Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Alaaa...Bib

Alaaa...Bib...nama kau aku seru wahai Habibah..hehehe..

Buat sahabat yang bernama Habibah, aku bukanlah sengaja nak seru-seru nama kau ni..tapi disebabkan cerita 'Ala...Bib' ni jugak la aku teringat kat kawan baik aku.

'Ala Bib' ni ditayangkan setiap 6.30 petang di TV3 pada hari Isnin - Khamis sebelum slot Akasia tu. Pelakon dia dibarisi oleh Nur Risteena, Ammar Titan, Iqram Dinzly, Atikah Shuhaimie, Shafiq Kyle.

Sinopsis korang boleh google cari. Aku bukan nak cerita pasal sinopsis cerita tapi aku nak sarankan kat korang tengok cerita ni sebab jalan cerita dia macam real je. Impian seorang perempuan untuk menjadi kaya dengan memiliki pasangan dari golongan hartawan.

Cerita sangat kelakar sebab pelakon-pelakon berlakon macam spontan je. Korang layanlah tengok cerita ni dulu sebelum tengok slot Akasia yang baru tu. Sure puas hati. 

 

Friday, May 22, 2015

Filem "Aftershock"

Dah lama sebenarnya tak layan cerita cina sejak wujudnya pengaruh korea dalam industri hiburan ni. Tapi malam tadi tiba-tiba tertengok pulak filem 'Aftershock' ni.



Korang pernah tengok tak? Siapa belum tengok aku sarankan sangat2 korang cari lah cerita ni dan tonton la wei. Sedih dari mula sampai akhir. Aku rasa habis baju aku basah buat lap air mata je malam tadi. Ke aku je yang emo?



Filem ni mengisahkan tentang sebalik kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Tangshan, China pada tahun 1976 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar dan meragut nyawa hampir 240,000 orang. Kalau salah sila betulkan fakta aku ye.

Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai sepasang anak kembar tapi ibu dia nampak lebih sayangkan anak lelaki.

Ketika kejadian gempa bumi tu aku rasa malam kot sebab filem tu hitam putih je, cuma aku agak malam sebab anak-anak dia ditinggalkan kat rumah dan tidur. Diorang suami isteri keluar bekerja mungkin sebagai buruh.

Bila gempa bumi tu berlaku, diorang suami isteri memang berlari ke rumah nak selamatkan anak mereka, tapi gempa bumi tu terlalu dahsyat dan terlalu cepat. 

Bangunan rumah diorang runtuh dan dua anak dia ni sebenarnya selamat bawah runtuhan cuma kalau nak selamatkan kena pilih salah seorang je. 


Waktu ni suami dia dah meninggal sebab tanah bumi dah merekah, so dia nak anak dia dua2. Dia menangis nak dua2 anak dia tapi sebab dah lama sangat dia tak buat keputusan, orang yang nak tolong angkat runtuhan tu nak pergi tempat lain pulak. 

Terus dia pilih anak lelaki dia sedangkan waktu tu anak perempuan dia masih sedar dan mampu menggerakkan tangan lagi sambil mengetuk batu. Yang lelaki tu macam dah tak sedar.



Bila dah keluarkan yang lelaki, diorang ambik jugak yang perempuan tu. Tapi semua orang ingat dia dah mati dan ditempatkan di sebelah mayat ayah dia. 


Ibu dia pulak terpaksa berjalan sambil mengendong Fang Da ni untuk dapatkan bantuan. Fang Da ni macam dah nyawa2 ikan dah pun. Dia selamat tapi kehilangan sebelah tangan.


Dengan kuasa Tuhan, Fang Deng tu sedar dari pengsan dan berjalan tanpa arah sehingga seorang tentera yang selamatkan dia dan diletakkan di kem.


Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai tentera tu sangat sukakan Fang Deng sebab dia comel. Diorang ambik budak ni jadi anak angkat.

Dalam masa yang sama berlaku perebutan antara mak Fang Da dan keluarga belah suami (mak mertua) untuk menjaga Fang Da. Cucu lelaki kan, diorang mesti nak. Oh..sedih sungguh bab ni. Bukan bab ni je, sepanjang cerita lah sedih.

