Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Friday, June 10, 2016

8 Tahun Dah Berlalu

Allahuakbar,

8 tahun sudah berlalu, abah meninggalkan kami. Sampai hari ni aku tak boleh menulis perkataan "ABAH' ni. Pasti ada je air hangat yang akan keluar dari tubir mata ni.

Sempena Ramadhan ni, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa abah ku. Sesungguhnya dia adalah insan yang sangat hebat pada aku. Tiada kurang, tiada susah semasa kami dibesarkan. Terima kasih abah sebab megajar kami alif ba ta sehingga kami mampu membaca dan sedekahkan surah-surah ini untuk abah di sana. Jadikanlah segala pengorbanannya membesarkan kami sebagai amal kebajikan yang dilakukan oleh abah. Amin

Alhamdulillah,

Genap 34 tahun dipanjangkan usia. Terima kasih mak sebab lahirkan ngah dan besarkan kami dengan penuh kasih sayang sampai hari ni masih tak terkurang kasih sayang tu. Terima kasih banyak-banyak. Semoga mak dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik.

Terima kasih buat semua yang wish.

Alhamdulillah,

8 tahun jugak aku bergelar isteri kepada Mohd Rizal. Terima kasih Mohd Rizal atas segalanya dan semoga jodoh kita hingga ke syurga.

Wednesday, November 19, 2014

Motivasi Diri

Sekarang ni motivasikan diri sendiri bangun seawal jam 6.00 pagi atau paling lewat pun 6.30 pagi supaya aku boleh keluar rumah sebelum 7.30 pagi.

Kenapa perlu keluar awal? Jam kat KL ni makin parah dah aku rasa. Sepanjang 30km lebih di atas MRR2, aku akan sangkut kat tiga tempat. 1st kat area Batu Caves, 2nd kat Gombak nak exit ke Putra Lrt tu, 3rd of course la kat Bukit Antarabangsa yang membawa sampai ke exit Jalan Ampang berdepan dengan Hotel Flamingo tu.

Itu 3 tempat jam kat MRR2 je, tak termasuk lagi dengan tempat nak keluar dari Bandar Sri Damansara. Keluar dari rumah aku je pun nak boleh masuk ke jalan MRR2 tu. Ni sebab orang semua nak masuk ke Tol Penchala tu. Kadang sangkut kat situ dalam 1km je, tapi 15-20 minit tau.

Bila dah masuk area Pandan, ada masa jam, ada masa tak jam. Lepas highway Sungai Besi siap baru-baru ni, dah kurang la jam kat jalan bawah ni. Lebih teratur sebab dah banyak traffic light dan jugak dilebarkan sedikit jalan. dah ada tiga lane. Alhamdulillah, sangkut sikit-sikit tu kita terima je la.

Kenapa nak bangun seawal jam 6.00/6.30 pagi kalau setakat nak mandi je kan? Of course la banyak benda lain lagi kita nak buat. Lets check out apa yang aku buat rutin pagi.

Kalau sedar pukul pukul 6.00, aku mandi dulu baru solat Subuh tapi kalau 6.30 pagi dah tak sempat kot nak mandi dulu then baru Solat. Bukan sebab kita mandi lama, kita mandi kejap je tau tapi kena la bergilir dengan Rizal. At least aku kena bagi dia mandi dulu, kalau tak dia akan bermalas-malas di tempat tidur dan terus sambung tidur lagi. Siap boleh feeling-feeling sejuk peluk Amsyar lagi, geram je, simbah dengan air baru tahu.

Kita bangun je dari tempat tidur tak de dah nak duduk rehat-rehat sambil termenung. Kita cergas tau, bangun tidur adalah bangun berdiri terus. Tak de la bermalas-malas macam waktu anak dara dulu.

1st thing kita buat, tadah air yang bertapis tu untuk masak. Heater bilik air dah rosak, so kita balik semula macam zaman kita kana-kanak dulu yang mak masak air atas dapur gas je sebab nak mandi. Dengan cerek yang keluar bunyi lagi bila dia dah menggelegak. Bukan setakat heater bilik air rosak, jug kettle rumah aku dah tiga rosak. Aku dah malas nak beli sebab barang elektrik  sekarang ni macam tak boleh pakai lama je. Disebabkan semua benda ni takde, aku dah empat bulan tak payah bayar bil elektrik sebab bil aku cuma RM 12 - Rm16 je sebulan. Murah kan.

Kalau dah siap mandi kita dah tak mandi lepas Aisy mandi, So jimat masa kat situ. Tapi kalau bangun lewat tu terpaksa la mandi lepas Aisy mandi. kan rugi masa di situ.  Tapi tak de hal, kita mandi kejap je.

Lepas je solat Subuh kita terus je basuh botol susu kalau ada botol susu yang tak berbasuh lagi la. Setakat ni paling kurang mesti ada satu la yang Amsyar punya. Budak berdua tu punya dah jarang basuh sebab kita dah basuh malam lepas diorang minum susu kecuali aku tidur dulu sebelum diorang. Pack susu untuk hantar ke nursery sebab aku memang isikan susu untuk guna satu hari je dalam bekas susu tu.

Air masak je aku terus prepare air mandian Aisy dan terus la mandikan dia. Sekarang ni, by 7.00/7.05 am je aku dah siapkan dia mandi. Tak boleh lewat2 dah sebab dia akan menyebabkan masa tu lagi tak cukup. Alhamdulillah sekarang ni dia dah senang bangun pagi, senang je nak mandi sendiri ada masa. Ada masa sampai gigi dia pun aku gosokkan tau.

Bab siapkan Aisy pakai baju semua aku dah serah kat abah dia la. Takkan kita semua nak buat ye dak. Tukarkan diapers dua budak tu pun aku serah kat abah dia. Aku saje je malas nak berajin-rajin buat semua kerja. Kita bagi kerja senang je kat dia buat sebab dia buat kerja adalah sangat tak bermotivasi pagi. Mengalahkan siput berjalan, sebab siput tu lagi laju dari dia buat kerja. Dia akan bangun awal pagi dengan cergasnya kalau dia sendiri yang terlewat sebab terpaksa keluar awal pagi, sebab ada game bola pagi2 buta, sebab kawan..apa kes!!!!

Biasanya 7.15/7.20 pagi semua pun dah siap tapi menyebabkan lambat turun tu kadang-kadang budak berdua tu bergaduh pasal kasut la, berebut nak buka pintu la, kadang Amni yang tak bangun-bangun lagi la. Lepas tu turun tangga 4 tingkat je pun tapi sebab dengan anak-anak kan, 10 minit tau.

Kita mula dengan hantar dua budak ke nursery, then ke GA hantar Aisy lak. Kalau awal, aku hantar Aisy naik ke atas la. Tapi kalau teacher dia awal, aku hantar kat bawah je. Dia naik sendiri je, dah besar kan budak tu. Barulah aku mulakan perjalanan mengharungi jam ke office pulak.

Alhamdulillah, kalau sangkut jam pun aku masih boleh sampai office pukul 9.00 pagi. Tapi sekarang aku ada 10 minit untuk menadah tangan sebelum memulakan kerja di pejabat. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat bermotivasi kepada diri sendiri.

Friday, November 14, 2014

Ini bukan kerepek tapi aku yang merepek

Sudah 32 tahun aku hidup, dan hidup aku ni adalah terlalu simple aku rasa. Memangla...aku bukanlah orang golongan bangsawan yang mempunyai harta berbillion-billion.

Dan juga bukanlah golongan orang mewah yang berpendapatan 10K sebulan...Yang boleh tayang-tayang duit masuk Rm 1000 satu hari tu ke...kita kerja tau, dapat gaji dengan duit gaji tu la kita nak bayar installment kereta, rumah, taska, kindy, belanja mak kat kampung yang lebihnya untk simpanan dan jugak belanja kita la...

Kita tak kaya tapi bukanlah kategori miskin bandar...tapi aku masih miskin iman. Jangan ditanya bila nak kaya iman sebab kita sedang berusaha. 

