Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

"KAU MENGANDUNG KE KAK?"

Assalamualaikum ...


Masa cuti Hari Wilayah aku balik kampung. Sebab time raya cina ni tak dapat balik sebab hasben aku ada keje. So, hasben and wife ni pun decide balik time cuti Hari Wilayah. Lagipun orang tak ramai balik time ni, jalan sudah pastinya tak jem. Itu yang aku suke sangat ;p. Balik time raya cina ni telah-telah jem hamat. Aku dah tak sanggup nak hadap balik kampung sampai 11jam. Baik korbankan cuti. Company bagi cuti tahun banyak-banyak takkan nak simpan buat perhiasankan? Walaupun ada orang yang dengki aku cuti, heh .. ko pun ada cuti, cuti ajelah! Semak tul asyik dengkikan orang. 

Seronok balik kampung jumpa mak ayah. Lupa langsung  bab keje. Serius hati yang tak tenang jadi tenang. Kalau boleh bila balik kampung handphone tu nak je cabut bateri, tapi sebab nak guna camera phone amek gambar food yang mak masak, terus batalkan hasrat cabut bateri.  hahahah. Masa balik kampung hari tu, adik aku yang 1st dan abang aku pun balik sama. Cuma adik yang 2nd je tak balik sebab ada kelas kat UTM. Nasib ko dek ... belajar rerajin ye. Bila dah jumpa adik beradik ni memacam la cerita. Aku jarang la jumpa adik yang 1st nie sebab dia dok kat Kedah. Dia sorang je jauh ngan aku, abang dan adik 2nd. Tapi dia la harapan untuk tengok mak ayah kat Kedah.

Aku sampai Kedah hari Jumaat pagi dalam kul 8.30am, sibuk menyibuk kat rumah memasak. Abang plak sampai dalam 10.30am. Adik aku ni sampai kat rumah mak ayah petang dah ... dekat kul 6ptg. Orang dekat pulak sampai lambat. Bila dia sampai aku menyambut kat kereta, peluk cium bagai ... dia tengok aku senyum-senyum. Aku dah rasa lain macam je. Eh, ko kenapa dik senyum sumbing sana sini neh?? Tetiba ....

"Kak ... ko ngandung yek??"

Gulpppppppppppppppppp .... allloooooo ....ai tak mengandung lagi tau. Iskandar pun jalan jatuh bangun lagi ni. Bagilah Iskandar cekap berjalan dulu. Aku terus ketawa berdekah-dekah bila adik aku cakap camtu. 

"Ini bukan anak orang dalam perut ... tapi anak cacing dan lemak yang diternak ...!". Tahulah aku gemuk. Sebab tu nampak cam orang ngandung. Akukan c-zer, so tak dapat bertungku ... perut pun ada spare tyre dah. Tu yang gigih nak diet bagai ni. Dok teringin nak zumba la hape. Hohoho. Ni adik sendiri cakap ngandung. Esok kengkawan pulak akan cakap, " ko ngandung ke? cepatnye nak dapat anak no. 2 .."! Well .... dah rezeki kan kalau aku ngandung sekali lagi. Muahahahah.

Plan ngandung tu ada, tunggu Iskandar cukup setahun minggu depan. Boleh camtu? Ahaks ....




Saturday, January 17, 2015

HARI MINGGU BAKAL MOMMY

Assalamualaikum ....

Selamat Hari Minggu!

Bosan jugak stay kat rumah sensorang. Hasben pulak hari ini kena OT. Jadi, awal pagi aku dah bangun siapkan breakfast dan lunch untuk bekalkan hasben pergi keje. Pagi tadi aku masak maggi goreng putih dan menu untuk lunch aku masak cuma nasi putih, sambal telur campur belimbing buluh dan ikan selar goreng. Hasben aku bab bawa bekal pegi kerja tak cerewet sangat. Dia makan je apapun asalkan perut tak masuk angin. Memandangkan office dia tu leceh bebenor nak keluar pergi makan, jadi adalah mudah kalau bawa bekal dari rumah. Mudah dan jimat. Untuk hari minggu aku larat la nak bangun masak bagai. Siap masak, hantar hasben depan pintu ... boleh sambung tido balik. Kalau hari kerja, hasben la yang masakkan breakfast 2 minggu ni. Sebab isteri dia yang menghitung hari nak bersalin ni dah tak larat sangat dah.

Menu hari minggu. Maggi goreng. Sambal telur dengan belimbing buluh. Ikan bilis goreng. Yummmeh!!
Terliur tak? Kikiki ... menu super simple macam nie sibuk dok tanya korang terliur ke tak kan? Apaa daaa. Korang tengok pun ellleeeeh ellleeeeh je. Bila lunch pun masak pepagi, so aku masak sekali ajelah. Takdelah sibuk nak masuk dapur untuk masak lagi time lunch. Masuk dapur pun nak senduk nasi dan makan je. Aku nie kalau dok rumah memang cepat sangat lapar. Kejap-kejap masuk dapur. Kejap-kejap bukak fridge tengok apa yang ada dan boleh dimakan. Kalau buah-buah hasben aku beli sampai sebakul, kejap je aku sorang habiskan. Nak-nak limau sunkist ... lagilah! Asyik makan je, keje kurang buat sangat. Sebelum pergi keje hasben dah pesan ... rehat je, takyah buat keje rumah sangat. Okeh, menurut perintah!!

Sekarang nie dok rumah pun aku tak buat kerja sangat. Setakat masukkan kain baju dalam washing machine, sidai kain baju dan masak sikit-sikit bolehlah. Kalau terlebih had buat kerja mulalah sakit satu badan. So, rumah pun macam tongkang pecah aku rasa. Tapi, syukur Alhamdulillah ... hasben aku banyak tolong. Tolong lipat kain dan kemas rumah. Okeylah, merasa juga kekemasan. Sekarang nie hasben tolong masak breakfast plak. Cuma untuk dinner je kitaorang  beli kalau hari bekerja. Hari minggu aku still boleh masak ... sebabnya, lepas masak dan makan boleh rehat. Jadi penat badan bolehlah hilang. Tak pun suruh hasben urut-urut. Legalah sikit.

Bila dah penghujung mengandung nie, memang terasalah sakit sana sakit sini. Masalah sekarang nie aku tak boleh nak tido. Serba salah dibuatnya. Mengiring ke kanan salah. Mengiring ke kiri salah. Tidur melentang lagilah rasa salah ... sebab rasa senak satu badan. Nak dapat posisi yang selesa amatlah sukar. Kadang sampai 2-3 pagi baru aku dapat lelapkan mata. Masa tu mulalah menangis. Bayangkan dengan perut yang besar nak pusing ke kiri dan ke kanan amat payah. Yang dah jadi ibu-ibu mesti tahu kan. Sekali aku nak pusing badan, sure menangis kadang tu. Sakit ... ini belum sakit nak bersalin lagi. Memang dugaan sangat. Time ni mulalah aku ingat kat mak di kampung. Macam inilah rasanya mak kandungkan aku dulu. Tapi seumur hidup aku tak pernah pun dia mengeluh dengan apa yang dia lalui. Bercerita tentang sakit mengandungkan anak-anak dia yang 4 orang tu pun tak pernah. 

Bila baca blog Nameeroslan pasal contraction nak bersalin, lagilah aku rasa macam ... "mampu ke aku lalui semua ni?". Mulalah hati tak habis-habis berkata, "Ya-Allah kuatkanlah diri aku, mudahkanlah urusan aku...!". Siap cakap kat baby soleh solehah aku,  "nanti bagi kerjasama kat mommy tau, mommy sentiasa doa baby keluar normal, sihat dan sempurna sifat...!".  Itulah ayat aku selalu sejak 2-3 bulan nie. 

Okeylah aku nak tunggu hasben balik keje. Kejap lagi kul 8pm, nak keluar ... nak jenjalan kaki. Orang kata ibu ngandung kena banyak berjalan supaya 'longgar' dan mudah nak bersalin nanti. Ameeen. Moga-moga urusan aku nak bersalin nanti dipermudahkan. Korang-korang semua, doakan aku ye. Moga doa korang itu diperkenankan Maha Esa!




p/s : Bila hasben takde kat rumah, nak gerak sana sini susah sikit. Sebab takde tempat nak bergantung untuk bangun bila dah duduk......

