Showing posts with label Juadah Berbuka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Juadah Berbuka Puasa. Show all posts

Friday, July 26, 2013

IFTAR DI UMAI CAFE | THE LAKE GARDEN CAFE PRESINT 2 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Semalam aku and the gang berbuka puasa di Umai Cafe, The Lake Garden Cafe Presint 2, Putrajaya. Lokasi di Monumen Alaf Baru. Dekat area Masjid Besi. Kot-kotlah korang tak tahukan. So, aku detailkanlah sket. Harap korang berjumpalah lokasi ini untuk mencuba buffet Ramadan dekat Umai Cafe. Harga buffet dengan menu yang ditawarkan bagi aku adalah sangat berbaloi .... baloi! Cuma RM39.00 per person untuk dewasa. Dan kanak-kanak cuma RM19.00. Murah juga!

Rasanya inilah kali kedua aku berbuka puasa buffet dengan Umai Cafe. Pertama kali tahun lepas dengan kawan si teman, tahun nie berbuka puasa dengan geng-geng sendirik plak. Menu kat sini boleh tahan banyak juga. Dan boleh tahan sedap! Ada menu yang super sedap bagi aku ... kambing panggang dengan lempeng cicah sambal bilis. Perghhh .... 

Antara menu semalam ... kepak ayam goreng (yang nie tak berapa best sebab ayam dia tak garing digoreng dan ada sket darah ... oh, tidak!), kambing bakar, ayam masak merah, kerang rebus, ikan bakar, udang goreng kunyit (udang dia fresh dan besau!), ayam black pepper, kangkung goreng belacan yang sedap sangat, kailan ikan masin, sotong masak lomak cili api, kuewteow goreng yang bersepah dengan udang dan ayam, mee goreng, laksa, mee kari ..... pastu kuih plak ada jejemput udang super sedap, lempeng double sedap, roti jala, kek batik, agar-agar lumut ... bla bla bla .... ada lagi la, aku dah tak hengat apa dia jenis menu yang di bagi.


Kambing bakarlah paling laris, sampai abang nie tak menang tangan membakar ... sian dia. Sayur mayur dia yang fresh dan sedap. Cukup rasalah walaupun puasa. Ke tukang masak dia dah try dulu nie ... he he he


Kami pergi dalam lebih kurang dekat 10 orang jugalah. Ini antara menu yang diambil. Makan tak hengat dunia. Yang tak bestnye cuma kepak ayam tu aje. Goreng tak berapa nak masak. Lain-lain sumer okeh! Berbaloi dengan duwet yang dibayar itu.


Antara kuih muih yang dihidangkan. Aku tak sempat makan kuih lain selain daripada cucur udang dan lempeng yang super sedap tuh! Actually, Umai Cafe nie memang antara port aku dan geng lepak untuk minum petang lepas waktu kerja. Selalu la makan cekodok, lempeng ngan jejemput .... memang sedap sangat bagi tekak aku lah ;=)


My lempeng sedap sangat ... bukan lempang ye!


Tak terliur ke tengok lauk pauk camnie? Rugi plak kalau tak rasa semua ... so, amek la sorang sket. Janji rasa. Kalau buffet camnie, takleh makan sesungguh hati sangat. Kang tak dapat merasa semua menu. So, amek sket-sket je tapi pelbagai menu. Baru pueh hati jaaaah oiiii!!


Okeh, habis makan balik lah ... tengok Masjid Besi yang cantik. Bersinar dengan cahaya lampunya. Lately kalau pi Masjid Besi tak tahu nape rasa panas. Tak berangin. Awal puasa aritu nyaman dok kat Masjid Besi. Angin sepoi-sepoi bahasa menghinggap di tubuh kecik ini ... chewaaaah!

Korang yang rasa nak try buffet Ramadan kat Umai Cafe bolehlah book dulu ye ... try lah mana tahu sedap kat tekak korang. Bagi tekak aku dan geng, memang semua okeh. Kalau tak okey, kitaorang akan cakap tak okeylah.

Kalau nak booking boleh call dengan Encik Amir di talian 013-606 7710. Anak tauke Umai Cafe rasanya dia nie. 


Selamat menerai buffet Ramadan! Jangan bazir ye makan ... nanti jadi kawan syaitan. he he he.





CK : Semalam makan memang kenyang tak hengat. Balik je terus tidur! Pengsan ...

Wednesday, July 10, 2013

HARI PERTAMA BERBUKA PUASA

Assalamualaikum ....




Alhamdulillah...aku selamat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari ini. Selamat menjamu selera semasa berbuka puasa tadi walaupun menu biasa-biasa sahaja. Selamat mengisi kekosongan perut walaupun bukan ditemani mak ayah ;(! Kalau kat kampung nie mesti makan sedap-sedap. Tambah-tambah menu yang mak masak .... rindunye dengan moi yang mak masak. Murtabak yang mak buat sedap sbb banyak daging .... karipap air tangan mak adalah yang terbaik kat dunia nie. Bukan penuh dengan kentang je ... tapi sarat juga dengan daging! Rindu mak ...soobss soobss ... walaupun aku  baru je 2 hari lepas jumpa mak ayah aku. Tapi bila kedatangan Ramadan semua tu tak sama. Rasa rindu yang sangat sarat!! *jap nak kesat air mata*

Tadi masa berbuka aku cuma beli ayam khabsah ... dan beberapa jenis kuih. Kongsi dengan kawan-kawan. Lepas berbuka, siolat maghrib dan terus sambung kerja. Nampak gayanya aku kena usahakan buat solat tarawih kat rumah ... 