Kita tak kaya tapi aku tak layak nak dapat BR1M tu, kalau layak aku pun nak. Orang nak bagi, kita ambik saje lah. Boleh buat tambah duit shopping, ye dak. Pada hakikatnya dalam hati aku sangat tak setuju dengan pemberian BR1M tu, macam bagi gula-gula je. Manis waktu sedang syok makan, tapi bila habis melopong je la. Nak melalak mintak lagi tak de sape nak layan dah.

I tak kaya, tapi dengan bangganya I dah lama settle kan pinjaman PTPTN kita tu. Hutang yang agak membebankan tapi hutang kan tetap hutang. Kita kan tak de duit nak belajar, kena lah hutang sebab tak de rezeki nak dapat biasiswa JPA. Kalau hutang bank pun, sama la kena tetap bayar. Nak bayar rumah dan kereta boleh, mestilah kita boleh bayar PTPTN jugak kan.

Tapi untung orang yang nak settle kan PTPTN sekarang dan jugak dua tahun lepas kot. Macam-macam discount yang PTPTN offer. Waktu aku settle kan tu tak de lak discount. Geram nyer...tapi kalau tak bayar dulu, lagi banyak kos pentadbiran yang terpaksa I bayar macam sekarang kena bayar interest loan rumah tu.

CIMB ni memang teruk kan, dalam setahun mesti dia naikkan interest dia. Kalau bank lain ada offer yang lagi bagus untuk aku reinstall balik loan rumah tu pun aku nak tukar je. Sakit pulak hati kita wak...tetiba rindu kat Dr.R sebab hari ni dia tak de kat Hot FM

PTPTN, boleh tak kita nak pinjam duit tabung awak nak install rumah coz kos pentadbiran awak tak naik-naik la. Kita suka la sebab boleh install amount sama je sepanjang loan...(soalan bodoh).

Tahun depan GST dah start, dari pemahaman aku sepatutnya barang akan lebih murah sebab sekarang kebanyakan pengeluar dikenakan tax 10% bagi setiap cukai jualan berbanding 6% bagi service (restoran, hotel). 

Bila GST start, diorang cuma bayar GST 6%. Bukan buta-buta bayar 6%, tapi boleh deduct lagi dari GST yang sudah dibayar. Cthnya; syarikat A adalah kilang buat baju, so sebelum ni dia bayar 10% untuk cukai jualan (10% x RM150,000 = RM15,000) tapi lepas ni just bayar 6% (6% x RM150,000 = Rm9000)

Dari 6% yang kena bayar tu, boleh pulak ditolak dari tax yang sudah dibayar kepada syarikat B & C yang merupakan pembekal bahan mentah untuk buat baju tu. 

Cth lagi, A bayar B RM300 (6% x RM5000), bayar C RM120 (6% x RM2000). So, RM 9000 - Rm 300 - Rm 120 = RM8580 je bayar tax pada kastam lepas ni. Tak ke kos pengeluaran sesuatu barang tu akan lebih murah.

Ya, memang sepatutnya akan lebih murah tapi ada kau hengat pengeluar ni nak turunkan harga dari harga pasaran sekarang. Diorang akan naikkan dengan alasan GST. Yang untung adalah syarikat-syarikat yang berdaftar dengan kastam untuk GST. Sape nak bonus boleh pilih company yang daftar GST ni.

Yang tersepit adalah golongan individu macam kita ni la. Semua tempat nak charge GST tapi berdaftar ke tak dengan kastam kita pun tak tahu. So, kalau korang pergi kedai runcit yang stall kecik je tu, dia kata charge GST korang better check no pendaftaran GST dia. Jangan sampai kena tipu.

Lagi satu yang rasa terbeban, kita bayar GST tapi kita tak boleh pulak tolak dari cukai tahunan yang kita bayar tu. Sedangkan company kan boleh tolak dari GST yang telah dibayar. Sedih-sedih..paling kesian orang yang berada di bawah pendapatan paras miskin. Orang yang kurang mampu untuk berbelanja lebih. 

Petrol baru ni dikurangkan subsidi sebanyak 20 sen, aku terus pakai Ron 97 semula sebab kereta aku tu dah lama macam tak best je sejak pakai Ron 95. Memang bila isi petrol tu tengok liter dia, alahai sikit je naik tapi yang penting kilometer pergi lebih dari Ron 95. Enjin pun tak kesat sangat, dah tak main minyak sangat sebab bila gear auto tu berada di D, automatik je dia gerak sendiri.

Yang penting aku masih isi petrol berharga RM50 untuk seminggu ulang alik pergi kerja. Jauh ooo aku drive, 75km sehari. Bila la nak dapat kerja baru ni. Office depan rumah je tak pun dalam rumah je. Rasa macam boring dah kerja kat sini sebab tak de stress. Hidup yang sangat cool di tempat kerja adalah sangat tidak mencabar minda ok. Dan otak aku juga sudah jadi cold gitew.

Nak berhenti tapi sayang gak nak berhenti dari sini. Office mana yang bos dia cuma masuk 2 / 3 kali je seminggu lepas tu masuk paling lama dua jam, pastu dia balik tinggalkan staff buat kerja sendiri. Office mana yang ada internet boleh main suka hati kau nak main janji kerja siap? Office mana yang kerjanya adalah hanya lebih kurang 5 hari je dari 25 hari kerja? Maknanya pergi kerja untuk masuk office je tapi sebenarnya kerja tak de. Lepas tu 25hb je dapat gaji, bonus 2bulan gaji. Tak seronok lagi ke...bersyukur je la. Mungkin ni rezeki yang terbaik untuk aku kot. Think positive.

Yang penting kena cari sesuatu yang baru untuk dimulakan. Aku tak suka apa yang aku kerja sekarang. Apa yang ko suka sangat?

Aku suka kerja-kerja yang ada kaitan dengan kertas ke, gunting ke, cantum-cantum ke, tampal-tampal ke, draw ke, color ke...boring la mende-mende yang tak berwarna-warni ni. Asyik tengok hitam putih dan sedikit merah. Naik menyampah aku. 

Rasa menyesal pulak dulu tak ambik grafik kat Uitm je. Boleh bergelumang dengan design-design ni. Atau kalau apply kat company yang buat graphic designer ni kita ada peluang nak jadi designer kalau ada orang ajar dari 1st step. Nak pergi ambik course design semula kena ambik kat private. Ke Uitm ada course part time. Atau kita buat suka-suka pastu kita jual online je...

Rasa menyesal jugak tak ambik course untuk jadi chef / culinary ke. Boleh masak-masak, boleh masak apa sahaja yang rasa nak makan. Boleh masak jugak untuk orang makan. Bila orang makan sedap, kita pun rasa seronok.

Tak pun ambik course landscape ke. Seonoknya boleh susun atur rumput-rumput, bunga-bunga...oh cantiknya..

Oh..aku sudah gila agaknya. Marilah kita tutup cerita angan yang tak sudah ni dengan salam, Assalamualaikum...

Saturday, June 14, 2014

Cerita Ulang Tahun Lagi

Alhamdulillah..

Pada 30 Mei 2014 hari tu genaplah aku dan my belove husband ni hidup bersama dah hampir enam tahun..





Tiada percutian atau celebration pun..sama macam tahun-tahun sebelumnya..tak begitu special bagi berdua. ukuplah sekadar mengingati je.

Enam tahun kami hidup bersama, alhamdulillah dah lepas ujian untuk lima tahun hidup bersama. Ada orang cakap lepas lima tahun kahwin akan ada ujian paling besar dalam rumahtangga, sama ada kita kekal atau pun tak.

Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Dan selamanya berdoa kami akan bersama selamanya membesarkan dua puteri dan seorang budak ketik yang macam buah manggis tu.

Enam tahun kahwin, dialah kawan baik aku. Selalu jadi kawan yang aku selalu buat gaduh sebab dah tak de kawan lain nak bergaduh kan. Dulu kan kecik-kecik suka bergaduh ngan kawan baik, pastu kita baik lak dengan orang lain kan. Yang ni, sebab tak de kawan perempuan nak gaduh, gaduh la dengan suami pun boleh jugak la.

Gaduh-gaduh jugak, tapi kami tak pernah bertekak. Gaduh macam ni je...
A : Tiap-tiap malam tak tidur. Malam ni abang jagalah pulak anak-anak tu. Hana dah tak larat
R : Em..pergilah tidur...

