Showing posts with label Abang. Show all posts
Showing posts with label Abang. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

KASIH SAYANG ABANG DAN ADIK PEREMPUANNYA

Assalamualaikum ....





Sesiapa yang ada abang dan menjadi adik perempuan dan sesiapa yang menjadi abang kepada adik perempuannya, sayang tak korang pada adik perempuan sendiri?? Harap abang-abang nie sayangilah adik perempuan sendiri, dan jaga mereka dengan baik! Aku pesan sebegini sebab aku baru sahaja melalui satu adegan depan mata yang buat hati aku jadi sayu!



Hari ini, ibu bapa sudah tidak sempat untuk uruskan anak-anak 100%. Kebanyakan urusan anak diserahkan kepada pengasuh dan guru sekolah, jadi tidak hairan anak-anak sekarang ada sesetengahnya kurang mendengar cakap mak ayah. Degil. Semuanya sebab mak dan ayah bekerja. Kos sara hidup yang meningkat seolah memaksa suami dan juga isteri keluar untuk mencari rezeki! Manakala anak-anak dihantar ke rumah pengasuh pada usia beberapa bulan. Sesuatu yang korang menjadi ibu dan ayah dan mungkin situasi yang akan berlaku pada perjalanan kehidupan aku nanti!



Tak sama macam dulu, di mana kita dijaga sepenuhnya oleh mak, ibu, umi, mummy dan ayah, babah, abah dan seumpama panggilannya keluar mencari rezeki! Cukup masa pulang dan segala urusan di rumah telah diuruskan oleh sang isteri. Dulu, kebanyakan isteri tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Perhatian, tumpuan, kasih sayang dan didikan mampu diberikan sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu dulu tahu di mana lukanya anak-anak, di mana letaknya parut di badan anak-anak, siapa yang menjadi kawan kepada anak-anak dan sebagainya. 



Tapi kita sekarang, tidak  mampu memberikan tumpuan sebegitu kepada anak-anak kita. Hakikat! Walau pahit, harus kita telan. Beza dan memang berbeza, bila anak habis sekolah pagi ... balik rumah, belum tentu ada makanan buat dia. Maka kita bekalkan dia dengan duit lebih untuk dia makan tengahari di mana-mana kedai makan berdekatan rumah atau sekolah sebelum mereka ke kelas agama pada sebelah petang. Sekali pandang, seolah kehidupan dia terumbang ambing. Kerana peredaran masa, dia terpaksa menerima hakikat perjalanannya begitu .... di mana tiada tumpuan pada waktu-waktu tertentu oleh ibubapanya. Walau bukan semua ibubapa bersikap sedemikian, tapi segelintir pasti ada.



Berbalik kepada kasih sayang abang kepada adik perempuannya, mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Pada usia 4-12 tahun, kawan aku hanyalah abang. Dialah raja hati aku. Dialah yang menjaga aku di sekolah. Dan dalam masa yang sama abang juga yang turut habiskan baki duit poket aku kalau aku tak mampu nak habiskan. Dulu, aku tak reti berbelanja! Asal ada baki, aku bagi pada abang! Baikkan aku? he he he



Dan bila baru-baru ini aku keluar lunch di luar office, aku terjumpa seorang abang dan adik perempuannya yang saling membantu. Penuh kasih sayang! Namun, jauh di sudut hati aku ada perasaan sayu. Bila aku terfikir betapa beruntungnya aku dulu. Balik rumah selepas waktu sekolah, makan tengahari telah tersedia. Aku cuma balik mandi, siap berpakaian kemas dan makan. Kemudian tidur, petang bangun buat kerja sekolah dan menonton TV.



Jika ada masa berbaki, keluar bermain. Itu sahaja. Malam pula aku mengaji Quran dengan mak ayah aku sendiri! Beruntung sangat. Kanak-kanak sekarang ada ke yang masih lalui zaman seperti aku terutama yang tinggal di Putrajaya?? Aku sebut Putrajaya, sebab ini yang aku lalui setiap hari. Aku memerhatikan kanak-kanak di sekeliling aku dan aku mula membandingkan mereka dengan zaman aku dulu!!



