Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Kami Adalah Sepupu

Hujung minggu baru ni, abang aku balik ke kampung bersama anak-anaknya yang hampir tujuh bulan kot kami semua tak jumpa dengan budak kembar tu.

Lain dah muka kembar angah tu waktu kecik dulu bam bam sangat
Memang sangat happening rumah mak sebab tiga budak kecik dah pandai berjalan dan beremosi sesama mereka. 

Aisy, Amni dan Naqib paling seronok. Diorang main tanpa henti, tanpa tidur. Main sungguh-sungguh main. Lama tak jumpa. Rumah mak dah macam tongkang pecah. Nak jalan je mesti terpijak dengan bermacam-macam permainan.

Yang kecik tiga orang, Nadhzim, Nadhzif dan Amsyar buat pertama kali bertemu bila dah umur setahun lebih ni. Macam aku kata tadi, diorang sudah pandai beremosi sesama mereka.

Anak saudara aku yang kembar tu pantang buka pintu grill, diorang akan keluar walaupun tanpa kasut. Rasa lepas bebas agaknya. Yang Amsyar lak, buka grill tak pe, dia duduk je kat luar sebab dah biasa balik kampung. Tapi jangan pakaikan kasut untuk dia, memang tak tahu dia akan hilang ke mana.

Yang paling tak tahan dan suka tengok diorang ni, diorang akan bergaduh sesama diorang. Tak kisah la, yang adik beradik  ke, yang sama sepupu ke. Semua nak bergaduh.

Anak saudara aku Naqib ni cukup dengki dengan adik-adik dia. Semua mainan dia mana nak share dengan adik dia, nak lalu pun tak boleh. Dia akan tolak je adik dia. 

Ni semua pun berlaku kat anak-anak aku kat rumah. Ada masa Aisy & Amni tak bagi Amsyar main mainan diorang sampai tolak-tolak adik. 

Tapi Amsyar ni lelaki yang garang, dia akan balas balik. Terutama kalau jumpa hanger, kau siap siapa yang marah dia. Dia akan pukul semua orang dengan hanger tu. Better simpan hanger jangan sampai dia jumpa. Ni pengaruh abah dia yang suka acah2 pukul dengan hanger, langsung anak dah ikut.

Dah saat akhir dah, abang aku dah nak balik malam tu, Amsyar boleh bergaduh pulak dengan si Angah (Nadhzim). Puncanya berebut scooter (wiggling wiggle race car premium scooter kids driving toys - gigih cari nama dalam google apa ke nama alah benda mainan ni).



Mulanya Angah yang main dan duduk atas scooter tu, tiba-tiba Amsyar datang nak tarik scooter tu suruh Angah turun. Angah tak nak, Amsyar pukul tangan angah kot, Angah balas, Amsyar pukul lagi, Angah balas, sudahnya Amsyar yang nangis. Hahaha...

Amsyar tu nampak je ganas, tapi dia budak keledek sangat. Selalu dia yang nangis. Kalau kena marah dengan abah dia pun dia nangis. Badan je sador tapi hati kecik je.

Kelakar sungguh tengok gelagat diorang ni. Tak sabar nak tunggu raya nak tengok gelagat diorang ni lagi macamana. Hehehe...

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin, PICC Putrajaya


Inilah Kesedihan..Inilah Kekecewaan...

Sedih tau, sanggup mengharungi lebuhraya dan membayar tol untuk ke PICC Putrajaya. Ingat senang nak pujuk husband aku nak ke sana, aku ajak dia ke sana bawa anak-anak mandi kolam pun dia tak nak tau sebab kata jauh. Tapi sebab event ni dia setuju tau.

Kami pergi hari Sabtu, apa kami dapat :-
1. Jam yang amat teruk. Ada tiga event serentak kat PICC..lap peluh...

2. Parking kereta tak ada, park jauh dan menapak ke PICC yang berada di atas puncak.

3. Dewan yang sesak, langsung tak dapat tengok show Ultraman - sesak dengan manusia tu tak dinafikan, ni sesak jugak dengan booth booth yang menjual ni bagai. Humang aih, plastik beg biasa je kot, itu pun nak jual. Orang beli, bagi free je la. Lain la duit tu didermakan untuk tabung kanak-kanak yang kurang bernasib baik ke.

4. Tak tahu arah dan tempat sebab tak de signboard. Tak tahu pun rupanya di Dewan B ada show berbayar. Kalau ku tahu, ku bayarkan aje janji anak-anak dapat tengok Upin-Ipin. Props rumah Opah pun tak tahu kat mana.

5. Pendek cerita tak tahu kat mana dan ada apa sebab 10 minit je berasak-asak dalam dewan, kami keluar walaupun show ultraman tengah berlangsung. Kesian anak I tau, tak nampak apa walaupun abah dia dukung atas bahu. 

Dah banyak blog review untuk karnival ni. Aku tak la nak hentam habis-habis sebab aku masih mengharapkan penganjur akan ubati luka anak-anak yang kecewa dengan sesuatu yang menggembirakan.

Please...buat lah lagi sekali dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada hujung minggu baru ni. Yang penting dapat gembirakan anak-anak yang kecewa. Termasuk mak pak yang kecewa. Aku la tewww...

Saturday, November 15, 2014

Legoland Johor

Bila tengok balik dalam list rupanya ada banyak cerita yang aku tulis tajuk je dan jadi draft.

Tapi habuk pun tak de, punyalah malas nak menulis blog rupanya.

Sempena kerajinan yang ada ni, meh kita ambik kesempatan update laju2 tentang cerita pergi Legoland. Ni cerita backdate tau. Amaran keras...

Kami pergi awal tahun hari tu, cuti Thaipusam. Sebelum Amsyar dilahirkan dan masih lagi di dalam perut. Masa jadi mak buyung boleh lagi pergi Legoland aku ni. Dah hampir setahun kejadian ni.

Kami tak beli ticket online pun sebab tak sure nak pergi ke tak ke. Akhirnya bila dah sampai, kita beratur je la beli. Bukan ramai orang pun.




Kami sampai seawal jam 10.00 pagi. Itu pun selepas sesat terpusing2 banyak kali kawasan Sri Iskandar tu. Rupanya Legoland ni kat tempat lain. Nusajaya ke apa yek, jangan di tanya pada aku. Aku tak tahu ok sebab kami ikut je signboard yang ada. Sebelum tu kami dok la terpusing2 kat bangunan Hello Kitty tu ingatkan Legoland tu area sana.






Ticket bayar untuk empat dewasa, satu kanak2 je sebab Amni tak payah bayar. Dia pendek lagi. Ke Aisy tak payah bayar, aku pun tak ingat sebab dia tak cukup 4 tahun. Ke bayar, aku pun dah tak ingat.





Legoland ni besar la jugak tapi semua tempat pun kami jejak sebab kami dok dalam tu sampai 5.00 petang ok. Gila tak? Nasib baik cuaca ok.






Mula2 kami lepak kat tempat replika bangunan yang dibuat dari Lego tu la. Anak aku tak excited sangat nak tengok benda2 macam tu. Macam2 korang boleh tengok tapi suka betul tengok, cantik sangat replika2 tu.











Pastu kami nak naik yang cawan tu, diorang tak benarkan sebab Amni tak sampai 100cm. Kesian Amni, tak ada apa yang dia boleh main pun kat sana.

Aisy terus teruja nak main kat Aquazone Wave Racers tu, tapi tak nak naik dengan abah dia. Dia nak jugak naik dengan mama buyung ni. Aku malas la nak naik benda2 macam tu sebab aku dah la prgnnt, pakai skirt lak tu. Kalau pakai seluar aku gamble je main.




