Showing posts with label Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Kemaman. Show all posts

Monday, November 05, 2018

Buah berangan goreng kopi

Kalau kau tiada apa-apa nak buat pagi cuti Jumaat yang nyaman ini, aku cadangkan kau ke Pasar Besar Kemaman.
Antara bahagian jualan kuih dan gerai-gerai buah, ada anak muda meniaga buah berangan goreng.
Ini bukan biasa-biasa punya buah berangan. Bukan direbus. Bukan dikukus. Bukan dibakar. Bukan digoreng dengan pasir.
Tapi, digoreng dengan biji kopi.
Aroma masa sedang menggoreng sangat mencengkam. Aroma biji kopi dan buah berangan harum menusuk hidung lalu membugarkan mata.
Ia sangat sedap dimakan panas-panas. Walaupun rasa melupuh tangan dan melocot mulut, masih tetap mahu dimakan. Alah, macam makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua.
Ayuh, nikmati buah berangan goreng kopi ini. Walau harganya agak premium, RM10 untuk 250g, tapi ia sangat berbaloi!


Sunday, April 29, 2012

Kren terbalik di projek jambatan Teluk Kalong

Kejuruteraan, suatu bidang yang sangat menarik. Ia sangat berkaitan dengan kehidupan kau seharian. Melalui kemajuan dalam bidang kejurteraan, sesetangah perkara menjadi sangat mudah. Cuba kau bayangkan hingga kini kereta masih belum dicipta, pasti memakan masa berbulan lamanya untuk aku sampai ke Dungun dari Bandar Tenggara. Hahahahaha.

Tempoh hari, aku berpeluang ke Kuantan dengan menaiki bas. Aku agak teruja. Bukan kerana aku tidak pernah menaiki bas. Bukan juga kerana aku tidak pernah ke Kuantan. Tapi, kerana aku ingin melihat dari pandangan "atas" pembinaan jambatan di Teluk Kalong, Kemaman.






Selalunya, dengan menaiki kereta, aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana pemandangan dihalang oleh kon atau konkrit setinggi 1.5-2meter. Aku agak kagum. Kagum dengan Ilahi kerana mencipta makhluk yang mampu membina jambatan seperti ini. Juga, kagum dengan keberanian pembina jambatan itu demi sesuap nasi.

Sedang ralit melihat dan mengambil gambar, aku terperasan sebuah kren yang terbalik.





Bagi pengetahuan kau, perlu ada lesen khas untuk mengendalikan kren. Selain itu, pemandu kren biasanya mempunyai pengetahuan matematik dan kejuruteraan. Bagi pengendali kren, mereka perlu fasih konsep trigonometri, phytagoras, daya dan kekuatan. Setiap beban yang diangkat, ia perlu sudut angkatan kren yang tertentu bagi mengelakkan kren terbalik.

Aku pasti pengendalikan kren itu tidak silap dalam analisis matematik dan kejuruteraan beliau. Pada hemat aku, tanah disitu agak lembut dan jerlus, lalu menyebabkan kren terbalik.

Manusia punya asa, Allah punya kuasa.


Tuesday, March 27, 2012

COKLAT HOMEMADE QIS & MIN

Selalu, bukan sekali dua, Pn. Nurul merengek ingin aku membelikan beliau hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami atau ulang tahun kelahiran beliau. Tapi, seperti biasa aku akan buat bodoh sahaja. Hahahahaha.

Akan tetapi, tempoh hari aku tergerak hati untuk membuat kejutan dengan beliau. Oleh itu, aku memesan coklat buatan tangan dari Zayla Oven n Butik a.k.a COKLAT HOMEMADE QIS & MIN

Mereka ini beroperasi di Kemaman, tapi, mereka tiada masalah untuk menghantar sejauh Dungun atau Kuantan.





Rasanya, memang sedap! Segar dari oven!

p/s: Teruja? Angkat telefon, dial 019- 917 8581 (Pn. Har)

Wednesday, January 11, 2012

Kambing Turun Bukit

Aku suka kambing. Tak tahu kenapa. Aku rasa kambing adalah haiwan yang comel. Hahahahaha

Tempoh hari, aku terlihat aksi kambing menuruni bukit tatkala santai petang di hadapan rumah abang ipar aku di Kemaman.



