Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Langkawi Day 3

Ahad, 01 Mei 2016

Makan Pagi

Disebabkan semalam pergi cari breakfast seawal 7.00 pagi dan kebanyakan gerai-gerai belakang tempat kami stay tu tak buka lagi, pukul 8.00 pagi baru pergi cari makan.

Lokasi cuma jalan kaki di belakang tempat kami tinggal dan berhadapan dengan Kompleks Haji Ismail. Gerai bawah pokok je.

Husband bungkus dua nasi lemak biasa, lima ketul kuih dengan dua keping kuih talam tepung. Agak terkejut sebab husband cakap harga untuk kuih sahaja RM 5.30. Berapa harga sebenar ni?

Mungkin ada kesilapan pemilik gerai kira ke apa sebab adik aku pun beli di gerai yang sama. Harga yang sebenar semua jenis kuih RM 1.00 untuk 3 dan kuih talam tepung tu RM 0.80 satu sebab dia potong agak besar sikit dari saiz biasa kuih. Sepatutnya lebih kurang kalau dia charge kuih RM 0.40 satu pun baru RM 2.00 + RM 1.60 untuk dua keping kuih talam. Tapi mungkin tersilap kira..andaikan saje la

* Kos breakfast : RM 7.30

Bird Paradise & Wildlife Park
Lokasi : Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah (9km dari Pekan Kuah)
Open : 08.30 am - 07.00 pm (ticket last : 06.00 pm)



Ada satu hari lagi nak berjalan ni harus top up minyak la nanti susah pulak nak berhenti. Sebenarnya kalau dari tempat kami tinggal tu tak payah la ke Jalan Padang Matsirat tu tapi husband aku ni laju je ke jalan sana. So terpaksa la naik highway yang agak jauh jugak la. Berlaku la pembaziran minyak di situ tapi tak kisah la. Nama pun berjalan, kita tengok je la tempat orang.




Entrance tiket aku dah beli kat groupon so harga sangat berbeza kalau direct beli kat kaunter.

Dewasa (Mykad) : RM 24.00
Kanak-kanak (Mykid) RM :16.00



Budak-budak ni seronok la boleh bagi makan binatang-binatang yang ada kat sini. Tapi semua makanan tu kena beli, tak de dia nak bagi percuma dengan tiket masuk yang dibayar tu.





* Kos ticket by groupon : Adult RM 20.00 Children RM 13.00 (Total : RM 66.00)
* Kos makanan haiwan : RM 6.00 per pax (carrot, banana, pallet etc) (RM 12.00 - 2 pax)
* Kos makanan arnab : RM 2.00 per pax (carrot, kangkung) (RM 6.00 - 3 pax)
* Mineral water : RM 3.00
* Gambar : RM 35.00 without frame ( RM 65.00 with frame)
* Mainan Amsyar : RM 6.00
* Coklat : RM 20.00 (Ritter Sport - RM 20.00 untuk 5)
* Top up petrol : RM 20.00
* Snack kat Mesra Petronas : Rm 9.60

Taman Agro Mardi
Lokasi : Jln Padang Gaong, Tmn Harmoni, Lubuk Semilang
Jarak : 8km dari Pekan Kuah (Jln Padang Matsirat)
Open : 08.30 am - 05.00 pm

Harga tiket :
Dewasa : RM 7.00
Kanak-kanak : RM 3.00


Guna tram untuk tour dalam ladang ni tapi cuma pergi tiga tempat je. Tram ni akan ambil masa 20 minit untuk sekali pusing. Taman Agro ni kalau pergi bulan Mei - Julai may be seronok sikit sebab banyak jenis buah boleh makan. Macam buah bermusim; rambutan, durian, manggis


Waktu kami pergi ni, kami hanya di hidangkan dengan tembikai merah, kuning, honeydew, nanas, dan pamelo sahaja.

Mula-mula diorang akan bawa tempat makan buah dulu. Untuk info, buah-buah yang dihidangkan bukan sepenuhnya dari ladang Mardi ni, diorang beli jugak sempat tak mampu nak hidang kat visitor yang datang hari-hari kan! Dalam lima jenis buah yang makan tu, buah pamelo je yang sedap. Yang lain, tak berapa manis dan masak.


Lepas dah makan, diorang akan bawa ke kebun nangka lak. Cuma untuk bergambar bukan untuk info penanaman. Satu kelemahan aku rasa tour ni. Sepatutnya tour ni lebih kepada info.




