Pembaca nie kadang-kadang suka mencari info yang agak pelik. Ada sahaja yang mereka suke untuk google. Zaman serba canggih sekarang nie tak susah pun nak cari info. Asalkan ada pc, laptop ... tab dan yang penting ada talian internet. Maklumat di hujung jari, senang dan mudah mendapat apa yang dicari. Kadang ada juga yang pemalas guna kemudahan dan kecanggihan teknologi untuk manfaat sendiri. Semua benda nak tanya. Dasar pemalas! Meh, layan keywords yang menarik untuk aku kongsi dengan korang. Menarik untuk aku ... he he he
Kisah adik puan. Aku tak pasti kisah adik puan mana yang dicari. Kisah apa? Adik puan nie lelaki ke perempuan. Mesti pembaca nie google tentang adik kepada boss perempuan dia. Mungkinlah. Tapi macam kelakar pula google keyword macam nie.
Lepas nie kalau nak tahu kisah sesiapa, ko google je yek! Sonang kojer ko. Tapi pastikanlah ... adik kepada puan kau tu artis, ahli sukan ke ... politician ke ... senang cakap public figure. Mesti kisah dia bersepah-sepah sana sini. Ish ... dasar menyibuk hal orang la nie sampai tahap google camnie. Apalah ...
Memanjakan lelaki?? Wah wah wah ... bersungguhnye ko cari ilmu nak manjakan lelaki ye. Bila keluar keyword macam nie terus aku terfikir, "pernah ke aku bagi tips memanjakan lelaki ... tak pun tips memanjakan suami?? Pernah ke tak ... pernah ke tak ...ish ish ...". Lepas nie aku plak nak google tips memanjakan suami ... tak pun memikat hati suami! Aku pun nak manja dan pikat hati suami gak. keh keh keh.
Mestilah perempuan yang sedaya upaya mencari tips memanjakan lelaki nie. Kalau lelaki mesti dia dah google tips memanjakan perempuan ... memanjakan wanita ... memanjakan isteri ... tak pun tips memikat hati isteri. Ye tak?? Apa-apalah korang, asalkan berbahagia.
Kehidupan di umur 30-an. Keywords nie menarik je untuk aku. Aku dalam umur 30-an ... sesuai kot bagi share ilmu. ngeh ngeh ngeh .... Kehidupan nie, umur mana sekali pun ... kalau kita bijak mengendalikan, menguruskan dan merancang dengan baik, In Shaa Allah baik juga jadinye. Cuma bagi aku dalam umur 30-an nie, satu tempoh yang boleh menjelmakan kematangan dalam diri kita.
Dalam tempoh umur ini, kita sudah ada family ... aset ... tahap ekonomi diri dan keluarga yang stabil. Kadangkala, bukan senang nak harungi umur 30-an ... nak-nak wanita yang hidupnya masih sendirian. Macam aku sebelum nie. Macam-macam cemuhan mulut manusia kepada wanita yang berumur 30-an tapi masih single mingle neh. Ada je fitnah sana sini. Benda yang takde diada-adakan. Benda yang ada diburuk-burukkan dan menukar kebenaran. Ermmmm ... macam-macamlah. Aku dah lalui. So, aku dah rasa ... betapa kadang2 jahatnye mulut manusia memandang wanita yang lewat berkahwin atau belum kahwin di mata mereka. Mereka takkan berbalik kepada Allah swt dalam hal ini bahawa jodoh itu rahsia Allah swt.
Untuk wanita-wanita kat luar sana, kalau masih belum berkahwin di usia 30-an, teruskan berdoa ... berusaha dengan cara yg Allah izinkan adalah baik, tapi berhati-hatilah takut orang mengambil kesempatan pulak. Solat istiqarah adalah yang sebaiknya sebelum buat keputusan. Perbanyakkan solat hajat agar Allah swt menemukan diri kita dengan jodoh yang baik, beriman, bertanggungjawab, penyabar dan penyayang. Yang penting bukakanlah hati kita untuk menerima cinta dan kasih sayang yang Allah akan hadirkan dalam diri kita. Bersedia ...
Opsss ... termelalut. hikhikhiks ... okeylah aku nak pi rehat jap. Penat baru balik dari travel. Nanti sambung citer lagi yek.
CK : Aku dah makin gemuk skang ... sendat kain baju. Erghhh ... sabor ajelah!