Okeh, kita sambung pasal kanak-kanak abang dan adik perempuannya. Aku agak umur mereka dalam lingkungan 9-12 tahun mungkin! Masa dekat cafe tu aku tak makan, aku cuma pandang 2 beradik yang ada depan mata aku. Duduk semeja dan membelakangkan aku. Aku tengok abang dia duduk dan adik perempuannya minta pinggan kosong satu daripada pekedai. Mereka berdua berborak. Alah, borak kanak-kanak apalah sangat.



Kemudian datang pekedai bawa sepinggan nasi goreng ayam. Adik perempuan dia duduk. Dan kemudian aku nampak abang dia cedok nasi beberapa sudu dan berhenti cedok bila adik dia cakap, "cukup!". Mereka baca doa bersama dan kemudian makan!! Kasih betul abang pada adik perempuannya. Buat aku bergenang airmata. Dalam hati doa, agar abang dia terus jaga adik perempuan dia dengan baik. Aku tengok mereka sebaya dengan anak-anak buah aku! Lengkap dengan pakaian sekolah agama. Makan di kedai dalam seusia muda sebegitu. Pada usia aku sebaya mereka, tak pernah pun aku makan nasi di kedai kecuali dengan mak ayah. Itupun jarang-jarang sekali, seingat aku setahun adalah dalam 2-3 kali sahaja! Mak surirumah, so ... makan dirumah sahajalah!


Mereka mengingatkan aku pada zaman aku dan abang!



Bila tengok gelagat abang dan adik perempuannya, aku teringat ... masa sekolah rendah dulu, abang akan tolong aku apa sahaja, walau aku nie garang dengan dia. Jangan dia silap sikit, aku akan koyak buku dia! Aku memang garang masa kecik-kecik dan cepat marah, habis buku sekolah abang aku jadi mangsa! Nasib baik dia bijak. Abang aku tak pernah pukul aku, tapi buli aku memang memanjanglah. Anak lelaki, biasalah. Bila basikal (gherek) aku bocoq, dialah yang tukar tiub dekat sekolah. Bak kata semuanya dialah yang buat. Saat aku menitiskan airmata tentang abang adalah bila dia dapat sambung study ke Jepun dan bila dia dah nikah! Masa dia nikah, aku macam tak boleh terima kenyataan, duduk luar masjid .... kemudian aku menangis sorang-sorang!!! Itu paling sedih, rasa seolah dia dah pergi dari hidup aku, walau hakikatnya tidak pun. he he he.



Sekarang nie, aku jarang-jarang balik rumah abang. Masa aku mula kerja di KL, aku stay dengan family dia. Nasib baik my SIL sangat-sangat-sangat baik dan sporting, so kami langsung takda masalah tinggal serumah!




Mula dah mood rindu dekat abang ..... alahai!!!







CK : Abang banyak jasa dengan aku, walau dia sekarang tak seperamah dulu. Maklumlah anak pun dah 4 orang, mana ada masa nak layan ragam adik perempuan dia nie. he he he

Tuesday, December 13, 2011

Wishlist Terbengkalai!

Assalamualaikum ...





Awal bulan Disember lebih kurang 2 minggu lepas ada cerita pasal nak beli TV LCD 32" [KLIK SINI]. Itupun sebab TV kecik kat rumah aku buat hal. Kadang-kadang ada gambar, kadang-kadang gambar hilang. Dah macam dengar radio. Tension! Kalau dapat kat adik aku, dia main ketuk-ketuk je TV tu sampai keluar gambar. Sayu hati aku tengok. But pernah jugak 3-4 kali aku buat benda yang sama bila geram. ha ha ha. Tapi aku tepuk tak sekuat adik aku rasanya. he he he


Hajat nak beli TV LCD tu memang dah ada. Memang wishlist 2011 pun. Duit pun hampir cukup. So, aku plan gaji dalam minggu depan boleh top up duit tu cukup-cukup then pi beli TV terus. Tak larat sangat nak tengok TV tiba-tiba gambar jadi sebaris. Tension weh! Aku nie kalau nak sesuatu memang aku usaha lebih sikit, so bagi golongan sederhana yang hidup single mingle nie ... kenalah kumpul duit. Ambil masa sikit. 