Selepas bergambar dengan nangka yang pakai cermin mata hitam, pergi melawat kebun anggur pulak. Waktu kami pergi ni, anggur merah baru sahaja di tuai so kami tak dibawa pun masuk kebun tu. Kami hanya dibawa ke kebun anggur yang jenis untuk buat kismis / jeruk sahaja. Buah pun kecik je dan masih masam.

Aku ni ambil kesempatan sikit, sebab yang bawa tour tu baik kan...aku pun try mintak dengan dia keratan batang anggur merah. Dia bagi aku dua batang saiz besar batang pensil, dah seminggu semai kat rumah tapi tak nampak pun daun keluar lagi. Tak tahu akan tumbuh atau tak..

Aku harap Mardi Langkawi ni akan improve service diorang. Walaupun bukan musim buah-buahan, tapi diorang patut hidangkan juga buah-buahan yang tanpa musim macam buah ciku, pisang, jambu, belimbing, buah naga dan banyak lagi la jenis buah yang tak bermusim ni.

Aku yang dah biasa makan buah ni tak la ralat sangat tak dapat makan buah, aku cuma ralat tentang info dan jugak benih atau anak pokok yang tak dijual untuk visitor beli. At least kita dapat beli benih yang baik dari Mardi untuk tanaman sendiri. Aku rasa pelancong dari Jepun yang sama tunggu tram dengan aku tu mesti sikit kecewa sebab tak dapat tour macam masuk ladang agro yang ada provide secara persendirian tu. Agaknya kalau dia dapat masuk kebun cousin aku yang kat Jelu tu bukan main seronok kot dapat makan macam-macam jenis buah.

* Kos tiket : RM 20.00

Makan Tengahari

Lokasi : Restoran Selera Pantai Timur Seafood Langkawi
Jenis masakan : Nasi campur

Kami berhenti kat kedai ni otw balik ke Pekan Kuah dari Taman Agro Mardi, so lokasi adalah Jalan Padang Matsirat la kot. Kalau nak senang, bila ada nampak asap-asap yang banyak tengah membakar tu di sebelah kiri jalan disebelah pokok besar, tu lah kedai dia. Kalau jenis bawa laju je kereta memang tak boleh nak berhenti la

Macam-macam ada..terlalu banyak..ada sotong bakar, ikan bakar..ulam-ulam..kalau jenis masakan tu macam-macam jenis masakan ada. Orang memang ramai, tapi kami bungkus je bawa balik.

Kami bungkus untuk tengahari tu, nasi putih tiga, ikan bakar, ayam goreng dua ketul, gulai lemak pucuk paku, air pulak milo ais dan teh o ais limau. Makan memang sangat sedap dan berbaloi.

* Kos makan tengahari : RM 23.00

Makam Mahsuri

Aku tak masuk pun sebab dua anak aku ni tidur dan aku sekali tertidur sebelum sampai kat pintu masuk tu. Sedar-sedar je Aisy tengah buat apa ntah seorang-seorang dia. Tanya dia Rizal kat mana? Dia kata dah masuk. Dia kata abah tak parking dalam sebab kat dalam kena bayar..

Penat sangat sebenarnya dari hari first sampai sampai la petang tu asyik je keluar. Mana ada duduk baring-baring atas katil kecuali malam pukul 12.00 malam. Tu pun tidur asyik je la terganggu sebab rasa macam dah lama tidur takut tak sedar Subuh pulak. Rupanya masih awal lagi.

Sebelum ke Makam Mahsuri ni kami singgah di Bird Paradise tu untuk beli coklat Ritter Sport. Kat sana je murah kan. Otw ke makam mahsuri melalui jalan Air Hangat ni jauh jugak dalam 24km. Sepanjang jalan cari gak orang jual goreng pisang ke, abc ke, coffee gelas besar ke..non ado..ada la jugak jual air kelapa tapi terlepas, ingat ada lagi kat depan rupanya tak ada. Dah dekat dengan makam mahsuri tu baru jumpa orang jual keropok.

Kami tak berhajat pun nak bawa anak-anak masuk sini sebab bukan port menarik untuk kanak-kanak besar diorang. Tujuan ke sini hanya untuk melawat makam mahsuri sebab Rizal kata, Langkawi ni tempat dia. Kalau dah pergi sana, mesti kena ziarah kubur dia. Tu yang pergi sana untuk lengkapkan perjalanan ke Langkawi.

