Assalamualaikum ...
Kata nak jadi isteri solehah kan? Wajiblah masak memanjang .... nak bau syurga tak ... nak bau syurga tak? ga ga ga ga. Nasib baiklah aku tak terkejut sangat mendapat gelaran isteri yang dipertanggungjawabkan untuk masak. Ia bukan bermakna aku nie pandai masak sedar giler! Aku cuma tahu memasak dan masih dalam proses pembelajaran yang pasti dan In Shaa Allah akan berterusan selagi bernafas di bumi Allah swt dengan kesihatan yg baik. Masih banyak lagi ilmu masakan yang aku belum gali dan korek dan amalkan ... dan mendapatkan hasil yang superb, mabeles dan gorjes!
#entry nie macam panjang je, lap peluh dan sediakan segelas air sebelum meneruskan pembacaan ... hehehehe#
Aku ingat macam nak buat entry bagi setiap menu-menu pada satu hari. Tapi disebabkan aku malas bebenor nak menulis blog sekarang ini ditambah pulak dengan sibuk menjadi isteri, baru aku tahu sibuk dan boleh tahan penat juga jadi isteri nie maka aku compilekan kesemuanya dalam satu entry. Nanti aku fikirlah apa entry yang akan datang pulak nak cerita apakan? Sekarang nie kite cerita pasal makan je. Sorry lah, dok tayang makanan kasi korang terliur sampai meleleh air liur. Menu takdelah best pun, simple-simple aje cuma tahap poyo tu je yang lebih. ha ha ha ha
Ini menu 2 minggu selepas bergelar hasben-n-wife. Hasben aku mengidam nak makan sotong goreng kunyit. Katanya dah lama tak makan. Kacang ajelah kalau setakat nak masak sotong goreng kunyitkan? Pejam mate dah siap kot ... ha ha ha. Menu nie aku belajar dengan mak masa kecik-keci dulu. Sebab tulah aku kata kacang sangat, bertahun dah aku masak cuma kadang sedap dan tak sedap je. hikhoookhikhooook.
Then hasben nak upkan dengan masak lomak cili api ikan mabung yang dah siap rebus. Ini penangan pergi Pasar Tani Putrajaya yang serbagala mahal tuh. 3-4 kali hasben ulang alik dekat ikan rebus tu. Last-last aku cakap kalau nak makan beli je, kang aku masaklah apa yang dia nak. Apalagi terus dia sambar 3 ekor ikan mabung rebus. 2 ekor buat masak lomak cili api dan seekor lagi goreng jeeeeeee. Ikan rebus nie sedap lagi goreng tau, bila buat masak lomak ... isi dia macam keras sket, tak berapa best. Lepas tu aku upkan dengan fakchoy masak sos tiram dengan fishball. Sayur simple tahap malas. Manalah tak gemuk dan bambam hasben mak inchek skang nie! Bukan main mengadap makanan ....
Selepas itu, di hari minggu seterusnya ... hari Ahad kalau tak salah aku, hari selepas aku masak
nasi lemak dengan sambal gorjes tu, ada saki baki sambal lebih yang aku simpan dalam fridge. Malamnye aku pergi ke majlis perkahwinan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Rajinikhan Batumalai & Marina dekat Hotel Royale Adelphie Seremban ... dapatlah 2 bijik telur rebus. Bawa balik aku mix dengan sambal gorjes nasi lemak tu. Maka jadilah sambal telur pulak. Pandaikan aku? ha ha ha .... sebenarnya malas! Nak juga menu mudah untuk lunch ....
Lepas tu buat kari ikan kembung (salah teknik, tak sedap plak kari aku ... tapi aku tengok hasben makan selamba je. mesti dia taknak aku kecik hati tuh), ikan bilis goreng (peberet hasben) dan ikan kembung goreng. Maka, makanlah hasben-n-wife dengan penuh selera. Lepas makan je dua-dua mata kuyu. Plan nak keluar jenjalan ... last-last 2-2 hanyut depan tv sampai potang. Apa pun tak bleh!
Nampak tak kicap mudim dalam gambar tu? Hasben aku sangat suke dengan kicap nie ... lemak lemak katanye. Tapi kicap nie kalau tak salah aku hanya dijual di sebelah utara sana je. Siap borong kot bawa balik Putrajaya. Kira kicap mudim nie menu wajiblah kat hasben.