Tuesday, December 30, 2014

DEMAM KURA

Assalamualaikum ....



Demam kura? Pernah korang dengar pasal demam kura nie? Mak aku dulu selalu sangat sebut, demam kura ... demam kura. Demam yang seram sejuk melebeh-lebeh sampai badan pun gigil. Hah, itulah yang dinamakan demam kura. Malam tadi entah kenapa aku’terkena’ demam kura nie. Lepas mandi tetiba badan menggigil tahap terlampau, Walhal masa tu baru 9.30 malam. Semalam memang seharian dan sampai malam hujan turun tanpa henti. Pray for mangsa banjir Johor, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kesian tengok keadaan banjir di sebelah pantai timur sana. Ujian Allah swt.


Berbalik pada cerita demam kura malam tadi, memang aku rasa tak boleh blah sangat. Lepas makan roti canai 2 keping, rehat kejap dan terus pergi mandi. Hasben pula sibuk nak siapkan sasaran kerja tahunan dia. Aku ni plak rasa tak sabar nak tido dah. Tu bergegas pergi mandi. Tak mandi kang, hasben bising .... taknak anak jadi malas mandi kang. wakakakaka. Lepas mandi tu, tetiba badan aku gigil semacam. Terus berselimut. Tak cukup satu selimut, hasben plak amek toto selimutkan aku. Sejuk tahap nangis. Aku memang dah tak boleh tahan sangat sejuk sampai menggigil satu badan. Kesian hasben aku, tak senang dia nak siapkan keje. Kena plak jaga aku. Sorry ye sayang. Dah siap selimutkan dengan toto, hasben gigih pergi ambil air yasin bagi aku minum. Dah dapat lelap, tengah malam terjaga-jaga sebab rasa macam diri sendiri dok meracau. Sekali aku pandang hasben dan tidur dekat day bed sebelah katil. Ala sian sangat. Dah la banyak keje, keletihan plak menjaga aku yang tetiba demam kura.

Bangun pagi nie kul 8am. Badan aku memang agak panas. Tengok hasben tido dekat day bed dengan keadaan penat. Terus aku pergi dapur minum madu tualang dulu sebab  tekak rasa berkahak dan perit. Tanda-tanda demam aku macam tu la. Kejutkan hasben untuk pergi keje. Lambat lagi! Takpelah nak buat macam mana, dah hujung tahun rekod kedatangan pergi keje memang turun naik. Nak-nak sejak perut aku makin membesar lagilah asyik lambat pegi keje. Kadang mood aku pepagi kan kurang sihat. Kadang ok, kadang tak ok. So, tang tak ok tu la selalu lambat sangat. Aku skang memang tak daya nak drive sendiri dah, senak rasa perut ni. Dah nak dekat due nie lagi lah rasa tak lalu nak drive. Hew hew hew!


Sampai office nak buat kerja pun takda mood. Pagi tadi hasben cakap aku demam kura nie sebab stress dengan keje kot. Stress keje sikit tu memang ada. Tapi bukan keje aku, keje hamba Allah yang sorang nie. Bangsa tak reti nak bertanggungjawab. Buat keje asyik melepas tengkuk sendiri je. Dah tu, taeknye aku yang dapat. Masuk office hari ni buat muka tak bersalah. Rasa nak paaaannnnggggg 2-3 das! Sekali dua kena pedajal aku boleh sabar, ini dah berkali-kali memang kau masuk office, aku malas nak pandang muke kau lagi. Semak hokeh! Hidup manusia yang penuh dengan alasan, buat keje memanjang nak menyusahkan orang lain. Taek betul!! Pheeew ... memang geram. Cuma mulut ni masih sabar sangat. Kalau jenis tak sabar dah lama aku maki-makian dia nie. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!


Tengah-tengah menaip ni perut pula melapar. Tekak plak memilih, kadang tak tahu nak makan ape. Macam petang semalam, aku terus cakap dekat hasben, “tak larat nak masak ... kita beli ajelah makanan”. Hasben suggest makan roti canai je. So, dinner kitaorang semalam belasah roti canai ajelah. Janji perut kenyang dan baby soleh solehah aku sukahati. Bleh? 


Untuk lunch dan dinner karang, aku sendiri confuse nak makan apa?? Confuse sangat!!







p/s : Tak faham kenapa boss still melayan perangai minah ni walaupun keje asyik lepas tengkuk sendiri. Sabar ajelah. Urut dada .... hebat jugak ko punya bodekkan!!

Monday, December 22, 2014

ALHAMDULILLAH .... 8 BULAN BERLALU.

Assalamualaikum …



Alhamdulillah. Syukur.


Sejak masuk 32 minggu kandungan nie, belakang aku dah start sakit-sakit. Bukan sakit pinggang, tapi atas sikit pada pinggang. Sakit jangan cakaplah. Siang malam rasa berdenyut. Duduk lama kat office memang terpaksa menahan. Hu hu bertabahlah mommy to be! Bila dok kat office, rasa nak balik awal. Rasa nak baring je. Aku bersyukur sangat, sekarang ni aku dah ada immidiate boss yang sangat memahami. Dia rajin juga nasihatkan aku itu ini. Time pergi klinik, kalau dah penat sangat badan terus aku wassap, “saya balik rumah dulu nak rehat ... saya penat hari nie. Harap maklum”.  Boss pun, “ok ... baliklah rehat-rehat!”. Cuma aku tak ambil kesempatan atas kebaikan boss yang satu nie. Tau sebab apa, prinsip aku selagi terdaya dan boleh tahan sakit, pergilah keje. If tak terdaya sangat, rasa akan memburukkan keadaan baru bagitau boss. Jujur tu penting kerana bukan senang nak meraihkan kepercayaan orang pada kita. Terutama boss! Betul tak??

Tapi lately, bila kandungan pun dah membesar, boss seakan faham. Thanks sangat boss! Dia selalu cakap aku dah macam tak larat nak jalan. Yelah, dengan fizikal aku yang tak sebesar mana membawa anak soleh solehah dalam tummy sendiri, memang mencabar. Walaupun ada hamba Allah yang satu ni panggil “beban” apa yang aku kandung, tapi bagi aku ini adalah lambang kasih sayang dan cinta aku dan suami. Anugerah Allah swt yang terhebat di muka bumi. Bukan beban! Yang aku bawa ini, selama hampir 9 bulan bukan beban, tapi zuriat aku ... kasih sayang aku, cinta aku!! Dan kau pula senang cakap ini beban! Kurang ajar sangat!!

Dua minggu lepas ada la sekali aku request dengan boss balik awal, boss on aje. Mesti dia pun kesian. Nak duduk lama belakang sakit sangat, berdenyut la hai. Kadang rasa hari-hari nak balik awal. Kadang rasa dah nak start cuti dah. Balik rumah, lepas masak and makan, terus suruh hasben urut belakang. Dekat dapur time masak pun dah tak boleh berdiri lama dah. Masak sekejap, pastu duduk. Potong bawang bagai pun nak duduk je. Hati ni ada masanya tak sabar nak bersalin. Kadang rasa takut, nebes, happy ... perasaan bercampur baur. Kadang rasa biarlah anak mommy yang soleh solehah dalam perut mommy je. Eh, tapi tak boleh la camtu ... anak mommy kena keluar juga soon!

Lately, omak mertua aku bagi macam-macam petua dan pantang larang. Pheeewww sekejap. Harap bolehlah follow mana yang patut aje. Baru nie hasben dah buat majlis doa selamat untuk aku. Lenggang perut? Takdelah ... majlis doa selamat dan makan-makan jew. Thanks hasben sebab prihatin untuk isteri dan bakal anak soleh solehah nie. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Cuma tinggal 1 bulan lebey sahaja lagi untuk aku dan hasben jumpa anak kesayangan ini. Perasaan bercampur baur. Takut, happy, excited ... mula berfikir cara mak-mak dan bapa-bapa udah. Sudah mula merancang segalanya untuk family dan anak. Pengasuh pun dah ada. Cuma kepala ni sedang berfikir nak cuti 90 hari atau nak tambah lagi 90 hari. kikikiki. Nak gentel dan hug anak lelama. Moga-moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Ameeen....

Masuk 8 bulan kandungan, keadaan makin mencabar rupanya. Yang pasti nebes itu sentiasa ada. But mental kena kuat. xoxoxoxoxo ....




p/s : Semoga aku dan anak dalam kandungan sihat, kuat semangat .....

Monday, December 15, 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT BABY SOLEH SOLEHAH

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 32 weeks kandungan aku. Persiapan kiranya 85% dah siap. Dah basuh dan dah pack jugak masuk ke bonet kete. Dan mommy to be dah feel nebes sket-sket. Sebab tu nak tulis blog pun dah malas. Sekarang nie pun niat hati nak nulis panjang, tapi tetiba tekak plak rasa loya. Korang layan gambar ajelah sekeping dua kat sini yek. Maafkan aku ... mood aku memang tetiba turun naik. heeeee sorry tau!!


Barang-barang nie aku pi beli dengan omak mertua aku di Mid Valley. Masa tu ada expo baby. Berkat bawa omak mertua, senang je dapat parking kat Mid Valley tuh. Omak mertua aku lagi kuat berjalan dari aku. Sian dia asyik menunggu menantu dia yang memanjang terlepas ke belakang. Neway, thanks ye omak temankan menantu mu ini. Muaaahhhhh


Aku beli 5-6 baju camnie. Orang panggil rompers ke hape ntah. Aku mana reti sangat. Beli yang murah-murah jer. Bajet tak besar sangat. Lagipun baby kan cepat je membesar, so nanti-nanti beli baju baru yang pulak ye sayang!

Okeylah, aku nak gi rehat. Ngadap pc nie lelama rasa mual plak. kikiki. 




p/s: Berat aku dah statik. Baby sekarang dah berat 1.8kg. Jangan besar sangat ye sayang, kang mommy tak larat push plak. hu hu hu. Mommy nebes tau.

Friday, December 5, 2014

TIPS BERSALIN UNTUK BAKAL IBU

Assalamualaikum ...


Pejam celik, pejam celik ... hari ini dah Jumaat. Memang masa cepat berlalu. Dah Disember dah weh. 3 minggu lagi masuk 2015. Pastu aku pun dah kena get ready untuk melahirkan zuriat soleh solehah ini. Berdebar kot mommy to be nie ... baby dah pandai mengeras sampai kadang tu rasa kejang perut mommy. Apapun mommy sabar! Babahlah orang yang paling kena sabar bila malam menjelma. ha ha ha. Sebab kadang rasa sakit nak pusing badan. Kadang dengan mata pejam, babah dok sabarkan mommy. Thanks babah! Bertabahlah wahai babah!

Dan aku pun semakin kerap check up. Seminggu sekali dah jadinya. Penat juga ulang alik ke klinik. Nak-nak kalau ada hari aku kena buat BSP. Sehari 4 kali pergi amek darah. Dan hari buat BSP lah selalunya aku akan tidur awal tanpa sedar. Letih jangan cakaplah. Esok tu nak bangun lemau satu badan. Tapi, rasa lemau tu hilang bila baby soleh solehah gerak-gerak ... tendang-tendang tummy oke. Best sangat. Nanti dah keluar siaplah kamu mommy gomol. ha ha ha. Semalam aku pi amek BSP, terpandang seorang budak perempuan yang comel yang hamat. Umur dalam 2-3 tahun kot rasanya. Dengan kulit putihnya, dengan badan chubbynya .... dengan rambut curl! Memang comel sangat. Geram pulak aku. Rasa nak geget. Balik rumah cakap kat hasben pasal budak tu, "Sayang rasa macam nak bawa balik je budak tu ... rasa macam nak peluk-peluk, nak geget2 je. Comel sangat!!". Hasben cakap, anak orang sukahati je nak amek. ha ha ha.

Ya, aku memang tak boleh pandang anak orang .. semua aku rasa comel sangat. Nak-nak anak perempuan. Mak aih, awat la korang comey-comey belaka! Untie rasa nak peluk-peluk kuat-kuat. Geram! Anak untie belum kuar lagi nie. Dah keluar nanti peluk anak sendiri la puas-puas ye dak?

Dulu, masa bujang seronok tengok orang bawa anak kecik. Terfikir bilalah turn aku. Tengok orang ngandung pun aku terfikir ... bilalah turn aku. Sekarang dah turn aku ngandung, haish kadang rasa cepatlah bersalin. ha ha ha. Walaupun hakikatnya mengandung ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Dan tak semua wanita merasai pengalaman yang satu ini. Aku bersyukur sangat, walau usia dah nak sampai limit nie, Allah swt masih memberi aku ruang dan peluang untuk merasai pengalaman yang sangat berharga. Sebab itulah selalu aku berdoa agar dapat melahirkan anak ini dengan selamat. Kalau boleh biarlah normal. Dan aku juga berharap, Allah swt memberi peluang kepada aku untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak aku nanti. Moga aku dapat mengajar dan mendidik dorang jadi hamba Allah yang taat pada perintah baik dan meninggalkan segala larangan. Dan moga dorang juga akan jadi anak-anak yang soleh solehah. Ameeen. 

Sekarang nie pun aku sibuk google tips bersalin. Yelah anak sulung. Takda pengalaman. Harap dengar dan baca pengalaman orang je. Walaupun sebenarnya hati debar-debar Allah sahaja yang tahu. Dan aku dah semat dalam kepala, bahawa sakit bersalin  ni hanya Allah sahaja yang dapat membantu. Macam adik ipar aku selalu bercerita, bersalin ni memang sakit. Tapi semua tu rezeki masing-masing. Kadang orang kata sakit bersalin ni kifarah pada seseorang individu. Bergantung pada amalannya. Pheeewwww...hanya mampu dengar dan kuatkan semangat diri. Aku kena kuat semangat demi anak. Kena kuat! Kena kuat! Itu yang hasben aku dok pesan selalu. 

Untuk korang yang pestime nak bersalin macam aku, meh aku share tips bersalin ni untuk tatapan kita bersama. Aku dapat dari facebook. Kita share moga dapat dijadikan panduan..



[TIPS BERSALIN]

-2 minggu sebelum due, amalkan
makan telur separuh masak untuk
beri tenaga.

-Bila sakit nk bersalin, makan sebiji
telur mentah.

-Minum milo yang dibancuh dengan
2-3 sudu margerin supaya laluan
cepat terbuka

-Rebus epal hijau pastu makan time
tgh sakit contraction

-Amalkan membaca surah maryam
untuk memudahkan bersalin

-Time kat labour room, banyakkan
membaca al-fatihah dan doa nabi
Yunus serta sebut "Ya Fattah"
berulang kali untuk mengurangkan
rasa sakit bersalin

-Amalkan minum air kelapa hujung2
nk bersalin. (nanti baby lahir
kulitnya bersih je)

-Makan kurma dalam bilangan ganjil

-Banyakkan berjalan, naik tangga
ke... Exercise sebelum deliver baby

-Amalkan makan sayur bendi, sebab
orang cakap bendi berlendir so
senang lahirkan baby

-Untuk exercise, duduk bersila dan
temukan kedua tapak kaki, pegang
jari2 kaki and tolakkan kedua tapak
kaki ke arah vagina.

-Masa proses meneran, baring sambil
kaki/ betis rapat ke peha dengan
tangan memegang buku lali untuk
elakkan vagina terkoyak banyak.
Jangan angkat punggung semasa
meneran sbb nt koyak teruk

-Amalkan menyapu minyak zaitun di
sekeliling faraj bagi melembutkan
bahagian tersebut

-Semasa contraction, tarik nafas
melalui hidung dan hembuskan
melalui mulut. Bila sakit semakin
kuat, tarik nafas dan lepaskan
cepat2

-Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri,
Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan
hembuskan dalam segelas air

-Kerapkan bersama suami supaya
laluan senang terbuka start
kandungan 37 minggu

-Minum air Selusuh. Lebih baik kalau
dibuat sendiri oleh suami.. Berkat
kata orang




P/S : Sepertimana korang, aku pun nebes. Apapun banyak-banyaklah kita berdoa moga segala urusan dipermudahkan. Ameeen ....

Monday, December 1, 2014

BILA ANAK SOLEH SOLEHAH MOMMY MENDIAMKAN DIRI


Assalamualaikum ….


Last week aku kelam kabut sikit. Emosi mommy mengandung yang tak stabil langsung. Tak pernah-pernah stress, tetiba boleh stress. Bermula bila perut aku kembong tak semena-mena dan baby aku tak gerak on Monday, aku terus jadi stress, malam Isnin bila nak tido aku nangis je. Hasben pun dok asyik mujuk. Baring je airmata meleleh. Panggil baby soleh solehah aku tak juga gerak. Stress sangat time tu. Dengan perut aku kembung masuk angin. Nak tido pun susah. Time nak tido berejam hasben aku dok ngurut belakang. Ini semua gara-gara aku lewat makan pagi pada hari Ahad. Nak kejar ke kenduri berkhatan anak kawan hasben, pagi tu breakfast pun jam 11am. Aku nak masak breakfast hasben tak kasi. Dia cakap makan kat luar je. Sekali keluar rumah pun lambat, maka makan pun lambat. Monday baru angin satu badan. Memang mendapatlah!


Pagi Selasa, bangun nak solat Subuh ... lebih 20 minit aku panggil baby soleh solehah aku. Tak juga gerak. Nanges lagi. Ha ha ha. Sejak aku preggy kali nie aku nangis teruk sikit.. Selalunya aku susah nak nangis. Memang aku happykan diri aku sentiasa. Hasben buat apa pun setakat sikit-sikit memang payah la aku nak sentap. Memang aku kontrol giler emosi aku agar tak terganggu. Sebab aku nak baby aku tak terpengaruh dengan emosi yang bukan-bukan dari aku. Tapi, dengan anak aku kalah. Bila baby soleh solehah diam, aku nangis je. Memang kalah sungguh! Baru aku tahu kuatnya naluri seorang wanita yang nak jadi ibu. Mulalah fikiran aku melayang kat mak di kampung. Mulalah terfikir betapa susahnya mak mengandung, melahirkan, menyusu. membesar dan mendidik aku dulu. Baru sekarang aku merasa .... merasa mengandung. Step seterusnya akan datang. Selalu aku pujuk hati, bertabah dan kuatlah semangat sentiasa. Aku memanjang berdoa Allah permudahkan urusan aku mengandung dan melahirkan zuriat soleh solehah ini secara normal. Aku dan hasben merancang, kalau pengalaman mengandung dan melahirkan anak soleh solehah yang sulung nie dalam keadaan baik, aku pun bersalin normal ... so 2016, Inshaallah plan untuk anak kedua. Aku kenalah kejar trip sikit, sebab kahwin lambat ... so, umur pun ada limit nak mengandungkan. 


Pegi kerja hari Selasa tu, muka sedih je dalam kereta. Pergi office punch card dulu terus pergi klinik An-Nur dekat Presint 15. Kawan aku cakap, klinik An Nur ni best sikit nak scan ke hape. Doktor dia pun friendly.  Memang friendly sangat pun. I like! Masa scan baby, uih bukan main lagi dia nendang-nendang. Menunjukkan aksi. Kemain ye anak mommy and babah nie. Kamu keluar nanti jangan banyak perangai ye ngan mommy. Hu hu hu. Pastu aku minta sekali scan jantina plak. Kalau nak ikut hasben aku taknak scan jantina, kalau boleh biarlah masa keluar nanti tahu jantia. Aku plak ada sedikit ciri tak sabar kheengg. Bila request doktor pun memenuhi permintaan aku dan aku pun rasa gembira. Aicheeeh. He he he. Kami suami isteri memang dah tahu jantina, tapi hasben minta rahsiakan. Sebab katanya itu cuma scan. So, biarlah masa keluar nanti ia adalah lebih pasti. Okeh, isteri ok je. Sekarang nie pun persiapan baby takde la nak amek color pink atau biru je. Memang pilih color selamat. Amek pink sumer kang, tetiba yang keluar lelaki. Amik biru semua kang keluar gegirl. Eh, tapi gegirl pakai biru okeh lagi. Nampak beraninye. Eh!


Minggu ni dah masuk 30 minggu kandungan aku. Alhamdulillah. Barang baby semua dah siap. Dah pack untuk ke hospital. In case nak terbersalin awalkan. Cuma belum masukkan dalam bonet kereta. Yang tinggal 1-2 barang mommy je belum settle. Tapi takdelah yang penting-penting sangat. Kalau tak beli pun still boleh cari alternatif lain. Dah masuk 30 minggu nie rasa nebes pun ada. Seram sejuk pun ada. Namun, hati ni hari-hari doa moga segalanya dipermudahkan. Ameeen. Pengalamn pertama. Anak pertama. Kesakitan bersalin yang pertama. Tak tahulah macam mana. Moga-moga Allah permudahkan aku melahirkan baby soleh solehah ini secara normal. Dan moga Allah mengurangkan kesakitan aku nanti. Masa aku scan minggu ke 29, berat baby aku dah 1.2kg. Doktor cakap memang ada potensi membesar lagi dengan jayanya. Jangan besar sangat dalam perut ye sayang, nak besar lagi ... besar dekat luar nanti. Ekekekeke. Kang nanti senang mommy lahirkan kamu dengan normal. Pastu leh ada adik lagi nanti. Eh eh eh hajat kenmain plak. Hu hu hu


Dah type pepanjang nie, tak tau plak nak  berenti kat mana. Ha ha ha. Sabor ajelahkan. Update blog pun tenggelam timbul. Bila sekali update berjela plak panjangnye. Harap korang tak bosan la membaca. Okeylah .... later-later  aku rajin dan ada masa aku hapdate lagi. Tapi rasanye hari nie macam ada chance la nak update lagi. Opis aku lengang .... ramai yang cuti dan kursus! Happpy dooowh dok opis sunyi-sunyi nie. He he he. 



p/s : Mommy skang dah nak kena start berjalan selalu. Moga urusan bersalin dipermudahkan. Ameeen. 

p/s/s: Kalau nak kemaskini permohonan BR1M tahun 2015 boleh update dekat sini ye; e-BR1M. Untuk mereka yang layak sahaja. 

Tuesday, November 18, 2014

SINDROM IBU MENGANDUNG 7 BULAN

Assalamualaikum ….



Sehari dua nie aku tak berapa nak sihat dah. Bukan demam. Bukan sakit kepala ke hape. Aku rasa ibu mengandung akan merasai ketidaksihatan ini. Belakang aku dah start sakit-sakit. Pinggang pun dah berdenyut. Nak berdiri atau berjalan lama pun dah kena pegang perut. Baru 7 bulan, belum masuk 8 ke 9 bulan. Tak tahulah macam mana bila perut ni makin membesar. Baby soleh solehah aku pun dah makin melasak sekarang  nie. Paham je dengan apa yang aku bisikkan dekat dia. Bila aku bersuara tak pun dengarkan dia bacaan Quran dari handphone cepat je dia kick perut aku.  Nak-nak kalau time lapar, bukan main baby soleh solehah gerak-gerak dalam perut. Kadang gerak manja, terkadang tu terlebih gerak ... so aku pun jadi terkejut. Tergeli la sekejap ... rasa macam berdenyut je.

Hari minggu baru nie, Ahad ... aku dok rumah sensorang. Hasben aku ada keje balik kampung. Malas nak ikut sebab nak kena duduk dalam kereta dekat sejam. Lagipun aku penat sikit dan plan bila dok rumah sensorang nak la kemaskan masterbedroom kitaorang yang dah macam tongkang pecah. Sebelum ni asyik tidur bilik tetamu je sebab bilik kitaorang penuh dengan baju-baju lama yang nak pack dan disimpan. Hasben aku dah pesan kemaskan baju atas katil je. Keje lain takyah buat. Aku plak bila tengok katil dah kosong, siap la tukar cadar bagai. Lantai bilik nampak macam tak cun je, terus sapu dan amek mop untuk bersihkan. Masa tengah sapu ke hape aku tak perasan ada plastik atas lantai .... terpijak, nasib baik tak jatuh. Hampir-hampir jatuh! Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi dekat aku. Dah la tinggal sensorang kat rumah dengan perut memboyot. Memang mengucap panjang la time tu. Memang Allah swt nak selamatkan aku dan anak. Berderau kot darah sekejap. Siap mop lantai bagai, terus aku rehat sebab sakit pinggang. Pastu wassap hasben aku, cerita pasal kejadian .... dah kena marah.. Serius la kena marah. Sebab sebelum keluar dia dah pesan, jangan buat keje sangat. Rehat je kalau boleh.  Aku plak, hari cuti tak boleh tidur siang. Ada je benda nak buat. Tapi aku tak pulak nak lipat kain baju, hasben juga yg buat keje lipat melipat nie. Itulah masalahnye. Kalau kat office menguap je manjang.  Asyik rasa nak tidur. Dok rumah taknak plak tidur siangnye.

Semalam pegi keje, bila duduk lama je belakang aku sumer sakit-sakit. Memang sindrom ibu mengandung camnie yek korang?? Asal lepas lunch hour je aku jadi tak larat. Duduk lama berdenyut2 atas pinggang. Pastu nak berjalan pun dah tak laju sangat macam waktu pagi. Hari-hari doa supaya aku nie sihat dan kuat semangat. Hari nie plak baby soleh solehah aku sangat aktif, asyik gerak-gerak je. Alhamdulillah. Macam dia tahu je, kalau diam kang mommy mesti risau, Sebab tu dia asyik kick-kick manja kat tummy mommykan....Cuma kamu aktif bebenor hari nie.  Petang semalam roger hasben ajak balik keje awal je. Dah wassap hasben suh datang amek awal. Plan nak terbungkang tido awal. Nak masak memang malas. Cuma kebetulan bila hasben cakap dia nak keluar dengan adik dan abang dia lepas solat maghrib. Fhuhhh Alhamdulillah sangat, so takyah nak masak kita makan dekat luar ajelah. Aku ajak hasben pi makan dekat Medan Selera Presint 9 (dulunya Sri Teja), baru buka selepas direnovate. So, nak tengoklah 'wajah baru' medan selera neh. 

Tekak aku kan manjang nak makan nasi lemak je kan, semalam tak dapat breakfast nasi lemak jadinya aku cakap kat hasben makan nasi lemak ayam dara ajelah dekat gerai Hidangan Marina Presint 9 tu. Actually, aku tak suka sangat makan kat foodcourt nie, ntah kenapa ntah aku rasa macam tak kena je ngan tekak aku. Cuma kenkadang teringin pergi juga. Sejak dibuka, setahun biasanya adalah 2-3 kali pergi. Memang bukan tempat peberetlah. Hasben aku pun jarang nak bawa datang sini, time cintan cintun dulu pun memang takdanye kami nak lepak sini. Selalu lepas foodcourt Presint 16. Kat sana macam best dan tenang sikit. Food court Presint 9 nie bagi aku ramai dan serabut sket. Penin kepala. Memandangkan foodcourt ni baru dibuka semula, so orang takdelah ramai sangat ... biasa-biasa ajelah. Dan semalam dapatlah makan nasi lemak ayam dara berempah ... cuma dah tak sesedap sangat macam mula-mula dulu. Bolehlah makan melepaskan kempunan. Nasi sedap juga, yang takde rasa cuma ayam goreng dia. Rasa kosong ... takde rasa berempah pun. Kecewa la sket kat situ.


Up sket gambar nasi lemak ayam dara berempah untuk tatapan korang. Hasben aku makan nasi lemak telur mata je. Sambal dia pedas menyengat. Kalau pedas-pedas manis sedap juga neh. Total semua RM9.50! Mahal ke idok??





p/s : Sekian cerita ibu mengandung yang ngadu nasib. Hehehehe. 

Thursday, November 6, 2014

IBU MENGANDUNG DAN KESIHATAN

Assalamualaikum …



2-3 hari nie aku tak cukup rehat rasanya. Balik keje, sampai rumah rasa nak terus tido je. Ada satu hari tu, dah tak sempat nak mandi dah, terus tido. Letih sangat. Sedar-sedar dah kul 11malam. Nak bangun mandi pun macam dah tengah malam sangatkan …. Not good. So, aku bangun just cuci muka je. Disebabkan awal sangat tido, tengah malam perut melapar. Nasib baiklah ada jugak makanan yang boleh dihadam dengan segera. Ekekeke. Hasben aku bising je tak mandi malam, dia cakap tak bagus untuk kesihatan. Tapi memandangkan kes terlajak penat, bolehlah dimaafkan sayangkan ….Selalunya balik je keje, hasben awal-awal lagi dah suruh pi mandi. Macam mak suruh anak mandi. Hehehehe. Katanya ibu ngandung nie tak elok mandi malam-malam sangat. Orang kata nanti air mentuban tu bertambah banyak. Yang nie aku tak sure sangat. Tapi pernah la baca dalam majalah Pa&Ma tu.

Macam semalam, sampai rumah 6.30 petang. Meleka je depan TV, hasben plak sibuk dok kira duit syiling yang dia simpan dalam tin biskut tuh. Nak tukar duit syiling tu nak beli sport rim kereta untuk isteri kesayangan ... kalau takde sport rim yang berkenan, baru nak saving balik duit tu dalam bank. Isteri asyik dok nyanyi sekian lama mengidam sport rim myvi. Tengok kereta orang lain lawa, nak juga kereta sendiri lawa. Hasben plak baik hati nak carikan ... lagilah teruja hati isteri. Last-last tabung tin biskut hasben jadi mangsa. Hik hooookkss hik hoooks.....Tapi  bukan aku yang suruh hasben  pakai duit tabung tu pun, hasben yang nak guna duit tu. Katanya dah lama simpan, so baik beli sesuatu yang kita boleh nampak dan pakai lama. Biar berbaloi katanya. Isteri suke je. Sukahati leeer!! Hahahaha

Hasben kira duit tak sudah-sudah semalam. Walhal aku dah sudah mandi, solat dan masak ... dia tak siap lagi kira duit. Aku plak yang suruh dia pi mandi cepat, sebab perut neh dah melapar melampau. Sebulan nie aku makan tak banyak sangat, tapi perut cepat lapar. Selera makan tetiba menurun. Bawa bekal pun makan tak habis, kalau beli nasi letak setengah senduk je. Tu pun berjolok nak makan. Apapun, sehari aku tetap cuba makan 5 kali, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Akukan preggy mom yang keja rujuk dengan dietitian memanjang. Peliknye gula aku tak lepas bacaan 6 pun, tapi kena BSP sampai 36 weeks. Takpelah, demi anak bertabahlah. Sebulan 4 kali aku kena gi klinik kesihatan. Every 2 weeks. Kalau hari buat BSP, sehari 4 kali. Disebabkan diet aku sentiasa terjaga, bacaan gula aku selalunya 4 - 5.5 je. Ada sekali je terlepas ke 6. Aku pun jarang kena marah ngan nurse. Memanjang kena puji. Ha ha ha. Selalu nurse cakap, bagus gula awak ... bagus HB awak. Dah tu kenapa aku kena BSP? Ini puncanya doktor yang scan aku masa 5 bulan ritu, dia suspek baby aku cam besau dari sepatutnya nye kot. Tu yang terus kena MGTT. Lagipun that time, berat aku naik 1.5kg sebulan. Sepatutnya 500gm je sebulan. Dan atas faktor aku mengandung pada umur yang lewat, maka pemantauan dari nurse dan doktor ada kerap. Camtulah doktor tu cakap.

Last check up ritu, doktor bagitau siap-siap, bila sampai due date ... kalau aku tak merasa sebarang kesakitan nak bersalin. Wajib serah diri kat hospital. Kena bersalin paksa. Seram mommy dengar tau baby!  Yelah, mengandung anak sulung di usia melebihi 30 tahun, pemerhatian lebih la sikit. Aku pun angguk kepala ajelah dekat doktor tu. Apapun dah nak masuk 7 bulan nie, kain baju baby semua dah siap basuh dah. Tunggu nak pack je. Risau juga tetiba baby nak keluar awal ke hape kan. Kelam kabut pulak babah nanti nak cari barang bagai. Bagi memudahkan si hasben maka kenalah aku siapkan barang-barang untuk hangkut ke hospital dengan mudah.  Lepas tu kena buat checklist tampal siap-siap kat bag baby.

Actually, kadang aku rasa tak sabar nak tunggu anak soleh solehah nie keluar. Nak bau baby!! Dan setiap kali aku pandang baby ke budak kecik ke .... semuanya aku rasa comel dan nak cubit2 je pipi. Geram sangat! Tambah plak tengok anak Che Ta yang comel tu. Alahai geramnyelah ....





p/s : Hari-hari rasa takda mood je, asyik fikir nak balik keje awal main dengan baby dalam perut .... kikikiki


Friday, October 31, 2014

ANAK : LELAKI KE PEREMPUAN?

Assalamualaikum ...


Bila preggy nie, jantina anak menjadi persoalan bagi semua bakal mak ayah! Kadang orang pandang preggy mommy, memasing meneka ... lelaki ke perempuan yang dikandungnye. Dan aku juga tak terlepas dari situasi macam nie. Yang peliknye, masa orang mengandung aku nie takdelah sibuk dok meneka jantina anak orang tuh. Teka-teka tak main ar, aku suka tanya direct je. Dah scan ke? Baby ape yang nampak? Takyahlah ko nak teka sangat .... kang salah teka plak. Scan pun kadang boleh silap. Masa scan gurgirl, bila dah kuar boboy plak. Habis semua baju kasut topi bagai dah color pink kan. Pakailah boboy dengan color pink. Untuk lebih selamat, kalau nak beli baju newborn atau ape aje ... ameklah color yang selamat macam putih ke, hijau ke, orange ke ... tak pun biru. Kalau biru dapat anak gurgirl okeh lagi pakai. 

Sedara mara sebelah hasben and kengkawan sibuk dok meneka baby soleh solehah aku nie. Memasing cakap anak soleh solehah aku nie adalah PEREMPUAN! Semua yang jumpa cakap PEREMPUAN. Dorang kata perut aku tak lonjong sangat. Kalau baby boy mesti lonjong. Oh, ye ke? Ntah la kan ... nak komen pun tak pandai sebab belum ada pengalaman lagi. Ini lah 1st time mengandung pun. Hasben aku plak sibuk nak anak lelaki. Of course la nak buat kawan dia tuh, nanti leh lepak kat mamak sama babah tengok bola. Eh, kalau anak perempuan pun boleh lepak ngan babah jugaklah. Actually aku dan hasben pun tak tahu jantina anak soleh solehah nie. Dah scan, tapi masa scan baby sangat cerdik tau main sorok-sorok ... bersujud pula dia. Macam manalah mommy and babah nak nampak awak tu lelaki ke perempuan.

Bagi mommy, tak kisah anak lelaki atau perempuan. Asal kamu lahir dengan sihat tubuh badan serta akal fikiran ... sempurna sifat dan menjadi anak soleh solehah. Mommy dah cukup ALHAMDULILLAH! Kalau kamu lelaki atau perempuan, mommy tetap akan didik kamu masuk dapur. Mommy nak anak lelaki  dan perempuan mommy tahu masak macam babah. Tahu kemas rumah macam babah. Pengemas macam babah. Eh, semua macam babah, habis ... mommy sape nak ikut yek? he he he. Kalau macam mommy ... garang babah cakap! ha ha ha. 

Setakat ini, jantina anak soleh solehah aku masih menjadi teka teki. Aku dan hasben pun tak tahu. Aku cakap ngan hasben, aku tak kisah lelaki atau perempuan. Asal dia lahir dengan selamat, sihat tubuh badan akal fikiran dan sempurna sifat. Walaupun aku tahu hasben memang berhasrat nak anak lelaki. Kalau yang sulung nie perempuan, nanti kita cuba lagi untuk dapat anak lelaki plak. xoxoxoxoxo. Kenalah cari petua-petua nak dapat anak lelaki macam mana ye tak? Apapun semuanya adalah ketentuan Allah. Lelaki ke .... perempuan ke ... tetap anak!

Adik aku, anak dia 3-3 orang lelaki ... so, bila dia tengok perut aku terus dia cakap anak aku nanti mesti perempuan. Mulalah dia seronok. Dia pun tengah usaha untuk dapat anak perempuan. Lepas tu katanya dah boleh fikir untuk stop dah. Eh, camtu plak. Awak mude lagi, beranak banyak-banyak ... he he he. Akaknye dah tua, nak beranak pun ada limit. Kalau capai target 3 zuriat soleh solehah .... syukur sangat tau!! Korang yang preggy tuh, jangan terlalu mengharap sesuatu tentang jantina anak. Apa yang Allah swt anugerahkan, itulah yang terbaik untuk kita. Beruntunglah kita ada zuriat, berbanding orang lain yang tak ada. Dan beruntunglah kita nie berkahwin, berbanding orang lain yang tidak pernah kahwin. Jadi, marilah kita sama-sama bersyukur dengan apa sahaja Allah swt berikan kepada kita. Ianya rezeki. Alhamdulillah!



Lelaki ke ... eh, cantik sangat mata dia! Geramnye


Perempuan ke ... mommy tak kisah! Dua-dua boleh. Biar nanti keluar baby mommy comel macam nie. Ish geramnye. Tak sabar bau baby. 


Kalau yang 2nd nanti dapat baby kembar, mommy lagi suke! In Sha Allah .... moga dapatlah. Ameen.





p/s : Lelaki ke ... perempuan ke ... wajib temankan mommy kat dapur tau!

Tuesday, October 28, 2014

KISAH CAMPUR-CAMPUR. DSAI. KISAH MENGANDUNG.

Assalamualaikum …



Hari ini prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Depan POJ (Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya penuh dengan polis. Tapi penyokong DSAI takdelah ramai mana pun. Tak macam masa mula reformasi dulu, tahun 1998 kalau tak salah aku. . Mungkin ramai dah sedar kot. Heh! Aku lalu je lah depan POJ, tengok Penguatkuasa PPj pun ada … dengan polis. Jangan sesekali berhimpun dan merusuh, kang tak pasal-pasal kena buang kerja plak. Lagipun perkara buang masa. Institusi kehakiman kan ada, biar depa yang buat kerja. Kita tunggu je keputusan. Janganlah pula bila kes DSAI ni sibuk rakyat nak jadi hakim, tapi kalau kakitangan Kerajaan kena tangkap bab rasuah ke hape ke … hakim je yang jadi hakim. Kalau rakyat nak sangat jadi hakim, sila belajar bijak-bijak dalam perundangan dan jadilah hakim yang adil dan saksama. Heh, bukan senang kot jadi hakim ni. Salah mengadili … menjawablah di akhirat kelak. Walaupun akhirat tu kita tak tahu bila …. Tapi balasan pasti akan ada! Malaslah nak komen panjang kes DSAI nie. Biarlah mereka yang bijak pandai je yang mengulas. Aku cuma pemerhati dan follow isu mana yang patut je.

Buat kerja sendiri lagik baekkan dari berhimpun untuk DSAI nie.. Hu hu.

Sejak tukar unit baru, kerja dah kurang sikit. Banyaklah masa nak menempel di internet. Muahahaha. Cuma tahap kerja tu kena lebih banyak berfikir. Sesekali pening juga. Nak-nak permintaan dan harapan boss tu agak tinggi. Dah tu kena plak time aku preggy nie. So, perhatian aku mestilah lebih kepada anak soleh solehah yang ku bawa setiap masa ini. Kan anak soleh solehah mommykan. Sekarang anak soleh solehah aku nie dah bijak sangat. Mengeliat dan gerak nendang dalam perut. Nak-nak time lapar dan time aku terkejut. Haih, bukan main lagi terasa gegaran dalam perut nie. Terkejut mommy tau!

Sekarang nie dah minggu ke 25. Perut aku pun dah besar bagai juara. Tapi kebanyakan yang jumpa kata perut aku kecik dan comey. Mak aku pula kata perut aku macam dah sarat. Macam orang dah nak bersalin. Heh, ye ke mak:? Walaupun perut makin membesar, tapi Alhamdulillah, aku masih kuat dan semangat memasak, membasuh, sidai kain baju dan siram pokok cili aku tu. Cuma bab kemas rumah, cuci tandas dan lipat kain baju hasben soleh aku yang buat. Tak terdaya nak mernunduk sapu sampah or vacum rumah. Nak bersila lelama lipat kain baju nanti susah plak nak bangun. Kang terlajak sakit pinggang pulak. Dah la aku nie malam susah nak tidur sebab nak pusing badan ke kiri dan kanan tu tak sehebat dulu. Kadang, hasben aku cakap setiap kali nak pusing badan mesti aku merengek sakit. Walhal mata pejam. Hasben la tolong alihkan bantal letak kat belakang pinggang. Sian hasben, tidur dia pun terganggu juga. Sorry ye hubby sayang!

Pengorbanan hasben masa aku preggy nie rasanya tak terbalas. Allah swt sahaja yang mampu balas budi dan jasa baik hasben. Walaupun dia selalu cakap aku nie tak banyak ragam sangat dan tak mengidam bukan-bukan, buat sometimes ... kalau aku penat ke lenguh sana sini, dekat dialah aku berdempek. Walhal dia pun kadang penat juga. Sepanjang aku preggy, aku takde sangat nak drive, rasa senak perut. Kadang-kadang tu drive juga sebab terpaksa. Tapi 99.0% hasbenlah yang hantar dan jemput aku pergi keje. Dah lah kami tak satu opis. Sedih! Opis plak jauh-jauh. Kalau satu opis macam dulu kan senang. Jimat minyak kereta di ketika RON95 dah naik 20sen.

Okeylah nak berenti bebel kat sini. Nanti aku sambung story pasal kisah aku dan Airasia yang buat hal. Bertahun naik Airasia tak pernah ada hal. Kali nie nasib tak baik bertekak sikit dengan kerani kaunter Airasia kat Kepala Batas, Alor Star. Nanti aku citer yek. Later-later hokeh. Bubye ......





p/s : Sekarang nie tengok makanan takde selera, kekadang tak tau nak makan apa dah. Makan bihun goreng boleh plak rasa loya. Haish ... tekak mommy, nape ntah!

Thursday, October 16, 2014

PEMANTAUAN KAWALAN GLUKOSA DALAM DARAH (BSP) UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum ...


Eh, rajin plak mommy to be update blog. Haih, bagus bagus. he he he. Hari nie aku cuti sebab ada appointment kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Aku kena amek darah untuk BSP. Amek darah yang 4 kali sehari tuh. Huh, dah la aku ngeri dengan jarum. Asal kena cucuk je, mata pejam rapat muka toleh ke lain. Hah, aku la tuh. Penakut dengan jarum besau dari misi! Tua-tua pun penakut, tapi demi anak soleh solehah, mommy kuatkan diri demi kamu. 

Hari nie aku tak makan sangat, risau juga bacaan gula mendadak naik. Aku jaga makan pun still gula tak stabil. Tapi doktor cakap gula aku okeh, HB sumer okeh ... cuma dia taknak aku kena diebetes masa pregnant nie. Kesian  kat baby. Dan kesian kat mommy juga. Punca kena ujian MGTT itu hari pun sebab berat aku naik banyak dalam sebulan. 1.5kg. So, adalah lebih baik berjaga-jaga dalam segalanya terutama soal pemakanan ketika hamil nie. Demimu anak!! Malam tadi, start kul 10pm aku dah puasa sebab nak amek darah jam 8.00am. Lepas amek darah aku cuma makan 2 keping roti wholemeal dengan air suam. Amek darah kedua jam 11am. Habis je amek darah kedua tu aku terus ajak hasben pi makan. Lapaq weh. Berpinar kepala aku. Anak soleh solehah nie pun dah main bola dalam perut. Laparlah tu! 12.00pm terus pi makan dekat AFN Cafe dekat Desa Pinggiran, bajet tengahari nie adalah peria celup tepung kesukaan aku. Rupanya takda. Sadis! Nak makan peria sebab nak kasi potong segala gula dalam darah. So taknaklah nanti bacaan naik banyak sangat. Masa 1st bacaan, gula aku 5.5mmol/L ... bacaan kul 11am plak 5.6mmol/L. Tak banyak la naik sebab aku cuma makan roti je kan. 

After lunch, bacaan BSP aku tinggi sikit. 6.6mmol/L. Sebab aku makan nasi, sayur dengan ikan keli. Yelah, perut lapar sangatkan. Nasib baik aku nie jenis makan nasi sikit ... setakat setengah senduk tak pun sesenduk. Tadi, aku amek sayur lebih. Dietitian dah nasihatkan, sayur hijau seperti bayam, kangkung dan pucuk paku ... makanlah banyak pun takpe. Hati pun buatlah feeling-feeling suka makan sayur, padahal bercinta juga nak makan. ha ha ha. Aku nie jenis makan sayur ikut mood. Sayur yang paling aku suka makan pun bayam, kangkung dengan brocolli. Pucuk paku takleh makan selalu, Rasa kembang urat aku walaupun ia adalah sejenis sayur kampung yang sangat sedap!!

Untuk ibu hamil yang nak tahu, BSP nie kena amek darah sebanyak 4kali. Bermula jam 8.00pagi kemudian 11pagi .... after lunch jam 3.00petang dan kemudian sebelum makan malam jam 8.30malam. So, kejap lagi dalam kul 8.00pm aku kenalah pergi klinik plak. Nak amek ujian terakhir. Harap-harap bacaan tak tinggilah sangat. Petang nie aku cuma makan roti je dengan air suam. Togok air suam bebanyak, kasi gula tu keluar dengan kencing sekali. ha ah ha. Leh pakai ke teori nie?? Takpelah demimu anak soleh solehah, mommy sanggup apa sahaja! Misi nak amek darah 10kali pun kenalah mommy layan asal kamu lahir dengan sihat tubuh badan, sihat akal fikiran dan sempurna sifat. Mommy doa kesejahteraan kamu selalu. 

Bulan nie sahaja aku dah 4 kali ke klinik. Minggu depan kali ke 5 sebab nak kena jumpa dietitian lagi. Dia cuma nak check buku pink aku tu dengan bacaan BSP sekali. Lepas tu tak tahulah apa dia nak tazkirahkan dekat aku. Aku tadah je telinga dengan hati yang terbuka. Aku sangat bersyukur, sepanjang pregnant nie boleh dikatakan tiada masalah yang besar sangat. Cuma lately susah nak tidur malam, anak soleh solehah aku dah pandai berjaga 2-3 pagi. Time tu la aku terkejut dah berjaga je sebab susah nak tido. Pastu 6.00 pagi dah kena bangun masak breakfast untuk kami suami isteri. Nasib baik dan bersyukur sangat hasben aku tak banyak songeh pasal breakfast dia. Apa yang aku masak dan masukkan dalam bekal dia ... dia makan je. Kalau bekal dia sedap, dia call aku tak pun wassap bagitahu menu pagi tu sedap! Suwet sangatlah sayang!! Kalau tak sedap pun dia call juga, "hari nie bihun tawarlah sikit ...!". ohhhhhoooooi .... isteri sentiasa terima apa jua komen. heheheheh

Panjangnye cerita aku, cerita pasai BSP sikit je pun. Okeylah kita stop dulu la. Nak pi mandi, siap-siap dulu, lepas Maghrib dah nak kena pi klinik amek bacaan BSp terakhir untuk hari ini. Sebelum tu, kena up sket gambar makanan. ha ha ha. Kasi korang meleleh ailio .... jangan mareeee ye!