Kat area Makam Mahsuri ni memang banyak sangat kedai-kedai yang jual minyak gamat tapi sudahnya kami tak beli walaupun sebotol minyak gamat. Boleh?

Kalau terpandang mana-mana banner yang iklan RM 5.00 untuk 1 dozen minyak gamat tu, jangan la nak percaya sangat. Semua tertakluk kepada terma dan syarat. Biasa la, mesti kena beli barang harga berapa baru boleh beli dengan harga tu.

Kami ke kedai gamat tu bukan nak cari minyak gamat dah. Selepas selesa pakai krim gel gamat berwarna putih yang beli kat farmasi area office aku ni, kami nak cari jenis yang macam tu la kalau harga lagi murah. Rupanya harga sama je..terus tak jadi beli.

* Harga tiket : RM 10.00..Rizal seorang je masuk
* Ritter Sport : RM 20.00
* Keropok Lekor & ayam goreng : RM 7.00

Pantai Chenang

Kami teruskan misi ke Pantai Chenang sebab agenda petang tu adalah mandi pantai sepuas-puasnya. Tapi sebelum tu ada request dari anak dara yang besar tu nak baldi yang korek pasir tu. Beli je la kat sebuah kedai runcit jalan nak ke Pantai Chenang tu 




Kali ni park kereta berdepan dengan Laman Padi sebab masuk tempat park semalam tak ada parking kosong. Kat tempat ni pantai masih lagi bersih cuma banyak kulit kerang kecik-kecik je. Kalau nak compare dengan tempat semalam tu, tempat yang hujung sana tu memang lagi bersih dan best la. Orang pun tak ramai sangat may be sebab kat hujung kan.




Lama sangat mandi kali ni. Dua jam berendam dalam air masin. Kali ni aku dan Rizal memang joint mandi sama cuma aku tak la habis basahkan sampai kepala sebab shampoo tak bawa. Nanti rambut jadi keras macam dawai pulak kena air masin ni.




Dah pukul 7.00 ajak budak ni balik diorang tak nak balik. Aisy kata matahari belum tenggelam lagi. Memang la masih ada tapi jarak kami nak balik ke Pekan Kuah tu agak jauh jugak la. Dah la tandas semua tak de. Terpaksa aku balik dalam basah-basah kuyup tu. Alas dengan tuala je. Budak-budak ni memang tukar seluar baju lain sebab budak2 dalam kereta pun boleh salin pakaian. Rizal pun sama, orang lelaki bukan susah mana pun.





Patutnya pihak LADA kena buat tandas awam sekitar pantai ni sebab bukan semua pun nak stay area pantai ni. Aku pun tak berani lagi nak stay area pantai ni, aku kan kuat berimaginasi. Nanti malam mesti tak boleh tidur takut ombak atau tsunami datang nanti..


Kami sampai Kuah memang dah masuk Mahgrib lebih 10 minit dah. Bila sampai bilik, adik-adik dan mak aku dah tunggu nak pergi makan dah. Mandikan dua budak besar tu dulu dan kami pergi kemudian.

Makan Malam

Restoran Bamboo (Town) Kuah

Restoran ni tak silap aku ada tiga buah cawangan. Yang kami pergi ni dekat dengan tapak pasar malam tu. Berhampiran dengan jambatan batu tu.

Malam ni mak nak open table..terima kasih mak...

Aku sampai lambat  jugak dalam 8.00 lebih sebab pack baju nak bawa pergi dobi. Ye la, dua hari pergi mandi pantai, takkan esok nak bawa balik baju basah-basah dalam bagasi kan.

Alahh...kalau drive tak sampai 5 minit je dah sampai. Kami sampai tu lauk semua tak sampai lagi tapi satu jug air sirap dah habis budak-budak ni minum.

Menu malam tu, ikan kerapu seekor (2kg) masak dua jenis buat sebelah-sebelah. Masak tiga rasa, masak stim, sup kosong, udang tepung 2 pinggan, sotong tepung 2 pinggan, ayam goreng kunyit, nasi putih untuk 5 orang makan.

Air pulak satu jug air sirap + satu gelas besar air sirap lagi, dan Rizal mintak teh o ais limau. Total makan malam tu RM 190.90. Korang rasa berbaloi tak? Ok la kot walaupun aku rasa macam pricey sikit. Sedap tak? Biasa je..tak la sedap sangat-sangat tapi setakat rasa sedap je.

* Kos : RM 190.90 ...mak bayar..