Aku sanggup main kutu dengan kawan-kawan office adik aku dan kumpul duit OT kalau adalah! Duit kutu dah dapat, duit OT pun sudah ... cuma nak top up sikit aje lagi. Yelah, aku nie jenis kalah membeli menang memakai. So, aku nak beli sekali tapi pakai tu biarlah dalam tempoh yang panjang. Bukan senang cari duit beb! Jadi, jangan nak membazir tak tentu pasal. Bukan kedekut, tapi berhemah berbelanja.


But Ahad baru nie, abang aku call adik suruh balik Angkasa Indah. Amik TV katanya. Aku pun ...errghhh erghhh ... pehal pulakkan! Rumah dia ada 2 TV, takkan tiba-tiba nak bagi aku. Mesti bersebab ye dak?? Rupanya dia dah beli TV LCD 32" yang aku survey tu. Toshiba Regza ... then dia cakap dia kasi free TV Sanyo 21" tu kat aku. Aku pun tak terkata apa. Cuma aku cakaplah kat abang, "aku dah plan nak beli TV LCD nie minggu depan ... ko, awal lagi dah beli!".



Lebih kurang macam inilah TV yang abang bagi dekat aku. Terima kasih abang ....


Abang aku cakap, tak payah beli ... membazir! Pakai je apa yang dia bagi. Lagipun Sanyo tu baru 2 tahun pakai katanya. So, terbengkalailah wishlist aku bab TV LCD tuh. Nak kata apa dah kan ...! Tanya MB, wajar ke aku beli LCD tu juga. Dia pun cakap jangan membazir! So ... tak jadilah jawabnye! Adik aku ingat abang nak bagi TV Sharp 29' tu ... hu hu, sapelah nak angkutkan!


Cuma sekarang nie aku plan duit TV LCD tu aku nak beli kamera compact. Belum survey lagi camera apa yang nak beli. Tapi aku takdalah guna semua bajet yang nak beli LCD tu, mungkin guna separuh daripadanya sahaja dan selebih tu aku top up ASB kot. Tengoklah macam mana nanti ...


Banyak jasa, aku pakai dari tahun 2005, tapi usia TV ini dah lama. Rasanya dalam 20 tahun adalah kot. Yang ini SIL aku bagi masa aku tinggal dekat rumah sewa dengan kawan-kawan. Masa tu, mana ada duit nak beli TV. he he he [sumber gambar ... google]


Ini TV brand NEC 14" yang jadi kenangan. Tapi aku rasa nak hantar juga baiki. 4 tahun lepas pernah baiki, kos dalam RM100. Kalau baiki boleh letak dalam bilik tidur aku. he he he. Tengok TV kecil sambil baringlah lepas nie. ha ha ha



Tapi hati aku masih lagi nak beli TV LCD ... tunggu nikahkahwin tukar TV besaqlah. he he he.






CK : Rezeki tak disangka. Apapun terima kasih abang and kakak!

Friday, September 30, 2011

Eh! Kau ... Paksa-Paksa Pulak!!

Assalamualaikum ...


Cerita 2-3 hari lepas semasa aku bergelut menyiapkan kerja. Jam dah hampir 7.00pm. Dah terdengar suara orang mengaji Al-Quran di Masjid Sultan Mizan. Cuma aku sorang-sorang kat office ... dan kemudian handphone putih aku berbunyi. Ada orang call la teeeew!!



Phonemarketing : Hello ... boleh cakap dengan puan xxxx? *bila masa aku dh kahwin siap berpuan bagai!*

Aku : Ya saya ... siapa nie??