Ini bukan air yang aku minum tadi ye .... aku kurang minum ais. Tambah-tambah bulan puasa nie. Kuranglah nak pekena minuman berais. Tak elok utk tubuh badan kata mak aku .... Sebenarnya bulan puasa nie nampak teh o ais macam dalam gambar tu dah nampak sedap. Kalau bulan tak puasa, pandang pun idak aku rasa. kan kan kan??


Kejap lagi aku nak sambung kerja dan sepanjang Ramadan ini, office akan jadi syurgaku untuk sementara waktu. hye office! Tak dapatlah aku  nak berbuka kat rumah .... tapi harap-harap aku dapatlah berbuka dengan family encik teman nanti. Dan juga dengan geng2 aku. Paling penting, aku nak balik kampung awal masa Ramadan nanti .... he he he ....nak berpuasa dan berbuka puasa dengan mak ayah!! Tak sabarnye ....



Korang berbuka puasa ngn menu apa tadi?? Mesti bestkan ..... nak-nak berbuka puasa dengan family!!







CK : Tahun ni berpuasa dengan status yang berbeza dari tahun sebelumnya ;)

Wednesday, August 15, 2012

BERBUKA PUASA PENUH PERASAAN ...

Assalamualaikum ...




Hari nie aku memang berbuka dengan penuh perasaan. Penuh dengan selera. Masak sendiri ... lagi kuat makan. Tambah plak hari nie makan beramai dengan adik-adik aku!! Itu yang seronok, dengan perangai anak-anak buah aku yang macam-macam lagi. 


Adik aku yang sedang membawa perut (pregnant) buat permintaan nak berbuka puasa kat rumah aku, malam nie dorang dah nak balik Penang. So, aku pun takdelah nak tolak permintaan nie. Suruh masak sedap-sedap katanya. Hu hu macamlah aku nie terror bebenor masak. Setakat masak, makan dan isi perut sendiri bolehlah!


Bagi memenuhi permintaan dan selera adik aku, so aku pun ketang ketung memasak kat dapur. Menu arini, aku buat siakap masam manis, ayam panggang ala kenny roger, sambal sotong dgn petai, sup su'un dan fuchuk .... pastu yang menambah lagi selera makan sebab ada budu dan petai!!



Budu tulah yang buat aku makan bertambah!! Aku nie segala budu, cencalok dan tempoyak semua aku makan. Peberet!! Semuanya habis licin dimakan ... hu hu! Alhamdulillah, kenyang perut! Nasib baik aku jumpa ikan siakap dekat Carrefour pagi tadi agak murah. Sekoq RM7.99! Itu yang terus timbul idea nak masak siakap masam manis. Kalau tak, aku sendiri tatau nak masak ape kt adik aku.


Kenyang sangat makan tadi, pinggan berlonggok dalam sinki lom basuh pun lagi. Penatlah sangat hari nie, dengan kemas rumah ... dengan masak .... kalau ada yang ringan tulang tolong aku basuh pinggan kan best!! Selalu-selalu masak pun aku tak kisah ... kalau ada yg sudi tolong ;=). Tengok pinggan berlonggok tu, terus hilang mood nak buat kuih raya. Alahai ....


Rasanya sepanjang puasa tahun ini, menu berbuka tadi mencukupkan kali ke- 5 aku masak. huhu ... yang lain-lain tak sempat pun nak masak. Balik kerja lewat, so makan luaq ajelah!! Sonang ...



Lusa dah nak balik kampung, tak sabar rasanye ... hati dah kat kampung nie ....!





CK : Seronok kalau ada yg sudi membantu ;=)


Tuesday, August 7, 2012

MEE TONGGEK

Assalamualaikum ...






Hidup orang bujang, kalau tak sempat balik rumah untuk masak ... berbuka puasa dengan mee tonggek pun dah cukup Alhamdulillah. Mee tonggek RM2 ... plus dengan ayam bakar taharah dekat Presint 2. Ayam bakar nie tak sedap, sedap lagi ayam bakar bara sebelah dia. Balik awal plak taukey dia aritu.



Walaupun mee tonggek ni nampak simple, hitam berkicap tapi rasa dia sedap biarpun buko puasa sensorang tetap laju aku makan. Berbaloi dengan harga RM2. Esok kalau dah ada suami, boleh berbuka puasa makan mee tonggek lagi ke?? Baik melantak sekarang apa yang kita suka, walaupun simple dan macam tak cukup makan gayanye ... ha ha ha





CK : Bila kena berbuka sensorang, mee tonggek tu rasa macam pizza pepperoni je .. kah kah kah!!

Monday, August 6, 2012

MEE SUAH MABELES

Assalamualaikum ...




Buka posa sorang-sorang lagi. Habis kerja terus balik rumah. Terus timbul idea nak masak mee suah. Masuk hari ini baru dua kali aku masak untuk berbuka. Yang lain-lain beli! Bagus! Keje punya pasal, rela dalam terpaksa beli juadah kat Pasar Ramadhan. Walau tak berapa sedap, aku telan jua ... sebab tu kadang-kadang sampai hari-hari makan ayam bakar. Selera ke laut!


Hari nie masak sendiri. Selera berganda. Tambah pula, mak si teman bagi udang masak lemak cili api. Terima kasih mak makcik! Sedap.