Dobi Layan Diri

Lokasi : Kompleks Pekan Rabu

Kami siap makan dalam pukul 9.00 malam terus berkejar ke pusat dobi layan diri. Jangan risau, banyak tempat dobi layan diri ni. Kebanyakkan tutup pukul 12.00 malam.

* Kos basuh mesin 10kg : RM 4.00
* Kos dryer mesin 10kg : RM 4.00
* Sabun cuci : RM 1.00
* Minuman : RM 4.00

Sementara nak tunggu baju siap basuh tu setengah jam jugak, kami ke kedai Haji Ismail sebab tak shopping coklat lagi ni. Setakat beli ritter sport je tapi itupun dah habis tiga ketul. Dah tinggal 7 nak bawa balik.

Tujuan sebenar ke sana nak cari gelas besar macam minum kat kedai-kedai tu tapi tak jumpa pulak. Kami shopping coklat pulak.

Shopping Coklat

Dua kedai kami masuk, kedai Haji Ismail dan Langkawi Saga

Kedai Haji Ismail

Coklat Bounty (kelapa) : RM 14.90
Toblerone : RM 14.50 (6 size 200g)
Toblerone dark choc : RM 4.90
Pepero : RM 4.00

Langkawi Saga (berhadapan dengan Haji Ismail)

Coklat Daim : RM 15.90 (2) = RM 31.80

Ni semua coklat aku rembat je tak sempat dah nak survey-survey. Kalau korang rajin, before beli masuk semua kedai dulu. Compare harga then baru beli. Kalau beza satu ringgit pun kalau beli banyak kan dah rugi.

Lepas beli coklat terpaksa patah balik kedai dobi sebab nak pindahkan baju kat mesin dryer lak. Ngam-ngam je sampai mesin basuh tu baru jer berhenti. Lepas tukar masuk dryer, kami semua balik dulu. Lepas setengah jam pulak baru Rizal pergi collect bawa balik.





Friday, May 6, 2016

Langkawi Day 2

Sabtu, 30 April 2016

Makan Pagi

Seawal jam 7.00 pagi Rizal dah keluar jalan kaki cari breakfast sekitar belakang motel ni. Tapi yang buka hanya sebuah gerai india muslim. Dia kata tak lalu nak makan mamak. Ok..fine..cari lah yang Melayu jual nasi lemak..

Drive kereta sampai ke Kompleks Pekan Rabu, sudahnya bungkus roti kosong 2 keping dan roti telur 1. Dia dah makan roti kosong dengan nescafe kat kedai. Sudahnya breakfast makanan kedai mamak jugak pagi tu. Boleh terima tak alasan dia kata kedai tu ada wifi..

* Kos : RM 7.30 

Oriental Village, Burau Bay.

Oriental Village ni agak jauh jugak kalau stay kat Pekan Kuah sebab dia menghala ke Pantai Kok lebih kurang 25km. 

Tujuan ke Oriental Village ni adalah untuk aktiviti menaiki cable car dan 3D Art Museum. Disebabkan jauh, kami lebih kurang sampai kat sana dalam pukul 10.00 pagi tambah pulak nak cari tempat letak kereta yang sangat terhad.

Rupanya kalau peak season macam waktu aku pergi ni, pukul 8.30 am pun dah buka kaunter. Aku ingat pukul 10.00 pagi macam biasa. Kalau nak pergi sini, better check jadual yang diorang dah announce dalam website panorama langkawi. Kat sana diorang inform waktu SkyCab beroperasi untuk setiap bulan.

Kat sini bukan ada SkyCab & 3D Art Museum je, tapi ada banyak aktiviti. Kalau joint semua yang ada, boleh habis sehari kat sini je. Macam aku hari tu pun dah habis setengah hari kat sana.

Jom check out apa yang ada kat sana secara ringkas:-
  • SkyCab
  • SkyDome
  • SkyRex
  • SkyBridge
  • SkyGlide
  • SkyBistro
  • SkyBoutique
  • SkyTrail
  • Sky adventure Park 
  • SkyPos
  • 6D Cinemation
  • F1 Simulator
  • Lake Activity
  • 3D Art Museum
  • Galeri Produk Langkawi
  • One Stop Centre
  • Chochouze
Memandangkan boarding time cable car aku pukul 11:45 am, aku decide masuk 3D Art Museum dulu. Lagi pun dah tanya orang kaunter tu kata ambil masa dalam 45 - 1 jam je tour dalam galeri tu.