Phonemarketing : Saya dari syarikat insuran  XYZ. Saya nak offer satu polisi insuran terbaik untuk puan. Nama puan memang terpilih untuk diofferkan polisi insuran nie. So, bukan semua orang yang dapat. Kiranya puan memang bertuahlah! Bla ... bla ... bla ....Polisi nie memang murah cuma RM35++ dan puan cuma perlu mencarum untuk tempoh 15 tahun. Kalau puan accident ke ... ini minta dijauhkanlah, tapi kita tak tahu yedak? Kita akan bayar kepada puan sebanyak RM100,00.00 kemudian kalau masuk hospital melebihi 6 jam, pihak kami akan bayar bil hospital terus pada puan. Sehari RM200.

Aku : ermmmm ....haaaa ....ermmmm! Then kalau sepanjang 15 tahun tu saya sihat walafiat, duit yang saya carum tu mcm mana?? Saya akan dapat semua ke??

Phonemarketing : Kalau puan sihat sepanjang tempoh tu, kami akan pulangkan 50% daripada keseluruhan yang puan carum sepanjang 15 tahun tu.


Time nie, jari jemari aku ligat je tekan calculator ... RM35 x 12 bulan x 15 tahun = RM6,300. Then kalau aku sihat, syarikat insuran ini akan bayar balik kat aku 50% daripada caruman. Bermakna cuma RM3,150.00!!


Aku : Takpelah lagipun ... saya dah ada life insurans dah. *memang aku dah lama ada life insurans bila abang aku sendiri galakkan aku  berbuat demikian. rasanya dalam 5 tahun dah kot. Abang aku cakap anything happen kat aku, at least akan dicover. Apapun minta dijauhkan segala yang buruk itu. Amin!*

Phonemarketing : Puan, polisi yang ini tak sama macam polisi yang puan ambil. Lagipun kalau apa-apa jadi puan bleh guna 2-2 sekali untuk claim. So ... puan pakai kad kredit ke? Saya akan bantu puan untuk buat pendaftaran mudah. 

Aku : Eh! saya tak buat keputusan pun nak beli polisi nie? Lagipun kalau bab guna kredit card melalui call nie, saya tak berminatlah! Saya tak percaya.

Phonemarketing : Kalau macam tu ... puan ada kad maybank yang ada buah cherry tu?? Kalau dengan kad maybank pun boleh. Janji setiap bulan puan kena masukkan duit RM35++ tu jelah.

Aku : Ermmm ... takpelah. Saya fikir dululah macam mana.


Sedap-sedap si minah insurans nie bercerita, MB sms aku. So, aku minta excuse sekejap sebab nak reply sms. Masa tu aku tengah jalan nak masuk lift dan ke kereta. Tiba-tiba call tu terputus. Aku ingat selamatlah dia tak akan call balik. Rupanya tidak! Masuk kereta tak sampai 5 minit call berdering dan aku terus angkat sebab tak tengok dah nombor yang appear kat screen hp. Ingatkan MB yang call.


Phonemarketing : Eh ... kenapa putus tadi??

Aku : Saya masuk lift tadi ... nak balik kerja. *jam dahh = 7.15pm...dah lah kat basement parking sorang-sorang. Seram giler!!*

Phonemarketing : Ok ... puan bagi data, saya bantu puan buat pendaftaran mudah dengan maybank.

Aku : Terima kasihlah, saya rasa tak berminat. Lagipun saya tak boleh buat keputusan dalam keadaan mendesak macam ni. 

Phonemarketing : Laaa kenapa puan tak nak?? Tak rugi pun. Cuma RM35+++ je sebulan. Belum apa-apa jadi puan boleh cakap mcm nie. Kalau ada benda jadi, puan menyesal tak beli polisi nie. 

Aku : Kan saya cakap tadi, saya dah ada polisi insurans. Jadi buat masa sekarang kewangan saya tak da lagi nak peruntukkan lebih dari satu insurans. Terima kasihlah call saya dan beri penerangan.