Best tak korang dapat laki macam aku ni. Macam tak gaduh je kan. Aku je gaduh sorang-sorang. Laki aku ni terlalulah baik bab bergaduh ni. Tak sempat nak bertikam lidah, jerit pekik, apatah lagi nak lempar cakera kan..

Dia jugak kawan baik aku. Selalu lah tolong aku saat aku perlukan perjalanan yang ntah kemana arahnya. Aku bab kena pergi mana-mana ni, sama ada kerja ke atau aku yang merayap, dia lah rajin tolong bawa. Tapi dia paling tak suka bawa aku ke tempat orang-orang kaya katanya macam IKEA, OneUtama dan sebagainya yang belah Bandar Utama tu walaupun rumah kami hanya 10 minit je sampai sana.

Sudahnya, sepanjang kami kahwin, kami hanya pernah pergi ke IKEA sekali waktu tu Aisy baru 9 bulan. Lepastu pergi One Utama pun sekali je waktu Amni umur 3 bulan kot. Sampai sekarang tempat tu bukan tempat yang suami aku akan bawa kalau berweekend di KL ni.

Tempat mana dia selalu bawa..dia suka bawa kami ke taman-taman tasik. Dia kata senang budak-budak nak main-main dan berlari-lari. Aku tau dia tak suka dengan hiruk pikuk orang ramai.

Betul jugak, kalau bawa anak ke shopping complex, kita kena ada mata depan belakang takut anak hilang. Tapi kalau bawa gi taman, mata depan pun dah cukup sebab dia akan bermain dengan kita, kita pun tak leka dengan benda lain.




3 anak I naik motor dengan c.su

By, sempena enam tahun kita kahwin ni I nak ucap thanx sebab jadi kawan n husband I. Jadi abah untuk anak-anak kita but bab abah tu you kena up kan sikit usaha. Sebab anak-anak kita nakal sangat.

Friday, June 13, 2014

Cerita Hari Ulang Tahun

Macam-macam nak cerita sebenarnya tapi tak berkesempatan lah nak update blog ni.

Tapi kali ni mulakan dengan cerita ulangtahun kelahiran aku lah..

Tak ada yang excited sangat sambut birthday sebagai "AKU" sebab pada aku birthday ni tak bermakna langsung tambah bila abah dah tak de. Sebab birthday je mengingatkan aku pada arwah abah.

9 Jun aku sambut ulangtahun kelahiran, 10 Jun pulang ulangtahun perginya abah..tak ke sedih je bunyinya. Lebih baik dok diam-diam sambil sedekahkan al-Fatihah untuk abah dan diri sendiri je kan.

Ucapan diterima dari semua adik beradik, sepupu-sepapat dan kawan-kawan baik aku. Thanx pada semua. Sekarang kan dah ada fb, setiap hari pun boleh tau kan birthday siapa. Untung jugak teknologi ni sebenarnya. Buat jadi reminder terutama pada aku yang makin melupakan birthday orang-orang sekeliling aku.

Hadiah???? Thanx pada adik aku dua orang tu sebab bagi hadiah kat I. Macam tau tau je I nak wallet baru. Thanx...

Celebrate? Tak lah..even makan-makan kat luar pun tak de. Tak de mood sebab anak-anak I kecik lagi. Anak-anak I pun tak nak makan kat kedai. Nak beli kek makan kat rumah pun tak de mood buat. So tak de yang special hari tu walaupun hari tu adalah hari special aku.

Kecik hati? Walaupun my by by tak wish, tak bagi hadiah, tak celebrate pn birthday I, I tak kecik hati pun. Sikit pun tak. Sampai tak ada peratus langsung tau perasaan kecik hati tu. Mungkin sebab pada aku 'special day' tu dah bukan special untuk aku kecuali birthday anak-anak aku je.

Yang paling excited aku nak kongsi kat dalam blog ni, hari birthday aku, aku dapat ni..Lesen yang baru...

Lesen yang dah tamat riwayatnya
Lesen baru I


Pada semua yang excited macam aku yang nak lesen macam ni, sila lah renew lesen tu kalau dah tiba birthday ye. Kalau expired la..kat post office je aku buat ni. Sekarang post office pun dah ada mesin buat kad baru ni, tak perlu ke JPJ lagi...

Yahoo..aku excited dapat lesen baru ni...

Sekian, terima kasih sebab baca kisah birthday aku yang ke 32 tahun ni

Saturday, May 24, 2014

Kisah Berpantang

Orang Melayu ni kan penuh dengan pantang larang tambah lak kalau melahirkan baby..

Buat kali ketiganya dalam hidup aku berpantang. Kalau waktu Aisy dan Amni dua bulan cukup aku lepak kampung, then baru balik KL. Tapi tidak untuk kali ni..Lebih kurang dua minggu je aku kat kampung lepastu aku balik KL sebab Aisy kan dah sekolah (alasan).

Cerita pasal pantang ni..dari start Aisy sampai la Amsyar ni makin lama makin teruk jugak la kaedah aku berpantang ni. Tapi bab makan memang betul2 pantang sampai habis 44 hari la. Apa yang aku makan? Lauk ni la aku makan sampai anak-anak aku pun makan benda yang sama hari-hari. Nasi putih, Sup sayur sawi dan ikan selar bakar/rebus je..Rasa macam nak muntah tengok ikan tu. Jemu2 aku masak singgang ikan. Lepas tiga minggu aku start makan sup ayam..Kuih lak tak de apa boleh makan selain kuih bingka dan apam. Huhuhu..betapa tak best..Kena tunggu 100 hari baru boleh makan betul2 ni.

Kisah bertungku pulak, waktu Aisy 44 hari 2 kali sehari. Waktu Amni 44 hari biasa pagi dan petang jarang-jarang. Waktu Amsyar lak, pagi pun kadang tak sempat pun nak bertungku tapi aku try jugak dapatkan satu hari bertungku. Kalau tak pagi, petang try jugak. Tak dapat petang, malam pun aku bertungku.

Bab barut perut tu kalau waktu Aisy pagi malam pakai barut. Waktu Amni ngan Amsyar ni, malam je pakai. Siang tak dan pun nak pakai. Sibuk menguruskan anak betul. Bila pakai jadi tak selesa lak sebab kejap nak ke sana, kejap ke sini.

Bab stokin lak..malam nak tidur je lah pakai stokin nyer. Mana nak sempat pakai stokin kalau baru  je nak duduk anak seorang ni berak..lepas tu seorang lagi. Lepas tu anak yang ni nak mandi..lepastu nak mandi lagi. Sudahnya waktu tidur je boleh pakai.

Pantang kali ketiga ni pulak terpaksa la masak sendiri sebab dua minggu je dah balik KL kan. Lagi pun aku sihat je..bersalin hari tu tak buka banyak sangat kan, just kena jahit dua jahitan je..tu yang aku sihat je..boleh menguruskan karenah anak-anak yang tiga orang tu..

Tiga orang anak..tiga perangai..tiga laku..pening-pening...

Friday, September 6, 2013

Mimpi Mainan Tidur Sampai Lambat Bangun Tidur

Aku jarang tidur boleh termimpi-mimpi. Mimpi yang tak masuk akal lagi lah jarang..boleh dikira dengan jari la bila aku bermimpi dalam setahun.

Tapi ntah apa yang membuatkan aku termimpi pagi tadi ak pun tak tahu lah. Pada hal malam tadi tidur macam tak tidur sebab anak kecik merengek dan menangis tak tentu pasal. Kalau tak menangis, nak susu..so bangun buatkan susu...

Boleh pulak last sekali tahap aku dah letih sangat dah sebab rasanya aku tak dan nak tidur lena, aku terlena waktu jam menghampiri waktu Subuh. Niat nak pejam mata kejap je sebab dah nak subuh..lagipun semua benda pun tak settle (jemur kain, pack baju anak untuk nursery, iron baju)..dan dan boleh tertidur terus. Langsung lena sampai termimpi-mimpi.

Panjang betul mukadimah aku pasal bermimpi ni ye. Mesti ternanti-nanti je kan aku mimpikan sape..Ehem ehem ehem..aku mimpi jumpa Fahrin Ahmad. hahahaha..