Fang Deng ni besar penuh dengan kebencian terhadap ibu dia, sebab tu dia tak pernah cakap pada keluarga angkat tentang family dia, nama dia sebenar, dan segalanya tentang masa lampau dia. Walaupun dia dah dewasa, dia tak pernah nak cari mak dia atau jejak kaki ke Tangshan. Sedangkan mak dia tunggu roh dia balik pun tak balik2. 



Dia terjumpa dengan adik dia dalam satu kejadian gempa bumi. Diorang berdua ni jadi sukarelawan. 

Akhirnya adik dia bawa balik dia ke Tangshan jumpa dengan ibu dia. Mak ai..sedih gila lagi waktu ni. Kalau part diorang pergi kubur dia tu, lagi sedih. Tapi akhirnya diorang bersatu juga dalam satu family.

Moral of the story, mana ada mak yang tak sayang anak. Tapi bila dalam keadaan terpaksa, bila terpaksa membuat pilihan satu je dari dua, mungkin la keputusan tu dipengaruhi sedikit dengan rasa sayang lebih. Sedangkan nabi pun ada anak yang dia paling sayang, apatah lagi kita ni.

Tapi aku minta sangat jangan lah Allah tu uji aku dengan bagi pilihan kat aku untuk pilih satu aje dari tiga harta aku tu. Aku biar hilang segala, janji aku nak 3 orang anak aku tu ada dengan aku. Sudahnya semalaman aku menitis air mata sampai bengkak mata aku pagi ni.

Thursday, August 29, 2013

Filem Tanda Putera

Last week tak ingat hari Sabtu or Ahad ada tengok preview filem ni kat RTM tapi tak ingat TV1 ke TV2. Macam best je cerita ni. Walaupun preview, aku sampai mengalir air mata gak la tengok part2 yang sadis tu.


Tengoklah..sepatutnya tayang 13 September 2012 tapi kontroversi punya pasal tunda sampai setahun. Alhamdulillah, sempena kemerdekaan ni kita boleh tengok cerita ni

Sinopsis ni aku ambik dari wikipedia.

TANDA PUTERA merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara TUN ABDUL RAZAK dan TUN DR. ISMAIL sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukimia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya. (Aku rasa part ni waktu Tun Dr. Ismail meninggal dunia akibat sakit jantung yang kronik kot. Tun mesti tak sangka sahabat dia pergi dulu dari dia sedangkan dia berharap sahabat dia ni yang akan jaga family dia nanti bila dia dah tak de.)

Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.

Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.

Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.

Sebelum pengumuman filem ini, telah tercetus kontroversi tentang ketepatan kandungannya selepas penayangan perdana berhubung dengan rusuhan 13 Mei. Ahli parlimen pembangkang mendakwa bahawa filem ini menggambarkan kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks yang negatif.

Selain itu, timbul lagi kontroversi selepas halaman rasmi facebook filem ini memaparkan satu gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen dibawahnya yang mendakwa bahawa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun bin Idris. Lim Kit Siang menafikan dakwaan itu dan berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil di Sabah pada tahun 1984, manakala pengarah Shuhaimi Baba menafikan bahawa Lim Kit Siang dipaparkan dalam filem itu. Shuhaimi Baba mempertahankan filem itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan berunsur propaganda. Shuhaimi Baba juga menegaskan bahawa filem itu berkisar tentang persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, manakala insiden 13 Mei adalah peristiwa atau garis masa yang berlaku sepanjang perkenalan mereka

Aku dah tengok facebook Tanda Putera ni..ramai lah yang comment kereta Merc yang dipakai untuk scene pembunuhan Ketua Polis Perak tu tak ada waktu zaman tu la..pembunuhan kat panggung wayang tu ada nampak cctv la..peka betul kan orang yang suka comment ni.

Tapi kan waktu aku tengok preview filem ni, waktu diorang shoot memang la rasa macam kelakar je sebab situasi sekarang kan dengan color2 tapi sebab dia nak kembali ke zaman 70-an tu, lepas edit nampak macam real lak. Hope apa yang orang komen2 kat fb tu tak nampak la waktu dalam filem nanti.