Ticket Combo B: SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Museum
Adult (Mykad) : RM 57.00
Children (Mykid) : RM 40.00

Cerita pasal tiket, aku tak tahu tau tiket ni includes SkyRex sebab sebelum aku pergi aku dah siap semua tentatif program dan package ticket nak beli, tak ada pulak aku nampak SkyRex ni dalam pakej. 

Lagipun waktu kat kaunter diorang tak cakap pun aku bayar tu ada apa. Cuma dia bagi aku satu kertas voucher untuk tukar kat 3D Art Museum je. ini adalah tidak adil????

3D Art Museum

Kat galeri ni ada 8 zone yang boleh korang nak bergambar sampai lebam. Gambar memang cantik sangat tau cuma aku tak punya kesempatan la nak bergambar bagai beria-ria.








Maklum la, bawa anak teruna kecik ni. Dia cuma tahu berlari-lari dan berpencak silat berlawan dengan ultraman je kerjanya. Tambah lak kawasan memang sangat luas dan lapang, dia bukan tau nilai lukisan tu apa. Tak de makna pun bagi dia...



Utk pengetahuan korang, 8 zone tu ada optical illussion, aquarium, safari, interactive 1 & 2, fantasy, classic, main hall, malaysia. aku tak pasti zone mana yang anak aku ni nak pulak bergambar. Tu yang adalah gambar diorang jugak kat sini.




Kalau ke sini, jangan ambil SkyCab je tau, cuba lah masuk sini. Mesti puas hati. Paling seronok kalau datang dengan kawan-kawan yang giler2 macam zaman remaja2 dulu, boleh posing habis. Kenapa la galeri ni atk de waktu kita ke sana dulu ye nani dan huda??? kan dah terseru nama kawan lama...

SkyCab + SkyDome

Betul-betul 45 minit kami tour dalam galeri tu, kami keluar dah pukul 11:30 am, so boleh la ke toilet dulu ke sebelum beratur untuk boarding time pulak. Orang memang ramai, hampir satu jam tau beratur baru boleh naik cable car.

SkyDome tu sebenarnya macam nak bagi kita rehat kejap dari penat berdiri menunggu turn nak naik cable car je. Tayangan macam 3D tu tapi tak dibekalkan cermin mata 3D. 

Kau tengok je la show yang ada tu dengan mata kau. Tak rasa apa-apa punya. Waktu aku masuk tu show naik roller coaster. Giler betul la kalau alam realiti roller coaster tu berpusing-pusing setinggi gunung kan. Mau terkeluar muntah hijau.






Setelah hampir satu jam menunggu, akhirnya dapat jugak naik cable car ni. Macam kan tak pernah naik cable car, kata nak bagi anak-anak rasa tapi aku yang over. 

Naik cable car kat Langkawi ni aku rasa macam lagi safe dari naik ke Genting. Rasa safe pun dalam otak ni asyik je terfikir kalau gondola ni jatuh macamana, kalau rosak macamana, kalau ada angin macamana...saje buat hati sendiri tak keruan kan!!!




Sampai kat 1st pelantar tu, kami keluar dari gondola. Kalau tau, kami tak turun pun. Kat sini bukan ada apa-apa pun. Cuma kalau nak get experience naik ke top station tu guna trek dalam hutan, turun la kat sini. Ni la namanya SkyTrail tu.




Sampai kat top station tu rasa macam gayat giler. Kalau pijak tangga tu pun dah rasa terketar-ketar je kaki. Aku ni imaginasi tinggi sangat, tu yang rasa macam seribu rasa.



Aku pun tak lama sangat kat atas tu, Aisy takut so kami terus tunggu gondola nak turun je semula. Jadi kiranya aku tak sempat la explore tempat tu sepenuhnya. Cuma nampak la apa yang dikatakan SkyBistro, SkyBoutique, SkyPos, SkyBridge, SkyGlide tu. 

Dah sampai sini, sebelum balik haruslah beli fridge magnet sebagai kenangan dan upah baik anak-anak ni dengan makan aiskrim.

* Kos ticket : RM 234.00
* Fridge Magnet : RM 10.00
* Ice cream & air : RM 15.00

Makan Tengahari.

Dari Oriental Village tu kami teruskan perjalanan ke Pantai Chenang untuk ke Underwater World Langkawi. Sebelum tu harus la solat dan isi perut dulu.