Tapi dalam mimpi ni memang kelakar la..sebenarnya rumah jiran aku kat kampung ada kenduri tapi aku boleh gak pergi cari Fahrin kat rumah dia sebab nak pulangkan handphone. Nak tahu Fahrin tinggal kat mana dalam mimpi aku tu? Dia tinggal kat rumah panjang macam kat Sarawak tu tapi lebih kurang macam rumah orang -orang tua kat Sg. Ruan tu. Aku siap naik lagi rumah tu sebab nak cari dia.

Tau la kan rumah panjang yang dihuni oleh orang2 tua ni macamana kan. hehehe..semua orang yang tidur aku tengok seorang2 takut Fahrin yang tidur kan. Cari2 sampai tak jumpa. Apa ke de hal nya Fahrin nak duduk rumah panjang tu pun aku tak tahulah...

Bila tak jumpa, aku turun dah naik kereta tiba2 Fahrin  sampai park sebelah aku. Turun je kereta dia terus senyum kat aku macam kami dah lama kenal. Ni dialog kami berbual kat kereta je ni...

FA : Buat apa kat sini?
Aku: Nak pulangkan hp ni...(sambil tunjuk phone dia). Cari awak kat atas tapi tak de
FA : Oo..baru balik dari gym..Dah ada hp baru ke? Kalau tak, ambik je la guna. Saya tak guna pun
Aku: Belum tapi hp lama boleh guna semula. Kenapa tinggal kat sini?
FA : Saje..rumah saya bina sebelah sana tak siap lagi (sambil tunjuk ke arah bukit atau banjaran)

Dia berlalu tapi dia tak ambik pun telefon dia dan terus naik tangga rumah panjang tu
Aku: Fahrin, awak tak pergi kenduri ke?
FA : Segan lah..tuan rumah tak ajak saya pun..
Aku : Tak pe la..saya balik dulu. Kalau nak makan datang rumah saya pun tak pe (motif apa aku pun tak tahu. Mungkin sebab lauk kenduri banyak kat rumah)
FA : Ok. Nanti saya telefon. (Tersenyum terus naik tangga and buka pintu masuk rumah panjang tu. Tapi pintu lain bukan tempat yang aku masuk tu)

Tiba2 tersedar dah terlambat bangun lak pagi tadi. Terus Subuh gajah je pagi ni...apa punya sebab la FA masuk dalam mimpi aku pagi2 buta. Padahal tak de pun aku tengok muka dia baru2 ni sebab RBDAD dah lama habis. Sekarang tengah dok layan Nelydia Senrose ngan Ariel Zafril je..Cinta Jannah. Ni lagi seorang hero yang swwweeeeeeetttttt sangat pada aku. Ariel tu kalau bercakap romantik giler kot...dengan suara dia...ish ish ish...

Wednesday, May 29, 2013

Dialog Nak Sambut 5th Anniversary

Husband : Sekejap je, dah nak masuk 5 tahun  dah kita kahwin. Nak celebrate kat mana ni?

Aku : Nak pergi mana ke?

Husband : Ladang sawit dah tunggu untuk dituai. Hahaha..sambut kat sana je la (kerja..kerja..kerja)

Aku : Tu la..minggu lepas dah cuti

Husband : Kiranya Aisy tu pun bulan 6 jugak la ye, lepas setahun kita kahwin yek?

Aku : Em..kenapa? Ni tengah ada niat nak tambah ke?

Husband : (Muka nakal senyum kambing) Tak de la..tak mampu nak jaga dua orang ni.

Aku : Em..hana pun tak nak la. Buat apa anak ramai tapi semuanya jadi tempat habuan kemarahan. Stress jaga dua budak nakal ni pun tak habis lagi. Aisy tu dah la berdukung lagi sampai sekarang. Hana lak yang dukung..Tidak la nak mengusung perut dengan dukung dia

Kesimpulannya...tak ada dalam plan nak tambah anak lagi kot..kecuali rezeki Allah nak bagi. Waktu dialog ni budak dua orang ni tengah buat apa?

Aisy tak nak balik. Ada kat rumah cheq su dia. So stand by nak gi ambik dia la..layan tv dulu, kalau telefon tanya nak balik ke tak, mesti dah suruh gi ambik dia dah. Ni la rutin tiap2 malam kalau dia tak nak balik. Ada kau larat nak mengandung kalau nak kena naik turun tingkat 4?

Amni dengan nakal dia panjat sofa duduk dekat tingkap dengan bear dia. Macam nak bunuh bear dia je gayanya. (Try selit bear celah2 grill sebab nak jatuhkan dari tingkat4).

Thursday, April 11, 2013

Quality Time / Time Quality

Eceh eceh..macam tajuk kuliah je nak bagi hari ni. Bukan ada ke tajuk ni waktu belajar HR dulu. Sudah tak ingat lor...

Kali ni bukan nak bagi lecture pasal quality time / time qulity ke tapi quality time untuk aku & family je..

Setelah office aku dipecah masuk untuk kali kedua, waktu kerja kami berubah dari 9.00 am - 6.00 pm kepada 9.00 am - 5.00 pm tapi still 5 working days. Heaven kan....

Bila balik pukul 5.00 pm, paling cepat aku sampai rumah pukul 5.45 pm..laju kan aku drive dari Taman Maluri Cheras ke Bandar Sri Damansara ikut MRR2. Siapa biasa lalu jalan ni confirm dah tahu kat mana yang jam kan...

Bila sampai pukul 5.45 pm, aku ada masa lebih kurang setengah jam bawak budak dua orang tu main2 kat taman permainan. Main lah apa pun, tak kisah. Janji puas.

Pukul 6.30 dah boleh naik rumah. Sementara diorang main air dalam bilik air, aku dah boleh siapkan makan malam. So, dinner dah siap before 8.00 pm..

Walaupun banyak masa dari 8.00 pm - 01.00 am..tapi waktu ni bukanlah waktu yang sesuai untuk aku mengemas rumah ke, melipat baju ke, mengemas almari pakaian ke, iron baju ke...semua tu kalau buat waktu tu sudah pasti kena buat sampai dua tiga kali. Better tak payah buat.

Apa yang aku buat? Hanya melayan tv dan karenah anak-anak yang keluar masuk bilik. Ada tiga bilik dan satu ruang tamu kan, so empat tempat ni tempat diorang akan ke hulu dan ke hilir. Bawak mainan main kat bilik no. dua, pastu bawa lak buku kat bilik no.satu, pastu main lompat2 atas sofa kat ruang tamu. Sepahkan makanan..tumpahkan air...punggah semua mainan kat bilik no. tiga. Superb kan..

Bila diorang tidur pukul 1.00 am, aku pun ikut tidur tapi aku confirm akan terbangun dua jam atau tiga jam lepas tu. Waktu ni lah nak kemas rumah, kemas beg nursery diorang, iron baju, jemur baju, lipat kain..pendek kata, semua kerja rumah supaya esok nak pergi kerja rumah dah clear, beg pun dah siap.

Sekarang ni satu je kerja je boleh buat, mesin baju. Aisy & Amni ni pantang tengok aku bawa baju diorang banyak2 terus excited nak tolong basuhkan baju. So, Amni akan siap-siap heret botol Dynamo nak bagi kat aku. Yang Aisy lak sibuk ambik bantal dia susun tinggi-tinggi sebab dia nak masukkan Dynamo & tekan button machine tu.

Sebelum letak sabun, diorang berdua pun dah pandai letak baju dalam washing machine. Sebab ada dua anak, bagilah peluang dua-dua isikan Dynamo dalam machine tu kalau tak, tak adil namanya. Part ni je boleh membantu, part nak jemur tak boleh coz nanti diorang akan bergaduh. Sudahnya, biarkan sahaja dalam machine tu.

Minggu lepas aku tertengok rancangan kanak-kanak apa ntah yang diorang tunjuk kids buat kerja dobi pakaian ni kan. Macam nak train anak la kot..bagus jugak kan. Aku perlu praktikkan diorang untuk menjemur & melipat pakaian pulak.