Eh..bukan nanti la..hari ni dah start tayang. Hati memberontak nak pergi ni..tapi macamana nak pergi aku pun tak tahu. Nak tinggalkan dua budak kecik tu. Pastu takkan nak pergi seorang diri lak..husband aku non patriotik punya orang lo..tambah dia tahu aku akan sadis2 dalam panggung tu..tak kuasa dia nak melayan...oh..tolong lah aku..aku nak tengok cerita ni..

Tuesday, June 18, 2013

Cinta Jangan Pergi

Cerita ni start tayang kat TV9 Sabtu & ahad jam 8.30 malam bulan April hari tu lagi...

Bila dah setengah jalan cerita ditayangkan, mulalah nak menulis tentang pendapat diri sendiri bila rasa terdapat konflik dalam watak2 utama cerita tu.

Ok, start dari mula serba sedikit. Lia Suraya (Tizz) & Khalil (Remy) berjumpa waktu diorang pergi bercuti ke Paris kot..tapi sure kat Eropah la..tak plan, itu lah suratan atau pun kebetulan sampaikan mereka bercinta masa diorang bercuti tu.

After 1 year bercinta, Lia sebenarnya dah balik Malaysia tapi Khalis still tak habis and baru je habis lepas setahun diorang bercinta. Bila nak sambut anniversary tu, Khalil nak surprise Lia so dia balik Malaysia tak beritahu pun.

Tapi berlakunya accident, kereta dia terbakar tapi mayat tak dijumpai. Rupanya dia tercampak ke tepi sungai dan diselamatkan oleh orang asli. Mula2 dia hilang ingtan tapi at last after 2 years dia dah recover semula.

Dalam tempoh dua tahun tu, Lia still cintakan Khalil walaupun dia dah bertunang dengan Hood (Josiah). Hood ni datang bila Lia tengah bersedih dan masih tak boleh terima kehilangan Khalil. Mak Hood & Mak Lia kawan baik. Hood ni pulak 1st time jumpa Lia pun cakap sama je macam Khalil, so atas desakan family & kawan dia bertunang dengan Hood.

Tiba2 hari bertunang tu dia ternampak Khalil kat pintu pagar rumah dia. Tapi dia pengsan, cukup 2 tahun anniversary Khalil & Lia, Lia dapat dapat bunga tulip purple & ticket ke Europe tempat diorang berjumpa dulu.

So, confident Khalil masih hidup, susah payah dia tunggu kat depan tasik tu. Sayangnya, Khalil terlambat sampai tapi Hood yang sampai dulu. SO, dia terima hakikat semua tu cuma bayangan dia saje tapi sebenarnya memang Khalil masih hidup.

Khalil pun berazam nak susahkan hidup Lia so dia rancangkan Lia diberhentikan kerja dan kerja kat office ayah dia (bawah dia). Selalu je kena maki and buat2 tak ingat / tak kenal Lia. Bila Lia dah give up, dia nak resign and nak setia pada Hood, dia berterus terang apa yang berlaku. Sebab cinta, dia terima Khalil semula dan kecewakan orang lain (Hood, mama, kawan baik (El & JD).

Apa yang aku nak rumuskan kat sini dan pendapat aku...
Kalau aku berada di tempat Lia...

Aku buat perkara yang sama. Aku terima Khalil. Sebab :-
Cinta Khalil sepenuh jiwa dan tak pernah cintakan orang lain (Hood)
Bertunang dengan Hood semua pun atas desakan orang keliling
Hood pun tahu dan semua orang tahu cinta Lia hanya untuk Khalil
Berjuang untuk cinta

Tapi....

Tetap ada tapinya....

Betul juga kata mama Lia,

Walaupun dia hilang ingatan, dia tak sepatutnya bersikap kurang ajar..boleh maki orang sesuka hati..hilang ingatan tak semestinya perangai juga berubah. Macam tu ke nak buat suami?

Auw..Auw...

Waaaa...waaa...waaaa....

Macamana ni?

Apa yang harus aku buat kalau dalam situasi macam ni?????

Apa lagi....menangislah semahunya...

