut kenmain! Poyo pun ada kan ... he he he. Kalau korang rasa cam nak  muntah je dengan tajuk ni, boleh muntah jauh-jauh yek. he he he. Menu yang aku paparkan dekat korang nie rasanya dalam 3-4 minggu lepas. Masa tu feel nak masak mencanak semacam je. Bila aku cakap kat hasben tentang tahap kemalasan aku nak makan dekat luar. Feel macam nak loya je makan dekat luar kan.Pembawa budak ke? Eh! Rasanya belum ada tanda. 

Disaat serbagala barang naik harga dengan mencanak, tetiba tekak aku teringinlah sangat nak makan ketam masak lomak cili api campur bendi. Dulu aku tak suka bendi, masa pas bertunang tu tersuka plak kat bendi. Selama ni tak pernah try makankan, sekali makan bendi rupanya sodap pulak. Masa jenajalan dekat Pasar Tani Putrajaya yang barang dia mahal macam emas tu, ternampaklah ketam. Uih, semua bertelur-telur ketam tuh. Bila hasben tanya, "sayang nak ketam?". Terus angguk lelaju. Sekilo RM24 tau kotam neh. Mahal bebenor. Suruh hasben amek 2 hekor je. Cukuplah kami berdua je pun.


Inilah dia rupa ketam masak lomak cili api, sodap melekat habaq hang! Kuah ketam ni sedap juga tau  buat cicah cucur ikan bilis potang-potang. Menjilat jari kalau kuah dia pekat melikat. Terasa kenegerisembilan aih! Takkan boli kotam je kan ... mesti ada menu menu lain juga. Setakat makan kotam je ngan nasi mana best. Tak phiaaaw.


Ketam masak lomak cili api ditambah dengan sayur bayam, bendi rebus, ikan cencaru sumbat (bakar) dan ikan sardin rebus kemudian goreng. Terangkat! Makan nasi bertambah-tambah. Tapi bukan aku la yang bertambah nasi tu, hasben aku. Aku bertambah laukpauk je. Semuanya menu-menu sebelum kami berdua meninggalkan nasi secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, masuk hari ini hasben aku dah 3 hari tak makan nasi. Aku nak dia turunkan berat dia dalam 10-15kg. Sapa lagi nak bantu kalau bukan isterikan? Kesian dia susah nak cari baju dan seluar. Sekarang nie berat hasben dah 108.9. Berat asal dia dalam 110kg. Malangnye isteri plak makin bam bam .... kenapa yek?


Kesedapan makan bertambah dengan air sirap ais. Sejuk meleleh dalam jug tuh. Sedap-sedap. Rasa macam pi kenduri kahwin je minum air sirap berais camnie. Tengok ikan goreng dalam gambar tu pun aku rasa terliur bebenor nak meratah. Ikan goreng kalau korang nak sedap, stimkan sekejap baru goreng. Isi dia lagi lembut dan kenyal. Rasa dia lagi best. Selalunya ikan kembung ngan ikan sardin je aku buat macam neh.

Lepas nie, kalau aku masak ... takda nasi-nasi lagi. Makan lauk pauk je. Hasben pun macam dah mula serasi makan lauk pauk dan sayur je. Alhamdulillah. Kalau berat hasben tak turun, dapat maintain pun ok....jangan baik berat sudahlah!

Isteri je kawan opis dok tegur, "akak ... dah berisi la badan akak lepas kahwin nie, dulu kecik sikit!". Stress isteri tau!




p/s : Harap usaha ini ada kejayaannye. Ameen.