Monday, March 14, 2011

Pantai Kemasik

Sebetulnya, tidak banyak memori aku terhadap pantai Kemasik.

Memori pertama - Dulu ada gerai menjual kerepok lekor dan ABC yang enak di situ.
Memori kedua - Aku pernah termakan lalat di medan selera yang terletak kira-kira 300m dari gerai kerepok lekor dan ABC.

Dulu, pantai Kemasik ini agak gersang. Memang tak ada orang yang akan datang lepak-lepak di pantai Kemasik. Tapi, ada seorang rakan yang menceritakan bahawa beliau suka tidur berlantaikan bumi beratapkan langit pada waktu malam di pantai Kemasik.

Tapi, pantai Kemasik kini semakin indah. Sesekali lepak di situ bersama Pn. Nurul sambil membaca novel Bumi Cinta adalah sesuatu yang menyenangkan.





Sedikit trivia -dahulu Kemasik adalah salah satu daerah di Terengganu. Kini ia adalah sebahagian dari Kemaman. 

Sunday, August 22, 2010

Zoo Kemaman

Satu tarikan terbaru di Terengganu. Zoo Kemaman.



Tapi, tiket masuk agak mahal. Tidak berbaloi dengan haiwan yang ada. Juga tidak adil bagi rakyat tempatan yang memangkah Barisan Nasional.


Haiwan tak berapa nak ada. Tapi, boleh lah kan. Takkan nak pergi Zoo Negara. Tol boleh jejak RM60 pergi dan balik. Huhuhuhuhu











Di dalam zoo kemaman juga ada keretapi, jambatan gantung, kolam mandi dan taman permainan kanak-kanak.





Apa lagi. Jom la ke sini.

Sunday, April 26, 2009

Stesen CNG Petronas Teluk Kalong

Kepada orang Kemaman dan Kerteh, ada berita baik untuk kau. Stesen minyak Petronas di Teluk Kalong sudah menjual Compressed Natural Gas (CNG). CNG ni adalah bahan bakar bagi Natural Gas Vehichle (NGV).



Dengan kadar RM0.68 seliter (ye ke?) sudah pasti CNG lebih menjimatkan berbanding petrol yang berharga RM2.70. Juga, kerana kau memasang CNG kit pada kereta kau, kerajaan yang prihatin (ye ke?) sudi mengurangkan cukai jalan kau sebanyak 25%



Kalau kau pencinta alam sekitar yang sejati, kau harus mamasang CNG kit pada kereta kau. Pembakaran CNG lebih lengkap dan menghasilkan hampir sifar gas berbahaya seperti Oxygen Monoxide dan Carbon Diokside.

Tapi, aku masih tidak mahu menggunakan NGV sebagai bahan bakar kereta aku. Sungguh tidak efisyen untuk aku mengisi CNG di Teluk Kalong yang berjarak 45 minit perjalanan dari Dungun.

Kalau kau orang Kemaman dan Kerteh yang bersungguh-sungguh untuk memasang CNG kit, kau boleh berkunjung ke sebuah kedai berhampiran Risda Kemaman.

p/s: Ini bukan Iklan Layanan Masyarakat ye...

Saturday, March 07, 2009

Pelancong Perlu Belajar Loghat Tempatan Elak Ditipu

Begitulah tajuk salah satu berita di Harian Metro. Minggu lepas aku rasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh presiden Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu.

Pengalaman aku, perkara tersebut memang berlaku. Bukan sahaja berlaku di Terengganu, malah di negeri-negeri yang mempunyai loghat yang ketara juga berlaku keadaan demikian. Juga, perkara tersebut berlaku di kawasan tumpuan pelancong.

Pernah aku ke Rantau Panjang di Kelantan. Masa tu aku masih kurang dapat menilai kualiti kain pelikat. Lalu aku dengan yakinnya membeli sehelai kain pelikat yang berharga RM15.Aku anggap harga tersebut murah. Ternyata aku silap.Kain tersebut hanya di jual RM8 oleh Abang Pakistan yang datang menjaja di rumah mak bapak aku di Bandar Tenggara. Kalau buat installment dua bulan, harga menjadi RM10; RM5 sebulan.