Lebih baik menerima orang yang menyayangi kita daripada kita kejar orang yang kita terlalu sayang. Sebab, kalau kita tak dapat kejar dia (hilang dia) untuk kali kedua, sakitnya akan lebih parah....

Friday, February 22, 2013

Winter Sonata

Alamak....lagu winter sonata tu kat radio ni...feeling2 lak kat office ni dengar lagu winter sonata ni.

Teringat kenangan dulu-dulu waktu umur masih sweet 20++, zaman badan masih slim-slim dan yang paling tak boleh lupa berangan nak cari boyfriend macam Jun Sang tu..maklumlah, waktu tu single lagi...

Aku memang tak boleh dengar lah lagu ni..jauh menusuk kalbu walaupun dia dalam bahasa Korea. Aku rasa macam penyanyi tu nyanyi lagu tu untuk aku lak. Cit poorah...

Dulu giler sangat ke cerita Korea ni. Wantu tu kan TV3 tayang pukul 7.00 - 8.00 malam. Maghrib confirm pukul 8.00 sebab mengadap cerita ni la. Paling tak boleh blah kalau ada kelas malam.

Sekarang pun Maghrib kul 8.00 gak sebab layan slot Akasia tu. Apa la TV3 ni, tayang cerita best waktu Maghrib. Cuba la tukar waktu tapi jangan lah sebelum 7.00, nanti aku tak leh tengok. 

Waktu cerita Winter Sonata tu, kitorang ni duduk luar kampus. Nak masuk kampus kalau ada kelas malam, lepas Maghrib kena keluar terus coz just ada satu bas je. Abang-abang jawa bawak bas ni baik2 betul. Diorang pun dah cam kot muka kitoarang ni. Tapi ada yang seorang tu memang kerek habis lah. Selalu je tak nak berhenti ambik kami.

Dah nak last-last episod ke last episod, tiba ada kelas malam lak. Aku apa lagi, sanggup ponteng kelas sebab nak tengok cerita ni sampai habis. Masa belajar dulu, aku rasa tak pernah la ponteng kelas tapi sebab cerita ni aku ponteng, boleh macam tu?

Belum lagi cerita Meteor Garden tu. Housemate aku siap beli dvd lagi nak tengok cerita tu cepat2 coz tak tahan dah tv lambat sangat. Sabtu Ahad layan cerita tu sampai tv tu kalau boleh cakap dia pun nak cakap, "aku dah panas gila asyik dok tayang muka mamat rambut macam ayam ni".




Baru aku perasan, dua2 hero dalam cerita ni rambut diorang macam bulu ayam kan. Tapi tetap handsome kan.

Dulu waktu zaman masih digelar "aweks", cerita Melayu tak layan sangat. Lagi pun tak banyak, just ada Cerekarama je kot. Cerita Korea, Kantonis, Taiwan ni memang banyak gila. Aku pun memang layan dari zaman sekolah rendah sampai lah ke zaman U.

Masuk zaman kerja ni, tv pun kadang2 tengok kadang2 tak. Tapi bila dah kahwin, ada anak ni, gila2 lak layan cerita Melayu. Cerita korea kat 8tv tu tak nak pun aku layan dah.


Aauuww..tiba-tiba Fahrin Ahmad lak yang keluar. Psst, dia hero pujaan saya. Dari dulu sampai sekarang.

Lagi 10 tahun cerita apa lah pulak aku layan. Hahaha...

Bila la aku nak layan channel agama je...


Tuesday, January 22, 2013

Lagi Drama Adaptasi Novel

Ouch..ouch..ouch...best novel ke drama lagi. Cerita apa? Sudah tentu Sehangat Asmara karya Aisya Sofea.

Sape-sape yang ada Astro Mustika HD, boleh la menonton ye pukul 10.00 malam setiap Isnin - Khamis. Aku tak de, so macam Adam & Hawa gak, tengok online lagi.