Ini mee suah. Sedap di makan panas-panas. Sedap makan dengan nasi putih bertambah sedap kalau makan nie ada pula sambal tumis ikan bilis tak pun sambal tumis kosong campur bawang besar. Teringat ayah yang suka makan mee suah nie tak pun mee sanggul masak macam mee bandung. Slurrrrrppppp ... selera!! Tak perlu pun ada ayam panggang lagi.


Makcik bagi udang besar nie. Sedap. Nanti boleh menuntut ilmu tak dengan makcik? Peria tu tak pahit pun, pandai makcik masak. Okeh, pujian ini untuk suruh makcik bagi lagi nanti ;=). Diet atkins dilupakan hari ini dan semalam pun aku tak diet, nasi puteh ... udang masak lemak cili api + peria campur kicap. Letak pula mee suah. Perghhhhh .... lagi sedap dari nasi arab ayam golek pakcik dekat Pasar Ramadhan Presint 2 tu aku rasa.


Gabungan 2 menu dari dua masterchef baru dan lama. Nasi separuh, mee suah sesanggul ... udang 6 ekor. Azan Maghrib je, bismillah ... terus ngap dengan selera. Amik masa lebih 40 minit makan sebab nak kunyah 44 kali. Itu menu berbuka hari ini.



Menu untuk esok dah prepare dalam kepala .... siakap 3 rasa, telur asin, sup su'un dan nasi putih!! Esok kali ke-3 masa selepas menerima aduan rakyat yang aku tak masak bulan puasa nie ;=). Harap yang nak berbuka puasa dengan aku esok sukahatilah!!








CK : Kejap lagi nak buat popia nestum .... dah start buat kuih raya dah. Korang dah buat ke??

Saturday, August 4, 2012

BERBUKA PUASA DI UMAI CAFE'S MONUMEN ALAF BARU PRESINT 2, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...





Semalam berbuka puasa dekat Umai Cafe's dekat Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya. Menjamah buffet dengan harga dewasa RM39 dan kanak-kanak RM20. Untuk tahun nie, inilah pertama kali pergi buffet Ramadhan. Harga pun berpatutan. Kalau makan dekat hotel, mahu dekat RM100 malah ada yang lebih. Kan dah keluar dalam suratkhabar, harga buffet Ramadhan sekarang dah naik harga. Kadang sampai harga memang tak logik langsung!!


Buffet Ramadhan dekat Umai Cafe's agak menarik. Lauk pauk ada lebih kurang 10 jenis, takdelah banyak sangat tapi bila habis pihak Umai akan ganti menu baru! Dan majoritinya lauk pauk kampung. Sedap-sedap pula tuh! 


Macam semalam ada kambing panggang (yang nie memang best sangat, takda bau kambing pun ... malah daging dia lembut), kari ayam, telur kicap, sayur, kari ikan, kerabu mangga (terbaik ... sebab mangga dia rangup dan cukup rasa, terasa kesegaran mangga), daging kicap, daging paprik, ayam masak merah, udang goreng kunyit, kuewteow goreng (best!), mee goreng (tak sempat rasa), laksa, mee kari, bihun sup, ABC, kuih muih ... bla bla bla aku dah tak ingat apa lagi!


Bestnya Umai Cafe's nie sebab mengadap Tasik Putrajaya. Berdekatan dengan Masjid Sultan Mizan Presint 3. View memang menarik dan nyaman. Untuk buffet diletakkan di atas bangunan Anjung Monumen Alaf Baru dan kalau sape-sape order untuk ala carte makan dekat tingkat bawah. So, senanglah. Semalam aku pergi, orang tak ramai sangat ... adalah dalam 100 orang. Tak perlulah nak berebut-rebut. Ambil makanan pun memang relaks-relaks je. Habis ... dia top lagi dengan menu baru. Bestkan?



Kambing panggang yang sedap!!


Pelik aku dengan si teman, puasa-puasa pun nak makan kentang goreng!


Yang ini menu yang si teman ambil untuk diri dia. Melantak ke bang??


Ini menu aku. Melantak juga. Penuh dengan lauk pauk plus nasi 3 sudu. Nasi??? Out diet ye anak-anak!


Keseluruhan menu 1/2 jam pertama ... 1/2 jam kedua tak sempat ambil gambar dah. Macam-macam makan. Aku ambil sume sikit-sikit sebab nak rasa semua benda. Itu pun ada yang tak terasa ... banyak kot. Bawa orang macam aku pergi buffet, macam rugilah. Aku makan sekali dah kenyang. Space perut aku kecik sangat!!


Lempeng dan roti jala ... bab kuih muih nie biasa-biasa je!



Kalau korang  nak pergi buffet ramadhan dekat Umai Cafe's boleh booking dulu. Mintalah table yang mengadap tasik macam aku. Dah la booking lambat pastu mengada-ngada minta table ngadap tasik. ngeh ngeh. Sekali dia cakap dah letak nama dah ... tapi dia akan usahakan katanya. Aku oke je ... takdelah nak paksa-paksa orangkan.


Sampai je sana, table aku memang mengadap tasik. he he he sukalah! Terima kasih kepada Umai Cafe's sebab usaha memenuhi permintaan aku. Nak pujilah sket, makanan semua sedap-sedap dan berpatutan dengan harga. Tahun depan boleh pergi lagi, tapi janganlah naikkan harga banyak sangat ... pengsan nanti ;=)



Hari ini dah 15 Ramadhan, sempat lagi kalau nak bawa family layan buffet dekat Umai Cafe's. Kalau nak booking, call je nombor kat bawah nie ye;




UMAI CAFE'S
BANGUNAN ANJUNG MONUMEN ALAF BARU
PRESINT 2, PUTRAJAYA
013-606 7710 (AMIR)

Buffet Ramadhan;

Dewasa : RM39.00
Kanak-kanak 6 tahun ke atas : RM20.00
Kanak-kanak bawah 5 tahun : Percuma


CK : Terima kasih kepada yang sudi belanja ;=), si teman dan kawannye! Hari Khamis tak sempat aku nak tengok episod akhir Dejavu Di Kinabalu. Tak tahu apa endingnye ... leka dengDejavu Di Kinabalu entah ke mana. huk huk

Thursday, August 2, 2012

TIPS BERJIMAT SEDIKIT CERMAT DI PASAR RAMADHAN

Assalamualaikum ...



Bulan puasa nie kena sederhana ... dan digalakkan berjimat. Bukan bulan puasa je berjimat, bulan tak puasa pun kena jimat jimat juga. Bila jimat dapat simpan duit banyak dan dapat kurus juga. Strategi serampang dua mata nie.


Okeh, back to the title today, cheewah speaking Londong ye, sedangkan ohmyenglish pun dapat 9 masa SPM. Buat malu diri je. sooobs sooobs. Hari ini aku nak kongsi tips berjimat jika shopping juadah dekat Pasar Ramadhan dengan singkatannye param. Aku baru je terpraktik tips ini hari ini. Maksudnye petang tadi la. Tips ini berlaku pada aku tanpa disengajakan. Tu yang terus timbul idea nak share dengan korang ;=)



Ceritanya begini .....



Hari ini aku balik keje lambat, kuar dari office 6.45pm. Dah lambat sangat kalau nak pikiaq masak apakan? Nak pi restoran pun tak sempat dah. So, aku cakap kat si teman bawa pi param Presint 2 ja. Beli apa yang ada. Sampai param tadi, ngam-ngam 7.00pm. Ada masa 30 minit nak round param beli saki baki juadah. Bolehlah saki baki pun asal ada daripada takda.


Mula pusing beli mee tonggek sebungkus dalam RM3.00 (mee tonggek popular kat sebelah utagha sana, dulu aku kecik-kecik selalu beli mee tonggek dekat pasar malam). Mee tonggek lebih lagi sedap pulak  tu. Lepas tu pusing lagi beli murtabak keramat. Dah dekat 7.10 minit. Air tak beli lagi.


Pusing lagi cari air yang sedap sket, jumpalah dengan satu gerai abang nie ... air yg dia buat memang sedap, takdelah tawaq hebiaq. Beli airmata kucing dia bagi free tau foo faa dua mangkuk. Dia cakap dah last dah nie, sedekah! Sedekah ye anak-anak, jadi ambil sebab rezeki jangan ditolak. Sebelah gerai abang juai air ada plak akak nie jual lauk pauk. Si teman nk beli tempe goreng dengan sambal kentang plus tauhu ... nak bagi duit tak nak plak akak nie, dia suruh ambil. Sedekah lagi ... okey ambil, walau muka dah menebal. 


Sambil tawaf param, jumpa lak kawan si teman meniaga kat situ gak. Ini kawan, so dia bagilah kuih peneram dengan cucur labu. Nak tolak pun .... dia dah sangkut dekat jari jemari aku ... takkan nak buangkan walau aku tak makan pun cucur labu tu. Tak pernah makan.  Ambil ajelah, ucap terima kasih bagai. Aku plak jalan-jalan jumpa kawan  aku, meniaga jugak ... dibaginye air laicikang. Alhamdulillah rezeki, tapi kat tangan dah penuh dah nie. 


Disebabkan aku nie peminat ayam goreng, masih rasa tak cukup lengkap juadah berbuka puasa kalau takda ayam goreng. Okeh yang ini memang nafsu aku. Nafsu serakah pada species bernama ayam. Semalam aku dah beli ayam goreng crispy dekat param nie, hari ni masih ada hati nak beli. 


Sebelum balik, ada lagi 5 minit sebelum waktu berbuka puasa ... sempat lagi aku berlari pergi beli ayam goreng crispy tu. Beli seketul ayam RM2.00 dapat free dua wings ayam bukan wings kapal terebang ye (untung RM2 kat sini sebab satu wings RM1)!! Siap beli ayam, dah azan Maghrib ... duduk, baca doa kat param tu gak terus ngap. Kenyang sukahati ;=)


Kesimpulannya daripada cerita di atas nie, tips berjimat ketika membeli belah di pasar ramadhan adalah .... pergilah berbelanja di param ketika dekat time berbuka! Adalah yang murah hati bagi dekat korang nanti. Sedekah!! Yelah, daripada peniaga param nie buang baik dia buat pahala. At the same time korang say thanks la kat dia dan doakan dia murah rezeki juga. Mak aku cakap bulan-bulan puasa nie bagus kalau kita bagi orang berpuasa makan, besar pahalanya!!



Ini first time aku terbuat tips nie, itupun sebab kerja dan tak sempat balik rumah dan tak sempat nk shopping awal kat param. 1st time tau sejak dok Putrajaya nie berbelanja dekat-dekat waktu berbuka puasa. Memang rezeki sungguh. Alhamdulillah .... jimat duit aku. Dan hari nie aku cuma berbelanja RM10.00 untuk dua orang makan ;=)



Tapi aku nak pesanlah dengan korang, kalau  nak try tips nie hari2 kenalah pergi dekat param berbezalah . Mungkin arini Putrajaya, esok plak Dengkil ... luasa kat Bangi lak ...jangan plak dok asyik-asyik param dekat rumah korang sampai hari2. Kang peniaga tu cakap, "asyik-asyik muka ko .... asyik-asyik muka ko ..!". Kena baling dengan kuali aku tak tau ye .... hahahahahahahha ....




Kalau satu param tu korang kenal lagi korang berjimat ... hahahahahahahaha!!





CK : Tips agak merapu dari aku ;=)

Monday, July 30, 2012

MENU BERBUKA PUASA DI KALA SORANG-SORANG

Assalamualaikum ...





Semalam, buat pertama kalinya dalam tahun ini aku buka puasa sorang-sorang. Sabar ajelahkan. Semua orang sibuk dengan tugasan dan rutin masing-masing. 2-3 hari mula puasa berbuka dengan mak ayah, lepas tu berbuka puasa dengan kengkawan dan si MB. Tapi semalam kena berbuka sensorang cam sayu jugaklah hati nie.


Mulanya semalam aku plan nak berbuka dengan adik-adik aku. Bila mesej, dorang dah plan nak pergi shopping then buka puasa kat luar. Aku plak time tu dekat opis. So, malaslah nak join sekalikan. Sebelum pergi kerja semalam, aku dah siap perapkan ayam ... sebab nak buat ayam bakar halia untuk adik aku yang membuyung bawa baby dalam perut. Tup tup dia takda kat umah sbb pi beli barang anak dengan adik bongsu aku. Ayam dah perap ... so, balik office teruslah bakar. Sampai rumah pun lambatlah sebabnya plan nak pi rumah adik aku tak jadi plak.





Ini menu aku semalam semasa berbuka. Ayam bakar halia dan buah melaka. 1st time aku buat buah melaka. Ayam bakar halia tu menu ulangan. Dah berkali-kali aku buat sejak aku diet. Aku suka rasa dia yang pedas-pedas tu. Buah melaka plak aku dapat recipe dari kawan aku. Alhamdulillah menjadi. Ingatkan susahlah sangat buat buah melaka nie ... rupanya sonang aih!! Nanti aku share recipe buah melaka nie dengan korang yek ;=) Buat sendiri lagi sedap daripada beli dekat param (pasar ramadhan)!


Sabtu Ahad ajelah aku boleh masak, hari bekerja ... bergantung kepada keadaan. Kalau kena kerja ... beli ajelah juadah jawabnya. Tak sempat kalau kerja abih kul 8pm bila nak masakkan?? Nak masak lauk pauk pun, aku bukannya makan nasi. So, kalau kuih muih tu nak buat malam-malam cam leceh (alasan nie ...hehehe)



Walaupun berbuka puasa sensorang .... habis juga makanan tu! Dah nama pun rezekikan .... Alhamdulillah!!





CK : Bilalah nak try menu baru lagi ...

Monday, August 15, 2011

Memang Heavenlah!!

Assalamualaikum ...


Heaven! Semalam dapat berbuka puasa kami 4 adik beradik ... dengan abang dan 2 orang adik saya.  Berkampung kat rumah abang. Awal-awal lagi saya dah calling-calling dengan abang tercinta *abang pun sorang je yg ada ... itulah racun, itulah penawar*. Riuh rendah satu rumah dengan suara dan gelagat anak buah. Itu baru 5 orang ... lepas raya akan tambah lagi sorang!.


Semalam abang masak ... biasalah kalau pergi beramai, memang abang yang masak! Memang masakan dia the bestlah berbanding adik-adik perempuan dia. Lagi best kalau dia masak tak perlu tolong. Bukan pemalas ye ... tapi abang lebih selesa buat kerja di dapur sorang-sorang. Kalau tolong pun mungkin setakat potong-potong je. Selalunya part potong ni saya dan SIL je yang buat. Tapi semalam hanya SIL and abang je kat dapur ... everthing dah hampir siap. Tunggu masa berbuka, Bismillah dan ngap!


Menu semalam memang buat saya berbuka sampai muncet! Terus lupa hasrat nak berbuka dengan hanya makan kurma dan minum air suam. Abang punya pasal. Masak memang terbaiklah ... belum time berbuka aroma dah penuh satu rumah. Buat perut jadi lapar je. Menahan tutup hidung kang ada yang terbabas puasa. he he he.


Heroin and Hero! Dini and Danny


Sebelum berbuka ... PERANG dulu! Macam-macam hal ... macam nak ke medan perang dah anak-anak buah saya nie. Ini 10 minit sebelum time berbuka, memang jenuhlah jerit-jerit suruh berhenti main. Yang berlari sana sini. Nasib baik abang and kakak dah besar-besar. Kalau tak lagi riuh jawabnya. Ini pun abang tak masuk sekali ... si kakak sibuk layan lappy. Kononnya layan VC Hazama. Eeeey darjah 2 dah layan youtube Hazama .... pleaseeeelah! Geli ok pergi layan artis camtu! Saya tak berapa suka anak-anak buah saya layan sangat artis-artis nie, sebab saya sendiri tak berapa minat. Kadang-kadang dorang bab artis lagi advance. Itu baru sekolah rendah. Kalau sekolah menengah esok camne plak???!!?


Ramai! Jadi semua wajib makan kat lantai berlapik suratkhabar ajelah. Kerusi meja boleh muat 6 orang je. 
Kang ada pulak yang terdampar depan TV.


Menu semalam memang berlambak. NAFSU! Menu utama masak sendiri. Kuih muih semuanya beli.  Abang masak nasi daging, ayam masak merah, kerabu Arab dan acar timun beryogurt! Acar timun beryogurt dengan ayam masak merah memang terbaik! Siap minta resepi masa tengah makan lagi. Nasi daging tak sempat nak snap gambar. Azan Maghrib je .... terus anak buah saya baca doa, Bismillah dan ngap ramai-ramai. Lupa terus pasal nak ambil gambar. Memang heavenlah! Saat-saat terindah ... 


Kuih muih yang dibeli ... tepung pelita *best giles!*, murtabak double *sedap!*, big samosa *terbaik!*, roti john Unan *terfemes di Putrajaya*, pulut panggang *tak sempat sentuh langsung*. Alhamdulillah kenyang. Masing-masing tersandar. Jam 8.00pm baru masing-masing ambil port solat Maghrib! Saya rasa macam dah tak boleh sujud dah. Perut penuh ... rasa macam nak jadi ular sawa kenyang. Mula nak berlingkar je.


Seronok berbuka puasa dengan adik beradik beramai. Bukan selalu dapat macam nie. Bila dah duduk beramai macam-macam hallah yang dibincang. Dan bila duduk beramai ... saya mula teringat pesan mak kat saya dulu ....



"Jaga Abang dengan adik-adik ... apapun jadi jangan nak berpecah!. Adik beradik tak ramai, 4 orang ini aje. Ini anugerah yang Allah beri!".



Disebabkan saya nie anak kedua dan paling lama tinggal dengan mak ayah dulu, so macam-macam pesan yang saya dapat dari mak ayah. Berbanding dengan 2 orang adik perempuan saya ... saya lebih rapat dengan abang. Lagipun dia yang jaga saya sepanjang saya tinggal di KL. Walaupun jarang nak bersembang sebab dia sibuk ... apa-apa hal pesan mak, saya akan dahulukan abang dalam hidup saya. Sejak kecil lagi memang macam tu. Tapi saya tetap sayang adik-adik perempuan yang berdua nie. Apa permintaan mereka, saya cuba penuhi mana yang mampu. 



Kerisauan agak berkurangan bila adik sulung saya dah ada yang jaga dan adik bongsu saya pun akan ikut jejak yang sama. Alhamdulillah. Moga bahagialah mereka dunia dah akhirat. Adik bongsu saya tu harap-harap berubah dan menjadi lebih rajin buat kerja rumah bila dah kahwin. Amin ... moga Allah perkenanlah doa saya di bulan Mulia nie.


Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Dari bangun sahur tadi, siapkan kerja office dan update belog. Kat office memang tak mampu layan belog dah. Sampai juga lagi ya.


Tata ... terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! (",)




CK : Isnin .... jangan gatal-gatal nak Monday moody! Bukan ke hari nie imbuhan dah dapat????!!! yeeeeaaaah. Alhamdulillah ...

Friday, August 12, 2011

Jenguk Juadah Berbuka Puasa Hari Ke - 12!

Assalamualaikum ...


Petang nie beriya benar saya nak upload gambar juadah berbuka puasa! Ada 3 yang homemade then ada 2 yang dibeli. Rasa tak sabar nak berbuka dah! Aura memasak melonjak-lonjak sehari dua nie. Plannya nak buka puasa kat luar. Sebab lepas berbuka nak pergi Seremban jumpa si Lavender yang demam. Sian! Tapi mood nak makan luar ... MALAS!


Saya je yang nak jumpa Lavender. Even tak sembang panjang ... kami cuma senyum2 gelak2 je! Sebenarnya saya tumpang mengikut driver bertauliah ke Seremban. Alang-alang dah lalu jalan yang sama dan esok pulak cuti! Mengekorlah apa lagi!! Eh ... cuti ke saya esok? Rasanya kene kerja. Takpe tak kisah. Lagi tak kisah bila dengar-dengar imbuhan Kerajaan akan masuk pada 15 Ogos! Yeeee ... suke! Alhamdulillah.


Lambat lagi waktu berbuka ... ermmm tak sabar nk jamah masakan sendiri! Eh ... sedap ke?? heee. Jom layan apa yang saya masak hari nie ... dan apa yang dibeli pulak??




Menu yang saya masak. Sayur campur blackpepper. Sambal ikan sardin segar. Masak lemak cili api telur! Yummie .... mudah sangat! Main campak-campak. Rasa tak tahu lagi. Tunggu time berbuka karanglah nak tau rasa dia lulus atau sebaliknya.




Menu yang saya beli. Ayam golek madu. Tembikai! Air mata kucing. Tiada dalam gambar ye. Yummie...berganda-ganda!! Seronok je nak berbuka hari ini. Oklah saya nak siap-siap. Sampai jumpa lagi ye! 



Tq datang belog ini. Sayang korang!!



CK : Putrajaya hujan ... lebat!!

Tuesday, August 9, 2011

Belum Makan Dah Kenyang ... Untung Laaaaa

Assalamualaikum ...


Semalam buka puasa macam berkelah. Baru je chatting nak berkelah dengan si Lavender, tapi saya dulu berkelah awal. "Sorry ya awak ... Kita berkelah lepas puasa ya!". Semalam buka puasa di jalanan macam orang tak ada rumah. Kesian. Biasalah orang bujang. Yang ada kawan-kawan ajelah. Adik beradik pun ada, cuma bila mereka dah bekeluarga, kenalah kita pandai-pandai bawa diri. Rindu nak buka puasa ngan abang sekeluarga. ermmmmm ....