Menurut Acik, harga barang di Rantau Panjang agak mahal, terutama sekali pada musim cuti sekolah. Beliau mencadangkan agar pergi sahaja ke Pasar Besar Pasir Putih atau kedai-kedai biasa di Kota Bharu.

Keadaan sama sahaja di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Adalah lebih selamat dan menjimatkan jika kau membawa sekali orang yang boleh berloghat Terengganu dengan fasih jika kau ingin membeli-belah di Pasar Payang. Ataupun, boleh sahaja kau mebeli-belah di Perhentian Bas Kuala Terengganu atau Kedai Kain Desa Murni di Pengadang Baru.

Terkadang, aku terfikir, semacam ada kasta antara pembeli tempatan dan pembeli "luar". walhal kita sama-sama berada di dalam satu negara. Barangkali tidak semua peniaga mengamalkan kasta, tetapi aku rasa bilangan yang mengamalkan kasta ini agak ramai. Jika tidak, masakan akan ada kenyataan dari presiden Kimma Terengganu itu. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada.

Pengalaman aku membantu bapak aku menjual buah-buahan sejak berusia 10 tahun; tidak pernah sekali bapak aku pesan "kalau bukan orang Johor, engko bagi harga mahal sikit tau!". Harga buah yang kami jual sama sahaja, samada kepada orang Johor, atau kepada pelancong tempatan atau kepada pelancong asing. Amalan tersebut aku amalkan hingga kini, dalam perusahaan kerepek aku.

p/s: Iklan. Aku sedang mencari ejen jualan kerepek di sepanjang Kuantan - Kemaman - Dungun - Kuala Terengganu. Ada minat? Klik di sini. Kalau kau adalah budak asrama, amatlah digalakkan.

p/s/s: Kenangan pengalaman. Pernah pelancong Belanda terkejut melihat harga rambutan. RM 3 sekilo. Di negara beliau, harganya mencecah RM 80++; dan dianggap buah yang mewah; dan rambutan itu akan di buang saja oleh rakyat Malaysia.

Friday, December 26, 2008

Aku Cuti Lagi!!!

Setelah berhempas-pulas menanda kertas peperiksaan sehingga terpengaruh dengan tabiat-tabiat yang luar biasa, aku pulang ke Bandar Tenggara semalam. Perjalanan aku mengambil masa 11 jam lamanya, bermula jam 11.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dan itu merupakan tempoh masa yang normal kepada aku.

Dalam perjalanan pulang ke Bandar Tenggara, sempat aku singgah di Paka dan Kemaman untuk menghantar saki-baki minyak hitam dan tiub motosikal yang masih belum lagi kehabisan.

Singgah juga di Gebeng untuk berjumpa Hazree bagi membincangkan beberapa projek sulit lagi menyulitkan seperti ini. Juga singgah juga di Taman Mahkota Aman untuk berjumpa pakcik aku (yang ini bukan pakcik aku). Setelah itu, singgah mengambil adik aku di Indera Mahkota 5 dan anak sedara aku di Stadium Darulmakmur.

Singgah di Pekan untuk berjamak qasar asar dan zuhur. Kemudian berhenti makan di Mersing. Dan akhirnya terus ke Bandar Tenggara.

Sekian roshaizul melaporkan lagi.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berguna lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

p/s: Pantun tiada kena-mengena dengan cerita. Hanya kerana ada yang berkehendakkan aku berpantun pada post yang lepas.

Thursday, October 30, 2008

Selekoh Maut Di Bukit Bauk

Masih lagi berkisar tentang perjalanan aku ke Melaka. Tiba di selekoh di Bukit Bauk, Dungun, kelihatan ramai orang di kiri dan kanan jalan. Juga, kedapatan sebuah lori bomba dan kereta tunda. Kerana ingin tahu, aku juga berhenti, menyibukkan diri. Dan kelihatan sebuah kereta Proton Perdana terbalik di gaung yang tak berapa dalam. Aku rasa ini bukan yang pertama kali kereta kemalangan di selekoh Bukit Bauk.

Lalu kedengaran pelbagai khabar angin dikalangan mereka-mereka yang turut sama menyibukkan diri.
"Dia bawak laju sangat. 140km/j!!!!"
"Dia berlumba tu...."
"Dia ngan family dia... kesian...."
"Dia ngan kawan dia, dua-dua kat spital sekarang"
"Dia nak gi Kemaman, rumah mak cik dia"
"Dia ni jiran aku ni..."
"Kereta dia berguling 2 kali"
"Dia langgar tiang, pastu langgar pokok, pastu baru la masuk gaung"

Aku hanya mengangguk dan mengiakan sahaja. Malas aku nak jadi internet bergerak.

Tetapi, memang aku akui selekoh di Bukit Bauk itu agak bahaya, kerana jalan di situ agak beralun. Kalau dengan Iswara aku yang laju tu pun, paling berani aku hanya bawa 80km/j ketika melalui selekoh tersebut. Jadi, hati-hati di selekoh maut Bukit Bauk!!!

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu

Sunday, April 13, 2008

Cari Makan Ke Cari Pasal?

Post kali ni berkisar tentang gelagat segelintir (bukan semua) pekedai makan di Terengganu.

Apa yang aku perasan, harga makanan di Terengganu ni sedikit mahal dari Johor, terutamanya di bandar-bandar Terengganu yang utama, Kuala Terenganu-Dungun-Kemaman. Kalaupun tak semua kedai yang mahal, tapi aku boleh kata kebanyakannya. Barangkali kerana limpahan minyak yang banyak di kawasan Kuala Terengganu-Dungun-Kemaman. Jadi para pekedai makan ni menaikkan harga makanan dengan anggapan pekerja-pekerja industri minyak dan gas di kawasan tersebut mempunyai gaji yang tinggi tanpa mengira golongan pekerja yang lain seperti buruh, kerani, mahupun guru. Contoh paling ketara kuih. Harga "piawai" di kawasan tersebut 40sen sebiji. Erm...

Seperkara lagi, ada segelintir kedai yang menaikkan harga sesuka hati jika diaorang tahu aku ni "orang luar". Penah sekali aku makan nasi campur di Medan Selera Batu Buruk. RM23 untuk tiga orang makan!!! Lebih kurang RM7 seorang. Walhal kami hanya makan yang biasa-biasa jer. Nasi, ikan/ayam, sayur. Penah sekali tu aku makan kat satu kedai kat Dungun ni (tapi kedai tu dah tutup dah-dah kaya kot tokei dia), kuew tiow gereng dan nescafe "O" ais - RM5.50. Dah la tak sedap. Aku masak lagi sedap! Huhuhuhuhu.

Jadi, aku kalau nak makan kat kedai yang aku tak biasa kat area Kuala Terengganu-Dungun-Kemaman, aku akan tanya harga makanan dulu. Kalau aku rasa munasabah, aku makan ah kat situ. Kalau aku rasa mahal, aku terus blah. Cara ni memang berkesan beb!

Penah sekali tu aku borak ngan Ikang (member aku sejak belajar kat ITTHO dulu), asal dari Paka, Terengganu
Aku: Kang, apsal harga makanan kat Terengganu ni mahal?
Ikang: Ye ke?
Aku: Aku selalu kena ketuk kat kedai makan siut.
Ikang: Huhuhuhuuh. Jangang katakang mung, aku pun kerap kena...
Aku: Kena apa?
Ikang: Kene ketuk ah...
AKU: Ye ke?
Ikang: Ye le. Aku buleh makang muroh kat Paka je. Sebab ramai kenal aku situ. Kalau aku gi mamang ke, ganu ke, dungung ke, kerteh ke aku kena supa mung gak jang.
Aku: Apsal jadik camtu ek?
Ikang: Tah la jang. Aku pung naik segang ngang kawang2 orang luor nih, selalu merungut pasal makang kat sini. Aku pong dok tahu nak oyak guane...
Aku: Ermm....

p/s: Kadang-kadang aku rasa cam nak cari pasal gak dengan tokei kedai makan cekik darah ni. HUhhuhuhuhuhh