Ok lah..tak ada apa nak direpekkan lagi...till then




Monday, January 7, 2013

Apa Yang Buat Aku Tersenyum Seorang Diri

Saje je nak buat entry. Bagi kasi rajin sikit update blog tahun ni.

Aku tau ramai yang hadapi situasi ni sama macam aku terutama kalau dok dalam kereta tengah drive. Tak kisah lah waktu jam atau pun tengah drive dengan lajunya.

Kalau tengok aku ketawa seorang-seorang dalam kereta tu, jangan anggap aku dan juga orang lain sakit mental lak. Aku rasa diorang pun menghadapi situasi macam aku:-

1. Radio
Aku pagi-pagi memang tune radio hot FM. Penyampai hot pagi2 ni memang buat aku gila je pagi-pagi. Senyum seorang-seorang dalam kereta.

Tambah lak dengan caller2 yang buat lucu bila cerita satu topik tu. Memang buat aku sekejap senyum, sekejap ketawa

2. Anak-anak
Sebab dah ada dua anak yang sangat comel dan nakal...wey, aku angkat bakul sendiri lak...keletah diorang memang mecuit hati.

Kadang tengah drive diorang suka sangat telefon aku. Ada je Aisy cakapkan dan adukan pada aku dalam telefon. Yang seorang lagi tak pandai cakap tapi bila bercakap ntah apa dia cakap.

Bila lepas cakap ngan diorang, memang aku tersengih-sengih macam kerang busuk dalam kereta tu.

3. Babak Lucu Dalam Drama
Aku kadang-kadang teringat gak adegan lucu dalam drama bila tengah drive ni. Tak tahu berangan ke apa, tapi aku tak leh dengar lagu-lagu yang main dalam drama ni.

Pastu teringat terus feeling-feeling dalam kereta. Macam lately  ni layan cerita Setia Hujung Nywa, gila tak kelakar watak Ersalina & Zain tu. Dengar lak lagu Adamu oleh Najwa Latif tu.

4. Baca Novel
Sekarang layan novel dalam kereta lak. Macam, dah tak de tempat aku nak baca novel sekarang ni. Kat office lunch time 1 hour mana cukup nak makan, nak solat nak baca novel. Kat rumah lak ada dua budak yang nak baca Novel jugak kalau kita baca. So, place yang paling sesuai adalah waktu jam dalam kereta.

Faham-faham sendiri la kalau part lucu tu tersengih-sengih sendiri kan.

5. Lepas Dapat Call
Yang ni tak kisah lah dari siapa tapi sebab kadang-kadang sebab diorang call kita tu macam tak masuk akal kan reason dia.

Contohnya kalau husband kita telefon cakap yang romantik-romantik ke, tak ke rasa macam pelik je kan. Dah lah tengah drive, bukan dia tak tahu. Itu mungkin maknanya suruh cepat sampai rumah la tu. Ada special ke tak menanti kat rumah tak tahu la kan.

Tak pun dia buat joke. Macam husband aku ni dia suka buat joke dengan jawapan bodoh dia. Memang tersengih je lah lepas letak telefon tu.

Setakat ni je yang aku leh update coz ni la reason aku tersengih-sengih macam kerang busuk kat dalam kereta. Nanti aku update sebab yang boleh kita nangis lak dalam kereta

Friday, January 4, 2013

2013 Lagi

Tak habis-habis cakap 2013 je aku  ni. Walaupun aku tak ada wawasan dan matlamat, tapi aku ada impian. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal impian la.

Kali ni nak cerita pasal apa yang di impikan je. Lebih kurang macam adik beradik impian je.

Untuk 2013 ni aku bertekad nak pergi kerja awal. Nak start balik prepare semua benda sebelum tidur. Terutama bab iron baju supaya tak delah bangun pagi semua benda nak buat. So, peluang nak pergi kerja cepat adalah tinggi.

Selain tu, aku berusaha nak kurangkan berat badan. Aku tak delah nak impikan nak jadi kurus macam anak dara dulu sebab beza umur anak dara dengan umur sekarang adalah 10 tahun. Kurang-kurang berat naik 10 kg dan pinggang naik 1cm je dari dulu. Hahaha

So target berat badan 55kg pun dah cukup. Sekarang 59kg tu..nak naik tangga pun tak larat dah. Dukung budak kecik Amni pun aku boleh tercungap-cungap naik tangga. So, better aku kurangkan berat badan sebelum aku ni jadi obesiti.

Rasa macam nak tambah seorang lagi dalam family aku ni tapi sedang berkira-kira boleh ke tak. Bila fikir perangai budak dua kecik tu, rasa macam tak nak beranak dah. Teringat pulak sakit nak bersalin, waktu contraction and push tu...rasa terus tak nak. Tambah lagi ingat lauk waktu pantang, ikan selar rebus ngan sup sayur sawi je tau. Sungguh aku tak tahan..Tapi ni boleh di fikirkan lagi kalau BFF aku Cik Bibah tu target nak bersalin tahun ni, aku nak joint la.

Rasa macam nak tukar kerja je last year tapi bila masuk tahun ni aku masih lagi kat office lama ni. Tak apply pun kat company insurance tu dan diorang lak tertanya-tanya mana resume aku.

Bukan tak nak tukar kerja, aku just fikir macam ni je...Bulan March ni insyaallah nak pergi bercuti. Bila bercuti kena apply cuti. Kan kalau under probation tak cantik la record aku nak ambik leave lak kan. So, kena hold dulu kerja baru.

Pastu mana tau lak tiba-tiba ter pregnant lak kan, masuk je company baru terus pregnant, kerja tak sampai setahun dan maternity leave. Apa lak diorang cakap kan.

Tambah lak dengan masalah anak aku yang Aisy tu kadang2 tak nak ke nursery, kat office ni aku boleh angkut dia datang dok ngan aku. Bos aku siap offer lagi bawa ke office je jangan paksa dia ke nursery kalau dia tak nak. Tengok, kadang-kadang bos aku ni buat aku tak sampai hati nak tinggalkan company ni....

Tapi, demi masa depan aku akan berhenti jugak....cuma masanya belum pasti.

Tahun ni jugak aku impikan sebuah rumah yang sangat kemas. Mainan bersepah tak boleh buat apa coz anak-anak memang suka punggah mainan keluar dari bakul dan sepahkan sampai penat bermain.

Yang jadi target kekemasan rumah aku adalah aku sangat2 perlukan wall kitchen cabinet yang boleh aku menyimpan pelbagai khazanah bekas-bekas makanan, stok2 makanan, dan macam2 la lagi stok yang sekarang tersumbat kat atas table top. Buat rumah macam kedai runcit je...

Aku jugak perlukan sedikit duit lebih untuk betulkan leaking bilik air rumah atas. Tuan rumah tak reti bahasa sampai tukar2 owner pun tak nak betulkan lagi. Last year je dah pecahkan dua keping ceiling dalam bilik air and dapur aku akibat air dari salur sinki and lubang bilik air tu pecah menimpa rumah aku. Huhuhu..sungguh sadis tau. Kosnya sangat mahal untuk betulkan semua tu. Patutlah owner tu nak buat

Sebab Aisy n Amni besar, rasa macam nak sediakan satu bilik khas buat mereka. Walaupun bukan mereka tidur kat sana, tapi nak bagi mereka rasa itu bilik diorang yang diorang love sangat2. Deco lebih sikit la...pulus pun kena ada lebih.

Paling penting, aku rasa aku macam dah jauh dengan Allah. Buat setakat yang wajib je, yang sunat-sunat semua pun dah tak de. Tahun ni aku bertekad akan kembali dekat padaNya. Semoga Allah swt tahu niat aku ni.

Thursday, December 27, 2012

Aku Ibu Yang Gagal

Buat pertama kalinya aku menangis sebab aku rasa aku telah gagal menjadi seorang ibu. Atau aku tak layak sebenarnya untuk menjadi ibu. Aku tak ada bakat untuk untuk mengasuh anak-anak kecil. Dan semua tu telah menggagalkan aku sebagai ibu. Huhuhu...

Sejak dua menjak ni, Aisy bertambah nakal. Mudah menangis, kuat bergaduh dengan adik dia, dengan kawan-kawan dia. Dan aku rasa dia tak boleh dikawal langsung. Tiada satu arahan pun dia nak dengar.