Tempat bertapa setiap kali bulan puasa sejak 3 tahun dulu. Saya and the geng! Kerusi cinta dulu-dulu ... ahaks! Kenangan-kenangan

Memandangkan hari ini dan mungkin seterusnya saya kena keje dan akan balik lambat, makanya peluang semalam digunakan sebaiknya untuk tawaf Bazaar Ramadhan, Bangi yang dekat dengan Kompleks PKNS tu. 3 kali saya tawaf...errrr bukan saya nak tawaf lebeh, Inchik Babah saya ajak tawaf sampai 3 kali. Kalau ikut hati saya dah time puasa ... gerai kat depan kereta tu sahaja nak beli makanan then terus balik. Terasa nak minum dan-dan tu juga! Dah la tengok ayam golek dia yang beratur perut terus bunyi-bunyi. Sabar ajelah! 


Dari jam 5.40pm sampai kat Bazaar tu sampailah 6.40pm baru sudah beli. Aiyak ... nafsu benar makan. 2 kali tawaf untuk tengok-tengok je ... dan tawaf yang ke-3 baru beli. Mahu tak longlai kaki nie. Positifkan diri, maka saya anggap ia senaman. Padahal kaki dah tak larat berjalan. Untuk tahun ini, baru 1st time shopping makan kat Bazaar Ramadhan dan tempat pertama Bazaar Ramadhan Bangi jadi pilihan (lupa pulak snap gambar makanan yang sedap-sedap tuh!). 



 Hidup ini ibarat satu pelarian. Sebelum disuruh berlari, baik kita berlatih untuk berlari. Nanti bila terpaksa berlari, kepenatan tidak akan terlalu terasa sangat. Tak ada kena mengena dengan gambar pun caption nie! hu hu


Memandangkan hari tu saya cuti lama dan tak berpeluang berbuka secara besaran dengan Inchik Babah, makanya kali ini saya kasi chance kat dia ... pilih menu segala. Suka benaulah sahabat den yang sorang nie. Makan apa yang dia suko. Den bayooo apo yang diboli tapi duit dia. ha ha ha. Sejak dilantik jadi Menteri Kewangan (Makanan) awal tahun yang lalu ... rasa kaya sket pegang duit orang. ha ha ha. Beriya beli nasi tomato ayam sambal, popia basah n goreng, masak lemak ikan keli, ayam goreng kunyit (asal nama je ayam ... menu saya punya), daging goreng kunyit, air 5 buah dan air epal asam boi (sedap!!). Nafsu makan saya tak cukup kuat ... so, saya akan stop pembelian cepat-cepat. Kalau ikut dia satu Bazaar nak borong. Selalu orang cakap perempuan nie boros bab membeli, saya pulak bab beli makan saya kureng sket. Semua buat lemak je! 



Makan ini dah cukup ... tak jadi lemak kot. Tapi kalau dah bantai nasi tomato ayam sambal selepasnya, lemak akan bertambah dengan tiba-tiba!


On da way balik Putrajaya, adik saya sms "Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara!". Rasa macam ok lagi ... dapat control cun segala. Antara percaya dengan tidak. Lagi-lagi saya tak berharap Kerajaan bagi bonus. Takut nanti kecewa. Memang dah prepare duitlah untuk persiapan raya dan servis kereta. Cun sendiri dah tak boleh control bila kat radio berkumandang perkara yang sama! Alhamdulillah ... syukur! Terus rasa kenyang even belum buka puasa pun lagi. Rasa nak turun dari kereta dan berlari ke lokasi perkelahan. ha ha ha. Teruja dengan rasa syukur yang teramat. Duit raya lebih untuk anak-anak ye! Sabar-sabar ... memang rezeki korang! 


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini (Ogos)", kata Najib dan juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini (8 Ogos 2011).

Syukur Alhamdulillah kerana rezeki dari Allah Ta'ala ini akan lebih memudahkan lagi urusan mereka yang kurang berkemampuan dan terima kasih kepada KERAJAAN terutama kepada Perdana Menteri kita kerana bermurah hati memberikan bonus ini. Kita patut bersyukur dengan apa yang diberi. Rasa sedih bila ada yang komen macam-macam perihal bonus nie ...


Ada yang komen ...

  • "Lebih baik bagi sebulan gaji sebab keadaan ekonomi dan harga barang naik!"- Lebih baik ada dari tak ada tau ... jadi bersyukulah!
  • "Ermmm ... bolehlah kot! Tapi kita harap lebih dari tu, bagi 2-3 bulan bonus ke... !" - Ish ... ada juga orang camnie, bagi betis nak peha! 
  • Alah ... Kerajaan tu ada niatlah bagi, pancing undi la tuh ... bla bla bla ...  Kerajaan nie...pot pet .... (tapi bila Kerajaan masukkan duit, dia lagi awal beratur depan ATM)! - Jenis manusia nie saya pernah jumpa dulu. Ramai yang macam nie. Kerja dengan KERAJAAN tapi kutuk KERAJAAN dan tak sokong KERAJAAN. Masuk haluan satu lagi. Kutuk tempat cari rezeki sendiri. KERAJAAN macam inilah macam itulah. Semua KERAJAAN tak kena sebab dia berhaluan sebaliknya cuma kerja dengan KERAJAAN. Bagi bonus pun dia banyak bunyi, kalau KERAJAAN tak bagi bonus pun bertambah-tambah bunyi. Last2 saya cabar dia berhenti kerja dengan KERAJAAN dan kerja dengan haluan satu lagi kot-kot dia boleh merasa keadaan macam sekarang nie. Entah2 gaji pun bayar lambat kot. Jadi belajarlah bersyukur dan menghargai. Berterima kasihlah!