Yang ni plak menu lunch Jumaat lepas. Hari Jumaat kan rehat panjang. Sementara menunggu hasben balik solat Jumaat, isteri dengan sukahatilah sangat memasak. Alasanye sebab malas nak makan dekat kafe. Akhir-akhir nie tekak aku tak boleh terima sangat dah menu kafe. Tak sodap la. So, aku cakap kat hasben, jangan makan kat luar lepas solat Jumaat. Balik makan dekat rumah, lepas lunch baru masuk office. Hasben bab makan setuju aje dia.
Aku buat ayam goreng berempah. Tak berapa menjadi sebab aku lupa print resepi. Main belasah je bahan-bahan buat ayam berempah nie. Lepas tu aku buat masak lomak cili api tulang ikan merah dengan terung panjang. Masak lomak lagi! Apa boleh buat ... den nie bersuamikan oghang nogori ... pi mai pi mai mesti hasben nak juga makan masak lomak cili api. Asalnye aku plan nak buat kari je sebab aku dah beli rempah basah kat kampung. Nak test sodap ke tak rempah tu. Sekali hasben cakap, "eh, tulang nie sedap juga kalau buat masak lomak cili api ..". Aku pun on ajelah. Ai tak kisah. Semua pun boleh je belasah.
Aku buat masak lomak tu dengan terung panjang. Dah kahwin nie baru tahu hasben tak makan terung. Akulah kena makan terung tu sorang-sorang. Bukan dia tak makan langsung ... tapi dia memang tak suka sangat. Sampai tak terdaya aku ratah terus tu. Lepas nie kalau aku nak makan, beli sebiji dah cukup.
Lepas balik dari solat Jumaat, hasben singgah dekat Cendol Borhan area Dengkil ... dekat dengan jalan nak masuk ke Taman Selatan dan Taman Cabaran Putrajaya tu. Sedap juga cendol jagung dia. Hasben siap beli 3 cup ... cendol durian dia aku tak berapa berkenan. Sebabnye aku spesis makan buah durian camtu-camtu je. Kalau durian crepe aku bleh telan!
Menu dinner malam tadi. Try test resepi omak mertua. Ikan tenggiri masak asam podeh dengan ikan kembung goreng cili api resepi air tangan omak mertua ku. Asam podeh tu macam tak berapa menjadi macam omak mertua masak. Percubaan. Haruslah tak seperti sifu kan? Sifu dah bertahun-tahun masak asam podeh, aku baru nak belajar. Hasben kata ... "bolehlah nie ... cuba lagi!". Nampak sangat kegagalan sedikit di situ.
Lepas tu aku up dengan ikan stim goreng cili api. Peliknye la hai recipe neh. Ini pun omak mertua yang ajarkan. Yang nie memang jadi macam omak mertua buat. Thanks omak! Ikan goreng kalau korang nak jadikan dia sodap ....rebuskan dengan air yg sedikit dulu. Then baru goreng. Kena plak dengan nasi panas-panas .... boleh bertambahlah berat badan korang! In Shaa Allah .....
Dinner malam tadi menyebabkan hasben bertambah nasi 3 kali, last-last dia tertidur awal. he he he. Perut cekang sangat dengan nasi. Hasben aku kalau sodap benda yang dia makan ... diam je mulut. Takdelah tazkirah. Kalau masak tak kena sket, pasti dia akan komplen dan siap dengan ajaranye sekali. Aku nie mendengar dengan senyuman sambil mengunyah nasi dengan penuh gaya. ha ha ha
Sayur sawi goreng tuh main campak asal jadik je. Saja buat cukup syarat. Hasben aku kalau nak makan nasi dia nak seboleh-bolehnye ada 3 menu atas meja. Macam omak dia buat. So, aku pun kenalah belajar macam mana omak dia dah praktikkan zaman berzaman.
Hye ... nasib baiklah dulu masak kocik-kocik aku selalu gak tolong mak aku masak ... kalau tak menggelabah jugalah nak masak untuk hasben. Mahu demam tak kebah-kebah sebab kejutan kehidupan ... he he he he
Fhuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..... lenguh tangan menaip. Cukuplah takat nie. Nanti kite cerita benda lain plak yek. Selamatlah korang menatap gambaq makanan aku tuh!
CK : Aku pun semakin kembang macam hasben .... baru seimbang hasben aku cakap. Okeh, tak lawak la sayang!