Rumah akan senyap kalau dia tidur lena. Kalau dia tak tidur lena, dia akan menganggu satu rumah dengan igauan dia yang melampau-lampau.

Sebab perangai nakal di rumah, dia terbawa-bawa ke nursery atau dari nursery bawa ke rumah aku pun tak tahu. Yang aku tahu Aisy dari kecik memang sangat susah nak mendengar kata.

Minggu lepas satu cubitan hinggap di peha kirinya ketika makan di nursery. Memang tabiat dia kalau dia terasa sesuatu makanan selain nasi atau ikan / ayam masuk ke mulut, dia akan meluahnya walaupun hanya sedikit sebisan bawang.

Yang menjadi kemarahan penjaga dia mungkin sebab dia telah meluahkan makanan tersebut ke dalam pinggan kawan dia. Aku bertanya sama ada itu cubitan sebenar atau buat-buat cubit. Penjaga tersebut kata dia buat-buat cubit.

Yang menjadi masalahnya, Aisy sudah mula bersuara tak nak ke nursery. Kalau sebelum ni pujuk-pujuk pun dia akan pergi tapi tidak kali ni.

Setelah dua hari untuk minggu ni tinggal dengan mak aku, pagi ni mak aku telah pulang ke kampung dan aku juga tak benarkan mereka bawa balik Aisy. Dia anak aku, biar susah macamana nak jaga, aku tak nak susahkan orang lain.

Tapi pagi tadi dia meronta-ronta tak nak ke nursery dengan alasan sakit kena cubit. Pujuk punya pujuk, dia nak ikut C.Su dia ke office. Salam dengan aku pun tak nak coz takut aku dukung dia bawa ke nursery. Sedih betul...dah lah banyak malam dah dia tak nak tidur dengan aku...

Tak sampai setengah hari, dia telefon kata nak balik duduk dengan mak. Sudahnya adik aku buat keputusan nak hantar dia balik kampung je tengah hari tadi coz dia dah menangis-nangis kat office. Aku pujuk nak bawa ke office aku pun dia tak nak.

Sedih rasanya...aku rasa aku telah gagal untuk kesekian kalinya untuk menjadi insan yang bergelar ibu. Aku tak berjaya nak jaga dia dengan sebaik-baiknya. Jika aku tahu aku tak berjaya seperti hari ini, dan masa itu boleh diputarkan kembali, aku akan kembali ke zaman aku belum berkahwin. Dan aku akan buat keputusan untuk tidak berkahwin supaya aku tidak berdosa kerana gagal menjaga amanah Alllah ini dengan sebaiknya.

Aisy, Amni..dua-dua anak mama yang paling mama sayang. Mama berjanji akan perbaiki segala kelemahan yang ada sebelum terlambat. Berilah peluang pada mama untuk menjadi ibu kalian berdua.

Monday, September 17, 2012

Kan Seronok Kalau Banyak Duit...

Kalau lah banyak duit, apa aku nak buat?

1. Tunaikan Haji
Aku nak pergi buat Haji tahun ni gak. Sekarang jugak aku tempah pakej haji yang boleh bawak aku pergi Haji bulan depan.

Duit simpanan memang dah boleh pergi dengan pakej haji under Tabung Haji tapi kuota aku tahun 2028. Ada 16 tahun lagi nak tunggu. Umur panjang aku ada, kalau umur tak panjang, tak ke tak sempat nak pergi.

Pastu sebab duit banyak kan, niat nak bawak PIL aku coz diorang tak dapat pergi lagi. Belum sampai kuota diorang. Bawak mak aku sekali untuk kali kedua tunaikan haji and adik beradik aku lah sekali.



Total untuk kos haji under pakej : RM 27,000.00 x 11 orang = RM 297,000.00

2. Rumah Teres
Ni semua untuk keselesaan anak-anak aku dan jugak family aku bila datang ke KL. Tak payah lah duduk rumah yang kena naik tangga ni.

Naik tangga satu, rumah lak agak "luas" untuk anak bermain. Sian anak2 aku. kadang sampai berlanggar buntot bila berlari-lari. Maklumlah, rumah sempit.

Kalau dapat rumah yang ada laman sikit lagi best. Boleh cycling petang2, tak pun boleh mandi pool plastic tu. lagi senang nak kuar gi mana-mana coz parking terus depan pintu rumah.


Harga Rumah Teres Kawasan Bandar Sri Damansara : RM 700,000.00


3. MPV
Sejak aku lahirkan Amni, tak pernah merasa dah duduk sebelah pemandu ni. Maklumlah, anak kan dah dua.

Terpaksa lah duduk kat belakang ngan Amni. Kalau nak dok depan sangat, nah ko, drive sendiri.

Pastu kereta Myvi tu pun rasa macam dah penuh je. Memang orang lain tak leh tumpang la kereta kitorang ni.

Lagipun sekarang ni kereta tu kitorang guna untuk angkut sawit bila hujung minggu. Maklumlah, tak kenderaan lain nak pergi kebun. Terpaksalah menyedekahkan kereta MYvi tu untuk dilasakkan.


Harga MPV : RM 150,000.00

4. Loan
Kalau banyak duit, aku nak settle kan loan rumah dan kereta aku sekarang jugak. So tak payah berhutang.

Selagi tak habis loan ni, selagi tu lah jugak aku terpaksa menghabiskan duit untuk renew insurance aku untuk cover loan dua ni. Macam membazir gila jer.

Bila tak payah berhutang, maknya aku ada peluang untuk tidak bekerja. Yahoo...bestnya dok rumah

Rumah : RM 60,000.00
Myvi : RM 25,0000.00

5. Saving
Aku nak ada simpanan sekurang-kurangnya RM500,000.

So, bila aku total kan semua sekali jumlah yang aku nak ada yang dikatakan duit yang banyak tu lebih kurang
RM 1,732,000.00

Wow..lebih kurang 1.8 juta tu..sama ngan nilai tanah sawit abah aku tu....

Friday, September 14, 2012

kEMALASAN mELANDA

Tengok, punya lah malas nak change balik tulisan yang menggunkana capslock, lalu dibiarkan menjadi tajuk entry di situ.

Sekarang dah banyak masa nak berblogging coz bukan tak de kerja kat office tapi aku macam malas je nak layan kerja ni.

Pastu apa aku buat? Ehhh..sekarang aku rajin betul baca blog. Blogwalking gitu. Aku tak tahu lah apa jadahnya aku melayan blog orang sekarang ni.

Semua blog aku layan baca sekarang ni lak aku just jadi silent reader je.

Jom tengok blog apa yang aku buat blog walking setiap hari kalau ada masa.

1. comatosewithbraindamage.blogspot.
Ni pemilik dia Diana atau lebih mesra dengan panggilan Di. dalam blog dia ada promo collagen Epyra dan cerita random pasal family dia jugak.

Aku tak tahu kenapa aku terbaca blog dia. Mungkin aku ada tergoogle something terus buat aku rasa macam best jer blog dia nak baca

2. thisisfarhana.blogspot.
Blog ni aku aku google "the little khalifah at ukay boulevard".

Ada entry dia buat gi kat ada satu butik baby & mom yang kat situ dan terbeli dry rack tu.

So aku pun rasa macam nak pergi sana lah coz aku memang nak gi sana bila aku terpegun dengan kedai-kedai kat sana yang banyak. Waktu tu aku terperangkap dalam jam yang buatkan aku sampai office kul 10.30 am.
 Ok, nanti cari waktu nak pergi sana

3. inibelogsaya.blogspot.
Ini blog Hanis Zalikha yang glamor sebagai blogger tu.

Macamana aku leh nak blogwalking dia nyer blog?

Hari Rabu hari tu 1st episode Mad Markets kat TV9. Aku tengok host dia cam familiar je rupanya dia blogger.

Sebenarnya tak pernah baca blog dia tapi sebelum ni pernah baca entry pasal blogger glamor ni. Macam best jugak dia punya blog.

4. misscronicsz.blogspot.com
Pemilik dia Yasmin Johan telah pun kembali ke rahmatullah pada 03 Jun yang lalu.

Sekarang blog dia di update oleh ibu dia.