Malam tadi dah start untuk 1st episod, cerita yang sangat best sebab gandingan pelakon yang sangat mantap dan meletop kebam boom boom.. Adi Putra sebagai Zainal Ariefin & Rita Rudaini sebagai Kamilia. Ouuch..memang best la

Memang sangat superb kalau dua orang ni berlakon. Tak de part nak komplen. Hehehee..cantik Rita bertudung dalam cerita ni. Adi Putra tak payah nak cakap la..memang sentiasa meletop la dia tu.

"Lakonan mesti real"..ini kata L & Zain..Ouuch...

Thursday, January 10, 2013

Drama Adaptasi Novel Lagi

Drama Adam & Hawa malam ni dah episod akhir. Sejak minggu erakhir ni dah makin tak best nak layan drama ni coz dah tak berapa best. Adegan bahagia je and adegan romantik yang tak berapa romantik. So, tengok kalau ada masa je.

Tapi sekarang gila layan drama yang menghiasi slot Akasia yang bersiaran 7.00 malam - 8.00 malam setiap Isnin - Khamis. Drama Setia Hujung Nyawa adaptasi dari sebuah novel Setia Hujung Hyawa karya Fatin Nabila. Drama ni menggantikan drama Cinta Itu Milikku.

Start bersiaran pada 24 December lalu dan sampai sekarang tak miss lagi tengok. Cuma ada part2 yang terpaksa tak tengok coz melayan karenah anak-anak dan juga bergegas ke hospital melawat mak minggu ni.

Tapi kalau tak dapat tengok sekarang banyak blog yang boleh korang nak tengok online. So, don't worried. Sekarang kan dunia di hujung jari je.

Balik semula pada drama Setia Hujung Nyawa ni, pelakon dia Neyldia Senrose (Ersalina Imani), Amar Asyraf (Zain Hakimi), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Haliza), Reyzal (Zakwan), Talha Harith (Hady).

Sinopsis novel korang boleh google cari kat blog lain coz aku malas nak menulis kat sini. Aku pun dengan gilanya telah membeli novel tersebut walaupun aku dah tahu dari mula cerita sampai akhir cerita novel.

Apa yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni adalah comment aku pasal drama terbitan Suhan Movies ni:

1. Drama lebih baik dari novel.
Boleh aku cakap macam ni tak? Kalau korang tak percaya, korang baca novel pastu layan cerita dari episod 1st. Memang korang akan thumbs up untuk drama berbanding novel. Baca novel dia macam tak de feeling lak.

2. Pelakon Menjiwai Watak.
Pemilihan pelakon sangat-sangat sesuai. Aku suka part Zain & L waktu tengah jadi teman serumah tu. Pastu diorang lebih menjiwai watak dari watak novel. Boleh aku cakap macam tu tak? Thumbs up untuk Neyldia, Amar Asyraf & team pelakon Setia Hujung Nyawa.

3. Panel Skrip.
Siapa yang tulis skrip drama ni? Dua orang tapi aku kenal seorang je.Liza Zahira. Dia kan penulis novel yang best-best macam Seindah Sakura yang dah pun didramakan oleh arahan Zul Huzaimy, Impian Kasih, Bahtera Kasih. Cari lah sendiri novel2 dia.

Wan Mahani Wan Hassan lak aku rasa dia penulis artikel atau jurnal tentang bahan-bahan ilmiah. Try google cari sendiri lah. Thumbs up untuk dua penulis skrip drama Setia Hujung Nyawa ni, Liza Zahira & Wan Mahani Wan Hassan coz olahan skrip diorang memang best.

4. Pengarah (Amie Maziah Abdul Rahman)
Aku tak biasa dengar nama ni coz aku tak perasan pun rupanya-rupanya kebanyakkan drama Suhan Movies ni diarahkan oleh Amie Maziah ni. So, tahniah. Lepas ni kena alert la nama ni.

5. Terbitan Suhan Movies
Ko tahu siapa punya Suhan Movies kan. Hero pujaan aku dulu dan kini. Cuma sekarang dia dah kurang berlakon. Tak de watak sesuai la untuk dia kot. Siapa lagi kalau bukan Rosyam Nor.

Dah banyak drama dia hasilkan and semua drama dia adalah sangat berpuas hati. Dari segi jalan cerita dia memang semua tip top. Kalau dulu dia selalu je syok sendiri jadi hero tapi sekarang dia dah tak jadi hero dah. Banyak menerbit je la.

