Showing posts with label Kluang. Show all posts
Showing posts with label Kluang. Show all posts

Friday, February 12, 2016

Kenapa Pasar Malam Ini Hanya Dua Kali Sebulan



Ini pasar malam di kampung aku. Bandar Tenggara. Ya, kampung aku adalah bandar. Tapi, bukan macam bandaraya Johor Bharu mahupun bandar Dungun. Malah, Bandar Baru Uda atau Bandar Tun Razak jauh lebih besar dari bandar aku ni. Mungkin Bandar Tenggara ni macam Bandar Tasik Selatan (Olan) kot.

Sebetulnya, Bandar Tenggara adalah pusat bandar wilayah kemajuan luar bandar Johor Tenggara. Kalau kau perhati, kebanyakan bandar bermula di tepi laut, tepi sungai atau di dataran lembah yang luas. Tapi, Bandar Tenggara ni wujud di tengah- tengah hutan. Ia dikelilingi lebih sedozen perkampungan felda, estet dan orang asal dalam lingkungan 30km radius.

Jauh aku punya intro. Kau memang gigih boleh baca sampai sini. Hohohoho.

Pasar malam di kampung aku ni tidak dipanggil pasar malam. Kami panggil pasar lambak. Tak tahu la aku sebab apa di panggil pasar lambak. Nak kata ada joget lambak, memang takde. Mungkin sebab berlambak orang meniaga dan berlambak orang datang shopping dan cari bini di sini.

Pasar lambak di sini diadakan dua kali dalam sebulan. 9 dan 20 haribulan setiap bulan. Kalau 9 dan 20 haribulan tu jatuh hari Khamis malam Jumaat, ia akan dianjakkan pada keesokan hari. Ini bagi peluang pada masyarakat untuk membuat yasinan. Yasinan ini adalah bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai. Ia secara adat dilakukan setiap malam Jumaat.

Selain Bandar Tenggara, pasar lambak juga diadakan dua kali sebulan di perkampungan sekitar 30km radius. Memandangkan ada lebih sedozen perkampungan, memang tak cukup masa untuk rotation dalam tempoh seminggu. Itu sebab kena buat dua kali sebulan. Sebab apa kena buat rotation? Sebab, peniaga yang sama juga yang berniaga di pasar-pasar lambak tersebut.

20 tahun lepas memang meriah pasar lambak ni. Panjang. Memang tak larat nak jalan dari hujung ke hujung. Ialah, masa tu tak ramai mampu ada kereta untuk ke Kluang, Kulai atau Kota Tinggi. Di pasar lambaklah penduduk membeli barang keperluan yang tak ada dijual di kedai-kedai di Bandar Tenggara ketika itu. Juga, ini adalah peluang untuk penduduk berlibur.

Sekarang pasar lambak kurang meriah. Semakin kontot. Penduduk pun dah ramai yang ada kereta. Jadi, bila-bila masa sahaja mereka boleh ke Kluang, Kulai, Kota Tinggi, malah ke Johor Bharu untuk shopping. Pemuda juga sud
ah bosan untuk mencari bini di pasar lambak. Bosan melihat gadis sekampung. Keturunan tak berkembang. Ada baiknya mereka mengorat makwe bandar. Rambut karat, jeans ketat, pakai Myvi, kerja kerani. Keturunan pun berkembang.

Sebelum jauh aku merepek, aku tamatkan artikel ni di sini. Memang anti-klimaks. Tak macam drama laki curang bini derhaka petang-petang tu yang kau boleh agak penamatnya walaupun baru tengok episod pengenalan.

Sunday, February 09, 2014

Dah Macam Kena BOM!

Aku jarang balik Johor. Tapi, tidaklah terlalu jarang. Barangkali setahun, paling kurang empat kali aku akan pulang ke Johor. Menziarah orang tua yang utamanya. Membeli kerepek jatuh nombor dua.

Biasanya aku akan beli kerepek di sekitar Air Hitam - Parit Raja - Senggarang. Ada beberapa kedai yang mana aku telah menjadi pelanggan tetap selama beberapa tahun.