Macamana leh blog walking blog ni? Tiba-tiba terbaca news blogger muda yang meninggal di usia muda.

Terus google blog dia and blog dia agak interesting jugak untuk di baca. Tapi more sedih bila baca entry dari mama dia yang banyak update draft dari arwah

Ok...sekian saje tentang update blog saya kali ni. Berjumpa lagi di lain siaran

Tuesday, August 7, 2012

Kehilangan Mood Untuk Menulis

Sekarang bukan tak ada masa langsung nak update blog. Masih ada ruang kalau nak update cerita tapi macam hilang mood je nak menulis.

Semangat menulis tu hilang bersama perasaan yang ketika ini sedang berpuasa. Rasa macam nak layannnnnn je macam terbang dek angin.

Nak cerita pasal raya pun tak datang lagi mood raya. Lagu raya hari kesepuluh puasa hari tu dah ada tapi  mood raya masih belum sampai.

Sampai hari ni aku masih belum pijak mana-mana shopping complex untuk membuang duit yang ada tapi duit dah habis. Hahaha...

Hari-hari asyik bayar bil je pastu tukar duit raya lagi, mestilah dah habis.

Lagipun semua baju anak-anak dah beli cuma tinggal kasut je belum beli lagi. Yang seorang je penting kasut yang seorang lagi tak beli pun tak pe coz masih belum boleh berjalan.

Baju kurung lak memang dah hantar tempah bulan April hari tu, just tunggu siap je, Bayar dan dapat baju tu.

Apa yang belum hanya persiapan raya husband yang masih belum nampak bayang. Malas nak keluar bersesak-sesak dengan membawa dua budak kecik.

Seorang perlu kawalan rapi kerana sudah boleh berjalan. Yang seorang  lagi pula belum boleh berjalan tapi tak suka dikurung dalam carrier mahupun di dalam stroller. Habis, apa pilihan yang ada?

Duduk di rumah sahaja lah. Husband tak pe, dia boleh keluar sendiri bila-bila masa sahaja. Waktu kerja, hari cuti, semua tu tak de masalah untuk dia.

Kuih raya juga tidak bertempah tahun ni. Aku bukan buat open house pun. Setakat nak makan-makan, makan apa je yang adik aku beli. Hahaha...

Cakap pasal kuih raya rasa macam nak cari bahulu gulung la. Mana boleh cari? Ke boleh buat sendiri. Yang sedap kat Kuala Selangor tapi jauh sangat la.

Raya tahun ni raya kat mana pun tak tahu macam yang sebelum-belumnya. Nanti bila sampai pagi raya aku adalah kat rumah mak aku. Hahaha..

Sepatutnya ikut giliran tapi sistem giliran tu macam hilang bila ada saja sebab kenapa tak jadi adanya giliran.

Terutama bila dah ada anak kecik dan juga sebab tempat raya adalah sangat dekat. Bila rumah dekat-dekat, sentiasalah sekejap ada, sekejap tak ada.

So, untuk raya kali ni aku rasa masih lagi macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Cakap pasal raya, aku bukan budak kecik lagi yang excited bila tiba hari raya. Walaupun sudah ada keluarga sendiri sekarang. Dan yang paling rasa hilang indahnya raya sebab abah dah tak ada.

Oh Tuhan, kembalikanlah kegembiraan itu padaku....

Mereka jantung saya, mereka hati saya, mereka kegembiraan saya


Thursday, June 14, 2012

3 series

Youhoooo...jangan jeles ye readers..I sudah pun memiliki 3 series tu...percaya tak?????

Kereta Idaman

Hohoho...bukan Auto Bavaria 3 series tau..tapi umur yang dah masuk 3 series...last saturday I dah turn 30 years tau. Sekejap je rasanya masa tu. Rasa macam baru semalam aku sambut hari lahir yang ke-17...hahaha..menipu je lebih..

Walaupun dah masuk 30 tahun, tapi jiwa masih muda. Muka tak payah cakap lah..masih lagi sweet 17th tau..perasan banyak...body je yang tak sweet 21..huhuhu..tapi dah turun sikit dari dulu..kena usaha lebih sikit.

Hadiah apa yang aku dapat? Ada celebration tak? Semua pun tak de. Birthday macam tak birthday. Tapi bahagia bila orang yang pertama wish adalah my husband. Ingat dia lupa, maklum lah anniversary buat tak tau je. Rupanya pada dia birthday tu lebih penting. Sayang lebih la kat dia...

Hari birthday tapi time cuti sekolah banyak sangat kenduri kahwin. So biasalah membusykan diri menghadiri majlis perkahwinan sedara mara je lah.

Tapi aku paling sedih sebenarnya bila sambut birtday, bila sambut anniversary. Bila tarikh-tarikh ni menghampiri aku, bermakna aku juga telah kehilangan insan yang paling aku sayang.

Aku sambut birthday 09 Jun, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir 10 Jun. Aku sambut anniversary yang ke empat pada 30 Mei tapi abah juga telah pergi empat tahun. Huhuhu..aku sedih..sedih sangat.

Kalau boleh putar balik masa, aku nak peluk abah erat-erat. Nak ambik gambar ngan abah banyak-banyak di hari perkahwinan aku.

Kalau lah abah aku ada lagi saat ni dan juga dia masih lagi sihat macam dulu, aku rasa aku lah orang paling bahagia dalam hidup ni sebab aku anak abah...

hohoho...sedih lak aku dengar lagu Tomok yang baru ni...layan jap...



Tapi kebetulan lak ada majlis solat hajat dan bacaan yassin hari Ahad tu sama lak dengan tarikh arwah abah aku pergi buat selamanya. Cerita majlis solat hajat & bacaan yassin update nanti.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Salam semua readers...

Selamat hari guru buat semua cikgu & cikgi kat Malaysia ni. Kalau tak de guru, PM pun tak de kat tempat dia sekarang. Sama lah macam aku gak, takkan ada kat tempat aku sekarang. Thanx cikgu.

Kali ni nak cerita pasal cikgu lak. Family belah abah memang ramai cikgu. Ayah Su (adik abah) suami isteri cikgu. Ayah Mud (adik kedua bongsu abah) pun cikgu dan anak dia dua orang pun cikgu gak. Anak sedara belah mak (anak pak long) pun cikgu gak. Aku rasa macam semua adik beradik dia cikgu.

Anak mak? Seorang pun tak de yang jadi cikgu. Tapi kami semua pernah memegang tittle "Guru Sandaran". Dan selamanya lah budak2 tu kalau jumpa kami panggil kami cikgu. Aku lak yang rasa segan.

Aku ajar diorang sekejap je, kalau ilmu yang diajar tu bukan lah banyak mana pun. Pastu budak yang aku ajar tu semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maklumlah, ajar budak2 yang nakal. Pergi sekolah banyak nak main je dari belajar.

Sungguh teruk aku mengutuk anak murid, sebab tu aku tak menyambung niat nak jadi cikgu. Aku tak boleh mengajar dengan seikhlas hati. Aku betul2 tabik spring kat cikgu2 yang betul2 ikhlas dari hati mengajar anak bangsa. Bukan setakat nak dapat gaji bulanan je atau pun sebab tak de kerja.

Aku paling sayang cikgu2 sekolah rendah aku. Aku kan sekolah kat kawasan kampung je, tapi sebab usaha cikgu2 ni, kami sama2 bersaing nak dapat markah paling baik. Sudahnya kami diangkat menjadi status sekolah grade A.

Waktu sekolah rendah kami semua macam satu keluarga. Semua cikgu berusaha nak bagi tuisyen kat kami. Bayarn pun tak mahal. Siap cikgu hantar balik coz dah malam.

Pastu kalau time nak wakil sekolah untuk sukan majlis daerah, semua cikgu2 ni akan ikut kami untuk bagi moral support. Memang terbaik la...kami kan budak2 pandai pastu aktif sukan lak. Sekolah pun jadi gred A, sebab tu kami semua disayangi cikgu...hahaha..perasan lebih.

Bila naik sekolah menengah, sebab dah besar dah tak close ngan cikgu2. Tapi aku paling sayang la kat dua orang ni. Ustaz Zul & Sir Halim.