Dia nak berlakon jadi bapak2 tak sesuai lak coz muka and jiwa masih muda tapi umur dah berusia sikit. So, dia pun ketengahkan semua bakat2 baru.

Ok lah, adios..layan lah cerita ni aku suggest untuk korang semua. Sure puas hati yang sangat2

Friday, November 30, 2012

Adam & Hawa Versi Drama

Kalau boss aku nak tau, aku telah mengular kat office dengan melayan drama Adam & Hawa dari jam 9.00 - 9.30 pagi.. Lepas layan drama, aku baca komen lak. Pastu tak puas hati, aku pun masuk komen jugak. 10.00 am - 12.00 pm. Best tak aku?????

Ni la novel yang diadaptasikan ke drama


Statement maut. Ngaku buat benda lain kat office. Korang berani? Aku berani ngaku dalam blog je. Tapi kalau dia check cctv mesti dia nampak aku buat apa. Ntah ke dia nonton skali ngan aku. Kahkakah...

Rumah aku mana la ada Astro, kalau tak de astro mana la nak ada astro mustika hd kan. Husband aku dah pujuk aku banyak kali nak masuk astro tapi aku kan menteri kewangan rumah, aku telah menyekat kemasukan astro ke rumah. Dengan alasan, membazir je kalau tv tu yang tengok tuan rumah.

So, layan cerita ni dari blog. Layan ni tak de iklan. Tapi sekejap sangat. Dalam 20minit je boleh tengok. Aku layan kat blog ezany-kun.com. Korang yang belum tengok boleh layan tengok. Free je, tak kena bayar.


Mungkin ini dah jadi cover cetakan terbaru novel Adam & Hawa.
Cik Bib, ada ulasan tak?

Bab hero & heroin, aku tak nak complain coz dua-dua aku rasa berjaya watak tu ikut novel. Cuma ada scene yang sangat romantis dalam novel tapi dalam drama sangat tak romantik. Hawa macam malu-malu je nak romantik-romantik ngan Adam. Adam lak banyak buat muka nakal je.

Tapi aku rasa sangat ok kot...tak payahlah nak beria-ria tunjuk romantik kan..lain lah kalau berlakon suami isteri, so boleh buat adegan yang sangat loving gitu.

Ow ow ow..suka dua orang ni. Aaron Aziz (Adam Mukhriz) & Nadia Nissa (Ain Hawani)


Jalan cerita dalam drama ni pun dah diolah sikit oleh penulis skrip dari cerita asal dalam novel. Watak Johan dipanjangkan sampai rasa sangat sengal mamat rambut rebonding tu. Kesian Dazrin..

Lagi yang buat tak best, editor cerita ni suka sangat campur aduk scene. Sepatutnya settlekan satu scene, baru tunjuk scene yang lain lak. Ini baru je nak rasa feeling, dia dah masukkan watak Johan yang sengal.

Sebelum ni Global Station Sdn Bhd ok je dalam buat editing drama macam Dejavu Kinabalu tu. Yang Adam & Hawa ni  mungkin saje je nak spoil feeling penonton kot. Yang paling bengang bila tiba-tiba keluar tulisan "bersambung"....

Anyway, korang layan je lah cerita tu key? Thumbs up untuk Aaron Aziz & Nadia Nissa. Good job.

Note: Waktu pregnant dulu dah terfikir nak namakan anak perempuan mesti ada hawa & lelaki mesti ada adam. Tapi sampai dah lahir anak dua pun aku tak boleh fikir nak gabungkan nama hawa tu dengan nama lain. Akhirnya aku jumpa satu nama hawa yang best " Hawa Insyirah".




Friday, August 10, 2012

Touching betul...Huhuhu...

Dah tengok iklan raya Bernas? Semalam 1st time tengok. Huhuhu...touching sungguh....

Budak dua orang tu raya kali ni kat mana yek? Kalau tak de tempat nak beraya rasa macam nak jemput raya bersama lah. Tak pun lepas solat raya baru hantar Ahmad pi lawat kubur ibu dia.