Jika dahulu, untuk membeli kerepek, dari Bandar Tenggara, aku akan melalui bandar Kluang, melalui Bandar T6. Tapi, beberapa tahun lepas, telah ada jalan potong ke Renggam, sebelum Felda Bukit Tongkat. Melalui jalan itu, ternyata lebih dekat. Dari Bandar Tenggara, boleh sahaja aku melalui jalan itu ke Renggam. Dari Renggam, terus ke Simpang Renggam dan sampai ke Air Hitam.

Walaupun jalan itu baru, tetapi, jalan tersebut telah mengalami kerosakan. Sama keadaanya seperti jalan Felda Inas ke Kulai. Dipercayai jalan tersebut bertar nipis dan dilalui oleh lori.

Memandu di jalan seperti itu, amat menguji kecekapan memandu. Harus sentiasa berwaspada dengan keadaan jalan dan kenderaan terutama lori yang dipandu laju.

Terkadang, aku rasa kadaan tidak aman kerana rupa paras jalan seperti di bom!





p/s: Semasa melalui jalan tersebut tempoh hari, jalan sedang dibaiki. Tapi, tak pasti berapa lama ia boleh bertahan.

Tuesday, April 17, 2012

Buang sampah di atas jalan raya yang sesak

Tempoh hari. Di kluang. Perjalanan pulang ke Bandar Tenggara. Berhampiran Taman Gunung Lambak. Tatkala berhenti di lampu isyarat.


Tengok lebih dekat

Lagi dekat


Pemandu itu dengan selamba dan sengaja membuang bungkusan air dalam plastik yang penuh dengan air batu. Tanpa rasa bersalah. Mungkin, pada sebahagian orang, itu normal. Tapi, pada aku ia tidak normal. Buang sampah merata-rata satu hal. Satu hal lagi yang kau buang itu berbentuk pepejal air batu. Aku amat pasti jika motosikal melanggarnya, boleh tergolek.

Lalu aku putuskan untuk melanggar air batu itu, dengan harapan ia akan berkecai dan lebih cepat menjadi cecair dan tidak membahayakan pengguna jalan raya itu.

Sunday, February 28, 2010

Kelapa Bakar

Kalau kau singgah di Ayer Hitam, Johor, ada baiknya kau singgah di tempat ini.

 

Gerai ini terletak di tepi jalan Kluang-Ayer Hitam. Berhampiran Institut Pertanian Ayer Hitam. 

Kelapa muda di panggang di atas bara selama satu jam. Boleh diminum sejuk atau panas. Harga sebiji RM4.00. Rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi bila tambah dengan sedikit madu.



Ada satu lagi gerai, setahu aku, terletak di jalan Kota Tinggi - Ulu Tiram. Juga di Johor. Tempat lain aku tak pasti ada atau tidak.

Sunday, November 22, 2009

Kenderaan Amfibia Untuk Dijual



 Gambar di atas merupakan gambar muncung hadapan kenderaan amfibia yang hendak dijual. Bagi melihat gambar penuh kenderaan amfibia ini, boleh klik di sini.

Di darat, kenderaan amfibia ini mampu meluncur selaju 160km/j. Ini buktinya. Kalau di air, lagilah laju!!!

Memandangkan sekarang musim banjir, kenderaan ini amat sesuai di gunakan. Kenderaan ini telah banyak kali terapung meredah banjir di mersing, kluang, dungun, paka dan kerteh.

Kalau berminat, boleh hubungi aku. Harganya tidak kurang dari RM100,000.

Ada berani?

Wednesday, September 30, 2009

Remang Senja



Seronok juga bila ada bini. Sementelaah pula Pn. Nurul masih seorang suri rumah profesional. Makan minum aku terjaga. Rakan-rakan sering menegur aku "Kau makin kurus la sekarang". Huhuhuhuhu. Barangkali kerana Pn. Nurul begitu prihatin dengan kadar lemak, gula dan garam dalam masakan beliau. Juga, aku tidak perlu terlalu memikir hal-hal di rumah. Semunya Pn. Nurul akan uruskan.

Selain itu, beliau juga menjadi co-pilot yang bagus tatkala aku memandu. Beliau gemar bercakap tatkala aku memandu. Beliau boleh berkata-kata tanpa henti sepanjang perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu. Hebat bukan? Huhuhuhuhu

Juga, beliau gemar mengambil gambar sepanjang perjalanan kami. Tak tahu kenapa. Dan ini adalah antara gambar yang diambil beliau di sekitar Jalan Mersing - Kluang tatkala kami pulang ke Johor pada hari raya keempat tempoh hari.





Monday, January 05, 2009

Dari Manakah Tag Itu

Dapat tag dari norlieza82 dan telah dijawab. Lalu aku terfikir, dari manakah mulanya tag itu? Siapa yang menciptanya? Jadi, aku pun memulakan pencarian...

1. norlieza82
Berasal dari Ulu Belitong, Kluang. Berkahwin dengan suami yang mempunyai nama yang sama dengan beliau. Sudah mempunyai 2 orang anak

2. dora
Berstatus puan

3. sufian
Seorang mamat yang celik IT. Blog beliau bagus untuk orang yang buta IT macam aku ini.

4. beruang
Seorang bapak beruang yang tinggal di sekitar Shah Alam atau Puchong. Kelihatannya beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam hidup. Aku menjangkakan umur beliau lebih dari 33 tahun.

5. chastoriesinlife
Aku tak pasti siapakah beliau. Barangkali seorang Filipina yang menyambut Krismas.

6. nova
Nak tau pasal nova? Baca di sini. Tak paham bahasa Inggeris? Aku yang English SPM dapat 8 pun bole paham....

7. rosemarie
Orang Filipina juga. Seorang janda beranak satu dan berusia lewat 2oan (wow!).

8. tintintetey
Wanita. Berkahwin selama hampir 2 tahun. Orang Filipina juga

9. very-licious
Awek Filipina. Nak berkenalan? Pergi kat sini. Pening aku baca blog beliau...

10. MsDianeG
Awek Filipina juga. Jururawat. Umur 25 tahun.

11. http://ilbloomagain.blogspot.com
Sampai sini jer. Mata dan kepala dah aku sakit tahap jembalang tanah nak cari post mamat ni pasal tag/award cute. Dan lagi beliau menulis dalam bahasa Tagalog.

ps: Tahukah ko bahawa bahasa Melayu/Indonesia adalah serumpun dengan bahasa Tagalog.
ps2: Tahukah ko apa itu bahasa Tagalog? Cis! Tak tau. Pergi cari cikgu Geografi ko!
ps3: Tahukah ko Panglima Awang merupakan orang yang terlibat dalam ekspedisi mengelilingi dunia oleh Ferdinand Magellan? Dan beliau boleh berkomunikasi dengan orang Filipina tatkala armada Magellan singgah di Filipina. Panglima Awang juga dikatakan orang yang berjaya menamatkan misi mengelilingi dunia, bukan Magellan.
ps4: Tahukan ko bahawasanya aku pun bukan tahu sangat semua di atas. Agak-agak je. Jangan ko jadikan post ini sebagai sumber rujukan untuk membuat Kajian Geografi atau Kajian Sejarah ko!

Friday, August 22, 2008

Bila Pak Lah Naik LRT

Aku tengok Buletin Utama TV3 malam tadi. Pak Lah yang berjiwa rakyat itu telah mencuba untuk menaiki LRT. Barangkali itu kali pertama beliau menaiki LRT dan beliau terkejut melihat kesesakan di stesen dan dalam LRT. Dan beliau juga terkejut apabila mendengar keluh kesah pengguna LRT. Dan beliau berjanji akan memperbaiki sistem pengangkutan di ibu negara.

Barangkali juga, Pak Lah perlu turun ke seluruh negara bagi melihat sendiri sistem pengangkutan di seluruh negara. Jika di ibu negara Pak Lah merasakan bahawa sistem pengangkutan begitu teruk, di tempat yang bukan ibu negara keadaan barangkali lebih teruk!!!