Ustaz Zul selalu backing aku kalau aku ada buat salah. Dia jugak yang ajar aku subjek pendidikan islam. Ustaz ni selalu je serba salah bila hari jumaat atau sabtu aku mintak nak keluar bandar. Dia tau aku akan balik kampung pastu tak balik2 dah asrama. Sebab saya pandai ustaz pun sayang kan. Menjawablajh ustaz ngan ketua warden. Hahaha....

Sir Halim lak, aku dah tak boleh ketchup untuk math form 1 & 2, total lose waktu tu. Tapi bila form 3 sir Halim yang ajar Math, aku dah boleh score A semula. Sampai form 5, aku pun terus sayang dan cintakan subjek Math walaupun bukan sir Halim yang ajar.

Bila dah dewasa ni..eceh ceh ceh..dewasa sangat la kau. Bukan dah 3 series ke?..rasa nak nasihat je semua budak2 sekolah supaya hargai cikgu2 tu. Nanti bila dah tak sekolah, sangat menyesal sebab tak dengar nasihat cikgu.

Selamat hari guru buat semua cikgu2 kat malaysia ni. Terutama pada Cikgu Khaidzir, Cikgu Abu, Cikgu Zulkifli, Cikgu Safarijah, Ustazah Atipah, Cikgu Radzi, Cikgu Shahidan, Sir Badrul Hisham, Teacher Hashimah, Cikgu Megat yang pernah mengajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lembah Klau. Sir Halim, Ustaz Zulkifli, Cikgu Rofidzan, Cikgu Rosmah, Cikgu Kamariah (SMKTK). Ramai cikgu sekolah menengah aku tak ingat nama la. Selamat Hari Guru.....

Friday, April 27, 2012

Footballer

Kalau dulu aku aku berangan nak kahwin ngan seorang lelaki yang bermain bola sepak..nah kau..akhirnya dapat suami yang gila dengan bola. Cuma lately ni je kurang sikit lepas terlalu banyak injured samapi jadi pancit dah nak berlari.

Pastu bila dah kahwin asyik berangan nak dapat anak lelaki je coz nak anak nanti pandai main bola sepak macam abah dia dan yang paling pening lebih dari abah ok..

Bila tau pregnant pertama, harap lelaki tapi keluar perempuan. Syukur alhamdulilah sempurna sifat & sihat. Walaupun gegirl, tapi anak aku Aisy tu kaki bola tau. Kaki Bola setiap hari Isnin TV9 tu mesti tengok. Dia paling suka time nak sepak bola dalam lubang kecik2 tu.

Bila pregnant anak kedua, harap lelaki tapi keluar perempuan. Hampa tapi masih bersyukur kerana sihat & sempurna sifat. Yang ni tak tau la kaki bola ke tak macam abah dia, macam kakak dia.

Sebab tak ada anak lelaki, abah dia nak jugak beli jersi bola Malaysia untuk anak dia. Mula belikan untuk Aisy, tapi Aisy anak tak nak pakai. Pakaikan aje untuk budak kecik ni. Cute tak anak saya?


Budak yang pasrah

Hehehe...hope ada rezeki anak lelaki yang boleh sarung jersi ni.

Wednesday, April 18, 2012

Saya Mau Lebih Dari 24 Jam

Sudah lama tidak berblogging..rindu sungguh dengan blog ni. Nak curi ruang yang sikit pun tak de kesempatan.

Apa yang kau sibukkan sangat sampai tak de masa nak berblog ni???? Terlalu banyak kerja.. Kalau dulu boleh update satu entry satu hari bila masuk office, sekarang bila sampai je office, on pc terus buat kerja sampai lunch time pun tak sedar.

Bila lunch hour, 1 jam pun tak cukup coz waktu ni jer masa ada nak pump susu untuk budak kecik tu. Nak pi bungkus nasi pun ambik masa 15 minit, pastu makan pun cepat-cepat je.

Tak de dah masa 1 jam tu aku gunakan gi merayau kat jusco macam dulu-dulu. Pendek kata dah lama dah tak beli barang kat jusco. Sampaikan voucher rebate pun tak collect sampai hari ni.

Bila dah habis lunch hour, ada 4 jam je masa lagi nak balik. Ada dua waktu solat perlu ditunaikan, ada kerja yang banyak masih tertangguh. Memang tak sedar la masa tu, tau-tau je dah nak balik.


Muka ibu dan anak yang tak mandi pagi. Hahaha

Memang syok, tak la mengantuk macam dulu menunggu masa. Tapi tak suka jugak masa yang tak cukup ni coz kerja tak settle, esok datang ada kerja lain lagi. Sedangkan kerja semalam pun tak settle lagi.

Samapi je rumah dah pukul 7.00 tak pun lebih. Bila sampai je, melayan karenah dua budak kecik tu, masak, makan, sedar-sedar mata dah ngantuk. Memang tak boleh blah la...nasib baik gak ada adik aku kat rumah. Ada jugak teringan sikit kerja melayan Aisy tu. Dia boleh kejap pi bilik Cu dia, kejap lepak ngan aku. Lepas tu sepahkan rumah.

Memang tak boleh blah la kalau tengok perangai Aisy yang suka sepahkan rumah tu. Tapi malas nak bising, malas nak layan. Nak sepah, sepah lah. Nak main, main lah. Dah tidur nanti kalau aku larat, aku kemas. Aku tak larat, aku biar je rumah bersepah. Bangun pagi baru kemas.

Sebab blog ni dah lama tak update, aku hutang banyak cerita. Cerita tentang perkembangan Aisy & Amni terutamanya. Cerita aku tak ada perkembangan kecuali badan yang mengembang.

Kenapa tak leh turun berat badan macam lepas bersalinkan Aisy dulu. Mungkinkah sebab aku breastfeed Amni??? Mungkin sebab bendera merah sampai sekarang pun tak menjengah ke? Oh tidak..aku dah target treadmill tu kalau dapat bonus tahun ni...Huhuhu..perlu exercise lebih.

Tuesday, February 28, 2012

Accident Di Pagi Hari

Pagi-pagi lagi dah buat aku tak de mood nak gi kerja. Dengan perut meragam dari semalam sampai pagi ni. Rasa macam nak MC je. Dah lama tak mc ni. Asyik kerja macam company tu company sendiri je tapi fikir kalau aku dok kat rumah teringat anak kat nursery lak. Tapi kalau diorang ada, sama je tak berehat. Pergi kerja je la.

Hari ni mood pagi Aisy yang baik dengan seronoknya dia cakap "Aisy nak naik motor dengan abah". So hari ni just dukung Amni dan tidaklah dukung Aisy cam tiap-tiap hari.

Amni dah meniarap so bawa kereta memang slow gila coz takut dia tiba-tiba meniarap kat seat belakang, bahaya gila. Aku dah bagi signal ke kiri nak cross jalan menuju ke nursery.

Tiba-tiba berdentum dan ternampak seorang mamat ni dah jatuh dengan motor dia. Gila apa dia langgar kereta aku pagi-pagi ni.

Mulut dia  macam nak cakap sesuatu, aku pun buka tingkap ingat nak mintak maaf walau aku tak salah kan. Boleh lak dia maki-maki aku cakap aku tak nampak. Aku pun jadi hangin semacam je. Aku maki balik.

Aku dah bagi signal lama gila nak cross jalan ke kiri, yang mamat ni nak ke kanan tiba-tiba lalu ikut tengah buat apa. Aku terus tutup tingkap malas nak layan. Kaki dah menggeletar gila nak drive tapi gagahkan jugak hantar anak ke nursery.

Aku pun tanya husband aku, kalau orang bawa motor ni kalau dia salah pun tak nak ngaku salah ke? Husband aku cakap dia tu yang bodoh, mana ada orang dok belah kiri kalau nak ke kanan.

Husband aku tanya"Tak mati lak mamat tu?" Kalau mati, aku biar je. Geram betul aku. Tak mintak maaf tak pe lah, ni dah salah tapi nak maki orang lak. Habis kereta kemek dan calar belah depan.

Tolonglah fikir-fikir sikit bawak motor tu pada penunggang-penunggang motor sekalian. Pesanan dari penaja blog ni.