Kerana perihal bonus ini, malam tadi tidur langsung tak sedar! ha ha ha ... nasib baik sempat berjaga 4.30am untuk sahur! Sempat minum dan makan kurma. Perut dah penuh sebab makan masa berbuka tu banyak sangat kot. he he he.



Alhamdulillah dengan rezeki diberi Tuhan! Ini Malaysia ... bukan Somalia sebab tu ramai asyik merungut apa yang diberi ... tak cukuplah, itulah, inilah! Kalau Somalia ... merungut pun tak sempat sebab leka cari sebutir nasi! Jadi fikir-fikirkanlah ... renung-renungkan!





Korang dah bangun sahur belum nie????

 Terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! 




CK : Masak lebih jimat ... semalam banyak juga pulus yang habis. he he he

Monday, August 8, 2011

Puasa Di Kampung Kecik-Kecik

Assalamualaikum ....



Alhamdulillah selamat juga saya bersahur. Hasil kejutan adik sendiri. Kalau tak mahu terbabas lagi sekali. Asyik mati sementara yang panjang je skang nie. Nak kata penat takdalah pulak. Macam-macam hal betul. Ok stop pasal itu. Ni nak cerita pasal puasa di kampung masa kecik-kecik.


Tiba-tiba semalam lepas berbuka puasa teringat akan hal ini. Masa kat kampung hari tu memang dah teringat dah. Kisah lama-lama yang tak berulang buat hati ni macam sedih pun ada. Apapun terima sahaja dengan hati yang terbuka. Zaman dah berubah.


Dulu masa kecik, kalau bulan puasa ... tak perlu pun nak masak sampai 2-3 jenis kuih/cucur. Satu jenis kuih pun dah cukup. Tapi time berbuka boleh jadi sampai 3-4 jenis kuih/cucur. Dulu, sebelum masuk time berbuka mesti ada sesi tukar menukar juadah. Meriah. Saya dulu kalau mak suruh pergi hantar juadah laju je pergi. Siap boleh pilih rumah sapa nak hantar. Seronok. Tunggu dalam 10 minit macam tu pasti ada anak jiran datang rumah kita balas juadah yang kita hantar. Memang menariklah zaman tu.


Kadang-kadang berlari-lari saya pergi mengantar juadah ke rumah jiran. Jatuh tergolek pun pernah.  Kalau dah jatuh tergolek, patah balik rumah tukar juadah yang baru plak. Habis juadah tadi dah jatuh ... sapa pulak nak makan melainkan ayam-ayam dalam reban tu. Biasalah budak-budak apalah sangat yang dia tahu. Fikir pun belum jauh lagi, kira nak cepat je. Balik rumah time berbuka tu boleh pilih-pilih juadah mana yang best. Yang mana yang best yang tulah cepat habis. Pastu siap berebut-rebut dengan abang dan adik-adik. Ya-Allah indahnya dan bahagianya masa tu! Serius rindu.


Itu adalah kenangan dulu yang dah tak ada sekarang. Saya balik kampung beberapa hari lalu pun takda lagi sesi tukar juadah berbuka puasa. Anak-anak jiran yang selalu berlari-lari tukar juadah dengan saya pun dah tak tinggal kat kampung lagi. Masing-masing dah besar ... berumahtangga dan sudah ada kehidupan sendiri. Keindahan zaman saya kecik-kecik dulu yang mungkin sudah berkurangan dalam masyarakat sekarang. Makin berkurangan!


Masyarakat sekarang lebih sibuk ke bazaar Ramadhan dan beli juadah dengan tunjuk sana sini. Mengejar masa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Realiti. Sesi tukar menukar juadah semua itu dah tak ada. Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tak kenal. Kalau zaman kecik-kecik saya dulu, memang tak merasa pun nak ke bazaar Ramadhan beli juadah. Ayah sahaja yang pergi. Itupun setakat beli air laicikang 2 bungkus atau murtabak. Itu sahaja menu yang akan dibeli ayah sampai sekarang. Kalau mak tak buat murtabak, makanya ayah akan beli. Lain-lain juadah semua mak masakkan sendiri. Sebab itulah saya tak pernah merasa kuih karipap yang dibeli! Tak pernah. Cuma bila umur saya 25 tahun dan terpaksa berhijrah ke KL, barulah belajar beli kuih muih. Bila 25 tahun hidup dengan masakan dari air tangan mak, makanya kebanyakan makanan siap dibeli tak berapa serasi dengan tekak saya. Boleh makan ... tapi tak selaju mana!


Itu cerita dulu-dulu. Anak-anak buah saya pun tak merasa kenangan yang saya rasa. Habis nak tukar juadah berbuka apanya kalau jiran memang 1Malaysia. Ada Cina dan India. Bila difikirkan alangkah indahnya kalau era begitu diteruskan dalam masyarakat sekarang. Kalau ada pun sekarang mungkin boleh dibilang dengan jari. Dah tak ramai lagi dah yang berbuat demikian. Tambah lagi kat bandar!




Ini karipap yang mak buat hari tu. Rindu. Semalam mak call, "mak lupa kirim karipap kat anak mak!".



Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Sekian lama bercuti hari ini baru nak start kerja balik! Terima kasih baca hingga titik yang terakhir!




CK : Petang nie ... nak masak lagi ke ar???