Phonemarketing : Oklah .. terima kasih! *Terus letak telefon tanpa kata-kata mesra macam 30 minit yang lepas. Hampeh je aku rasa!!*



Sepanjang perbualan, aku banyak berdiam dan menggunakan nada perbualan yang sopan. Dia terus bercerita tanpa beri aku peluang untuk aku bertanya lebih detail dan dia terus membuat persetujuan sendiri tanpa aku buat keputusan untuk beli atau tidak. Terus-terus minta data tanpa memikirkan aku nie nak ke tidak! Semuanya dengan paksaan! Aku memang tak suka manusia jenis memaksa tak tentu hala.  Aku pula species yang tak boleh dipaksa. Lagipun aku tidak berapa suka penggunaan credit card atau debit card dengan hanya call semata-mata. Hidup dah banyak berhutang jadi aku tidak mahu menambah hutang sedia ada lagi. Cukuplah tu!


Lagipun aku dah jadi adik yang mendengar kata, bila menerima pendapat abang aku untuk membeli life insurans 5 tahun lepas. Kemampuan aku hanya untuk beli satu polisi insurans sahaja buat masa sekarang. Duit yang aku ada sekarang untuk simpanan bagi pernikahan aku, beli rumah, beli susu pampers anak-anak dan buat mak ayah sorang sikit. 


Tak semestinya kau takda calon suami, tak boleh nak menyimpanan untuk tujuan berkenaan ye dak? Niat di hati yang ikhlas mesti ada! Bila akak ipar aku cakap ... "bila jumpa orang yang sesuai, tepat pada masa dan ketikanya, Insya-Allah segalanya dipermudahkan!" hu hu ... detik nie aku rasa menyesal gila sebab membelanjakan duit yang aku simpan untuk pernikahan aku dulu sesuka hati. Walaupun jodoh tu tak ada, sepatutnya duit tu aku simpan je! Kan dah nak kena kumpul balik ... Eh! tersasar dari cerita pasal si minah insurans tu plak. Apahal termasuk cerita bab nikah kahwin nie. hu hu ....


Rasanya dah berjela panjangnya aku taip! Ada ke yang baca  entri ini sampai noktah terakhir? Kalau ada thanks tau. Salam Jumaat untuk korang semua dan hati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali hokeh!




CK : Kerana nasi lemak semalam, aku kekenyangan sampai hari ini! Ada sapa-sapa lagi nak cakap aku kurus??? Silakan ...

Monday, August 15, 2011

Memang Heavenlah!!

Assalamualaikum ...


Heaven! Semalam dapat berbuka puasa kami 4 adik beradik ... dengan abang dan 2 orang adik saya.  Berkampung kat rumah abang. Awal-awal lagi saya dah calling-calling dengan abang tercinta *abang pun sorang je yg ada ... itulah racun, itulah penawar*. Riuh rendah satu rumah dengan suara dan gelagat anak buah. Itu baru 5 orang ... lepas raya akan tambah lagi sorang!.


Semalam abang masak ... biasalah kalau pergi beramai, memang abang yang masak! Memang masakan dia the bestlah berbanding adik-adik perempuan dia. Lagi best kalau dia masak tak perlu tolong. Bukan pemalas ye ... tapi abang lebih selesa buat kerja di dapur sorang-sorang. Kalau tolong pun mungkin setakat potong-potong je. Selalunya part potong ni saya dan SIL je yang buat. Tapi semalam hanya SIL and abang je kat dapur ... everthing dah hampir siap. Tunggu masa berbuka, Bismillah dan ngap!


Menu semalam memang buat saya berbuka sampai muncet! Terus lupa hasrat nak berbuka dengan hanya makan kurma dan minum air suam. Abang punya pasal. Masak memang terbaiklah ... belum time berbuka aroma dah penuh satu rumah. Buat perut jadi lapar je. Menahan tutup hidung kang ada yang terbabas puasa. he he he.