Kami berhenti solat di sebuah masjid di kawasan kampung tapi tak pasti nama kampung apa dan tempat kami makan juga tak pasti nama apa. Cuma yang pasti kawasan kampung berhampiran dengan laut sebab waktu kami pusing kereta di belakang kedai kami makan tu, ada pantai kat belakang tu. Kemungkinan Kampung Kok

Kami berhenti makan di sebuah gerai yang menyediakan ikan bakar dan harga juga tak lah semahal mana. Kira ok..bukan macam malam tadi yang mencekik darah.

* Kos makan tengahari : RM 21.00

Underwater World Langkawi 

Jarak perjalanan adalah dalam 15 km - 16 km aku rasa tapi sebab kereta kan tak bawa laju..setakat 70 / 80 kmj je, so rasa macam jauh.

Kami sampai kat sana dengan cari parking lagi yang sangat susah jam dah pukul 3.00 petang. Tak de rezeki nak tengok feeding time untuk penguin.

Tiket masuk untuk pemegang mykad bagi dewasa adalah RM 33.00 dan kanak-kanak RM 23.00. Tapi aku dah beli siap-siap entrance tiket ni kat Groupon, so dapat lah murah sikit.

Mula-mula masuk je budak-budak ni dah teruja dengan singa ke anjing laut tu. Suka diorang tengok binatang tu pusing-pusing dalam air dan sesekali melompat keluar dari dalam air tu.



Walaupun tak dapat tengok feeding time penguin, tapi rezeki budak-budak ni dapat jumpa penguin yang baik duduk kat tepi cermin. Bukan main suka lagi bila letak tangan kat cermin tu, penguin tu ikut je tangan diorang.



Tak sangka jugak dapat tengok feeding time untuk turtle. Turtle tu bukan main manja lagi dengan orang yang bagi makan kat dia tu. Macam tak nak berpisah je..



Kalau korang nak masuk sini, better check jadual waktu feeding time kat website aquarium ni dulu. Mungkin seronok sikit kita dapat tengok binatang tu dengan jelas. Kalau tak entah ke mana-mana je binatang-binatang tu.



Keluar dari aquarium ni ada dua duty free shop so boleh beli coklat. Dulu aku rasa kat sini murah compare dengan tempat lain tapi pergi kali ni tengok harga sama je kecuali coklat Daim tu RM 16.30 kat tempat lain Rm 17.50

Dulu mesti Ritter Sport kat sini sebab beli 3 dapat RM 12.00 kalau beli satu RM 5.90. Tapi kali ni langsung tak de promotion tu. So tak shopping coklat pun kat sini.

* Kos entrance ticket by groupon : Adult RM 26.00 Children : RM 18.00
* Total cost ticket : RM 88.00
* Nutella RM 9.90 & Vochelle RM 2.90

Pantai Chenang

Acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak aku adalah acara mandi pantai. Badan diorang tu sebenarnya dah penat sangat tapi bila sebut mandi pantai, terus excited.

Kalau nak mandi kat pantai ni, kena cari jalan masuk ke pantai-pantai ni ikut lorong-lorong kedai atau hotel-hotel kat sini. Memang tak nampak kalau tengok sekali imbas macam tu, tapi paling senang nak nampak berdepan dengan Laman Padi tu memang ada tempat park kereta cuma terhad je. Kami park kat belakang Underwater world je, kat sana pun ada parking cuma jalan ke pantai kena turun tangga sikit je.

Area pantai ni  jugak tak ada public toilet nak shower atau salin pakaian. Lelaki senang la nak tukar2 ni, kalau macam aku ni jawabnya balik dalam keadaan basah je la.



Pantai sangat cantik ok..pasir halus putih je..tak kotor..sangat bersih...air biru je dan yang pasti tak dalam pun..Seronok budak-budak ni mandi. 



Kat pantai ni memang meriah, ada jet ski, banana boat, parasailing, kayak tapi satu pun aku tak joint. Mandi pantai je..dulu zaman remaja giler jugak nak try berkayak dengan jet ski ni..tapi sekarang mak takut kau... Mandi pantai je la..

Pasar Malam

Anak-anak naik kereta semua tertidur dalam keadaan bepasir-pasir dan melekit air masin. Sampai bilik, mandi dan sambung tidur.

Plan nak makan ikan bakar terbantut la jawabnya. Mula-mula adik aku pergi pasar malam, pastu lepas solat Maghrib, Rizal lak yang pergi.

Lokasi pasar malam kat Pekan Kuah ni area berhampiran jambatan batu dan berdekatan je dengan hotel Baron tu.

Apa yang menarik kat pasar malam ni? Sama je dengan mana-mana pasar malam pun, nasib baik beli yang ok, dapat la yang ok. Yang tak ok pun ada.

Untuk malam tu, adik-adik aku dah belikan nasi kerabu, kuey teow goreng, tau fu fah, kacang rebus, putu mayam, ayam percik dan macam-macam lagi yang ada kat pasar malam. Semua ok kecuali kacang rebus yang kurang elok.

Rizal pulak beli sate ayam & daging, ayam goreng, jagung rebus. Yang best nya masih dapat tau harga satu cucuk sate RM 0.50 je. Kat KL atau mana-mana pasar malam pun tak dapat dah harga ni.

* Kos makan malam : Rm 21.00



Wednesday, May 4, 2016

Langkawi Day 1

Jumaat , 29 April 2016
KLIA - Langkawi

Setelah hampir 7 tahun lebih tak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki sekali lagi. Dulu pergi hanya berdua + family aku tapi kali ni berlima + family aku jugak lagi.

Kali ni sebab bawa anak-anak tek, kita pergi naik flight. Sebab pengalaman lepas menunggu feri sangat memenatkan dan tak sanggup menghadap kalau tempat menunggu masih sama macam dulu. Kita cari jalan selamat dan selesa je la.

Flight kami (MH1446) berlepas 2.30 petang dan penerbangan adalah sangat-sangat tak smooth. Area KL ni awan terlalu tebal menyebabkan sepanjang perjalanan menerjah awan tu sangat menakutkan. 


Seperti naik roller coaster dan ada satu masa tu semua dalam flight menjerit disebabkan kami semua melambung dari tempat duduk. Keadaan ni juga menyebabkan ramai kanak-kanak yang menangis terutama yang berada di seat belakang kanan aku. Kesian sangat dia

Syukur anak-anak aku steady jer..Aisy rilek je tak rasa takut, Amni tidur, Amsyar abah dia angkat dari seat dia duduk dan riba di pangkuan sebaik sahaja berlepas. Nasib tak menangis walaupun takut. Mak di sebelah aku mengurut dada banyak kali berdebar takut.

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Langkawi Airport dalam 3.40 sebab tak dapat kelulusan untuk mendarat. So flight berlegar je di Pulau Langkawi bagi kami menikmati permandangan yang indah, Subhanallah..sangat cantik bila dari atas udara.

* Kos tiket flight MAS
Dewasa (2) - RM 488.10
Kanak-kanak (3) - RM 374.20
* Kos parking kereta (11.30am 29/04/2016 - 11.30am 02/05/2016) RM 146.00 ++


Kereta Sewa

Sampai di airport, collect bagasi then ambil kunci kereta sewa yang kami dah book awal-awal lagi. Kaunter kereta sewa ni pun memang ada kat airport tu, so memang sangat senang. Sebenarnya book Nissan Almera 2 buah, tapi ada penyewa yang masih belum pulangkan kereta, diorang bagi je Toyota Vios tapi tak perlu tambah kos. Itulah kelebihan booking dari awal, kalau last minit sebab ni kira peak season kan, myvi pun RM 250.00 tau.

Kami dapat kereta memang tank minyak berkelip-kelip je dan satu hal pulak nak mencari pam minyak. Nasib baik juga la tak susah nak dapatkan pam minyak ni. Kalau nak isi minyak, tak payah la isi sampai full tank. Isi je sikit-sikit. Aku bajet RM 30.00 je dulu.

* Lokasi sewa kereta : Langkawi Airport : Zaf Langkawi Travel
 Contact Person : En. Tengku Zamri : 019-9119428
* Kos Nissan Almera : RM 250.00 (4.00pm 29/04/2016 - 8.00am 02/05/2016)
* Kos Petrol (1) : RM 30.00 

Makan Tengahari 
(dah petang dah pun...)

Perut masing-masing lapaq, kami berhenti je dekat satu kedai mamak (Nasi kandar ????) tepi jalan ke Pekan Kuah ni sebelah dengan Riku-Riku native product tu.. Makan tengahari kat sana simple je, ada 3 pinggan nasi putih, 1 nasi beriani,  satu jenis lauk je masing2 dengan mee goreng mamak, 2 gelas air teh o ais + 2 milo ais. Lain kali tak mao makan kat sana, tak sedap mana pun. Nama pun kedai mamak kan...

* Kos makan tengahari untuk 5 dewasa & 3 kanak-kanak : RM 40.00..mak belanja
* Lokasi : Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi

Penginapan : D Teratak Motel

Homestay ni berada betul-betul di Pekan Kuah berhampiran Jalan Pandak Mayah 6. Kalau dari bilik tu, boleh nampak Restoran Thai House berdepan dengan uptown tu. Jalan kaki 3 minit je ke kedai-kedai area situ. Belakang bilik kami duduk tu pulak tersergam indah kompleks HIG. Jalan kaki je.. 

Aku dapat bilik yang disebelah hadapan. So senang, depan bilik aku je ada kerusi tempat lepak-lepak,  coway water filter, tempat iron baju, sinki nak basuh gelas, tempat parking kereta. Bila malam Rizal lupa nak isi balik air suam dalam flusk pun aku boleh selamba je keluar bilik gi ambik air nak buat susu kat anak tek kecik yang nangis-nangis minta susu.

Motel ni kebanyakannya jadi tempat penginapan para rombongan yang datang naik bas. Senang untuk diorang nak pergi makan dan shopping bila dah petang dan malam balik dari jalan-jalan. Parking tu memang kosong je la, ada kereta sewa kami je dua buah.


Kemudahan :
- Bilik Bajet / Blok Baru
- Attached bathroom
- Bilik Baru (ada water heater)
- Aircond tak ada kipas
- Coway water & air filter
- Tempat iron baju
- Television
- Parking

* Kos 4D3N : Bilik bajet standard room : RM 210.00
* Kos extra tilam : RM 45.00

Pekan Kuah 

Lepas budak-budak ni mandi tukar baju semua, kami ke Dataran Lang. Mak ai...tak de parking kosong langsung. Kalau nak pergi jugak terpaksa menapak jauh tu..terus tak jadi pergi.

Sumber : google

Kalau sesiapa nak pergi sini, boleh la singgah walaupun menapak jauh. Boleh bergambar dengan tugu helang tu lambang dan bukti dah sampai langkawi tapi sebab aku dah pernah ada gambar kat sana tahun 2009, aku tak pergi pun.

Kat area situ ada juga Taman Lagenda untuk nak menambah kawasan tempat dilawati kat Langkawi. Sebab 2009 aku dah pergi dan dah ada gambar, aku tak pergi pun.

Kat taman tu ada peta-peta kawasan sejarah dan sejarah. Pi lah baca kalau nak menambah ilmu pengetahuan.


Sumber : google
Sudahnya bawa budak-budak ni main kat padang permainan je. Biar diorang rasa seronok dan penat, nanti malam boleh tidur awal. Esok banyak tempat nak pergi ni.

Lepas dah penat main, drive kereta masuk area Kompleks Pekan Rabu tu pulak. Dekat area parking belakang tu, kami duduk menghadap laut tengok matahari terbenam pulak. Budak-budak ni seronok je dapat tengok kapal dan paling tak tahan diorang asyik tanya boleh mandi tak? Asyik tanya bila nak mandi pantai..



Lepas solat Isyak, baru kami keluar cari makan malam pulak. Perut aku masih kenyang sebab petang tadi baru je makan nasi, tapi Rizal la yang lapar. Budak-budak ni pulak dah penat memang macam ngantuk je.

Tapi kami decide nak jalan-jalan kat uptown tu sebab aku ternampak coconut shake ke coffe blend RM 3.00 je, tapi dah tutup pulak stall area tu. Aku pun tak faham ni uptown ke downtown ke stall yang buka waktu siang je.

Kami keluar masuk pulak kedai-kedai kat sana yang kebanyakannya memang jual coklat. Saja tengok cuci mata dan kalau rasa nak makan, beli untuk makan malam nanti dan untuk berjalan esok je. Belum masa untuk shopping bawa balik.

Penat jalan keluar masuk kedai, drive pulak cari tempat makan. Rizal ni satu je, kalau ada banyak dia mula lah memilih-milih kedai dari pusat bandar pekan Kuah tu sampai la keluar dari pekan kuah, patah balik ke bandar akhirnya dia bungkus di Restoran Thai yang kat rumah tu.

Cer teka kalau order nasi putih 2 + tomyam ayam kosong dan tak pedas + nasi goreng ikan masin 1 + 1 milo ais + 1 orange juice berapa? ?????? Harganya sangat mahal ok... baik pergi makan ikan bakar, puas hati bayar mahal pun..

* Kos makan malam : RM 43.00
* Lokasi : Thai House Rest, Jln Pandak Mayah 6, Kuah