Nasi lemak nie dari air tangan hasben aku, menu sebulan lepas kot. Bila ntah dah lupa. Semua nie dia masak sendiri khas untuk isteri yang mengidam nak makan nasi lemak. Time nie aku dok kat sofa goyang kaki sambil layan astro. Hasben aku pulak dok pung pang pung pang kat dapur sensorang. Sepanjang aku pregnant, inilah menu peberet aku. Sangat suka, sampai aku boleh tahu nasi lemak mana sedap dan tak sedap. Cuma lately aku dah kurang makan nasi lemak. Kalau makan pun seminggu sekali je sebab nak hilangkan rasa teringin kat tekak nie. 

Eh, macam mood nak sambung type entry memuncak plak. ha ha ha. Sorry suka tak suka kena stop sini juga. Nak gi siap pi klinik dulu. Ta ta korang semua. Thanks sebab sudi baca blog aku. Cayang korang!!





p/s : Syukur sangat sebab nurse-nurse yang aku jumpa sume baik2 setakat nie. Cuma ada sorang dua je sombong sikit. But, its ok!

Wednesday, October 15, 2014

UJIAN MGTT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, kandungan aku sekarang dah nak masuk 6 bulan. Syukur sangat! Dan terasa betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan. Terkejut  dan gembira menerima berita gembira yang aku pregnant pun rasa macam baru je semalam. Dan sedar tak sedar juga aku dan hasben akan sambut anniversary perkahwinan kami yang pertama 1 November akan datang! Ya-Allah, rasa sekejap sangat. Rasa macam masih baru lagi. Rasa macam masih berkawan-kawan je pun. Rupanya dah nak hampir 365 hari bersama tidur sebantal setilam, makan sepinggan, berebut remote astro, cuit sana cuit sini, berperang teluk manja sekali sekala, pergi kerja sekereta dan tinggal sebumbung dengan hasben. Siapa sangka, bermula dengan cinta tin biskut … akhirnya ada jua jodoh kami bersama. Moga kekal hingga ke akhir hayat dan ke syurga Allah. Ameeen.

Aku bukan nak cerita bab kehidupan bersama kami, tapi nak share pengalaman sepanjang mengandung. Dan yang utama nak share pengalaman kena ambil ujian MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) untuk ibu hamil. Last week, aku kena pergi rutin checkup seperti biasa dan sebelum tu doctor dah mention aku kena minum air gula. Dengar bunyi air gula tu, memang rasa ngeri sangat. Sebab apa tau, adik aku, biras dan kengkawan cerita minum air gula ni serupa mimpi ngeri. Seksa kata dorang! Haih … dan dan tu aku terus kuatkan mental. Takkanlah seteruk macam tu detik hati aku. Bila nak pergi checkup tu rasa berdebor sangat. Bab checkup nie, aku takde masalah sangat sekarang nie. HB (hemoglobin) aku Alhamdulillah ok. Masa last check up untuk scan sahaja tup-tup doctor suruh minum air gula. Perghhh parah,, time doctor cakap tu aku dah down sikit. Ter’emo’ sekejap! Mulalah dalam kepala fikir macam-macam. Hasben plak yang kena kontrolkan emosi aku time-time tu juga. Tapi sebelum tu, wajiblah kena tazkirahkan. Ha ha ha. Dalam sedih-sedih dan down, tetiba leh plak kena tazkirah. Sabor ajelah. Urut dada mommy …. dan dan tu urut anak soleh solehah dalam tummy! Ohhhoiihoiiii …..

Akhirnya aku laluilah apa yang dorang ceritakan tentang ‘kengerian’ minum air gula untuk ujian MGTT. Untuk lalui ujian MGTT nie, ibu hamil kena berpuasa tau. Prosedur dia macam kat bawah nie, aku share dengan korang as persediaan awal. Apapun adalah lebih baik korang jaga pemakanan sepanjang 9 bulan pregnant. Itu lebih baik.

Prosedur am untuk ujian MGTT bagi ibu hamil. (Prosedur nie bagi Klinik Kesihatan di Putrajaya ye, klinik lain-lain tempat aku tak tau la pulak macam mana)

  • ·         Perlu berpuasa dari jam 10.00 malam hari sebelumnya.
  • ·         Hadir ke klnik sebelum jam 8.00 pagi
  • ·         Darah akan diambil sebanyak 2 kali (sebelum dan selepas minum air gula)
  • ·         Teruskan berpuasa sehingga pengambilan darah kali kedua (2 jam selepas minum air gula)
  • ·         Selepas pengambilan darah kedua barulah anda dibernarkan makan seperti biasa


Bila dah lalui proses minum air gula selepas ambil darah hari tu, baru aku tahu … tidaklah seteruk mana sangat minum air gula nie. Dekat Klinik Kesihatan Putrajaya, air gula yang dibagi ada 2 perisa. Satu perisa orange dan satu lagi rebina. Cuma tahap manis air gula tu memang akan buat korang rasa pening lalat. Sampai turn aku yang tinggal cuma perisa rebina je. Belasah je la. 3 kali teguk juga la nak habiskan setengah gelas plastik tu. Masa minum tu aku ok je. Takde apa-apa yang berlaku. Sejam lepas tu aku dah rasa pening dah macam nak pengsan pun ada. Dah la nak tunggu sejam lagi baru dapat ambil darah yang kedua dan barulah dapat nak makan!! Anak soleh solehah aku pun dah menendang dalam perut sebab lapar kot.


Bacaan MGTT aku masa FPG (Fasting Plasma Glukose) adalah 4.97 mmol/L. Pastu 2 jam kemudian lepas minum air gula 2HPG (2 Hours Plasma Glukose) adalah 10.29! Tinggi kot bacaan dia. Disebabkan bacaan yang tinggi masa 2HPG tu kan, so semalam aku kena berjumpa dengan Dietitian!! Kenalah dengar ceramah pemakanan. Semalam Puan Siti Hajar dari Hospital Putrajaya bagi taklimat tentang pemakanan semasa hamil. Mula tu aku sorang je dalam bilik seminar. Tunggu sampai kul 3 baru datang sorang lagi. So, kira best la dengar taklimat orang tak ramai. Senang nak tanya apa-apa soalan. dan Puan Siti Hajar nie pun muda lagi … bagi taklimat pun best. Memang enjoy dan tak bosan langsung. Seronok je! Aku ada jugak tanya dietitian, bacaan gula yang normal semasa ujian MGTT. Katanya bacaan yang normal semasa FPG adalah antara 3.5-5.3 mmol/L. Dan masa 2HPG bacaan mestilah antara 4.0-6.7mmol/L. 

In Shaa Allah, aku akan cuba jaga pemakanan aku. Takutlah kena kencing manis semasa pregnant nie. Kata dietitian tu, kencing manis ni berpontensi kekal hingga selepas mengandung. Harap-harap dijauhkan. So, untuk itu aku nie gigih jugalah jaga makan. Sebelum ni pun jaga makan juga. Kuih muih manis memang aku tak makan, air manis pun sangat kurang. Biasa 2 hari sekali aku minum segelas air manis. Maybe gula aku berpunca dari nasi. Sebab aku sangat suka makan nasi ketika pregnant nie. Selalunya nasi dengan buahlah yang paling  banyak.

Nanti aku kena amek darah yang 4 kali tuh .... huh, part amek darah nie aku memang ngeri sikit dengan jarum. Namun, demimu anak soleh solehah ....mommy sentiasa bertabah dan kuat semangat untuk kamu!!





p/s : Hasben cakap .... sekurang-kurangnya dah lalui pengalaman mengandung nie. Seronok, walau kadang cam penat dan mengah sikit. Maklumlah perot dah membesau kata kau.