Heroin and Hero! Dini and Danny


Sebelum berbuka ... PERANG dulu! Macam-macam hal ... macam nak ke medan perang dah anak-anak buah saya nie. Ini 10 minit sebelum time berbuka, memang jenuhlah jerit-jerit suruh berhenti main. Yang berlari sana sini. Nasib baik abang and kakak dah besar-besar. Kalau tak lagi riuh jawabnya. Ini pun abang tak masuk sekali ... si kakak sibuk layan lappy. Kononnya layan VC Hazama. Eeeey darjah 2 dah layan youtube Hazama .... pleaseeeelah! Geli ok pergi layan artis camtu! Saya tak berapa suka anak-anak buah saya layan sangat artis-artis nie, sebab saya sendiri tak berapa minat. Kadang-kadang dorang bab artis lagi advance. Itu baru sekolah rendah. Kalau sekolah menengah esok camne plak???!!?


Ramai! Jadi semua wajib makan kat lantai berlapik suratkhabar ajelah. Kerusi meja boleh muat 6 orang je. 
Kang ada pulak yang terdampar depan TV.


Menu semalam memang berlambak. NAFSU! Menu utama masak sendiri. Kuih muih semuanya beli.  Abang masak nasi daging, ayam masak merah, kerabu Arab dan acar timun beryogurt! Acar timun beryogurt dengan ayam masak merah memang terbaik! Siap minta resepi masa tengah makan lagi. Nasi daging tak sempat nak snap gambar. Azan Maghrib je .... terus anak buah saya baca doa, Bismillah dan ngap ramai-ramai. Lupa terus pasal nak ambil gambar. Memang heavenlah! Saat-saat terindah ... 


Kuih muih yang dibeli ... tepung pelita *best giles!*, murtabak double *sedap!*, big samosa *terbaik!*, roti john Unan *terfemes di Putrajaya*, pulut panggang *tak sempat sentuh langsung*. Alhamdulillah kenyang. Masing-masing tersandar. Jam 8.00pm baru masing-masing ambil port solat Maghrib! Saya rasa macam dah tak boleh sujud dah. Perut penuh ... rasa macam nak jadi ular sawa kenyang. Mula nak berlingkar je.


Seronok berbuka puasa dengan adik beradik beramai. Bukan selalu dapat macam nie. Bila dah duduk beramai macam-macam hallah yang dibincang. Dan bila duduk beramai ... saya mula teringat pesan mak kat saya dulu ....



"Jaga Abang dengan adik-adik ... apapun jadi jangan nak berpecah!. Adik beradik tak ramai, 4 orang ini aje. Ini anugerah yang Allah beri!".



Disebabkan saya nie anak kedua dan paling lama tinggal dengan mak ayah dulu, so macam-macam pesan yang saya dapat dari mak ayah. Berbanding dengan 2 orang adik perempuan saya ... saya lebih rapat dengan abang. Lagipun dia yang jaga saya sepanjang saya tinggal di KL. Walaupun jarang nak bersembang sebab dia sibuk ... apa-apa hal pesan mak, saya akan dahulukan abang dalam hidup saya. Sejak kecil lagi memang macam tu. Tapi saya tetap sayang adik-adik perempuan yang berdua nie. Apa permintaan mereka, saya cuba penuhi mana yang mampu. 



Kerisauan agak berkurangan bila adik sulung saya dah ada yang jaga dan adik bongsu saya pun akan ikut jejak yang sama. Alhamdulillah. Moga bahagialah mereka dunia dah akhirat. Adik bongsu saya tu harap-harap berubah dan menjadi lebih rajin buat kerja rumah bila dah kahwin. Amin ... moga Allah perkenanlah doa saya di bulan Mulia nie.


Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Dari bangun sahur tadi, siapkan kerja office dan update belog. Kat office memang tak mampu layan belog dah. Sampai juga lagi ya.


Tata ... terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! (",)




CK : Isnin .... jangan gatal-gatal nak Monday moody! Bukan ke hari nie imbuhan dah dapat????!!! yeeeeaaaah. Alhamdulillah ...

Sunday, June 5, 2011

Berjuma-juma Di Rumah Abang Dengan Rela ... ha ha ha! Heaven Sungguh!

Assalamualaikum ...

Hari nie Ahad ... mood masih kat rumah jugak! Best dan syiok terlampau abiskan seharian dengan anak-anak buah semalam. Bergaduh sana sini dengan dorang. Siap makan-makan. Pastu tido-tido. Layan movie. Malam ... makan lagi! Seronok-seronok! Rasa bahagia hati CK semalam. Yelah selama nie asyik ngadap kerja je. Boring jugak. Sesekali spent time dengan family ... perghh nikmat tak terkata. Tambah pula dengan anak-anak kecil ... keletah mereka yg buat CK tak boleh tahan. Gelak je. Bila tanya ada je yang menjawab ... pandai pula.

Sebelum pergi rumah abang, CK buat bihun goreng kicap. Tak mau kasi pedas, nanti anak-anak tak boleh makan. So, yang dewasa pun kenalah makan ala kanak-kanak jugak!

 Ini bihun gorengnya! Bertambah Si Huda makan. Sedap la kot ... ha ha ha. Tak pun lapar. Tapi rasanya sebelum tu dah makan roti canai dengan capati.


Sambil layan cerita KONGSI  kat Astro First, CK siap layan buku masakan kakak CK. Rajin naw dia buat kek. Masa CK nak balik siap buat chocolate cake. Tapi tak sempat nak makan sebab tengah bakar lagi. Takpa lain kali ye! Kakak CK memang terror buat carrot cake juga. Memang sedaplah!!

 
 Habis layan buku cake, layan buku nie pulak. Best! Banyak ilmu yang boleh diamalkan. Nak pinjam segan, so kena pi cari kat kedai buku lepas nie.

 Lepas makan-makan, layan buku and movie ... si chubby DINI nie tido atas lengan CK. Dah bergolek sana sini. Janji dengan dia nak bawa pi Giant tapi tak jadi sebab abang dengan kakak dan bawa dia pergi Tesco beli barang-barang dapur.


Lepas je si chubby Dini bangun tido, siap minum sirap dalam botol terus keluar pi jalan-jalan kat luar! Amik angin lah. Terperap kat dalam rumah je tak bagus untuk kesihatan. Bawa keluar kasi lompat-lompat bagi peluh sikit. 

Lepas teman Si Dini jalan-jalan luar rumah, jaga si kecik muka Jepun ni pulak. Alahai mata dia sepet naaau! Asal CK pegang je nangis ... hu hu  hu! Nape la gamaknya kamu kan? Sudahnya pegang tapi jangan kasi dia pandang muka CK ... dah tahu benar muka nie tak lawa mcm mummy dia. ha ha ha

 Tengah lepak-lepak tengok sis CK main badminton ngan si Huda, Si India jual suratkhabar datang collect payment bulanan. Ada sorang lagi yang tak join sesi kami lepak kat luar nie. Mestilah si abang ... dia nie raja tengok tv! Asik2 karton ... ajak main kat luar pun tak nak!

 
Masuk dalam rumah terus letak si kecik nie. Ini tak nangis sebab CK asik amik pic dia! Tiap kali amik gambar mesti diam kejap. Konon-konon berposinglah tu.


CK ingat nak balik kul 6.30pm, siap2 dah! Tapi abang suruh  balik lepas dinner. Dia masak tomyam ayam, telur dadar then goreng ikan sepat. Perghh sedap jugak dapat makan ramai-ramai. Abang masak! Dah lama tak makan masakan dia ... terbaik la! hu hu

Masa nak balik akak cakap kek belum lagi masak. Tak dapatlah  nak makan katanya. Takpa kak ... lain kali ada lagi ... he he he. Minggu depan ke? CK memang boleh pergi rumah abang bila2 masa je, sebab CK satu2nya adik yang pegang kunci rumah abang. CK dulu stay ngan abang masa rumah kat KL dan rumah baru abang nie sebelum CK pindah Putrajaya.

Memang bermaknalah hari Sabtu semalam! Terima kasih Tuhan ... segalanya berlaku dengan gembira sekali.


CK : Hari ini dok rumah layan tv, blog then nak masak sorang2. Adik CK kuar dating ... pandai pulak dia bangun awal hari nie ... ish ish ish!! Tak tahulah nak cakap ape ... hu hu