Sedih betul tengok budak dua orang ni, dalam keadaan serba kekurangan tapi masih lagi berusaha nak lawat pusara ibu Ahmad tu.

Kalau kita yang sempurna ni tak ingat kat mak ayah, tambah lak mak ayah yang masih ada ni...tak tahulah nak cakap apa. Baik tukar je la kesempurnaan sifat yang ada tu bagi pada dua budak tu.

Yang tak nampak tu nama dia Fizi kan? Teringat kat arwah pak usu aku. Dia pun tak nampak dan meninggal pun masih lagi dalam perkhidmatan.

Setiap tahun bulan Ramadhan kami akan pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Kalau dia nak makan, mesti inform dia apa yang ada dalam pinggan dia. Sama je macam Ahmad buat pada Fizi tu.

Agaknya waktu kecik dulu Pak Usu aku pun macam tu, belajar seorang diri kat Johor sedangkan family mak semuanya kat Kelantan.

Mujurlah dia diberikan latihan trengkas dan dapat bekerja sendiri. Hasil usaha sendiri juga mampu miliki aset untuk kemudahan anak sendiri bila sudah tiada. Al-fatihah untuk arwah pak usu.

Jom layan iklan raya best nie........



Thursday, April 28, 2011

Isteriku Zulaikha

Dah lama tak layan cerita Melayu yang sedih-sedih dan sangat terkesan dalam  hati..sape layan gak cerita ni kat TV9 malam tadi?

Sungguh terkesan kat hati cerita ni..ada ke perempuan yang sebaik Zulaikha tu? Aku rasa ramai yang akan serang je perempuan lain kalau nampak suami kita bercerekama dengan perempuan lain..tapi Zulaikha ni aku respect gila..boleh rileks je tengok husband bercinta dengan perempuan lain. Sampai plan ngan mak mertua nak satukan husband ngan kekasih lama gitu....

Aku paling sedih part-part akhir tu..terutama surat yang Zulaikha tulis untuk husband dia tu..rupa-rupanya dia adalah "Adik" waktu kecik tu...bukannya "Adik" lakonan Sharifah Amani tu...


Khiriah sebagai Zulaikha

Sharifah Amani sebagai Adik

Ungku Ismail sebagai Abang

Semua pic dari google

Yang best gak part si husband tu dok cerita kisah dia kat Zul Handy Black tu..aku suka ayat Zul tu "Kalau suatu hari nanti kau dah lepaskan Zulaikha, kau beritahu aku"..lebih kurang macam ni lah...terkejut si lelaki tu dengar dan pelik jugak kenapa...rupanya si Zul ni nak peristerikan Zulaikha kerana sudah jatuh cinta buat kali pertama...ayat sweet gila..aku suka...

Waktu kesat-kesat air mata tu tu sempat lah husband aku perli-perli aku..
"Adik, mama adik dah berdrama dah tu"...tu je ayat dia kuar cakap ngan Aisy...
"Sedih lah cerita ni.." aku...
"Em, memang sedih pun cerita ni..tapi takkan abang nak nangis lak." jawapan best husband aku...

Note : Lepas layan nangis, layan menari lak kat 8TV. Paling syok Aisy lah, dia menari ikut budak-budak tu menari. Macam dah besar sangat siap nak buat aksi akrobatik

Monday, January 10, 2011

AJL ke 25

Keputusan AJL malam tadi betul-betul memeranjatkan aku..tak sangka lagu Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku jadi juara...tapi aku meneka dengan tepat bila barisan juri diperkenalkan...dengan ketua juri M.Nasir, aku dah agak lagu yang macamana akan menjadi pilihan..chewah chewah..macam la aku ni orang seni sangat...

Aku rasa ramai gak tak puas hati, macamana aku tak puas hati..husband aku juga tak puas hati..caller2 dalam hot FM pai tadi gak ramai yang tak puas hati...tapi mungkin ada sebab kenapa lagu tu menang..sedangkan aku sendiri boleh meneka lagu tu leh menang tanpa mengetahui kenapa, juri-juri malam tadi tentu lebih arif kenapa mereka memilih lagu Tolong INgatkan Aku...


Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku

Tempat kedua- Drama KIng ( Black & MUH)...yang ni lagu dia memang best la...tempat kedua, pun ok la walaupun rasanya cam boleh jadi juara..tak de rezeki...anyway, i like lagu ni..i like Taja jugak..hehehe...


Black & MUH - Drama King

Tempat ketiga - Noktah Cinta (Hafiz)...boleh la...banyak lagi lagu best, tapi rezeki Edry kot...kesilapan berlaku kat sini..Edry untuk lagu Shahir, ni lagu Ajai..sorry..tersalah info lak kat sini

Vokal gak aku tak puas hati coz rasanya malam tadi yang perform, semuanya all out..semuanya best gila kecuali bunkface...yang tu memang hancus la...boleh kuar awal2 lagi kalau Sam tu nyanyi..harap lagu je best, aku rasa Sam kena belajar vokal kot kalau nak menang...Mungkin sebab Faizal Tahir pernah menang, Black pernah menang, tu yang bagi kat Hafiz...tapi Adira tu macam ok gak...mungkin rezeki Hafiz nak menang....


Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)...memang best la..persembahan yang bersahaja..cuma aksi terjun tu aku suka la..yang paling best aku suka lirik lagu ni....yang paling suka coz aku memang suka Faizal Tahir...


Faizal Tahir - Hanyut

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

</>
Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Keseluruhan AJL : Part paling best ialah pengacara nya ; Faizal Ismail, Sherryl Samad & Ally Iskandar...promo-promo dia pun aku dah suka...


Ally, Sherryl & FBI

lagi yang best part Dato' Siti perform..best a..bila la Dato' Siti nak buat lagu-lagu rama Malaysia lagi..AJL dah tak de lagu-lagu irama Malaysia dah..please Dato' Siti...Kalau Dato' Siti baca blog ni kan best...(angan-angan je la.....)

Persembahan Dato' Siti yang best



Semua pemenang

All pic cre from google

Wednesday, December 22, 2010

Lagenda Budak Setan............

Emmm...thumbs up untuk penulis cerita ni..Ahadiat Akashah..I love so much this storey...since aku budak2 sekolah lagi aku dah baca buku ni...

Dulu buku dia kuar dalam banyak version..1st, budak setan,cerita zaman sekolah..yg 2nd, budak setan II..cerita kat Universiti  tak silap aku...dah tak ingat sangat novel dia tapi aku masih lagi ingat part2 yang sedih..

Bila Budak Setan dibukukan menjadi Lagenda Budak Setan, aku teringin sangat memiliki novel yang teramat tebal tu..aku ingat lagi, waktu tu ada pameran buku kat DSI, UTM waktu aku study kat sana..baru 1st year kat U waktu tu..teringin memilikinya tapi aku berbelah bahagi untuk memiliki buku 50 Wasiat Untuk Wanita Daripada Rasulullah SAW...sudahnya, aku tolak novel Lagenda Budak Setan. Lepas pada tu, aku dah tak jumpa pun novel tu sampai sekarang...

Bila Lagenda BUdak SEtan difilemkan, teringin nak tengok tapi takut perasaan hampa bila hasil filem tersebut tak seindah dalam novel...pelakon? Aku rasa sangat sesuai Farid Kamil - Kashah & Lisa Surihani - Ayu..walaupun skrip dan cerita asal masih lagi Ahadiat Akshah yang buat, tapi aku tak yakin..tunggu CD je la....

Dan akhirnya, aku berkesempatan menonton DVD Lagenda BUdak SEtan...sedih betul cerita tu kan..cuma kurang menarik coz LIsa Surihani dah tak de bila dia dah ubah muka...huhuhu...tapi bila dah sampai situ, mula la rasa sedih je..bercucuran lah air mata aku..terlalu emosi kah aku atau cerita tu memang sedih? Aku pun tak tahu..husband aku rileks je tengok....

Kenapa aku buat entry ni? bila sekarang ni aku kat office aku terdengar lagu Gio- BIla Cinta....huhuhu..rasa macam nak nangis....jom layan lagu ni....

Lirik Lagu – Gio – Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan