Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

"KAU MENGANDUNG KE KAK?"

Assalamualaikum ...


Masa cuti Hari Wilayah aku balik kampung. Sebab time raya cina ni tak dapat balik sebab hasben aku ada keje. So, hasben and wife ni pun decide balik time cuti Hari Wilayah. Lagipun orang tak ramai balik time ni, jalan sudah pastinya tak jem. Itu yang aku suke sangat ;p. Balik time raya cina ni telah-telah jem hamat. Aku dah tak sanggup nak hadap balik kampung sampai 11jam. Baik korbankan cuti. Company bagi cuti tahun banyak-banyak takkan nak simpan buat perhiasankan? Walaupun ada orang yang dengki aku cuti, heh .. ko pun ada cuti, cuti ajelah! Semak tul asyik dengkikan orang. 

Seronok balik kampung jumpa mak ayah. Lupa langsung  bab keje. Serius hati yang tak tenang jadi tenang. Kalau boleh bila balik kampung handphone tu nak je cabut bateri, tapi sebab nak guna camera phone amek gambar food yang mak masak, terus batalkan hasrat cabut bateri.  hahahah. Masa balik kampung hari tu, adik aku yang 1st dan abang aku pun balik sama. Cuma adik yang 2nd je tak balik sebab ada kelas kat UTM. Nasib ko dek ... belajar rerajin ye. Bila dah jumpa adik beradik ni memacam la cerita. Aku jarang la jumpa adik yang 1st nie sebab dia dok kat Kedah. Dia sorang je jauh ngan aku, abang dan adik 2nd. Tapi dia la harapan untuk tengok mak ayah kat Kedah.

Aku sampai Kedah hari Jumaat pagi dalam kul 8.30am, sibuk menyibuk kat rumah memasak. Abang plak sampai dalam 10.30am. Adik aku ni sampai kat rumah mak ayah petang dah ... dekat kul 6ptg. Orang dekat pulak sampai lambat. Bila dia sampai aku menyambut kat kereta, peluk cium bagai ... dia tengok aku senyum-senyum. Aku dah rasa lain macam je. Eh, ko kenapa dik senyum sumbing sana sini neh?? Tetiba ....

"Kak ... ko ngandung yek??"

Gulpppppppppppppppppp .... allloooooo ....ai tak mengandung lagi tau. Iskandar pun jalan jatuh bangun lagi ni. Bagilah Iskandar cekap berjalan dulu. Aku terus ketawa berdekah-dekah bila adik aku cakap camtu. 

"Ini bukan anak orang dalam perut ... tapi anak cacing dan lemak yang diternak ...!". Tahulah aku gemuk. Sebab tu nampak cam orang ngandung. Akukan c-zer, so tak dapat bertungku ... perut pun ada spare tyre dah. Tu yang gigih nak diet bagai ni. Dok teringin nak zumba la hape. Hohoho. Ni adik sendiri cakap ngandung. Esok kengkawan pulak akan cakap, " ko ngandung ke? cepatnye nak dapat anak no. 2 .."! Well .... dah rezeki kan kalau aku ngandung sekali lagi. Muahahahah.

Plan ngandung tu ada, tunggu Iskandar cukup setahun minggu depan. Boleh camtu? Ahaks ....




Friday, December 26, 2014

PASAR TANI REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...


Balik kampung, antara port yang best untuk pergi adalah ... PASAR! Tak kisahlah pasar tani ke ... pasar pagi ke ... pasar malam ke ... atau pasar sehari. Dan tak kisah juga sama ada balik kampung aku atau pun kampung hasben. Kalau kat kampung aku, pasar pagi biasanya kami panggil 'nat'! Memandangkan sekarang nie paling dekat adalah kampung hasben, maka cerita pasal pasar pagi atau pasar tani dekat kampung dia ajelah. Kalau nak compare jualan pasar di kampung hasben dan kampung aku, of course la jualan di pasar kampung aku jauh lebih murah! Sila vote ... ha ha ha 

Aku dah selalu sangat dengar akak ipar aku cakap beli barang basah dekat pasar pagi di Rembau adalah murah dan fresh. Dan di suatu pagi tu, aku dan hasben ajak mak mertua pi pasar pagi dekat Rembau. Pasar pagi dia kecik je. Sekali pejam habis da jalan. he he he. Dan kebetulan masa pergi tu hujan renyai, so orang adalah tak ramai sangat. Senang nak jalan, takdelah berlaga punggung macam pasar tani Putrajaya tuh. opppsssss ....

Actually aku dah lupe, pasar pagi kat Rembau nie hari Sabtu ke Ahad. Rasanya macam hari sabtu. Sorry la for mommy brain. he he he. Banyak sangat lupe skang. Asyik ingat nak kira gerak anak dalam perut jew.


Ikan-ikan besar kat sini fresh. Harga dia murah berbanding dekat Putrajaya. Harga Putrajaya semua cekik darah. Peniaga sume nk cepat kaya gamaknye. Baru aku tau sedapnye makan ikan besar-besar camnie. Dan juga baru tahu isi ikan lagi sedap dari ayam. ha ha ha ha


Tengok ikan parang tu memang buat aku terliur. Terus terbayang masak asam pedas omak mertua den. Sedapnye la hai! Kepala ikan merah tu kalau buat kari sedapnye, tang ni terus teringat kari mak yang guna rempah basah!! Sedap sedap .... memang makan tak pandang belakang dah habaq hang! 


Ikan darat. Mak mertua aku borong ikan talapia merah tu. Balik buat masak lemak cili api campur dengan daun pegaga. Perghhh ... sedap sangat. Nasib baik ikan talapia dia tak bau tanah, kalau ada bau tanah memang aku tak makan. Aku nie kan memilih sikit ikan ... kalau ada bau-bau, terus mati selera!


Sayur pun fresh dan murah!!


Murtabak acuan azam.Tak tau sedap ke tak. Tengok dari jauh macam sedap. Hasben kata sedap. Tapi aku tak beli pun sebab masa tu tekak tak rasa pun nak makan murtabak. Lainlah pergi baru beli, pastu aku review kat korang best ke idak.

Nak amek gambar bebanyak tak dapat, amek pun dari jauh je. Orang Rembau pun pelik ngan aku dok snap gambarkan. Lagipun hujan renyai. Risau dok amek gambar nanti kang terlanggar orang plak. Takpe nanti aku pi sana lagi shopping ikan besau-besau. Balik buat asam pedas tak pun kari. Mesti sedap tak hengat! he he he




p/s : bezakan harga ikan kat kampung dengan bandar .... ikan same je pun!

Wednesday, October 29, 2014

PENGALAMAN BURUK DENGAN AIR ASIA

Assalamualaikum …..



Aku nak sambung story pasal Airasia (AA) yang dijanjikan dalam entry semalam. Haih,  AA sekarang makin menjadi-jadi perangainye. Geram pun ada. Sekian lama juga aku jadi pelanggan setia AA selain daripada MAS. Malindo dan Firefly sumer tu aku tak pernah naik lagi. So, tak tau experience macam mana. Tak besar pun hal aku dengan AA nie, tapi bila hati dah geram ... terus rasa eh, eh, AA nie makin nak menjadi raja plak yek di arena penerbangan.

Nak dijadikan cerita, baru-baru nie sempena cuti Deepavali aku balik kampung. Utara sana. Tiket AA dah lama aku booking, masa 3-4 bulan kahwin terus booking  tiket flight balik kampung sebab time tu promosi. Tabiat aku sejak anak dara suke booking  tiket AA dan MAS sepanjang tahun kalau dorang  buat promosi. Time bujang tu nak balik tak kisah, sukahati aku nak balik bila pun. Tak yah sibuk nak minta izin sesapa. Sekarang dah berlaki, kenalah minta izin dulu. Nak matchkan dengan jadual hasben aku lagi. Dan bersyukur banyak juga sebab hasben dah berenti politik. Heaven kot sebab dia dah tak busy lagi macam sebelum kahwin. Kalau tak, asyik berkereta sana sini aje. Kesian pun ada. Masa beli tiket aku belum preggy lagi. Bila dapat tau preggy dah rasa ... eh...boleh ke naik flight preggy nie. Tahu ajelah AA kan, kesongehannye amat banyak berbanding MAS yang lebih prihatin dan friendly. So, a week before fly aku pun selidik la kat web AA. Boleh ke preggy mom naik flight? Sekali boleh, lagi pun aku baru 24 weeks. Kalau cecah 7 bulan, rasanya AA tak kasi dah. Kalau nak naik juga korang kena bawa surat doktor mengatakan korang nie fit untuk fly.

Perangai AA nie sukahati mak bapak diakan, takut aku kalau tak dapat naik flight balik kampung. Walaupun 24 weeks, aku tetap pergi amek surat doktor mengatakan aku nie fit sangat2 dah sihat bebenor untuk fly. Nak balik kampung sendiri, yang tak sihat pun jadi sihat. Biasalah aku nie, seminggu sebelum balik, hati dah sampai kampung dah! Pastu aku ingat nak web check-in lah terus. Senang sikit. Tahu jelah KLIA2 tu jauh nak kena menapak. Pastu flight aku plak kul 7.10am. Lagilah kena ada kat airport 2jam awal. Kalau LCCT dulu, ½ jam sebelum fly pun okey lagi kalau ko dah web check-in. Dekat nak jalan. Penat pun idak. Cuma keadaan LCCT tu ajelah macam stesen bas je upernye. Heh!

Bila aku check web AA, web check in memang tak available untuk pregnant guest. Ko kena pi check in dekat kaunter. Sebab nanti nak kena isi borang ‘release and indemnity (expectant mother). Aku cuma web check-in untuk hasben je. Aku punya check in dekat kaunter je. So, kenalah pi awai ke airport. 4.30am aku dengan hasben keluar rumah tau. Nasib baik Putrajaya dengan KLIA2 tu takdelah jauh mana. Pagi pulak tu, setengah jam dah sampai. Check-in dekat kaunter KLIA2 memang takde masalah. Staff AA tu siap tolong aku isikan borang lagi. Baik sangat dia. Dah tu takde kena sebarang caj pun. Sekejap je isi borang, sign bagai ... dah dapat boarding pass, maka bolehlah masuk.

Cuma menderita sikitlah nak menapak dari gate yang ada polis tuh. Jauh bebenor nak jalan pi ke flight. Rasa mengah perot aku. Dah la aku nie kejap-kejap nak terkucil je. Anak soleh/solehah aku pun tak senang pagi-pagi lagi mommy dia dah buat senaman. Ha ha ha. Sian anak mommy!

Selesai urusan di kaunter dah naik flight bagai, sampai je dekat ruang udara Kepala Batas, AA tak boleh mendarat sebab pagi tu kabus adalah sangat tebal. So landasan tak nampak. Bukan salah AA pun tang nie. Cuaca memang tak bagus. Kiranya delaylah. AA pun berpusing la 2-3 kali kemudian dia announce flight kita orang akan mendarat di Penang disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Selamat mendarat kat Penang, kitaorang kena dok je dalam kapal sampai sejam. Jangan cakaplah masa tu perut berkeroncong tak hengat. Aku ni dah la preggy. Yang ada kat dalam beg cuma roti gardenia 80sen tu je. Makan pun share dengan hasben. Tak sampai hati aku nak melantak sorang, sebab hasben pun lapar juga. Sharing is love!  Yang AA pun satu, dah tau kena stay je dalam kapal tu, ko juallah makanan yang ada. Lapar tau dak! Sejam dalam kapal, dekat 9.40am barulah terbang ke Kepala Batas .... 10.30am barulah turun dari flight. Nasib baik mak ayah jemput, terus ajak dorang pi makan dekat Restoran Mikamal sebelah Istana Anak Bukit. Melahap macam orang tak makan 3 hari dah aku. Lapar sangat! Ha ha ha.

Dah habis lepak kat kampung segala. Asyik melantak seafood je sepanjang dok kampung, maka tibalah hari nak pulang ke Putrajaya. Masa nak balik nie lah aku ada problem dengan kerani kaunter AA di airport Kepala Batas tu. Dah la time hujan lebat, aku plak risau ayah aku drive balik time hujan yang lebat yang amat, si kerani ni plak buat hal. Masa aku nak check-in dekat kaunter, dia cakap aku kena caj RM10.00. Aku pun tanya la dia pesal plak nak kena caj? Aku check in dekat kaunter KLIA2 takde kena caj apepun!!  Tetiba kau minta aku RM10.00. Apahalkan? Bukan aku takleh bayar duit tu, cuma aku nak tahu kenapa? Kenapa? 

Aku pun tanya dia,  “kenapa nak kena bayar sepuluh hengget neh??. Sedangkan saya check in dekat KLIA2 takde kena caj apapun.”

Tau apa awek AA nie jawab....”aritu puan naik flight balik sini delaykan ... flight tak boleh turunkan, tu kena caj RM10.00 nanti kita tak boleh keluarkan boarding pass dekat puan. Puan boleh je web check –in takde kena caj”. Hoih, flight delay ... guest kena bayar???? Gilor ke hape???

Aku balas balik, “Dah dalam web AA cakap pregnant guest tak boleh web check-in sekarang awak cakap boleh pulak! Kalau boleh pesal dalam web cakap tak boleh, mana satu betul??”

Awek AA, “Eh, boleh puan, kalau pregnant boleh web check in, Takde masalah”. 


Merah je muke aku menahan marah dengan alasan macam bangang. Dalam AA punya rules lain dicakap, pastu staff nie cakap lain. Dah tu delay kita plak kena caj RM10.00. Memang gilos!! Hasben aku kat sebelah dah hangin dah. Hasben dah bebel-bebel dah kat awek AA Kepala Batas tu. Aku dah malas dah nak pandang muke dia. Lain kali kalau nak caj apapun bagilah alasan yang logik kenapa perlu caj pelanggan ko tuh. Jangan main sedap mulut je cakap. Disebabkan aku malas nak layan, aku bayar ajelah. Aku siap cakap dia, “kat KLIA2 tak macam nie pun .....senang je saya check-in. Takde pun minta duit!”. Itu baru sejam flight delay kena caj RM10.00 ... kalau delay 4-5 jam ntah berapalah awek tu nak caj agaknye! Vengong sangat tau!

Nasib baik aku nie preggy, so kemarahan aku memang ada had. Cuma aku takleh terima sampai hari nie alasan awek tuh. Hasben aku plak terus on FB AA dan buat aduan. Tapi sampai hari ini tiada jawapan balas pun dari AA. Mana semua staff AA yang hebat tu? Kenapa tak bagi respon? Walaupun awak tuh yang terhebat tambang murah, tapi janganlah nak bagi alasan macam orang tak sekolah untuk caj pelanggan.

Sekian. Mood marah bebenor nieh.




p/s : Aku nie dah la jenis tak suke nak marah-marah hal remeh temeh. Tapi hati nie jadi geram tetiba.

Saturday, May 10, 2014

TIKET PENERBANGAN MURAH UNTUK DIPANDANG

Assalamualaikum ...


Kalau dulu, asal Airasia (AA) atau MAS buat promosi, akulah antara orang yang sanggup berjaga depan lappy sehingga 1-2 pagi semata-mata nak dapat tiket murah. Walaupun servis AA ni tidaklah sebaik MAS, tapi asal  tiket murah dan aku selamat sampai ke destinasi cukuplah. Gaji aku belum berkepuk-kepuk lagi untuk naik MAS setiap kali balik kampung yang jauh nun di utara sana. Sesekali merasa macam orang tersikit kaya fly dengan MAS bolehlah. Sekali sekala je.

Pernah 2-3 tahun lepas aku dapat promo MAS paling murah rasanya pergi balik dengan harga RM100 (KUL-AOR), masa tu aku pulun book untuk setahun. Setahun 4 kali balik naik flight. Dengan bangga dapat naik MAS. Seronok ko! Dapatlah merasa minum fresh orange dengan kacang MAS yang sedap tu dengan percuma. Cukuplah tu, perjalanan cuma 45 minit je pun takkan nak minta makan nasi lemak telanjang pulak. 

Naik AA kalau tak pre-order makanan, sila telan air liur berketul-ketul. Kalau nak makan mengunyah bagai silalah beli makanan di udara yang agak mahal tu. Tapi aku memanjang je seludup bawa naik roti kat flight AA. Sanggup ko nak telan air liur 45 minit? Kadang dok kat awan biru sana, perut jadi lapar tetiba. Toleh kanan, toleh kiri ... steward/ess takde ... terus buka roti gardenia perisa jagung dan kunyah lelaju. Motif bagitahu perisa?

Sepanjang minggu ni aku dok pulun survey tiket AA yang murah untuk balik Alor Star. Aku tengah rindu sangat-sangat kat mak ayah aku. Serius rindu tahap terlampau.  Antara tiket murah yang aku rasa berbaloi untuk penerbangan pergi balik bagi dua orang. Murah la juga. Kalau drive dari Putrajaya ke Alor Star pergi balik biasanya kos pengangkutan dah lebih kurang RM300.00 (tol dan minyak). Belum campur duit makan lagi. Drive penat lagi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5-6 jam. Berdamar orang kata! Naik flight, penat kurang sikit. Lebih cepat sampai.Cumanya kalau drive nie, ko boleh berenti sana sini, boleh singgah mana-mana lokasi yang ko suke. Biasanya aku dan hasben kalau balik Alor Star atau dari Alor Star ke Putrajaya drive sendiri mesti nak singgah Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang. Tempat ni antara lokasi yang best untuk lepak dan makan makan makan sampai pengsan!

Tiket yang ni mahal sikit, tapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan drive sendiri.


Tiket promo AA yang boleh dikatakan murah untuk 2 orang .... belum masuk baggage lagi ni.


Paling murah ... untuk pergi balik ke KUL-AOR untuk 2 orang.

Walaupun tiket-tiket yang aku survey ni dah cukup murah bagi aku, malangnya aku tak boleh nak book suka hati aku! Nangis okeh! Kena tanya hasben dulu, bila time dia free. Jadual hidup aku kan sekarang ni bergantung kepada jadual harian dia. Kalau dia busy, maka kebusy'an itu turut terjebak dalam harian aku. Sadis jap! ngeh ngeh ngeh ngeh. So, segala tiket murah ini hanya untuk aku pandang dan tenung sahaja buat masa sekarang. Hasben belum bagi greenlite untuk book. Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat :)

Sekarang ni setiap kali plan nak balik kampung aku, kena tengok jadual aktiviti hasben dulu. Nak balik kampung sesuka hati macam dulu memang tak dapeklah. Ko nangis guling guling pun belum tentu hasben aku bagi balik sorang. Kenalah tunggu dekat-dekat puasa nanti baru balik. Lamanye nak tunggu!

Takpelah ... pandanglah dulu tiket yang murah tu ... belek-belek, telek-telek ... dengan harapan hasben akan cakap, "oklah boleh boooook tiket tuh!". Masa tu akulah manusia yang happy tahap terlampau!!




p/s : Baru call mak ucap "Selamat Hari Ibu!". Tapi sebenarnya hari-hari adalah hari ibu dan ayah ....

Monday, April 28, 2014

SEMAKIN GEMUK

Assalamualaikum ...


Malam baru terhegeh nak update. Siang terkejar sana sini. Tak sempat. Ini entry asal boleh je ni sebab teringatkan menu yang mak mertua masak untuk weekend. Lately, aku dan hasben tiap-tiap minggu balik Somban. Hoooi punggung tak sempat nak letak kat rumah. Weekdays dah keje, weekend plak ... pepagi Sabtu dah pack kain baju balik Somban. Eden ikut jo. 

Masalah aku bila balik rumah omak mertua cuma satu je .... nafsu aku cepat tergoda dengan masakan omak mertua. Dia masak main campak je kadang, tapi umang aih bukan main sodap. Nak-nak makan ramai-ramai. Bila sodap, makan wajib bertambah ... sekali pun cukuplah bertambah. So, bila balik Somban, lupalah bab ko nak diet tak makan nasi bagai. Menipu je semua tu! Pagi mungkin aku boleh tahan nafsu, tapi bila bab makan tengahari dengan malam ... sanggup ko nak tahan gelojak nafsu bila terbau masak lomak cili api ... ikan goreng berlado ... masak asam rebus ... masak asam podeh! Mampu ko nak tutup hidung tak pun tutup mata.? Ghontikan jelah .... memang aku la yang terkinja-kinja jadi orang pertama yang duduk di meja makan. Time tu, hasben pun aku dah lupa sekejap. Penangan masakan omak mertua.

Pernah tau ada satu malam tu, dah pukul 1.00 pagi ... aku boleh bangun ajak hasben aku makan nasi dengan ayam kampung masak lomak cili api. Sekali dengan adik ipar and isteri dia pun join kitaorang. Malam tu aku tak boleh tidur sebab asyik teringat masak lomak omak mertua aku masak. Dan-dan tu perut aku berkeroncong, terus aku kejut hasben bangun dan melantak nasi sama-sama. Nasi sepinggan je, tang ratah ayam je berketul-ketul. Sebab itulah sekarang ni aku makin bulat je orang tengok. Dah la katek, serupa ikan buntal daaa ... he he he he.

Macam Sabtu Ahad yang baru lopeh nie, omak mertua aku masak ikan keli goreng lado api. Mak aih ... berketul-ketul aku makan. Sampaikan kakak ipar aku siap tegur lagi ... "berpoluh-poluh aih makan ....!". ha ha ha ... Selamba je aku balas, "bondo sodap kak .... memang berpoluh la!".  Masa hari Sabtu mak aku masak lomak cili api ikan talapia, itupun sodap gak. Kuah masak lomak pekat. Nak pula makan nasi panas. Kasi taruk kicap sikit ... terus tak pandang omak mertua lalu belakang. Sorry la, aku kalau balik rumah omak mertua memang cenggini. Jenis makan takde brek dah. Main redah je. Bila rasa badan dah berat, menangis sendiri la.

Dan setiap kali aku balik kampung, tak pernah aku nak amek gambar makanan yang omak mertua aku masak. Tau kenapa? Makan awal tu lagi penting dari sibuk nak amek gambar .... nak amek gambar kat tempat lain. ha ha ha ha ha ..... Itu sebab entry ini tiada sebarang gambar. Semua dah jadi zat dekat tubuh badan.


#apa pun tak boleh ....



p/s : Lepas ni dah Rejab, boleh puasa. Weekend pun puasa. he he he he

Monday, February 24, 2014

MEE UDANG SEDAP DI PULAU SAYAK, KUALA MUDA KEDAH

Assalamualaikum ....


Dah lama sangat aku tak bawa korang jalan-jalan cari makan. Kali ni lokasi cari makan agak jauh bagi mereka yang berada di area tengah, selatan dan pantai timur. Kalau sapa dok sebelah utara sana takdelah jauh mana kot. Aku nak bawa korang cari makan dekat Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah. 

Walaupun aku orang Kedah, tetapi aku amatlah jahil tentang jalan-jalan di Kedah. Malang sekali! Aku hanya tau pi Alor Star ... masuk bandar Sungai Petani ... masuk pekan Jitra ... itu je aku tau. Lebih pada tu, sikit-sikit boleh la kot. Kalau korang tanya jalan kampung ka ... taman ka ... memang aku gagal sekali. Hasben aku yang bukan orang Kedah lagi terror jalan kat Kedah. Ish, buat malu je aku ni. Takpa, googlekan ado. Taktahu den googlelah nanti. Ye dok?

Aku nak story dekat korang yang hari tu, akhir Januari kami suami isteri balik Alor Star. Bila balik kampung hasben aku bukan reti dok diam kat rumah. Hari-hari ajak aku pi jenjalan. Aku suke je. Cuma jenjalan kat Kedah nie agak panas tau. Ada satu hari tu, ayah aku usulkan nak pi rumah adik kat Sungai Petani. Habaq kat hasben dia on je. Janji boleh jenjalan sukelah dia. Actually, bila balik Kedah hari tu, kami dah plan nak pi Pulau Sayak dekat Kuala Muda. Alang-alang ayah dah ajak pi Sungai Petani kira dah dekatlah nak pi Kuala Muda tu. 

Kami sampai Sungai Petani dah dekat 5 petang. Keluar awal ... tapi kesesakan lalulintas menyebabkan segalanya menjadi lambat. Duduk rumah adik sekejap, solat Asar dan makan bagai ... 6.30 barulah gerak dari rumah adik ke Pulau Sayak. Aku ingatkan nak ke Pulau Sayak nie macam dekatlah dengan Sungai Petani. Rupanya boleh tahan jauh jugak. Dekat 40 minit baru sampai ... dengan jalan kampungnya yang gelap dan bengkang bengkok .... jauhlah bebenor. Demi Pulau Sayak ... dan demi mee udang, kami gagahkan juga. Sampai pun dah malam lebih kurang 8.00pm. Mana nak nampak Pulau Sayaknya lagi. Kalau sampai area kul 5.00pm ke .... mesti best. Bolehlah kami amek gambar Pulau Sayak tu.


Memandangkan dah malam, adik aku dan hasben dia bawa kami pi makan dekat Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Dekat situ ada banyak lagi kedai makan mee udang. Cuma yang nie je kami singgah. Hasben cakap lepas nie balik kampung kita datang awal bagi sampai situ petang then try semua mee udang yang ada dekat area Pulau Sayak. Nak test mana yang bestkan ....  Hasben adik aku pernah makan dekat Usop Mee Udang nie, dia kata sedap. So, kitaorang follow ajelah. Dah malam ... jangan banyak karenah. Nak balik Alor Star lagi ... jauh tu nak drive!

Sampai je terus cari surau nak solat Maghrib. Dah nazak sangat .... tak solat kang kena bebel dengan mak aji dan pak aji. Allah dah bagi rezeki itu ini, sujudlah kat Dia. hu hu ... kita ni kadang bab solat dipandang ringan. Asyik fikir makan je. Teruk betul. Walhal rezeki tu Allah yang beri .... jom bersyukur!


Ini dia mee udang Pulau Sayak. Sedap weh ... lagi sedap dari Kuala Sepetang. Kuah dia manis. Udang dia bukannya kira berapa ekor macam Kuala Sepetang, tapi ikut gram rasanya. Aku suka sangat rasa kuah dia yang manis-manis tu. Lemak-lemak ... memang bestlah. Kalau korang tengok mee udang dia simple je pun. Cuma rasa dia ajelah yang sedap pada tekak.

Dahla lokasi tepi pantai. Sambil makan boleh tengok bot nelayan. Boleh dengar ombak menghempas pantai. Kalau aku pi petang sikit mesti boleh nampak matahari terbenam. Bestnye lahai!


Udang dia bukan setakat besar je ... malah ianya fresh! Mak aji dan pak aji pun makan sampai licin. Sian mak ayah aku kena layan karenah anak menantu yang sibuk nak makan mee udang. Kenalah ikut jalan jejauh. Hasben aku order bihun goreng udang ... tapi mee udang dia lagi sedap dari bihun goreng udang. Hasben siap bungkus bawa balik lagi tau mee udang  nie. Dia kata susah nak dapa rasa yang macam tu. Okeh, nanti sayang study camne nak buat mee udang nie. Nanti hari2 kite makan mee udang ... nak ke??

Untuk makluman korang, Usop Mee Udang Pulau Sayak dibuka setiap hari. Dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam. Boleh call dekat no. ni 019-267 1650 / 019-432 1857. Kotlah korang terlajak pi Sungai Petani ... jangan lupa ke Kuala Muda pastu pi Pulau Sayak makan mee udang. Aku dan hasben akan repeat lagi ke Pulau Sayak, maybe nak try mee udang kedai lain pulak. Alang-alang dah balik Kedah kan ... bolehlah try. Bukannya selalu ....

Sementara korang belum pernah pergi sana ... telan air liur lah dulu. Macam aku sebelum nie, asyik google je cerita Pulau Sayak nie. Sekali pergi, hah kau .... terbaik!!




p/s : Suami isteri yang kuat sangat jalan sana sini ..... pasni trip pi Indonesia plak aku story kat korang. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, February 5, 2013

MUSIM MENUAI

Assalamualaikum ....




Hye ... u'olls! Morning ....


Hari nie malas nak citer-citer panjang. Layan gambar ajelah. Skang nie kat Kedah dah musim menuai. Bendang mak ayah aku dah ambil padi dah pun. Syoklah mak aku, dapat bonus berganda dari ayah. hu hu










Teringat masa kecik-kecik dulu, musim menuai ... kerja kami cari ikan. Main lumpur tak hengat dan bau lumpur pun tak hengat. Mandi air telaga bergelen-gelen pun masih dok bau lumpur lagi. Balik rumah, ikan-ikan tu semua bagi dekat mak. Kalau yang kecik-kecik, mak lempaq dalam telaga. Bela dulu bagi besaq.


Tapi hari tu masa aku balik, bendang memang kontang! Kering! Kalau dah kering, jangan harap nak ada ikan ... sebab tu lah aku boleh snap gambaq nie masuk dalam bendang. Selalu aku bagi gambaq yang ada padi menguning...tak pun yang hijau, kali ini aku share gambar musim menuai. Untuk korang yang tak biasalah dengan suasana camnie....





Cantikkan??





CK : Kering dan panas kat utara skang nie!!

Saturday, November 17, 2012

CERITA DARI HIGHWAY PLUS KE UTARA ...

Assalamualaikum ....




Happy weekend kengkawan ;)


Mood nak berblog dah mai, masa pun ada ... so, ingat hari ni nak buat entry sepanjang highway Plus la kalau mampu. muahahha ... aku cuba nak cover segala cerita sepanjang ketiadaan aku di blog picisan  nie ... cheeewah. Bermula di highway Plus sampai la kat Aloq Staq sana. Jauhnya la ... dan maybe panjang plak cerita nie. Cerita ini adalah permulaan bagi persiapan majlis perkahwinan adik aku yang dah selamat pada 10.11.12. Alhamdulillah, dia dah jadi isteri orang ;) Semoga kekal bahagia till Jannah my dear sista! Akaknya bila lagi ???


Pagi sebelum bergerak amek adik aku dan anak-anaknya, aku bangun 5am ... malam tu aku tidor kul 2am sebab pack segala baju. Aku ni kalau pack baju suka sangat buat last minute ... memang macam tu lah selalunya. Nasib baik aku rasa macam dah cukup tidur dan rehat. Nak drive 6 jam nie, tapi tidur sekejaplah sangat. hu hu. Kebiasaannya, kalau aku balik kampung drive sendiri dan ada penumpang ... aku akan masak utk bekalan. Pagi tu aku masak nasi, daging masak kicap, sup tulang dan ikan pari goreng. Cukuplah untuk kami 4 orang!


Dah bawa anak-anak aku memang malas nak berenti beli makanan kat R&R, bukannya apa ... kang nak memilih makan tu satu hal, bazir masa je! Baik masak je. Lebih mudah ... suka tak suka kena makan juga bekal yang dibawa. Lagi satu ... duit pun jimat! ha ha ha


8am, adik aku dah call ... terus aku pecut ke rumah dia. Siap pasang baby seat dalam myvi aku ... jam 8.45am gerak ke Petronas Presint 11. Isi petrol bagi full ... beli air mineral, nescafe dan roti untuk breakfast. Bajet memang takmolah benti lagi awal-awal, kalau boleh nak benti kat R&R masa nak lunch je.


9.00am dah start kuar dari Putrajaya menuju ke Highway ELITE. Nasib baik malam sebelum gerak aku dah top up touch n go RM100. Tak perlu fikir lagi nak kuar duit kecik kat tol lagi ... mudahkah? Bilalah nak beli smart tag plak ... lagi mudah rasanya ... he he he


Alhamdulillah, highway sangat lengang ... boleh memandu dalam keadaan selesa tanpa memecut dan kelam kabut walaupun hari tu adalah hari bekerja.  Patutnya mesti sesak, tapi Allah dah permudahkan segalanya. Terima Kasih Ya-Allah ...


Balik berteman nie seronok tau ... especially bawa adik sulung aku nie, dia rajin borak sket ... kira ngam ngan aku. Anak dia si Danny pun rajin pot-pet pot-pet. So, aku memang tak ngantuk ... drive dengan ceria dan bertenaga ;)


500 meter sebelum sampai ke R&R Sungai Buloh, adik aku suruh berenti .. si Dumok kecik tu bery bery plak. Urmmmmm harum satu kete tau. Nasib baiklah dekat sampai R&R dah, cepat-cepat pecut cari toilet, memang mudah ... masuk je dah ada parking. Walhal kereta punyalah banyak. Law of attraction, Alhamdulillah semuanya nampak mudah sangat hari tu termasuk cuaca! Tak hujan macam selalu ... langit cerah membiru.


Sampai R&R terus adik aku bawa si Dumok pergi basuh bery bery dan tukar lampi sekali. Sekejap je pun berenti, tak sampai 1/2jam. Siap-siap semua terus pecut dengan kelajuan maintain 110km/jam. Sesekali tersasar ke 140km/jam. Sorry polis ... ada AES tak erkkkk kat PLUS?? he he he dah berlalu baru nak tanya, tunggu surat saman ajelah kalau ada. ha ha ha



Dengan kelajuan yang maintain tu ... mula perasan macam F1 plak aih, hu hu kami sampai dekat Bukit Semanggol (bukit ke gunung yek ... selalu ulang alik pun leh lupa. teruklah!) yang berdepan Bukit Merah. Sampai dalam jam 12.25pm kat situ. Berenti kat wakaf dan start buka bekalan makanan. Jom lunch ... he he he


Ini bekalan makanan tengahari yang aku bawa. Makan beramai syok. Dengan Si Dumok tu, sekali suap menganga luas-luas je mulut dia. Dia nie memanglah kuat makan, so kitaorang panggil di Dumok sebab keadaan badan dia yang debab tuh. Hidangan tak sempat nak snap sebab perut dah lapaq sangat time tu. Hati plak dah laju sampai kampung.


Inilah si Dumok bam bam aku. Dia sangatlah baik. Cumanya skang nie dia kena chicken pox habis satu badan. Apa lagi memerap ajelah kejenya. Sian sangat. Chicken pox ni kan akan buat semua sendi rasa lemah dan sakit, so tak dapatlah Si Dumok jenjalan keliling rumah Tok and Wan dia, asyik jalan jatuh je.


Lepas lunch, terus memecut lagi ... bajet sampai kat kampung jam 3.00pm. Zohor kat rumah ajelah senang. Nasib baiklah aku tak mengantuk masa drive, kali ni berenti lagi kat Gurun ... isi minyak, sebabnya tengok dah tinggal 3 bar. Kalau nak ikut, cukup je sampai kampung aku kat Aloq Staq tu. Tapi aku nie malas dah balik rumah nak kuar-kuar lagi isi minyak kete. Aku isi kat Putrajaya kasi full dalam RM40. Masa kat Gurun pun aku top up lagi RM40.


Teruskan perjalanan ... dan Alhamdulillah, kami sampai kat rumah kampung tepat 3pm! 6 jam aku drive weh, kuar dari Putrajaya 9am dan sampai kampung 3pm! Hebatkan ... ha ha ha boleh upgrade cara pemanduan agar jadi sehebat F1. Berdesuuuup kot sampai kampung nanti ;)


Si Dumok keletihan, macam dia plak yang drive ... lena diulit intan anak buah aku yang sorang nie. Syok la hang, tidur dalam buai .... syooooooh jauh sket, kasi can driver nak tidur plak nie ... ha ha ha


Aktiviti di kampung sebelum hari majlis adalah makan ... makan ... makan ....!! Tak diet ke? Okeh, kita cuti diet ye anak-anak. Namun, pengambilan nasi di bawah kawalan. Setiap kali makan, nasi cuma setengah senduk sahaja. Lauk pauk, sayur mayur ... ulam ulaman, ko makanlah sampai kembung .... takpa!!



Sayur keladi ikan rebus!! Pernah rasa?? Mak aku masak ... guna keladi minyak. Sedap weh, dulu masa adik sulung aku kahwin, inilah menu dia yang jadi sebutan para tetamu. Sampai adik bongsu aku nie kahwin pun para tetamu dulu yang pernah datang siap tanya, "buat tak sayur keladi ikan rebus kenduri nie?". Baik punya penangankan?? Sedangkan 6 tahun dah berlalu tapi masih ramai ingat menu nie!  Adik sulung aku pun dah anak 3 orang weh ....


Menu kampung! Kau hadoooo?? Takdo kan?? Menu kampung ni pelik pelik tapi sodap. Habis camne ko nak diet kalau balik kampung. Kalau kau memang iman tebal gila menahan godaan, Insya Allah ... diet on dengan baik. Iman aku tak tebal ;( 


Ulam putat kedun, sambal belacan ikan rebus, sayur keladi ikan rebus, pekasam celup tepung dan ikan goreng! Semua nie buat aku kunyah 44kali sebab nak bagi kenyang betul-betul ... takmo tambah nasi. Nasib baiklah taktik aku nie berkesan. Yang aku dok tambah sayur keladi ngan ikan pekasam tu je. Alhamdulillah tetap kenyang. Mak aku dah memahami diet aku skang, aku makan setengah senduk nasi dia dah tak cakap apa dah. Dia tahu niat anak dia nie .... nak kurus leteeeeewwwww!!!



Sehari sebelum majlis akad nikah, semua berlonggok depan ayah aku. Tolong tengok ayah aku kupas umbut kelapa. Nak buat kerabu untuk majlis makan-makan lepas akad nikah. Lauk kampung lagi. Tapi sorry la tak sempat nak snap kerabu umbut kelapa dengan kerang tu. Sedap tau!!! Aku nie semua sedap ... ha ha ha, tapi dah betul sedap, aku cakaplah sedap ... betoi dak??

Umbut kelapa yang dah siap dikupas. Boleh makan camtu je ... lembut dan sedikit manis. Ada juga daun kelapa yang masih pucuk yang sangat muda ... itu pun boleh kunyah camtu je. Sedap .... eh, sedap lagi he he he


Ini pun sehari sebelum akad nikah juga, orang kampung datang beramai-ramai siapkan acar buah. Acar buah nie tahan lama .. kebiasaannya akan dibuat 2 hari sebelum hari kenduri. Biar segala perencah tu masuk dalam buah-buah berkenaan. Acar buah nie buat sekawah je. Bukannya orang makan banyak macam makan masak lemak tu. Ini cuma pelengkap menu je. Acar buah nie sangat popular di Kedah ... maksud aku utaralah ;)

Mak aku pun pandai buat acar buah nie, tapi anak dia tak pandai buat okey, jadi jangan ada yang gatai nk suruh aku buat pula ... macam member office aku tu tetiba suruh aku buat cucur peneram, walhal aku nie tahu makan je pun ;)


Sehari sebelum akad nikah juga, orang pelamin datang hantar dan pasang pelamin ... bila tengok kusi tu terus aku cakap adik aku, "pesal ko amek kusi camnie ... aku dah book awal2 nak wat style nie tau ... ha ha ha" berangannya lah kakak ko nie .... Aku sangat suke pelamin adik aku nie. Putih, suci, murni dan simple.....sweeeeeeeeeeeeeeettttt.


Rasa panjangnyalah hai entry nie, nantilah sambung lagi. Sakit pinggang dah dok menaip nie. Idea pun dah kering. Banyak lagi kot cerita yang aku nak cover, macam retis kot. he he he. Cerita hari akad nikah, hari kenduri dan hari bertandang .... tengoklah kalau rajin ya!! Jumpa lagie ... he he he






CK : Syoooknye kahwin dah ;)


Monday, October 29, 2012

REZEKI UDANG SEGAR LAGI!

Assalamualaikum ....





Tak habis-habis aku nak bercerita pasai udang. Udang segar lagi. Hari tu aku dok cerita pasal udang galah. Kali nie pasai udang laut yang segar dan besaq2. Sebelum tu dah makan udang lipan. Memang cerita udang la.


Raya kedua aku pi rumah maklong dekat Balik Pulau, Pulau Pinang. Pergi beraya dan menjemput ke kenduri sekali. Masa sampai sana, yang ada cuma maklong dan paklong. Abang sepupu aku takda. Maklong aku cakap pergi ke laut. Abang sepupu aku nie nelayan. So, dorang memanjanglah makan seafood segar. 


Disebabkan sampai pun dah tengahari, paklong ajak lunch kt situ. So, kitaorang pun pakat-pakatlah masak. Dia kata mai pun setahun sekali, apa salahnya makan kat situ. Aku on je lah, umah kakak ayah aku juga bukannya orang lain pun. Masa tu Abang Di aku tak balik lagi dari ke laut.


Kitaorang masak daging goreng kunyit .... daging korbanlah, goreng ikan kembung, ulam-ulaman yang maklong aku tanam. Memang masak ringkas-ringkas ajelah. Sekali dah siap masak semua tunggu turn solat zohor ... Abang Di aku balik dari laut bawa udang laut besaq-besaq! Uisk .... meleleh tengok!



Dia siap bagi suruh masak. Rezeki jangan ditolak bai! Orang bagi kita ambil. Tak cukup dengan makan kat situ, ayah aku siap beli lagi dekat dia. Dia jual sekilo RM40 je. Murah. Takkan nak ambil sajakan, dia pun penat ke laut. So, yang dia jamu kat rumah tu freelah. Yang nak bawa balik kitaorang bayar. Kalau kat kedai tak dapatlah.



Terus aku buat udang goreng kunyit je. Senang. Lagipun nak ratah je. Memang sedap sangat!! Dengan ikan kering homemade lagi. Adus, nikmat mana lagi yang harus kita nak dustakan. Alhamdulillah ...


Menu masa makan kat rumah Maklong aku!! Terbaik ....


Udang yang ayah beli tu aku buat gulai udang dengan rebung! Terbaik ... ha ha ha


Kalau balik kampung jangan tanya soal diet. Nasi aku makan gak suku. Jaga hati bonda ... dia ngomel aku tak makan nasi pun bila balik. ha ha ha. Nak kecik punya pasal  terkecik plak hati bonda. Jangan marah nooooo



Apa macam.... terliur dak????







CK : Alhamdulillah.





Thursday, October 25, 2012

BAHAGIA DOK KAMPUNG!

Assalamualaikum ...




Bila balik kampung ... yang best jumpa mak ayah la.

Kedua yang best, makanan yang susah nak dapat dekat Putrajaya @ KL ... kalau ada pun mahai sangat!

Ini menu biasa-biasa je, tapi menjadi idaman aku sepanjang masa.



Udang lipan steam!! Murah ja, beli dekat Pasar Borong S.M. Kat Putrajaya taktau la sekilo berapa nie.


Ketupat palas cicah daging masak merah. Homemade ... air tangan bonda. Kali ni guna beras pulut susu.

Sedap dan lembut .... diet, abai sebelah ... tak makan nasi tapi pi dok belasah ketupat palas 3-4 ketui habaq mai kat hang! Terbaik sangat dowh ....



Okeh, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua!!

Saturday, August 18, 2012

SAMPAI KAMPUNG ;=)

Assalamualaikum ...





Aku sampai rumah dekat Aloq Staq, jam 9.00 pagi. Bertolak 2.00 pagi dengan adik aku serta tunang dia skali. Jalan taklah sesak terlampau seperti tahun sebelumnye. Tapi dekat semua hentian kenderaan penuh! Nak berenti buang air pun susah, last ... aku rasa better simpan buang dekat rumah je. ha ha ha ... buruk perangai. Sebab tu setiap kali nak balik raya, aku rela tak minum air banyak2. Dah tau semua toilet akan full dan becak semacam. Tak suke!


Sampai dekat Penang jam 8.00am, hantar tunang adik aku dulu. Lepas tu mak dia siap ajak masuk rumah, terus aku cakap. "takpelah makcik, kami nie dah teringat kat mak ayah ... nak balik teruslah!". Ayat cover baik punya. Dalam kepala nak je cepat sampai depan rumah aku sendiri, bukan depan rumah orang! 


Start dari Penang aku yang drive, bila dapat stereng kat aku .... terus tekan 140km/j ke 160. Giler! Speed trap nasib kaulah kete ... buka kete aku. ha ha ha, tapi kalau kete aku pun sama je aku wat. Aku jenis kalau boleh nak sampai cepat kalau balik kampung. Tapi kalau pi tempat lain, tak kisah sampai lambat pun takpe. Hati jenis meronta selagi tak jejak depan pintu rumah mak ayah sendiri. Esok kahwin, nasib kaulah ... takde harapan nak balik kampung tetiap tahun!!



Bila sampai je pagi tadi, terus jenguk bendang. Even bukan aku pun yang buat bendang, tapi mak ayah aku ... nak juga tengok padi yang tengah berisi dan menunduk. Tunggu masa nak menguning then dah boleh mesin kaut hasil dah. Hasil dari bendang inilah yang membolehkan aku adik bradik melanjutkan pelajaran dan berjaya cam skarang. Yang lebih berjaya abang dan adik2 aku. Aku biasa-biasa je. Janji tak menyusah mak ayah and mampu tanggung hidup sendiri serta mak ayah sket2 dah ok kot. But, tetap tengah usaha kepada kerjaya yg lebih baik!




Saat-saat padi nak menguning nie sangat best! Mood kampung dah kembali. Kan best kalau dulu tetiap tahun aku berpeluang tengok padi dituai dengan mesin. Seronok! Tangkap belalang dan goreng. Goreng kunyit dan makan. Itu dulu. Kalau sekarang korang suruh aku makan belalang goreng ... aku tak makan dah kot. Bukan lupa diri, tapi lupa dah rasa belalang tu camne dah tak mampu berhadapan dengan rasa belalang yang aku dah lupa tu. keh keh keh




Dalam lumpur nie, penuh dengan ikan. Rasa nak terjun dan tangkap ikan-ikan nie semua! Ayah aku dah tangkap separuh. Kurung dan bagi makan. Tunggu besar ... siang dan buat pekasam. Mabeles!! Bau lumpur nie aku rindu ... bau padi, memang takkan dapatlah dekat bandar semua benda macam nie. Nak bayangkan pun kau takkan mampu kalau kau tak pernah lalui. Macam aku nie, setakat selut macam kat atas ... memang mainan dulu, kini dan selamanya. Alhamdulillah, masih belum rasa geli lagi!! Kalau mak ayah aku bagi turun ... aku dah lama turun tangkap ikan nie. Cumanya risau terpijak pokok padi ayah aku tu.


Aku harap, masa-masa akan datang anak-anak aku mampu lalui semua ini. Main lumpur dan tangkap ikan macam aku. Walaupun sekarang nie mak ayah aku tetiba terfikir, sapa yang bakal uruskan bendang dorang bila dorang dah tak larat! Sebabnya semua anak-anak dia jauh kat perantauan! 


Inilah antara kebahagiaan dan kegembiraan bila balik kampung! Satu kedamaian hati yang tak tergambar dengan kata-kata!





CK : Mak aku  baru habis buat ketupat palas dan tahun nie aku mampu buat 3 ketui je ketupat. Ok la tu!!


Tuesday, May 22, 2012

SAMBUNG CERITA MENYINGGAH CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum ...






Aku sambung update pasai Cameron Highland sesambil layan Debat Sinar Pemansuhan PTPTN & Halatuju Pendidikan Tinggi antara YB Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli. Rancak dan panas! Aku yang dengar pun panas juga sebab malam nie angin agak kurang, kipas plak slow semacam. keh keh keh!


Aritu cerita pasal tanah runtuh sepanjang jalan nak naik ke Cameron Highlands kat entry sini <---- Berhenti dekat Lata Iskandar jenjalan cuci mata. Malam nie sambunglah sket gambar dekat Lata Iskandar nie. Jumpa itik comey. Rasa nak beli ... tapi dok pikiaq nak letak manakan. Almari display pun non hado. Bye-byelah itik oi!



Comeykan itik nie ... ada jodoh kita bersama! he he he


Sambung lagi perjalanan .... kalau naik ikut Tapah, sebelah kanan dan kiri adalah jumpa rumah orang asli!



Cameron Valley ... Bharat! Tak singgah pun ... sebab dah selalu sangat. Tapi kalau plan nak tidur Cameron sure aku singgah lagi. Setakat nie belum jemu lagi jenguk ladang teh .... jiwa tenang tengok hijau hijau yang menawan.


Dah nampak papan tanda ... Brinchang .... Tanah Rata! Yeeee dah sampai.


Iris Hotel ... aku pernah tidur kat hotel nie dulu. Best juga. Tilam empuk. Sesuailah untuk golongan pendapatan sederhana cam aku nie ...


KEA FARM! Sebabkan dah petang ... orang pun dah tak ramai. Sayur pun tak banyak dah. 


Buah limau nie manis tau. Tapi aritu aku tak beli pun. Tak rasa nak makan limau that day. Cumanya, aku perasan harga sayuran dah mahal kat sana.  Kalau ada yang harga sama tapi kuantiti dah kurang dan kualiti mengecewakan! Sebelum ini harga sayur dan buah berpatutan dengan kuantiti serta kualiti. Dah ramai Indon yang jadi pekerja. Lepas tu bukan main tak mesranya layan customer. Eeeey tak suke hokey!


Kalau korang nak beli sayur, buah atau jagung cameron ... better beli dekat depan jalan nak masuk ke Sungai Palas. Dekat situ harga lebih murah, segar dan kuantiti pun banyak. Aku rasa barang-barang dekat KEA FARM nie mahal sebab terlalu jadi tumpuan sampai jammed jalan tu. Belum cuti sekolah lagi, kalau cuti sekolah memang susahlah nak parking kat jalan depan tu. Nasiblah!



Jagung Cameron! Sedap nie ... manis!


So, apalagi ... belilah satu! Hancur diet atkins aku aritu sebabnya jagungkan tinggi karbo :=)



Aku takdalah nak snap gambar beriya masa dekat Cameron aritu. Mengejar masa untuk sampai ke Kedah. Itupun sampai Alor Staq dah lewat malam .... mana taknya, dari Cameron turun ikut Simpang Pulai sampai dekat tol nak keluar dari Simpang Pulai pun dah kul 7pm. Lewatlah sangat. 





 Senja!!


Nanti sambung cerita dekat kampung plak .... layan debat KJ sampai habis! Ilmu nie .... 








CK : Aku dah tahu kenapa berat aku tak turun dalam tempoh 2 minggu nie, salah amalkan menu sepatutnya. hu hu 


Friday, January 27, 2012

BILA NAK BALIK KAMPUNG NIE?

Assalamualaikum ...





Petang-petang macam nie kalau makan jejemput bilis cicah sos sedap nie! Tambah-tambah kalau makan dekat rumah di kampung. Hui lagi heaven. Tahun nie aku belum lagi balik kampung. Hati meronta-ronta nak balik tapi bajet tak cukup. Dengan kereta aku accident hari tu. Alahai ... sedih nau rasa. Mak ayah aku dah tanya, "jadi ke balik cuti hari wilayah?".


Selalunya awal tahun aku akan balik. Kebiasaannya setahun 4 atau 5 kali aku balik Aloq Staq. Aku akan balik kampung bila sambut puasa, raya puasa dan raya haji. Kemudian, yang 2 kali tu ... saja balik lepaskan rindu. Macam sambut puasa dan raya haji aku tak adalah risau sangat bab nak balik kampung, tahun lepas lagi aku dah beli tiket flight. Cuma bab nak balik dengan kereta yang pakai banyak bajet. Untunglah sapa yang dok dekat-dekat nie.


Macam aku balik Aloq Staq selalunya kena saving sekali balik RM500. Itu baru aku sorang. Lom ada family lagi. Tol dan minyak je dekat RM300 untuk pergi balik. Then baki RM200 tu buat belanja kat kampung. Kadang aku rasa penat, but sekali dapat balik dengan kereta lagi best. Aku sebenarnya lagi suka balik drive kereta dari naik kapal torobang atau bas. 


Balik dengan flight, harga tiket memang murah. Yelah dah naik Airasia je pun. Aku pernah balik kampung 2-3 kali naik MAS, tapi bagi aku better lagi naik AIRASIA. Lebih cepat. MAS setiap kali itulah kau nak delay time aku nak balik. So, macam tak suka sikit la perkhidmatan MAS nie. Yang leceh naik flight nie, dengung telinga yang tak tahan. Bila dah ada dekat awangan, dah ok dah. Time nak berlepas tu, aku cam azab sikit la rasa.


Dulu, aku nie memang penumpang setia bas Jelita, Plusliner dan Transnasional. Memang aku  je kot asyik dok balik kampung tiap-tiap bulan. Tak cukup duit pun aku balik juga asal, tambang pergi balik cukup. Mula-mula aku datang KL tahun 2001, tambang bas pergi balik KL-AOR baru RM50. Sebab tulah, bulan nie muka aku beli tiket, bulan depan muka aku juga, bulan depan sekali lagi pun muka aku juga. Murahkan! Sekarang nie, tambang pergi balik dah sama macam harga tiket Airasia. Harga tiket bas Putrajaya-AOR pergi balik dekat RM100. Baik naik flight je! Cepat sikit, dari naik bas ... 5-6 jam baru sampai.



Pagi tadi call mak aku, dia kata la nie musim menuai padi. Adus bestnya! Aku bab tuai padi inilah yang syok. Rasa cerah sikit. Belakang rumah aku tu bendang (sawah padi), bolehlah nak main bola petang-petang kalau takda ayaq dalam bendang tu. Tak pun main wau kertas! Rasa nak jadi budak-budak balik la. Seronoknye.




Sawah padi menghijau nie masa aku balik kampung raya haji tahun lepas. Masa nie belum lagi ada compact camera. Harap hp sony yang banyak berjasa itu je lah. Alhamdulillah ada juga! Ini bendang belakang rumah ayah aku.


Saja gatai ambik gambar dari pagar ayah aku yang bengkok. Bajet nak cari seni gambarlah. Tapi tak cukup pandai lagi. ha ha ha. Sifu Telorpower ... tolong tunjuk ajaq. ngeh ngeh



Ayah aku nie semua kawasan rumah kalau boleh nak letak pagaq. Tapi pagaq tali nie je yang ayah mampu. Kami ok je. Asal ayah rasa ok. Ayah tak letak pagaq pun anak-anak ayah oke. Tapi kami tahu ayah letak pagaq tak bagi ayam masuk makan padi jemuqkan?? Rumah tu ayah cat color kuning kot masa adik aku bertunang. Lain color yang aku minta, lain color yang dapat. Takpa janji ayah happy ... kan ayah kan??



Entry ini cuma nak sampaikan rasa rindu aku dekat kampung halaman. Untunglah sapa yang gheja dekat dengan kampung sendiri. Boleh merempit tiap-tiap hari kalau nak. Macam si MB aku tu, kampung dia dekat cenoek. Belum panas buntut dah sampai. Macam kampung aku, rasa kebas nak hilang buntut pun tak sampai-sampai lagi kalau naik gheta. Kurang-kurang 5-6 jam baru sampai.



Okeh. Stop. Lama-lama taip pasal kampung, meleleh pula ayaq mata!





#abaikan ayat mula-mula tu, aku taip petang tadi kat office pastu sambung dekat rumah! so anggaplah ayat tu macam takda. Petang ape plak....dah malam pun! ha ha ha







CK : Hari ini sesi luahan perasan dengan staff aku pasai gheja! hu hu.