 Tapi sebab dia nangis2, kami naik je la untuk 1st round. Dia tak puas lagi, langsung 2nd & 3rd round dengan abah dia. 4th round dengan cheq Su lak. Dahsyat tak Aisy. Dia sangat suka main benda alah tu. Amni, kesian kesian kesian..tengok je la dik




Husband aku try roller coaster (Project X) sebab dia sebelah je dengan aquazone tu. Pastu kami jalan pulak ke tempat Boating School tu. Naik bot tanpa Amni sebab adik2 aku bawa dia naik train dulu. Dia kan tak de apa yang boleh dimainkan.



Lepas Boating School, pergi Junior Driving School. Adik dia tak pandai lagi nak drive kereta tu. Aisy lak laju semacam je sebab dia dah biasa. Sama je macam kereta yang aku beli, now kereta tu batery ke motor yang rosak aku pun tak tahu. Jadi tukun kat rumah mak.




Naik keretapi pulak keliling Legoland. Nama keretapi ni Legoland Expres...Jenuh wei menunggu turn untuk keretapi dan bot tu tau. Beratur panjang tau...




Ok, kat Driving School tu, boleh ambik lesen yang ada gambar tapi kena bayar. Lesen kertas tu free je kalau lulus bawa kereta. Aisy je dapat lesen. Amni kantoi. Hehehe...

Tengahari kami makan kat dalam tu je sebab malas nak keluar dah. Adik aku keluar masuk sebab mak aku ada kat luar. Makan pun kat luar diorang ni. Waktu beli tiket masuk dapat voucher makan. Tak ingat dah berapa ringgit tapi untuk lunch tu aku just tambah duit sikit je bila beli nasi ayam tu. Makan boleh tahan mahal, biasalah tempat2 macam ni kan. Mana ada murah...



Bila dah siap solat semua, kami sambung balik jalan2 dalam Legoland tu. Banyak tempat kami tak pergi lagi. Petang2 tu kami ke arah kiri atas dari pintu masuk lak. Husband try naik macam roller coaster jugak tapi tak la mencabar sangat kat area Dragon Apprentice & The Dragon tu..

Pastu jalan2 pulak kat The Forestmen's Hideout tu. Tapi anak aku tak nak lak naik slide tu, mungkin sebab kena panjat tinggi2 kot. Kat Castle Stage tu aku tak masuk dalam pun sebab macam nak patah kaki je. Husband aku kata tak de apa2 pun dalam tu.


Aisy ada naik kuda tapi aku tak ingat area Royal Joust tu ke area mana. Kesian Amni, dia tak leh naik sebab tak cukup tinggi. Puas kecek kat orang jaga tu, dia tak bagi jugak.

Tapi kami kecek jugak Merlin Challenge tu, alhamdulillah dapat naik. Eh, sebenarnya orang pregnant pun tak boleh naik tau benda alah pusing2 ni.





Observation Tower kami naik jugak sebab nak tengok Legoland tu dari atas kan. Benda alah tu kan berkaca, so boleh nampak apa ada kat bawah. Cantik dan sangat besar ok Legoland ni.




Badan sangat letih. Kami rehat2 kat Duplo Playtown tu. Budak2 ni main area situ sebab banyak slide kat sana. Amni ngan abah dia naik la Duplo Express, keretapi kecik tu pusing2 area situ je.








Itu last tempat kami pergi, rasa nak patah kaki hokey. Badan melekit tahap apa. Busuk rasa nak muntah dah. Nak heret kaki nak keluar dari Legoland tu pun rasa macam dah tak boleh tau.

Banyak jugak tempat kami tak masuk pun macam Lost Kingdo, Lego Studio, Pharaoh's Revenge tu tak jumpa jalan nak gi sana. Yang Resque Academy, Lego City Airport & The Shipyard tu, Aisy tak nak pergi, so kami pun tak pergi lah.

Keseluruhannya, ok la tapi tak la best mana. Macam biasa la...taman tema..macam pergi Genting jugak la...kalau kita ni bukan jenis yang suka main2, tak payah lah pergi sana. Buat habis duit tiket masuk je.

Tapi bila orang tanya, kami dah sampai ke sana. Hehehe..ayat berlagak...