Barangkali Pak Lah perlu turun ke Bandar Tenggara misalnya. Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk samada ke Kulai/Johor Bahru, atau ke Kluang, atau ke Kota Tinggi di stesen bas Bandar Tenggara. Barangkali Pak Lah boleh menulis sebuah novel sementara menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Dungun. Barangkali juga Pak Lah boleh meminta pengawal peribadi beliau membawa payung dan kerusi lipat sebagai persediaan untuk menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh mendengar rungutan pelajar Politeknik dan UiTM Dungun yang tiada kenderaan sendiri tatkala mereka perlu dengan segera ke bandar Dungun. Mereka perlu membayar RM2 sehala, dan RM4 untuk pergi dan balik. Dan barangkali lebih menjimatkan jika mereka menyewa kereta kancil selama sejam dengan bayaran RM5 dan boleh dinaiki seramai 5 orang yang mempunyai berat badan kurang 50kg. Barangkali juga bisnes kereta sewa di bandar Dungun mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Err...cuba korang kira berapa banyak "barangkali" yang aku guna dalam post ni, termasuklah "barangkali" dalam ayat ini.

p/s: Barangkali cikgu Apis17 boleh menggunakan post ini sebagai contoh penggunaan perkataan "barangkali" dalam karangan Bahasa Melayu darjah 5.

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu

Monday, March 03, 2008

Satu Hari Di Pejabat Pos Dungun, Terengganu

Kira-kira jam 2.00petang, selepas aku makan di kedai Selera Selatan, aku bersama rakan karibku Stim a.k.a Stimmy pergi ke Pejabat Pos Dungun untuk membeli wang pos dan sampul pos express.

Sampai di Pejabat Pos Dungun, aku terus mengambil nombor, krek...krek....1325. Nombor di kaunter menunjukkan nombor 1285. Erm...40 orang lagi siut!!!

Sambil menunggu nombor, aku borak-borak dengan Stim. Macam-macam yang kami bualkan, dari hal-hal pejabat, sampailah ke hal-hal rumahtangga Stim. Sampaikan pada satu tahap, aku dan Stim tak tau dah nak bual apa. Kaki naik lenguh, tunggu dah naik jemu. Aku tengok nombor kat kaunter...la, baru 1295 siut!!! Stim dah mula panas, aku pun panas gak.....panas hati. Huhuhuhuhuhu

Aku: Lambat giler siut!!!
Stim: Tu la pasal... Naik lenguh kaki aku!
Aku: Sejak kawin nih, lutut ko makin longgar ek!
Stim: Kepala hotak ko!
Aku: Marah nampak!
Stim: Diamlah ko!

Aku jeling nombor...baru 1297

Aku: Lambatnya stim....
Stim: Diorang kena belajar ngan Pejabat Pos Kluang, Johor (Stimmy asal Kg. Melayu, Kluang)
Aku: Apa pasal pulak?
Stim: Orang penuh kat pejabat pos tu, tapi laju gile nombor jalan
Aku: Oooohhh! Ye ke?
Stim: Ye la....
Aku: Ko tengok la tu... kaunter ada SEPULUH tapi yang bukak dua je...
Stim: Ye tak ye jugak. Patut la macam siput

Aku jeling lagi....baru 1299

Aku: Apa ko cakap tadi?
Stim: LAMBAT MACAM SIPUT!!!
Aku: Marah nampak?
Stim: Diam lah ko!!!

Kami membisu seketika....tiba-tiba (jeng jeng jeng)

Stim: Ni kalau siput jalan dari Paka agaknya dah sampai kat Dungun ni dah (Paka ke Dungun --- lebih kurang 15km)
Aku: Marah nampak?
Stim: Ko boleh diam tak?
Aku: Huhuhuhuhuhuh

Kami membisu. Aku ushar ushar awek awek kat Pejabat Pos Dungun tu (pergh, dapat dosa kering). Tiba tiba (jeng jeng jeng sekali lagi)

Mesin nombor: SATU TIGA DUA LIMA kaunter TIGA

Aku terus ke kaunter tiga.

Aku: Wang pos tiga puluh ringit dua
Kerani Pos Dungun: Enam puluh satu ringgit
Aku: Err...pos express sekali. Hok saiz A4 (oyak ganu skit)
Kerani: Se sampul empat riyal. Dua lapang riyal ah. Jadi, semue skali nam puluh sembilang
Aku: Bereh boh! Zup zap (pembayaran dilakukan)

Pastu aku pun beradar dari kaunter menuju ke tempat Stim berdiri

Stim: Tak sampai seminit Jam
Aku:Tunggu dekat sejam!!! Kalu Pejabat Pos Bandar Tenggara (kampung aku) tunggu 1 saat je, proses seminit.
Stim: Marah nampak?
Aku: Diam lah ko!!!